terma & syarat a new me 1. new me campaig… · berkelayakan masing-masing daripada bank...

16
Mukasurat 1 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1 Terma & Syarat Kempen “A New Me” 1. Definisi 1.1 A New Me Campaign (“Kempen”) dianjurkan oleh AmBank (M) Berhad dan AmIslamic Bank Berhad (kedua-duanya akan dirujuk secara kolektif sebagai “pihak Bank” kemudiannya). Untuk tujuan Terma dan Syarat ini, kata-kata dan ungkapan- ungkapan berikut akan membawa maksud yang telah ditentukan baginya kecuali apabila konteks yang sebaliknya diperlukan:- AmBank” bermaksud AmBank (M) Berhad (No. Syarikat: 8515-D), sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar di Aras 22, Bangunan AmBank Group, No. 55 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. AmIslamic Bank” bermaksud AmIslamic Bank Berhad (No. Syarikat: 295576-U), sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965, yang mempunyai alamat berdaftar di Aras 22, Bangunan AmBank Group, No.55 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Kumpulan AmBank” membawa maksud kesemua perbadanan yang berkaitan dan perbadanan-perbadanan bersekutu dengan Bank sama ada diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia, yang kini wujud atau yang bakal wujud pada masa hadapan dan rujukan kepada ‘Kumpulan AmBank’ di dalam Terma dan Syarat di sini, akan merangkumi kesemua atau mana-mana entiti di dalam Kumpulan AmBank. “Pelanggan AmSignature Priority Banking” bermaksud individu yang mengekalkan baki minima di dalam akaun yang aktif sepanjang masa berkaitan dengan setiap kategori Produk yang Layak seperti berikut: a) jumlah wang deposit terkumpul minima sebanyak RM200,000 yang dikekalkan di bawah akaun atau akaun bersama yang mana pemegang akaun adalah pemegang akaun pertama di dalam salah satu atau lebih bagi mana- mana Akaun /Akaun-Akaun Deposit dengan pihak Bank, ATAU b) jumlah pelaburan / deposit terkumpul minima sebanyak RM200,000 yang akan didepositkan ke dalam mana-mana pelaburan dan akaun deposit Bank atau dibuat dengan pihak Bank di bawah akaun atau akaun bersama yang mana pemegang akaun adalah pemegang akaun pertama. “AmMoneyLine” bermaksud kemudahan pembiayaan peribadi dengan jangka tidak bercagar dan di dalam mana-mana keadaan adalah tertakluk kepada budi bicara mutlak pihak Bank dan yang mungkin dipinda oleh pihak Bank dari semasa ke semasa dengan memberi notis terlebih dahulu.

Upload: others

Post on 02-Nov-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Mukasurat 1 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

Terma & Syarat

Kempen “A New Me”

1. Definisi 1.1 A New Me Campaign (“Kempen”) dianjurkan oleh AmBank (M) Berhad dan

AmIslamic Bank Berhad (kedua-duanya akan dirujuk secara kolektif sebagai “pihak Bank” kemudiannya). Untuk tujuan Terma dan Syarat ini, kata-kata dan ungkapan-ungkapan berikut akan membawa maksud yang telah ditentukan baginya kecuali apabila konteks yang sebaliknya diperlukan:-

“AmBank” bermaksud AmBank (M) Berhad (No. Syarikat: 8515-D), sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar di Aras 22, Bangunan AmBank Group, No. 55 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.

“AmIslamic Bank” bermaksud AmIslamic Bank Berhad (No. Syarikat: 295576-U), sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965, yang mempunyai alamat berdaftar di Aras 22, Bangunan AmBank Group, No.55 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.

“Kumpulan AmBank” membawa maksud kesemua perbadanan yang berkaitan dan perbadanan-perbadanan bersekutu dengan Bank sama ada diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia, yang kini wujud atau yang bakal wujud pada masa hadapan dan rujukan kepada ‘Kumpulan AmBank’ di dalam Terma dan Syarat di sini, akan merangkumi kesemua atau mana-mana entiti di dalam Kumpulan AmBank.

“Pelanggan AmSignature Priority Banking” bermaksud individu yang mengekalkan

baki minima di dalam akaun yang aktif sepanjang masa berkaitan dengan setiap

kategori Produk yang Layak seperti berikut:

a) jumlah wang deposit terkumpul minima sebanyak RM200,000 yang

dikekalkan di bawah akaun atau akaun bersama yang mana pemegang akaun

adalah pemegang akaun pertama di dalam salah satu atau lebih bagi mana-

mana Akaun /Akaun-Akaun Deposit dengan pihak Bank, ATAU

b) jumlah pelaburan / deposit terkumpul minima sebanyak RM200,000 yang

akan didepositkan ke dalam mana-mana pelaburan dan akaun deposit Bank

atau dibuat dengan pihak Bank di bawah akaun atau akaun bersama yang

mana pemegang akaun adalah pemegang akaun pertama.

“AmMoneyLine” bermaksud kemudahan pembiayaan peribadi dengan jangka tidak

bercagar dan di dalam mana-mana keadaan adalah tertakluk kepada budi bicara

mutlak pihak Bank dan yang mungkin dipinda oleh pihak Bank dari semasa ke

semasa dengan memberi notis terlebih dahulu.

