tindakan

Upload: jason-brown

Post on 05-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tindakan

TRANSCRIPT

5.0TINDAKANSaya merancang tindakan dengan menggunakan kaedah SPAD dimana murid-murid dalam kumpulan sasaran menyenaraikan sifir dua digit dengan mengisi nombor dalam jadual. Kaedah ini berfokuskan murid, maka murid dapat melibatkan diri secara aktif serta dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Kaedah ini juga banyak membantu murid yang kurang mahir dalam menghafal sifirSaya memilih model Kemmis & McTaggart (1988) sebagai panduan untuk menjalankan kajian ini. Model ini merangkumi empat peringkat iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati seperti dalam Rajah

Rajah Model Kemmis & McTaggart (1988)Saya telah membuat satu refleksi terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di dalam kelas. Seterusnya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam kelas. Untuk menganalisis masalah ini saya telah mengumpul maklumat melalui lembaran kerja, ujian diagnostik dan pemerhatian . Daripada maklumat yang diperolehi, saya telah merancang satu kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.Seterusnya saya telah membuat perancangan tindakan, cara mengumpul data, cara menganalisis data dan pelaksanaan tindakan. Saya telah menggunakan kaedah SPAD untuk membantu murid dalam penguasaan sifir supaya dapat menjawab soalan yang melibatkan operasi bahagi. SPAD merupakan pengubahsuaian daripada jadual yang dihasilkan oleh Eric (2011). Murid hanya perlu membina sifir dua digit menggunakan kaedah SPAD dan menambah jumlah kedua-dua sifir seperti ditunjukkan dalam RajahJadual Split and Add (SPAD)

a x 4 x 5x 45

bRaPuTambahPuSaJumlah

104+0545

208+1090

312+15135

416+20180

520+25225

624+30270

728+35315

832+40360

936+45405

1040+50450

Langkah 1 : Tuliskan dua digit nombor di kedua-dua petak aLangkah 2:Darabkan digit yang berada di petak a yang berada di kiri dengan digit di petak bLangkah 3:Letakkan jumlah yang didarab dalam petak Ra dan Pu masing-masing. Satu petak hanya boleh diletakkan satu digit sahaja.Contoh : 1 x 4 = 040 diletakkan dalam petak Ra4 diletakkan dalam petak PuLangkah 4:Langkah 3 diulang dalam petak a yang disebelah kananContoh: 1 x 5 = 050 diletakkan dalam petak Pu5 diletakkan dalam petak SaLangkah 5:Tambahkan kedua-dua nilai dipetak Pu. Bagi digit petak Ra dan Sa, tulis terus ke dalam petak hasil jumlah.Langkah 6:Mencari sifir 2 digit yang terdekat ke dalam nombor pembahagian yang diberi dalam soalan.5.1 Perancangan TindakanPerancangan amat penting terhadap satu kajian sekiranya penyelidik hendak memastikan hasil kajiannya betul dan pelaksanaan kajian itu dijalankan dengan teratur serta lancar. Saya telah merancang beberapa langkah untuk menjalankan kajian ini seperti ditunjukkan dalam Rajah :

Rajah Prosedur Pelaksanaan Tindakan

Langkah 1:Meninjau masalah melalui refleksi yang laluSaya membuat tinjauan masalah melalui pengalaman pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tentang topik yang menjadi masalah besar kepada murid-murid. Kaedah yang saya lakukan ialah menyemak buku latihan dan lembaran kerja murid-murid untuk mengenalpasti masalah murid-murid dalam operasi bahagi. Selain itu, saya juga telah memerhati prestasi murid-murid di dalam kelas kerana kemungkinan kerja rumahnya dibuat oleh ibu bapanya atau orang lain. Cara menjawab dan menyelesaikan soalan akan menunjukkan pemahamannya tentang operasi bahagi. Maklumat ini juga telah membantu saya membahagikan kepada kumpulan pada langkah seterusnya.

