tips menam kaktus

2
Tips Menam Kaktus 1. “Menjaga kaktus tidak rumit kerana ia mudah menyesuaikan diri dengan cuaca. Cuma jangan alih-alih tempat untuknya, sekejap di tempat panas dan sekejap di tempat redup kerana ia akan mati. 2. Selepas usia setahun barulah kaktus tersebut dialihkan ke dalam pasu baharu mengikut saiz.“Jangan sesekali terus menanam kaktus terus ke dalam pasu yang besar kerana ia tidak akan membesar sebaliknya akar kaktus sahaja akan berselirat memenuhi pasu. 3. “Kaktus ini pokok yang paling senang dijaga dan ia sangat sesuai untuk mereka yang malas kerana kaktus perlu disiram seminggu sekali atau sebulan sekali sahaja. Yang penting ia akan tetap akan hidup. Jika disiram hari-hari, cukup tiga hari ia akan mati,” 4. campuran tanah untuk kaktus ialah 50 peratus tanah dan 50 peratus pasir dan apabila disiram ia perlu disiram sehingga ‘banjir’ supaya air meresap ke dalam tanah agar kaktus dapat hidup lama. 5. Ditanya mengenai kaitan kaktus dengan feng shui, bapa kepada dua orang anak itu memberitahu, mengikut kepercayaan orang Cina, kaktus yang berbunga sangat bagus kerana memberikan ong (tuah), manakala kaktus yang berduri untuk menghalau hantu dan menghindar kecelakaan. 6. “Jika aura di dalam rumah tidak baik, perlu simpan kaktus untuk perbaikinya,” katanya. 7. Jika ada yang berkenan dengan kaktusnya, dia tidak lokek memberikan kaktus yang diingini kerana dengan memberikan kepada orang lain, kaktus yang lain dalam jagaannya tumbuh subur. 8. Pokok kaktus bukan hanya dijadikan tumbuhan hiasan sahaja malah, ada yang berpendapat kaktus mampu meningkatkan daya ketahanan badan dan ia mampu mengimbangkan badan dengan mengurangkan kandungan glukos. 9. Dalam pada itu, saintis mendapati kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus yang mampu membekalkan mineral untuk membina tulang, sendi dan tisu pengantara yang kuat. 10. Buah kaktus pula mengandungi antioksida dan fitonutrien. Berdasarkan kajian, kaktus dan buahnya dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. 11. Pada tahun 1979, kaktus (nopalis) dikatakan mampu menurunkan kadar gula selepas kajian dilakukan oleh Dr. Ibanez Camacho dari Mexico, manakala pada tahun 1992 saintis lain pula membuktikan bahawa buah kaktus daripada jenis Prickly Pear mampu menurunkan kadar lemak dan kolesterol.

Upload: merysia

Post on 18-Feb-2015

34 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tips Menam Kaktus

Tips Menam Kaktus

1. “Menjaga kaktus tidak rumit kerana ia mudah menyesuaikan diri dengan cuaca. Cuma jangan alih-alih tempat untuknya, sekejap di tempat panas dan sekejap di tempat redup kerana ia akan mati.

2. Selepas usia setahun barulah kaktus tersebut dialihkan ke dalam pasu baharu mengikut saiz.“Jangan sesekali terus menanam kaktus terus ke dalam pasu yang besar kerana ia tidak akan membesar sebaliknya akar kaktus sahaja akan berselirat memenuhi pasu.

3. “Kaktus ini pokok yang paling senang dijaga dan ia sangat sesuai untuk mereka yang malas kerana kaktus perlu disiram seminggu sekali atau sebulan sekali sahaja. Yang penting ia akan tetap akan hidup. Jika disiram hari-hari, cukup tiga hari ia akan mati,”

4. campuran tanah untuk kaktus ialah 50 peratus tanah dan 50 peratus pasir dan apabila disiram ia perlu disiram sehingga ‘banjir’ supaya air meresap ke dalam tanah agar kaktus dapat hidup lama.

5. Ditanya mengenai kaitan kaktus dengan feng shui, bapa kepada dua orang anak itu memberitahu, mengikut kepercayaan orang Cina, kaktus yang berbunga sangat bagus kerana memberikan ong (tuah), manakala kaktus yang berduri untuk menghalau hantu dan menghindar kecelakaan.

6. “Jika aura di dalam rumah tidak baik, perlu simpan kaktus untuk perbaikinya,” katanya.7. Jika ada yang berkenan dengan kaktusnya, dia tidak lokek memberikan kaktus yang diingini kerana

dengan memberikan kepada orang lain, kaktus yang lain dalam jagaannya tumbuh subur.8. Pokok kaktus bukan hanya dijadikan tumbuhan hiasan sahaja malah, ada yang berpendapat kaktus

mampu meningkatkan daya ketahanan badan dan ia mampu mengimbangkan badan dengan mengurangkan kandungan glukos.

9. Dalam pada itu, saintis mendapati kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus yang mampu membekalkan mineral untuk membina tulang, sendi dan tisu pengantara yang kuat.

10. Buah kaktus pula mengandungi antioksida dan fitonutrien. Berdasarkan kajian, kaktus dan buahnya dapat meningkatkan sistem imunisasi badan.

11. Pada tahun 1979, kaktus (nopalis) dikatakan mampu menurunkan kadar gula selepas kajian dilakukan oleh Dr. Ibanez Camacho dari Mexico, manakala pada tahun 1992 saintis lain pula membuktikan bahawa buah kaktus daripada jenis Prickly Pear mampu menurunkan kadar lemak dan kolesterol.

12. Dalam pada itu, Pegawai Penyelidik Prinsipal Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Zainudin Meon turut mengakui bahawa kaktus punya nilai yang tinggi dalam perubatan terutamanya kaktus jenis Hylocereus undatus dan Hylocereus polyrhizus atau lebih dikenali dengan nama pokok buah naga.

13. “Ia adalah spesies kaktus yang mengeluarkan buah. Tidak dinafikan bahawa buah naga cukup kaya dengan zat vitamin dan mineral yang dapat meningkatkan daya tahan serta metabolisme badan. Ia juga baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.

14. “Dalam masa yang sama, ia juga dapat memberikan tindak balas yang positif untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik di dalam badan,” katanya.

15. Kata Zainudin lagi, buah naga juga mempunyai kandungan karotena tinggi boleh didapati pada isi dan kulitnya, cuma kajian mengenainya tidak banyak dilakukan di negara ini.

16. Buah naga mempunyai fitoalbumin (dalam biji buah naga) yang mengandungi antioksida yang tinggi. Ia mampu mencegah pembentukan radikal bebas penyebab kanser selain rendah kolesterol, kaya sumber vitamin C, E dan serat.

17. “Saya sendiri pernah mendengar pengalaman seorang rakan yang menghidap darah tinggi yang mencecah bacaan 200. Dia mengambil ubat yang disarankan oleh doktor dan tekanan darahnya hanya turun sehingga 160 sahaja.

18. “Kemudian dia mengamalkan makan buah naga empat biji sehari yang dimakan pada waktu pagi dan petang. Rutinnya itu menyebabkan tekanan darahnya kembali normal iaitu 120,” ceritanya.

Page 2: Tips Menam Kaktus

19. Katanya, kajian lebih mendalam terhadap potensi perubatan yang ada pada pokok kaktus dan buah naga seharusnya diperluaskan supaya ia dapat memberi pilihan alternatif kepada pesakit pada masa akan datang.

20.