Mukasurat 2 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

“Pembiayaan Kenderaan” bermaksud pembiayaan kenderaan oleh pihak Bank yang

diberikan untuk tujuan pembiayaan bagi pemerolehan kenderaan.

“Kad Kredit” bermaksud mana-mana bentuk kad yang dikeluarkan oleh pihak Bank di mana barisan kredit adalah diberikan oleh pihak Bank. Ini juga termasuk kad kredit yang telah dikeluarkan oleh MBfCards (M’sia) Sdn Bhd. “Akaun Deposit” bermaksud mana-mana bentuk akaun deposit (akaun simpanan, akaun semasa atau simpanan tetap/berjangka) yang dibuka dan dikekalkan dengan pihak Bank.

“Peserta Yang Layak” bermaksud Pelanggan Baru dan/atau Pelanggan Sedia Ada yang menjadi pemegang akaun pertama / utama yang: (a) membuka atau mengekalkan Akaun Deposit semasa Tempoh Kempen; atau (b) mempunyai Kad Kredit yang diluluskan daripada pihak Bank semasa Tempoh

Kempen; atau (c) telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 dengan penggunaan kad

kredit Bank semasa Tempoh Kempen; atau (d) telah mendapat kelulusan Pembiayaan Hartanah daripada pihak Bank yang

telah diterima semasa Tempoh Kempen; atau (e) telah mendapat kelulusan Pembiayaan Kenderaan dan dibayar oleh pihak

Bank semasa Tempoh Kempen; (f) telah mendapat kelulusan AmMoneyline dan dibayar oleh pihak Bank semasa

Tempoh Kempen; (g) telah mendaftar untuk Produk DanaHarta semasa Tempoh Kempen.

“Produk Yang Layak” bermaksud Akaun Deposit, AmMoneyLine, Pembiayaan Kenderaan, Pembiayaan Hartanah, Kad Kredit dan Produk DanaHarta dengan pihak Bank. “Pelanggan Sedia Ada” bermaksud individu atau bukan-individu yang memiliki mana-mana satu daripada Produk Yang Layak sebelum bermulanya Tempoh Kempen di mana akaun status masih aktif digunakan.

“Pelanggan Baru” bermaksud individu atau bukan individu yang tidak memiliki mana-mana Produk Yang Layak sebelum bermulanya Tempoh Kempen.

“Pembiayaan Hartanah” bermaksud pinjaman kewangan yang diberikan oleh pihak

Bank untuk tujuan pinjaman kewangan bagi pemerolehan hartanah atau

pembiayaan semula hartanah yang telah dicagarkan oleh hartanah tersebut.

“Perserta yang DisenaraiPendek” bermaksud Peserta-Peserta yang Layak yang telah disenaraipendek berdasarkan Klausa 5.1. “Kempen” bermaksud “Kempen A New Me” yang dianjurkan oleh pihak Bank selaras dengan Terma dan Syarat seperti yang terkandung di sini.

Mukasurat 3 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

“Produk DanaHarta” bermaksud mana-mana bentuk produk harta (pelaburan atau insurans / produk takaful) yang dikekalkan dengan pihak Bank.

1.2 Kata-kata yang merujuk kepada orang adalah termasuk mereka yang masih hidup

dan, jika perlu dan di mana yang bersesuaian, pertubuhan atau ahli-ahli yang menjadi anggota atau bukan anggota pertubuhan. Kata-kata yang membawa maksud tunggal juga merangkumi maksud jamak dan sebaliknya. Kata-kata yang merujuk kepada jantina maskulin juga merangkumi jantina feminin serta neuter.

1.3 Terma “perbadanan bersekutu” akan membawa maksud seperti di dalam Seksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, mengikut mana yang berkenaan. Terma “perbadanan berkaitan” membawa maksud yang sama seperti yang telah ditentukan di dalam Seksyen 6 Akta Syarikat 1965.

2 Tempoh Kempen

2.1 Kempen akan bermula dari tarikh 1 Januari 2014 hingga 31 Mei 2014 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) (“Tempoh Kempen”), atau mana-mana tempoh lain yang mungkin ditentukan atas budi bicara mutlak pihak Bank.

3 Kelayakan 3.1 Hanya pelanggan individu sahaja yang layak untuk mengambil bahagian dalam

Kempen ini kecuali mereka yang berikut: (a) Kakitangan tetap dan/atau kontrak Kumpulan AmBank (termasuk anak-

anak syarikatnya dan syarikat-syarikat yang berkaitan) dan anggota keluarga terdekat mereka (suami/isteri, anak-anak serta ibu bapa); dan/ atau

(b) Wakil, penjual dan/atau agen-agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) Kumpulan AmBank (termasuk anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat yang berkaitan) dan anggota keluarga terdekat mereka (suami/isteri, anak-anak serta ibu bapa); dan/atau

(c) Individu-individu di bawah umur lapan belas (18) tahun (kecuali jika Produk yang Layak adalah dipegang sebagai amanah)

3.2 Berkaitan dengan Akaun Deposit dan Produk DanaHarta, pihak-pihak berikut juga berkelayakan:

(a) Pemilik Tunggal Syarikat / Rakan Kongsi; dan/atau (b) PKS (Perusahaan Kecil Sederhana dengan pulangan kurang daripada

RM10 juta); dan/atau

(c) Organisasi Tanpa Faedah / Badan Kebajikan / Pertubuhan

Mukasurat 4 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

3.3 Berkaitan dengan Produk Yang Layak yang dipegang di bawah akaun bersama, hanya

nama pemegang pertama akaun bersama, iaitu pemegang akaun utama sahaja yang layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini. Untuk tujuan Kempen, kesemua pemegang akaun bersama akan dianggap sebagai seorang pemegang akaun.

