tinta kata dekan · 2021. 3. 2. · digital waves telah diumumkan sebagai pemenang utama. kesemua...

9
edisi Februari 2021 | bil: 02 FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA Editor: Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan Editor Berita: Madiha Hailani Editor Grafik: Arizy Valentino Ramli Mohd Ghazali Razak Penulis / Penyumbang Bahan: Prof. Madya Dr. Shureen Faris Abd Shukor Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman Prof. Madya Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afar LAr. Asraf Abdul Rahman www www .facebook.com/frsbupm www.youtube.com/frsbupm www.flickr .com/photo/frsb .frsb.upm.edu.my cemerlang budaya kita Wan Mazlan Wan Hamat Hasmah Mat Isa Nurazlin Jaafar TINTA KATA DEKAN dan Salam Sejahtera kepada semua warga FRSB. Bulan Januari dan Februari 2021 telah pun meninggalkan kita dengan sekelip mata namun kita masih berada di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang mana membataskan kita untuk terus berada secara fizikal di pejabat. Semua tugasan masih perlu kita laksanaka secara remote dari rumah demi keselamatan dan kesihatan kita. Terima kasih saya ucapkan kepada semua warga FRSB yang telah melaksanakan tugasan dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan baik sekali. Walaupun kita masing-masing berada di rumah, aktiviti dan acara fakulti masih dapat dilaksanakan dengan jayanya secara atas talian. Antaranya adalah Seminar Sukses Dreamboard 2021, WacanaReka Landskap Dan Kelestarian (Bersediakah Kita Dalam Mendepani Cabaran 2021?), FRSB Post Graduate Talk Series 01/2021 dan ePortfolio Review @FRSB. Kita semua sedia maklum, vaksin Covid-19 telah pun tiba ke negara kita dan memberikan kita harapan bahawa pandemik yang sedang melanda seluruh dunia akan berakhir satu masa nanti. Kita harus terus positif dan yakin dan seharusnya tidak membenarkan situasi ini mengganggu kehidupan dan membataskan potensi diri kita, Insya Allah. Untuk edisi kedua ini, kita telah memulakan satu ruangan baru iaitu ruangan artikel kepakaran. Setiap bulan, para pegawai akademik kita dijemput untuk berkongsi artikel ringkas berkenaan kepakaran mereka. Semoga semua beroleh manfaat dan ilmu baru dari perkongsian artikel-artikel ini. Sekian, Terima Kasih. #kita jaga kita #be strong #one faculty one heart beat Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina.

Upload: others

Post on 26-Mar-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINTA KATA DEKAN · 2021. 3. 2. · Digital Waves telah diumumkan sebagai pemenang utama. Kesemua 13 artifak yang disenarai pendek telah dijemput untuk membuat Virtual Exhibition

edis

i Feb

ruar

i 202

1 | b

il: 0

2

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

Editor:Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi MaulanEditor Berita:Madiha Hailani Editor Grafik:Arizy Valentino RamliMohd Ghazali Razak

Penulis / Penyumbang Bahan:Prof. Madya Dr. Shureen Faris Abd ShukorProf. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd RahmanProf. Madya Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afarLAr. Asraf Abdul Rahman

www

www.facebook.com/frsbupm www.youtube.com/frsbupm www.flickr .com/photo/frsb

.frsb.upm.edu.myc e m e r l a n g b u d aya k i ta

Wan Mazlan Wan HamatHasmah Mat IsaNurazlin Jaafar

TINTA KATA DEKAN

dan Salam Sejahtera kepada semua warga FRSB.

Bulan Januari dan Februari 2021 telah pun meninggalkan kita dengan sekelip mata namun kita masih berada di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang mana membataskan kita untuk terus berada secara fizikal di pejabat. Semua tugasan masih perlu kita laksanaka secara remote dari rumah demi keselamatan dan kesihatan kita. Terima kasih saya ucapkan kepada semua warga FRSB yang telah melaksanakan tugasan dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan baik sekali. Walaupun kita masing-masing berada di rumah, aktiviti dan acara fakulti masih dapat dilaksanakan dengan jayanya secara atas talian. Antaranya adalah Seminar Sukses Dreamboard 2021, WacanaReka Landskap Dan Kelestarian (Bersediakah Kita Dalam Mendepani Cabaran 2021?), FRSB Post Graduate Talk Series 01/2021 dan ePortfolio Review @FRSB.Kita semua sedia maklum, vaksin Covid-19 telah pun tiba ke negara kita dan memberikan kita harapan bahawa pandemik yang sedang melanda seluruh dunia akan berakhir satu masa

