buletin - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/yp_10_2018.pdf · hari keluarga...

24
edisi 10 www.yayasanperak.gov.my Januari - Jun 2018 BULETIN

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

edisi

10www.yayasanperak.gov.my

Januari - Jun 2018

BULETIN

Page 2: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Buletin Yayasan Perak2

KANDUNGANISI

1008

Majlis Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972Seramai 55 orang kakitangan Yayasan Perak dan Anak Syarikat melafazkan ikrar dan akuan tidak membocorkan maklumat atau dokumen yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi, 1972.

Edisi 10

12

13161820

O4PERUTUSAN PENGURUS BESAR

O5SEKALUNG PENGHARGAAN

Penghargaan kepada Pengerusi

06

TEMURAMAH EXCO PENDIDIKAN OLEH RTM

MAJLIS MAKAN MALAM YAB MENTERI BESAR BERSAMA MAHASISWA

MAJLIS D’AIDILFITRI & MAJLIS JASAMU DIKENANG ANGGOTA MAYA

HARI KELUARGA YAYASAN PERAK

KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK

KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015

KERATAN AKHBAR

MAJLIS PELANCARAN BUKU “PERAK SULTANATE: THE HISTORICAL ROYAL GLORY OF PERAK TENGAH”

Hakcipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali atau disiarkan dalam apa jua cara, mekanikal, elektronik dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis dari penerbit

Page 3: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Edisi 10 Januari - Jun 2018 3

YB. DATO’ HJ. MOHAMAD DAUD BIN HJ. MOHD YUSOFF

PN. AIDA HAZLYN BINTI HASSAN

PN. FARAH NADIA BINTI PARIZON

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

BAHAGIAN PENTADBIRAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN & PENYELIDIKAN

BAHAGIAN KEWANGAN

BAHAGIAN PROJEK & PELABURAN

ANAK SYARIKAT

D.P.M.P., A.M.P., PJK., JP Pengerusi Yayasan Perak

A.M.P. Pengurus BesarA.M.P. Pengurus Besar Yayasan Perak

En. Mohamad Hidayat bin Abd HalimEn. Mohd Zaim bin Hj. Mohd NasirPn. Balkhes Khaironi binti ZamriCik Norhafiza binti KhairuddinCik Nor Ayuni binti Ramlee

En. Farid bin WazaliPn. Suhailiza binti Mohd ShoffriEn. Emiruddin bin Mohamed ZawadiPn. Nursyazmin binti ZailaniEn. Mohd Ekmal Syarazain bin SulaimanEn. Muhammad Ariff bin Mohd Dahalan

Pn. Rohana binti MohammadCik Syatira binti ShaaraniPn. Norazua binti ZulkefliPn. Norhidayah binti HarunPn. Rokiah binti Abdullah

Pn. Lizawati binti SalamonPn. Zainab binti Mohamed LazitEn. Abdul Malek bin MansorEn. Mohammad Yuzwan bin Ali Napiah

Pn. Rozita binti Ramli

PENAUNG

PENASIHAT

KETUA EDITOR

FOTOGRAFI & REKABENTUK

EDITOR BERSEKUTU

BULETIN YAYASAN PERAK

SIDANG REDAKSI

Page 4: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Buletin Yayasan Perak4

Saya berharap agar komitmen dan dedikasi semua warga kerja akan berterusan pada tahun ini demi meningkatkan produktiviti dan prestasi Yayasan Perak ke tahap yang maksimum.

PENGURUS BESAR YAYASAN PERAK

PUAN AIDA HAZLYN BINTI HASSAN A.M.P

BismillahirahmanirahimAssalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah, kita bersua lagi dalam Buletin Yayasan Perak pada keluaran kali ini. Saya mendoakan agar kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan yang kita lakukan. Merenung sejenak, masa bergerak terlalu pantas, kita sudah melangkah ke tahun 2018. Tahun 2017 telah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit manis dan cabaran yang dapat dijadikan sebagai panduan untuk terus maju menempuhi lembaran baru.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi di atas segala pencapaian Yayasan Perak setakat ini walaupun banyak didatangi cabaran dan dugaan. Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan ribuan penghargaan kepada semua warga kerja Yayasan Perak yang menjadi tulang belakang kepada kelangsungan operasi

pentadbiran dan pengurusan agensi selama ini. Saya berharap agar komitmen dan dedikasi semua warga kerja akan berterusan pada tahun ini demi meningkatkan produktiviti dan prestasi Yayasan Perak ke tahap yang maksimum.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat bersara kepada YBhg. Dato’ Haji Mohamad Daud bin Haji Mohd Yusoff, Pengerusi Yayasan Perak yang telah banyak berjasa dan menabur bakti serta komitmen dari segi kelancaran tugas di Yayasan Perak. Akhir kata, adalah menjadi harapan agar ukhuwah yang terjalin akan terus kekal pada masa-masa akan datang dan Yayasan Perak terus relevan kepada rakyat di Negeri Perak.