3.4 Pelanggan bukan-individu seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 3.2 di atas juga layak untuk menyertai Kempen ini tetapi seorang sahaja daripada penandatangan yang diberi kuasa akan dianggap sebagai Peserta yang Layak.

3.5 Berkaitan dengan banka insuran / bankatakaful, hanya pemilik polisi/pemegang sijil sahaja yang layak untuk menyertai Kempen ini.

3.6 Bagi Produk Yang Layak yang dipegang sebagai akaun pemegang amanah, Peserta yang Layak adalah ibu bapa / penjaga yang sah bagi waris (mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas).

3.7 Bagi tujuan Kempen ini, Penjamin tidak akan dianggap sebagai Peserta yang Layak.

4 Hadiah Kempen 4.1 Hadiah yang akan diberikan bagi Kempen ini adalah seperti berikut:

(a) Hadiah Tunai RM150

Dua (2) pemenang setiap bulan bagi setiap cawangan

(b) Hadiah Utama dan Hadiah Bulanan bagi setiap Kategori Produk yang Layak:

Kategori

Produk yang Layak

Hadiah Utama Hadiah Bulanan

Akaun Deposit

Seorang (1) pemenang x

RM50,000 Ganjaran Tunai

(dengan satu sesi khidmat

nasihat bersama

perunding kewangan)

Tiga puluh (30)

pemenang x

RM300 Wang Tunai

setiap seorang

Kad Kredit/AmMoneyLine/ AmMoneyLine Facility-i

Seorang (1) pemenang x

perbelanjaan membeli-

belah bernilai RM50,000

(dengan satu sesi khidmat

nasihat bersama

perunding imej)

Tiga puluh (30)

pemenang x

RM300 Wang Tunai

setiap seorang

Pembiayaan Seorang (1) pemenang x Tiga puluh (30)

Mukasurat 5 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

Kenderaan

RM50,000 nilai bagi

pengalaman memandu

yang baru (dengan satu

sesi kursus kemahiran

memandu oleh pelatih

yang sah).

pemenang x

RM300 Wang Tunai

setiap seorang

Pembiayaan Hartanah

Seorang (1) pemenang x

Pengubahsuaian Rumah

bernilai RM50,000

(dengan satu sesi

khidmat nasihat bersama

pereka dalaman oleh

perunding)

Tiga puluh (30)

pemenang x

RM300 Wang Tunai

setiap seorang

DanaHarta (Pelaburan, Bankainsurans, Bankatakaful)

Seorang (1) pemenang x

RM50,000 nilai produk

pelaburan daripada Dana

AmInvestment (dengan

satu sesi khidmat nasihat

bersama perunding

kewangan)

Tiga puluh (30) pemenang x RM300 Wang Tunai setiap seorang

4.2 Hadiah-Hadiah Utama boleh ditukar ganti dengan hadiah wang tunai yang sama

nilainya.

4.3 Bilangan maksima hadiah yang boleh dimenangi oleh Peserta yang Layak di bawah Kempen ini sepanjang Tempoh Kempen adalah:

• Satu (1) RM150 Hadiah Tunai; • Satu (1) RM300 Hadiah Bulanan bagi setiap kategori Produk yang Layak; • Satu (1) RM50,000 Hadiah Utama bagi setiap kategori Produk yang Layak.

5 Kelayakan Kemasukan Untuk Kempen

5.1 Jadual berikut menunjukkan kriteria yang perlu dipenuhi oleh Peserta yang Layak

yang merupakan Pelanggan-Pelanggan Baru bagi membolehkan mereka mendapat penyertaan secara automatik untuk memenangi mana-mana Hadiah Kempen. Pelanggan Sedia Ada berhak mendapat dua kali ganda bilangan penyertaan daripada yang diperolehi oleh Pelanggan-Pelanggan Baru seperti mana yang tertera dalam jadual di bawah. Pelanggan Baru serta Pelanggan Sedia Ada AmSignature Priority Banking berhak mendapat sejumlah tiga kali ganda bilangan penyertaan daripada yang diperolehi oleh Pelanggan-pelanggan Baru seperti mana yang tertera dalam jadual di bawah ini. Produk yang Layak seperti yang tertera dalam jadual di bawah juga adalah merangkumi Produk yang Layak bagi AmIslamic Bank.