nanti. Kita harus terus positif dan yakin dan seharusnya tidak membenarkan situasi ini mengganggu kehidupan dan membataskan potensi diri kita, Insya Allah. Untuk edisi kedua ini, kita telah memulakan satu ruangan baru iaitu ruangan artikel kepakaran. Setiap bulan, para pegawai akademik kita dijemput untuk berkongsi artikel ringkas berkenaan kepakaran mereka. Semoga semua beroleh manfaat dan ilmu baru dari perkongsian artikel-artikel ini. Sekian, Terima Kasih.

#kita jaga kita#be strong#one faculty one heart beat

DekanFakulti Rekabentuk dan Senibina.

Page 2: TINTA KATA DEKAN · 2021. 3. 2. · Digital Waves telah diumumkan sebagai pemenang utama. Kesemua 13 artifak yang disenarai pendek telah dijemput untuk membuat Virtual Exhibition

2 edisi Februari 2021 | bil: 02

DIARI ARTSCIENCE™ PRIZE 2020Prof. Madya Dr. Shureen Faris Abd ShukorJabatan Senibina Landskap

Tahun 2020 merupakan tahun yang amat mencabar kepada hampir seluruh masyarakat dunia, termasuklah dunia akademia disebabkan oleh kesan pandemik Covid-19. Namun, terdapat aktiviti yang masih diadakan seperti pertandingan ARTScience™ Prize 2020 yang dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia. Akademi Sains Malaysia (ASM) telah menubuhkan inisiatif ArtScience™ yang bertindak sebagai pengiktirafan kepada ciptaan yang mempunyai gabungan unsur seni dan sains dalam memperkuatkan lagi usaha penyelidikan di antara dua bidang ini. Pengumuman mengenai pertandingan yang pertama kali diadakan ini telah diwara-warakan kepada ahli fakulti pada 2 Januari 2020. Pemohon perlu menyatakan latar belakang projek dan menghuraikan secara terperinci konsep kesinambungan antara elemen artistik dan saintifik projek. Lakaran, gambar atau video mengenai artifak tersebut perlu disertakan sekali. Salah satu syarat juga menyarankan hasil kerja yang dipamerkan sebolehnya telah mempunyai Intelectual Property (IP). Saya telah mencuba nasib sebagai ketua projek untuk Fractal Light yang telah memperolehi IP pada 2018 melalui pameran Nature’s Yield and Wonder of Art (NYAWA) di Galeri Serdang. Ahli lain yang terlibat adalah Dr. Norhuzailin Hussein, En. Nasir Baharudin dan pelajar Master Sains, Iskandar Al-Khalifah. Saya juga terlibat sebagai ahli untuk Tropical Digital Waves, sebuah projek transdisplinary yang diketuai oleh penyelidik dari UKM, Dr. Hanif Baharin.Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, pemberitahuan mengenai permohonan yang berjaya hanya berlaku pada bulan Julai 2020. Dengan SOP yang ketat, setiap peserta diminta untuk membuat persediaan pameran artifak masing-masing di Menara MATRADE pada 26-28 September 2020. Setiap peserta diberikan hanya 30 minit untuk penyediaan pameran. Dapat dirasakan satu ‘camaraderie’ serta persamaan dengan pameran Nature’s Yields and Wonder of Art (NYAWA) yang diadakan setiap tahun di Galeri Serdang, FRSB apabila berjumpa dengan penyelidik lain yang turut sama bersemangat. Proses pengadilan secara tertutup telah dilakukan oleh mereka yang pakar di dalam bidang sains dan seni seperti para saintis, penyelidik, artis dan arkitek.

