to download the buletin yayasan

4
BULETIN YAYASAN BULETIN YAYASAN P rogram ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan zat makanan di kalangan murid murid di kawasan Manek Urai, Kelantan dengan menyediakan makanan yang berkhasiat selama 7 bulan. SK Manek Urai telah dipilih sebagai sasaran utama untuk program ini berdasarkan tahap kemusnahan yang dialami di sekolah dan kawasan persekitarannya, kekurangan nutrisi di kalangan murid-murid dan juga latarbelakang ekonomi yang rendah.. Program ini hasil inisiatif RONIN (Rebuilding and Organizing Neighbourhoods in Need) yang mana sangat aktif dalam menghulurkan bantuan kepada penduduk Manik Urai untuk kembali ke kehidupan sebelum bencana banjir. RONIN telah bekerjasama dengan YOKUK dari segi pemantauan dan laporan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Program ini terdiri daripada 2 bahagian yang akan berjalan serentak, iaitu “Nutrition Box Programme” dan “Lunch Box Programme”. Makanan akan disediakan oleh tukang masak yang dicadangkan oleh pihak sekolah dengan pelbagai menu yang telah disahkan oleh KKM. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 2015 dengan kehadiran wakil dari Lembaga Pemegang Amanah YOKUK Datin Nik Ruziah bt Nik Mohd Salleh, Dr Fahisham,wakil dari USM, wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai dan ahli kumpulan RONIN. Sepanjang program ini berlangsung, kami telah menerima maklum balas yang sangat baik dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Setelah meyaksikan keberkesanan ProMAK di SK Manek Urai, RONIN and YOKUK telah bersetuju untuk mengembangkan program ini ke sekolah lain di daerah Kuala Krai yang turut terjejas teruk dengan banjir. SK Laloh telah dipilih sebagai penerima dan telah dipersetujui oleh Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri. Program ini telah bermula pada 4 Mei 2015 dan dijangka akan berakhir pada bulan November 2015. YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN JILID 19/2015 PROGRAM MAKANAN KESIHATAN (ProMAK)

Upload: trinhthu

Post on 28-Jan-2017

253 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: to download the Buletin Yayasan

BULETIN YAYASANBULETIN YAYASAN

P rogram ini adalah bertujuan untuk mengatasi

masalah kekurangan zat makanan di kalangan murid

murid di kawasan Manek Urai, Kelantan dengan

menyediakan makanan yang berkhasiat selama 7

bulan. SK Manek Urai telah dipilih sebagai sasaran utama

untuk program ini berdasarkan tahap kemusnahan yang

dialami di sekolah dan kawasan persekitarannya, kekurangan

nutrisi di kalangan murid-murid dan juga latarbelakang ekonomi

yang rendah.. Program ini hasil inisiatif RONIN (Rebuilding and

Organizing Neighbourhoods in Need) yang mana sangat aktif

dalam menghulurkan bantuan kepada penduduk Manik Urai

untuk kembali ke kehidupan sebelum bencana banjir. RONIN

telah bekerjasama dengan YOKUK dari segi pemantauan dan laporan bagi memastikan program ini berjalan

dengan lancar.

Program ini terdiri daripada 2 bahagian yang akan berjalan serentak, iaitu “Nutrition Box Programme” dan “Lunch

Box Programme”. Makanan akan disediakan oleh tukang masak yang dicadangkan oleh pihak sekolah dengan

pelbagai menu yang telah disahkan oleh KKM.

Program ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac

2015 dengan kehadiran wakil dari Lembaga Pemegang

Amanah YOKUK Datin Nik Ruziah bt Nik Mohd Salleh, Dr

Fahisham,wakil dari USM, wakil dari Pejabat Kesihatan

Daerah Kuala Krai dan ahli kumpulan RONIN. Sepanjang

program ini berlangsung, kami telah menerima maklum balas

yang sangat baik dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang

masalah.

Setelah meyaksikan keberkesanan ProMAK di

SK Manek Urai, RONIN and YOKUK telah

bersetuju untuk mengembangkan program ini ke

sekolah lain di daerah Kuala Krai yang turut

terjejas teruk dengan banjir. SK Laloh telah

dipilih sebagai penerima dan telah dipersetujui

oleh Guru Besar dan Jabatan Pendidikan

Negeri. Program ini telah bermula pada 4 Mei

2015 dan dijangka akan berakhir pada bulan

November 2015.

YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN JILID 19/2015

PROGRAM MAKANAN KESIHATAN (ProMAK)

Page 2: to download the Buletin Yayasan

PROJEK BANTUAN SELEPAS

BANJIR

Pada bulan Disember 2014, Kelantan dikejutkan dengan banjir besar yang menyebabkan ramai yang

kehilangan harta benda dan sumber pendapatan. YOKUK telah terlibat secara langsung dalam

membantu mangsa-mangsa banjir ini.

Pada bulan pertama,iaitu bulan Januari 2015, YOKUK telah menghentikan sementara semua jenis

perkhidmatan kerana memberi tumpuan pada pembersihan kawasan yang mengalami banjir. Antara

kawasan yang menerima perkhidmatan kami adalah daerah Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Tumpat

dan Kota Bharu. Merangkumi 11 buah rumah, 2 buah Pusat Dalam Komuniti (PDK), 3 buah sekolah dan

1 pusat latihan.

Bermula pada bulan kedua, pembaikian dan pembinaan rumah dilakukan. Sebanyak 9 buah rumah telah

dibaiki di daerah Kota Bharu, Tumpat dan Tanah Merah. Pembaikian rumah ini telah ditaja oleh Telekom

Malaysia dan „Malaysia Amatur Ladies Golf Club (MALGA)‟. Sementara itu, sebanyak 11 buah rumah

yang dibina adalah hasil kerjasama bersama kumpulan RONIN dan 1 buah rumah bersama Telekom

Malaysia yang bertempat di daerah Kuala Krai dan Pasir Mas.

Seterusnya adalah Program Makanan Kesihatan (ProMAK) yang ditaja oleh kumpulan RONIN kepada 2

buah sekolah di daerah Kuala Krai yang melibatkan seramai 810 orang murid.

Selain daripada itu, YOKUK juga membekalkan peralatan elektrik untuk kegunaan rumah kepada 12

keluarga di daerah Kuala Krai dan Machang dan peralatan menjana pendapatan kepada 2 keluarga di

daerah Machang. Kesemua peralatan ini telah ditaja oleh penaja individu.

Sepanjang bulan Ramadan pada tahun 2015, pihak CIMB Foundation telah bermurah hati untuk menaja sebanyak 9,512 juadah berbuka

puasa kepada keluarga di 3 buah kampung di daerah Kuala Krai, iaitu Kg Karangan,Kg Laloh dan Kg Sungai Rek. Terdapat juga penaja

individu yang menaja juadah berbuka puasa kepada keluaga di Kg Mesek,Manik Urai selama 3 hari berturut-turut.

Kami di YOKUK ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan oleh semua penaja.

YOKUK sekali lagi berjaya mengadakan Bengkel Hidroterapi YOKUK kali ke-3. Bengkel ini telah

berjalan selama 2 hari iaitu, 8 & 9 April 2015 bertempat di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan,

Kelantan.

Kali ini, YOKUK telah menjemput Ketua Fisioterapi Hospital Rehabilitasi Center(HRC), Madam

Foo Kok Wee sebagai fasilitator. Bengkel ini telah disertai oleh Pegawai Fisioterapi ,Pensyarah,

Guru Kelas Pendidikan Khas dari Semenanjung Malaysia.

Hidroterapi merupakan salah satu medium rawatan kepada pesakit dan ianya melibatkan

penggunaan air. Kaedah rawatan hidroterapi telah meluas diaplikasikan dan terdapat beberapa

kajian telah dijalankan dan membuktikan sifat air amat bersesuaian dalam proses perawatan. Sifat

air seperti suhu, tekanan, serta hasilan rintangan, yang mampu menenangkan sistem badan.

Selama 2 hari bengkel ini diadakan, para peserta telah diberi pendedahan dari segi teori dan

teknik-teknik hidroterapi. Objektif bengkel ini adalah memperkenalkan konsep hidroterapi sebagai

salah satu medium rawatan pemulihan, mengetahui faedah-faedah yang diperolehi melalui

rawatan hidroterapi, mengaplikasikan teknik-teknik yang betul dan mengetahui aspek

keselamatan semasa menjalankan rawatan hidroterapi.

BENGKEL HIDROTERAPI

PERSEDIAAN UNTUK AKHIR HAYAT

YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN www.yokuk.org

Page 3: to download the Buletin Yayasan

Perbincangan dengan keluarga, pesakit, doktor dan paliatif team untuk penjagaan paliatif amat

berkesan agar apa yang diingini dapat diketahui sesuai dengan keadaan pesakit dan penyakit yang

di alami.