Mukasurat 6 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

PRODUK YANG LAYAK KELAYAKAN

(a) Akaun Deposit Akaun Individu Akaun Bukan-Individu

Akaun Simpanan Setiap RM1,000 daripada deposit tambahan = 10 penyertaan

Setiap RM10,000 daripada deposit tambahan = 10 penyertaan Akaun Semasa

Deposit Tetap / Deposit Bertempoh

Setiap kemasukan RM10,000

= 5 penyertaan

Setiap kemasukan RM100,000

= 5 penyertaan

Kad Kredit

Semua Kad Kredit

1. Setiap Kad Kredit Baru-kepada-Bank yang Diluluskan = 10 penyertaan

2. Setiap RM1,000 Pindahan Baki atau “Quick Cash” yang telah diluluskan = 5 penyertaan

3. Setiap perbelanjaan RM50 dengan Kad Kredit = 1 penyertaan (Tempatan)

= 2 penyertaan (Luar Negara) 4. Setiap RM1,000 Pelan Pembayaran Mudah 0% = 10

penyertaan

(c) Pembiayaan Peribadi

Kemudahan AmMoneyLine/ AmMoneyLine Facility-i

Setiap pembayaran RM5,000 = 5 penyertaan

(d) Pembiayaan Kenderaan

Pembiayaan Baru/ Semula

Selepas pembayaran dilakukan melalui permohonan biasa= 10

penyertaan

Setiap permohonan dalam talian yang diluluskan & selepas pembayaran = 30 penyertaan

(e) Pembiayaan Hartanah

Kediaman atau Komersial/ Pembiayaan Semula

Selepas kelulusan dan telah menandatangani surat tawaran Bank = 10 penyertaan

(f) DanaHarta

Pelaburan

Dana Ekuiti / Pendapatan Tetap (dengan caj jualan pendahuluan)

Setiap pelaburan RM10,000 = 5 penyertaan

Skim Persaraan Swasta Setiap pendaftaran = 5 penyertaan

Bankainsurans/ Bankatakaful

Mukasurat 7 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

Premium/ Sumbangan Tunggal Setiap RM10,000 = 5 penyertaan

Premium/ Sumbangan Berkala Setiap pendaftaran = 5 penyertaan

Insurans Am

5.2 Akaun Deposit

(i) Deposit Tambahan didefinisikan sebagai wang deposit tambahan yang

diperlukan selain baki kredit sedia ada di dalam Akaun Deposit Peserta yang Layak sepanjang Tempoh Kempen, iaitu baki pada tarikh penutupan pada 31 Mei 2014 tolak baki dalam akaun deposit pada 31 Disember 2013 bagi Hadiah Utama. Bagi Hadiah Bulanan, peningkatan tambahan akan dikira berdasarkan baki terakhir pada bulan tertentu tolak baki di dalam akaun deposit pada tahun 2013. Bagi akaun-akaun baru yang dibuka semasa Tempoh Kempen, kadar yang diguna untuk mengira Deposit Tambahan adalah Sifar (RM0). Peserta-Peserta yang Layak perlu mengekalkan baki tambahan di dalam akaun tersebut sehingga tarikh dan termasuk hari penyampaian Hadiah.

(ii) Penempatan deposit harus dibuat dengan “Dana Baru”. Terma ‘dana baru’ bermaksud wang atau dana yang dipindah dengan apa jua cara sekali pun, dikreditkan atau dibayar masuk ke dalam akaun (akaun-akaun) Peserta Berkelayakan masing-masing daripada bank (bank-bank) lain dan/atau institusi (institusi-institusi) kewangan melalui apa cara pun, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pemindahan dan pengutipan Interbank GIRO dan pembayaran cek yang dikeluarkan oleh bank (bank-bank) lain yang tertentu dan yang mana wang atau dana tersebut yang dibayar masuk atau dikreditkan ke dalam akaun Peserta yang Layak digunakan oleh Peserta yang Layak itu untuk mendepositkan dana atau pelaburan baru adalah mengikut terma dan syarat yang tertera dalam dokumen ini dalam tempoh tujuh (7) hari mengikut kalendar setelah wang atau dana tersebut dibayar masuk atau dikreditkan ke dalam akaun Peserta yang Layak itu.

(iii) Tertakluk kepada klausa 5.2(ii) di atas, pertambahan wang deposit yang dibuat melalui cek adalah tertakluk kepada penjelasan cek tersebut dan akan hanya diambil kira sebagai penempatan deposit oleh Peserta-Peserta yang Layak setelah cek-cek itu dibayar atau dijelaskan dan akan hanya diambilkira sah jika cek itu tidak dipulangkan kerana tidak laku.

(iv) Untuk layak menyertai Kempen ini, akaun itu perlulah aktif dan bukan di dalam status tidak digunakan (dormant) seperti mana yang ditentukan oleh pihak Bank mengikut budi bicara mutlak pihak Bank selepas memberi notis sewajarnya kepada pelanggan. Status aktif membawa maksud perlu ada sekurang-kurangnya satu (1) transaksi terbitan pelanggan (contohnya, transaksi

Mukasurat 8 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

Melalui-Kaunter, Arahan Tetap (SI) dan transaksi melalui mesin layan-diri) yang dilakukan oleh pemegang akaun. Jika gagal, Peserta yang Layak itu akan diisytiharkan sebagai tidak layak.

(v) Seandainya Peserta yang Layak itu mengeluarkan wang atau menutup akaun sewaktu dalam Tempoh Kempen ini atas apa-apa alasan sekali pun, Peserta yang Layak itu akan tetap menjadi tidak layak secara automatik.

(vi) Bagi mengelakkan keraguan, Bank mungkin akan menamatkan tawaran bagi

sebarang Akaun Deposit dan/atau menukarkan Akaun Deposit sedia ada yang

terbabit untuk apa-apa sebab sekalipun, termasuk tetapi tidak terhad bagi

memastikan pematuhan terhadap sebarang undang-undang dan peraturan

yang berkenaan.

