terengganu gabungkan lima hotel bawah … hotel primula beach resort, permai inn, duyong marina...

3
Company Name : TDM Berhad Date : 28 August 2017 Source : Teganu Kite Terengganu Gabungkan Lima Hotel Bawah Konsortium TI Hotel & Resort Ahmad Razif ketika sesi sidang media selepas merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti, Sungai Tong, Setiu, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail Terengganu akan menggabungkan lima hotel di bawah konsortium dikenali TI (Terengganu Inc) Hotel & Resort, tidak lama lagi. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah penggabungan hotel Primula Beach Resort, Permai Inn, Duyong Marina Resort, PB Square dan hotel baharu di Pulau Poh, Tasik Kenyir sebagai memperkasakan industri pelancongan negeri di bawah satu bumbung pengurusan yang lebih efisien dan langkah penjimatan tenaga kerja. Katanya, konsortium berkenaan akan dipantau dan dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Upload: nguyentruc

Post on 08-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terengganu Gabungkan Lima Hotel Bawah … hotel Primula Beach Resort, Permai Inn, Duyong Marina Resort, PB Square dan hotel baharu di Pulau Poh, Tasik Kenyir sebagai memperkasakan

Company Name : TDM Berhad Date : 28 August 2017 Source : Teganu Kite

Terengganu Gabungkan Lima Hotel Bawah Konsortium TI Hotel & Resort

Ahmad Razif ketika sesi sidang media selepas merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti, Sungai Tong, Setiu, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail

Terengganu akan menggabungkan lima hotel di bawah konsortium dikenali TI

(Terengganu Inc) Hotel & Resort, tidak lama lagi.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah

penggabungan hotel Primula Beach Resort, Permai Inn, Duyong Marina Resort, PB

Square dan hotel baharu di Pulau Poh, Tasik Kenyir sebagai memperkasakan

industri pelancongan negeri di bawah satu bumbung pengurusan yang lebih efisien

dan langkah penjimatan tenaga kerja.

Katanya, konsortium berkenaan akan dipantau dan dipengerusikan oleh beliau

sendiri.

Page 2: Terengganu Gabungkan Lima Hotel Bawah … hotel Primula Beach Resort, Permai Inn, Duyong Marina Resort, PB Square dan hotel baharu di Pulau Poh, Tasik Kenyir sebagai memperkasakan

"Langkah penggabungan ini sebagai usaha yang lebih agresif dalam memastikan

pelancongan negeri terus maju.

"Konsortium ini sedang digerakkan dan akan dilaksanakan pada bila-bila masa

sahaja apabila proses penggabungannya selesai,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Akademi TDM dan

Pusat Timbang Komuniti, Sungai Tong, Setiu, hari ini.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria; Ahli Dewan

Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor dan ADUN Jabi, Mohd

Iskandar Jaafar.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan, TDM Berhad, Dato' Mohamat Muda.

Dalam pada itu, menurut Ahmad Razif, Akademi TDM adalah penjenamaan semula

dalam era transformasi dan satu komitmen TDM dalam menyediakan pusat latihan,

khususnya kepada warga TDM serta amnya kepada syarikat perladangan dan juga

pekebun kecil di Terengganu mahupun Pantai Timur.

Beliau berkata, TDM turut mewujudkan Pusat Timbang Komuniti dalam usaha

membantu kerajaan meringankan masalah rakyat dan mampu memberi banyak

manfaat kepada pekebun kecil di sekitar Sungai Tong.

Page 3: Terengganu Gabungkan Lima Hotel Bawah … hotel Primula Beach Resort, Permai Inn, Duyong Marina Resort, PB Square dan hotel baharu di Pulau Poh, Tasik Kenyir sebagai memperkasakan

“Penduduk sekitar Sungai Tong tidak perlu lagi menjual hasil tanaman masing-

masing kepada orang lain atau membawanya untuk timbangan yang jauh dari

kawasan mereka,” ujarnya.