terbitan ke-11 januari 2010 · 2011-02-14 · hari-hari sebelumnya. selamat tahun ... sidang...

4
Aluan Pengerusi Assalamualaikum W.B.T. Pertama-tamanya dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. atas segala limpah rahmat dan innayahNya kepada KOSMA dan kita semua sepanjang tahun 2009 dan hari-hari sebelumnya. Selamat tahun baru Hijriah 1431H, Selamat Tahun Baru 2010M dan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota KOSMA. Semoga tahun baru ini membawa kesejahteraan dan keberkatan yang bertambah-tambah kepada semua. Di samping itu tidak lupa juga saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota KOSMA yang telah lebih dahulu meninggalkan kita. Bagi tahun 2009, KOSMA telah bergerak dengan maju hingga mendapat anggaran keuntungan kasar sekitar RM60 juta. Diharapkan kemajuan ini dan harga pasaran minyak sawit akan berterusan meningkat supaya KOSMA akan mendapat pulangan lebih lumayan. KOSMA juga telah dianugerahkan sebagai Koperasi (berskala besar) ke 5 terbaik di Malaysia bagi tahun 2008 berbanding ke 7 terbaik bagi tahun 2007. Dalam tahun 2009 KOSMA telah melaksanakan Pakej Ransangan anggota berkuatkuasa ke belakang iaitu bermula 21 Jun 2008 yang melibatkan tawaran unit ladang dengan harga RM5,000 seunit kepada 884 orang anggota. Sebahagian pembayaran berjumlah RM3,500 untuk unit tambahan tersebut ditolak terus daripada dividen unit ladang bagi tahun 2008 dan baki sebanyak RM1,500 boleh dibuat pembayaran langsung atau ditolak daripada dividen unit ladang tahun 2009. Bonus syer sebanyak 10,000 unit seorang juga telah di daftarkan kepada semua 1682 orang anggota berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Bagi anggota yang telah sedia memiliki unit syer melebihi 40,000 unit sehingga had pemilikan maksima 50,000 unit, pembayaran baki beza atau keseluruhan jumlah tersebut telah dibuat kepada anggota yang terlibat berjumlah 91 orang. Bermula 22 Disember 2009 pembayaran saguhati sebagai ganti dividen untuk bonus syer tersebut berjumlah RM3,000 (bersamaan 30%) telah dikeluarkan kepada semua anggota KOSMA. Dalam tahun 2009, KOSMA telah mengeluarkan bayaran sebanyak RM341,070 bagi dermasiswa kepada anak-anak anggota, sebanyak RM12,000 dikeluarkan bagi Bayaran Saguhati Dividen Kepada Anggota-Anggota KOSMA Pada mesyuarat lembaga yang bersidang pada bulan November lalu, Anggota Lembaga KOSMA telahpun meluluskan cadangan khas bagi perlaksanaan ‘bayaran gantian dividen’ sebanyak RM3,000 seorang kepada anggota-anggota KOSMA yang terlibat pada tahun 2008 dengan penerbitan syer bonus yang berkuatkuasa 21 Jun 2008. Pembayaran ‘gantian dividen’ ini telah pun dilaksanakan kepada semua anggota KOSMA pada akhir bulan Disember 2009. Walau bagaimanapun, keuntungan terkumpul bagi tahun 2008 tidak terjejas kerana pembayaran dibuat dengan menggunapakai dana yang telah diperuntukkan dalam dua tabung anggota yang telah dibuat dalam tahun 2008 iaitu Kumpulan Wang Tabung Kebajikan Anggota dan Kumpulan Wang Tabung Bantuan Ekonomi Anggota. Jumlah perbelanjaan yang terlibat akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOSMA Ke-28 yang akan datang. JANUARI 2010 TERBITAN KE-11 www.kosma.com.my PENASIHAT YH DATO’ HJ ABDUL JABBAR BIN HJ IBRAHIM KETUA PENGARANG TUAN HAJI MOHAMED AZAHAR BIN MOHD ALI TIMBALAN KETUA PENGARANG EN. ABDUL HAMID BIN ABDULLAH JAWATANKUASA PENGARANG AHLI-AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL ANGGOTA DAN KEBAJIKAN PENGARANG EN ABDUL GHAFAR BIN HUSSIN GRAFIK PN SITI NURUL KAMARIL BT AHMAD Aluan Pengerusi 1 Berita Semasa 2 Berita Semasa 3 Laporan Kilang, 4 Laporan Perladangan KOSMA Tourism Sidang Redaksi Kandungan sumbangan kepada anggota yang menunaikan haji, RM7,000 bantuan melancong bagi anggota-anggota yang bukan Islam setelah mereka menunjukkan bukti perjalanan, sebanyak RM240,000 bayaran pampasan kematian kepada 12 orang waris anggota yang meninggal dunia dan lain-lain bantuan yang dihulurkan kepada anggota-anggota dan badan- badan kebajikan dan sukarela di Negeri Pahang. Hotel KOSMA juga telah mendapat sambutan dan meraih keuntungan. Kerana permintaan tinggi terhadap tempat penginapan yang berkos sederhana, maka dipercayai pendapatan hotel ini akan terus menggalakkan dan diharapkan penglibatan KOSMA dalam bidang ini akan terus berkembang maju. KOSMA sedang mengkaji untuk menambah usaha hotel bajet seperti ini dibangunan pejabat lama KOSMA. Akhir kata, harapan saya agar kita semua dapat bersatu hati demi satu tujuan iaitu menjadikan KOSMA jauh lebih baik dan cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya. Marilah kita cari titik persamaan di antara kita, menyelesaikan perbezaan sesama kita dan membuang jauh segala pertentangan dan prasangka di antara kita demi satu tekad, satu semangat dan satu perjuangan untuk memartabatkan KOSMA sebagai Koperasi Terbaik di Malaysia.

