adik-adikku (augustine, steve dan francis eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...pont kbidaist...

24

Upload: hahuong

Post on 07-Aug-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq
Page 2: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK

P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

liii! llllINglqq 1000246028 SEJAUH MANAKAH AKHBAR TEMPATAN MEMBUAT LIPUTAN MENGENAI ISU-ISU PILIHAN RAYA?: SATU

KAJIAN KES PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK 1996.

ANDRICK AK PENGARAH

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada

syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian Kajian Komunikasi (SmSS)

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

Page 3: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

Ku persembahkan kejayaan ini khas untuk...

Ayah dan ibu, yang banyak berkorban demi kejayaan ini.

Datuk dan nenek, yang sentiasa memberi galakan dan dorongan.

Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer),

semoga kejayaan ini menjadi dorongan buat kalian untuk terus maju dalam hidup.

Saudara-maraku, terima kasih atas sokongan dan bantuan semua dan ia menjadi pendorong buat ku.

Rakan-rakanku, sokongan kalian tidak akan ku lupakan.

Page 4: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

PENGHARGAAN

Kajian ini adalah kajian untuk melihat bagaimana akhbar tempatan negeri Sarawak membuat liputan mengenai isu-isu pilihan umum DUN Sarawak 1996 yang lalu. Dengan terhasilnya kajian ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama, pandangan dan sokongan kepada saya.

Ucapan terima kasih ini ditujukan khas kepada Prof Sh Mariam Syed Mansor kerana telah memberi pendapat dan sokongan beliau dalam kajian ini. Saya juga ingin merakamkan rasa terima kasih kepada Prof Dr Shawaluddin Anis, Dekan Pusat Pengajian Bahasa dan Komunikasi (PPBK) dan En Neilson Ilan Mersat kerana banyak memberikan cadangan dan pandangan untuk memantapkan lagi kajian ini.

Terima kasih juga kepada pensyarah Kajian Komunikasi, En Rosli Ismail dan keluarga, En Afendy Jaraee, Cik Noorma Ismail dan semua kakitangan Fakulti Sains Sosial (FSS) dan PPBK atas bantuan yang diberikan.

Saya juga ingin merakamkan rasa terima kasih kepada semua pegawai SPR yang banyak membantu memberikan maklumat mengenai keadaan pengundian di Sarawak terutamanya kepada, En Wan Alwi Datuk Wan Hashim. Selain itu, terima kasih juga kepada rakan wartawan yang turut memberikan pandangan mereka mengenai keadaan kempen pilihan raya terbabit.

Akhir sekali, kepada ayah dan ibu, adik-adik, saudara-mara dan rakan-rakan yang terbabit secara langsung atau tidak, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas bantuan dan sokongan moral yang diberikan.

Terima kasih semuanya.

ANDRICK PENGARAH Kajian Komunikasi

Universiti Malaysia Sarawak 1997.

i

Page 5: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

SENARAI SINGKATAN

PBB - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu SNAP - Sarawak National Party SUPP - Sarawak United People's Party PBDS - Parti Bansa Dayak Sarawak DAP - Democratic Action Party STAR - State Reform Party Sarawak PM- The People's Mirror ST - Sarawak Tribune BP - Borneo Post US - Utusan Sarawak ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri DUN - Dewan Undangan Negeri BN - Barisan Nasional SPR - Suruhanjaya Pilihan Raya

ii

Page 6: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

ABSTRACT

This research was done in order to get the picture of how issues regarding Sarawak state election 1996 were covered in the local newspapers. Newspapers such as Sarawak Tribune (ST), Borneo Post (BP), The People's Mirror (PM) and Utusan Sarawak (US) were selected for this research. Overall, this research covered the tendency of item, orientation of the item, focus of the item, format of the item, political party that highlighted, personality and image which were highlighted in the newspapers chosen. Therefore, contents analysis was used to measure the item and agenda-setting theory was applied. Sample had taken were from 27th August 1996 during the nomination day until the last day of pooling, 9th September 1996. Findings show that local newspapers published more positive item on BN candidates and leaders. It also shows that local newspapers published a lot of item that aimed to inform and persuade rather than to educate. Besides that, these newspapers publish items involving candidates and party's leaders with positive image. This might be due to by the aim of the particular newspaper that is to support the BN candidates and its component party.

