terencat akal

8
TERENCAT AKAL Kanak-kanak yang mengalami terencat akal adalah kanak-kanak yang mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan social. Kanak-kanak dengan terencat akal biasanya turut mengalami masalah dalam pembelajaran disebabkan tahap mental yang rendah dan kurang ataupun tiada keupayaan dalam mengurus aktiviti seharian. Malah bagi kanak-kanak yang mengalami terncat akal yang teruk, tidak dapat berjalan, bercakap ataupun mengurus diri. Jenis-jenis Terencat Akal Berdasarkan ujian IQ (intelligence quotient), kanak-kanak terncat akal dibahagikan kepada tiga kategori iaitu ringan (skor IQ 50 hingga 75), sederhana (skor IQ 30 hingga 50) dan teruk (skor IQ 30 ke bawah). Terencat akal ringan yang disebabkan oleh perkembangan mental yang lambat mempunyai potensi untuk berkembang dalam tiga bidang iaitu akademik, sosial dan vokasional. Bagi pembelajaran yang memakan masa selama 12 bulan, kanak-kanak ini dapat menerima 9 bulan pembelajaran dan mungkin ketinggalan bagi 3 bulan pembelajaran itu. Biasanya mereka menghadapi kesukaran dalam program sekolah arus perdana dan memerlukan adaptasi bagi pendidikan yang sesuai. Mereka juga berpotensi untuk berdikari dengan pendidikan dan latihan yang sesuai. Pada peringkat dewasa, mereka dapat

Upload: chiu-yan

Post on 09-Aug-2015

290 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

,

TRANSCRIPT

Page 1: Terencat Akal

TERENCAT AKAL

Kanak-kanak yang mengalami terencat akal adalah kanak-kanak yang

mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang

ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan social.

Kanak-kanak dengan terencat akal biasanya turut mengalami masalah dalam

pembelajaran disebabkan tahap mental yang rendah dan kurang ataupun tiada

keupayaan dalam mengurus aktiviti seharian. Malah bagi kanak-kanak yang

mengalami terncat akal yang teruk, tidak dapat berjalan, bercakap ataupun

mengurus diri.

Jenis-jenis Terencat Akal

Berdasarkan ujian IQ (intelligence quotient), kanak-kanak terncat akal

dibahagikan kepada tiga kategori iaitu ringan (skor IQ 50 hingga 75), sederhana

(skor IQ 30 hingga 50) dan teruk (skor IQ 30 ke bawah).

Terencat akal ringan yang disebabkan oleh perkembangan mental yang

lambat mempunyai potensi untuk berkembang dalam tiga bidang iaitu akademik,

sosial dan vokasional. Bagi pembelajaran yang memakan masa selama 12

bulan, kanak-kanak ini dapat menerima 9 bulan pembelajaran dan mungkin

ketinggalan bagi 3 bulan pembelajaran itu. Biasanya mereka menghadapi

kesukaran dalam program sekolah arus perdana dan memerlukan adaptasi bagi

pendidikan yang sesuai. Mereka juga berpotensi untuk berdikari dengan

pendidikan dan latihan yang sesuai. Pada peringkat dewasa, mereka dapat

membuat penyesuaian dalam tahap pekerjaan yang tidak memerlukan

kemahiran ataupun pada kemahiran yang rendah. Kanak-kanak dengan

terencat akal ringan dalam umur 2 hinggan 5 tahun dapat berfungsi dengan baik

dalam kumpulan kanak-kanak normal yang lebih muda 1 hingga 2 tahun

daripada mereka.

Kanak-kanak yang mengalami terencat akal sederhana dapat mencapai

tahap tanggungjawab sosial, menguasai kemahiran asas akademik dan

menguasai kemahiran vokasional. Kanak-kanak ini mampu bagi menguruskan

Page 2: Terencat Akal

diri sendiri seperti memakai dan membuka pakaian, makan dan mengurus diri di

tandas. Mereka juga dapat melindungi diri sendiri daripada bahaya di rumah dan

di sekolah. Kanak-kanak ini juga mampu menyesuaikan diri dalam situasi seperti

berkongsi, menghormati hak orang lain, dan berkerjasama. Mereka mampu

belajar membaca, mengenal symbol, mengira dan juga dapat menjalankan tugas

dengan pengawasan. Dari segi kemampuan belajar, kanak-kanak dengan

terencat akal sederhana belajar dalam kadar yang agak lambat, di mana ia dapat

menerima lebih kurang 6 bulan daripada 12 bulan tempoh pembelajaran yang

diberi. Mereka mengalami kesukaran dalam pemikiran abstrak dan memerlukan

pengulangan apabila mempelajari konsep baru.

