terbaharu dalam pasaran judul buku · pdf filecerpen hati yang terusik peter augustine goh...

1
BIDANG: KESUSASTERAAN MATA HATI Radzemah Bolhassan ISBN 983-62-9098-2 RM12.00 # 170 hlm. M ATA Hati mengisahkan Maimunah dan Maisarah, dua orang bersau- dara kembar yang hampir seiras tetapi berbeza hati dan perwatakan. Maimunah yang agresif sering menimbulkan masa- lah kepada Maisarah yang lembut. Kemuncak kemelut mereka timbul dise- babkan teman internet bernama Periuk. Kisah pertelingkahan dua beradik ini ber- panjangan apabila Maisarah pula terlibat dalam kemalangan. Dapatkah Maimunah menebus kesilapannya? Ikutilah kesu- dahan kisah Maimunah dan Maisarah dalam novel yang menarik ini. Kumpulan Cerpen FAJAR MERAH DI LEMBAH RINGAT Buang Haji Umar ISBN 983-62-9000-1 RM25.00 # 372 hlm. M ENGHIMPUNKAN 18 buah cer- pen karya penulis Sarawak yang memaparkan pergolakan yang dialami oleh masyarakat setempat serta lontaran kebimbangan, kegusaran serta protes halus terhadap golongan yang cuba menangguk atas nama kemajuan. AHMAD KOTOT Penulis novel hikayat Anwar Ridhwan ISBN 983-62- 9050-8 RM10.00 # 83 hlm. MEMBICARAKAN riwayat hidup Ahmad Kotot dan sumbangannya terha- dap kesusasteraan Melayu moden yang berlatar belakang sejarah Semenanjung dari kira-kira tahun 1900 hingga tahun 1920-an. Ahmad Kotot merupakan penga- rang novel hikayat yang terkenal seperti Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan dan Yazid Asyik Maksyuk akan Zamrud. TEATER MODEN SABAH 1946 HINGGA 1980-an Laliman Kemad ISBN 983-62- 9047-8 RM15.00 # 133 hlm. M EMBICARAKAN sejarah perkembangan teater di Sabah dari tahun 1946 hing- ga tahun 1980-an yang menyentuh konsep dan definisi, latar belakang perkembangan, karya-karya penting dan tokoh-tokohnya, perubahan pada pembangunan karya tersebut dan sejarah pada setiap dekad perkembangannya. Kumpulan Cerpen HATI YANG TERUSIK Peter Augustine Goh ISBN 983-62- 9072-9 RM13.00 # 156 hlm. H IMPUNAN 16 buah cerpen yang menyentuh kehidupan manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan Tuhan yang men- gan-dungi pelbagai tema dan persoalan. Hati Yang Terusik, salah sebuah cer- pen yang mengisahkan seorang bekas nelayan tua, Aliman yang telah kematian isteri merasa kecewa dan insaf di atas perbuatannya yang mengabaikan tang- gungjawab terhadap keluarga dan anak- anaknya sehinggakan mereka terjebak dalam jenayah. Ikutilah kesudahan kisah yang penuh pengajaran dan menyayat hati ini selanjutnya. MEMOIR ANAK SISA PEPERANGAN R.M.Jasni ISBN 983-62- 9001-X RM22.00 # 222 hlm. S EBUAH memoir yang menceritakan pahit manis kehidupan zaman Pepe- rangan Dunia Kedua sewaktu pemerin- tahan Jepun di Sandakan, Sabah. Dalam memoir ini, pembaca dapat menghayati penglibatan penulis dalam bidang politik sehinggalah menjadi tokoh yang tersohor dalam bidang penulisan. THE MORNING POST A.SAMAD SAID National Laureate Penterjemah Hawa Abdullah ISBN 983-62- 2803-9 RM43.00 # 656 hlm. B UKU yang diterbitkan semula de- ngan wajah baru ini merupakan salah sebuah novel popular karya A. Samad Said. Novel ini menggambarkan kehidupan penulis sebelum zaman perang yang tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan perkembangan dunia kewartawa- nan yang berlaku pada zaman tersebut. BIDANG: BAHASA RAJA DONAI BAHTERA KULIT KACANG Zakaria Hitam Disusun semula dan diseleng- garakan oleh Yaakub Isa ISBN 983-62- 9058-3 RM25.00 # 299 hlm. B UKU yang dipetik daripada salah sebuah cerita penglipur lara yang ter- kenal di negeri Pahang ini, mengisahkan fenomena cinta tiga segi antara Raja Untut dan bekas tunangnya, Raja Donai. Permusuhan Raja Untut dengan Raja Donai itu berlarutan hingga ke medan pertempuran yang sengit. Berjayakah Raja Untut menewaskan Raja Donai yang mempunyai kesaktian yang tinggi? Ikutilah kesudahan kisah klasik yang menarik ini selanjutnya. GLOSARI PENDIDIKAN JILID 2 Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu-Huraian Bahasa Melayu- Bahasa Inggeris DBP ISBN 983-62- 9070-2 RM13.00 # 102 hlm. G LOSARI ini mengandungi 435 isti- lah sumber (bahasa Inggeris/BI) dan 437 istilah sasaran (bahasa Melayu/BM) yang terdiri daripada subbidang, iaitu fal- safah pendidikan, psikologi pendidikan, kurikulum pendidikan, pendidikan khas, pengujian, pengukuran dan penilaian, pedagogi pendidikan dan teknologi pen- didikan. BIDANG: SAINS DAN TEKNOLOGI SEKSUALITI MANUSIA Keharmonian jalinan antara jantina Edisi Kedua Hatta Sidi, Mohamed Hatta Shahrom, Ramli Hassan ISBN 983-62- 8790-6 RM30.00 # 246 hlm. P ENGETAHUAN tentang seksualiti manusia yang tepat amat penting untuk kesejahteraan rumah tangga dan keharmonian masyarakat khususnya. Dalam edisi baharu ini terdapat tamba- han banyak fakta dan maklumat hasil kajian dari aspek biologi, kemasyarakatan dan kerohanian. Sesuai dijadikan rujukan dan panduan untuk melahirkan keluarga bahagia dan generasi yang gemilang. PENGENALAN PARASITOLOGI PERUBATAN Noor Hayati Mohd. Isa ISBN 983-62- 8698-5 RM35.00 # 297 hlm. B UKU ini mengandungi maklumat asas tentang parasitologi perubatan. Antara bidang yang dibincangkan ialah parasit patogen yang terdapat pada manu- sia dan morfologi parasit yang ditemui dalam spesimen pesakit. Sesuai dijadikan sebagai buku panduan untuk para pelajar perubatan dan pengamal perubatan. Halaman Enam BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006 BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006 Halaman Tujuh JUDUL BUKU TERBAHARU 2006 PERLU DIMILIKI BH PILIH L6 17 emel SORROW BEHIND THE SMILES Notes on a huma- nitarian journey by Mohamed Hatta Shaharom ISBN 983-62-8900-3 RM100.00 # 345 hlm. S ORROW Behind The Smiles adalah sebuah catatan perjalanan kemanu- siaan melalui tanah dara- tan yang menggambarkan kesengsaraan akibat kemus- nahan yang berlaku kesan daripada kerosakan yang dilakukan oleh manusia dan bencana alam semula jadi. Buku ini merupakan kisah benar pengalaman penulis serta Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dan ahli sukarelawan MERCY Malaysia dalam menjalankan kerja- kerja bantuan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa peperangan yang berlaku di negara Iraq, Kosovo, Afghanistan dan Iran. TERBAHARU DALAM PASARAN SIRI BACALAH TENTANG S IRI ini memperkenalkan kepada kanak-kanak karya bukan fiksyen untuk meningkatkan kefasihan membaca dan menggabungkan teks naratif, bahasa yang mudah difahami serta format yang senang diikuti. Sesuai untuk tahap pembacaan terkawal, kapsyen dan label mudah, panduan sebutan bagi perkataan sukar, peta dan jadual,ilustrasi besar dan menarik serta glosari dan indeks interaktif. HARGA SENASKHAH RM11.00 17SH006A.indd 1 4/15/06 3:44:24 AM

Upload: phamkhanh

Post on 13-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERBAHARU DALAM PASARAN JUDUL BUKU · PDF fileCerpen HATI YANG TERUSIK Peter Augustine Goh ISBN 983-62-9072-9 RM13.00 # 156 ... keharmonian masyarakat khususnya. Dalam edisi baharu

BIDANG: KESUSASTERAAN

MATA HATIRadzemah BolhassanISBN 983-62-9098-2RM12.00 # 170 hlm.