iv

Page 7: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

SENARAI JADUAL

halaman

Jadual 1.0 menunjukkan format item yang disiarkan olek keempat-empat akhbar yang dikaji semasa pilihan raya umum DUN Sarawak 1996 ............................ 66

Jadual 1.1 menunjukkan sumber maklumat item yang disiarkan oleh keempat-empat akhbar yang dikaji semasa pilihan raya umum DUN Sarawak 1996 ............................................................................................................... 68

Jadual 1.2 menunjukkan isu-isu yang disiarkan oleh keempat-empat akhbar yang dikaji semasa pilihan raya umum DUN Sarawak 1996 ............................ 69

Jadual 1.3 menunjukkan parti politik yang ditonjolkan oleh keempat- empat akhbar dikaji semasa pilihan raya umum DUN Sarawak 1996 ..........................

71

Jadual 1.4 menunjukkan personaliti yang ditonjolkan oleh keempat- empat akhbar yang dikaji semasa pilihan raya umum DUN Sarawak 1996 .............................................................................................................................. 73

Jadual 1.5 menunjukkan personaliti dan imej yang digambar oleh keempat-empat akhbar yang dikaji semasa pilihan raya umum DUN Sarawak 1996 ............................................................................................................... 74

Jadual 1.6 menunjukkan kecondongan item dengan parti politik yang ditonjolkan oleh keempat-empat akhbar yang dikaji semasa pilihan raya umum DUN Sarawak 1996 .................................................................................

76

Jadual 1.7 menunjukkan parti politik dengan isu yang ditonjolkan oleh keempat akhbar yang dikaji semasa pilihan raya umum DUN Sarawak 1996 ..............................................................................................................

78

V

Page 8: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

SENARAI RAJAH halaman

Rajah 1.0 menunjukkan jumlah keseluruhan item yang disiarkan oleh keempat-empat akhbar yang dikaji semasa pilihan raya umum DUN Sarawak 1996 ..................................................................................................... 60

Rajah 1.1 menunjukkan kecondongan item yang disiarkan oleh keempat-empat akhbar yang dikaji semasa pilihan raya umum DUN Sarawak 1996 ..................................................................................................... 62

Rajah 1.2 menunjukkan orientasi item yang disiarkan oleh keempat-empat akhbar yang dikaji semasa pilihan raya umum DUN Sarawak 1996

..................................................................................................... 64

Rajah 1.3 menunjukkan sasaran item yang disiarkan oleh keempat- empat akhbar yang dikaji semasa pilihan raya umum DUN Sarawak 1996 ............................................................................................................... 65

VI

Page 9: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

Pusqt Khidmst Makluipat Akademlk u1VIVERSITi MALAYSIA SARAWAK

SENARAI KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN PENGHARGAAN

................................................................. i SENARAI SINGKATAN

...................................................... ii ABSTRAK

.......................................................................... iii ABSTRACT

........................................................................ iv SENARAI JADUAL

............................................................. v SENARAI RAJAH

.............................................................. vi SENARAI KANDUNGAN

.................................................. vii

BAB I: PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan ................................................................... 1

1.1 Fungsi Media Massa ......................................................

6 1.2 Kemunculan Akhbar

..................................................... 9 1.3 Sejarah Perkembangan Penerbitan Akhbar di Malaysia .... 10 1.4 Latarbelakang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan

Negeri Sarawak .......................................................... 12

1.5 Permasalahan Kajian ...................................................

15 1.6 Kesignifikanan Kajian

................................................. 17

1.7 Objektif Kajian ...........................................................

18 1.8 Rasional Kajian

........................................................... 19

BAB 11 : RENSENSI PEMBACAAN

2.0 Pendahuluan ............................................................... 21

2.1 Rensensi Pembacaan ....................................................

21 2.2 Kerangka Teori ...........................................................