PERUTUSAN PENGURUS BESAR

Page 5: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Edisi 10 Januari - Jun 2018 5

PERUTUSAN PENGURUS BESAR

Seluruh warga kerja Yayasan Perak mengucapkan ribuan terima kasih di atas

kerjasama, nasihat dan tunjuk ajar YBhg. Dato’ Haji Mohamad Daud bin Haji Mohd

Yusoff dari awal perkhidmatan YBhg. Dato’ sebagai Pengerusi Yayasan Perak sehingga

30 Jun 2018. Segala amanat yang diberikan oleh YBhg. Dato’ akan disematkan dalam

jiwa untuk meneruskan usaha agar Yayasan Perak terus menjulang nama dalam

konteks sumbangan yang signifikan kepada rakyat Negeri Perak. Sekalung perhargaan

di atas jasa dan sumbangan bakti YBhg Dato’ sepanjang menerajui Yayasan Perak.

Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati YBhg. Dato’. Selamat maju jaya.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua Anggota Yayasan Perak

yang bersara pada Jun 2018 kerana telah banyak berjasa dan menabur bakti serta

memberi komitmen dari segi kelancaran pentadbiran dan pengurusan di Yayasan Perak

SEKALUNG PENGHARGAAN

YB Dato’ Sham bin Mat Sahat

YBhg. Dato’ Dr. Azizah bt Johor

YBhg. Dato’ Ganesan AL Retanam

YBhg. Dato’ Shamsuddin bin Abd Ghaffar

YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Sharifuddin bin Haji Zainuddin

YBhg. Dato’ Haji Mohamad Daud bin Haji Mohd Yusoff

Page 6: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Kunjungan Hormat oleh YB Dr Abdul Aziz Bari, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan telah diadakan pada 25 Jun 2018 (Selasa) di Bilik Gerakan Yayasan Perak. Kunjungan tersebut adalah bagi pembentangan program-program Yayasan Perak dalam bidang Pendidikan serta membincangkan hala tuju program pendidikan Yayasan Perak bagi membantu rakyat Negeri Perak.

Beberapa amanat juga turut disampaikan iaitu tiada berlaku salah guna kuasa dalam urus tadbir pengurusan jabatan serta mengelakkan pembaziran dari segi penganjuran program-program yang dijalankan.

Kunjungan Hormat Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan

Buletin Yayasan Perak6

Majlis pelancaran buku “Perak Sultanate: The Historical Royal Glory of Perak Tengah”

Yayasan Perak menaja penerbitan buku oleh UTP dan sebagai tanda penghargaan bagi penerbitan buku ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak berkenan menganugerahkan kurniaan buku tersebut kepada Yayasan Perak pada 2 Julai 2018 bertempat di Menara Berkembar Petronas,Kuala Lumpur.

Page 7: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Edisi 10 Januari - Jun 2018 7

Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang SPM 2017

Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang SPM 2017 telah diadakan di Pejabat YAB Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 4 April 2018 (Rabu). YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak berbesar hati menyampaikan insentif dan sijil penghargaan kepada 18 orang pelajar cemerlang daripada sekolah - sekolah di seluruh Negeri Perak.Turut hadir bersama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pengurus Besar Yayasan Perak.

Page 8: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Buletin Yayasan Perak8

Program Majlis Makan Malam & Ramah Mesra YAB. Menteri Besar Perak bersama Mahasiswa Anak Perak ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak, Yayasan Perak dan Majlis Perundingan Mahasiswa Perak yang dikhaskan untuk mahasiswa kelahiran Negeri Perak yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia. Program ini telah diadakan mengikut 6 buah Zon IPT iaitu Selatan, Sabah, Utara, Sarawak, Timur dan Tengah. Program ini merupakan kesinambungan kepada program Kembara Mahasiswa/Mahasiswi Perak yang dimulakan pada tahun 2015. Namun pada tahun ini, program ini dijalankan serentak dengan Temuduga Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak Sesi 2018/2019.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Kerajaan Negeri Perak dengan mahasiswa Anak Perak yang belajar

di IPT seluruh Malaysia. Di samping itu, program ini turut memberikan input kepada mahasiswa daripada pelbagai kaum tentang peranan warganegara Malaysia amnya dan Perak khususnya dalam mewujudkan perpaduan dan kesatuan hati dalam mempertahankan kedaulatan tanah air. Segala dasar dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri diperjelas dan dihayati oleh generasi muda yang merupakan pewaris negara.