Kebanyakan kanak-kanak dengan terencat akal teruk dan sangat teruk,

turut mengalami kecacatan lain. Mereka memerlukan persekitaran dan program

yang khusus bagi membantu memperkembangkan potensi mereka yang sangat

terhad. Kanak-kanak kategori ini hanya maampu menerima pembelajaran

sebanyak 3 hingga 4 sahaja daripada 12 bulan tempoh pembelajaran yang

disediakan. Mereka dapat mempelajari kemahiran baru tetapi memerlukan lebih

banyak pengulangan. Malah mereka memerlukan bantuan dalam penjagaan

kehidupan setiap hari. Terdapat kanak-kanak yang mengalami terencat akal

yang kelihatan normal, dan ada juga yang ketara kecacatannya. Mereka

biasanya mengalami masalah lain seperti masalah pendengaran ataupun

kesukaran dalam kemahiran motor. Perkembangan kognitif mereka terhad dan

berkembang dalam kadar yang lambat. Kanak-kanak kategori ini biasanya

mengalami masalah bahasa dan pertuturan dan sukar memberi tumpuan.

Penjaga ataupun guru perlu menggunakan arahan lisan yang jelas dan

mudah kepada kanak-kanak terencat akal, diperteguhkan dengan isyarat dan

pergerakan. Setiap tugasan yang diberi perlu dipecahkan kepada tugasan kecil

yang mudah dicapai. Ada kalanya, kanak-kanak perlu dipandu bagi

melaksanakan tugasan itu dan bantuan ataupun panduan itu dikurangkan secara

perlahan-lahan. Di samping itu, perhatian khusus perlu diberi dalam membina

harga diri dengan memuji tingkah laku dan sikap yang baik. Adalah disyorkan

Page 3: Terencat Akal

kanak-kanak ini dilibatkan dalam aktiviti dengan kanak-kanak normal, dan

wujudkan sistem rakan sebaya.

Punca-punca Kanak-kanak Terencat Akal

Terdapat banyak sebab bagi terencat akal seperti jangkitan semasa hamil,

kerosakan dalam metabolism, penyakit pada otak ataupun kromosom yang

abnormal, faktor persekitaran seperti kurang rangsangan, pemakanan yang tidak

sesuai, dan rawatan perubatan yang tidak sesuai. Menurut laporan Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 30% kanak-kanak yang mengalami

kerencatan akal yang teruk disebabkan oleh ketidaknormalan genetik

seperti Sindrom Down. Manakala 25% disebabkan oleh palsi

serebrum, 3 0 % disebabkan oleh meningitis dan masalah prenatal. Selebihnya

sebanyak 15% pula tidak dapat ditentukan faktor penyebabnya. Gen

tunggal seperti phenylkenoturia (PKU) dan kegagalan metabolisme

sewaktu janin dalam kandungan juga merupakan antara

faktor kerencatan akal sekiranya tidak dapat dikesan pada peringkat

awal lagi. Mutasi dalam perkembangan gen juga boleh menyebabkan

kerancatan akal.

Proses kelahiran yang menyebabkan kecacatan fizikal di bahagian

kepala, otak dan sistem saraf tunjang juga merupakan antara ounce kerencatan

akal. Contohnya, kecacatan tuib saraf merupakan kecacatan sewaktu kelahiran

yang pembentukan saraf tulang belakang yang sempurna. Keadaan ini

pembentukan cecair yang berlebihan daripada tulang belakang yang akan

mengakibatkan Hydrocephalus (bayi berkepala besar). Kesannya

mengak iba tkan tekanan akibat kepala yang lebih besar boleh

menyebabkan kegagalan dalam proses pembelajaran (Julia Jantan, 2007).

Page 4: Terencat Akal

Ciri-ciri Kanak-kanak Terencat Akal

Kanak-kanak dengan terencat akal berbeza daripada kanak-kanak lain.

Umumnya kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah yang ketara

dalam mengurus diri. Namun menurut War ren&Abbedut to (1992) ,

te rdapa t dua perkara  penting yang dilihat sebelum memastikan

kanak-kanak itu mengalami kerencatan akal iaitu kebolehan mental

untuk belajar, berfikir, menyelesaikan dan fungsi intelek (IQ) dan juga

kebolehan sosial yang dimiliki untuk membolehkan hidup berdikari atau

lebih dikenali sebagai tingkah laku adaptif seperti memakai pakaian,

mandi, menguruskan diri dan sebagainya.