5.3 Kredit Kad

(i) Pemegang Kad Baru-Kepada-Bank didefinisikan sebagai pemegang kad baru

yang tidak memiliki mana-mana kad kredit (“kad”) AmBank/AmIslamic Bank yang sedia ada atau yang telah membatalkan kad lebih daripada enam (6) bulan sebelum tarikh Kempen bermula, iaitu 1 January 2014.

(ii) Kad Kredit yang tidak diaktifkan, digantung, dibatalkan, dan/atau yang telah diberhentikan atas apa alasan sekali pun sewaktu Tempoh Kempen ini atau pada hari penyampaian Hadiah Kempen, akan menjadi tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

5.4 AmMoneyLine/ AmMoneyLine Facility-i

(i) Terbuka kepada pelanggan AmMoneyLine yang mempunyai pinjaman yang telah diluluskan dan dibayar semasa Tempoh Kempen, tertakluk kepada jumlah bayaran minima sebanyak RM5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja)

(ii) Sebarang pembatalan, penyelesaian pinjaman atau masalah akaun pinjaman semasa Tempoh Kempen atau pada hari penyampaian Hadiah Kempen, akan menjadi tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

5.5 Pembiayaan Kenderaan

(i) Sebarang penyelesaian awal pembiayaan atau kegagalan membayar pinjaman lebih daripada dua (2) bulan semasa Tempoh Kempen atau pada hari penyampaian Hadiah Kempen, akan menyebabkan peserta menjadi tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

Mukasurat 9 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

5.6 Pembiayaan Hartanah

(i) Peserta yang Layak sedia ada yang mempunyai pinjaman tambahan (jumlah

pinjaman tambahan yang baru di samping jumlah pinjaman yang masih ada

dan kolateral) yang telah diluluskan dan diterima semasa Tempoh Kempen

juga layak untuk menyertai Kempen ini.

(ii) Sebelum hari penyampaian hadiah, seandainya Peserta yang Layak bagi

Pembiayaan Hartanah telah dipilih sebagai pemenang, dokumen-dokumen

pinjaman adalah wajib disempurnakan dengan sepatutnya oleh kedua-dua

pihak, iaitu Peserta yang Layak dan pihak Kuasa Wakil (Power of Attorney)

yang dilantik oleh pihak Bank dan wajib dimeterai dengan sepatutnya.

Seandainya dokumen-dokumen pinjaman tidak disempurnakan, maka

penyertaan peserta akan terbatal secara automatik.

(iii) Sekiranya pinjaman itu dibatalkan atas sebab-sebab tertentu semasa Tempoh

Kempen, maka penyertaan Peserta yang Layak itu akan menjadi terbatal

secara automatik.

(iv) Sebarang kegagalan terhadap akaun pinjaman lebih daripada dua (2) bulan

semasa Tempoh Kempen atau pada bila-bila masa sebelum hari penyampaian

Hadiah Kempen, atau pada hari penyampaian Hadiah Kempen, akan menjadi

tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

5.7 DanaHarta: Akaun Pelaburan/Bankasurans/Bankatakaful (i) Pelaburan: Dana Ekuiti & Pendapatan Tetap

Terbuka kepada semua pelaburan baru & tambahan (iaitu top-up) dengan caj jualan pendahuluan. Perbuatan menukar transaksi adalah tidak layak untuk dipertimbangkan.

Sebarang pembatalan pada waktu pertikaian perusahaan (cooling-off period) tidak akan dipertimbangkan bagi Kempen ini.

Bagi kes-kes Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hanya wang KWSP yang dikeluarkan semasa Tempoh Kempen akan layak menyertai Kempen ini.

(ii) Pelaburan: Skim Persaraan Swasta (PRS) Hanya terbuka kepada pendaftaran baru sahaja. Sebarang pembatalan pada waktu pertikaian perusahaan (cooling-off

period) tidak akan dipertimbangkan bagi Kempen ini.

Mukasurat 10 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

(iii) Bancassurance & Bancatakaful Terbuka kepada semua cadangan baru yang menandatangani polisi

semasa Tempoh Kempen. Semua polisi/sijil harus dikeluarkan tidak lewat daripada tempoh empat

belas (14) hari bekerja dari tarikh terakhir Tempoh Kempen. Sebarang pembatalan pada waktu pertikaian perusahaan (cooling-off

period) tidak akan dipertimbangkan bagi Kempen ini.

6. Mekanisme Pemilihan Pemenang 6.1 Mekanisme pemilihan bagi tiap kategori Pemenang adalah seperti berikut:

(a) Pemenang RM150 Hadiah Tunai & Hadiah Bulanan

(i) RM150 Hadiah Tunai: Peserta yang Layak yang memenuhi syarat di dalam Klausa 5 di atas akan dipilih secara rawak melalui sistem automatik mengikut Cawangan Rumah mereka masing-masing dan Bulan Kempen dan akan diberi bilangan peryertaan yang berkaitan.

(ii) RM300 Hadiah Bulanan: Peserta yang Layak yang memenuhi syarat di dalam Klausa 5 di atas akan dipilih secara rawak melalui sistem automatik berdasarkan Kategori Produk yang Layak dan Bulan Kempen dan akan diberi bilangan peryertaan yang berkaitan.