31

BAB III : METODOLOGI

3.0 Pendahuluan ............................................................... 37

3.1 Metodologi ................................................................. 3 8

3.2 Populasi Kaj ian ............................................................ 41

3.3 Sampel Kaj ian .............................................................. 43

VII

Page 10: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

3.4 Unit Analisis ................................................................ 43 3.5 Takrifan Kendalian ...................................................... 44

3.5.1 Akhbar .............................................................. 44 3.5.2 Kecondongan Item .............................................. 44 3.5.3 Orientasi Item .................................................... 46 3.5.4 Sasaran Item ...................................................... 49 3.5.5 Format Item

....................................................... 49

3.5.6 S umber Maklumat ..............................................

49 3.5.7 Isu Yang D ibangkitkan

........................................ 50 3.5.8 Parti Politik Yang Ditonjolkan .............................

54 3.5.9 Kebolehpercayaan Antara Pengkod .......................

55

3.6 Analisis Data .................................................................. 57

BAB IV: HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan .................................................................

58 4.1 Hasil Kajian

............................................................... 59

4.1.1 Kecondongan Item ............................................. 60

4.1.2 Orientasi Item ....................................................

61 4.1.3 Sasaran Item ......................................................

63 4.1.4 Format Item ......................................................

66 4.1.5 Sumber Maklumat

.............................................. 67

4.1.6 IsuYangDibangkitkan .........................................

69 4.1.7 Parti Politik Yang Ditonjolkan ............................

70 4.1.8 Personaliti Yang Ditonjolkan ...............................

72 4.1.9 Imej Personaliti Yang Ditonjolkan .......................

74 4.1.10 Kecondongan Item Dengan Parti Politik

Yang Ditonjolkan ............................................

75 4.1.11 Parti Politik Dengan Isu Yang Ditonjolkan ......... 77

4.2 Perbincangan .............................................................. 79

4.2.1 Kecondongan Item ............................................. 79

4.2.2 Orientasi Item .................................................... 80

4.2.3 Sasaran Item ...................................................... 81

4.2.4 Format Item ...................................................... 82

4.2.5 Sumber Maklumat ............................................. 83

4.2.6 Isu Yang Ditonj olkan ......................................... 84

VIII

Page 11: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

4.2.7 Parti Politik Yang Ditonjolkan ............................ 86 4.2.8 Personaliti Yang Ditonjolkan ..............................

86 4.2.9 Imej Personaliti Yang Ditonjolkan .......................

87 4.2.10 Kecondongan Item Dengan Parti Politik ............ 89 4.2.11 Parti Politik Dengan Isu Yang Ditonjolkan ......... 90

0

BAB V: KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan ............................................................... 91

5.1 Kesimpulan ................................................................ 91

5.1.1 Kecondongan Item ............................................. 91

5.1.2 Orientasi Item ...................................................

92 5.1.3 Sasaran Item

..................................................... 93

5.1.4 Format Item ..................................................... 93

5.1.5 Sumber Maklumat ............................................

94 5.1.6 Isu Yang Ditonjolkan

......................................... 94

5.1.7 Parti Politik Yang Ditonjolkan ............................ 95

5.1.8 Personaliti Yang Ditonjolkan .............................. 96

5.1.9 Imej Personaliti Yang Ditonjolkan ....................... 96

5.1.10 Kecondongan Item Dengan Parti Politik ............ 99

5.1.11 Parti Politik Dengan Isu Yang Ditonjolkan ........ 100

5.2 Cadangan .................................................................

101

BIBLIOGRAFI ....................... ................................... ................ 102

LAMPIRAN

IX

Page 12: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bidang komunikasi memang memainkan peranan penting dalam proses

pembangunan sesebuah negara. Kini ia menjadi keperluan utama dalam usaha untuk

mencapai tujuan ini. Selain itu, ia turut memainkan peranan penting untuk

mewujudkan kesedaran tentang keadaan politik, ekonomi dan sosial di kalangan

khalayaknya.