Langkah 2:Ujian DiagnostikSetelah meninjau refleksi pengajaran sebelum ini, serta menyemak buku latihan dan lembaran kerja mereka, saya telah menggubal satu ujian diagnostik berdasarkan topik bahagi (rujuk Lampiran 1). Kertas soalan tersebut mempunyai 16 soalan.Ujian diagnostik telah ditadbirkan kepada murid-murid Tingkatan Satu semasa di dalam kelas. Kertas itu telah dikutip dan diperiksa. Markah telah diberi berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian diagnostik ini. Enam orang murid-murid yang memperolehi skor terendah akan dipilih sebagai kumpulan sasaran kajian ini.Langkah 3: Mencari kaedah IntervensiSaya telah mencari pelbagai kaedah untuk mengajar topik bahagi. Antara yang saya rancang ialah membekalkan setiap murid dengan jadual sifir. Sebelum memulakan sesi pengajaran, mereka akan membaca sifir bersama-sama sekurang-kurangnya 5 minit sebelum meneruskan pengajaran dan pembelajaran. Pada pendapat saya, tidak menghafal sifir mencadi punca sebenar tidak menguasai topik bahagi.

Langkah 4:Ujian PraUjian ini merupakan penilaian awal sebelum intervensi saya dijalankan. Kandungan kertas ujian pra ini terdiri daripada soalan bahagi pelbagai digit nombor (rujuk Lampiran 2). Ujian ini telah ditadbirkan kepada kumpulan sasaran sahaja. Pencapaian mereka telah direkodkan sebagai data awal bagi kajian ini.

Langkah 5: a) Sesi Intervensi 1Pada sesi intervensi pertama, saya telah memberikan beberapa soalan operasi bahagi dan menyuruh mereka menukarkan kepada bentuk lazim seperti mana yang telah mereka pelajari sebelum ini. Contohnya 360 6 =?Saya telah membekalkan kepada mereka jadual pelbagai guna sifir (rujuk Lampiran 3). Mereka menyemak jawapan berpandukan jadual sifir. Selepas itu saya telah memperkenalkan teknik SPAD dan menunjukkan cara menyelesaikan soalan operasi bahagi (rujuk Lampiran 4).

b) Sesi Intervensi 2Dalam sesi intervensi kedua, saya telah mengulangkaji tentang apa yang telah dipelajari dalam sesi intervensi pertama agar murid-murid sasaran masih lagi mengingati tentang konsep bahagi menggunakan teknik SPAD.Seterusnya, saya telah mengemukakan soalan dan menyuruh murid menunjukkan cara menyelesaikan soalan operasi bahagi dalam bentuk lazim berpandukan teknik SPAD. Tahap kandungan pengajaran dan pembelajaran kali ini telah ditingkatkan berbanding dengan sesi intervensi pertama.

c) Sesi Intervensi 3Dalam sesi intervensi ketiga ini, saya tidak lagi mengulangi pengajaran dengan menggunakan teknik SPAD. Saya terus mempamerkannya di atas meja dan menanya soalan operasi bahagi bentuk lazim. Seterusnya, saya telah menyuruh murid menyelesaikan soalan tersebut dengan mengaplikasikan kaedah itu. Jika saya mendapati murid-murid sasaran saya tidak dapat menyelesaikan soalan operasi bahagi menggunakan teknik SPAD secara berdikari, maka saya telah mengulangi pengajaran dengan mengunakan teknik itu satu langkah demi satu langkah.Sebaliknya, jika saya mendapati murid-murid sasaran saya dapat menyelesaikan soalan operasi bahagi secara berdikari, maka saya telah memberi soalan-soalan latihan kepada murid-murid sasaran untuk mengukuhkan kemahiran bahagi mereka dengan menggunakan kaedah tersebutd) Sesi Intervensi 4Sesi intervensi keempat merupakan sesi intervensi yang terakhir, maka saya tidak memberi murid-murid sasaran melakukan soalan operasi bahagi dalam bentuk lazim dengan menggunakan teknik SPAD. Saya telah membiarkan murid menyelesaikan soalan operasi bahagi berdasarkan ingatan mereka terhadap konsep penggunaan bahan konkrit. Saya telah memberikan soalan-soalan latihan kepada murid-murid untuk menyelesaikannya secara individu.

Langkah 6:Ujian PosSetelah tamat sesi intervensi, saya telah memberikan ujian pos (rujuk Lampiran ) kepada murid-murid sasaran saya. Murid-murid diberi masa selama 40 minit untuk menyelesaikan 10 soalan operasi bahagi dalam bentuk lazim. Soalan ujian pos adalah sama dengan soalan ujian pra, tetapi susunan soalan-soalan tersebut telah bertukar-tukar kedudukan nombor soalan. Murid dikehendaki untuk menyelesaikan semua soalan dengan melakukan bentuk lazim yang betul.Tujuan ujian pos ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah pencapaian murid-murid sasaran dalam topik operasi bahagi nombor empat digit dibahagi dengan nombor dua digit. Secara langsungnya, keputusan ujian pos dapat menjawab segala persoalan saya mengenai adakah kaedah SPAD dapat membantu murid menguasai kemahiran operasi bahagi melibatkan nombor empat digit dengan nombor dua digit.Langkah 7:Temu bualSaya telah menjalankan sesi temu bual dengan kumpulan sasaran saya selepas ujian pos dijalankan. Saya telah menyediakan soalan sebelum menjalankan temu bual ini. Soalan yang akan ditanya adalah:a) Bolehkan anda faham konsep penyelesaian operasi bahagi bentuk lazim menggunakan kaedah SPAD?b) Jelaskan perasaan anda belajar konsep bahagi setelah mempelajari kaedah SPAD?c) Bolehkah anda menyelesaikan soalan operasi bahagi tanpa menggunakan kaedah SPAD?

Langkah 8:Refleksi Setelah semua pelaksanaan tindakan dijalankan. Saya sekali lagi membuat refleksi terhadap pengajaran saya sama ada kaedah yang diperkenalkan berjaya atau tidak. Adakah saya meneruskan untuk kitaran dua ataupun berhenti di kitaran pertama. 5.2Cara Mengumpul DataData yang telah saya kumpulkan adalah pencapaian murid, tingkah laku murid dan minat murid terhadap penyelesaian operasi bahagi bentuk lazim dengan teknik SPAD.Bagi mengumpul data pencapaian murid, saya telah menggunakan ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pasca manakala untuk mengumpul data tingkah laku, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian, dan penulisan refleksi. Data minat murid terhadap teknik SPAD akan saya kumpulkan dengan menggunakan kaedah temubual.5.2.1Data KuantitatifData kuantitatif yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah melalui ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pasca.5.2.1.1 Ujian DiagnostikUjian ini ditadbirkan untuk mengenalpasti masalah murid dalam pembelajaran topik bahagi dalam bentuk lazim. Ujian ini juga membantu saya untuk mengenalpasti murid yang lemah untuk dimasukkan ke dalam kumpulan sasaran.

5.2.1.2Ujian PraSebelum melaksanakan sesi intervensi, saya telah mentadbir ujian pra kepada kumpulan sasaran. Hasil keputusan kedua-dua kumpulan telah direkodkan.5.2.1.3 Ujian PosSelepas melaksanakan sesi intervensi, saya telah menjalankan ujian pos kepada kumpulan sasaran. Hasil keputusan telah direkodkan.5.2.2Data KualitatifData kualitatif telah dikumpul dalam kajian ini melalui temubual dan pemerhatian.5.2.2.1 TemubualSaya telah menjalankan temubual terhadap kumpulan sasaran selepas pelaksanaan intervensi. Tujuan ini untuk mengenalpasti perubahan tingkah laku murid selepas intervensi tersebut dan juga perasaan mereka terhadap teknik SPAD ini. Maklumat temubual itu telah direkod dan dijadikan data untuk penilaian.5.2.2.2 PemerhatianPemerhatian telah dijalankan sepanjang sesi intervensi, ujian pra dan ujian pasca. Pemerhatian yang saya gunakan berbentuk tidak formal. Saya juga telah mencatatkan segala pemerhatian dalam jadual pemerhatian yang telah dijalankan.