peperiksaan sijil tinggi persekolahan...

30
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat Penggal 2 Tahun 2018 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja. Manual ini terdiri daripada 30 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2018 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Upload: dominh

Post on 20-Apr-2018

251 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

TERHAD

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Pelaksanaan

Kerja Kursus Bahasa Melayu

Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

Penggal 2 Tahun 2018

PERINGATAN:

Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja.

Manual ini terdiri daripada 30 halaman bercetak.

© Majlis Peperiksaan Malaysia 2018

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

2

KANDUNGAN

Perkara Halaman

BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA

1 Pengenalan 3

2 Objektif 3

3 Pelaksanaan Kerja Kursus

3.1 Arahan Kerja Kursus

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.3 Tanggungjawab Guru Bahasa Melayu Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan

Kerajaan

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa

3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta

3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

3.5 Tanggungjawab Guru Bahasa Melayu Sekolah Swasta

3

3

4

5

5

6

BAHAGIAN II: CALON

3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta

3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu

3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus

7

7

8

9

4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus

4.1 Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

4.2 Calon Sekolah Swasta

4.3 Calon Persendirian Individu

10

13

17

5 Format Penulisan 19

6 Struktur Penulisan 19

7 Penskoran 20

8 Borang yang Digunakan

Lampiran 1: Muka hadapan kerja kursus

Lampiran 2: Borang Perakuan Calon

Lampiran 3: Borang Markah Kerja Kursus Calon

Lampiran 4: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon

22

23

24

25

30

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

3

1 PENGENALAN

Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran markah bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 8%. Markah

kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3

bagi tujuan penggredan mata pelajaran.

2 OBJEKTIF

Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan

keupayaan calon untuk

2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu

2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini

3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS

3.1 Arahan Kerja Kursus

(a) Kerja kursus bahasa Melayu (penulisan esei berformat) wajib dilaksanakan oleh semua

calon pada penggal 2.

(b) Calon dikehendaki menulis lapan esei berformat berdasarkan soalan yang disediakan oleh

guru atau MPM.

(c) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal 2.

3.2 Tanggungjawab Pengetua

(a) Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus (KK) Tingkatan Enam peringkat sekolah

(b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei berformat mendapat

bimbingan daripada guru

(c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei berformat diserapkan dalam strategi pengajaran

dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang

berasingan

(d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan

penulisan esei berformat calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon

(e) Memastikan penulisan esei berformat dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang

ditetapkan

(f) Memastikan penulisan esei berformat calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang

ditetapkan

(g) Memastikan guru menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan

skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM

(h) Memastikan guru menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM

mengikut tarikh yang ditetapkan

(i) Mengesahkan markah penulisan esei berformat yang diperoleh calon dengan

menandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon

(j) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei berformat

calon di sekolah

(k) Memastikan guru menyimpan evidens penulisan esei berformat calon dari tarikh

penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

4

(l) Memastikan evidens penulisan esei berformat calon dilupuskan dalam tempoh enam

bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3.3 Tanggungjawab Guru Bahasa Melayu Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa

Melayu, Manual Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat, dan Skema Pemarkahan

(b) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan

dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4) dan

menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk dihantar

kepada MPM

(c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei berformat

(d) Menyediakan soalan penulisan esei berformat untuk calon. Soalan yang disediakan

mestilah asli dan tidak diciplak daripada mana-mana sumber. Sekiranya guru

menciplak soalan daripada mana-mana sumber, MPM akan mengarahkan guru berkenaan

untuk menyediakan soalan esei berformat semula dan calon perlu menulis esei berformat

berkenaan semula.

(e) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap jenis format esei

(f) Menyerahkan soalan penulisan esei berformat kepada calon pada akhir P&P setiap format

esei

(g) Membimbing calon menghasilkan penulisan esei berformat

(h) Memastikan calon menulis esei berformat dalam waktu P&P. Sewaktu penulisan esei

berformat, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang

berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak

dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak

dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon.

(i) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau

menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sekiranya calon tidak menulis salah satu

esei berformat, calon akan diberikan gred X.