Secara keseluruhannya, Program Majlis Makan Malam & Ramah Mesra YAB. Menteri Besar Perak bersama Mahasiswa Anak Perak ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan berjalan dengan lancar. Program ini telah melibatkan seramai 1,436 orang Mahasiswa Perak dari 37 buah Institusi Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Maklum balas yang diterima daripada golongan mahasiswa amat baik dan masing-masing memohon agar program ini dijadikan sebagai program tahunan. Hubungan antara mahasiswa dan kepimpinan Kerajaan Negeri dapat dipererat melalui program ramah mesra sebegini.

MAJLIS MAKAN MALAM & RAMAH MESRA YAB. MENTERI BESAR PERAK BERSAMA MAHASISWA PERAK

Page 9: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Edisi 10 Januari - Jun 2018 9

Zon Selatan (Universiti Teknikal Malaysia Melaka – 7 Mac 2018)

Zon Sabah (Universiti Malaysia Sabah – 13 Mac 2018)

Zon Utara (Universiti Utara Malaysia – 18 Mac 2018)

Zon Sarawak (Universiti Malaysia Sarawak – 23 Mac 2018)

Zon Timur (Universiti Sultan Zainal Abidin – 27 Mac 2018)

Zon Tengah (Universiti Malaya – 2 April 2018)

Page 10: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Buletin Yayasan Perak10

Temuramah berkenaan Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak oleh Pihak RTM Perak telah diadakan pada 26 Februari 2018 bertempat di Bangunan SUK Perak. Sesi tersebut diadakan bersama Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria, Exco Pendidikan Negeri Perak dan Puan Aida Hazlyn binti Hassan, Pengurus Besar Yayasan Perak bagi memberi penerangan serta pengetahuan yang lebih menyeluruh kepada orang ramai khususnya di Negeri Perak mengenai bantuan tersebut sekaligus mengetengahkan usaha kerajaan dalam memastikan hak golongan belia dalam pendidikan tidak terabai.

Puan Aida Hazlyn binti Hassan, Pengurus Besar Yayasan Perak telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 Pejabat SUK Perak. Majlis dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 6 Mac 2018 (Selasa).

Temuramah Exco Pendidikan oleh RTM

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017-6 Mac 2018

Jasamu dikenangYBhg Dato Pengerusi

Page 11: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Majlis Perjumpaan Pengurus Besar Bersama Kakitangan sempena tahun baru 2018 dan Bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi, 1972 telah diadakan pada 4 Januari 2018 (Khamis) bertempat di Yayasan Perak. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Aida Hazlyn binti Hassan, Pengurus Besar Yayasan Perak yang telah menyampaikan amanat bagi tahun 2018 sebagai semangat serta garis panduan kepada semua kakitangan untuk melaksanakan gerak kerja yang lebih baik bagi tahun 2018. Seramai 55 orang kakitangan Yayasan Perak dan Anak Syarikat telah melafazkan ikrar dan akuan untuk menjaga rahsia rasmi jabatan seperti yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi, 1972 yang dipimpin oleh Encik Mohamad Hidayat bin Abd Halim, Pengurus Pentadbiran.

Program Retreat Yayasan Perak 2018

Program Retreat Yayasan Perak telah diadakan pada 12-13 Januari 2018 di Felda Residence Trolak Sungkai, Perak. Seramai 54 orang kakitangan Yayasan Perak telah mengikuti program ini dan turut dihadiri oleh Puan Aida Hazlyn binti Hassan, Pengurus Besar Yayasan Perak bagi membincangkan sasaran kerja tahunan dan KPI setiap bahagian.

Program ini diadakan bagi memantapkan pengurusan dan tadbir urus setiap bahagian mengikut perancangan dan landasan yang tepat dalam mencapai KPI yang telah ditetapkan. Hasil perbincangan yang dibentangkan dari setiap bahagian akan digunakan untuk merangka pelan perancangan bagi tahun 2018 agar ianya lebih menyeluruh dan memberi tumpuan kepada penambahbaikan di setiap bahagian.

Majlis Perjumpaan Tahun Baru 2018

Edisi 10 Januari - Jun 2018 11

Page 12: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Majlis ini diadakan di Hotel Impiana, Ipoh pada 27 Jun 2018 (Rabu). Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dengan Majlis Jasamu Dikenang untuk mengenang jasa YBhg. Dato’Haji Mohamad Daud bin Haji Mohd Yusoff, Pengerusi Yayasan Perak dan Anggota Yayasan Perak yang bersara pada 30 Jun 2018. Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh Puan Aida Hazlyn binti Hassan, Pengurus Besar Yayasan Perak dan disusuli dengan tayangan montaj khas penghargaan bagi mengenang jasa YBhg. Dato’pengerusi. Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada YBhg. Dato’ Pengerusi yang mengharapkan Yayasan Perak akan bersatu sebagai satu pasukan dalam menjalankan perkhidmatan yang cemerlang.