ARTIKEL KEPAKARAN

Daripada 54 jumlah penyertaan, sebanyak 13 artifak telah disenarai pendek. Mungkin satu kebetulan kerana kedua-dua penyertaan yang melibatkan saya iaitu Fractal Lights dan Tropical Digital Waves merupakan penyertaan yang telah terpilih! Alhamdulillah.Pada 29 September 2020, kami telah dipanggil untuk membuat persembahan kepada para juri. Keputusan telah diumumkan pada penghujung bulan Disember 2020 dan hasilnya, Tropical Digital Waves telah diumumkan sebagai pemenang utama. Kesemua 13 artifak yang disenarai pendek telah dijemput untuk membuat Virtual Exhibition di galeri Malayan Banking Berhad yang akan diadakan pada bulan Mei 2021.

Sessi persembahan kepada para juri Ahli yang terlibat, dari kiri Dr Norhuzailin, Dr. Shureen dan Iskandar Al-Khalifah

Poster untuk Fractal Lights

Page 3: TINTA KATA DEKAN · 2021. 3. 2. · Digital Waves telah diumumkan sebagai pemenang utama. Kesemua 13 artifak yang disenarai pendek telah dijemput untuk membuat Virtual Exhibition

3edisi Februari 2021 | bil: 02

PENGURUSAN REKA BENTUK: MENCIPTA NILAI PRODUK.Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd RahmanJabatan Reka Bentuk Perindustrian

Universiti telah banyak melahirkan pereka-pereka yang berkaliber. Mereka telah memenuhi industri-industri tempatan dan luar negara. Hasil inovasi pereka dapat direalisasikan bagi keperluan pengguna semasa. Bidang Pengurusan Reka Bentuk adalah satu bidang yang merangkumi proses mengurus reka bentuk secara sistematik, membuat keputusan perniagaan, dan merancang strategi yang memungkinkan inovasi yang bernilai tinggi. Beberapa bidang khusus yang melibatkan pengurusan reka bentuk adalah reka bentuk perindustrian, reka bentuk penjenamaan, reka bentuk perkhidmatan, perniagaan dan kejuruteraan untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan memberikan kejayaan organisasi.

Sumber imej: https://dribbble.com/stories/2020/02/28/is-design-management-right-for-you muat turun pada 26.2.2021

Manakala di dalam hirarki korporat pula, seorang pengurus reka bentuk bertanggungjawab ke atas operasi pembangunan reka bentuk, koordinasi taktikal di dalam perniagaan dan perancangan strategi arah tuju organasasi dengan tepat. Syarikat yang bersifat inovasi memerlukan kepakaran seorang pengurus reka bentuk di dalam mengurus fungsi penyelidikan dan pembangunan, pemasaran, dan komunikasi korporat.Cabaran semasa pengurusan reka bentuk selain daripada menghasilkan reka bentuk yang menarik adalah pendekatan untuk menjalankan perniagaan, perkhidmatan pelanggan dan mencipta nilai reka bentuk kepada pelanggan. Mereka berkemampuan melahirkan solusi yang kreatif dan inovatif dalam menghadapi keadaan yang sukar dan mencabar.

Page 4: TINTA KATA DEKAN · 2021. 3. 2. · Digital Waves telah diumumkan sebagai pemenang utama. Kesemua 13 artifak yang disenarai pendek telah dijemput untuk membuat Virtual Exhibition

4 edisi Februari 2021 | bil: 02

THE ASSAULT OF REDUCTIONISM ON ARCHITECTURE.Prof. Madya Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afarDepartment of Architecture

Under the onslaught of reductionism and scientism paradigm, contemporary architecture is often reduced to the business of organising building materials to meet specific needs. The technological aspects of architecture, be it in the optimisation of structure and materials, or providing environmental comfort for occupants, or maneuvering project cost, has always benefitted tremendously from the adoption of reductionist mentality. Scientific advancement in various fields under the wide banner of industrialisation has enabled architecture to progress towards greener and environmental friendly one. This reductionist approach has to a degree rub-off on the psychological domain of architectural design process. Where designers would isolate and focus on specific parameters while designing a building. The need to balance cost, materials, comfort, site context, climate, and local requirements made the task daunting. However, this need to juggle between enormous amount of physical needs and constraints are being made easy with the help of computing tools. From an outsider point of view, architecture is the next discipline where A.I. domination would take place.The other facets of architecture, the intangibles: symbolism, representation, connotation of meaning, evocation of emotional response, provision of psychological retreat, seduction of the senses, are less susceptible to the manipulation of reductionist approach. Nevertheless, this article would like to argue that in an age where reductionist thinking begin to take hold of humanity, the skills to harmonise the intangibles are often pushed to the sides of an architect’s palette. There are

evidences that contemporary architects are not as conversant of the existential aspects of their design compared to those of the earlier generations. Meaning and symbolism in architecture are pushed to the wild sanctuary where they may soon face the threat of extinction. What is left would be the ghosts of the great past. The architectural landscape would be littered with awkward imitation of past heroes from modern, post modern, neo modern or even deconstructivism, the last of which can be found at the end of the 20th Century. Even then, the last phase of contemporary architecture, deconstructivism, or its counter style, phenomenology, are basically reactions against modernism yet again. The popular keyword in architecture now, as in many other disciplines, is IR4.0. This shows how much humanities has been reduced, down to the means of production, rather than an ontological exploration of meaning. However an interesting development of late, parametric architecture, seek to establish meaning from the benefit of IR4.0. It brings new enthusiasms to the notion of form follow function. Nevertheless, such development is not significantly new, as the principles has been explored as early as Gaudi.What is the next phase of architectural evolution? This question seems to be rather a moot one, in the current climate of reductionist, capitalist and industrialist friendly world. It doesn’t matter whether you have meaning, or philosophical ground. Intangible architectural skills now has been reduced to the choice of form or skin, which can be made from the catalogue of great styles of the past.

Image source: https://www.facebook.com/278966089154718/posts/parametric-reinterpretation-of-gothic-architecture-is-the-subject-of-this-thesis/766798507038138/

Note: Republished in Sensasi FRSB with permission from author from https://fikirbina.wixsite.com/gali blog.

Page 5: TINTA KATA DEKAN · 2021. 3. 2. · Digital Waves telah diumumkan sebagai pemenang utama. Kesemua 13 artifak yang disenarai pendek telah dijemput untuk membuat Virtual Exhibition

5edisi Februari 2021 | bil: 02

BERITA FRSB

WEARABLE ARCHITECTURE: EXPLORING PERSPECTIVESWan Mazlan Wan HamatDepartment of Architecture

Exploring parallels between fashion and building, first year architecture students were tasked to create a wearable as a culmination of their beginning design studio. While sharing the same purpose of providing the body with shelter and protection, both creative practices create space and volume from two-dimensional design elements. Design investigations in the first semester is totally analog with a heavy emphasis on making as a mean by which ideas are made visible. Through decisions related to size, shape, material and context, a design output takes a specific and perceivable form. Students learn to create relationships between elements, building an understanding of the connection between form and the meanings they support. This is an important goal of beginning design education. Despite the current situation of being confined at home, in absence of peer-learning in particular, it is encouraging to see what the students came up with.

Page 6: TINTA KATA DEKAN · 2021. 3. 2. · Digital Waves telah diumumkan sebagai pemenang utama. Kesemua 13 artifak yang disenarai pendek telah dijemput untuk membuat Virtual Exhibition

6 edisi Februari 2021 | bil: 02

FRSB Post Graduate Talk Series 01/2021 secara julung kalinya telah berjaya dilaksanakan secara maya pada 15 Februari 2021 (Isnin). Penceramah jemputan adalah Prof. Madya Dr. Md. Asrul Nasid b. Masrom yang merupakan Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan & Penerbitan), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).Tajuk ceramah yang disampaikan bertajuk How to Write a Good Thesis (KISS Approach) yang mana beliau berkongsi kaedah dan tips menyediakan tesis melalui teknik KISS atau lebih dikenali sebagai teknik “Keep It Simple Scholars”. Di dalam ceramah

beliau, huraian teknik KISS ini telah dipecahkan kepada formula 10C + 2S + 2F + 2D = Excellent Thesis.Perkongsian dari Prof. Madya Dr. Md. Asrul bukan sahaja disertai oleh semua pelajar siswazah daripada Fakulti Rekabentuk dan Senibina, malahan daripada beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Malaysia yang lain juga.Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan yang mana ianya telah disertai oleh hampir 400 orang pelajar dari seluruh negara.

FRSB Post Graduate Talk SeriesHasmah Mat IsaPejabat Timbalan Dekan (Akademik Dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Page 7: TINTA KATA DEKAN · 2021. 3. 2. · Digital Waves telah diumumkan sebagai pemenang utama. Kesemua 13 artifak yang disenarai pendek telah dijemput untuk membuat Virtual Exhibition

7edisi Februari 2021 | bil: 02

PROJEK PROTOTAIP PEMBANGUNAN RUANG KOMUNAL BAGI PANGSAPURI KOS RENDAH NEGERI SELANGOR -Pangsapuri Belimbing Cempaka dan Pangsapuri Bukit HatamasLAr. Asraf Abdul RahmanJabatan Senibina Landskap

Projek prototaip ini adalah projek kerjasama di antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), di bawah Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar Kerajaan Negeri Selangor bersama pusat -pusat pengajian tinggi awam yang berada di dalam negeri Selangor. Gran kecil berjumlah RM 30,000.00 telah disediakan di samping lain- lain sumbangan penajaan pihak awam iaitu dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) (RM 2,500.00) , Seamaster Sdn.Bhd (RM 2,000.00), Jotun Paint Sdn. Bhd (RM 600.00), Dayaurus Sdn.Bhd s(RM 5,000.00) dan juga dari LAr.Ts.Dr.Roziya Ibrahim (RM 300.00). Kebanyakan pangsapuri kos rendah yang terlibat dengan projek tersebut berada di dalam kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan maka pihak universiti juga bekerjasama secara tidak langsung bersama mereka terutama untuk mendapatkan kemudahan akses di pangsapuri tersebut serta penglibatan terus bersama jawatankuasa penduduk setempat atau pihak pengurusan bangunan serta mendapatkan sedikit sumbangan bahan dan juga penajaan.Universiti Putra Malaysia telah mewakilkan Jabatan Senibina Landskap di bawah Fakulti Rekabentuk dan Senibina di dalam menjalankan projek tersebut. Dua pangsapuri kos rendah telah dipilih iaitu Pangsapuri Belimbing Cempaka di bawah seliaan Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Pangsapuri Bukit Hatamas di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kajang. Pangsapuri-pangsapuri yang dipilih adalah di bawah kategori pangsapuri yang aktif kegiatan penduduk setempatnya. Projek ini di ketuai oleh LAr.Asraf Abdul Rahman bersama LAr. Abd.Aziz Othman, LAr. Ts. Dr. Roziya Ibrahim dan Ts. Emran@Zahrin Mohamad Taram .Pegawai sokongan jabatan iaitu Ts. Asmadi Sarun, En. Muhammad Azlan Abdullah, En. Mohd Shukrey Ismail, Cik Iniyati Kadri, En. Bunawan Samuri, Pn. Aswamanisa Arshad dan En. Azlan Shah Jamali turut membantu. Projek ini telah bemula sejak 10 Mac tahun 2020 dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi mengendalikan projek di dua lokasi yang berbeza.Umum mengetahui bahawa pangsapuri kos rendah ini mempunyai kemudahan awam yang amat minima bagi kegunaan penduduk yang berkapasiti tinggi yang kadangkala tidak mencukupi sama sekali bagi tujuan bersosial dan bermasyarakat. Bagi tujuan tersebut pihak UPM telah melakukan lawatan tapak bersama wakil penduduk bagi mengenal pasti ruang sedia ada yang berpotensi untuk dibangunkan dengan input reka bentuk yang efektif dan rendah kos. Bagi menjayakan projek ini penglibatan penduduk secara aktif adalah keutamaan, berikutan ruang yang dimajukan adalah untuk kegunaan mereka sendiri pada masa akan datang. Aktiviti bersama penduduk yang telah dijalankan secara gotong royong mendapat sambutan baik malahan kebanyakan mereka juga memberi input yang bernas untuk projek tersebut. Aktiviti kerja gotong royong tersebut melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, mengecat, melukis mural, memperbaiki dan menambahbaik peralatan dan ruang serta aktiviti pertanian bandar. Projek ini masih berjalan dan dijangka akan siap dalam pertengahan tahun

2021. Secara keseluruhannya, penglibatan penduduk sangat responsif dan boleh dibanggakan. Projek mampu dilaksanakan dengan sempurna walaupun berdepan dengan cabaran beberapa kali tertangguh berikutan covid 19.