MATA Hati mengisahkan Maimunah dan Maisarah, dua orang bersau-

dara kembar yang hampir seiras tetapi berbeza hati dan perwatakan. Maimunah yang agresif sering menimbulkan masa-lah kepada Maisarah yang lembut. Kemuncak kemelut mereka timbul dise-babkan teman internet bernama Periuk. Kisah pertelingkahan dua beradik ini ber-panjangan apabila Maisarah pula terlibat dalam kemalangan. Dapatkah Maimunah menebus kesilapannya? Ikutilah kesu-dahan kisah Maimunah dan Maisarah dalam novel yang menarik ini.

Kumpulan Cerpen FAJAR MERAH DI LEMBAH RINGATBuang Haji UmarISBN 983-62-9000-1RM25.00 # 372 hlm.

MENGHIMPUNKAN 18 buah cer-pen karya penulis Sarawak yang

memaparkan pergolakan yang dialami oleh masyarakat setempat serta lontaran kebimbangan, kegusaran serta protes halus terhadap golongan yang cuba menangguk atas nama kemajuan.

AHMAD KOTOTPenulis novel hikayatAnwar RidhwanISBN 983-62-9050-8RM10.00 # 83 hlm.

MEMBICARAKAN riwayat hidup Ahmad Kotot dan sumbangannya terha-dap kesusasteraan Melayu moden yang berlatar belakang sejarah Semenanjung dari kira-kira tahun 1900 hingga tahun 1920-an. Ahmad Kotot merupakan penga-rang novel hikayat yang terkenal seperti Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan dan Yazid Asyik Maksyuk akan Zamrud.

TEATER MODEN SABAH1946 HINGGA 1980-anLaliman KemadISBN 983-62-9047-8RM15.00 # 133 hlm.

MEMBICARAKAN sejarah perkembangan teater di Sabah dari tahun 1946 hing-

ga tahun 1980-an yang menyentuh konsep dan definisi, latar belakang perkembangan, karya-karya penting dan tokoh-tokohnya, perubahan pada pembangunan karya tersebut dan sejarah pada setiap dekad perkembangannya.

Kumpulan CerpenHATI YANG TERUSIKPeter Augustine GohISBN 983-62-9072-9RM13.00 # 156 hlm.

HIMPUNAN 16 buah cerpen yang menyentuh kehidupan manusia

dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan Tuhan yang men-gan-dungi pelbagai tema dan persoalan. Hati Yang Terusik, salah sebuah cer-pen yang mengisahkan seorang bekas nelayan tua, Aliman yang telah kematian isteri merasa kecewa dan insaf di atas perbuatannya yang mengabaikan tang-gungjawab terhadap keluarga dan anak-anaknya sehinggakan mereka terjebak dalam jenayah. Ikutilah kesudahan kisah yang penuh pengajaran dan menyayat hati ini selanjutnya.

MEMOIR ANAK SISA PEPERANGANR.M.JasniISBN 983-62-9001-XRM22.00 # 222 hlm.

SEBUAH memoir yang menceritakan pahit manis kehidupan zaman Pepe-

rangan Dunia Kedua sewaktu pemerin-tahan Jepun di Sandakan, Sabah. Dalam memoir ini, pembaca dapat menghayati penglibatan penulis dalam bidang politik sehinggalah menjadi tokoh yang tersohor dalam bidang penulisan.

THE MORNING POSTA.SAMAD SAIDNational LaureatePenterjemah Hawa AbdullahISBN 983-62-2803-9RM43.00 # 656 hlm.

BUKU yang diterbitkan semula de-ngan wajah baru ini merupakan

salah sebuah novel popular karya A. Samad Said. Novel ini menggambarkan kehidupan penulis sebelum zaman perang yang tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan perkembangan dunia kewartawa-nan yang berlaku pada zaman tersebut.

