Download - Tipu daya bisnes online
7/19/2014 Tipu daya bisnes online
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tipudayabisnesonline//Article/article_print 1/2
Tipu daya bisnes online
Pembeli menipu
Penyangak dalam talian ini dilihat semakin berani apabila mereka menggunakan pendekatan yang lebih mesra
iaitu berurusan secara langsung dengan peniaga melalui telefon, menjadikan peniaga yang diumpan lebih yakin
dengan mereka. Objektifnya cukup mudah iaitu dengan menghubungi mana-mana individu yang mengiklankan
barangan ingin dijual dalam talian dan berpura-pura menjadi pembeli yang kononnya berminat dengan barangan
terbabit.
Bagi memastikan mangsa lebih cepat masuk ke perangkap dipasang, penyangak sanggup menawarkan bayaranyang lebih tinggi daripada harga asal. Taktik popular dengan memberitahu wang pembelian sudah dimasukkan
dan pembayaran itu ‘sangkut’ atas alasan tertentu. Hakikatnya, wang belum dimasukkan dan e-mel bank
diterima juga palsu.
Helah peniaga
Keseronokan membeli barang di atas talian membuatkan ramai yang memilih cara berkenaan yang dianggap
mudah, cepat dan menjimatkan bagi mendapatkan produk mahupun perkhidmatan. Lebih-lebih lagi sepanjang
bulan Ramadan ini, pembelian secara atas talian meningkat berkali-kali ganda dengan pelbagai promosi oleh
peniaga yang mengambil peluang sempena kedatangan Aidilfitri ini.
Trend pembelian melalui atas talian yang menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat hari ini turut diakui Pos
Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui Pos Laju.
Dalam satu laporan disediakan agensi berita tempatan yang menemu bual Ketua Kumpulan Komunikasi
Korporat dan Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim sebagai berkata, trend itu semakin
ketara sejak tiga tahun lalu apabila jumlah mengepos barangan meningkat dalam tempoh itu. Pada 2011,
sebanyak 29 juta pengeposan barang dibuat meningkat kepada 30 juta pada 2012 dan terus meningkat kepada
40 juta pada tahun lalu. Kebiasaannya pada bulan Ramadan akan berlaku peningkatan pengeposan antara 25
hingga 30 peratus terutama dua minggu terakhir sebelum hari raya, katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin memaklumkan, Internet yang
digunakan masyarakat untuk mencari, berkongsi maklumat dan berkomunikasi disalahgunakan untuk aktivitijenayah seperti penipuan Internet.
Bagi tahun 2011, PDRM menerima 876 kes penipuan penghantaran bungkusan yang membabitkan kerugian
RM18.9 juta. Pada 2012 pula, jumlah kerugian meningkat kepada RM34.6 juta walaupun jumlah kes yang
7/19/2014 Tipu daya bisnes online
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tipudayabisnesonline//Article/article_print 2/2
dilaporkan menurun kepada 814 kes. Bagi tempoh Januari hingga Mei 2013, sebanyak 381 kes dilaporkan
dengan kerugian RM14.1 juta.
Antara kes membabitkan penjualan barang tipu di laman e-dagang, barang yang dijual tidak menyamai spesifikasi
dipaparkan di Internet dan tidak menghantar barang yang dibeli meskipun bayaran sudah dibuat.
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad