titas2

8
Tamadun berasal dari bahasa Arab iaitu al-madaniyyah. Tamadun juga berasal dari bahasa inggeris iaitu Civilization, Culture, Renaissance. Tamadun dari segi pengertian, menekankan dua perkara yang penting iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Tamadun Islam sememangnya amat unik kewujudan kerana ia lahir di padang pasir berbeza dari tamadun lain yang kebiasaan bermula di lembah sungai. Selain itu, Kelahiran tamadun islam adalah daripada islam itu sendiri. menurut Syed Qutb, islam itu lah tamadun. Tidak ketinggalan juga ia wujud dalam satu kelompok masyarakat yang penuh dengan kejahilan. Namun demikian, keunggulan tamadun ini sudah tidak dapat disangkal lagi oleh pengkaji sejarah. Hal ini kerana tamadun islam boleh dikatakan sebagai pelopor kepada ketamadunan. Di dalam artikel FAKTOR KEGEMILANGAN TAMDUN ISLAM : Pengajaran dari Masa Lalu oleh Khalif Muammar banyak berkisar tentang kecintaan terhadap ilmu di setiap lapisan masyarakat termasuk golongan pemimpin sendiri. Penulis telah mengangkat Andalusia sebagai salah satu contoh tamadun islam yang berkembang maju di dalam artikel ini. Antara petikan dalam artikel ini yang menggambarkan kegemilangan Andalusia adalah: ‘Andalusia hanya salah satu pusat kebudayaan dari banyak lagi pusat kebudayaan yang dibina oleh kerajaan Islam. Andalusia sering diangkat sebagai model terbaik kerana meninggalkan kesan dan warisan yang luar biasa sehingga

Upload: frid-adnn

Post on 23-Dec-2015

7 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

titas

TRANSCRIPT

Page 1: Titas2

Tamadun berasal dari bahasa Arab iaitu al-madaniyyah. Tamadun juga berasal dari

bahasa inggeris iaitu Civilization, Culture, Renaissance. Tamadun dari segi pengertian,

menekankan dua perkara yang penting iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan

perbandaran atau penempatan. Tamadun Islam sememangnya amat unik kewujudan kerana ia

lahir di padang pasir berbeza dari tamadun lain yang kebiasaan bermula di lembah sungai. Selain

itu, Kelahiran tamadun islam adalah daripada islam itu sendiri. menurut Syed Qutb, islam itu lah

tamadun. Tidak ketinggalan juga ia wujud dalam satu kelompok masyarakat yang penuh dengan

kejahilan. Namun demikian, keunggulan tamadun ini sudah tidak dapat disangkal lagi oleh

pengkaji sejarah. Hal ini kerana tamadun islam boleh dikatakan sebagai pelopor kepada

ketamadunan.

Di dalam artikel FAKTOR KEGEMILANGAN TAMDUN ISLAM : Pengajaran dari

Masa Lalu oleh Khalif Muammar banyak berkisar tentang kecintaan terhadap ilmu di setiap

lapisan masyarakat termasuk golongan pemimpin sendiri. Penulis telah mengangkat Andalusia

sebagai salah satu contoh tamadun islam yang berkembang maju di dalam artikel ini. Antara

petikan dalam artikel ini yang menggambarkan kegemilangan Andalusia adalah:

‘Andalusia hanya salah satu pusat kebudayaan dari banyak lagi pusat

kebudayaan yang dibina oleh kerajaan Islam. Andalusia sering diangkat sebagai

model terbaik kerana meninggalkan kesan dan warisan yang luar biasa sehingga

ke hari ini. Ia juga dianggap besar kerana telah membukakan pintu kemajuan

bagi tamadun Barat…..’

Faktor utama yang mendorong kepada kegemilangan tamadun islam adalah kesan

peninggalan kepimpinan Rasulullah S.A.W yang menekankan pembangunan insaniah atau

sekarang ini dikenali sebagai pembanagunan modal insan . Rasulullah telah membina generasi

yang unggul dari segi akhlak dan aqidah yang menjadi aset penting kepada kegemilangan

tamadun islam. Rasulullah sama sekali tidak menekankan aspek lahiriah. Setelah pembentukan

individu yang mantap, kemudiannya mereka akan disiapkan dengan persiapan mental, fizikal dan

rohani bagi memikul misi pembangunan tamadun islam. Sebagai contoh, pada zaman al_

Page 2: Titas2

Khulafa al –Rashidun, para Khalifah tidak hanya tumpu kepada perluasan daerah Dar al-islam

tetapi turut membina negara yang kukuh. Tambahan pula, konsep pembangunan modal insan

pemikir Barat ditentang Islam kerana ia terlalu berunsur duniawi. Penulis ada menyatakan

tentang konsep “Umran Bashari” oleh Ibnu Khaldun (2004) yang menekankan pembangunan

yang menyeluruh sehingga menghasilkan manusia yang seimbang.