Anggota Yayasan Perak yang turut bersara adalah YB. Dato’Sham bin Mat Sahat, YBhg. Dato’ Shamsuddin bin Abd Ghaffar, YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Sharifuddin bin Haji Zainuddin, YBhg. Dato’ Dr. Azizah bt Johor dan YBhg. Dato’ Ganesan A/L Retanam.

Majlis D’Aidilfitri & Majlis Jasamu Dikenang Anggota MAYA

Buletin Yayasan Perak12

Page 13: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

seterusnya bermula acara bagi kategori kanak-kanak iaitu Magic Pail, Balloon Past, Balloon Burst dan Geisha Girl. Kemeriahan terpancar di setiap wajah keluarga yang hadir dengan gaya yang dipersembahkan oleh anak-anak kecil dalam acara sukaneka yang disertai mereka. Selesai semua acara, penyampaian hadiah kepada semua peserta dan pemenang yang telah memenangi setiap acara disampaikan oleh Puan Rohana binti Mohammad, Pengurus Kewangan dan Encik Mohamad Hidayat bin Abd Halim, Pengurus Pentadbiran.

Aktiviti diteruskan dengan Majlis Jamuan Makan Malam pada sebelah malamnya yang dipenuhi dengan acara sambutan hari lahir, cabutan bertuah, penyampaian cek Biasiswa Kecil kepada anak-anak ahli, penyampaian sijil kepada pemenang pertandingan slogan Yayasan Perak dan persembahan live band. Turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis adalah Puan Aida Hazlyn binti Hassan, Pengurus Besar Yayasan Perak.

Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Perak telah mengadakan Hari Keluarga Yayasan Perak pada 20 & 21 Januari 2018 di Swiss Garden Beach Resort bertujuan untuk mewujudkan satu platform semangat muhibah dan setia kawan selain dapat mengeratkan ukhuwah dan persaudaraan sesama keluarga dan anak - anak kakitangan. Seramai 131 orang telah hadir bersama keluarga bagi memeriahkan hari Keluarga Yayasan Perak pada kali ini. Wakil dari pihak Hotel Swiss Garden Beach Resort selaku pengelola telah membahagikan lapisan kakitangan dan keluarga kepada beberapa kumpulan bagi memberi persaingan bagi setiap acara yang disertai.Program dimulakan pada petang 20 Januari 2018 (Sabtu) dengan acara untuk kategori dewasa iaitu Magic Pail, Balloon Past, Follow The Leader dan Egg Marathon. Setelah selesai acara kategori dewasa,

HARI KELUARGA YAYASAN PERAK2018

Edisi 10 Januari - Jun 2018 13

Page 14: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Buletin Yayasan Perak14

Page 15: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Edisi 10 Januari - Jun 2018 15

Penyerahan Sumbangan Skuad YP

Penyerahan bantuan perbelanjaan pembedahan oleh wakil Skuad YP iaitu Encik Mohamad Hidayat bin Abd Halim, Pengurus Pentadbiran kepada Encik Mohd Nordin bin Ahmad, bapa kepada Adik Muhammad Azlan Shah bin Mohd Nordin yang menghidap penyakit Perimembranous Vertricular Septal Defect pada 13 Januari 2018. Semoga bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan beban keluarga Encik Mohd Nordin bin Ahmad.

Penyerahan bantuan persekolahan berupa cek dan beg sekolah daripada wakil Skuad YP telah diadakan pada 24 Januari 2018 (Rabu) di kediaman Puan Letchumy a/p Nallathamby. Beliau merupakan ibu tunggal yang menjaga dua orang cucu yang bersekolah dan tidak mempunyai pendapatan. Semoga bantuan yang diberikan oleh Skuad YP dapat membantu meringankan beban keluarga Puan Letchumy.

Penyampaian Sumbangan Pendidikan kepada Anak Orang Asli

Page 16: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Fit Perak Sempena Program Pemukiman YAB MB Perak Daerah Kinta

Karnival Mahabbah Sempena Pemukiman YAB Menteri Besar Perak di Daerah Kinta

Majlis Pelancaran E-Sport Center & Hari Bertemu Pelanggan

Kaunter Bergerak Yayasan Perak

Pameran Pendidikan Facon

Program Forum Perdana Ehwal Agama Islam

Buletin Yayasan Perak16

Page 17: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Majlis Penutup AkuJanji Sempena Program Motivasi SPM

Bengkel Kerja Pemurnian Modul Perak Amanjaya Cemerlang (PEACE) UPSR & SPM Tahun 2018 telah diadakan pada 2-3 Mei 2018 yang lalu di Hotel Excelsior dan Hotel Tower Regency Ipoh. Bengkel Pemurnian Modul UPSR melibatkan seramai 90 orang Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama dari setiap daerah di Negeri Perak bagi menyelaras 6 subjek utama. Manakala, Bengkel Pemurnian Modul SPM melibatkan seramai 380 orang Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama dari setiap daerah di Negeri Perak bagi menyelaras 28 subjek teras dan elektif. Turut hadir bersama wakil Yayasan Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Bengkel Kerja PemurnianModul Perak Amanjaya Cemerlang (PEACE)

Seminar Keibubapaan Abad Ke - 21 @ YP telah diadakan pada 31 Mac 2018 bertempat di SMK Sungai Bayor, Rantau Panjang yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Faizul Arby Mohd Shohor mewakili ADUN Selama yang merangkap Pengerusi Yayasan Perak.

