tips intv hlp

3
Tip Untuk Mohon Hadiah latihan Persekutuan (Biasiswa) KPM bagi melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana/PhD Part 1 1. Pastikan anda mendapat markah penilaian prestasi 3 tahun berturut- turut melebihi 85. 2. Pastikan anda mempunyai added value berbanding calon-calon lain. Perkara yang boleh menaikkan added value seseorang calon ialah: - Menulis buku - Menulis artikel untuk surat khabar, majalah (majalah sekolah adalah medan terbaik untuk menghantar artikel kerana biasanya editor akan terus ambil artikel untuk diterbitkan berbanding majalah-majalah yang berada di pasaran) - Membuat kajian/kajian tindakan dan kajian ini dibentangkan dalam seminar peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah atau peringkat sekolah. - Menghantar kajian untuk diterbitkan dalam Jurnal peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. - Memberi ceramah motivasi/peperiksaan - Menyertai dan aktif dalam badan professional. - Menyertai badan kebajikan seperti NGO, Rukun Tetangga, PIBG,JPA, RELA, Wataniah dan lain-lain . - Menulis kurkulum vitae mengenai diri. 3. Menulis Proposal kajian dalam bidang yang dimohon. 4. Bidang yang dipohon mestilah match dengan bidang tugas/subjek yang di ajar disekolah/institut atau sama dengan degree pertama. 5. Menulis surat sokongan (menyatakan kebaikan & kepakaran diri) & ditandatangani oleh Pengetua/guru Besar. (yg ni kakak nda buat... mcm over pla hehe) Insyallah jika ada perkara-perkara ini plus keterampilan diri, anda adalah calon yang dicari-cari oleh penemuduga atau KPM. Tip Semasa Temuduga HLP & CBBP TB Sarjana/PhD Part 3 1. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa sesi temuduga: Mengenali siapa penemuduga - Sebaik-baiknya calon bertanya kepada urusetia siapa penemuduga yang akan menemuduganya. - Selalunya penemuduga adalah PhD holder, maka calon hendaklah memanggil dengan panggilan Dr dan namanya. Contohnya Dr Ahmad dll. 2. Pakaian - Wanita: Sebaik-baiknya baju kurung (samada muslim atau bukan muslim), blazer berwarna gelap serta name Tag. - Lelaki: Lengan panjang (warna cerah), seluar gelap, bertali leher, blazer berwarna gelap dan name Tag. 3. Membawa Fail Peribadi dan Bahan-bahan penulisan yang ditulis oleh calon seperti buku, kertas kerja, Modul P&P, artikel yang ditulis samada di majalah sekolah, suratkhabar, majalah yang berada dipasaran dll.

Upload: mazni-bali

Post on 04-Dec-2015

55 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

hlp

TRANSCRIPT

Page 1: Tips Intv Hlp

Tip Untuk Mohon Hadiah latihan Persekutuan (Biasiswa) KPM bagi melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana/PhD Part 1

1. Pastikan anda mendapat markah penilaian prestasi 3 tahun berturut-turut melebihi 85.

2. Pastikan anda mempunyai added value berbanding calon-calon lain. Perkara yang boleh menaikkan added value seseorang calon ialah:

- Menulis buku

- Menulis artikel untuk surat khabar, majalah (majalah sekolah adalah medan terbaik untuk menghantar artikel kerana biasanya editor akan terus ambil artikel untuk diterbitkan berbanding majalah-majalah yang berada di pasaran)

- Membuat kajian/kajian tindakan dan kajian ini dibentangkan dalam seminar peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah atau peringkat sekolah.

- Menghantar kajian untuk diterbitkan dalam Jurnal peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

- Memberi ceramah motivasi/peperiksaan

- Menyertai dan aktif dalam badan professional.

- Menyertai badan kebajikan seperti NGO, Rukun Tetangga, PIBG,JPA, RELA, Wataniah dan lain-lain .

- Menulis kurkulum vitae mengenai diri.3. Menulis Proposal kajian dalam bidang yang dimohon.4. Bidang yang dipohon mestilah match dengan bidang tugas/subjek yang di ajar

disekolah/institut atau sama dengan degree pertama.5. Menulis surat sokongan (menyatakan kebaikan & kepakaran diri) &

ditandatangani oleh Pengetua/guru Besar. (yg ni kakak nda buat... mcm over pla hehe)

Insyallah jika ada perkara-perkara ini plus keterampilan diri, anda adalah calon yang dicari-cari oleh penemuduga atau KPM.

Tip Semasa Temuduga HLP & CBBP TB Sarjana/PhD Part 3

1. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa sesi temuduga:Mengenali siapa penemuduga- Sebaik-baiknya calon bertanya kepada urusetia siapa penemuduga yang akan

menemuduganya.- Selalunya penemuduga adalah PhD holder, maka calon hendaklah

memanggil dengan panggilan Dr dan namanya. Contohnya Dr Ahmad dll.2. Pakaian

- Wanita: Sebaik-baiknya baju kurung (samada muslim atau bukan muslim), blazer berwarna gelap serta name Tag.

- Lelaki: Lengan panjang (warna cerah), seluar gelap, bertali leher, blazer berwarna gelap  dan name Tag.