Kemajuan sistem komunikasi massa sesebuah negara biasanya berhubungkait

dengan pembangunan sosio-ekonomi dan politik sesebuah negara. Menyedari hakikat

ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1958 telah menyeru agar diadakan

suatu program dengan pelbagai tindakan konkrit untuk memajukan kemudahan akhbar,

radio, perfileman dan televisyen di negara-negara yang sedang mengalami proses

pembangunan ekonomi dan sosial terutamanya negara-negara sedang membangun

(Wells, 1974: 3)

I

Page 13: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

2

Perkembangan pesat bidang komunikasi dan teknologi maklumat kini, sedikit

sebanyak menjadi momentum kepada kemajuan negara. Malaysia tidak terkecuali

mengalami dan menikmati perkembangan ini dengan mengimport pelbagai teknologi

moden bagi menampung keperluan negara ke arah menjadi sebuah negara maju.

Ledakan modenisasi media komunikasi kini juga merupakan satu petanda bahawa

media massa, sama ada media cetak atau elektronik semakin penting selaras dengan

kemajuan masyarakat moden untuk mendapatkan maklumat terkini. Malah kesedaran

ini menjadi perintis kepada kerajaan untuk menubuhkan Koridor Raya Multimedia

(MSC) di negara ini (Berita Harian, 21 Februari 1997). Ini kerana kerajaan sedar

pentingnya industri maklumat pada masa hadapan bagi merealisasikan Wawasan 2020

untuk mewujudkan sebuah negara maju yang ideal dari aspek teknologi, budaya dan

pembangunan masyarakat.

Tidak dapat dinafikan, media massa turut memainkan peranan penting dalam

membangunkan masyarakat kerana dengan adanya media massa, masyarakat dapat

membaca, mendengar dan melihat segala maklumat yang disampaikan, sama ada

maklumat itu mendatangkan kesan baik atau sebaliknya. Menurut Holmgren (1972: 1)

" ... Media are communication channel that serve people. The mass media - newspapers, books, magazines, radio, television and films are channel which address their massages to anyone who chooses to read, listen and watch. "

(dipetik darf Jaraee, 1995: 5).

Page 14: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

3

Kebanyakan individu pasti akan meluangkan masa dan waktu untuk mendapatkan

maklumat dan berita yang mereka inginkan dari media massa. Keperluan terhadap

media massa bukan lagi merupakan bahan sampingan tetapi satu keperluan yang tidak

dapat dielakkan. Malah, kewujudan masyarakat moden terbentuk setelah adanya

media massa selepas zaman revolusi industri. Media massa dianggap segala-galanya

untuk orang ramai (Severin & Tankard Jr., 1988: 304).

Bagi memahami lebih mendalam mengenai media massa, terdapat pelbagai definisi

telah dibuat. Menurut Gould dan Kolb (1964), media massa adalah komunikasi yang

bersifat "impersonal" di mana perutusannya disampaikan kepada penerima sama ada

dibaca, dilihat atau didengar. Komunikasi seperti ini melibatkan hubungan manusia,

sama ada secara individu atau kumpulan, dengan penggunaan peralatan seperti akhbar,

radio, televisyen, filem dan buku (Holt, 1972: 194).

Selalunya perhubungan melalui media massa mementingkan penyampaian utusan

secara terus menerus dari satu sumber kepada khalayaknya. Kosnya boleh dikatakan

murah dan mampu dimiliki oleh setiap orang. Selain mencakupi jumlah khalayak yang

banyak, iajuga berupaya memberi maklumat, pengetahuan serta membantu membawa

perubahan sikap kepada penerimanya, sama ada kepada individu, kumpulan atau

masyarakat.

Menyedari, betapa pentingnya media massa dalam kehidupan seseorang individu

atau masyarakat, maka pelbagai kegiatan dan peristiwa disampaikan melaluinya.

