tokoh

7
Sumbangan Tunku Abdul Rahman Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik,beliau banyak memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan British dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Demi perpaduan orang melayu,beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan union dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan menentang Malayan Union di Alor Setar serta mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.Sebagai seorang tokoh yang berjaya,beliau turut dikenal sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan dan perpaduan.Beliau sanggup menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan negara.Sebagai contoh,pada tahun 1955,Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telah mewakili kerajaan British untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak parti Komunis Malaya.Walaupun rundingan ini gagal,tetapi telah berjaya mencipta imej beliau sebagai pencinta kedamaian. Tunku Abdul Rahman akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling berjaya apabila beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban untuk negara demi menyelesaikan masalah politik negara.Sumbangan beliau merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam sejarah politik negara. Tunku Abdul Rahman banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan agama Islam.Beliau banyak melibatkan diri dengan usaha-usaha mengasas pertandingan menbaca al-Quran.Beliau pernah menjadi Presiden PertubuhanKebajikan Islam Malaysia(PERKIM) apabila persatuan itu ditubuhkan pada 20 Ogos 1960.Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya,beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka yang dan dihormati oleh semua negara Islam.Beliau talah dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekreteriat Negara-negara islam di Jeddah yang pertama pada 9 Jun

Upload: awi-corntoz

Post on 28-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh

Sumbangan Tunku Abdul Rahman

           Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik,beliau banyak memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan British dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Demi perpaduan orang melayu,beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan union dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan menentang Malayan Union di Alor Setar serta mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.Sebagai seorang tokoh yang berjaya,beliau turut dikenal sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan dan perpaduan.Beliau sanggup menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan negara.Sebagai contoh,pada tahun 1955,Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telah mewakili kerajaan British untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak parti Komunis Malaya.Walaupun rundingan ini gagal,tetapi telah berjaya mencipta imej beliau sebagai pencinta kedamaian.

           Tunku Abdul Rahman akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling berjaya apabila beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban untuk negara demi menyelesaikan masalah politik negara.Sumbangan beliau merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata nilainya dalam sejarah politik negara.

           Tunku Abdul Rahman banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan agama Islam.Beliau banyak melibatkan diri dengan usaha-usaha mengasas pertandingan menbaca al-Quran.Beliau pernah menjadi Presiden PertubuhanKebajikan Islam Malaysia(PERKIM) apabila persatuan itu ditubuhkan pada 20 Ogos 1960.Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya,beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka yang dan dihormati oleh semua negara Islam.Beliau talah dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekreteriat Negara-negara islam di Jeddah yang pertama pada 9 Jun 1970.Di bawah pimpinan beliau,pertubuhan ini berjaya menark lebih 41 buah negara Islam menyertainya.Selepas bersara,beliau masih aktif dalam menyumbangkan tenaga demi perkembangan islam.Pada 18 januari 1980,Beliau telah dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Council for Southeast Asia and The Pacific(RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di persidangan Negara-Negara Islam.

             Segala jasa dan sumbangan yang beliau curahkan akhirnya membolehkan beliau mendapat penghargaan dari negara Pakistan dengan Anugerah hadiah Hijrah padabulan MAC 1983,dan Anugerah AL-Malik Faisal dari negara Arab Saudi pada tahun yang sama.

            Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang islam yang sangat berjaya.Taraf beliau selaku tunggak atau teraju utama sudah mampu membuktikan betapa berat tugas dan tanggungjawabnya.Dari sini,beliau telah banyak membawa manfaat pada perkembangan Islam.

            Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau juga seorang putera yang berjiwa rakyat.Ini terbukti apabila beliau sanggup menghantar misi

Page 2: Tokoh

pendamai dan keamanan ke Congo,Afrika yang dilanda peperangan saudara pada tahun 1961.Sebagai pemimpin PERKIM,beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui kelantan pada tahun 1975.Dengan bantuan Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu,beliau menempatkan seramai 4,5000 orang pelarian di Pangkalan Chepa dan Cherating.Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan kedah Darul Aman untuk menggunakan tanah kepunyaannya bagi mendirikan rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua.Bangunan ini kemudian diberi namaDarul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra.

             Tunku Abdul Rahman memang terkenal sebagai dermawan bukan sahaja di tanah airnya malah di kalangan negara-negara yang lain.Jelas terbukti bahawa beliau adalah seorang insan yang humanis.Beliau senantiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa,agama,dan negara.Jasa dan usaha beliau yang tidak kenal putus asa akan senantiasa dikenang oleh semua rakyat Malaysia selama-lamanya.