(iii) Peserta yang Layak akan digabung dan dikesan mengikut setiap Bulan

Kempen seperti di bawah ini:

Bulan Kempen Tarikh

Bulan 1 1 Januari - 31 Januari 2014

Bulan 2 1 Februari – 28 Februari 2014

Bulan 3 1 Mac – 31 Mac 2014

Bulan 4 1 April – 30 April 2014

Bulan 5 1 Mei – 31 Mei 2014

(b) Pemenang Hadiah Utama

Hanya para Peserta yang Layak yang memenuhi syarat di dalam Klausa 5 di atas sahaja layak memenangi Hadiah Utama. Pada akhir Tempoh Kempen, jumlah bilangan Peserta yang Layak daripada tempoh keseluruhan lima (5) bulan akan disenaraikan dan dipilih secara rawak untuk menentukan Pemenang Hadiah Utama bagi setiap Kategori Produk yang Layak. Setiap Kategori Produk yang Layak akan terdiri daripada satu (1) Hadiah Utama dengan bilangan jumlah lima (5) Pemenang Hadiah Utama daripada lima (5) Kategori Produk.

Mukasurat 11 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

6.2 Pihak Bank akan menggunakan kaedah “pemilihan secara rawak” yang ditentukan oleh sistem untuk memilih para pemenang daripada kalangan para Peserta yang Layak dan, pihak Bank akan mempunyai hak dan pertimbangan yang muktamad untuk mengubah / menyemak semula / meminda kriteria pemilihan / mekanisme / proses yang difikirkan sesuai dan perlu pada bila-bila masa dengan memberi notis (21) dua puluh satu hari bekerja terlebih dahulu bagi tujuan tersebut.

6.3 Pemilihan pemenang RM150 Hadiah Tunai, RM300 Hadiah Bulanan dan Hadiah Utama akan dikendalikan dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh akhir Tempoh Kempen atau pada bila-bila masa yang dianggap sesuai oleh pihak Bank untuk menyenaraipendekkan pemenang dengan memberi notis terlebih dahulu.

6.4 Peserta yang DisenaraiPendek itu akan dihubungi melalui telefon pada bila-bila

masa pada waktu pejabat (9.00 pagi - 6.00 petang) dari hari Isnin hingga Jumaat dan sebaik sahaja mereka berjaya dihubungi, Peserta yang Di senarai Pendek itu akan dikehendaki menjawab dua (2) soalan dengan tepat. Panggilan telefon yang dibuat kepada Peserta yang Disenarai Pendek itu adalah berdasarkan kepada nombor telefon terkini yang dikemukakan kepada pihak Bank dan ada tercatat di dalam rekod Bank. Peserta yang Layak bertanggungjawab untuk memastikan bahawa alamat dan nombor telefon yang diberi kepada pihak Bank adalah terkini, dan ia dikemaskinikan dengan pihak Bank.

6.5 Jika percubaan pertama untuk menghubungi Peserta yang Disenarai Pendek itu

gagal (iaitu tiada jawapan, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tidak dapat dihubungi, dll.), suatu percubaan lagi akan dibuat. Jika percubaan-percubaan seterusnya masih gagal, maka pihak Bank akan membuat pertimbangan yang muktamad untuk membatalkan Peserta yang Disenarai Pendek itu.

6.6 Pihak Bank tidak bertanggungjawab jika Peserta yang Disenarai Pendek itu tidak

dapat dihubungi atas apa alasan sekali pun. 6.7 Sekiranya Peserta yang diSenarai Pendek tersebut tidak dapat menjawab soalan

dengan betul, Peserta yang Disenarai Pendek seterusnya daripada senarai akan dipilih untuk menjawab soalan. Peserta yang Disenarai pendek tersebut yang menjawab soalan dengan betul akan dipilih sebagai pemenang.

6.8 Pihak Bank berhak untuk merakam perbualan-perbualan telefon ini dan

menggunanya bagi apa juga aktiviti promosi Bank dengan memberi notis terdahulu kepada Peserta yang Layak itu.

6.9 Pada waktu pemilihan sehinggalah hari penyampaian hadiah, tertakluk kepada

kepuasan pihak Bank, Produk yang Layak berkaitan dengan Peserta yang Layak

Mukasurat 12 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

itu HARUS kekal terbuka, aktif dan sah, kegagalan memenuhi syarat ini akan menyebabkan pihak Bank membatalkan penyertaan peserta tersebut berdasarkan budi bicara mutlak pihak Bank.

7. Penebusan Hadiah 7.1 Pihak Bank akan mengeluarkan Surat Pengesahan kepada pemenang dalam

tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh pengumuman nama pemenang atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai dan wajar oleh pihak Bank dengan memberi notis terdahulu.

7.2 Hadiah-hadiah akan diberi atas dasar “seperti adanya (as is)” dan para pemenang

bertanggungjawab untuk membuat sebarang persediaan yang sepatutnya untuk memungut hadiah-hadiah itu. Kesemua perbelanjaan sampingan (jika ada) berkaitan dengan perkara ini harus ditanggung oleh para pemenang sendiri.