Seterusnya, penulis telah menyatakan bahawa kerajaan yang bijaksana merupakan unsur

terpenting dalam kejayaan sebuah tamadun. Kerajaan islam ketika ini amat menitikberatkan

pembangunan ilmu. Bagi menjana pembangunan ilmu, Sultan Abd-Rahman b Mu’awiyah al

Dakhil telah membina perpustakaan yang besar dengan hartanya sendiri. Beliau memiliki

400,000 buah buku dan kesemua koleksi buku dikatakan telah dibaca olehnya. Al-Hakam telah

membina universiti di Andalusia bahkan menjadi penaung yang membiayai kegiatan ramai

sarjana dan saintis Andalusia. Maka hasil kebijaksanaan pemimpin ketika itu , kota Kordoba

memiliki 600 buah masjid, 900 tempat mandi awam, 50 hospital, dan beberapa pasar perniagaan

dan perdagangan. Di kota Kordoba juga, sesorang boleh berjalan di waktu malam sejauh puluhan

batu kerana diterangi lampu.

Penulis ada menyelitkan kata – kata pemikir Barat iaitu De Gayangos yang menunjukkan

kebijaksanaan sultan – sultan Andalusia. Beliau mengambarkan Sultan Abd al – Rahman III

seperti ;

“...penguasa yang lemah lembut dan paling berpengetahuan.

Kelemahlembutannya, kemurahan hatinya, dan kecintaannya

akan keadilan telah menjadi buah mulut di mana-mana; tidak

seorang pun dari anak cucunya pernah melampaui dia dalam

hal keberanian di medan tempur dan keunggulan lainnya yang

menjadikan dia sebagai seorang penguasa yang cekap dan

dicintai; ia mencintai ilmu dan disegani oleh orang terpelajar.

Dengan orang-orang inilah ia gemar melakukan pembicaraan,

menghabiskan masa yang ia curi daripada pekerjaan

Page 3: Titas2

pentadbiran. Di istananya ia mengadakan pertemuan sastera

yang dihadiri oleh semua penyair terkemuka dan orang-orang

terpelajar.”

Kebijaksanaan seseorang pemimpin akan dilihat apabila dia mampu memimpin komuniti

sehingga menggapai kejayan hakiki yang menrangkumi kesejahteraan aqli, jasadi dan rohani.

Surat Tahir bin al –Husyan kepada anaknya Abdullah bin Tahir yg dicatat oleh Ibn Khaldun

(2004) dalam al – Muqaddimah telah dijadikan panduan kerja kerana ia mengikut garis panduan

islam. Tradisi kepimpinan yang bijaksana inilah yang ditanam oleh kerajaan islam ketika itu

sehingga menjadi tamadun yang agung. Al-Mawardi (975-1059) dalam bukunya al-Ahkam al-

Sultaniyyah menggariskan 6 sendi utama dalam yang mesti wujud dalam sebuah pemerintahan

islam: penghayatan islam yang mendalam, penguasa yang berwibawa, keadilan yang

menyeluruh, kemanan, kesuburan tanah, dan harapan kelangsungan hidup.

Disamping itu, penulis juga berpendapat bahawa ketinggian budaya ilmu umat islam juga

salah satu sebab kegemilangan tamadun islam. Umat islam di Andalusia sememangnya terkenal

dengan budaya ilmu yang meluas. Ini membolehkan umat islam yang menjunjung tiggi nilai-

nilai ilmu memimpin masyarakat dunia. Budaya ilmu adalah budaya yang dihiasi olehh

kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak. Sesiapa sahaja, baik raja, pemimpin, atau rakyat

kecil, akan berfikir dahulu sebelum bertindak tanpa dipengaruhi oleh emosi, perasaan marah,

atau angkuh. Antara ciri masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu adalah para pembesar yang

dekat dengan rakyat untuk menjadi agen perubahan dan pencerahan. Selain itu, penghormatan

terhadap kepakaran untuk setiap keputusan yang dibuat juga perlu dalam membudayakan ilmu.

Di samping itu, segala persoalan dibahas dengan penuh bijaksana dan matang. Pemilihan seorang

khalifah juga berdasarkan ketinggian ilmu, akhlak dan kemampuan. Masyarakat yang berbudaya

ilmu juga mempunyai pemikiran yang cerdas, maju dan terbuka. Mereka hanya menerima

sesuatu pandangan berdasarkan kekuatan hujah dan ilmu semata-mata. Seterunya, masyarakat

yang berbudaya ilmu juga adalah masyarakat yang mempunyai sahsiah dan jati diri yang mantap.

Mereka berpegang pada prinsip dan nilai yang berlandaskan pandangan alam dan agama. Mereka

tidak terpengaruh dengan mana-mana unsur negatif.

Page 4: Titas2

Seterusnya, penulis menyebut tentang pemerintahan yang adil merupakan rahsia penting

kegemilangan Andalusia. Amat jelas sekali dalam lipatan sejarah bahawa pemimpin Andalusia

itu dibarisi oleh pemimpin-pemimpin yang adil. Perlu kita fahami bahawa keadilan bukan hanya

satu konsep berkaitan dengan pemerintahan dan politik semata-mata. Adil yang dimaksudkan

termasuklah dalam kehidupan. Penulis mengulas lanjut perkara ini dengan memberi contoh

pemerintah yang tidak adil (al-Hakam I) dalam melaksanakan hukuman sehingga berlaku

pemberontakan. Ibn Khaldun juga mengatakan dalam tuluisanya bahawa kerajaan yang zalim

merosakkan pembangunan Negara.