PANGSAPURI BUKIT HATAMAS, CHERAS

PANGSAPURI BELIMBING CEMPAKA, BUKIT BELIMBING, CHERAS

Pemasangan pendingin hawa di bilik bacaan kanak-kanak

Mengemas bilik bacaan kanak-kanak

Aktiviti mengecat dan melukis mural di bilik bacaan kanak-kanak

Perasmian projek oleh Y.B ahli parlimen Puchong

Aktiviti pembersihan kawasan entrance dan juga aktiviti mengecat oleh penduduk

Page 8: TINTA KATA DEKAN · 2021. 3. 2. · Digital Waves telah diumumkan sebagai pemenang utama. Kesemua 13 artifak yang disenarai pendek telah dijemput untuk membuat Virtual Exhibition

8 edisi Februari 2021 | bil: 02

BICARA SANTAI : Tip Memenangi Geran FRGS Dari Pengalaman Penilai FRGS Peringkat KPTNurazlin JaafarPejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan &Inovasi)

Pada 8 Februari 2020, satu Bicara Santai bertajuk ‘Tip Memenangi Geran FRGS Dari Pengalaman Penilai FRGS Peringkat KPT’ telah dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi). Bual santai pada kali ini menampilkan pensyarah-pensyarah FRSB yang juga merupakan penilai-penilai FRGS peringkat KPT yang berpengalaman sebagai pembicara, iaitu Prof. Madya Lar. Dr. Suhardi Maulan, Prof. LAr. Ts. Dr Osman Mohd Tahir, Prof. Ts. Dr. Rahinah Ibrahim dan Prof. Madya Ts. Dr. Norsidah Ujan, manakala Pemudahcara ialah Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yazid Mohd Yunus.Bual santai melalui aplikasi Zoom ini bertujuan untuk berkongsi tip dan strategi memenangi proposal geran FRGS daripada pandangan panel penilai geran FRGS peringkat KPT. Selain itu, perkongsian ini turut memberi gambaran jelas tentang perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu diletakkan di dalam kertas cadangan penulisan geran FRGS.

WEBINAR : FORUM REKA BENTUK PERINDUSTRIAN.Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd RahmanJabatan Reka Bentuk Perindustrian

Pelajar Tahun 4 Jabatan Reka Bentuk Perindustrian telah mengadakan webinar Forum Reka Bentuk Perindustrian melalui Kursus IND 3901 Dialog Perindustrian di bawah penyelaras kursus Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman. Tema webinar forum ini adalah How Design Responding To Covid19 Pandemic?. Lima pelajar tahun 4 telah membentangkan isu-isu reka bentuk perindustrian iaitu Design Respond on New Norm, Health Care: The Designer Respond During Covid 19 Pandemic, Design Industry Impact During Covid 19 Pandemic, Urban Agriculture Opportunities During Covid 19 Pandemic dan Visual Design Role During Covid 19 Pandemic. Panelis jemputAN adalah En. Saharudin Busri dari MIMOS Sdn Bhd dan En. Ahmad Firdaus Ibrahim dari Riderxdesign dan Mushab Nur Fauzan sebagai moderator. Kedua-dua panelis telah membentangkan pengalaman mereka terlibat dalam menghasilkan produk bagi membantu barisan hadapan semasa situasi pandemik di Malaysia. Mereka juga berkongsi pendapat mengenai peranan pereka perindustrian menghadapi pandemik covid 19 dengan lebih kreatif dan inovatif. Webinar ini disiarkan secara langsung melalui Facebook Live SEED 2021 dan telah mendapat tontonan seramai 943 orang, 230 pengkongsian dan 168 komentar. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tahun 4 dari Jabatan Reka Bentuk Perndustrian yang telah terlibat dalam perancangan dan penganjuran webinar tersebut dengan teratur dan profesional.

Poster Webinar

Pelajar Tahun 4 penganjur forum maya.