Memorial Tun Tan Cheng Lock Akan Diwujudkan Di Kuala Lumpur

Page 3: Tokoh

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Heng Seai Kie (kanan) memperkatakan sesuatu kepada cucu kepada Tun Tan Cheng Lock, Tan Siok Choo (dua, kanan) ketika melawat galeri pada Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Tan Cheng Lock dan pelancaran Buku Braille di Memorial pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir di Melaka, semalam. Turut sama, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Sidek Jamil (kiri). - Foto BERNAMA

MELAKA: Arkib Negara akan mewujudkan Memorial Tun Tan Cheng Lock sebagai memperingati jasa tokoh negara yang juga Presiden pertama MCA.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Heng Seai Kie berkata bangunan Parlimen pertama di Jalan Dato' Onn di Kuala Lumpur, akan diubahsuai menjadi memorial itu yang melibatkan kos kira-kira RM10 juta, mulai tahun depan.

Page 4: Tokoh

"Memorial Tun Tan Cheng Lock itu terletak berdekatan dengan Memorial Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri pertama negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Tan Cheng Lock dan pelancaran Buku Braille di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir di sini, semalam.

Heng juga berkata program mengenang tokoh negarawan anjuran Arkib Negara akan diperluaskan untuk memberi peluang kepada generasi muda mengimbas kembali sejarah perkembangan pembangunan negara ini.

"Sejarah perjuangan Tun Tan Cheng Lock bersama Tunku Abdul Rahman dan (Presiden pertama MIC) Tun V.T. Sambanthan dengan sendirinya dapat membuktikan kepada kita semua bahawa kewujudan struktur masyarakat Malaysia hari ini, terdiri daripada pelbagai kaum," katanya.

Beliau berkata dalam usaha memupuk sebuah masyarakat yang harmoni, rakyat khususnya generasi muda perlu memahami sejarah perjuangan tokoh negarawan berkenaan.

"Segala nilai dan prinsip tokoh-tokoh negarawan itu harus diperkembangkan demi kebaikan dan kepentingan negara serta perlu dicontohi oleh generasi sekarang," katanya.

Page 5: Tokoh

Heng (lima, kanan) tertarik dengan set hidangan yang biasa digunakan oleh Tun Tan Cheng Lock pada perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Tan Cheng Lock dan Pelancaran Buku Braille di Memorial pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir di Melaka, semalam.

Mengenai buku braille untuk orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, Heng berkata Arkib Negara menerbitkan buku braille Rukun Negara dan Jalur Gemilang yang akan diedarkan kepada 36 sekolah OKU cacat penglihatan dan persatuan golongan itu di seluruh negara.

Katanya inisiatif Arkib Negara itu berikutan terlalu kurang bahan rujukan dan bacaan dalam bentuk braille sedangkan jumlah OKU cacat penglihatan kini sebanyak 24,718 orang yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau berharap pihak lain termasuk syarikat korporat turut menyumbang bagi menerbitkan lebih banyak buku braille kepada golongan berkenaan. - BERNAMA

Page 6: Tokoh

Wednesday, March 05, 2008

Malaysia sudah 50 tahun merdeka! Dalam kita mengecapi kebahagiaan kemerdekaan dan mara ke hadapan dengan harapan untuk kemajuan yang lebih cemerlang serta kekukuhan perpaduan yang lebih erat, kita mesti mengambil sedikit masa untuk berpaling ke belakang untuk mengenali Malaysia dengan lebih mendalam. Malaysia tercipta dengan sejarah yang begitu gemilang. Sejarah yang mengajar kita memahami segalanya dan nyata membimbing kita ke arah kejayaan.Beberapa personaliti yang agung telah menjadi tunjang kejayaan dalam mencipta Malaysia yang unik dan muhibah. Di antara pemimpin yang agung yang menyerlah pada ketika itu ialah Tun V.T Sambanthan. Bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman dan beberapa tokoh lain, beliau telah bergabung tenaga menyedarkan bangsa untuk bebas dari cengkaman penjajah."SAMBANTHAN" ialah satu pementasan yang didedikasikan khas untuk mengenang jasa serta sumbangan Tun V.T Sambanthan kepada negara dan bangsa. Anak kelahiran Sg.Siput ini sentiasa menguntumkan senyuman kepada semua dan berhati mulia. Beliau bukan sahaja tinggi dari segi fizikal tetapi juga budi pekerti.Tun V.T Sambanthan adalah seorang pemimpin yang berjiwa Malaysia. Beliau telah sentiasa berusaha demi kebaikan bersama bangsa Malaysia.Sebagai Presiden MIC yang ke-5 dan salah seorang pengasas kemerdekaan, Tun V.T Sambanthan berperanan penting dalam mewujudkan Perlembagaan Malysia pada tahun 1963.Tun V.T Sambanthan merupakan seorang pemimpin yang berkaliber, mempunyai visi dan mementingkan keutuhan Malaysia. Beliau merupakan seorang pemimpin yang amt disegani bukan sahaja kerana sumbangannya kepada masyarakat India tetapi kerana kepercayaan dan ketaatannya kepada Malaysia dengan sepenuh jiwa dan raga.