Akhir sekali, penulis ada menyentuh sedikit mengenai faktor kemerosotan dan kejatuhan

Andalusia. Penulis menyatakan semasa dinasti Umawiyyah, Andalusia mula mengalami

kejatuhan. Ini berlaku disebabkan serangan bertubi – tubi oleh Kristian untuk menakluk semula

yang mengakibatkan perpecahan umat Islam. Walaupun ada ketikanya kerajaan Andalusia

Berjaya menyekat kemaraan kristian dan kembali bersinar khususnya pada zaman pemerintahan

Yusuf Abu Ya’qub. Namun kekalahan getir Andalusia dibawah pimpinan al-Muwahhidin

walaupun berjaya bertahan 139 tahun lamanya. Khalifah terakhir Andalusia, Abu Abdullah

terpaksa menyerahkan Granada, benteng pertahanan terakhir, ke tangan Ferdinand pada tahun

1492 kerana telah 7 bulan dikepung dan bimbang akan rakyatnya mati kebuluran. Penulis ada

memetik ayat dari ibu Abu Abdullah yang berbunyi

‘Pada saat meninggalkan Granada khalifah melinangkan air mata, Ibunya

lalu berkata kepadanya: “Jangan menangis seperti seorang perempuan untuk

sesuatu yang tidak dapat kau pertahankan seperti seorang lelaki”.’

Ayat ini menunjukkan bertapa sayangnya pemimpin tersebut terhadap Granada sehingga

menitiskan air mata. Pemerintah yang rakus memperalat para ulama juga merupakan faktor lain

yang menyebabkan kejatuahn ini.. Ibn Khaldun sendiri yang dilantik sebagai perdana menteri di

Andalusia dan Tunisia, beliau juga sering diperalat oleh pemimpin untuk kepentingan dan kuasa

mereka. Menyedari hal ini, Ibn Khaldun beberapa kali menolak untuk diperalat walaupun

ditawarkan mendapat pengkat yang tinggi sehingga menimbulkan kemarahan sultan. Ibn

Khaldun diburu oleh sultan lalu beliau melarikan diri ke Mesir.

Page 5: Titas2

KESIMPULAN

Pengkajian tentang faktor – faktor kemajuan dan kejatuhan tamadun islam amatlah

penting kerana banyak pengajaran yang dapat kita gunakan untuk masa kini untuk kita

mengulangi kejayaan tersebut. Segala peristiwa yang telah berlaku dulu kala boleh kita jadikan

sebagai titik rujukan bagi mengelakkan kesilapan – kesilapan tersebut diulangi pada masa

sekarang. Seperti Wan Mohd Nor (2007) nyatakan dalam penulisannya, ramai di antara amat

bangga dengan kejayaan agung pemimpin Islam dulu, tetapi tidak begitu ramai yang betul –betul

mengkaji tentang faktor kejayaan dan kejatuhan tamadun Islam. Oleh itu, kita harus

mengamalkan langkah – langkah pemimpin dulu tetapi melakukan sedikit perubahan supaya ia

sesuai dengan keadaan masa sekarang.

Masyarakat berilmu amatlah penting dalam kepimpinan kita. Pada tahap sekarang, peratusan

taburan masyarakat berilmu di negara kita masih lagi rendah. Oleh itu, penulis ada menyediakan

beberapa langkah bagi mewujudkan masyarakat berilmu :

1. Mewujudkan persekitaran yang kondusif. Insfrastruktur dan aktiviti yang berasaskan

ilmiah haruslah diperbanyakkan.

2. Menanugerahkan penghormatan kepada para ilmuwan kerana ini akan menjadikan

para ilmuwan lebih bermotivasi untuk mencetuskan lebih banyak idea.

3. Lebih menekankan budaya ilmu.

4. Membangunkan masyarakat yang bermoral bagi mengelakkan berlakunya lagi

kejatuhan negara.

Sesungguhnya, kejayaan dulu itu berpandukan peradaban islam seperti tawhid,

ketinggian budaya ilmu, peranan ilmuwan sebagai pendidik, akhalak dan nilai moral yang tinggi.

Jika nilai – nilai tiada, nescaya sesuatu organisasi itu akan senang menyembah bumi. Oleh yang

demikian menjadi tanggungjawab bagi golongan yang tahu dan sedar akan keadan umat islam

sekarang untuk bangkit dan mencontohi budaya yang diamalkan oleh tamadun islam ketika

zaman kegemilangannya . Kejayaan yang dikecapi oleh tamadun islam amatlah unggul dan ia

tidak dapat sekalipun dibandingkan dengan tamadun lain kerana tanpa tamadun Islam, tamadun

lain tidak akan wujud.

Page 6: Titas2