Upload: doanquynh

Post on 17-Sep-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERBITAN KE-11 JANUARI 2010 · 2011-02-14 · hari-hari sebelumnya. Selamat tahun ... Sidang Redaksi Kandungan sumbangan kepada anggota yang ... (contoh : adik, abang, ibu/ayah mertua

Aluan PengerusiAssalamualaikum W.B.T.

Per tama-tamanya dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. atas segala limpah rahmat dan innayahNya kepada KOSMA dan kita semua sepanjang tahun 2009 dan hari-hari sebelumnya. Selamat tahun baru Hijriah 1431H, Selamat Tahun Baru 2010M dan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota KOSMA. Semoga tahun baru ini membawa kesejahteraan dan keberkatan yang bertambah-tambah kepada semua. Di samping itu tidak lupa juga saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota KOSMA yang telah lebih dahulu meninggalkan kita.

Bagi tahun 2009, KOSMA telah bergerak dengan maju hingga mendapat anggaran keuntungan kasar sekitar RM60 juta. Diharapkan kemajuan ini dan harga pasaran minyak saw it akan berterusan meningkat supaya KOSMA akan mendapat pulangan lebih lumayan.

KOSMA juga telah dianugerahkan sebagai Koperasi (berskala besar) ke 5 terbaik di Malaysia bagi tahun 2008 berbanding ke 7 terbaik bagi tahun 2007.

Dalam tahun 2009 KOSMA telah melaksanakan Pakej Ransangan anggota berkuatkuasa ke belakang iaitu bermula 21 Jun 2008 yang melibatkan tawaran unit ladang dengan harga RM5,000 seunit kepada 884 orang anggota. Sebahagian pembayaran berjumlah RM3,500 untuk unit tambahan tersebut ditolak terus daripada dividen unit ladang bagi tahun 2008 dan baki sebanyak RM1,500 boleh dibuat pembayaran langsung atau ditolak daripada dividen unit ladang tahun 2009. Bonus syer sebanyak 10,000 unit seorang juga telah di daftarkan kepada semua 1682 orang anggota berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Bagi anggota yang telah sedia memiliki unit syer melebihi 40,000 unit sehingga had pemilikan maksima 50,000 unit, pembayaran baki beza atau keseluruhan jumlah tersebut telah dibuat kepada anggota yang terlibat berjumlah 91 orang. Bermula 22 Disember 2009 pembayaran saguhati sebagai ganti dividen untuk bonus syer tersebut berjumlah RM3,000 (bersamaan 30%) telah dikeluarkan kepada semua anggota KOSMA.

Dalam tahun 2009, KOSMA telah mengeluarkan bayaran sebanyak R M341,070 bag i der masi s wa kepada anak-anak anggota, sebanyak R M 1 2 , 0 0 0 d i k e l u a r k a n b a g i

Bayaran Saguhati Dividen Kepada Anggota-Anggota KOSMAPada mesyuarat lembaga yang bersidang pada bulan November lalu, Anggota Lembaga KOSMA telahpun meluluskan cadangan khas bagi perlaksanaan ‘bayaran gantian dividen’ sebanyak RM3,000 seorang kepada anggota-anggota KOSMA yang terlibat pada tahun 2008 dengan penerbitan syer bonus yang berkuatkuasa 21 Jun 2008. Pembayaran ‘gantian dividen’ ini telah pun dilaksanakan kepada semua anggota KOSMA pada akhir bulan Disember 2009.Walau bagaimanapun, keuntungan terkumpul bagi tahun 2008 tidak terjejas kerana pembayaran dibuat dengan menggunapakai dana yang telah diperuntukkan dalam dua tabung anggota yang telah dibuat dalam tahun 2008 iaitu Kumpulan Wang Tabung Kebajikan Anggota dan Kumpulan Wang Tabung Bantuan Ekonomi Anggota.Jumlah perbelanjaan yang terlibat akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOSMA Ke-28 yang akan datang.

JANUARI 2010TERBITAN KE-11w

ww

.ko

sma

.co

m.m

y

P E N A S I H A TYH DATO’ HJ ABDUL JABBAR BIN HJ IBRAHIM

K E T U A P E N G A R A N GTUAN HAJI MOHAMEDAZAHAR BIN MOHD ALI

TIMBALAN KETUA PENGARANGEN. ABDUL HAMID BIN ABDULLAH

JAWATANKUASA PENGARANGAHLI-AHLI JAWATANKUASAHAL EHWAL ANGGOTA DANKEBAJIKAN

PENGARANGEN ABDUL GHAFAR BIN HUSSIN

GRAFIKPN SITI NURUL KAMARIL BT AHMAD

Aluan Pengerusi 1

Berita Semasa 2

Berita Semasa 3

Laporan Kilang, 4Laporan PerladanganKOSMA Tourism

Sidang Redaksi

Kandungan

sumbangan kepada anggota yang menunaikan haji, RM7,000 bantuan melancong bagi anggota-anggota yang bukan Islam setelah mereka menunjukkan bukti perjalanan, sebanyak RM240,000 bayaran pampasan kematian kepada 12 orang waris anggota yang meninggal dunia dan lain-lain bantuan yang dihulurkan kepada anggota-anggota dan badan-badan kebajikan dan sukarela di Negeri Pahang.

Hotel KOSMA juga telah mendapat sambutan dan meraih keuntungan. Kerana permintaan tinggi terhadap tempat penginapan yang berkos s e d e r h a n a , m a k a d i p e r c ay a i pendapatan hotel ini akan terus menggalakkan dan diharapkan penglibatan KOSMA dalam bidang ini akan terus berkembang maju. KOSMA sedang mengkaji untuk menambah usaha hotel bajet seperti ini dibangunan pejabat lama KOSMA.