7.3 Para pemenang hadiah Kempen mungkin dikehendaki untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam Upacara Penyampaian Hadiah dan/atau mana-mana acara promosi kelolaan pihak Bank pada bila-bila tarikh dan masa yang akan ditentukan oleh pihak Bank. Para pemenang akan diberitahu oleh pihak Bank melalui panggilan telefon atau cara perhubungan yang lain yang dianggap sesuai oleh pihak Bank tentang tarikh, waktu dan tempat Upacara Penyampaian Hadiah itu dan/atau mana-mana acara promosi yang akan dibuat oleh pihak Bank. Jika percubaan pertama untuk memanggil pemenang (pemenang-pemenang) itu gagal, maka usaha kedua akan dibuat. Jika percubaan kedua itu juga gagal, tiada percubaan lagi akan dibuat oleh pihak Bank untuk memberitahu pemenang (pemenang-pemenang). Jika pemenang itu gagal menghadiri Upacara Penyampaian Hadiah dan/atau mana-mana acara promosi, maka pihak Bank berhak untuk menarik balik Hadiah (Hadiah-Hadiah) dengan menggunakan satu-satunya pertimbangan mutlaknya dengan memberi notis terdahulu kepada pemenang-pemenang.

7.4 Kesemua pemenang dikehendaki untuk menyertai sesi perundingan peribadi dan

penampilan diri sepertimana dikemukan di bawah klause 4 (b) berkaitan dengan bentuk-bentuk produk ini dan membenarkan pihak Bank untuk merakamkan proses (sebagai contoh, dengan cara perfileman, makalah bertulis, makalah atas talian) untuk digunakan bagi apa jua cara promosi tanpa sebarang bayaran (contohnya; royalti, bayaran bagi bakat dan sebagainya). Jika pemenang itu tidak bersetuju, maka pihak Bank mempunyai hak untuk membatalkan Hadiah mengikut budi bicaranya yang muktamad dengan memberi notis terlebih dahulu kepada para pemenang.

7.5 Pemenang Hadiah dikehendaki menuntut hadiah mereka dalam tempoh sembilan puluh (90) hari mengikut kalendar dari tarikh Surat Pengesahan. Sebarang permohonan untuk lanjutan tarikh tidak dibenarkan dan hadiah-hadiah yang tidak dituntut oleh pemenang dalam jangka masa yang ditetapkan itu akan

Mukasurat 13 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

dibatalkan. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik kepada mana-mana pihak ketiga.

7.6 Bagi Hadiah Bulanan RM300 dan Hadiah Tunai RM150, ia akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Peserta yang menang di dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh tuntutan hadiah oleh pemenang. Peserta yang Layak namun tidak mempunyai Akaun Simpanan atau Akaun Semasa AmBank, hendaklah membuka salah satu dari Akaun tersebut di cawangan AmBank/AmIslamic yang berdekatan.

7.7 Hadiah Utama untuk Kategori Deposit, Pembiayaan Kenderaan dan Pembiayaan Hartanah akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Peserta yang menang dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh tuntutan hadiah oleh pemenang. Peserta yang Layak namun tidak mempunyai Akaun Simpanan atau Akaun Semasa AmBank, hendaklah membuka salah satu dari Akaun tersebut di cawangan AmBank/AmIslamic yang berdekatan.

7.8 Hadiah Utama untuk Kategori Kad Kredit / AmMoneyLine akan dikreditkan ke dalam Akaun Kad Kredit Peserta yang Layak yang menang dan ia akan secara automatik memotong baki yang belum dijelas dalam akaun (jika ada) sekiranya pemenang adalah Pemegang Kad; atau hadiah tersebut akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Peserta yang Layak yang menang sekiranya pemenang adalah pemegang akaun AmMoneyLine.

7.9 Untuk Hadiah Utama bagi Kategori DanaHarta, penebusan hadiah tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penyampaian Surat Pengesahan asal oleh para pemenang kepada kakitangan Kumpulan AmBank yang diberi kuasa.

7.10 Hadiah akan diberi atau dikeluarkan atas nama para pemenang dan ia tidak boleh dipindah milik.

7.11 Pemenang bertanggungjawab untuk menjelaskan sebarang cukai, perbelanjaan

sampingan yang tidak terbatas kepada mana-mana cukai berkenaan, bayaran tambahan bagi bahan api, dan semua perbelanjaan peribadi yang lain dan/atau sebarang bayaran lain berkaitan dengan mana-mana hadiah atau kos tambahan.

7.12 Pihak Bank tidak bertanggungjawab bagi sebarang cukai, perbelanjaan

sampingan, bayaran-bayaran perkhidmatan dan/atau apa-apa kerosakan yang bersabit dengan hadiah dan ketidaksempurnaan tindakan oleh mana-mana agen / pengedar berkenaan.

7.13 Pihak Bank tidak bertanggungjawab ataupun menerima sebarang bentuk

tanggung jawab dan bagaimana pun cara atau penderitaan yang dialami oleh para pemenang (termasuk kecuaian) berkaitan dengan kematian, kecederaan,

Mukasurat 14 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

sebarang kehilangan, kerosakan atau kemalangan yang timbul akibat penggunaan hadiah yang dimenangi itu.

7.14 Pihak Bank dengan jelasnya tidak mengambil kira dan tidak akan menerima

sebarang perwakilan, jaminan atau penandatanganan, secara jelas atau secara tidak langsung, bertulis atau secara lisan berkaitan dengan kualiti atau kesesuaian hadiah (hadiah-hadiah). Pihak Bank juga tidak akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian dengan pengeluar atau pengedar hadiah dan para pemenang sendiri dikehendaki berurusan secara langsung dengan pengeluar atau pembekal berkenaan bagi mendapatkan semua maklumat jaminan.