Seminar ini bertujuan untuk berkongsi ilmu, memberi motivasi dan membentuk sahsiah remaja terutama golongan pelajar. Selain itu, dapat membentuk pemimpin masa depan yang lebih cakna dengan suasana dan situasi sekeliling serta turut mencari ruang untuk berkongsi rasa tentang anak-anak kepada golongan Ibubapa.

Program Motivasi SPM anjuran Yayasan Perak dan PPD Manjung telah diadakan pada 7 Mei 2018 bertempat di SMK Pangkor. Program ini melibatkan seramai 125 orang pelajar dan 100 orang ibubapa. Antara pengisian program ini adalah Teknik menjawab soalan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains yang dikendalikan oleh guru pakar Daerah Manjung, sesi motivasi bersama pelajar dan ibu bapa oleh Mr Sunny Yee dari Star Vitalnet dan sesi Aku janji Cemerlang Pelajar kepada ibu bapa.

Seminar Keibubapaan Abad Ke - 21 di Yayasan Perak

Edisi 10 Januari - Jun 2018 17

Page 18: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Kursus Pembangunan Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015

Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015

Kursus Pembangunan Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Yayasan Perak telah diadakan pada 25-27 April 2018 di Hotel Taiping Perdana. Kursus ini telah melibatkan kakitangan Yayasan Perak yang terlibat berkaitan dokumentasi bersama penceramah Encik Mohd Bakri bin Jalil.

Kursus Pengurusan Rekod dan Fail telah diadakan pada 8 & 9 Mac 2018 bertempat di Bilik Gerakan, Yayasan Perak. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah dari Jabatan Arkib Negara Negeri Perak kepada semua kakitangan. Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran tentang amalan pengurusan rekod yang berkesan dan meningkatkan lagi kemahiran memproses rekod-rekod khususnya dalam mengendalikan rekod-rekod di peringkat penyusunan, penyimpanan, penjagaan dan pelupusan rekod.

Kursus Protokol Yayasan Perak telah diadakan pada 27 Februari 2018 bertempat di Bilik Gerakan Yayasan Perak oleh YDH Toh Jana Pahlawan ACP Abu Bakar bin Romlee, Ketua Protokol dan Istiadat Negeri Perak.

Taklimat Sistem E-Prestasi Yayasan Perak telah diadakan pada 28 Februari 2018 bertempat di Bilik Gerakan Yayasan Perak. Taklimat diberikan oleh Unit Teknologi Maklumat dan Unit Sumber Manusia berkaitan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tahun 2018 kepada semua kakitangan Yayasan Perak

Kursus Pengurusan Rekod dan Fail

Kursus Protokol

Taklimat Sistem E-Prestasi Yayasan Perak

Buletin Yayasan Perak18

Page 19: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017 Sektor Pendidikan Islam

Majlis Bacaan Yassin & Tazkirah

Majlis Perpisahan Juruaudit Dalaman & Eksekutif Hal Ehwal Murid AsAH

Sambutan Harijadi Puan Aida Hazlyn

GALERI

Majlis Hi-Tea Demi Mu Al- Aqsa

Edisi 10 Januari - Jun 2018 19

Page 20: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

KERATAN AKHBAR

SUKAN

Pasukan Sepak Takraw Negeri Perak telah mengambil bahagian dalam pertandingan Sepak Takraw Terbuka Perak pada 14 Januari 2018 di Beruas. Seramai 16 orang pemain Sepak Takraw Perak telah mengambil bahagian diiringi oleh 2 orang pegawai pengiring. Pasukan Sepak Takraw Perak telah berjaya merangkul Johan, Naib Johan dan tempat ke-3.

Pasukan Sepak Takraw Negeri Perak telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Terengganu pada 5 - 6 Januari 2018. Seramai 20 orang pemain sepak takraw telah mengambil bahagian diiringi oleh 5 orang pegawai pengiring. Pasukan Sepak Takraw Perak telah berjaya hingga ke peringkat Suku Akhir.

