terjemahan 2 (2)

6
AHMAD MURTADHA BIN ABD JALIL A141870 PPPJ 2443 TERJEMAHAN ARAB MELAYU ARAB 2

Upload: amatkamil91

Post on 28-Jul-2015

33 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: terjemahan 2 (2)

AHMAD MURTADHA BIN ABD JALILA141870

PPPJ 2443TERJEMAHAN ARAB MELAYU ARAB 2

Page 2: terjemahan 2 (2)

Proses Penterjemahan

Page 3: terjemahan 2 (2)
Page 4: terjemahan 2 (2)

Pertama,kita perlulah menganalisis teks. Proses ini hanya berlaku dalam fikiran penterjemah.

Proses ini melibatkan pencarian makna sama ada kotak memori ataupun menggunakan kamus. Makna yang dicari dalam kotak memori untuk makna-makna perkataan yang kita hafal dan ingat.

Manakala kamus hanya digunakan bagi mencari makna-makna perkataan yang baru dijumpai. Pencarian makna ini melibatkan perkataan,ayat dan seluruh wacana yang terdapat dalam teks.

Page 5: terjemahan 2 (2)

Kedua,proses pemindahan makna perkataan. Proses ini merupakan proses paling penting dalam penterjemahan yang mana proses ini perlu mencari padanan terjemah yang sesuai/sejadi/sepadan dengan teks yang diberikan. Proses pemindahan ini dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran dan ada kalanya berlakunya sedikit pemincangan makna dan konotasi.

Proses yang ketiga dalam penterjemahan ialah menstruktur ayat. Teks perlu distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran. Gaya bahasa dalam menstruktur ayat terjemahan hendaklah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan mudah. Struktur ayat yang hendak digunakan semestinya mudah dan ringkas termasuklah penggunaan tanda baca yang betul dan baik.

Proses yang seterusnya ialah proses memeriksa makna yang mana proses ini merupakan satu tugas yang sukar dan boleh dilakukan sendiri. Menurut Bathgate, penterjemah hendaklah bersemuka dengan pakar bidan g yang tertentu. Proses memeriksa ini hendak membaca teks dengan suara yang lantang secara bersemuka dengan orang yang lain. Proses ini bagi memeriksa ketepatan makna yang hendak disampaikan.

Kelima, proses menyemak ayat yang diterjemah. Pada peringkat ini,tugas pemeriksa dan penyemak kerap kali bertindan. Teks terjemahan dianggap sebagai sebuah teks yang berdiri sendiri. Untuk itu, proses memeriksa ini salah satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran.

Proses yang terakhir dalam penterjemahan ialah penyuntingan. Proses penyuntingan ini bukanlah sebahagian daripada proses terjemahan sebenarnya tetapi ia proses yang penting. Mengapa teks perlu disunting ? Ini kerana dalam penyuntingan kita boleh membuang bahan yang tidak diperlukan dan mewujudkan gaya yang seragam jika teks itu diterjemahkan oleh orang ramai.

Page 6: terjemahan 2 (2)

TAMAT