7.15 Pihak Bank mempunyai hak untuk membatalkan atau untuk mengambil kembali

hadiah-hadiah yang diberikan kepada pemenang jika pemenang berkenaan telah melakukan penipuan atau salah laku berkaitan dengan akaun mereka.

8. Umum

8.1 Tertakluk kepada persetujuan Peserta yang Layak, Pihak Bank berhak untuk

menggunakan, menyiarkan atau memaparkan di mana-mana bentuk yang difikirkannya perlu dan sesuai, butiran Peserta yang Layak (termasuk tetapi tidak terhad kepada) nama, gambar, nombor pengenalan dan bandar kediaman sekiranya Peserta Layak adalah Pemenang yang dipilih . Butir-butir yang Peserta yang Layak hendaklah digunakan hanya berhubung dengan dan untuk tujuan Kempen ini sahaja. Pemenang yang dipilih hendaklah mempunyai budi bicara untuk mengakses dan mengemaskinikan butiran peribadi mereka dengan memberitahu pihak Bank secara bertulis sepanjang Tempoh Kempen. Jika Pemenang yang dipilih gagal untuk memberikan persetujuan yang diperlukan, pihak Bank mempunyai hak untuk membatalkan Hadiah mengikut budi bicara mutlaknya dengan notis terlebih dahulu kepada pemenang yang dipilih.

8.2 Keputusan yang dibuat oleh pihak Bank terhadap semua perkara dan/atau

pertikaian berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, mengikat dan sebarang surat-menyurat selanjutnya tidak akan dilayan.

8.3 Kesemua transaksi yang direkodkan oleh pihak Bank adalah muktamad dan konklusif.

8.4 Pihak Bank mempunyai hak mutlak untuk membatalkan, memberhentikan atau menggantung Kempen ini pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan dengan memberi notis (21) dua puluh satu hari bekerja terdahulumelalui laman web rasmi Bank atau notis di cawangan-cawangannya.

8.5 Pihak Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengubah, meminda, memansuhkan atau menambahkan mana-mana Terma dan Syarat yang dinyatakan secara khususnya di dalam dokumen ini, secara keseluruhan atau

Mukasurat 15 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

mana-mana bahagian dari semasa ke semasa termasuk untuk mengubah tempoh Kempen yang dianggap perlu dan wajar dengan memberi notis (21) dua puluh satu hari bekerjaterlebih dahulu melalui laman web rasmi Bank atau notis di cawangan-cawangan Bank.

8.6 Pihak Bank mempunyai hak untuk mengubah, mengganti, menambah atau membatalkan mana-mana Hadiah Kempen pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang alasan dengan notis (21) dua puluh satu hari bekerja terlebih dahulu melalui laman web rasmi Bank atau notis di cawangan-cawangan Bank.

8.7 Pihak Bank mempunyai hak dan pertimbangan mutlak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang Layak yang didapati atau diputuskan sebagai mengganggu proses penyertaan dan/atau operasi Kempen, yang bertindak melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat yang terkandung di sini.

8.8 Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan lain dan/atau representasi yang terkandung di dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini.

8.9 Dengan menyertai Kempen ini, para Peserta yang Layak dan/atau mana-mana pihak yang berkaitan di sini bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat-Syarat.

8.10 Tidak dalam mana-mana keadaan sekali pun, pihak Bank akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan atau kerosakan, termasuk tanpa terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan, nama baik perniagaan, secara langsung atau tidak langsung, secara kebetulan, sebagai akibat atau kesan, amaran, sebagai hukuman atau kerosakan-kerosakan luar biasa yang ditanggung oleh pihak-pihak ketiga, walau cara bagaimana pun ia berlaku sama ada secara sentuhan, salah laku persendirian atau sivil, kecuaian atau dengan cara lain, berkaitan dengan penyertaan dalam Kempen ini, atau mana-mana Hadiah Kempen, atau tindakan pihak Bank melaksanakan hak-hak serta tuntutannya di bawah Terma dan Syarat ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehendak mengikut klausa 4, 5, 6, 7 dan 8. Sungguhpun pihak Bank telah dinasihati terlebih dahulu tentang kemungkinan berlakunya kerosakan-kerosakan tersebut, kesemua kerosakan itu telah dinyatakan dengan jelas sebagai dikecualikan.

8.11 Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan berkaitan dengan Kempen ini disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, pemogokan, halangan masuk oleh majikan, tindakan industri, kebakaran, banjir, musim kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau apa-apa kejadian di luar bidang kuasa kawalan yang sepatutnya oleh pihak Bank.

8.12 Kesemua Terma dan Syarat yang terkandung di sini adalah ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan perundangan Malaysia.

Mukasurat 16 | Terma dan Syarat Kempen A New Me (BM) V2.1

8.13 Jika berlaku sebarang percanggahan atau konflik dalam mentafsirkan Terma dan Syarat-Syarat ini, versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia tentang setiap satu Terma dan Syarat ini akan diperjelaskan sebagai sama atau setara dan setiap satu Terma dan Syarat yang ditentukan itu akan membawa makna yang sama.

8.14 Peserta yang Layak dikehendaki melayari laman korporat Bank di www.ambank.com.my dari semasa ke semasa untuk Terma dan Syarat Kempen yang terkini.

8.15 Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen ini, sila layari www.ambankgroup.com atau hubungi kami di talian 1300 80 8888.