Buletin Yayasan Perak20

Sinar Harian 14 Feb 2018 Sinar Harian 5 Mac 2018

Sinar Harian 23 Jan 2018

Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Perak

Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Terengganu

Page 21: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

• Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak bertujuan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran kemasukan di SEMESTER PERTAMA dan TAHUN PERTAMA di Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional, IPTA dan IPTS serta Pusat Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak Sahaja.• Dermasiswa ini diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat SIJIL, MATRIKULASI, DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA sahaja.• Pemohon mestilah anak Negeri Perak Darul Ridzuan yang ditakrifkan sebagai:

-PELAJAR atau BAPA/IBU lahir di Negeri Perak dan MENETAP DI PERAK atau;-KELUARGA bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin.

• Keutamaan diberikan kepada keluarga yang jumlah pendapatan isirumah (Bapa dan Ibu) di bawah RM5,000.00 sebulan (gaji pokok). (Mulai 1 Julai 2017)Pemberian secara "one-off" kepada pelajar mengikut peringkat pengajian.

• Kadar Pemberian Dermasiswa adalah seperti di dalam jadual

• Tarikh tutup permohonan adalah 3 BULAN dari tarikh pendaftaran masuk IPT.• Sila sertakan dokumen-dokumen berikut bersama Borang Permohonan• Salinan surat TAWARAN TERKINI daripada IPT/Pusat Pengajian.• Salinan MyKAD Pelajar, MyKAD BAPA dan MyKAD IBU.• Salinan PENYATA PENDAPATAN isirumah (BAPA & IBU). Sekiranya PESARA sila kepilkan Salinan PENYATA PENCEN BULANAN atau sekiranya BEKERJA SENDIRI sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN daripada Ketua Kampung/Penghulu Mukim kawasan masing-masing• Surat bermastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pegawai Daerah/Wakil Rakyat (Jika pelajar/ibu/bapa tidak lahir di Negeri Perak)Salinan surat kematian atau surat bercerai(Jika berkaitan)**Semua salinan dokumen perlulah mendapatkan pengesahan Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kelas A/Wakil Rakyat.• Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK disertakan dokumen yang diperlukan akan DITOLAK

CARA MEMOHON

• Mohon Dermasiswa secara ONLINE di www.yayasanperak.gov.my

• Mendapatkan Borang Permohonan secara percuma di Pejabat Yayasan Perak atau Pejabat Mini Yayasan Perak UTC, Ipoh atau Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN di kawasan masing-masing

1

Page 22: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

1. MatlamatMeringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan kesempitan hidup yang dihadapi oleh keluarga.Salah satu inisiatif tambahan dalam membasmi kemiskinan yang terdapat di Negeri Perak.Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan Mahasiswa Perak yang ditimpa kecelakaan dan bencana.2. Definisi Jenis-Jenis Bantuan        2.1 Bantuan Sara Diri:• Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu melanjutkan pengajian.• Bantuan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semester atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.       2.2 Bantuan Kecemasan• Bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.• Contoh-contoh bencana atau musibah:    • Kemalangan • Kebakaran •Kecurian • Banjir •Penyakit kronik • Kematian ibu/bapa/penjaga3. Syarat-Syarat Asas       3.1 Anak kelahiran Negeri Perak adalah bermaksud seperti yang termaktub di dalam Enakmen Negeri Perak No. 1 Tahun 1952 para 4 (f) (i) iaitu:    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, • ATAU Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri perak lebih daripada 10 tahun • ATAU Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun       3.2 Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat DIPLOMA / SARJANA MUDA / SARJANA / DOKTOR FALSAFAH di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf Kerajaan Negeri Perak serta mempunyai perwakilan Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) seperti di (MUAT TURUN SENARAI IPT TERPILIH)       3.3 Semua permohonan perlu mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT masing-masing.       3.4 Borang permohonan yang LENGKAP dengan dokumen sokongan perlu dihantar semula ke Yayasan Perak.4. Syarat-Syarat Khusus/Tambahan       4.1 Bantuan Sara Diri:Menghantar permohonan dalam tempoh 1 Februari hingga 31 Mac pada setiap TAHUN sahaja. Permohonan perlu dibuat berdasarkan TAHUN SEMASA sahaja. Pemohon perlu menghantar permohonan pada tahun berikutnya, jika mahu meneruskan penerimaan bantuan.         Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mac pada tahun tersebut.        Keutamaan kepada golongan keluarga berpendapatan

di bawah RM1,300 sebulan atau pendapatan perkapita sebulan sebanyak RM200 ke bawah       Memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) semasa 3.0 dan ke atas        Keutamaan kepada mahasiswa yang TIDAK mendapat sebarang bantuan pinjaman pendidikan atau biasiswa. Tapi, berdasarkan kes-kes tertentu, penerima bantuan pinjaman pendidikan boleh dipertimbangkan.       4.2 Bantuan Kecemasan: Menghantar permohonan dalam tempoh 2 Minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadianMenghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Ketua Kampung/Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga/Pengerusi JKKK/Penghulu/Wakil Rakyat)5. Kaedah Pelaksanaan/Pembayaran       5.1 Permohonan dibuat melalui Yayasan Perak namun boleh juga dipanjangkan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Institusi Pengajian Tinggi atau Wakil Rakyat setempat.       5.2 Pembayaran Bantuan Sara Diri:• Bantuan RM500 per semester bagi pemohon yang layak.• Bayaran Dua kali setahun iaitu pada April dan November.• Bayaran dibuat terus ke akaun mahasiswa.       5.3 Pembayaran Bantuan Kecemasan:Bantuan RM300 secara one-off bagi pemohon yang layak. Bayaran dibuat terus ke akaun mahasiswa. * Borang Permohonan Skim Bantuan Sara Diri Mahasiswa dan Kecemasan boleh dimuat turun di Laman Web Yayasan Perak www.yayasanperak.gov.my

TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

PENGENALANKerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan semasa pembentangan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri Perak pada 28/10/2009 telah mewujudkan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak (kini dikenali sebagai Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak).Ucapan pembentangan bajet 2010 Y.A.B. Menteri Besar Perak adalah seperti berikut:-  “Kerajaan Negeri Perak juga akan mewujudkan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri di mana peruntukan RM200 disediakan untuk kelahiran anak Perak. Inisiatif ini merupakan  simpanan pendidikan mereka untuk masa hadapan. Bagi tujuan ini peruntukan sebanyak RM2,000,000 disediakan pada tahun 2010 dan akan disalurkan melalui Yayasan Perak”.LATARBELAKANGPeruntukan tersebut adalah sebanyak RM200.00 seorang yang telah disediakan bagi setiap kelahiran anak Perak bermula pada tahun 2010.Peruntukan ini akan disalurkan melalui Yayasan Perak.Peruntukan ini bermaksud sebanyak RM200.00 diberikan sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional  (SSPN-i) di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi setiap kelahiran anak Perak tidak mengira bangsa dan agama.Bagi maksud Anak Perak, pengertian seperti yang diperuntukan dalam Akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu:-“Pemohon lahir di Negeri Perak. Ibu atau Bapa hendaklah lahir di Negeri Perak atau telah bermastautin dengan tinggal di Negeri Perak secara berterusan untuk tempoh 10 tahun atau lebih”

OBJEKTIF/ MATLAMATTabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak adalah bertujuan sebagai inisiatif pendidikan dan pelajaran yang merupakan simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak kelahiran Negeri Perak. Pengwujudan Tabung Sipanan Pendidikan Negeri Perak ini adalah untuk membolehkan anak-anak kelahiran negeri Perak mulai tahun 2010 mempunyai simpanan untuk menjamin pendidikan dan pelajaran mereka di masa hadapan.

SASARANSasaran utama tabung ini adalah untuk anak-anak yang dilahirkan di Negeri Perak sahaja. Kelahiran dikira mulai 1/1/2010 selepas jam 12.00 tengah malam. Kelahiran hendaklah didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara di dalam Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak sahaja.

PERATURAN / SYARAT-SYARAT• Anak kelahiran Negeri Perak adalah bermaksud sepertimana yang termaktub di dalam Akta Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan• Kelahiran Anak Negeri Perak bermula pada 1/1/2010 mulai selepas jam 12.00 tengah malam.• Anak kelahiran Negeri Perak mestilah mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak dan mempunyai Sijil Kelahiran yang sah.• Hendaklah mendaftar dengan Yayasan Perak untuk mendapat Tabung Pendidikan Amanjaya ini melalui borang atau kaedah-kaedah yang akan difikirkan dari masa ke semasa.• Jumlah pendapatan (isirumah) di bawah RM3,000 sebulan.• Setiap kelahiran akan mendapat RM200.00 dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).• Wang simpanan dalam tabungan SSPN-i ini hanya boleh dikeluarkan selepas anak kelahiran Negeri Perak tersebut genap 18 tahun ke atas.• Ibu/Bapa/Penjaga digalakkan menabung dan menambah tabungan di dalam SSPN-i dari masa ke semasa.• Dokumen Yang Diperlukan adalah :Borang Permohonan yang telah lengkap diisiSalinan SIJIL KELAHIRAN atau MYKID anak.Salinan KAD PENGENALAN (MYKAD) IBU atau BAPA yang lahir di Negeri Perak.• Salinan PENYATA PENDAPATAN/SLIP GAJI (isirumah) yang disahkan oleh majikan. Sekiranya bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung/ Penghulu Mukim kawasan masing-masing.• Borang Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang siap diisi. Jika telah membuka akaun SSPN-i, sila kepilkan salinan borang pembukaan akaun SSPN-i atau salinan KAD SSPN-i

MUAT TURUN BORANGBorang Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak  juga boleh didapati secara percuma di Pejabat

Yayasan Perak, Pejabat Mini Yayasan Perak UTC, Ipoh, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

Borang Pembukaan Akaun SSPN-i bagi pemohon yang masih belum mempunyai akaun SSPN-i.