Siapakah yang harus mempunyai rancangan penjagaan lanjutan

Seseorang yang berumur 18 tahun ke atas boleh membuat rancangan penjagaan lanjut. Rancangan

ini harus di buat terutamanya oleh mereka yang:

Mempunyai penyakit kronik atau penyakit yang tiada harapan untuk sembuh

Akan memasuki pusat penjagaan/dirumah

Merasakan kelurga mereka mungkin mempunyai pendapat atau kepercayaan yang berbeza daripada kehendak diri mereka

Dalam keadaan yang mungkin akan menyebabkankehilangan keupayaan untuk membuat keputusan ( contohnya demensia, stroke

yang serius dan tidak dapat bercakap dan bergerak )

Bagaimana cara memilih seseorang untuk membuat keputusan bagi pihak saya? Orang yang dilantik ini haruslah seorang yang di-

percayai dan memahami nilai dan kehendak anda pada masa hadapan dan yang akan melaksanakan kehendak anda dengan sebaik yang

mungkin.

Bilakan Rancangan penjagaan lanjut akan digunakan?

Rancangan penjagaan lanjut ini hanya akan digunakan sekiranya anda tidak dapat membuat keputusan atau berkomunikasi. Ini akan

membantu pembuat keputusan oleh doktor dan pasukan penjagaan kesihatan,pembuat keputusan gantian dan keluarga anda

Bagaimanakah cara untuk menyediakan rancangan penjagaan lanjut?

1. Pertimbangan nilai dan kepercayaan yang penting dalam hidup anda.

2. Pertimbangan kesihatan anda kini,

3. Perbincangan dengan ahli keluarga, sahabat, doktor dan mereka yang anda percayai mengenai kehendak anda .

4. Pilih seseorang untuk menjadi pembuat keputusan gentian.

5. Catatkan kehendak anda.

6. Berikan salinan kepada ahli keluarga serta doktor dan hospital anda, atau sesiapa yang anda rasakan perlu.

Penyediaan rancangan penjagaan lanjut tidak berguna jika tidak ada orang yang mengetahui tentangnya. Jangan simpan ditempat yang

„selamat‟ dan pastikan anda berikan salinan kepada mereka yang berkenaan.

Dimanakah boleh saya mendapat maklumat tambahan

Jika anda ingin mendapat maklumat tambahan mengenai perancangan akhir hayat, berbincanglah dengan doktor atau professional

kesihatan anda, mereka boleh membantu anda.

Bagaimana untuk mendapat perkhidmatan Paliatif Team @YOKUK Sayang Home Care

Mendapat surat rujukan dari doktor yang merawat

Mendapat pemeriksaan kesihatan keseluruhan ‘ Medical Assessment’ untuk pengesahan kes, persekitaran isi rumah dan

pendapatan serta perbelanjaan seisi keluarga.

Tandatangan borang persetujuaan perawatan dan pengambilan gambar-gambar bertujuan untuk pembelajaran dan ‘research’

Rawatan secara berkala di rumah secara percuma.

Semua rawatan dari Paliative Team YOKUK@Sayang Home Care adalah percuma

Rawatan yang disediakan seperti : Nursing Care, fisioterapi, Dressing, Hydrotherapi, Hipotherapi,

TErapi sensori, Terapi pasir, terapi muzik, seni dan drama.

PERSEDIAAN UNTUK AKHIR HAYAT

YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN www.yokuk.org

Page 4: to download the Buletin Yayasan

BORANG SUMBANGAN YAYASAN ORANG KURANG UPAYA

KELANTAN

Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa,

16100 Kota Bharu, Kelantan

Tel : 609-774 3033 / 609-774 2033

Fax : 609-7732729

Saya / Kami ingin memberi sumbangan seperti berikut :-

(Tunai / Cek) Bank ………...…………………….……………..

No. Cek ……….….....…..…Jumlah …….….…..…….……….

Daripada : (Nama / Syarikat)………………..…...……………

Alamat : ………………………………………………………….

……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

No Tel: ……….……….…….No Fax:…….…...……………...

Alamat E-mail…………………….…….………………………

*Sumbangan melalui cek adalah atas nama:

YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN.

Sumbangan wang tunai akan dikecualikan daripada cukai.

ATAU

Hulurkan sumbangan anda dengan melayari laman web

www.cimbclicks.com.my:

Mengisi maklumat lengkap mengenai diri anda dan

sumbangan yang ingin diberikan dan pilih “Yayasan

Orang Kurang Upaya Kelantan” dalam senarai NGO.

Pelanggan bank lain (Bank Islam, Hong Leong Bank,

Maybank, Public Bank) juga boleh menggunakan

perkhidmatan ini.

Website : www.yokuk.org Email : [email protected]

YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN

CARTA ORGANISASI

PENGERUSI/PENGARAH EKSEKUTIF

Datin Suliana Shamsuddin Alias

AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

Dato‟ Dr. Nik Norzrul Thani

Dato‟ Mohd Noor Amin

Datin Nik Ruziah Nik Salleh

Hj Ahmad Hj Ab Hamid

En. Wan Ahmad Satria Wan Hussein

PENGURUS

Pn.Sulaini Bt Mat Il

KO-ORDINATOR UNIT PALLIATIF

Pn. Wan Maimunah Bt Wan Yusoff

KAKITANGAN YOKUK

En. Che Ishak Bin Che Yahya

En. Mohd Joenaidi Gomez

En. Mohamed Khairul Anuar Bin Ismail

En. Wan Muhammad Syarif

En. Nuzul Aiman

En. Muhammad Amiruddin Zaki

En.Mohd Shahaizol Rosli

En. Mohd Zakwan Fikri Bin Zahari

En. Mohd Haniff Yaacob

Pn. Amira Bt Rahim

Pn. Nurli Syuhada Bt. Md Arifian

Pn. Noor Haiza Bt Yakub

Pn. Habibah Bt Deraman

Pn. Nurul Adilah Bt Muhammad

Pn. Sakirah Bt Mohd Rosli

Cik Nor Izzati Bt Sharfii

Cik Ainal Tasmin Bt Abd Aziz

Cik Wan Zulmira Aznaz

PARENT SUPPORT GROUP(PSG)/ KUMPULAN IBUBAPA SOKONGAN

YOKUK telah sinonim dalam menjalankan rawatan terapi berkuda sejak tahun 2003 sehingga sekarang yang kini telah masuk tahun ke 12 dalam menjalan-kan rawatan terapi berkuda.

Pada masa sekarang YOKUK menpunyai 2 ekor kuda betina iaitu Seri dan Princess merupakan kuda dari baka padi A dan padi C serta seekor kuda jantan bernama Peter Pan dari baka kacukkan yang sedia untuk menjalankan rawatan terapi kerkuda kepada klien. Kesemua kuda yang digunakan dalam rawatan ini merupakan kuda yang terlatih dan berpengalaman menjalankan rawatan terapi berkuda.

Terapi berkuda yang dijalankan di YOKUK terbahagi kepada 2 iaitu terapi hippo dan riding. Terapi hippo dijalankan kepada klien individu yang berdaftar dengan

YOKUK, pada setiap hari Ahad dan Khamis dari pukul 9 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Manakala, Riding dijalankan kepada pelajar sekolah yang telah mengambil jadual daripada pihak YOKUK. Riding untuk pelajar sekolah dijalankan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu dari pukul 9 pagi sehingga 12.00 tenghari.

Sekiranya berminat untuk menjalankan rawatan terapi berkuda bolehlah berdaftar dengan YOKUK dan mendapat rawatan secara percuma bagi semua jenis rawatan terapi yang disediakan.

Kumpulan IbuBapa Sokongan YOKUK telah ditubuhkan 8 tahun yang lepas. Namun begitu, kumpulan ini telah secaraq aktif mengadakan prjumpaan mingguan di YOKUK sejak awal 2013. Ia merupakan kumpulan sokongan yang menyediakan jalinan kerjasama dan perpaduan dalam komuniti ibubapa/penjaga yang mempunyai ahli keluarga OKU.

Kumpulan ini terdiri daripada Ibubapa/penjaga Strok, Cerebral Palsy, Autisma dan Masalah Pembelajaran. Setiap kumpulan ini

mempunyai jadual yang telah ditetapkan. Seorang penceramah yang pakar dalam bidang yang akan dibincangkan akan

hadir setiap sessi sebagai pemudahcara.

Objektif PSG ini adalah bertujuan untuk berkongsi info,ilmu,kemahiran,kepakaran mahupun

pengalaman tentang isu-isu berkaitan anak-anak istimewa seperti keperluan terapi, rawatan,

penjagaa harian,hak-hakistimewa, kerohanian/keagamaan dan sebagainya. Selain itu, ia juga

boleh meningkatkan kesedaran, keprihatinan dan

memantapkan lagi emosi ibubapa dalam menempuhi

pelbagai cabaran untuk menjaga ahli keluarga OKU

ini.

PSG ini telah mendapat sambutan yang

menggalakkan daripada ibubapa/penjaga dan akan

terus diadakan pada tahun-tahun berikutnya.

Tanpa Mereka, Hippoterapi takkan ada... Princess, Seri dan Peter Pan

Hai..saya Seri

Hai...saya Princess

Hai..saya Peter Pan