(j) Memastikan calon menguasai format esei sebelum mengajarkan jenis format esei yang

lain

(k) Memastikan semua calon menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat untuk

disemak dan dinilai

(l) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema pemarkahan

yang ditetapkan oleh MPM

(m) Memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik markah masing-masing

(n) Memastikan markah kerja kursus calon hanya ditulis pada borang markah kerja kursus

calon (lampiran 3) dan tidak ditulis pada evidens kerja kursus calon

(o) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh

calon, borang markah kerja kursus calon (Lampiran 3), dan borang rumusan markah kerja

kursus calon (Lampiran 4)

(p) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan menggunakan

perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(q) Menyimpan evidens penulisan esei berformat calon dari tarikh penghantaran markah

melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

(r) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan selepas

tarikh keputusan STPM diumumkan

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

5

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa

(Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja

kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)

3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus

Bahasa Melayu, Manual Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat, Skema

Pemarkahan, dan Soalan Kerja Kursus untuk Calon Sekolah Swasta dan Calon

Persendirian Individu

(b) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang

dilampirkan dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4

(910/4) dan menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja

kursus, untuk dihantar kepada MPM

(c) Memastikan markah kerja kursus calon hanya ditulis pada borang markah kerja

kursus calon (lampiran 3) dan tidak ditulis pada evidens kerja kursus calon

(d) Menandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 3)

(e) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema

pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM

(f) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan

menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(g) Menyediakan sampel penulisan esei berformat yang dihasilkan oleh calon untuk

penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

(h) Menyimpan evidens penulisan esei berformat calon di JPN yang ditetapkan dari

tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM

diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan

evidens penulisan esei berformat sahaja)

(i) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan

selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak

dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei berformat sahaja)

3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus

Bahasa Melayu, Manual Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat, Skema

Pemarkahan, dan Soalan Kerja Kursus untuk Calon Sekolah Swasta dan Calon

Persendirian Individu

(b) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang

dilampirkan dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4

(910/4) dan menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja

kursus, untuk dihantar kepada MPM

(c) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan

esei berformat dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh

akhir penyerahan tugasan

(d) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru,

menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sekiranya calon

tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X.

(e) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema

pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

6

(f) Memastikan markah kerja kursus calon hanya ditulis pada borang markah kerja

kursus calon (lampiran 3) dan tidak ditulis pada evidens kerja kursus calon

(g) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani

oleh calon dan borang markah kerja kursus calon (Lampiran 3)

(h) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan

menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(i) Menyediakan sampel penulisan esei berformat yang dihasilkan oleh calon untuk

penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

(j) Menyimpan evidens penulisan esei berformat calon di JPN yang ditetapkan dari

tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM

diumumkan

(k) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan

selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3.5 Tanggungjawab Guru Bahasa Melayu Sekolah Swasta

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa

Melayu, Manual Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat, serta Soalan Kerja

Kursus untuk Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian Individu

(b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei berformat dari

aspek tugasan

(c) Menjalankan P&P bagi setiap jenis format esei

(d) Menyerahkan soalan penulisan esei berformat kepada calon pada akhir P&P setiap format

esei

(e) Membimbing calon menghasilkan penulisan esei berformat

(f) Memastikan pelajar menulis esei berformat dalam waktu P&P. Sewaktu penulisan esei

berformat, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang

berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak

dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak

dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon.

(g) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau

menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sekiranya calon tidak menulis salah satu

esei berformat, calon akan diberikan gred X.

(h) Memastikan calon menguasai format esei sebelum mengajarkan jenis format esei yang

lain

(i) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh

calon

(j) Memastikan semua calon menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat untuk

disemak dan dinilai oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM

(k) Menyerahkan penulisan esei berformat yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang

dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai. Tarikh akhir penghantaran penulisan esei

berformat bagi setiap jenis format esei adalah seperti yang berikut:

(i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 2 Mac 2018

(ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi:

20 April 2018

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

7

3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa

Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei berformat

(c) Mengikuti sesi P&P bagi setiap jenis format esei

(d) Menerima soalan penulisan esei berformat daripada guru

(e) Menulis esei berformat secara individu dalam waktu P&P

(f) Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:

(i) Syarahan

(ii) Ceramah

(iii) Teks ucapan

(iv) Memorandum

(v) Laporan

(vi) Minit mesyuarat

(vii) Kertas cadangan

(viii) Surat kiriman rasmi*

*Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira.

Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan

gred X.

(g) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei

daripada mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat, calon dibenarkan untuk

membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan boleh

terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk membawa bahan

rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan

atau esei penuh untuk calon.

(h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada guru pada tarikh yang

ditetapkan untuk disemak dan dinilai. Sekiranya calon tidak menghantar salah satu esei

berformat, calon akan diberikan gred X.

(i) Menambah baik markah penulisan esei berformat yang telah disemak oleh guru

(j) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah

ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat.

3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa

Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei berformat

(c) Mengikuti sesi P&P bagi setiap jenis format esei

(d) Menerima soalan penulisan esei berformat daripada guru

(e) Menulis esei berformat secara individu dalam waktu P&P

BAHAGIAN II: CALON

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

8

(f) Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:

(i) Syarahan

(ii) Ceramah

(iii) Teks ucapan

(iv) Memorandum

(v) Laporan

(vi) Minit mesyuarat

(vii) Kertas cadangan

(viii) Surat kiriman rasmi

* Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira.

Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan

gred X.

(g) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei

daripada mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat, calon dibenarkan untuk

membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan boleh

terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk membawa

bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk menyediakan

draf jawapan atau esei penuh untuk calon.

(h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada guru pada tarikh yang

ditetapkan untuk disemak dan dinilai oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Tarikh

akhir penghantaran penulisan esei berformat bagi setiap jenis format esei adalah seperti

yang berikut:

(i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 2 Mac 2018

(ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi:

20 April 2018

(i) Menambah baik penulisan esei berformat dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir

penghantaran

(j) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah

ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat.

3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa

Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Memuat turun soalan penulisan esei berformat yang disediakan oleh MPM untuk calon

sekolah swasta dan calon persendirian individu

(c) Bertemu dengan pemeriksa untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan penulisan

esei berformat, dari aspek tugasan dan tarikh penyerahan tugasan.

(d) Menulis esei berformat secara individu

(e) Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:

(i) Syarahan

(ii) Ceramah

(iii) Teks ucapan

(iv) Memorandum

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

9

(v) Laporan

(vi) Minit mesyuarat

(vii) Kertas cadangan

(viii) Surat kiriman rasmi

*Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira.

Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan

gred X.

(g) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei

daripada mana-mana sumber

(h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada pemeriksa yang dilantik oleh

MPM pada tarikh yang ditetapkan untuk disemak dan dinilai. Tarikh akhir penghantaran

penulisan esei berformat bagi setiap jenis format esei adalah seperti yang berikut:

(i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 2 Mac 2018

(ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi:

20 April 2018

Sekiranya calon tidak menghantar salah satu esei berformat, calon akan diberikan

gred X.

(i) Menambah baik penulisan esei berformat dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir

penghantaran

(j) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah

ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat.

3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus

(a) Calon mestilah menulis esei berformat sendiri, berdasarkan soalan yang disediakan oleh

guru atau pemeriksa, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada

mana-mana sumber.

(b) Perbincangan soalan dan isi penulisan esei boleh diadakan dalam waktu P&P. Namun

demikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.

(c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon

akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan.

(d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei

daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

10

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS

4.1 Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan

13/1/2018 Manual

pelaksanaan

penulisan esei

berformat

Melayari portal

MPM untuk

memuat turun

Manual

Pelaksanaan

Kerja Kursus

Bahasa Melayu

yang disediakan

oleh MPM untuk

guru, pemeriksa,

dan calon

Melayari portal

MPM untuk

memuat turun

Manual

Pelaksanaan

Kerja Kursus

Bahasa Melayu

yang disediakan

oleh MPM untuk

guru, pemeriksa,

dan calon

MPM

memuat naik

Manual

Pelaksanaan

Kerja Kursus

Bahasa

Melayu pada

25 September

2017.

Penyediaan

soalan esei

berformat

Menyediakan

lapan soalan esei

berformat

berdasarkan

kandungan

sukatan pelajaran

15/1/2018

hingga

19/1/2018

Pengenalan

penulisan esei

berformat

Memberikan

penerangan

kepada calon

tentang

pelaksanaan

penulisan esei

berformat dari

aspek tugasan

dan tarikh

penyerahan

tugasan

Mendengar

penerangan guru

mengenai aspek

tugasan yang

perlu

dilaksanakan

22/1/2018

hingga

20/4/2018

Pengajaran dan

pembelajaran

(P&P) esei

berformat

Mengadakan sesi

P&P di dalam

bilik darjah

tentang format

esei, seperti yang

terkandung

dalam sukatan

pelajaran

Mengikuti

P&P dan

mempelajari

format esei

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

11

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan

Penulisan esei

berformat

Penghantaran,

penyemakan,

dan penilaian

penulisan esei

berformat

Menyerahkan

soalan esei

berformat

kepada calon

dan

membimbing

mereka dalam

penulisan esei

berformat

Menyemak dan

menilai

penulisan esei

berformat

berdasarkan

skema

pemarkahan

yang ditetapkan

oleh MPM

* Pelaksanaan

penulisan esei

berformat

hendaklah

dibuat apabila

P&P bagi

sesuatu format

esei telah

selesai.

Menerima soalan

esei berformat

dan menulis esei

berdasarkan

soalan yang

diterima

Menghantar

penulisan esei

berformat yang

dihasilkan kepada

guru untuk

disemak dan

dinilai

Penghantaran

esei berformat:

Setiap

penulisan esei

berformat

yang

dihasilkan

oleh calon

hendaklah

terus dihantar

kepada guru

sebelum guru

memulakan

P&P bagi

format esei

yang lain.

Penyemakan

dan penilaian

penulisan esei

berformat:

Guru

hendaklah

menyemak

dan menilai

semua

penulisan esei

berformat

yang dihantar

oleh calon.

Guru mestilah

memberikan

peluang

kepada calon

untuk

menambah

baik markah

masing-

masing, sama

ada dengan

meminta calon

berkenaan

menulis

semula esei

berformat

tersebut atau

menulis esei

berformat

dengan soalan

yang baharu.

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

12

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan

23/4/2018

hingga

23/5/2018

Penghantaran

markah

penulisan esei

berformat

kepada MPM

Menghantar

markah

penulisan esei

berformat calon

kepada MPM

dengan

menggunakan

perisian

e-submission

Tidak berkenaan

Penyelarasan

kerja kursus

oleh KPK

Mengemukakan

beberapa sampel

penulisan esei

berformat untuk

penyelarasan

markah oleh

KPK

Tidak berkenaan Sampel

mestilah

terdiri

daripada

penulisan esei

berformat

calon yang

dipilih oleh

KPK.

Jun 2018

hingga

Oktober 2019

Penyimpanan

evidens

Menyimpan

evidens

penulisan esei

berformat di

sekolah dari

tarikh

penghantaran

markah melalui

e-submission

hingga enam

bulan selepas

keputusan

STPM

diumumkan

Tidak berkenaan

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

13

4.2 Calon Sekolah Swasta

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan

Pemeriksa Catatan

13/1/2018 Manual

pelaksanaan

penulisan

esei

berformat

Melayari

portal MPM

untuk memuat

turun Manual

Pelaksanaan

Kerja Kursus

Bahasa

Melayu yang

disediakan

oleh MPM

untuk guru,

pemeriksa, dan

calon

Melayari

portal MPM

untuk memuat

turun Manual

Pelaksanaan

Kerja Kursus

Bahasa

Melayu yang

disediakan

oleh MPM

untuk guru,

pemeriksa,

dan calon

Melayari portal

MPM untuk

memuat turun

Manual

Pelaksanaan

Kerja Kursus

Bahasa Melayu

yang disediakan

oleh MPM

untuk guru,

pemeriksa, dan

calon

MPM memuat

naik Manual

Kerja Kursus

Bahasa

Melayu pada

25 September

2017.

Memuat turun

soalan

penulisan esei

berformat yang

disediakan

oleh MPM

untuk calon

sekolah swasta

dan calon

persendirian

individu dan

menyerahkan-

nya kepada

calon

Menerima

soalan

penulisan esei

berformat

daripada guru

15/1/2018

hingga

19/1/2018

Pengenalan

penulisan

esei

berformat

Memberikan

penerangan

kepada calon

mengenai

pelaksanaan

penulisan esei

berformat dari

aspek tugasan

dan tarikh

penyerahan

tugasan

Menerima

soalan

penulisan esei

berformat

daripada

pemeriksa

yang

ditetapkan oleh

MPM

Mendengar

penerangan

guru mengenai

aspek tugasan

yang perlu

dilaksanakan

Menyerahkan

soalan

penulisan esei

berformat

kepada guru

sekolah swasta

yang ditetapkan

oleh MPM

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

14

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan

Calon

Tindakan

Pemeriksa Catatan

22/1/2018

hingga

23/2/2018

Pengajaran

dan

pembelajaran

(P&P) esei

berformat

Mengadakan

sesi P&P

di dalam bilik

darjah bagi

format esei

yang berikut:

(i) Laporan

(ii) Teks

ucapan

(iii) Ceramah

(iv) Syarahan

Mengikuti

P&P dan

mempelajari

format esei

yang berikut:

(i) Laporan

(ii) Teks

ucapan

(iii) Ceramah

(iv) Syarahan

Tidak

berkenaan

Penulisan

esei

berformat

Menyerahkan

soalan

penulisan esei

berformat

kepada calon

Membimbing

calon menulis

laporan, teks

ucapan,

ceramah, dan

syarahan

Menulis

laporan, teks

ucapan,

ceramah, dan

syarahan

berdasarkan

soalan yang

diberikan

oleh guru

Tidak

berkenaan

26/2/2018

hingga

2/3/2018

Penghantaran,

penyemakan,

dan penilaian

penulisan esei

berformat

Memastikan

semua calon

menghantar

penulisan esei

berformat

laporan, teks

ucapan,

ceramah,

dan syarahan

serta

menyerahkan

-nya kepada

pemeriksa

untuk

disemak dan

dinilai

Menghantar

penulisan esei

berformat

laporan, teks

ucapan,

ceramah, dan

syarahan

kepada guru

untuk

diserahkan

kepada

pemeriksa

untuk

disemak dan

dinilai

Menerima,

menyemak,

dan menilai

penulisan esei

berformat

laporan, teks

ucapan,

ceramah, dan

syarahan yang

diserahkan

oleh guru

sekolah

swasta

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

15

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan

Pemeriksa Catatan

12/3/2018

hingga

13/4/2018

Pengajaran

dan

pembelajaran

(P&P) esei

berformat

Mengadakan sesi

P&P di dalam

bilik darjah bagi

format esei yang

berikut:

(i) Memorandum

(ii) Minit

mesyuarat

(iii) Kertas

cadangan

(iv) Surat kiriman

rasmi

Mengikuti P&P

dan mempelajari

format esei yang

berikut:

(i) Memorandum

(ii) Minit

mesyuarat

(iii) Kertas

cadangan

(iv) Surat kiriman

rasmi

Tidak

berkenaan

Penulisan esei

berformat

Membimbing

calon menulis

memorandum,

minit mesyuarat,

kertas cadangan,

dan surat

kiriman rasmi

Menulis

memorandum,

minit mesyuarat,

kertas cadangan,

dan surat kiriman

rasmi berdasarkan

soalan yang

diberikan oleh

guru

Tidak

berkenaan

16/4/2018

hingga

20/4/2018

Penghantaran,

penyemakan,

dan penilaian

penulisan esei

berformat

Memastikan

semua calon

menghantar

penulisan esei

berformat

memorandum,

minit mesyuarat,

kertas cadangan,

dan surat

kiriman rasmi

serta

menyerahkan-

nya kepada

pemeriksa untuk

disemak dan

dinilai

Menghantar

penulisan esei

berformat

memorandum,

minit mesyuarat,

kertas cadangan,

dan surat kiriman

rasmi kepada

pemeriksa untuk

disemak dan

dinilai

Menerima,

menyemak,

dan menilai

penulisan esei

berformat

memorandum,

minit

mesyuarat,

kertas

cadangan, dan

surat kiriman

rasmi yang

diserahkan

oleh guru

sekolah

swasta

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

16

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan

Pemeriksa Catatan

16/5/2018

hingga

30/5/2018

Penghantaran

markah esei

berformat

kepada MPM

Tidak berkenaan Tidak berkenaan Menghantar

markah calon

kepada MPM

melalui

perisian

e-submission

Penyelarasan

kerja kursus

oleh KPK

Tidak berkenaan Tidak berkenaan Mengemu-

kakan sampel

penulisan

esei

berformat

untuk

penyelarasan

markah oleh

KPK

Sampel

mestilah

terdiri

daripada

penulisan

esei

berformat

calon

yang

dipilih

oleh KPK.

Jun 2018

hingga

Oktober

2019

Penyimpanan

evidens

Menyimpan

evidens

penulisan esei

berformat di

sekolah dari

tarikh

penghantaran

markah melalui

e-submission

hingga enam

bulan selepas

keputusan

STPM

diumumkan

(bagi sekolah

swasta yang

dibenarkan

menyimpan

evidens

penulisan esei

berformat)

Tidak berkenaan Menyimpan

evidens

penulisan

esei

berformat

di JPN yang

ditetapkan

dari tarikh

penghantaran

markah

melalui

e-submission

hingga enam

bulan selepas

keputusan

STPM

diumumkan

(bagi sekolah

swasta yang

tidak

dibenarkan

menyimpan

evidens

penulisan

esei

berformat)

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

17

4.3 Calon Persendirian Individu

Tarikh Perkara Tindakan

Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

13/1/2018 Manual

pelaksanaan

penulisan esei

berformat

Melayari portal

MPM untuk

memuat turun

Manual

Pelaksanaan

Kerja Kursus

Bahasa Melayu

yang disediakan

oleh MPM guru,

pemeriksa, dan

calon

Menghubungi

calon

persendirian

individu yang

telah ditetapkan

oleh MPM untuk

memaklumkan

tarikh, masa, dan

tempat untuk

bertemu

Melayari portal

MPM untuk

memuat turun

Manual

Pelaksanaan Kerja

Kursus Bahasa

Melayu yang

disediakan oleh

MPM guru,

pemeriksa, dan

calon

Memuat turun

soalan penulisan

esei berformat

yang disediakan

oleh MPM untuk

calon sekolah

swasta dan calon

persendirian

individu

MPM

memuat naik

Manual Guru

dan Manual

Calon pada

25 September

2017.

15/1/2018

hingga

19/1/2018

Pengenalan

penulisan esei

berformat

Bertemu dengan

calon

persendirian

individu untuk

memberikan

penerangan

tentang

pelaksanaan

penulisan esei

berformat, dari

aspek tugasan

dan

memaklumkan

tarikh

penyerahan

tugasan

Bertemu dengan

pemeriksa untuk

mendapatkan

maklumat tentang

pelaksanaan

penulisan esei

berformat, dari

aspek tugasan dan

tarikh penyerahan

tugasan

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

18

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

22/1/2018

hingga

23/2/2018

Penulisan esei

berformat

Tidak berkenaan Menulis empat

esei berformat

berdasarkan

soalan yang

dimuat turun dari

portal MPM

(i) Laporan

(ii) Teks ucapan

(iii) Ceramah

(iv) Syarahan

26/2/2018

hingga

2/3/2018

Penghantaran

dan

penyemakan

penulisan esei

berformat

Menerima,

menyemak, dan

menilai penulisan

esei berformat

laporan, teks

ucapan, ceramah,

dan syarahan

yang dihantar

oleh calon

persendirian

individu

Menghantar

penulisan esei

berformat laporan,

teks ucapan,

ceramah, dan

syarahan kepada

pemeriksa untuk

disemak dan

dinilai

12/3/2018

hingga

13/4/2018

Penulisan esei

berformat

Tidak berkenaan Menulis empat

esei berformat

berdasarkan

soalan yang

dimuat turun dari

portal MPM

(i) Memorandum

(ii) Minit

mesyuarat

(iii) Kertas

cadangan

(iv) Surat kiriman

rasmi

16/4/2018

hingga

20/4/2018

Penghantaran

dan

penyemakan

penulisan esei

berformat

Menerima,

menyemak, dan

menilai penulisan

esei berformat

memorandum,

minit mesyuarat,

kertas cadangan,

dan surat kiriman

rasmi yang

dihantar oleh calon

persendirian

individu

Menghantar

penulisan esei

berformat

memorandum,

minit mesyuarat,

kertas cadangan,

dan surat kiriman

rasmi kepada

pemeriksa untuk

disemak

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

19

5 FORMAT PENULISAN

(i) Panjang esei berformat yang dihasilkan mestilah antara 600 hingga 650 patah perkataan.

(ii) Esei mestilah ditulis menggunakan tulisan tangan.

6 STRUKTUR PENULISAN

Penulisan esei berformat oleh calon perlulah mengikut format yang ditetapkan oleh MPM.

(Rujuk Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat Kerja Kursus Bahasa Melayu)

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

16/5/2018

hingga

30/5/2018

Penghantaran

markah esei

berformat

kepada MPM

Menghantar

markah calon

kepada MPM

melalui perisian

e-submission

Tidak berkenaan

Penyelarasan

kerja kursus

oleh KPK

Mengemukakan

beberapa sampel

penulisan esei

berformat untuk

penyelarasan

markah oleh KPK

Tidak berkenaan Sampel

mestilah

terdiri

daripada

penulisan

esei

berformat

calon yang

dipilih oleh

KPK.

Jun 2018

hingga

Oktober 2019

Penyimpanan

evidens

Menyimpan

evidens penulisan

esei berformat

calon di JPN yang

ditetapkan dari

tarikh

penghantaran

markah melalui

e-submission

hingga enam bulan

selepas keputusan

STPM diumumkan

Tidak berkenaan

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

20

7 PENSKORAN

Penilaian penulisan esei berformat hendaklah dibuat berdasarkan jadual yang berikut:

(i) Penilaian penulisan esei berformat laporan, syarahan, ceramah, teks ucapan, dan

memorandum

Perkara

(a) Kerelevanan

Pendahuluan

Isi

Kesimpulan

(b) Pengolahan

(c) Bahasa

(ii) Penilaian penulisan esei berformat minit mesyuarat

Perkara

(a) Ketepatan format dan kandungan

Tajuk

Tarikh/hari/masa/tempat

Kehadiran

1.0 Ucapan

2.0 Pengesahan minit mesyuarat

3.0 Perkara berbangkit

4.0 Perbincangan aktiviti

5.0 Hal-hal lain

6.0 Penangguhan/penutup mesyuarat

Tandatangan

(b) Bahasa

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

21

(iii) Penilaian penulisan esei berformat kertas cadangan

Perkara

(a) Ketepatan format dan kandungan

Muka depan

Pengenalan

Objektif

Rasional

Tarikh/Hari/Masa/Tempat

Peserta/Tetamu/Penceramah

Program Tentatif

Kewangan

AJK

Penutup

Tandatangan

(b) Bahasa

(iv) Penilaian penulisan esei berformat surat kiriman rasmi

Perkara

(a) Ketepatan format dan kandungan

Nama dan alamat pengirim

Garis panjang

Nama dan alamat penerima

Untuk perhatian

Rujukan/tarikh

Rujukan kehormat

Tajuk surat

Pendahuluan surat

Isi surat

Perenggan penutup surat

Penamat surat/cogan kata

Pengakuan pengirim

Tandatangan dengan nama dan jawatan pengirim

(b) Bahasa

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

22

8 BORANG YANG DIGUNAKAN

Terdapat empat jenis borang yang digunakan, iaitu

(i) Muka hadapan kerja kursus (Lampiran 1)

(ii) Borang perakuan calon (Lampiran 2)

(iii) Borang markah kerja kursus calon (Lampiran 3)

(iv) Borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 4)

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

23

Lampiran 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN ESEI BERFORMAT

PENGGAL 2 TAHUN 2018

MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 4 (910/4)

FORMAT ESEI

NAMA CALON

NOMBOR

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/

ALAMAT CALON

NAMA GURU/PENILAI

TANDATANGAN

GURU/PENILAI

TARIKH

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

24

Lampiran 2

BPC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

KERJA KURSUS (KK)

Borang Perakuan Calon

Mata pelajaran: Bahasa Melayu

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon,

dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon

menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk

kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon ...........................................................................................................

No. Kad Pengenalan Calon ...........................................................................................................

Angka Giliran Calon ...........................................................................................................

Nama Sekolah/Pusat KK Calon ...........................................................................................................

Makluman kepada Calon:

Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus

calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon

lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa

cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan semua kerja kursus

(kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan

penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah (untuk

sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).

Tandatangan Calon ...........................................................................................................

Tarikh ...........................................................................................................

Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:

Saya mengesahkan bahawa semua kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan

mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon dan

saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah

dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa ...........................................................................................................

Nama Guru/Pemeriksa ...........................................................................................................

Tarikh ...........................................................................................................

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

25

Nama Calon : …………………………..........………...... Angka Giliran : ………......……………

No. Kad Pengenalan : ………………………..........……

Format 1: Laporan

Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras

Pendahuluan

Isi

IS1

IS2

IS3

IS4

IS5

IS6

Kesimpulan

Kerelevanan

Pengolahan

Bahasa

Markah

Penolakan markah Format:

Bil. kata:

Jumlah markah

Format 2: Syarahan

Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras

Pendahuluan

Isi

IS1

IS2

IS3

IS4

IS5

IS6

Kesimpulan

Kerelevanan

Pengolahan

Bahasa

Markah

Penolakan markah Format:

Bil. kata:

Jumlah markah

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ...........

BAHASA MELAYU (910/4: PENULISAN ESEI BERFORMAT)

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Lampiran 3

BMKKC

BRMKKC

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

26

Format 3: Ceramah

Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras

Pendahuluan

Isi

IS1

IS2

IS3

IS4

IS5

IS6

Kesimpulan

Kerelevanan

Pengolahan

Bahasa

Markah

Penolakan markah Format:

Bil. kata:

Jumlah markah

Format 4: Teks ucapan

Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras

Pendahuluan

Isi

IS1

IS2

IS3

IS4

IS5

IS6

Kesimpulan

Kerelevanan

Pengolahan

Bahasa

Markah

Penolakan markah Format:

Bil. kata:

Jumlah markah

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

27

Format 5: Memorandum

Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras

Pendahuluan

Isi

IS1

IS2

IS3

IS4

IS5

IS6

Kesimpulan

Kerelevanan

Pengolahan

Bahasa

Markah

Penolakan markah Format:

Bil. kata:

Jumlah markah

Format 6: Minit mesyuarat

Bil Aspek Markah

penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras

(i) Tajuk

(ii) Tarikh/Hari/Masa/Tempat

(iii) Kehadiran

(iv) 1.0 Ucapan Pengerusi

(v) 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

(vi) 3.0 Perkara Berbangkit

(vii) 4.0 Perbincangan Aktiviti/Mesyuarat

(viii) 5.0 Hal-hal Lain

(ix) 6.0 Penangguhan/Penutup Mesyuarat

(x) Tandatangan

Bahasa

Jumlah markah

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

28

Format 7: Kertas cadangan

Bil Aspek Markah

penuh

Markah

guru/pemeriksa/penyelaras

(i) Muka depan

(ii) 1.0 Pengenalan

(iii) 2.0 Objektif

(iv) 3.0 Rasional

(v) 4.0 Tarikh/Hari/Masa/Tempat

(vi) 5.0 Peserta/Kumpulan Sasaran

6.0 Penceramah/TetamuKehormat/Jemputan

(vii) 7.0 Program Tentatif

(viii) 8.0 Kewangan

(ix) 9.0 Jawatankuasa

(x) 10.0 Penutup

(xi) Tandatangan

Bahasa

Jumlah markah

Format 8: Surat kiriman rasmi

Aspek Markah Markah guru/pemeriksa/

penyelaras

(i) Nama dan alamat pengirim

(ii) Garis panjang

(iii) Nama dan alamat penerima

(iv) Untuk perhatian (opsyenal)

(v) Rujukan/Tarikh

(vi) Rujukan kehormat

(vii) Tajuk surat

(viii) Pendahuluan surat

(ix) Isi surat

(x) Perenggan penutup surat

(xi) Penamat surat/cogan kata

(xii) Pengakuan pengirim

(xiii) Tandatangan dengan nama dan jawatan

pengirim

Bahasa

Jumlah markah

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

29

Bil. Format Markah

1. Laporan

2. Syarahan

3. Ceramah

4. Teks ucapan

5. Memorandum

6. Minit mesyuarat

7. Kertas cadangan

Jumlah

Markah purata

*Markah penuh

Catatan: Markah penuh perlu dimasukkan dalam BRuMKK dan e-submission.

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas

adalah benar.

Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas

adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….…….... Tandatangan Penyelaras:………………………….……....

Nama : ……………………………………………………........ Nama : ……………………………………………….…...

No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pendahuluan : ………………………………..

Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….

No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

Nota:

Guru/pemeriksa dikehendaki mengisi dan menandatangani borang markah ini. Borang ini mesti

disimpan dalam fail guru.

TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

30

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________

MATA PELAJARAN: _______________________________

NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di

atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di

atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……............. Tandatangan Pengetua: ……………………………..

Nama: ……………………..………………………... Nama: ……………………………………………….

No. Kad Pengenalan: ………………………..……... No. Kad Pengenalan: ………………………………

Tarikh: ……………………………………..……….. Tarikh:…………………………………………….....

No. Telefon (sekolah) : …………………………….. No. Telefon (sekolah): ……………………………...

(bimbit): ………………………………. (bimbit): ………………………………

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan

Malaysia selewat lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantarkan kepada: Majlis Peperiksaan Malaysia

(u.p: Encik Adnan bin Ahmad)

BRuMKK