Akhir kata, harapan saya agar kita semua dapat bersatu hati demi satu tujuan iaitu menjadikan KOSMA jauh lebih baik dan cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya. Marilah kita cari titik persamaan di antara kita, menyelesaikan perbezaan sesama kita dan membuang jauh segala pertentangan dan prasangka di antara kita demi satu tekad, satu semangat dan satu perjuangan untuk memartabatkan KOSMA sebagai Koperasi Terbaik di Malaysia.

Page 2: TERBITAN KE-11 JANUARI 2010 · 2011-02-14 · hari-hari sebelumnya. Selamat tahun ... Sidang Redaksi Kandungan sumbangan kepada anggota yang ... (contoh : adik, abang, ibu/ayah mertua

muka surat 2

ANGGOTA LEMBAGA M a j l i s P e n e r a n g a n

Program penerangan/taklimat kepada anggota-anggota telah dijalankan sekitar bulan November - Disember 2009 di daerah/negeri seperti jadual yang telah dirangka oleh Jawatankuasa Perhubungan dan Seranta. Seperti tahun-tahun yang lalu, majlis ini diadakan bertujuan bagi mengadakan perjumpaan dengan anggota-anggota KOSMA di seluruh Malaysia di samping memberi penerangan mengenai perkembangan mutakhir Koperasi serta mendapatkan maklum balas daripada anggota-anggota KOSMA.Pelbagai pandangan dan usul daripada anggota diterima oleh pihak Pengurusan terutamanya soal pindahmilik anggota, hal ehwal kebajikan dan khairat

kematian anggota. Anggota juga telah diberi penjelasan secara terperinci mengenai, pembangunan KOSMA, perancangan KOSMA serta Pakej Ransangan yang telah dilaksanakan pada akhir bulan Disember baru-baru ini.

LAWATAN KE KILANGOPF BUKIT SAGU

Jawatankuasa Perancangan Strategik telah menganjurkan Program lawatan ke Kilang OPF Felda di Bukit Sagu pada 20 Oktober 2009. Walau bagaimanapun, ahli jawatankuasa telah dimaklumkan bahawa kilang tersebut masih di bawah projek percubaan MARDI bersama Felda. Mesin yang digunakan pula adalah tidak sesuai untuk memotong pelepah kelapa sawit tetapi lebih sesuai untuk proses biji-bijian seperti jagung dan sebagainya.

Jawatankuasa telah membuat perancangan bagi mengadakan lawatan ke sebuah kilang yang mengambil contoh konsep teknologi daripada MARDI di Sabah.

ANNUAL DINNERKelab KOSMA dan KESUARI telah menganjurkan Majl is Tahunan 2009 yang telah diadakan pada 5 Disember 2009 di The Legend Resort, Cherating, Kuantan. Majlis tersebut dihadiri oleh semua kakitangan Ibu pejabat, Ladang dan Hotel KOSMA, Anggota Lembaga serta mereka yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut.Seramai 9 orang kakitangan KOSMA telah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2009, 12 orang menerima Anugerah Perkhidmatan (melebihi 20 tahun), 3 orang penerima Anugerah Penghargaan ‘Replanting’ serta seorang penerima Anugerah Penghargaan Khas. Acara pada malam tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Brigade Kebudayaan Majlis Perbandaran Kuantan.

Penerima Anugerah PerkhidmatanCemerlang :

Ladang KOSMA1. Encik Dean Majdee bin Abdul Razak2. Encik Muhammad Rodhuan Zohor bin Salim3. Encik Khairul Ikhsan bin Kassim4. Encik Hamzah bin Abdullah5. Encik Nor Azman Shah bin Pilus

Ibu pejabat KOSMA1. Cik Aniza bt Sabjan2. Puan Juliyani bt Ali3. Puan Siti Nurul Kamaril bt Ahmad