Umumnya, kanak-kanak terencat akal akal menun jukkan

beberapa tanda te r ten tu seperti menghadapi kesukaran untuk

pertuturan, kesukaran untuk mengingat, sukar memahami peraturan-

peraturan sosial dan tidak dapat mengingat atau membezakan kesan

dan akibat. Kanak-kanak terencat akal juga menghadapai masalah

dalam memproses penyelesaian masalah dan untuk berfikir secara

logik atau kritikal. Dalam menentukan kriteria psikologikal dan tingkah

laku kanak-kanak terencat akal, tiada instrumen yang tepat untuk

memastikan seseorang individu itu terencat akal.

Terdapat pelbagai variasi tingkah laku dalam kalangan kanak-

kanank terencat akal yang menjadikan setiap orang daripada

merupakan individu yang unik. Kebanyakan kanak-kanak terencat akal

juga sukar unutk menumpukan perha t ian terhadap sesuatu atau sukar

untuk berfikir secara logik (Wehman, 1988). Bahasa digunakan seawal usia

kanak-kanak untuk keperluan komunikasi menyampaikan kehendak dan

perasaan dalam sesuatu persekitaran(Hutton, 1998). Kelewatan dalam

perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat dilihat pada

kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbeduto, 1992). Masalah pertuturan

Page 5: Terencat Akal

sepertimasalah artikulasi biasa boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal.

Umumnya, bagi kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan,

perkembangan bahasa merekayang mengalami kerencatan normal,

namun kemajuan perkembangan bahasa merekaagak perlahan sekiranya

kategori yang dialami kerencatan akal yang teruk.

Kaedah mengajar kanak-kanak Terencat Akal

Kaedah analisis tugasan sesuatu kemahiran yang hendak diajar

dijelaskan dengan terperinci dan di bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil.

Kemudian, bahagian-bahagian kecil tersebut disusun mengikut urutan yang

dapat meningkatkan kefahaman. Juga, bagi setiap bahagian, tempoh masa

untuk menguasinya dinyatakan.

Begitu juga, penilaian kerap dilakukan untuk memastikan sama ada

sesuatu bahagian kecil itu dikuasai atau tidak. Sekiranya, penilaian tidak

dilakukan, kesilapan yang dibuat oleh pelajar tidak dapat dikesan. Jika dibiarkan,

pelajar akan terus melakukan kesilapan tersebut tanpa mengetahui. Bagi pelajar

kerencatan mental ini boleh membawa kesan yang buruk kepada dirinya

Malahan, gerak Balas Aktif Menentukan bahawa pelajar terlibat secara

aktif dan setiap gerak balas pelajar dicatat. Contohnya, bilangan perkataan yang

disebut, dan bilangan ayat yang ditulis oleh pelajar. Pengajaran diatur untuk

menggalakkan pelajar memberi respons yang dipantau dengan rapi supaya

maklum balas yang bermakna dapat diberikan

Selain itu, maklum Balas memerlukan makluma balas serta merta tentang

usaha mereka. Maklum balas merupakan pujian atau peneguhan positif lain bagi

jawapan atau tingkah laku yang betul. Bagi jawapan yang salah, pelajar diberi

galakkan dan peluang untuk membetulkannya. Maklum balas hendaklah tepat,

serta merta, positif dan kerap. Contohnya, "Kamu dapat membaca 90 perkataan

hari ini. Itu 10 lebih daripada semalam. Bagus". Kadang kala, pelajar kurang

upaya tidak sabar mencuba berkali-kali untuk mendapat jawapan yang betul.

Page 6: Terencat Akal

Adalah dicadangkan guru membantu pelajar mendapat jawapan yang betul.

Lamakelamaan, bantuan itu dikurangkan hingga pelajar mencuba sendiri.

Pemindahan Pembelajaran Pemindahan berlaku apabila sesuatu

kemahiran atau tingkah laku yang dipelajari digunakan dalam situasi yang

berlainan. Bagaimana ini dapat digalakkan? Salah satu cara ialah untuk memberi

pelajar peluang mengamal seusuatu kemahiran dalam situasi berlainan.

Contohnya, pelajar dibawa ke padang permainan untuk mempraktik kemahiran

yang dipelajari dalam bilik darjah.