tipu daya bisnes online

2
7/19/2014 Tipu daya bisnes online http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tipudayabisnesonline//Article/article_print 1/2 Tipu daya bisnes online Pembeli menipu Penyangak dalam talian ini dilihat semakin berani apabila mereka menggunakan pendekatan yang lebih mesra iaitu berurusan secara langsung dengan peniaga melalui telefon, menjadikan peniaga yang diumpan lebih yakin dengan mereka. Objektifnya cukup mudah iaitu dengan menghubungi mana-mana individu yang mengiklankan barangan ingin dijual dalam talian dan berpura-pura menjadi pembeli yang kononnya berminat dengan barangan terbabit. Bagi memastikan mangsa lebih cepat masuk ke perangkap dipasang, penyangak sanggup menawarkan bayaran yang lebih tinggi daripada harga asal. Taktik popular dengan memberitahu wang pembelian sudah dimasukkan dan pembayaran itu ‘sangkut’ atas alasan tertentu. Hakikatnya, wang belum dimasukkan dan e-mel bank diterima juga palsu. Helah peniaga Keseronokan membeli barang di atas talian membuatkan ramai yang memilih cara berkenaan yang dianggap mudah, cepat dan menjimatkan bagi mendapatkan produk mahupun perkhidmatan. Lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan ini, pembelian secara atas talian meningkat berkali-kali ganda dengan pelbagai promosi oleh peniaga yang mengambil peluang sempena kedatangan Aidilfitri ini. Trend pembelian melalui atas talian yang menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat hari ini turut diakui Pos Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui Pos Laju. Dalam satu laporan disediakan agensi berita tempatan yang menemu bual Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat dan Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim sebagai berkata, trend itu semakin ketara sejak tiga tahun lalu apabila jumlah mengepos barangan meningkat dalam tempoh itu. Pada 2011, sebanyak 29 juta pengeposan barang dibuat meningkat kepada 30 juta pada 2012 dan terus meningkat kepada 40 juta pada tahun lalu. Kebiasaannya pada bulan Ramadan akan berlaku peningkatan pengeposan antara 25 hingga 30 peratus terutama dua minggu terakhir sebelum hari raya, katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin memaklumkan, Internet yang digunakan masyarakat untuk mencari, berkongsi maklumat dan berkomunikasi disalahgunakan untuk aktiviti jenayah seperti penipuan Internet. Bagi tahun 2011, PDRM menerima 876 kes penipuan penghantaran bungkusan yang membabitkan kerugian RM18.9 juta. Pada 2012 pula, jumlah kerugian meningkat kepada RM34.6 juta walaupun jumlah kes yang

Upload: priya-dush

Post on 31-Jul-2015

38 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tipu daya bisnes online

7/19/2014 Tipu daya bisnes online

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tipudayabisnesonline//Article/article_print 1/2

Tipu daya bisnes online

Pembeli menipu

Penyangak dalam talian ini dilihat semakin berani apabila mereka menggunakan pendekatan yang lebih mesra

iaitu berurusan secara langsung dengan peniaga melalui telefon, menjadikan peniaga yang diumpan lebih yakin

dengan mereka. Objektifnya cukup mudah iaitu dengan menghubungi mana-mana individu yang mengiklankan

barangan ingin dijual dalam talian dan berpura-pura menjadi pembeli yang kononnya berminat dengan barangan

terbabit.

Bagi memastikan mangsa lebih cepat masuk ke perangkap dipasang, penyangak sanggup menawarkan bayaranyang lebih tinggi daripada harga asal. Taktik popular dengan memberitahu wang pembelian sudah dimasukkan

dan pembayaran itu ‘sangkut’ atas alasan tertentu. Hakikatnya, wang belum dimasukkan dan e-mel bank

diterima juga palsu.

Helah peniaga

Keseronokan membeli barang di atas talian membuatkan ramai yang memilih cara berkenaan yang dianggap

mudah, cepat dan menjimatkan bagi mendapatkan produk mahupun perkhidmatan. Lebih-lebih lagi sepanjang

bulan Ramadan ini, pembelian secara atas talian meningkat berkali-kali ganda dengan pelbagai promosi oleh

peniaga yang mengambil peluang sempena kedatangan Aidilfitri ini.

Trend pembelian melalui atas talian yang menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat hari ini turut diakui Pos

Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui Pos Laju.

Dalam satu laporan disediakan agensi berita tempatan yang menemu bual Ketua Kumpulan Komunikasi

Korporat dan Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim sebagai berkata, trend itu semakin

ketara sejak tiga tahun lalu apabila jumlah mengepos barangan meningkat dalam tempoh itu. Pada 2011,

sebanyak 29 juta pengeposan barang dibuat meningkat kepada 30 juta pada 2012 dan terus meningkat kepada

40 juta pada tahun lalu. Kebiasaannya pada bulan Ramadan akan berlaku peningkatan pengeposan antara 25

hingga 30 peratus terutama dua minggu terakhir sebelum hari raya, katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin memaklumkan, Internet yang

digunakan masyarakat untuk mencari, berkongsi maklumat dan berkomunikasi disalahgunakan untuk aktivitijenayah seperti penipuan Internet.

Bagi tahun 2011, PDRM menerima 876 kes penipuan penghantaran bungkusan yang membabitkan kerugian

RM18.9 juta. Pada 2012 pula, jumlah kerugian meningkat kepada RM34.6 juta walaupun jumlah kes yang

Page 2: Tipu daya bisnes online

7/19/2014 Tipu daya bisnes online

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tipudayabisnesonline//Article/article_print 2/2

dilaporkan menurun kepada 814 kes. Bagi tempoh Januari hingga Mei 2013, sebanyak 381 kes dilaporkan

dengan kerugian RM14.1 juta.

Antara kes membabitkan penjualan barang tipu di laman e-dagang, barang yang dijual tidak menyamai spesifikasi

dipaparkan di Internet dan tidak menghantar barang yang dibeli meskipun bayaran sudah dibuat.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad