tips m3

6
MATEMATIK KERTAS 1 KOD 015/1 Ciri-cirinya 1 Sebanyak 40 soalan dikemukakan untuk dijawab oleh setiap calon. 2 Masa yang diperuntukkan adalah satu jam ( 60 minit ). Oleh itu purata masa yang diperuntukkan untuk menjawab satu soalan ialah 90 saat ( 1 minit 30 saat ). 3 Soalan adalah berbentuk objektif / aneka pilihan. Empat pilihan jawapan disediakan. Calon hanya dikehendaki memilih satu sahaja jawapan yang dikehendaki. 4 Jawapan yang telah anda pilih hendaklah ditanda / dihitamkan dalam Borang Jawapan Berkomputer ( JOB ) yang telah disediakan. 5 Ketepatan jawapan amat diperlukan. Jalan kira mengira tidak perlu ditunjukkan. 6 Soalan yang dikemukakan adalah meliputi semua topik / kemahiran Matematik berdasarkan Sukatan Pelajaran Tahap 2. 7 Kira-kira 75% soalannya adalah berbentuk KBKK. Ianya lebih menguji kebolehan kognitif / minda murid ( daya fikiran dan kefahaman ) Bentuk Soalan 1 Soalan terbahagi kepada dua aras iaitu : 1.1 Soalan Berbentuk Terus ( soalan kiraan terus / mekanis ) 1.2 Soalan Berbentuk Penyelesaian Masalah ( KBKK ) 2 Kira-kira 8 hingga 10 berbentuk Soalan Terus dikemukakan. Soalan jenis ini dianggap sebagai bonus kerana ia mudah dan hanya perlu membuat kiraan secara terus berdasarkan operasi yang dinyatakan. 3 Kira-kira 30 soalan adalah berbentuk Penyelesaian Masalah ( KBKK ). Sebahagian besar daripadanya disertakan dengan gambarajah, graf, jadual dan maklumat. 4 Soalan jenis ini memerlukan calon : 4.1 membaca soalan dengan teliti dan fahamkan kehendak soalan 4.2 gariskan/tandakan istilah Matematik yang terdapat dalam soalan kerana ia dapat membantu anda dalam menjawab soalan 4.3 bina ayat Matematik sebelum anda memulakan langkah penyelesaian. 5 Langkah-langkah berikut boleh membantu calon dalam menyelesaikan soalan jenis ini. Antaranya ialah : 5.1 membuat anggaran 5.2 membuat rajah / gambarajah / lakaran 1

Upload: fadzil-abd-aziz

Post on 07-Feb-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tips UPSR Matematik

TRANSCRIPT

Page 1: Tips M3

MATEMATIK KERTAS 1 KOD 015/1

Ciri-cirinya 1 Sebanyak 40 soalan dikemukakan untuk dijawab oleh setiap calon.

2 Masa yang diperuntukkan adalah satu jam ( 60 minit ). Oleh itu purata masa yang diperuntukkan untuk menjawab satu soalan ialah 90 saat ( 1 minit 30 saat ).

3 Soalan adalah berbentuk objektif / aneka pilihan. Empat pilihan jawapan disediakan. Calon hanya dikehendaki memilih satu sahaja jawapan yang dikehendaki.

4 Jawapan yang telah anda pilih hendaklah ditanda / dihitamkan dalam Borang Jawapan Berkomputer ( JOB ) yang telah disediakan.

5 Ketepatan jawapan amat diperlukan. Jalan kira mengira tidak perlu ditunjukkan.

6 Soalan yang dikemukakan adalah meliputi semua topik / kemahiran Matematik berdasarkan Sukatan Pelajaran Tahap 2.

7 Kira-kira 75% soalannya adalah berbentuk KBKK. Ianya lebih menguji kebolehan kognitif / minda murid ( daya fikiran dan kefahaman )

Bentuk Soalan

1 Soalan terbahagi kepada dua aras iaitu :

1.1 Soalan Berbentuk Terus ( soalan kiraan terus / mekanis )1.2 Soalan Berbentuk Penyelesaian Masalah ( KBKK )

2 Kira-kira 8 hingga 10 berbentuk Soalan Terus dikemukakan. Soalan jenis ini dianggap sebagai bonus kerana ia mudah dan hanya perlu membuat kiraan secara terus berdasarkan operasi yang dinyatakan.

3 Kira-kira 30 soalan adalah berbentuk ‘ Penyelesaian Masalah ‘ ( KBKK ). Sebahagian besar daripadanya disertakan dengan gambarajah, graf, jadual dan maklumat.

4 Soalan jenis ini memerlukan calon :

4.1 membaca soalan dengan teliti dan fahamkan kehendak soalan4.2 gariskan/tandakan istilah Matematik yang terdapat dalam soalan

kerana ia dapat membantu anda dalam menjawab soalan4.3 bina ayat Matematik sebelum anda memulakan langkah penyelesaian.

1

Page 2: Tips M3

5 Langkah-langkah berikut boleh membantu calon dalam menyelesaikan soalan jenis ini. Antaranya ialah :

5.1 membuat anggaran5.2 membuat rajah / gambarajah / lakaran5.3 membuat inferans5.4 mentafsir maklumat5.5 membanding dan membeza5.6 membuat langkah penyelesaian / pengiraan ke belakang ( songsangan

)5.7 cuba jaya5.8 mencongak

Analisis Soalan Kertas 1

1 Berdasarkan analisis soalan-soalan UPSR adalah didapati ada pola ataupun kekerapan tajuk yang sering keluar dalam peperiksaan iaitu :

1.1 Wang1.2 Pecahan1.3 Perpuluhan1.4 Peratus1.5 Ruang1.6 Masa dan Maktu1.7 Sukatan

( PURATA EMPAT SOALAN BAGI SETIAP TAJUK )

2 Tajuk-tajuk lain yang penting dan dapat membantu ialah :

2.1 Nombor Bulat2.2 Operasi Bergabung2.3 Perwakilan Data2.4 Purata

Kelemahan Calon

1 Tidak memahami kehendak soalan. Ini menyebabkan calon tersilap tafsir kehendak soalan.

2 Penguasaan istilah Matematik yang terhad. ( daripada , dua kali ganda , lebih daripada , diagih sama banyak dan lain-lain lagi )

3 Kelemahan menguasai fakta asas, terutama sekali sifir. #buat petak sifir

2

Page 3: Tips M3

5 Calon juga lemah dalam pertukaran unit. Sebagai contohnya :

- km kepada m, dan sebaliknya- kepada m , dan sebaliknya- kg kepada g, dan sebaliknya

6 Tidak membina ayat Matematik terlebih dahulu sebelum memulakan langkah pengiraan.

7 Calon sering tidak cukup masa dalam menjawab soalan. Ini adalah kerana calon kurang arif dalam memperuntukkan masa untuk menjawab soalan-soalan.

Tips Menjawab Kertas 1

1 Bijak mengagihkan masa yang diperuntukkan.

2 Cadangan agihan masa adalah seperti berikut :

2.1 15 minit untuk menjawab soalan berbentuk terus kerana soalan bentuk ini adalah mudah.

2.2 35 minit untuk menjawab soalan penyelesaian maslah2.3 10 minit untuk menyemak semula

3 Calon mestilah mahir mentafsir kehendak soalan, terutama sekali dalam soalan penyelesaian masalah.

3.1 Baca dan tentukan kehendak soalan.

3.2 Fahamkan setiap perkataan terutama sekali istilah Matematik dalam soalan.

3.3 Gariskan atau tandakan perkataan yang menjadi kunci kepada soalan.

3.4 Mahir dalam menentukan operasi dan seterusnya membina ayat Matematik.

3.5 Cekap dalam setiap unit sukatan dan ukuran serta bijak dalam membuat anggaran.

3.6 Ayat terakhir dalam sesuatu soalan sangat penting kerana di situlah terletaknya kehendak soalan.

4 Penggunaan rumus atau formula dapat membantu calon menyelesaikan soalan dan jawapan dengan mudah dan cepat.

5 Jawab soalan yang mudah dahulu diikuti yang sukar.

6 Melakar gambarajah atau membuat catatan dapat membantu calon dalam memahami kehendak soalan.

3

Page 4: Tips M3

7 Sekiranya ada satu-satu soalan yang tidak boleh dijawab, ikut kaedah yang dicadangkan,

7.1 Teruskan membuat pengiraan dengan apa-apa sahaja cara atau kaedah yang calon tahu.

7.2 Gunakan kaedah eliminasi, iaitu membuang atau menggugurkan jawapan yang difikirkan salah satu persatu.

7.3 Pilih satu sahaja jawapan yang benar-benar logik / munasabah dan meyakinkan hati calon.

8 Menyemak semula penting bagi memastikan jawapan yang telah dipilih.

MATEMATIK KERTAS 2 KOD 015/2

1 Matematik Kertas 2 mengandungi 20 soalan.

2 Soalan-soalannya adalah dalam Bahasa Melayu

3 Berbentuk subjektif

4 Calon dikehendaki menjawab semua soalan dan disertakan dengan langkah pengiraan

5 Masa untuk menjawab adalah 40 minit

6 Jumlah markah ialah 40.

CIRI-CIRI KERTAS 2

1 Soalan adalah berdasarkan kepada kemahiran Matematik yang paling minima

2 Soalan juga berdasarkan kemahiran asas setiap tajuk yang sepatutnya dikuasai oleh setiap murid tahun 6

3 Soalannya terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu :

3.1 Soalan 1 Markah

3.1.1 Kebiasaanya 5 soalan dikemukakan setiap tahun, iaitu soalan nombor 1 hingga nombor 5

3.1.2 1 markah diperuntukkan untuk setiap soalan

4

Page 5: Tips M3

3.1.3 Soalan memerlukan kiraan terus, tanpa memerlukan pemahaman

3.1.4 Calon mesti cekap menggunakan operasi yang empat

3.1.5 Kebiasaannya hanya satu operasi sahaja yang digunakan dalam satu-satu soalan

3.1.6 Soalannya mudah dan boleh dijawab dengan pantas

3.1.7 Calon boleh terus memberikan jawapan tanpa menunjukkan jalan kira mengira

3.2 Soalan 2 Markah

3.2.1 Kebiasannnya 10 soalan dikemukakan setiap tahun, iaitu dari soalan 6 hingga 15.

3.2.2 2 markah diperuntukkan untuk setiap soalan.

3.2.3 Melibatkan operasi yang empat, sekurang-kurangnya dua operasi digunakan.

3.2.4 Jalan pengiraan perlu ditunjukkan.

3.2.5 Terdapat 1 atau 2 soalan yang memerlukan calon membuat lakaran atau rajah.

3.2.6 Soalan yang dikemukakan berkaitan dengan unit sukatan / ukuran, wang, peratus dan ruang.

3.3 Soalan 3 Markah

3.3.1 Terdapat 5 soalan, iaitu soalan 16 hingga soalan 20.

3.3.2 3 markah untuk setiap soalan.

3.3.3 Melibatkan dua atau tiga peringkat jalan penyelesaian atau pengiraan .

3.3.4 Jalan pengiraan atau penyelesaian perlu ditunjukkan.

3.3.5 Soalan jenis ini melibatkan :

3.3.5.1 gambar, rajah, atau sukatan yang perlu diterjemahkan.

5

Page 6: Tips M3

3.3.5.2 jawapan melibatkan sistem penukaran unit.

3.3.5.3 soalan penyelesaian masalah yang melibatkan penukaran unit sebagai jawapan.

KELEMAHAN CALON KERTAS 2

1 Calon menganggap soalan terlalu mudah, menyebabkab banyak kecuaian berlaku

2 Jalan pengiraan tidak jelas. Ingat, sekiranya jawapan tidak tepat, markah boleh diberi kepada jalan penyelesaian. Markah tidak akan diberi kepada jawapan tepat tetapi kaedah penyelesaiannya salah.

3 Calon terlupa meletakkan unit di akhir jawapan.

4 Menggunakan konsep Matematik yang salah.

5 Salah menyalin soalan.

TIPS MENJAWAB SOALAN MATEMATIK 21 Baca Setiap arahan soalan.

2 Berhati-hati dalam membuat jalan penyelesaian.

3 Nyatakan dengan jelas setiap unit khas yang digunakan dalam jawapan seperti cm, km, m, , g, kg dan sebagainya.

4 Semak jawapan anda, dan pastikan anda telah menjawab mengikut kehendak soalan.

6

Page 7: Tips M3

7