BIDANG: BAHASA

RAJA DONAI BAHTERA KULIT KACANGZakaria HitamDisusun semula dan diseleng-garakan oleh Yaakub IsaISBN 983-62-9058-3RM25.00 # 299 hlm.

BUKU yang dipetik daripada salah sebuah cerita penglipur lara yang ter-

kenal di negeri Pahang ini, mengisahkan fenomena cinta tiga segi antara Raja Untut dan bekas tunangnya, Raja Donai. Permusuhan Raja Untut dengan Raja Donai itu berlarutan hingga ke medan pertempuran yang sengit. Berjayakah Raja Untut menewaskan Raja Donai yang mempunyai kesaktian yang tinggi? Ikutilah kesudahan kisah klasik yang menarik ini selanjutnya.

GLOSARI PENDIDIKAN JILID 2Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu-HuraianBahasa Melayu-Bahasa InggerisDBPISBN 983-62-9070-2RM13.00 # 102 hlm.

GLOSARI ini mengandungi 435 isti-lah sumber (bahasa Inggeris/BI) dan

437 istilah sasaran (bahasa Melayu/BM) yang terdiri daripada subbidang, iaitu fal-safah pendidikan, psikologi pendidikan, kurikulum pendidikan, pendidikan khas, pengujian, pengukuran dan penilaian, pedagogi pendidikan dan teknologi pen-didikan.

BIDANG: SAINS DAN TEKNOLOGI

SEKSUALITI MANUSIA Keharmonian jalinan antara jantinaEdisi KeduaHatta Sidi, Mohamed Hatta Shahrom, Ramli HassanISBN 983-62-8790-6RM30.00 # 246 hlm.

PENGETAHUAN tentang seksualiti manusia yang tepat amat penting

untuk kesejahteraan rumah tangga dan keharmonian masyarakat khususnya. Dalam edisi baharu ini terdapat tamba-han banyak fakta dan maklumat hasil kajian dari aspek biologi, kemasyarakatan dan kerohanian. Sesuai dijadikan rujukan dan panduan untuk melahirkan keluarga bahagia dan generasi yang gemilang.

PENGENALAN PARASITOLOGI PERUBATANNoor Hayati Mohd. IsaISBN 983-62-8698-5RM35.00 # 297 hlm.

BUKU ini mengandungi maklumat asas tentang parasitologi perubatan.

Antara bidang yang dibincangkan ialah parasit patogen yang terdapat pada manu-sia dan morfologi parasit yang ditemui dalam spesimen pesakit. Sesuai dijadikan sebagai buku panduan untuk para pelajar perubatan dan pengamal perubatan.

Halaman Enam BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006 BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006 Halaman Tujuh

JUDUL BUKU TERBAHARU 2006 PERLU DIMILIKI

BH PILIH L6 17 emel

SORROW BEHIND THE SMILESNotes on a huma-nitarian journey by Mohamed Hatta ShaharomISBN 983-62-8900-3RM100.00 # 345 hlm.

SORROW Behind The Smiles adalah sebuah

catatan perjalanan kemanu-siaan melalui tanah dara-tan yang menggambarkan kesengsaraan akibat kemus-nahan yang berlaku kesan daripada kerosakan yang dilakukan oleh manusia dan bencana alam semula jadi. Buku ini merupakan kisah benar pengalaman penulis serta Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dan ahli sukarelawan MERCY Malaysia dalam menjalankan kerja-kerja bantuan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa peperangan yang berlaku di negara Iraq, Kosovo, Afghanistan dan Iran.

TERBAHARU DALAM PASARAN

SIRI BACALAH TENTANG

SIRI ini memperkenalkan kepada kanak-kanak karya bukan fiksyen untuk meningkatkan kefasihan membaca dan menggabungkan teks naratif,

bahasa yang mudah difahami serta format yang senang diikuti. Sesuai untuk tahap pembacaan terkawal, kapsyen dan label mudah, panduan sebutan bagi perkataan sukar, peta dan jadual,ilustrasi besar dan menarik serta glosari dan indeks interaktif.

HARGA SENASkHAH RM11.00

17SH006A.indd 1 4/15/06 3:44:24 AM