Page 15: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

4

Malah dalam sejarah negara kita, media massa bertindak sebagai agen pemberitahuan

maklumat kepada semua rakyat sama ada mengenai pembangunan ekonomi, politik

atau sosial masyarakat. Namun kini, fungsi media massa mula berubah menjadi agen

propaganda dan komersial oleh pelbagai pihak yang cuba memasarkan produk dan idea

mereka kepada khalayak media. Oleh itu, pelbagai pihak cuba mengambil kesempatan

menggunakan media massa untuk memberitahu, mendidik, memujuk dan menghibur

khalayaknya. Media massa sering menjadi tumpuan masyarakat apabila berlaku

peristiwa-peristiwa yang menarik minat mereka termasuklah kempen pilihan raya.

Pilihan raya umum biasanya sentiasa menarik minat serta perhatian banyak pihak

bukan sahaja parti-parti yang bertanding malah semua lapisan masyarakat

keseluruhannya, baik mereka ahli pemiagaan, nelayan, petani, pemandu teksi dan

sebagainya. Ini kerana keputusan pilihan raya tersebut menentukan masa depan

semua lapisan masyarakat sesebuah negeri atau negara itu.

Sebenamya pilihan raya di Malaysia adalah bersesuaian dengan peruntukan

Perlembagaan Negara selepas negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Dalam lingkungan tempoh itu, banyak kali pilihan raya diadakan untuk memilih wakil

rakyat ke Dewan Rakyat atau Parlimen clan juga Dewan Undangan Negeri (DUN) di

semua negeri seluruh Malaysia. Pilihan raya kecil juga diadakan sekiranya penyandang

kerusi sesuatu kawasan itu meletak jawatan atau meninggal dunia bagi memilih wakil

rakyat yang baru.

Page 16: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

Pusat Khiduat Mäklu"t Akaieoik UNtVERSITI NIALAYSIA SARAWAK

5

Walaupun perkara ini bukan baru, mungkin ada sesetengah pihak menganggap

proses pemilihan calon dan parti yang bertanding ini tidak begitu penting, tetapi setiap

undi yang diberikan itu akan menentukan parti manakah yang berjaya membentuk

kerajaan. Ini perlulah difikirkan secara teliti kerana tanpa parti politik dan calon yang

berwibawa, kemajuan dan pembangunan sesebuah negeri atau negara mungkin sukar

dicapai. Oleh itu, media berperanan penting untuk membantu menyebarkan idea dan

gambaran yang jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh masyarakat atau pengundi

dalam membuat keputusan pengundian.

Sebenarnya kita masih beruntung kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara

di dunia yang memberi hak kepada rakyatnya untuk memilih parti manakah yang

mereka fikirkan wajar untuk membentuk kerajaan. Oleh itu dengan adanya pilihan

raya umum dan pilihan raya kecil, setiap warganegara yang layak mengundi harus

memanfaatkan kesempatan ini dengan bijak supaya hak yang ada ini kekal dalam

tangan mereka. Mereka juga tidak boleh terlalu terpengaruh dengan janji-janji manis

parti dan calon yang bertanding sedangkan mereka tidak mampu untuk menjalankan

tugas sebagai wakil rakyat yang memperjuangkan hak dan kepentingan mereka.

Selalunya sesuatu pilihan raya itu membabitkan banyak pihak bagi memastikan

kelancarannya, terutama sekali Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), parti-parti politik

yang bertanding dan pihak media massa untuk memberikan liputan yang terbaik

semasa kempen pilihan raya tersebut. Oleh itu, peranan media massa merupakan

Page 17: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

6

sumbangan yang penting untuk menyampaikan mesej yang jelas dan tepat kepada

rakyat. Dan berita-berita yang disampaikan itu haruslah benar dan tidak menyalahi

undang-undang. Setiap liputan mengenai berita-berita yang ditimbulkan semasa pilihan

raya diharap dapat membantu masyarakat membuat keputusan mengundi sesebuah

parti dan calon yang bertanding sama ada mereka mampu memberi kebaikan dan

kemajuan kepada masyarakat.

1.1 Fungsi Media Massa

Memang tidak dinafikan media massa mempunyai fungsi tersendiri dalam sesuatu

kelompok masyarakat sesebuah negara. Namun fungsi media massa tidaklah sama

antara sebuah negara dengan negara yang lain. Ini dipengaruhi beberapa faktor seperti

fahaman politik, tahap kebebasan, keadaan ekonomi dan sosio-budaya sesebuah

masyarakat itu. Walaupun fungsi media massa berbeza tetapi ia memainkan peranan

penting kepada masyarakat di seluruh dunia.

Lasswell (dalam Schram, 1977: 29) menyatakan, antara lain fungsi media massa

ialah menghubungkan bahagian-bahagian dalam masyarakat dan penurunan warisan

budaya dari satu generasi ke generasi seterusnya. Ia juga berperanan sebagai medium

propaganda dalam kempen politik dan sebagainya selain memberi hiburan kepada

masyarakat.

Page 18: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

7

Sebagai agen pemberitahuan, media massa melaporkan berita-berita bagi keperluan

ekonomi, keselamatan dan sosial kepada masyarakat. Ini termasuklah memberi

kritikan, cadangan dan nasihat supaya orang ramai bersikap rasional dalam setiap

tindakan mereka terhadap sesuatu kejadian atau isu. Ini perlu supaya tindakan yang

diambil memberi kebaikan kepada semua pihak yang terbabit.

Media massa berfungsi sebagai perhubungan atau korelasi antara bahagian-

bahagian dalam masyarakat dengan menginterpretasikan maklumat tentang keadaan

persekitaran untuk memperteguhkan lagi nilai dan norma masyarakat. Selain itu, media

massa sentiasa ingin mengekalkan persetujuan umum dengan mendedahkan

penyelewengan dan mengawasi pimpinan kerajaan. Namun fungsi ini boleh membawa

keburukan apabila perubahan sosial men;.; urangkan kritikan dan memperteguhkan

pandangan masyarakat tanpa mengendahkan pendapat golongan minoriti (Schramm.

1977: 29).

Media massa juga berfungsi untuk menyalurkan budaya dengan maklumat, nilai

dan norma dari satu generasi kepada generasi seterusnya atau daripada masyarakat

kepada pendatang baru. Ini dapat menggalakkan perpaduan dan berkongsi pengalaman

yang sama. Ini dapat membantu proses sosialisasi dalam masyarakat (Jaraee, 1995: 4).

Media massa juga tidak lari darf berfungsi sebagai medium hiburan kepada

masyarakat. Oleh itu media massa mendedahkan khalayak kepada kesenian dan

Page 19: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

8

kebudayaan seperti muzik. Hiburan yang ditonjolkan ini bukan sahaja kesenian dalam

negeri atau negara itu tetapi juga kesenian dan kebudayaan negara lain. Ini dapat

meningkatkan pilihan dan kecenderungan masyarakat dalam hal-hal kesenian (Dennis,

1978: 12).

Kraus dan David (1978) mengatakan terdapat empat anggapan asas yang perlu

diberi perhatian dalam mengkaji media massa:

i. Media massa kerap bertindak sebagai penyalur sesuatu maklumat yang

diperkukuhkan oleh agen-agen sosial yang lain.

ii. Maklumat yang disalurkan oleh media massa akan melalui proses pelbagai

peringkat.

iii. Maklumat tersebut lebih cenderung untuk mengukuhkan apa yang sedia ada

berbanding dengan hasrat untuk mewujudkan sesuatu yang baru.

iv. Mesej yang diterima dan disalurkan oleh media massa ditafsir dalam keadaan

sosial yang bersesuaian.

Berasaskan kenyataan yang diberikan oleh Kraus dan David, media massa

berperanan menyalurkan sesuatu yang sedia ada kepada para penerima. Maklumat ini

diperkukuhkan lagi oleh agen-agen sosialisasi yang lain melalui komunikasi bersemuka

untuk memujuk dan mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh seseorang individu.

Page 20: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

9

Oleh itu, fungsi media dilihat dari aspek liputan berita yang terkandung dalam

akhbar tersebut berlandaskan orientasi penerbitannya. Perlu diingat bahawa kajian ini

menyentuh akhbar sahaja dan bukan media cetak yang lain seperti buku, majalah dan

media elektronik.