Page 23: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

PENGENALANKerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan semasa pembentangan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri Perak pada 28/10/2009 telah mewujudkan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak (kini dikenali sebagai Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak).Ucapan pembentangan bajet 2010 Y.A.B. Menteri Besar Perak adalah seperti berikut:-  “Kerajaan Negeri Perak juga akan mewujudkan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri di mana peruntukan RM200 disediakan untuk kelahiran anak Perak. Inisiatif ini merupakan  simpanan pendidikan mereka untuk masa hadapan. Bagi tujuan ini peruntukan sebanyak RM2,000,000 disediakan pada tahun 2010 dan akan disalurkan melalui Yayasan Perak”.LATARBELAKANGPeruntukan tersebut adalah sebanyak RM200.00 seorang yang telah disediakan bagi setiap kelahiran anak Perak bermula pada tahun 2010.Peruntukan ini akan disalurkan melalui Yayasan Perak.Peruntukan ini bermaksud sebanyak RM200.00 diberikan sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional  (SSPN-i) di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi setiap kelahiran anak Perak tidak mengira bangsa dan agama.Bagi maksud Anak Perak, pengertian seperti yang diperuntukan dalam Akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu:-“Pemohon lahir di Negeri Perak. Ibu atau Bapa hendaklah lahir di Negeri Perak atau telah bermastautin dengan tinggal di Negeri Perak secara berterusan untuk tempoh 10 tahun atau lebih”

OBJEKTIF/ MATLAMATTabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak adalah bertujuan sebagai inisiatif pendidikan dan pelajaran yang merupakan simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak kelahiran Negeri Perak. Pengwujudan Tabung Sipanan Pendidikan Negeri Perak ini adalah untuk membolehkan anak-anak kelahiran negeri Perak mulai tahun 2010 mempunyai simpanan untuk menjamin pendidikan dan pelajaran mereka di masa hadapan.

SASARANSasaran utama tabung ini adalah untuk anak-anak yang dilahirkan di Negeri Perak sahaja. Kelahiran dikira mulai 1/1/2010 selepas jam 12.00 tengah malam. Kelahiran hendaklah didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara di dalam Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak sahaja.

PERATURAN / SYARAT-SYARAT• Anak kelahiran Negeri Perak adalah bermaksud sepertimana yang termaktub di dalam Akta Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan• Kelahiran Anak Negeri Perak bermula pada 1/1/2010 mulai selepas jam 12.00 tengah malam.• Anak kelahiran Negeri Perak mestilah mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak dan mempunyai Sijil Kelahiran yang sah.• Hendaklah mendaftar dengan Yayasan Perak untuk mendapat Tabung Pendidikan Amanjaya ini melalui borang atau kaedah-kaedah yang akan difikirkan dari masa ke semasa.• Jumlah pendapatan (isirumah) di bawah RM3,000 sebulan.• Setiap kelahiran akan mendapat RM200.00 dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).• Wang simpanan dalam tabungan SSPN-i ini hanya boleh dikeluarkan selepas anak kelahiran Negeri Perak tersebut genap 18 tahun ke atas.• Ibu/Bapa/Penjaga digalakkan menabung dan menambah tabungan di dalam SSPN-i dari masa ke semasa.• Dokumen Yang Diperlukan adalah :Borang Permohonan yang telah lengkap diisiSalinan SIJIL KELAHIRAN atau MYKID anak.Salinan KAD PENGENALAN (MYKAD) IBU atau BAPA yang lahir di Negeri Perak.• Salinan PENYATA PENDAPATAN/SLIP GAJI (isirumah) yang disahkan oleh majikan. Sekiranya bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung/ Penghulu Mukim kawasan masing-masing.• Borang Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang siap diisi. Jika telah membuka akaun SSPN-i, sila kepilkan salinan borang pembukaan akaun SSPN-i atau salinan KAD SSPN-i

MUAT TURUN BORANGBorang Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak  juga boleh didapati secara percuma di Pejabat

Yayasan Perak, Pejabat Mini Yayasan Perak UTC, Ipoh, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

Borang Pembukaan Akaun SSPN-i bagi pemohon yang masih belum mempunyai akaun SSPN-i.

Page 24: BULETIN - yayasanperak.gov.myyayasanperak.gov.my/v4/images/buletin/YP_10_2018.pdf · HARI KELUARGA YAYASAN PERAK KAUNTER BERGERAK YAYASAN PERAK KURSUS PEMBANGUNAN DOKUMENTASI SISTEM

Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak.

No. 111, Jalan Sultan Idris Shah,

30000 Ipoh, Perak

05-255 2929 / 253 7779

05-253 1701

www.yayasanperak.gov.my

[email protected]

Yayasan Perak - Rasmi