KOSMA Tourism Sdn Bhd1. Cik Norazizi bt Ismail

Penerima Anugerah Penghargaan Khas 20091. Cik Eriah bt Shaharuddin

Penerima Anugerah Perkhidmatan20 - 24 Tahun1. Encik Zaharin bin Abu Samah2. Encik Nor Azman Shah bin Pilus3. EncikZainalArifinbinA.Rahman4. Puan Siti Aishah bt Zahari5. Encik Rosdi bin Hanapi6. Puan Juanna bt Abu Kassim7. Puan Norhaidzan bt Hj. Hussin8. Encik Mohd Naim bin Mudzahar

Penerima Anugerah Perkhidmatan 25 tahun ke Atas1. Encik Isamuddin bin Sabaruddin2. Encik Md. Zamri bin Mohd Said3. Encik Safruddin bin Abu Samah4. Puan Fatimah bt Hj. Dol

A n u g e r a h P e n g h a r g a a n ‘Replanting’1. Encik Mohd Naim bin Mudzahar2. Encik Mohd Razuan bin Mustapha Kamar3. Encik Mohd Razali bin Yusof

KOSMA2009

Page 3: TERBITAN KE-11 JANUARI 2010 · 2011-02-14 · hari-hari sebelumnya. Selamat tahun ... Sidang Redaksi Kandungan sumbangan kepada anggota yang ... (contoh : adik, abang, ibu/ayah mertua

Atas dasar prihatin, pada 17 Disember 2009 yang lalu, pihak Pengurusan KOSMA telah menziarahi Majlis Tahlil keluarga Encik Samsuri Maulana yang kehilangan 4 orang anak termasuksepasang kembar di tali air di ladang kelapa sawit, Kota Shahbandar baru-baru ini. YH Dato’ Haji Abdul Jabbar bin Haji Ibrahim dan pihak pengurusan telah menziarahi keluarga tersebut di Felda Keratong 3 di samping memberi sumbangan berjumlah RM2,500 bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut.

muka surat 3

Bagi tahun 2009 ini seramai 24 orang anggota-anggota KOSMA yang telah meninggal dunia seperti berikut:

Senarai Anggota Meninggal Dunia Bagi Tahun 2009

Perhatian !

Masjid KOSMA & Rumah Pekerja

Sehingga akhir tahun 2009, kerja-kerja pembinaan masjid masih dijalankan dan struktur luaran bahagian masjid telah siap pembinaannya. Pihak pentadbiran sentiasa memantau kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor.

Manakala projek pembinaan 6 blok x 4 unit Rumah Pekerja di Ladang Sungai Kepasing, Ladang KOSMA sedang dilaksanakan dan tahap pembinaannya masih di peringkat pembinaan struktur asas.

Sepintas Lalu

Shanan Kaur A/P Mangal Singh 2714 13.01.09Kadir bin Yusoh 2095 04.02.09Daud bin Chu 2141/2826 24.04.09Ngoh Poh Kwan 1854/2825 22.01.09Siteh bt Jaafar 0451/2820 19.04.09Ibrahim bin Jabar 1057/2827 02.04.09Ghazali bin Mat Salleh 1425/2828 27.02.09Abdullah bin Jamin 1505 18.06.09Balbir Singh A/L Pula Singh 1856 22.02.09Wan Mansor bin Wan Dewa 1121 21.05.09MatPiah@MdHanafiahbinIbrahim 2005 06.07.09Mohamed bin Abdullah 1736 19.07.09Abdullah bin Osman 0112 25.07.09S.K. Mahalingam 1849 12.08.09Othman bin Salam 0147 23.09.09Abdul Rahman bin Ibrahim 0512 22.11.09Shahbudin bin Mat Yudin 1059 20.11.09Mohamad Nadzri b Mohd Ali 2106 18.09.09Utam Singh A/L Pertab Singh 1620 07.10.09Rokeah bt Baharuddin 1583 08.11.09Hj Sahak bin Hj Chik 2405 20.09.09Mohd Najmi bin Mahmud 2654 23.06.09Ali bin Hj Ahmad 2764 24.10.09Abdul Khalil bin Ismail 2145 24.12.09

TarikhMeninggal

No. AnggotaNama Anggota

K e j o h a n a n TENPINBOWLING KOSMA

Pada 21 Disember 2009, KOSMA telah mengadakan

Kejohanan Bowling di Premium Lanes Kuantan Plaza, Kuantan.