1.2 Kemunculan Akhbar

Peranan media massa khususnya media cetak mulai nampak kepentingannya

apabila muncul akhbar yang pertama diterbitkan awal Abad ke- 17. Mulai Saat itu,

akhbar telah menjadi sumber maklumat yang utama.

Akhbar adalah media yang membawa informasi, diterbitkan mengikut waktu dan

prosedur percetakan tertentu. la adalah pengumpulan maklumat dan hiburan yang

dicetak di atas kertas murah dan mungkin diterbitkan secara harian, mingguan, dua

minggu sekali atau sebulan sekali (Bradley, 1965: 11)

Kepentingan peranan akhbar sebagai penyebar maklumat sukar dinafikan

terutamanya dalam memberi perkhidmatan yang menghubungkan pemerintah dengan

rakyat dan sebaliknya. Sama ada disedari atau tidak, ia merupakan pencatat kepada

kejadian dan peristiwa penting. Inilah yang menyebabkan akhbar sentiasa mendapat

perhatian dan tumpuan para sarjana untuk dijadikan bahan kajian.

Page 21: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

10

1.3 Sejarah Perkembangan Akhbar Di Malaysia

Industri akhbar di Malaysia bermula pada tahun 1806 dengan kehadiran akhbar

pertama berbahasa Inggeris, The Prince of Wales Gazette. Namun fokus berita yang

dipaparkan tertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan pemerintahan British.

Sepanjang abad ke-19, berita-berita yang disiarkan terhad kepada hubungan

perdagangan. Akhbar-akhbar berbahasa Melayu juga memberi tumpuan yang sama

(Othman, 1989: 15). Ini menunjukkan dasar dan matlamat penerbitan akhbar pada

masa itu bergantung kepada keadaan dan keperluannya.

Pada akhir abad ke-19, industri akhbar di negara kita kian berkembang pesat

dengan kehadiran akhbar dan majalah yang bercirinya Islam seperti Al-l, nanr. Seruan

Azhar, Semangat Islam, Al-Kitab, Al-Hikmah dan beberapa akhbar yang lain. Oleh

kerana akhbar-akhbar ini berlandaskan Islam, kejujurannya sukar dipertikaikan dari

aspek pemberitaan, akhlak wartawan dan matlamat penerbitannya (Tuah, 1990: 74).

Sehingga kini banyak akhbar yang diterbitkan dengan matlamat dan dasar yang

tersendiri seperti Berita Harian, The Star, Utusan Malaysia, New Straits Times,

Nanyang Siang Pau, Tamil Nesan dan sebagainya. Begitu juga dengan akhbar-akhbar

yang diterbitkan di peringkat negeri seperti Daily Express dan Sabah Times di Sabah

dan Sarawak Tribune, The People's Mirror, Utusan Sarawak Borneo Post dan

beberapa akhbar berbahasa Cina di Sarawak.

Page 22: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

II

Kehadiran akhbar-akhbar ini mempunyai sumbangan yang besar dalam usaha

memperjuangkan kemerdekaan semasa pemerintahan di negara ini bukan sahaja di

Semenanjung Malaysia tetapi juga di Sabah dan Sarawak. Misalnya, Utusan Melayu

ditubuhkan pada tahun 1939 bertujuan sebagai "penyambung lidah orang Melayu". la

sentiasa menyuarakan seruan rakyat untuk menuntut kemerdekaan tanah air dari terus

dijajah. Selepas mencapai kemerdekaan, kemunculan akhbar seperti Utusan Malaysia

pada tahun 1965 bukan sahaja sebagai "penyebar fikiran rakyat" malah menjadi sebuah

organisasi komersial Melayu yang berjaya. Selaras dengan matlamatnya, syarikat itu

menitikberatkan pengurusan yang cekap, berkesan dan profesional selain mempunyai

kakitangan yang mahir dan bermotivasi (Di Sebalik Jendela Utusan. 1989: 11-12).

