tokoh

Upload: andi-nur-khuzaimah

Post on 07-Jul-2015

1.485 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TOKOH-TOKOH ARCA ARCA TIMBUL Arca Timbul Still Life With Musical Instruments oleh Jaques Lipchitz. Jaques Lipchitz dilahirkan di Lithuania pada tahun 1891. Beliau belajar dalam bidang kejuruteraan sebelum melanjutkan pelajar an dalam bidang kesenian di Paris pada tahun 1909. Berada dalam masyarakat yang meminati seni disamping bercampur dengan tokoh seni ketika itu seperti Juan Gris dan Pablo Picasso, Lipchitz telah mula meminati seni terutama menghasilkan arca. Arca pertama beliau telah dipamerkan pada tahun 1912 disebuah pameran seni di Perancis. Salah satu arca timbul yang dihasilkan bertajuk Still Life With Musical Instruments .

Imej arca timbul Still Life With Musical Instruments

ARCA ASEMBLAJ

Arca Asemblaj Bicycle Wheel oleh March el Duchamp

Salah seorang pengarca bagi kategori arca asemblaj ialah Marchel Duchamp.

Duchamp dilahirkan pada tahun 1887 Blainville,

Perancis. Duchamp bermula dengan menghasilkan karya dalam bidang painting dalam tahun 1908. Duchamp menceburi bidang penghasilan arca dan berjaya menghasilkan karya terunggul dalam abad ke 20 iaitu penciptaan secara seni tangan dan penghasilan karya daripada bahan-bahan terbuang. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan -bahan yang terdapat dirumah .

Imej replika arca asemblaj Bicycle Wheel

ARCA MOBAIL

Arca mobail Horizontal Spines oleh Alexander Calder

Pengarca seterusnya yakni dalam bidang arca mobail ialah Alexander Calder. Beliau dilahirkan dalam tahun 1898 di Philadelphia, Amerika Syarikat. Bapa dan datuk beliau merupakan pengarca terkenal waktu itu. Selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan, beliau b ekerja dalam pelbagai bidang sebelum menceburi bidang kesenian pada tahun 1923. Beliau banyak menghasilkan kerjakerja lukisan sebelum menceburi bidang arca mobail selepas berhijrah ke Paris pada tahun 1930. Hasilan karyanya dipamerkan dalam pameran pertam a bidang arca mobail di Amerika Syarikat. Salah satu arca mobail yang dihasilkan bertajuk Horizontal Spines .

Imej Arca mobail Horizontal Spines

ARCA STABAIL

Arca stabail Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art oleh Jean Tinguely.

Pengarca seterusnya yakni dalam bidang arca stabail ialah Jean Tinguely. Beliau dilahirkan di Swistzerland pada tahun 1925. Selepas tamat persekolahan beliau menceburi bi dang perniagaan. Beliau meminati bidang seni semasa beliau belajar di Basle antara tahun 1941 1945. Tinguely mula membuat eksperimen berkaitan penerokaan ruang melalui penghasilan arca menggunakan motor elektrik. Pembabitan secara serius dalam penghasila n arca bermula apabila beliau berhijrah ke Perancis dan bercampur dengan beberapa tokoh seni di sana. Salah satu arca stabail yang dihasilkan bertajuk Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art

Imej Arca Stabail Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art