Seramai 65 kakitangan Ibu pejabat dan ladang hadir bagi menyertai dan memeriahkan

lagi perlawanan tersebut. Kejohanan bowling ini turut

disertai oleh Pengerusi KOSMA, YH Dato’ Haji Abdul Jabbar

bin Haji Ibrahim.

Selaras dengan UUK yang telah diluluskan pada Januari 2007, di bawah peraturan UUK 17, takrif ‘keluarga terdekat’ telah dipinda kepada ‘suami/isteri’, Ibu bapa dan anak sahaja. Oleh yang demikian, anggota yang telah mengemukakan penama sebelum pindaan UUK 2007 dan bercanggah dengan pindaan tersebut (contoh : adik, abang, ibu/ayah mertua dll) adalah dikehendaki mengemukakan Borang penama yang baru untuk memudahkan sebarang urusan pindahmilik dilakukan di masa-masa akan datang.

Page 4: TERBITAN KE-11 JANUARI 2010 · 2011-02-14 · hari-hari sebelumnya. Selamat tahun ... Sidang Redaksi Kandungan sumbangan kepada anggota yang ... (contoh : adik, abang, ibu/ayah mertua

muka surat 4

KILANG KOSMA

Laporan Hotel Pendapatan VS Perbelanjaan( Januari - Disember 2009)

L A P O R A N

Bulan

Januari

Februari

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Disember

Jumlah

Pengeluaran Sebenar (m.t)

24,169.64

20,441.85

21,112.43

18,607.47

17,928.57

18,983.42

20,334.46

22,974.69

23,118.05

28,719.56

25,670.20

22,364.32

264,424.66

Jualan (RM)

7,131,844.27

6,237,364.24

6,923,765.96

7,300,950.56

8,506,500.56

8,126,836.77

7,293,405.56

9,679,765.12

8,729,412.33

10,780,300.83

9,518,897.01

9,434,717.37

99,753,760.58

Laporan PerladanganHasil Pengeluaran dan Jualan BTB

( JAN - DIS 2009) Sehingga bulan September 2009,

jumlah pemerosesan BTB bagi suku

tahun pertama ialah sebanyak 54,530

mt, suku tahun kedua ialah 44,870 mt.,

manakala suku tahun ketiga berjumlah

55,080 mt. Ini menjadikan jumlah

keseluruhan pemerosesan BTB sehingga

bulan September 2009 sebanyak

154,480 mt. Jualan keseluruhan

sehingga September 2009 berjumlah

RM66,635,567 manakala untung kasar

dicatatkan ialah sebanyak RM5,229,029.

Keuntungan Operasi sebelum cukai

berjumlah RM2,023,123.

Pendapatan

Perbelanjaan

Lebihan/Kekurangan

Jumlah Bilik

Peratus Jualan

DIS JuMLAhNOv.OKT.SePT.OgOSJuLAIJuNMeIAPRILMACFeBJAN

35,620

19,768

15,852

527

94.4%

29,242

24,370

4,872

462

91.7%

34,376

31,371

3,005

525

94.1%

36,227

234,886

(198,657)

540

100%

89,741

24,945

64,796

560

100.4%

34,520

75,456

(40,936)

523

96.9%

32,616

32,771

(155)

534

95.7%

36,131

25,775

10,356

527

94.4%

28,335

22,215

6,120

442

81.91%

36,430

21,756

14,674

567

101.6%

32,721

26,047

6,676

516

95.6%

45,139

18,258

26,881

557

99.8%

471,098

557,617

(86,520)

6,280

95.59%

Nota : RM 168, 300 dibayar oleh KOSMA Tourism Sdn Bhd kepada Koperasi Serbausaha Makmur Berhad pada tahun 2009.