tidak jelas tentang kajian tindakan

17
Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan? Seorang guru pernah berkongsikan kekecewaannya dengan saya. Menurutnya dia yang tinggal beberapa hari akan berpencen (hari ini telah pun pencen beberapa hari yang lepas) merasa agak kecewa kerana kesemua hasil usahanya melakukan Kajian Tindakan (dia telah melakukan tidak kurang sepuluh kajian tindakan) telah tidak diterima oleh panel penilai untuk diterbitkan. “Mengapa” tanya saya. “Ada yang mengatakan tidak cukup data, ada yang kata tidak menepati kehendak kajian tindakan dan macam-macam lagi. Padahal saya dah banyak kali ikuti kursus Kajian Tindakan dan cuba melakukan seperti yang telah saya pelajari dan ketahui" jelasnya dengan nada kecewa. “Boleh cikgu beri saya satu contoh kajian yang telah cikgu buat?” pinta saya. “Boleh! Kali terakhir saya buat kajian tentang pencapaian murid sekolah saya dalam PMR yang lepas.” “Mmmmmm...” Saya hanya dapat mengeluh perlahan. Jelaslah cikgu ini tidak faham apa itu Kajian Tindakan. Seorang guru yang lain pula bertanyakan kepada saya, “Semasa belajar dahulu saya pernah membuat penyelidikan. Ada rakan yang mengatakan kajian itu bukan Kajian Tindakan kerana saya telah membuat kajian saintifik untuk mendapatkan data statistik yang dapat menyokong hipotetis saya.” “Maknanya cikgu buat kajian kuantitatif?” tanya saya. “Apa bezanya dengan kajian kualitatif?” “Pada hemat saya, cikgu kena ikuti kursus tentang Kajian Tindakan” saya menyarankan kepadanya. “Ya. Memang itulah yang saya harapkan.” “Cikgu-cikgu saya telah banyak membuat kajian tindakan” kata Penolong Pegawai Pendidikan yang ada di situ. “Kami pernah panggil penceramah untuk mengajar kami. Sekarang saya telah mengumpulkan semua kajian-kajian tersebut dan merancang untuk diterbitkan” sambungnya lagi. “Mmmmmmm...” begitulah respons saya setiap kali mendengar sesuatu yang agak meragukan. Alangkah terharunya saya mendengarkan harapan pegawai berkenaan sedangkan contoh guru pertama di atas telah menyatakan kekecewaannya apabila kajian yang dibuat tidak dapat diiktiraf sebagai kajian tindakan dan kajian itulah antara yang telah dikumpul untuk diterbitkan oleh pegawai tadi. Baiklah..... apa pandangan pembaca? Berdasarkan statistik pembaca blog ini, agak ramai pembaca yang telah melihat topik NILAI-NILAI PENDIDIKAN: SATU ANALISIS KAJIAN TINDAKAN selain pelbagai kaedah pengajaran yang telah saya kemukakan. Rasa terpanggil di hati saya untuk menjelaskan sedikit

Upload: suhemi-abdul

Post on 26-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan?

Seorang guru pernah berkongsikan kekecewaannya dengan saya. Menurutnya dia yang tinggal beberapa hari akan berpencen (hari ini telah pun pencen beberapa hari yang lepas) merasa agak kecewa kerana kesemua hasil usahanya melakukan Kajian Tindakan (dia telah melakukan tidak kurang sepuluh kajian tindakan) telah tidak diterima oleh panel penilai untuk diterbitkan.“Mengapa” tanya saya.“Ada yang mengatakan tidak cukup data, ada yang kata tidak menepati kehendak kajian tindakan dan macam-macam lagi. Padahal saya dah banyak kali ikuti kursus Kajian Tindakan dan cuba melakukan seperti yang telah saya pelajari dan ketahui" jelasnya dengan nada kecewa.“Boleh cikgu beri saya satu contoh kajian yang telah cikgu buat?” pinta saya.“Boleh! Kali terakhir saya buat kajian tentang pencapaian murid sekolah saya dalam PMR yang lepas.”“Mmmmmm...” Saya hanya dapat mengeluh perlahan. Jelaslah cikgu ini tidak faham apa itu Kajian Tindakan.Seorang guru yang lain pula bertanyakan kepada saya, “Semasa belajar dahulu saya pernah membuat penyelidikan. Ada rakan yang mengatakan kajian itu bukan Kajian Tindakan kerana saya telah membuat kajian saintifik untuk mendapatkan data statistik yang dapat menyokong hipotetis saya.”“Maknanya cikgu buat kajian kuantitatif?” tanya saya.“Apa bezanya dengan kajian kualitatif?”“Pada hemat saya, cikgu kena ikuti kursus tentang Kajian Tindakan” saya menyarankan kepadanya.“Ya. Memang itulah yang saya harapkan.”“Cikgu-cikgu saya telah banyak membuat kajian tindakan” kata Penolong Pegawai Pendidikan yang ada di situ. “Kami pernah panggil penceramah untuk mengajar kami. Sekarang saya telah mengumpulkan semua kajian-kajian tersebut dan merancang untuk diterbitkan” sambungnya lagi.“Mmmmmmm...” begitulah respons saya setiap kali mendengar sesuatu yang agak meragukan. Alangkah terharunya saya mendengarkan harapan pegawai berkenaan sedangkan contoh guru pertama di atas telah menyatakan kekecewaannya apabila kajian yang dibuat tidak dapat diiktiraf sebagai kajian tindakan dan kajian itulah antara yang telah dikumpul untuk diterbitkan oleh pegawai tadi.Baiklah..... apa pandangan pembaca?Berdasarkan statistik pembaca blog ini, agak ramai pembaca yang telah melihat topik NILAI-NILAI PENDIDIKAN: SATU ANALISIS KAJIAN TINDAKAN selain pelbagai kaedah pengajaran yang telah saya kemukakan. Rasa terpanggil di hati saya untuk menjelaskan sedikit tentang Kajian Tindakan dalam blog ini. Di bawah ini saya petik beberapa perenggan bahan yang pernah saya tuliskan.  Penyelidikan tindakan adalah berkaitan dengan “pelaku” atau “pengamal” iaitu individu atau kumpulan individu yang melaksanakan tindakan, tugasan atau amalan professional saban hari serta cuba untuk memahami dan menambahbaik tindakan, tugasan atau amalan mereka itu. Ia adalah mengenai bagaimana individu itu cuba memahami amalan professional dari dalam (diri dan persekitarannya) dan hasilnya nanti merupakan penyelidikan yang dilakukan oleh pengamal ke atas amalan mereka sendiri dan bukan seperti bentuk penyelidikan lain yang dikendalikan oleh orang lain ke atas amalan orang lain. Penyelidikan tindakandidasarkan kepada pengalaman kerja-kerja dan amalan kehidupan guru ketika mereka melaluinya.

Page 2: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

Carr dan Kemmis (1986) menjelaskan penyelidikan tindakan sebagai: penambahbaikan amalan;

penambahbaikan pemahaman ke atas amalan;

penambahbaikan situasi-situasi di mana amalan itu berlaku / terjadi.

John Elliot (1981) menjelaskan bahawa penyelidikan tindakan merupakan satu kajian (oleh guru / pengurus sekolah) tentang situasi sosial (bilik darjah atau sekolah) dengan tujuan untuk menambahbaik kualiti amalan dalaman (pengurusan bilik darjah / pengurusan pengajaran dan pembelajaran / pengurusan sekolah) yang dilakukan oleh pengamal untuk mencari jalan menambahbaik pemahaman tentang sesuatu hal, peristiwa, situasi dan masalah agar dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan keberkesanan amalan (pengajaran dan pengurusan) mereka.John Elliot menjelaskan penyelidikan tindakan sebagai penyelidikan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1.    Mempunyai matlamat pedagogi merangkumi semua aspek pendidikan yang baik (unggul) dan merangkumi semua mereka yang terikat dengan tanggungjawab untuk merealisaikan matlamat pedagogi tersebut di dalam amalan bekerja mereka,

2.    Berfokus kepada mengubah amalan bekerja untuk memastikan amalan tersebut menjadi lebih tekal (konsisten) dengan matlamat pedagogi,

3.    Mengumpulkan bukti-bukti sejauh mana amalan tersebut tekal atau tidak tekal dengan matlamat pedagogi

4.    Mengenalpasti dan menjelaskan ketidaktekalan antara aspirasi dan amalan. Ketidaktekalan ini menimbulkan masalah andaian-andaian dan segala kepercayaan (teori) yang secara tidak disedari telah mengukuhkan amalan dalam bilik darjah.

5.    Melibatkan para guru (pendidik) dalam proses menjana dan menguji bentuk-bentuk tindakan yang baru untuk merealisasikan aspirasi mereka seterusnya membolehkan para guru membina semula teori-teori yang dijadikan panduan dalam amalan mereka.

6.    Ia merupakan proses pedagogi yang dicirikan oleh reflexivity (tindakan refleksif) guru. Dari perspektif penyelidikan tindakan, mengajar merupakan satu bentuk penyelidikan dan begitulah sebaliknya.

Sebuah Kajian Tindakan yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:1. merealisasikan nilai pendidikan2. mengintegrasi pengajaran dan penyelidikan3. membina kurikulum4. melibatkan pengajaran refleksif dan reflektif5. melibatkan pengumpulan data dari pelbagai sudut6. mendefinisikan petunjuk kualiti

Apakah maknanya?Sekali lagi saya ingin jelaskan  bahawa enam ciri di atas merupakan ciri Kajian Tindakan yang baik. Kalau ciri-ciri tersebut tiada, ia tidak bermakna kajian yang dilakukan itu BUKAN Kajian Tindakan. Ia mungkin masih termasuk kategori Kajian Tindakan asalkan mematuhi ciri-ciri kajian tindakan seperti yang disebutkan di atas (lihat definisi John Elliot dan penjelasan yang dibuat oleh Kemmis dan Carr yang saya catatkan: Oh ya masih terdapat banyak definisi yang lain tetapi untuk sekadar panduan, definisi Elliot bolehlah digunakan). Cuma kajian tindakan tanpa ciri yang baik, pasti akan diperlekehkan oleh panel penilai.

Page 3: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

Kesalahan lazim semasa melakukan Kajian Tindakan oleh pelatih guru di IPG  

1. Tidak dapat membezakan antara Kajian Tindakan dengan Kajian Konvensional. Lazimnya guru tersalah kerana telah memilih kajian konvensional dengan tujuan untuk melihat sebab dan akibat (keberkesanan). Contohnya, korelasi antara dua pembolehubah atau kajian perbandingan antara kumpulan yang menerima rawatan dengan kumpulan yang tidak menerima rawatan (sebab-akibat).

2. Tidak mematuhi format serta rubrik penilaian yang dikemukakan oleh IPG, sebaliknya melakukan ikut suka hati sahaja berdasarkan contoh yang lazimnya diperolehi daripada rakan atau Internet tanpa pengesahan sumber yang diperakui sah dan dipercayai.

3. Kitaran tindakan hanya berlaku sekali sahaja yang menunjukkan TIDAK ada isu baru yang berkaitan timbul atau kerana menganggap masalah telah dapat diselesaikan. Jelasnya, proses refleksi ke atas amalan dan tindakan telahTIDAK berlaku secara sempurna. Ini bertentangan dengan semua model Kajian Tindakan yang dikemukakan oleh pakar-pakar Kajian Tindakan iaitu adanya kitaran lanjutan atau kitaran baru diperlukan. Kajian Tindakan BUKAN satu kajian penyelesaian masalah tetapi merupakan kajian penambahbaikan amalan bekerja. Sebagai kajian penambahbaikan, sifatnya berterusan dan tidak terhenti pada satu penyelesaian (yang masih boleh diragui keupayaan penyelesaian tersebut untuk diaplikasikan pada situasi, masa, tempat dan kumpulan yang lain) walaupun kajian lanjutan itu mungkin tidak dilakukan atas pelbagai sebab.

4. Sangat kurang mendapatkan sokongan literature untuk menyokong pernyataan yang dikemukakan. Kebanyakan pernyataan yang dikemukakan lebih bersifat opinionated statements (andaian dan pandangan yang bersifat syok sendiri) tanpa bukti yang sah.

5. TIDAK melakukan tinjauan awal untuk mendapatkan maklumat dan data awal secara teratur dan kemas. Kebanyakannya melakukan tanpa struktur soalan / item yang dapat menjurus kepada isu yang dikaji sebaliknya bertanyakan soalan yang terlintas di kepala sahaja pada waktu melakukan temubual atau pemerhatian.Pemerhatian yang dilakukan tidak berfokus kepada isu yang dikaji di samping sangat kurangmenggunakan jurnal refleksi guru sebagai salah satu alat utama. Pelajar lebih cenderung menggunakan soal selidik yang kurang relevan dengan bilangan responden yang sedikit dan boleh ditemui setiap hari dalam bilik darjah.

6. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus untuk menyalahkan atau melemahkan pihak lain (murid, kaedah pengajaran atau institusi) dan bukan untuk melihat kekuatan dan khususnya kelemahan diri sendiri (dari sudut penguasaan ilmu dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran).

7. Di bawah tajuk Fokus Kajian, jarang sekali dikemukakan data lengkap yang telah dibuat analisis ekoran daripada tinjauan awal. Pandangan peribadi ke atas sesuatu data / maklumat tidak disokong dengan sorotan literatur. Komponen kecil Fokus Kajian tidak disentuh (kerelevanan, kebolehan mengurus, keserasian, kepentingan, kawalan dan kolaborasi). 

8. Tidak dapat mengaitkan data-data yang diperolehi melalui instrumen mengumpul data yang berlainan (gagal membuat triangulasi data) dan jarang sekali melibatkan triangulasi sumber data, triangulasi penyelidik, triangulasi methodologi pengumpulan data, triangulasi teori atau triangulasi analisis data. Pemerhatian dan temubual dengan murid tidak difokuskan kepada respons murid terhadap pengajaran. Sebaliknya difokuskan kepada salahlaku murid di dalam kelas (seperti mengantuk, berbual, bermain, berjalan-jalan, mengganggu rakan dan sebagainya) tanpa mengaitkannya (relate) dengan amalan bekerja harian yang ingin dibuat penambahbaikan (aplikasi kaedah dan teknik pengajaran).

9. Tidak mengambil kira sudut pandangan / perspektif murid tentang sesuatu kaedah atau teknik pengajaran yang diamalkan. Matlamat melakukan Kajian Tindakan adalah untuk penyelidik menambahbaik amalan bekerja. Ini juga bermakna peningkatan pembelajaran murid. Oleh itu pandangan murid dalam menentukan kaedah serta teknik pengajaran perlu diambil kira. Contohnya, tidak semua permainan sesuai untuk semua tahap murid agar mereka bermotivasi untuk belajar.  Hanya murid sendiri yang tahu bentuk permainan yang boleh memotivasikan mereka secara khusus.

10. Tidak menulis sumber rujukan mengikut format yang diminta (format APA) dan bilangan bahan rujukan yang terlalu sedikit (menunjukkan kurang membuat tinjauan literatur).

Page 4: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

Betulkah apa yang dilakukan ini adalah Kajian Tindakan?Selaku seorang tenaga pengajar untuk Kursus Kajian Tindakan, saya sering membaca dan mengikuti perkembangan amalan melakukan kajian tindakan di kalangan guru terlatih yang mengikuti kursus peningkatan (pensiswazahan), rakan sekerja serta guru pelatih di kampus-kampus IPG. Sebilangan besar laporan yang dikemukakan (yang telah saya baca) menggambarkan tidak perlu dilakukan kitaran kedua kajian atau tindakan kerana:

1. kajian yang telah dilakukan didapati (berdasarkan laporan) sangat berjaya (hanya dari perspektif pengkaji sendiri)

2. telah mengubah amalan bekerja pengkaji (walaupun hanya sekadar satu aspek amalan) yang ditukar ganti

3. mampu meningkatkan motivasi dan pengetahuan serta kemahiran murid

4. dan sebagainya....

Kebanyakan laporan dalam bahagian cadangan dan refleksi kajian, menggambarkan tidak wujud masalah atau isu baru yang memerlukan kitaran kedua dilaksanakan. Sekiranya dilihat kepada kesemua model Kajian Tindakan yang telah dikemukakan, semuanya melibatkan kitaran lanjutan. Malah berdasarkan kepada Model McNiff dan Model PRAR (Problem Resolving Action Research), kemungkinan akan wujud gangguan-gangguan baru hingga membolehkan berlaku kitaran lencongan dan berterusan adalah tinggi. Mungkin para pengkaji baru (novis) perlu melihat semula bagaimana menulis cadangan dan refleksi.

Perkara kedua yang saya dapati daripada beberapa laporan Kajian Tindakan tersebut ialah... bukan semua kajian yang telah dilabel sebagai kajian tindakan (hanya merujuk kepada laporan daripada pelajar beberapa kampus IPG) merupakan kajian tindakan seperti yang disarankan oleh para penyelidik kajian tindakan. Masih terdapat kajian eksperimental yang bertujuan untuk melihat sejauh mana kesan satu variable (pembolehubah bersandar) ke atas variable tidak bersandar serta bertujuan melihat korelasi (yang menunjukkan sebab-akibat sesuatu pembolehubah) tetapi dianggap sebagai kajian tindakan. Contohnya, kaedah xxx (pembolehubah tidak bersandar / bebas) yang saya gunakan ini telah dapat meningkatkan minat dan motivasi (pembolehubah bersandar) murid untuk belajar. Meskipun peningkatan minat dan motivasi berlaku di kalangan murid, ia hanya merupakan akibat (atau objektif sampingan) penggunaan kaedah xxx yang dapat dikesan. Objektif utama kajian tindakan ialah penambahbaikan pada diri pengkaji sendiri. Misalnya, dituliskanmotivasi diri saya semakin meningkat apabila mendapati murid-murid semakin aktif dan berminat untuk mengikuti pengajaran saya menggunakan kaedah xxx dengan teknik yyy. Saya menjadi lebih yakin untuk menggunakan kaedah xxx dengan teknik yyy tersebut.

Satu perkara lagi ialah apabila ditanya kepada pengkaji baru (novis) ini sama ada mereka mempunyai rakan kritikal atau tidak, sebenarnya rakan kritikal yang dimaksudkan dalam kajian tindakan memang tidak ada. Yang ada cuma rakan pembantu yang akan mentadbir alat mengumpulkan maklumat serta data. Selain itu, mereka juga mempunyai rakan untuk berkolaborasi yang tidak berperanan sebagai rakan kritikal. Kebanyakan pengkaji baru akan melakukan kajian secara sendiri, tanpa melibatkan orang lain yang akan membantu agar kajian menjadi lebih bermakna dan bersifat profesional.

Penambahbaikan yang merupakan tujuan sebenar kajian tindakan seringkali difahamkan sebagai tukar ganti. Apabila guru menyedari sesuatu kaedah pengajaran yang digunakan itu kurang berkesan, lazimnya hanya melalui pemerhatian dan catatan refleksi dalam jurnal (lebih bersifat opinionated statement) tanpa ada pendapat pihak kedua dan ketiga, maka guru bukan mencuba membuat penambahbaikan aplikasi kaedah. Sebaliknya satu kaedah baru digunakan atau dicipta dengan menggunakan pelbagai nama. Sekiranya refleksi (mencermin diri sendiri) dilakukan, besar kemungkinan guru tersebut menyedari bahawa dirinya sebenarnya tidak menguasai (mastering) kaedah pertama yang digunakan atau terdapat isu lain yang menjadi pengganggu seperti daripada murid dan persekitaran. Sudah pasti kaedah semata-mata kuliah akan gagal sekiranya terdapat gangguan luar (pencemaran bunyi dan pencemaran bau kotoran dari persekitaran berhampiran). Ini tidak bermakna kaedah tersebut tidak boleh digunakan tetapi guru perlu melakukan penambahbaikan dengan aplikasi penggabungjalinan kaedah atau berpindah ke lokasi baru seperti perpustakaan, makmal atau dewan.

Sekiranya data hanya diperolehi daripada pemerhatian guru serta catatan refleksi guru yang berciri opinionated statements (pernyataan pandangan), maka kebarangkalian untuk berlaku bias adalah tinggi serta menyebabkan data yang dikumpul boleh diragui kesahan  dan kebolehpercayaannya (rigour dan trustworthy). Memang jauh bezanya antara melakukan kajian tindakan untuk tujuan peningkatan profesionalisme dengan melakukan kerana patuh kepada desakan pihak atasan. Maka, saranan saya, kepada para pembaca, lakukanlah atas sebab penambahbaikan profesionalisme. Insyallah, hasilnya akan memberi manfaat kepada diri sendiri. 

Page 5: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

Untuk menghasilkan kajian tindakan yang bermakna, pengkaji perlu mempunyai rakan kritikal serta kumpulan pengesahan yang berfungsi untuk memberi maklum balas kritikal, selain daripada menyemak bukti dan data serta laporan agar kajian mempunyai kesahan dalaman yang kukuh.

Sedikit Mengenai Penyelidikan TindakanCiri utama penyelidikan tindakan Di Amerika, apa juga bentuk penyelidikan yang menyimpang daripada paradigma tradisional (kuantitatif) sering dilabelkan sebagai penyelidikan tindakan sehinggakan terdapat golongan penyelidik etnografi melabelkan penyelidikan mereka sebagai penyelidikan tindakan.  Apakah sebenarnya yang mencirikan sesuatu penyelidikan itu sebagai penyelidikan tindakan yang dikaitkan dengan para guru dan pentadbir sekolah? John Elliot menjelaskan penyelidikan tindakan sebagai penyelidikan yang mempunyai ciri-ciri berikut:1. Mempunyai matlamat pedagogi merangkumi semua aspek pendidikan yang baik (unggul) dan merangkumi semua mereka yang terikat dengan tanggungjawab untuk merealisasikan matlamat pedagogi tersebut di dalam amalan bekerja mereka,

2. Berfokus kepada mengubah amalan bekerja untuk memastikan amalan tersebut menjadi lebih tekal (konsisten) dengan matlamat pedagogi,

3. Mengumpulkan bukti-bukti sejauh mana amalan tersebut tekal atau tidak tekal dengan matlamat pedagogi

4. Mengenalpasti dan menjelaskan ketidaktekalan antara aspirasi dan amalan. Ketidaktekalan ini menimbulkan masalah andaian-andaian dan segala kepercayaan (teori) yang secara tidak disedari telah mengukuhkan amalan dalam bilik darjah.

5. Melibatkan para guru (pendidik) dalam proses menjana dan menguji bentuk-bentuk tindakan yang baru untuk merealisasikan aspirasi mereka seterusnya membolehkan para guru membina semula teori-teori yang dijadikan panduan dalam amalan mereka.

6. Ia merupakan proses pedagogi yang dicirikan oleh reflexivity (tindakan refleksif) guru. Dari perspektif penyelidikan tindakan, mengajar merupakan satu bentuk penyelidikan dan begitulah sebaliknya.

Bukan penyelidikan tindakanGuru perlu memahami bahawa penyelidikan tindakan bukanlah projek atau kajian keperpustakaan yang bertujuan untuk mempelajari atau mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut tentang perkara-perkara yang menarik minat seperti hobi dan sebagainya. Penyelidikan tindakan juga bukan satu bentuk penyelesaian masalah yang bermula daripada mencari punca masalah tetapi penyelidikan tindakan merupakan satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan tentang bagaimana melaksanakan penambahbaikan amalan.Penyelidikan tindakan bukan kajian ke atas manusia atau mengenai manusia. Ia juga bukan satu penyelidikan untuk mencari maklumat mengenai sesuatu topik untuk mendapatkan jawapan sebenar / betul / tepat. Penyelidikan tindakanbukan mengenai pembelajaran mengapa kita melakukan sesetengah atau sesuatu perkara (amalan) tetapi bagaimana kita (guru dan pendidik) boleh melakukannya (amalan) dengan lebih baik. Ia mengenai bagaimana kita (guru dan pendidik) boleh mengubah cara pengajaran agar dapat meninggalkan impak yang berkesan ke atas murid / pelajar.

Penyelidikan tindakan yang baikMerealisasikan nilai-nilai pendidikan: Sebuah penyelidikan tindakan yang baik dikenalpasti dengan adanya nilai-nilai para pengamal yang ingin direalisasikan dalam amalan bekerja mereka. Dalam dunia pendidikan, nilai-nilai ini didefinisikan sebagai nilai pendidikan yang ingin direalisasikan oleh guru. Nilai-nilai pendidikan merupakan semua perkara yang dinilai penting untuk berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang baik meliputi aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Nilai-nilai pendidikan ini akan menetapkan kriteria yang dapat mewakili pengetahuan dan kemahiran kepada murid / pelajar. Antaranya termasuklah nilai memahami, nilai inkuiri, nilai penemuan, nilai autonomi, nilai koperatif dan sebagainya yang dapat menjelaskan kualiti hubungan antara pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan tindakan yang baik seharusnya bersifat pendidikan iaitu ia berbentuk inkuiri reflektif yang membolehkan guru menyedari tentang ciri-ciri kualiti hubungan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Ujian untuk sebuah penyelidikan tindakan yang baik adalah sangat pragmatik. Adakah kesan penyelidikan tersebut dapat menambahbaik kualiti transaksi pendidikan antara guru dan murid-muridnya? Sebuah penyelidikan yang baik mungkin gagal dalam ujian ini sekiranya ia menjana bukti yang dapat menjelaskan mengapa penambahbaikan itu mustahil (untuk diperolehi dan dilaksanakan) dalam keadaan dan situasi tersebut; kes di mana justifikasi toleransi sementara dibuat ke atas status quo. Dalam setiap kes penyelidikan tindakan menyediakan asas untuk membuat keputusan yang bijak. Keputusan untuk menunggu dengan sabar sehingga sampai masa yang sesuai manakala keadaan pula membuka ruang kepada peluang yang lebih sesuai kadangkala adalah lebih bijak daripda usaha yang diulang-ulang untuk memulakan perubahan.

Page 6: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

Mengintegrasi pengajaran dan penyelidikan: Penyelidikan tindakan merupakan suatu penyelidikan yang berterusan dalam proses penyelidikan itu sendiri oleh para pengamal. Sekiranya tidak diketahui sama ada penyelidikan itu dapat menambahbaik amalan guru atau tidak, maka statusnya sebagai penyelidikan tindakan adalah meragukan. Sama ada dalam bentuk pengajaran atau penyelidikan, ia menggabungkan pengajaran dan penyelidikan dalam satu aktiviti. Dalam hal ini, maka sebenarnya tiada alasan bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk melakukan penyelidikan. Apabila strategi pengajaran dilihat sebagai suatu penyiasatan yang hipotetikal untuk merealisasikan nilai-nilai pendidikan, maka strategi tersebut merupakan aktiviti utama dalam proses penyelidikan tindakan: satu proses yang mesti sentiasa dibezakan daripada penyelidikan pendidikan yang dilakukan oleh orang luar (bukan golongan guru atau pendidik). Penyelidikan pendidikan bertujuan untuk merealisasikan nilai-nilai pendidikan dalkam amalan bekerja. Penyelidikan yang dilakukan ke atas pendidikan (research on education) pula bertujuan untuk menjana ilmu pengetahuan mengenai amalan. Penyelidikan pendidikan boleh menggunakan penyelidikan atas pendidikan tetapi akibatnya ialah penjanaan saranan ilmu pengetahuan untuk mendapatkan pemahaman jitu ke atas situasi yang praktikal menjadi kurang penting atau diketepikan.

Membina kurikulum: Penyelidikan tindakan yang baik sering mempunyai kesan ke atas perkembangan kurikulum. Kurikulum bukan sekadar satu pernyataan tentang isi kandungan pelajaran tetapi ia juga sering menetapkan bentuk bagaimana harus disampaikan kepada murid. Sekiranya dilihat dalam bentuk hasil pembelajaran atau objektif khas pembelajaran, maka mesejnya kepada murid ialah isi kandungan itu perlu dikuasai mengikut turutannya (contoh, kuasai nombor dahulu sebelum menguasai olahan tambah dan sebagainya). Sekiranya pembelajaran masteri secara berturutan ini tidak berlaku, ia menjelaskan satu defisit (kerugian) kepada murid dan akan menyebabkan mereka bergantung sepenuhnya kepada guru untuk diperbetulkan. Persoalannya, adakah kurikulum sebegitu membolehkan guru mengajar isi kandungan secara konsisten dengan ilmu pengetahuan dan cara murid belajar? Kurikulum merangkumi teori tentang ilmu pengetahuan dan teori pembelajaran. Hanya melalui penyelidikan tindakan segala potensi tentang pendidikan boleh dibuat penilaian. Melalui penyelidikan tindakan bentuk dan isi kandungan kurikulum akan dirombak dan dibina semula. Hal ini sangat benar khususnya di institusi pengajian tinggi yang melaksanakan kurikulum sendiri (amalan pembentukan kurikulum secara desentralisasi). Melalui penyelidikan tindakanlah reka bentuk kurikulum dapat dilaksanakan melalui amalan. Hasil penyelidikan tindakan yang baik bukan sekadar menambahbaik kualiti pengajaran guru tetapi ia juga menambahbaik rekabentuk kurikulum dan cara bagaimana guru lain boleh mencapai kualiti tersebut. Penyelidikan tindakan yang baik bukan sekadar untuk pengetahuan peribadi penyelidiknya sajhaja tetapi perlu dikongsikan serta terbuka kepada kawalan dan penelitian professional.

Melibatkan pengajaran refleksif dan bukan sekadar reflektif: Penyelidikan tindakan yang baik akan menjana bukti untuk menyokong kualiti pengajaran (pedagogi). Penyelidikan yang berfokus kepada selain daripada syarat-syarat pedagogi, walaupun dilakukan oleh guru, sebenarnya bukanlah merupakan penyelidikan tindakan yang baik. Sesiapa pun sebenarnya boleh melakukan refleksi tentang apa sahaja yang bukan merupakan tindakan oleh dirinya sendiri (Pengajaran refleksif merujuk kepada peranan atau fungsi guru sebagai pelajar (colearner) yang mempunyai kepercayaan, pengetahuan, kecekapan dan motivasi yang unik serta memainkan peranan yang berbeza daripada murid dimana guru mempunyai tanggungjawab untuk mereka bentuk dan melaksanakan pengajaran sedangkan murid pula terlibat dengan tugasan dan pembelajaran. Fokus guru dalam pengajaran refleksif adalah dirinya sendiri serta andaian-andaian yang dibuat ke atas pengajarannya). Bukti hasil pembelajaran murid tidak secara terasing menunjukkan bukti kualiti pengajaran. Hasil pembelajaran perlu diperjelaskan kerana kualiti guru bukanlah merupakan satu-satunya penjelasan ke atas kejayaan atau kegagalan murid. Bukti-bukti lain perlu dikumpulkan sebelum sumbangan atau kesan pengajaran ke atas hasil pembelajaran boleh dibuat pertimbangan. Data hasil pembelajaran boleh menyumbang kepada penjelasan hipotesis tetapi hipotesis perlu dibuat ujian ke atas bukti proses pedagogi. Menilai kualiti hasil pembelajaran dan menilai kualiti pengajaran adalah dua perkara yang berbeza.

Melibatkan pengumpulan data mengenai pengajaran dari pelbagai sudut: Bukti-bukti mengenai kualiti pengajaran boleh diperolehi daripada pelbagai sumber: pandangan atau rekod amalan pengajaran guru, pandangan murid tentang pengajaran guru, pemerhatian oleh rakan sejawat, ibu bapa atau penjaga yang memantau pembelajaran anak-anak mereka serta rakaman audio dan video yang menunjukkan transaksi guru – murid. Kepelbagaian pengumpulan data ini dikenali sebagai triangulasi. Tiga sumber utama perolehan data adalah daripada pemerhati, guru dan murid-muridnya. Perbadingan data akan dibuat antara ketiga-tiga sumber berkenaan.

Mendefinisikan petunjuk kualiti: Bagaimanakah guru boleh mengesan “bukti-bukti” kualiti pengajaran? Bagaimanakah mereka tahu apa yang hendak dicari sebagai bukti kualiti pengajaran? Apakah bentuk perlakuan yang boleh dipertimbangkan untuk dijadikan petunjuk kualiti yang hendak direalisasikan dalam amalan? Petunjuk kualiti tidak boleh diberikan definisi awal kerana adalah menjadi tugas penyelidikan tindakan itu sendiri untuk memberikan definisinya. Apabila seorang guru memilih arah tindakan tertentu sebagai alat

Page 7: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

atau cara (means) untuk merealisasikan nilai-nilai pendidikannya di dalam amalan bekerjanya, ia sebenarnya sedang meneroka persoalan tersebut. Tindakan apakah pula yang menunjukkan nilai-nilai tersebut? Oleh itu, bukti-bukti perlu dikumpulkan untuk menentukan sama ada alat atau cara yang dipilih itu menjadi petunjuk kepada nilai-nilai pendidikan yang didokong oleh guru. Ia mungkin memilih satu arah tindakan dengan kepercayaan bahawa murid dapat digalakkan untuk bertanya tentang isi kandungan pelajaran (subject matter) dan mendapati kepercayaannya itu meragukan jika triangulasi data diambil kira. Murid mungkin melaporkan bahawa pengalaman mereka menunjukkan tindakan tersebut menjadi halangan kepada kebebasan mereka untuk bertanya dan laporan tersebut mungkin konsisten dengan pemerhatian yang dibuat ke atas tindakbalas murid. Bukti memaparkan tindakan guru diragukan sebagai petunjuk kualiti dan mencabar guru tersebut untuk mendefinisikan semula apakah perkara yang terkandung sebagai amalan baik dalam keadaan / situasi yang dihadapinya.

Petunjuk kualiti pendidikan ditentukan melalui penyelidikan tindakan dan bukan sebelumnya. Spesifikasi awal petunjuk kualiti telah menetapkan apa yang guru perlu lakukan untuk merealisasikan nilai-nilai pendidikan. Dengan memiawaikan (standardizing) tindakbalas lebih awal, guru didedahkan  ketidakpekaan mereka kepada konteks dan menggantikan penyelidikan tindakan dengan penilaian yang telah dipiawaikan. Penyelidikan tindakan yang baik mengakui fakta bahawa apa yang membentuk kualiti dalam pengajaran tidak boleh didefinisikan secara terasing daripada set keadaan yang dihadapi oleh guru dalam bilik darjah. Ia boleh didefinisikan di tempat punca asalnya (in situ) melalui penyelidikan tindakan. Melalui penyelidikan tindakan guru mungkin membuat anggapan umum tentang petunjuk-petunjuk dalam konteks yang luas tetapi hasil keputusan yang diperolehi akan menyediakan hipotesis kepada guru untuk mengujinya dalam bilik darjah dan bukan sebagai petunjuk terus yang boleh membantutkan guru daripada membuat pertimbangan akhir tentang apakah tindakan yang menjadi petunjuk kualiti dalam keadaan atau situasi tertentu. Penyelidikan yang baik mengambil kira pertimbangan sebegitu dibuat dalam data kes yang telah ditriangulasikan.

Page 8: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

Susahkah membuat refleksi pengajaran untuk Kajian Tindakan?Setelah menyemak beberapa proposal Kajian Tindakan yang dibuat oleh beberapa orang pelajar (dan isu yang sama dibangkitkan juga oleh rakan pensyarah yang lain), saya rasa terpanggil untuk menulis mengenai refleksi pengajaran yang dijadikan refleksi awal sebelum sesuatu perancangan tindakan dibuat. Saya sangat mengharapkan agar pelajar-pelajar telah cukup matang untuk meneroka maklumat secara sendiri (self access) melalui Internet tentang refleksi kritikal dalam kajian tindakan. Memang sukar untuk menukar budaya mengajar kepada budaya belajar sambil mengajar - satu peralihan peranan guru sebagai learner, kepada pelatih saya. Saya akui, kebanyakan guru Pendidikan Islam di Malaysia terdiri daripada orang Melayu yang kurang menguasai Bahasa Inggeris. Ia tidak sama dengan orang Melayu yang mengajar mata pelajaran lain seperti Sains. Bahasa Inggeris, telah menjadi kekangan dan telah membentuk skema pemikiran yang sangat sukar untuk diubah. Seandainya saya memberikan contoh yang lengkap pula, saya akan dapati berlaku reproduction atau klon kepada apa yang saya berikan. 

Melalui tulisan ini, saya harap dapat membantu proses pemahaman pelatih saya..... (untuk makluman, bukan semua pelatih tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik)

Katakanlah anda telah memulakannya dengan......Saya mengajar murid-murid tahun empat mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Ini merupakan tahun ke 7 saya mengajar mata pelajaran yang sama ........ dan seterusnya.

Dan katakanlah ......Anda telah mengajarkan tajuk tayammum kepada ......Semasa mengajar, anda telah menggunakan kaedah penerangan tanpa menggunakan bahan bantu. Semasa mengajar, anda dapati beberapa orang murid terpinga-pinga setelah anda membuat penjelasan tentang pelajaran. Persoalannya, apakah yang telah anda lakukan sejurus melihat keadaan demikian? Anda pun mengulangi penerangan. Kali ini anda telah meminta murid merujuk siri gambar bertayammum yang terdapat dalam buku teks.

Refleksi dalam tindakan anda akan menjadi.......Setelah mendapati beberapa orang murid masih kelihatan keliru, saya telah meminta mereka merujuk siri gambar bertayammum yang terdapat dalam buku teks. Sambil mereka merujuk gambar-gambar tersebut, saya mengulangi penerangan saya tentang langkah-langkah bertayammum. Andaian saya ialah dengan pengulangan penerangan dan disertakan dengan penggunaan bahan visual, murid akan lebih mudah memahami tentang langkah-langkah bertayammum. Saya teringat kata-kata Konfusius yang terjemahannya berbunyi "Apa yang saya dengar, saya akan lupa. Apa yang saya lihat, saya akan ingat". Justeru itu, saya telah cuba menggunakan gambar..........(dan seterusnya). Menurut Dale (1969) menerusi kajiannya, seorang murid akan mengingat sebanyak 80% daripada apa yang dipelajari melalui penerangan lisan dan visual berbanding dengan hanya 25% ingatan melalui penerangan semata-mata, selepas tiga jam belajar .... dan seterusnya  

       Reflection-in-action 

This is the kind of reflection that occurs whilst a problem is being addressed, in what Schon calls the ‘action-

present’. It is a response to a surprise – where the expected outcome is outside of our knowing-in-action. The

Page 9: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

reflective process is at least to some degree conscious, but may not be verbalised. Reflection-in-action is about

challenging our assumptions (because knowing-in-action forms the basis of assumption). It is about thinking

again, in a new way, about a problem we have encountered.

Refleksi atas tindakan anda pula akan menjadi ........Setelah memberi penerangan sambil meminta murid merujuk gambar-gambar dalam buku teks, saya dapati murid-murid yang kelihatan keliru pada mulanya seperti telah memahami tentang tayammum. Ini hanya jangkaan saya. Adakah tindakan saya menggunakan buku teks itu betul dan berkesan? Meskipun mereka kelihatan seperti faham, saya tidak dapat mengukur kefahaman mereka kerana saya telah tidak menjalankan penilaian formatif untuk mengesan kefahaman murid tentang tajuk yang diajarkan. Kamus dalam talian Wikipedia (2012) yang dipetik daripada en.wikipedia.org, menjelaskan penilaian formatif sebagai prosedur penilaian secara formal dan bukan formal yang digunakan oleh guru semasa berlaku proses pembelajaran dengan tujuan untuk memodifikasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menambahbaik pencapaian murid..... dan seterusnya.

Satu perkara lagi, apabila saya mengulangi penerangan, bermakna saya telah menggunakan waktu yang seharusnya diperuntukkan untuk aktiviti lain. Apakah tindakan saya itu betul? .....dan seterusnya.

       Reflection-on-action

This is reflection after the event. Consciously undertaken, and often documented.

Refleksi untuk tindakan......

Pada pandangan saya, pengurusan masa saya akan jadi lebih baik sekiranya saya hanya membuat penerangan sekali sahaja dengan disertakan penggunaan bahan bantu. Saya telah menggunakan gambar dalam buku teks dan saya dapati ada murid yang tidak memberikan perhatian sepenuhnya. Mungkin demonstrasi dapat diintegrasikan dengan penerangan. Pada pandangan saya, adalah lebih baik sekiranya saya melakukan aktiviti amali guru dan murid secara serentak beserta penerangan dan diikuti oleh demonstrasi rakan sebaya melalui aktiviti pembelajaran koperatif. .... dan seterusnya.

Ada sesetengah orang sangat ingin usahanya dihargai melalui pemberian nama kepada aktiviti inovatif yang dikemukakan. Ia tidak menjadi kesalahan kerana menurut McNiff (2002), antara tujuan Kajian Tindakan ialah untuk meraikan kejayaan diri sendiri dan bukan pula merupakan isu yang sangat penting sehingga setiap pengkaji mesti melakukannya. Dalam Kajian Tindakan, matlamat utama guru ialah penambahbaikan amalan bekerja, ilmu pengetahuan dan situasi tempat pembelajaran berlaku. Katakanlah anda ingin meraikan dan menghargai usaha anda, maka saya beri contoh dengan menamakan usaha ini. Dalam kes ini saya namakan kaedah ini sebagai kaedah SEDEMO yang merujuk kepada gabungan SErentak dan DEMOnstrasi - iaitu kaedah yang saya hasilkan melalui inovasi pendidikan (kononnya). Maka dalam kertas cadangan kajian tindakan, saya akan menjelaskan bagaimana SEDEMO akan dilaksanakan, kerelevanannya, kepentingannya, kemudahtadbirannya dan sebagainya. 

Refleksi nilai pendidikan yang ingin di realisasikan...Jack Whitehead dan McNiff (2002) sangat menekankan aspek ini dalam Kajian Tindakan yang mereka kaitkan dengan apa yang mereka namakan sebagai Living Educational Theory. Untuk nilai pendidikan yang ingin direalisasikan, saya akan menuliskan begini ......

Saya sebenarnya percaya bahawa setiap murid, seharusnya diberi peluang yang sama dan adil untuk mengalami pembelajaran secara aktif untuk membolehkan mereka menguasai pembelajaran. Nilai ini telah saya cuba realisasikan tetapi saya telah tersilap dalam mentafsir pembelajaran aktif. Apa yang saya lakukan ialah pengajaran aktif yang lebih berorientasikan guru dan bukan pembelajaran aktif dalam ertikata 'tumpuan murid'. Ini bermakna nilai pendidikan yang menjadi pegangan saya itu telah tidak diimplementasikan dengan betul. Ketika saya mengajar itu, sebenarnya murid tidak aktif tetapi pasif sebagai pendengar. Walaupun mereka merujuk kepada gambar-gambar di dalam buku teks, mereka hanya melakukan setelah arahan diberikan kepada mereka. Ini bermakna mereka hanya akan melakukan sesuatu setelah menerima arahan dan bukan kerana mereka benar-benar aktif atas kesedaran dan motivasi kendiri. Bagaimana kalau saya lupa atau tidak memberi arahan atau arahan saya tidak membuatkan murid patuh dan aktif dalam pembelajaran?

Untuk menjadikan murid lebih aktif, saya perlu melibatkan penggunaan bahan bantu dan kaedah demonstrasi. Andainya saya sendiri yang melakukan demonstrasi bererti murid masih pasif.  Bonwell dan Eison (1991) mencadangkan agar murid-murid

Page 10: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

terlibat dalam pembelajaran secara aktif untuk membolehkan mereka menguasai pelajaran. Oleh itu saya  bercadang untuk melibatkan murid secara aktif.Saya akan cuba untuk mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif melibatkan aktiviti demonstrasi rakan sebaya. Kagan (1994) ..... dan seterusnya.

Pedagogi: Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

Istilah pendekatan, kaedah dan teknik merupakan tiga istilah yang sering mengelirukan kebanyakan orang sama ada dari

kalangan guru terlatih mahupun pelatih guru. Kekeliruan ini timbul disebabkan beberapa istilah lain yang digunakan secara

bersama untuk pendekatan, kaedah dan teknik. Lebih mengelirukan lagi apabila istilah itu juga digunakan untuk menjelaskan

strategi. Contohnya, terdapat penggunaan deduktif dan induktif untuk strategi, pendekatan dan kaedah. Begitu juga, kita akan

terjumpa pendekatan penyelesaian masalah dan kaedah penyelesaian masalah. Banyak definisi mengenai istilah satragei,

pendekatan, kaedah dan teknik telah dikemukakan, namun masih sukar untuk didiskriminasikan antara satu dengan lain.

Pendekatan merupakan atau menggambarkan asas falsafah atau kepercayaan mengenai sesuatu perkara yang menjadi

pegangan. Ia merupakan satu set andaian atau pandangan yang dipegang, contohnya, teori pembelajaran. Untuk mengajar

satu-satu topik tertentu, akan ada beberapa pendekatan yang boleh digunakan, bergantung kepada asas teori yang

membentuk pendekatan tersebut. Contohnya, pendekatan deduktif berpegang kepada asas kerangka teori stigma oleh Erving

Goffman (1963) atau kerangka teori modal sosial oleh Pierre Bourdieu (1962) serta pembentukan hipotesis.

Kaedah pula lebih merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu (aktiviti pengajaran atau pembelajaran) secara sistematik

yang menggambarkan langkah-langkah yang disusun secara logik. Contohnya, kaedah deduktif bermula dengan proses

menyampaikan idea umum atau konsep keseluruhan dan diikuti oleh maklumat spesifik seperti contoh-contoh yang dapat

memantapkan pemahaman murid tentang konsep berkenaan.  

Teknik adalah prosedur yang telah didefinisikan dengan lebih jelas dan digunakan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau

aktiviti. Terdapat lebih daripada satu teknik boleh digunakan untuk melaksanakan kaedah deduktif. Contohnya, guru

memulakan pengajaran dengan menggunakan teknik penjelasan konsep dan diikuti dengan sumbangsaran contoh-contoh

spesifik. Mungkin juga guru boleh memulakan denga  teknik gambaran dan untuk mengemukakan contoh, guru menggunakan

teknik penyoalan atau soal jawab.  

Jika dilihat dengan lebih teliti, pilihan susunan pendekatan, kaedah dan teknik di atas merupakan satu strategi iaitu kerangka

perancangan yang direka bentuk untuk mencapai matlamat khusus pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya peranan yang

lebih aktif dimainkan oleh guru seperti penjelasan konsep, pemberian contoh, refleksi dan rumusan dilakukan oleh guru, maka

strateginya adalah lebih berbentuk strategi pengajaran langsung / terus atau strategi tumpuan guru. Sebaliknya jika banyak

melibatkan diskusi dan sumbangsaran, maka strategi yang digunakan adalah strategi pengajaran interaktif. Begitu juga, bagi

seorang guru konstruktivis, ia akan memilih strategi yang lebih berpusatkan murid seperti strategi pembelajaran individu.

Walau apa pun kesemua istilah tersebut seharusnya tidak menjadi masalah dalam pelaksanaan kerja mengikut konteks dan

‘maknanya’ kepada pengguna (guru). Masalah besarnya ialah pemahaman maksud dan definisi istilah tersebut seperti yang

dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidikan apabila dikaitkan dengan tujuan menjawab soalan peperiksaan. Istilah ‘guidance’

contohnya telah diterjemahkan kepada ‘panduan’ dan ‘bimbingan’. Dalam amalan seharian, guru boleh saja memilih istilah

‘panduan’. Dalam situasi lain, mungkin guru memilih istilah ‘bimbingan’. Percanggahan penggunaan lazimnya dikemukakan

Page 11: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

oleh tokoh berlainan mazhab (school of thought). Dalam Islam, kelainan mazhab bukan perkara masalah pokok sekiranya tidak

bercanggahan dari sudut aqidah. Begitu juga dengan sesetengah istilah pendidikan, sekiranya tidak bertentangan dan tidak

menyebabkan gangguan kepada proses pengajaran dan pembelajaran, malah saling membantu dalam pemahaman, maka

tidak perlu dipertikaikan.

NILAI-NILAI PENDIDIKAN: SATU ANALISIS KAJIAN TINDAKANApabila saya di amanahkan untuk membimbing pelajar PISMK- OUM membuat kajian tindakan, semangat saya berkobar-kobar untuk berkongsi pengalaman. Saya mula membuat kajian Tindakan ketika bertugas di sebuah maktab perguruan di Sarawak pada tahun 1999. Atas dorongan perasaan ingin mencuba serta untuk memenuhi keperluan maktab, saya bersetuju untuk mengambil bahagian dalam penyelididkan pendidikan yang dianjurkan pada tahun tersebut. Pengalaman pertama apabila membentang kertas cadangan cukup memeritkan apabila disoal bertubi-tubi oleh sekumpulan ahli panel yang berkelayakan doktor falsafah pada hari itu. Akibatnya, setelah selesai pembentangan, saya mengambil keputusan untuk menarik diri. Walau bagaimanpun, setelah dinasihati dan dibimbing oleh seorang rakan pensyarah yang sangat berminat dengan kajian tindakan, saya mula membuat refleksi dan cuba memahami kenapa kertas cadangan saya dipersoalkan.

Antara kelemahan yang saya kenal pasti ialah saya tidak dapat membezakan di antara kajian konvensional dengan kajian tindakan. Saya hanya mementingkan pencapaian akhir responden melalui post-test bukan proses yang berlaku. Yang paling ketara kesilapan saya ialah, saya langsung tidak mengaitkan amalan kendiri dan nilai-nilai pendidikan dengan apa yang hendak dikaji. Setelah sedar dengan kelemahan kertas cadangan tersebut, maka saya mula mengorak langkah untuk membetulkannya. Dengan bantuan rakan yang sangat perihatin, saya telah berjaya menyiapkan kajian tersebut.

Berdasarkan pengalaman ini, saya ingin berkongsi dengan anak didik atau sesiapa sahaja yang sedang atau berminat untuk membaiki kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran mereka melalui kajian tindakan. Penulisan saya ini hanya akan memberi fokus kepada aplikasi nilai-nilai pendidikan yang menjadi salah satu syarat kajian tindakan. Saya akan mengaitkannya dengan kajian yang telah dilaksanakan oleh pelajar PISMK-OUM di bawah bimbingan saya yang bertajuk ‘Menangani Pengabaian Solat Fardhu di Kalangan Murid Sekolah Rendah’. Saya namakan kajian ini sebagai ‘Kajian Tindakan Solat Fardhu’.

Kepentingan Nilai-nilai Pendidikan

Menurut John Elliott (1995) di dalam artikelnya yang bertajuk “ What is good action research? – Some Criteria” yang telah diolah semula oleh Lim Chong Hin (2001) menyatakan bahawa kajian tindakan yang baik adalah berfokus kepada mengubah amalan atau pengajaran pengkaji agar ianya lebih konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan. Selain itu, sesebuah kajian tindakan itu juga haruslah mengumpul maklumat, bukti dan data mengenai sejauh manakah amalan atau pengajaran konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan. Disamping itu, kajian tersebut perlu mengenalpasti dan menerangkan kewujudan ketidakkonsistenan antara amalan atau pengajaran dengan nilai-nilai pendidikan yang diaspirasikan.

Ini bermakna pendidik yang melibatkan diri dengan penyelidikan tindakan tidak boleh mengelak daripada mengenal pasti dan seterusnya meneliti secara mendalam nilai-nilai pendidikan yang dipegangnya. Hanya dengan berbuat demikian, barulah pendidik dapat mengutip data untuk mengkaji sejauh manakah nilai-nilai tersebut dipraktikkan dalam amalan atau pengajarannya. Oleh itu Elliot (1995) telah menegaskan bahawa antara ciri-ciri utama Penyelidikan Tindakan ialah mempunyai matlamat pedagogi yang merangkumi nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan dalam amalan seseorang guru atau di dalam pengajarannya. Antara contoh nilai-nilai tersebut ialah memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua murid, nilai menggalakkan dan menghargai pandangan murid, nilai memupuk

Page 12: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

budaya belajar di kalangan murid, nilai menggalakkan murid menjadi ‘critikal thinkers’, nilai membina keyakinan dan imej kendiri yang positif di kalangan murid, nilai menjadikan murid ‘thoughful learners’ dan nilai menjadikan mata pelajaran yang diajar releven kepada kehidupan seharian murid.

Berbalik kepada Kajian Tindakan Solat Fardhu, dalam Bab 1, subtajuk permasalahan kajian, pengkaji menyatakan berdasarkan pengalaman ketika menjalani praktikum, ramai murid mengabaikan solat walaupun berada di tahun empat. Berdasarkan perbualan dengan para pelajar, beliau membuat kesimpulan bahawa kebanyakan murid meninggalkan solat kerana mereka tidak diberi peringatan oleh ibu bapa untuk mengerjakan solat. Menurut pengkaji , walaupun berbagai-bagai asuhan dan didikan tentang solat telah diberikan di sekolah termasuklah menghadiri sekolah agama, masih terdapat juga pengabaian solat fardhu . Faktor inilah yang mendorong pengkaji mencari penyelesaian agar masalah ini dapat dikurangkan (m.s 10). Penulisan seterusnya lebih berfokus kepada Laporan pengkaji dalam Bab 4 (Dapatan Kajian) dan Bab 5 (Rumusan).

Dalam Bab 4, subtajuk Mengenal Pasti Masalah pengkaji telah menyediakan soal selidik yang mengandungi 16 item yang telah diedarkan kepada 27 orang murid tahun 4. Soal selidik ini berkaitan dengan pemahaman tentang solat fardhu, amalan solat, punca pengabaian solat dan faktor yang mendorong untuk mendirikan solat. Berdasarkan soal selidik yang menggunakan item ‘dikotomos’ dengan respon ‘ya’ atau ‘tidak’ yang dikemukakan, hanya satu sahaja item yang barkaitan dengan guru atau pengkaji. Analisis item 15 yang menyatakan ‘Guru sering mengingatkan anda tentang solat lima waktu’ , menunjukkan seramai 96.30% atau 25 murid bersetuju. Andaian pengkaji bahawa guru yang mengingatkan murid-murid tersebut adalah guru pendidikan Islam dan guru-guru di sekolah agama. Soal selidik pengkaji tidak memfokuskan apa-apa nilai yang ingin dilihat dalam amalan beliau. Pengkaji sekadar menulis ‘Seharusnya guru      mempunyai rasa tanggungjawab mengenai perkara tersebut’ (m.s 44) .

Berdasarkan laporan soal selidik yang disediakan, pada hemat saya pengkaji tidak menjelaskan apakah fokus utama beliau untuk mengubah amalan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya agar lebih konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan. Walau bagaimanapun, ungkapan ‘rasa tanggungjawab’ boleh dipertimbangkan sebagai nilai pendidikan utama yang ingin direalisasikan dalam amalan beliau. Ini bertepatan dengan laporan pengkaji dalam bab sama; sub topik Nilai Pendidikan, yang menyatakan…

Pengkaji mendapati pendekatan tazkirah merupakan jalan tambahan untuk meningkatkan kesedaran murid dalam melaksanakan solat fardhu serta mengurangkan pengabaian dalam melaksanakan kewajipan tersebut. Pengkaji menyedari tanggungjawab tersebut kerana ibadah solat merupakan satu kewajipan ke atas setiap muslim (m.s 75).

‘Rasa tanggungjawab’ ini juga ditegaskan lagi oleh pengkaji dalam Bab 5, subtajuk Punca-punca yang Menyebabkan Murid Mengabaikan Solat Fardhu, beliau menulis …

Oleh itu, seorang guru perlu ada rasa tanggungjawab untuk memberi peringatan kepada murid setiap hari agar mengerjakan ibadah solat dan jangan sekali meninggalkannya dengan sengaja. Tanggungjawab ini bukan sahaja dipikul oleh guru agama, tetapi haruslah menjadi tanggungjawab semua guru yang beragama Islam   (m.s 88).

 Pengkaji juga menyatakan nilai atau sifat ‘istiqamah’ penting dalam setiap perkara yang dilakukan. Catatan pengkaji dalam Bab 4, subtajuk Nilai Pendidikan menghuraikan …

Guru perlu sentiasa istiqamah dalam menjalankan dan melaksanakan tugasnya. Jika guru bersungguh-sungguh menginginkan muridnya berjaya  dalam  hidup  dan  menjadi   insan   yang   taat  dan  patuh   kepada  agama, guru akan  berusaha   sebaik  mungkin   ke   arah   itu.  Di sini pentingnya sikap istiqamah guru (m.s 76).

Walau bagaimanapun pengkaji tidak menjelaskan secara operasional pelaksanaan ‘istiqamah’ yang dilaksanakan di dalam amalan pengajaran dan pembelajaran beliau. Saya melihat nilai ‘istiqamah’ ini terdapat semasa pengkaji melaksanakan pendekatan tazkirah yang telah dirancang. Beliau telah merancang slot tazkirah pada setiap kali beliau masuk mengajar iaitu tiga kali seminggu. Berikut adalah ringkasan jadual perancangan pendekatan tazkirah yang disediakan oleh pengkaji (m.s 47 – 53).

MINGGU

HARI RUTIN ISI TAZKIRAH

2 Isnin Pertanyaan

“Siapa solat subuh, maghrib dan isyak”

Menyampaikan tazkirah

Pengertian solat, hukumRabu Balasan meninggalkan

solatJumaat Fadilat solat berjemaah

3 Isnin Pertanyaan Hikmah solat

Page 13: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

“Siapa solat subuh, maghrib dan isyak”

Menyampaikan tazkirah

Rabu Hikmah solatJumaat Ancaman jika

meninggalkan solat

4 Isnin Pertanyaan

“Siapa solat subuh, maghrib dan isyak”

Menyampaikan tazkirah

Azab bagi orang meninggalkan solat

Rabu Balasan bagi orang meninggalkan solat

Jumaat Kewajipan solat

5 Isnin Pertanyaan

“Siapa solat subuh, maghrib dan isyak”

Menyampaikan tazkirah

Azab bagi orang meninggalkan solatRabu

Jumaat

6 Isnin Pertanyaan

“Siapa solat subuh, maghrib dan isyak”

Menyampaikan tazkirah

Azab bagi orang meninggalkan solat

Rabu Nikmat hamba beramal soleh

Jumaat Nikmat-nikmat di dalam syurga

Di samping nilai rasa tanggungjawab dan istiqamah, pengkaji juga telah mengenal pasti dua lagi nilai pendidikan yang dapat membantunya untuk mengukuhkan kajian beliau iaitu memberi ‘perhatian dan dorongan’ serta ‘peneguhan yang positif’. Saya mendapati pengkaji telah menjelaskannya di dalam Bab 4, subtajuk Melaksanakan Tindakan…

Responden   yang   dapat   melaksanakan   solat   dengan   sempurna   akan diberi pujian sebagai peneguhan dan   yang   masih   culas akan diberikan nasihat dan dorongan (m.s 55).

Pengkaji juga menegaskan kedua-dua nilai ini di dalam bab yang sama, subtajuk Kesan Tindakan ….

Fitrah kanak-kanak sentiasa ingin menginginkan perhatian. Apabila mereka sering diingatkan dan diberi perhatian, mereka akan cuba untuk melaksanakan sesuatu perkara tersebut untuk mendapat pujian dan lebih perhatian. Itulah situasi yang berlaku yang dapat dilihat sepanjang tempoh kajian berlangsung. Terdapat satu hari ketika mana pengkaji baru sahaja masuk ke kelas, selesai semua murid memberi salam dan membaca doa beramai-ramai, belum sempat pengkaji melakukan tazkirah seperti lazimnya, Responden 1 terus pergi kepada pengkaji dan menyatakan bahawa dia telah mengerjakan solat subuh pada pagi tersebut. Pengkaji terus memberi pujian dan peneguhan positif kepadanya agar dia berasa dihargai  dan akan terus berusaha untuk mengerjakan solat dengan sempurna seperti kebanyakan rakannya yang lain (m.s 63).

Dalam Bab 5, subtajuk Punca-punca yang Menyebabkan Murid Mengabaikan Solat Fardhu pula, pengkaji merumuskan…

Jika murid sentiasa diberi peringatan, maka sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada dirinya untuk mengerjakan solat apabila masuk waktu. Murid-murid suka diberi perhatian dan didorong untuk melakukan sesuatu. Ia  merupakan  fitrah   semula   jadi   kanak-kanak. Tambahan   lagi   jika   sesuatu   perkara   yang   dilakukan   itu   mendapat peneguhan yang positif daripada   orang   disekelilingnya,   Ia   akan menjadikan murid lebih bersemangat untuk melakukan perkara tersebut. Maka, setiap guru perlulah mempunyai rasa tanggungjawab ini agar sikap murid dapat diubah sedikit (m.s 88)

Pengkaji tidak menjelaskan secara khusus kriteria peringatan, perhatian, dorongan dan peneguhan positif yang dimaksudkan dalam kajian ini. Pengkaji juga tidak menjelaskan ‘masa’ khusus nilai-nilai ini diamalkan. Beliau sekadar menyatakan ‘sepanjang tempoh kajian berlangsung’ . Walau bagaimanapun pengkaji telah melaporkan kesan tindakan nilai-nilai ini melalui kesan tindakan terhadap lima responden yang dipilih. Selain kesan positif yang ditunjukkan oleh Responden 1 (m.s 63), pengkaji turut mencatatkan Responden 2 sebagai …tidak   begitu   menitik   beratkan   tentang   kewajipan   tersebut   dan   hanya   mengerjakannya   apabila   benar-benar   disuruh… Walau bagaimanapun pengkaji telah mengenal pasti bahawa pengabaian tersebut berlaku pada hujung minggu serta mendapi terdapat

Page 14: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

peningkatan amalan apabila menjangkau minggu kelima kajian dijalankan (Jadual 4.5). Pengkaji telah menjelaskan…Ini menunjukkan bahawa kaedah atau pendekatan yang diberikan pengkaji sedikit sebanyak memberi kesan ke atas diri responden dalam melaksanakan kewajipan solat (m.s 65).

Kesan peningkatan pelaksanaan solat fardhu Responden 3 (Jadual 4.6) pula dicatatkan oleh pengkaji seperti berikut ….Bukan sahaja responden berasa teruja akan perubahan yang terjadi pada dirinya tetapi pengkaji turut berasa berpuas hati kerana dapat membantu mereka dalam memperbaiki lagi kehidupan sebagai seorang muslim (m.s 67). Responden 4 pula menurut pengkaji …tidak mempunyai masalah yang begitu besar dalam melaksanakan kewajipan tersebut tetapi masih perlu dibimbing sehingga kelima-lima solat fardhu dapat dikerjakan dengan sempurna sehari semalam…..Pengkaji tidak putus-putus memberi nasihat dan bimbingan kepada semua responden … Berdasarkan peningkatan amalan Responden 4 (Jadual 4.7),… Pengkaji  percaya jika usaha dan pendekatan  ini  dilakukan secara berterusan, Responden 4 dapat dibimbing sehingga solatnya sempurna lima waktu sehari semalam(m.s 69).

Menurut pengkaji walaupun Responden 5 menunjukkan peningkatan dalam mengerjakan solat fardhu (Jadual 4.8) namun beliau berpandangan …agak sukar untuk dibentuk kerana bapanya sendiri tidak dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan baik sedangkan ia adalah contoh kepada anak-anak (m.s 71).

Walaupun pengkaji telah mengemukakan jadual-jadual perbandingan peningkatan pelaksanaan solat fardhu responden (Jadual 4.4 hingga 4.8) namun nilai-nilai ini tidak dibincangkan secara terperinci dalam Bab 5 serta tidak dikaitkan dengan data-data sokongan yang lain seperti pemerhatian, refleksi atau penulisan jurnal beliau. Saya merumuskan pengkaji masih keliru atau tidak pasti dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin difokuskan. Oleh itu beliau tidak mengumpul maklumat, bukti dan data mengenai sejauh manakah amalan dalam pengajaran dan pembelajarannya konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan.

Pada pandangan saya, pengkaji seharusnya memungut data melalui temubual dengan responden berkaitan dengan perasaan mereka apabila sering diingatkan tentang kewajipan menunaikan solat. Pengkaji juga boleh menemubual ibubapa bagi menentukan kekerapan responden mengerjakan solat di rumah. Temubual juga boleh berkaitan sikap responden sama ada solat tanpa disuruh atau sebaliknya bagi mengukuhkan amalan pengakaji. Pengkaji juga boleh meminta rakan atau guru lain mencatatkan kekerapan beliau memberi dorongan atau pengukuhan dalam satu sesi pengajaran. Semua dapatan ini boleh dikaitkan dengan Jadual peningkatan solat fardhu setiap responden.

Triangulasi juga boleh dilakukan jika pengkaji membuat pemerhatian secara konsisten terhadap lima responden. Pemerhatian boleh dilakukan untuk melihat sikap dan tingkah laku responden. Pengkaji boleh menyediakan senarai semak terhadap sikap responden seperti memberi perhatian , mengangguk-angguk kepala, bertanya soalan, tidak menghiraukan, membuat kerja lain atau bermain-main setiap kali tazkirah diberikan. Pengkaji juga seharusnya menulis refleksi mahupun jurnal untuk menggambarkan perasaan terhadap peristiwa yang berlaku setiap kali tazkirah disampaikan.Penulisan refleksi dan jurnal ini dapat dikaitkan dengan perubahan sikap atau amalan mahupun pandangan responden melalui temubual.

Tinjauan saya terhadap subtajuk Kekuatan dan Kelebihan Pendekatan Tazkirah dalam Bab 5 pula mendapati, pengkaji juga tidak mengaitkan secara langsung tentang nilai tanggungjawab yang dilaksanakan dengan amalan kaedah tazkirah yang telah dijalankan. Beliau juga tidak mengaitkan kepentingan nilai istiqamah dalam memberi dorongan kepada murid untuk melakukan solat. Peneguhan positif juga tidak dikaitkan dalam amalan beliau semasa menjalankan kaedah ini. Walaupun pengkaji telah melaporkan di dalam Bab 4 dan 5 sebelum ini berkaitan perkara-perkara tersebut, saya dapati pengkaji tidak dapat membuat rumusan tentang perkaitan antara rasa tanggungjawab dengan nilai istiqamah dan kepentingan dorongan dan perhatian dalam usaha meningkatkan amalan solat fardhu di kalangan responden. Oleh itu saya berpandangan bahawa penulis belum lagi dapat mengenalpasti dan menerangkan kewujudan ketidakkonsistenan antara amalan dalam pengajaran dan pembelajarannya dengan nilai-nilai pendidikan yang diaspirasikan.

Rumusan Keseluruhan

Pada hemat saya, pengkaji telah pun berusaha membuat satu kajian tindakan yang dapat mengenal pasti masalah serta menilai keputusan tindakan beliau. Ini jelas apabila pengkaji dapat mengemukakan jadual peningkatan pelaksanaan solat fadhu kelima-lima responden beliau. Ini juga bertepatan dengan pandangan Stephen Corey (1953) yang menyatakan ‘kajian tindakan merupakan proses dimana   para   guru   /   pengamal   cuba   mempelajari   masalah   mereka   secara   saintifik   dengan   tujuan   untuk   memandu,   membimbing, memperbaiki dan menilai keputusan dan tindakan mereka.’ Walau bagaimanapun saya merasakan pengkaji belum lagi benar-benar dapat menghayati konsep kajian tindakan itu sendiri. Penggunaan perkataan guru oleh pengkaji tidak merujuk kepada diri beliau sendiri sebaliknya lebih bersifat umum. Beliau belum lagi dapat membawa diri sendiri sepenuhnya sebagai sebahagian daripada pelaksana kajian tersebut sebagaimana yang dimaksudkan oleh Corey.

Pengkaji juga telah mengemukakan banyak sekali nilai-nilai pendidikan di dalam kajian beliau. Namun begitu tidak ada penjelasan tentang nilai-nilai yang ingin direalisasikan di dalam amalannya. Beliau juga tidak melaporkan sejauh mana amalan dalam pengajaran dan pembelajarannya konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan. Oleh itu, pada pandangan saya, walaupun pengkaji mempunyai pegangan yang jelas tentang nilai-nilai pendidikan, beliau belum dapat mengenal pasti kaitan kepentingan nilai-nilai tersebut dengan kejayaan amalan yang dilaksanakan. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Elliot dan Adelman (1976) bahawa ‘kajian tindakan adalah suatu pendekatan yang merupakan usaha untuk meningkatkan mutu profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah dengan tujuan untuk memperbaiki kualiti amalan guru.

Page 15: Tidak Jelas Tentang Kajian Tindakan

Akhirnya saya mengucapkan syabas kepada pengkaji kerana berjaya melakukan satu inovasi di dalam usaha melakukan perubahan dalam pendidikan (Lomax 1994). Dengan perkataan lain, kajian tindakan beliau merupakan satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan beliau sebagai pengkaji dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan sendiri. Setelah melakukan penyelidikan ini, saya harap pengkaji akan melakukan inovasi dan perubahan dalam amalan beliau melalui refleksi dan inkuiri .