Sesi Pembentangan oleh En Ahmad Firdaus Ibrahim dari Riderxdesign Sesi Pembentangan oleh En Saharudin Busri dari MIMOS Berhad

Webinar disiarkan secara langsung di Facebook SEED 2021

Page 9: TINTA KATA DEKAN · 2021. 3. 2. · Digital Waves telah diumumkan sebagai pemenang utama. Kesemua 13 artifak yang disenarai pendek telah dijemput untuk membuat Virtual Exhibition

9edisi Februari 2021 | bil: 02

MAKLUMAT STAFTAHUN 2020 – FEB 2021

KELUARGA BARU FRSBSelamat datang ke FRSB!Semoga kehadiran tuan/puan meningkatkan lagi produktiviti dan kecemerlangan fakulti1. Mohd Ghazali Razak (mulai 20/7/2020)

2. Norazwan Pardi (mulai 3/8/2020)

3. Rizuan Abu Zarim (mulai 21/9/2020)

4. Nurazlin Jaafar (mulai 2/11/2020)

5. Mohamad Aiman Mohd Daud (mulai 3/8/2020)

6. Nurul Jannah Mat Saleh (mulai 1/12/2020)

7. Mohd Azuwan Md Nor (mulai 15/12/2020)

8. Nur Zulaikha Mohd Yaacob (mulai 1/2/2021)

PERSARAANTerima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan. Semoga segala jasa dan kebaikan tuan/puan mendapat keredhaan Allah s.w.t.1. Abdul Halim Mohamed (1/1/2020) bersara pilihan

2. Prof. Madya Dr. Zulkifli Muslim (1/1/2020) bersara wajib

3. Mohd Nasir Baharudin (11/1/2020) bersara wajib

4. Amal Amri Sibob (23/2/2020) bersara wajib

5. Noor Asma Mohd Noor (29/2/2020) bersara wajib

6. Noriani Kamarudin (7/6/2020) bersara wajib

7. Sabariah Ahmad (1/7/2020) bersara wajib

8. Intan Shakinah Khalid (18/12/2020) bersara disebabkan kesihatan

9. Nordin Mohd Nor (6/2/2021) bersara wajib

KENAIKAN PANGKATTahniah! Semoga tanggungjawab baru dapat dilaksanakan dengan cemerlang1. Prof. LAr. Ts. Dr. Osman Mohd Tahir (1/1/2020) DS54 – VK7

2. Prof. Madya Ts. Dr. Hassan Hj. Alli (1/5/2020) DS52 – DS54

3. Arizy Valentino Ramli (1/6/2020) B41 – B44

4. Nur Khalizah Sarip (15/8/2020) N19 – N22

5. Wan Faridah Wan Ahmad (15/2/2021) C29 – C32

PERTUKARAN KE PTJ BARUTerima kasih atas sumbangan kalian. Moga melakar kejayaan cemerlang di tempat baru1. Nur Fatiha Sapran (ke Penerbit UPM mulai 3/8/2020)

2. Dr. Nor Azlina Alias (ke Fakulti Kejuruteraan mulai 1/9/2020)

3. Siti Noriza Samad (ke Kolej 13 UPM mulai 2/11/2020)

STAF MENERIMA KELAHIRAN CAHAYA MATA

هللا كراب هوملا يف كل غلبو ، بهاولا تركشو ، كل بوأ هدش هرب تقزرو ،

Baarakallaahu Laka fil Mawhuubi Laka wa Syakartal Waahib, wa Balagha Asyuddahu, wa Ruziqta Birrohu

“Semoga Allah memberkati untukmu anak yang diberikan kepadamu. Semoga engkau pun bersyukur kepada Sang Pemberi, dan dia dapat mencapai dewasa, serta engkau dikaruniakan kebaikannya.”1. Norasyidah Mohd Noor – bayi perempuan pada 24/2/2020

2. Mohd Shukrey Ismail –bayi lelaki pada 17/4/2020

3. Dr. Faziawati Abd Aziz – bayi lelaki pada 8/8/2020

4. Mohd Saufi Mohamad – bayi lelaki pada 17/2/2021

STAF KEHILANGAN AHLI KELUARGASemoga roh mereka di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.1. Dr. Roslina Sharif – pemergian suami Al Marhum Prof. Madya

Dr. Mohammad Yazah Mat Raschid (kembali ke rahmatullah pada 14/7/2020)

2. Ts. Dr. Mohd Shahrizal Dolah – pemergian ibu pada 7/9/2020

Salam Takziah daripada seluruh warga FRSB.