Di Sarawak, kemunculan akhbar-akhbar berbahasa Melayu seperti Fajar Sarawak

(1930), Utusan Sarawak (1948) dan Sinar Sarawak (1975) tidak lari dari matlamat

untuk memperjuangkan hak dan kehidupan orang Melayu dengan menitikberatkan

kedudukan sosio-ekonomi dan pelajaran anak-anak mereka (Persatuan Kesusasteraan

Sarawak, 1984: xvii-xix). Selain itu, ia juga bertujuan untuk menentang segala

kezaliman dan pergerakan yang melampau serta bertentangan dengan undang-undang.

Akhbar-akhbar ini juga dijadikan medium menyuarakan pendapat dan sikap mereka

dalam hal-ehwal semasa sama ada politik, sosio-ekonomi dan sebagainya (Hamdani,

1985: 2).

Page 23: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

12

Sehingga kini industri akhbar masih berperanan penting sebagai saluran kerajaan

dan masyarakat menyuarakan pandangan mereka mengenai sesuatu isu yang berlaku

dalam masyarakat itu. Oleh itu, akhbar perlu bertindak jujur, tepat dan benar dalam

liputan mereka supaya pembaca mendapat maklumat yang betul dan tepat untuk

membantu mereka membuat sesuatu keputusan. Namun begitu, liputan sesebuah

akhbar itu banyak dipengaruhi oleh dasar, matlamat dan pemilik akhbar tersebut untuk

menentukan arah tujunya.

1.4 Latarbelakang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak

Menurut Perlembagaan Malaysia, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh lima

tahun sekali. Oleh itu untuk memenuhi peruntukan ini, DUN Sarawak telah

mengadakan pilihan raya umumnya pada 8 dan 9 September 1996. Ini merupakan

pilihan raya umum DUN yang ke-7 dalam sejarah negeri itu.

DUN Sarawak telah dibubarkan secara rasmi pada 15 Ogos 1996 dan hari

penamaan calon telah ditetapkan pada 27 Ogos 1997. Manakala hari pengundian

dijalankan pada 8 dan 9 September 1996. Hari pengundian dijalankan selama dua hari

kerana SPR mengambil kira masalah geografi bagi membolehkan penduduk pedalaman

dapat menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil.

Page 24: Adik-adikku (Augustine, Steve dan Francis Eleazer), manakah akhbar tempatan membuat...Pont Kbidaist MsktamstAkaaemik UNIVERSm MALAYSIA SARAwAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK liii! llllINglqq

13

Dalam pilihan raya umum DUN kali ini, terdapat penambahan enam lagi kerusi

yang dipertandingan iaitu Jepak, Kedup, Semariang, Nangka, Senadin dan Ba'Kelalan.

Penambahan kerusi ini menjadikan jumlah kerusi yang dipertandingkan sebanyak 62

kerusi. Pilihan raya ini ditandingi oleh Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB),

Sarawak United People Party (SUPP), Sarawak National Party (SNAP) dan Parti

Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang membentuk gabungan Barisan Nasional (BN),

Democratic Action Party (DAP), State Reform Party Sarawak (STAR) dan calon-calon

bebas.

Dalam kempen pilihan raya umum DUN Sarawak kali ini, seramai 814,347 orang

pengundi yang layak mengundi di seluruh negeri Sarawak. Selain ini sebanyak 1241

pusat mengundi dibukakan oleh SPR bagi membolehkan pengundi menunaikan hak dan

kewajipan mereka. Bagi melancarkan lagi proses pilihan rava ini, SPR juga

menggunakan 973 perahu dan 2542 kenderaan untuk sampai kepada pengundi yang

tinggal di seluruh negeri Sarawak (Borneo Post, 16 Ogos 1996).

Persaingan pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak kali ini

seperti juga tahun-tahun sebelumnya memperlihatkan BN menyenaraikan calon

mereka di semua kawasan, DAP di enam kawasan dan seramai 37 orang calon bebas

yang mencuba nasib mereka. Keputusan penuh bagi pilihan raya umum DUN

Sarawak ini menyaksikan parti komponen BN memenangi 57 kerusi, DAP tiga kerusi

dan calon bebas dua kerusi.