Page 2: Tips Intv Hlp

3. Membawa Fail Peribadi dan Bahan-bahan penulisan yang ditulis oleh calon seperti buku, kertas kerja, Modul P&P, artikel yang ditulis samada di majalah sekolah, suratkhabar, majalah yang berada dipasaran dll.

4. Pengetahuan mengenai isu semasa- Membaca suratkhabar arus perdana setiap hari sebaik sahaja permohonan untuk HLP/CBBP TB dihantar.

5. Pengetahuan mengenai isu pendidikan.

Mcm skema pla kan.. heheh

Pengalaman campur-campur..

1. knp sambung belajar? 2. apa relevennya KPM nk bg biasiswa ni dgn proposal ni? perlu ke?3. awak ambil bahagian pengurusan kurikulum, apa maksud kurikulum?4. jadi awak rasa proposal awak ni berkait ke dgn kurikulum? mcm tak ada kaitan

je...5. kajian awak berkaitan BBM ni, 2 minggu boleh siap... knp nk susah2 buat masters

ni?6. APA styles ni apa? APA stands for what?7. apa beza rujukan dan bibiliografi?

dan....... soalan bonus dlm english :1) what do you know about 21st century education?2) what do you know about PPPM? (pergh.... english beb nk jawab pppm)3. tell me about HOTS (soalan alternatif slps gagap2 jawab PPPM dlm english)

punyalah standby teori n kerangka kajian proposal, sbb calon2 blk lain rata2 dsoal macam tuh.... alih2, tak tanya banyak pon mcm bilik2 lain.....file peribadi x belek pon, sekadar ada n letak atas meja panel.... provokasi panel mmg tahap tinggi laah... siap gelakkan lg proposal kita.... sabo aje lah.... PPPM mmg lm kepala, tp bla tanya lm english, terus blank....

kebanyakkannya saja untuk provokasi calon.

Temuduga HLP/CBBPTB 2012

1. Pos kali ini berkenaan dengan pengalaman saya buat pertama kali menghadiri temuduga HLP/CBBPTB 2012 yang diadakan di JPN Kuching, Sarawak. Ini merupakan kali kedua saya memohon namun pertam kali ditemu duga. HLP merupakan singkatan Hadiah Latihan Persekutuan di mana pelajar ditaja sepenuhnya dan diberikan elaun manakala CBBPTB pelajar diberikan cuti belajar dan bergaji penuh dan yuran pengajian ditanggung sendiri.

2. Jumlah calon adalah sekitar 20-30 orang. Ada juga yang datang terdiri daripada mereka yang bukan pertama kali temu duga. Ini bermakna mereka telah pernah menghadiri temu duga namun gagal. Ada juga calon yang telah sedia menyambung pengajian dengan pembiayaan sendiri.

3. Saya merupakan calon termuda, calon termuda selepas saya lahir pada tahun 1979.

Page 3: Tips Intv Hlp

4. Semasa menunggu giliran, kami berbincang satu sama lain. Ada yang membawa karya dan fail. Ada seorang calon yang gagal pada sesi sebelumnya memaklumkan bahawa dia telah berhubung dengan KPM mengenai faktor kegagalan beliau kerana menurutnya dia telah menjawab dengan baik semasa temu duga. Belia dimaklumkan disebabkan oleh markah LPT, suatu alasan yang agak tidak munasabah. Sebenarnya kita tidak tahu apa yang dikehendaki oleh penemu duga dan mungkin juga atas faktor nasib.

5. Setiap calon menjalani temu duga secara purata 30 minit setiap sesi.6. Sesi saya terdapat dua orang penemu duga yang mempunya gelaran doktor,

seorang dari JPN Kuching dan seorang dari KPM Putrajaya.7. Saya bernasib baik kerana sesi temu duga saya berjalan sepenuhnya dalam

Bahasa Melayu. Ada calon yang dikehendaki untuk mengulas dalam Bahasa Inggeris.

8. Secara umumnya, calon ditanya mengenai topik yang berbeza-beza namun antara yang menjadi keutaman (sering ditanya) seperti yang telah saya lalui ialah:

a) Ceritakan pasal diri andab) Ceritakan pasal kajian andac) Soalan mengenai kajian anda berbentuk pendapatd) Sekiranya pemohonan anda gagal, adakah anda masih akan meneruskan

pengajiane) Guru seperti anda diperlukan di sekolah, alangkah rugi pelajar di sekolah

sekiranya *kehilangan guru yang menyambung pengajian. Berikan pendapat.f) Pendapat anda sekiranya kajian anda boleh dilakukan pada peringkat

sekolah tanpa perlu anda menyambung pengajian9. Saya secara peribadi tidak begitu menyukai penilaian melalui temu duga kerana

keupayaan sebenar calon tidak dapat ditentukan secara menyeluruh. Sekiranya mereka ingin melihat atas dasar semangat, pengetahuan dan sikap, saya rasa saya telah mempersembahkannya dengan baik.

10.Satu-satunya sebab yang memungkinkan permohonan saya tidak diterima ialah tempoh saya berkhidmat yang singkat (4 tahun) dan kurang sumbangan di sekolah.