terapi fisio

Upload: lalitha-litha

Post on 03-Jun-2018

311 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Terapi Fisio

    1/9

    TERAPI FISIO DALAM PENDIDIKAN KHAS

    ARTIKEL: FISIOTERAPI / TERAPI FIZIKAL

    1.0 PENGENALAN TERAPI.

    Perkataan Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud

    satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang

    bermaksud "i wait upon" .

    Aktiviti terapi merupakan salah satu elemen penting dalam Pendidikan Khas. Menurut kamus perubatan

    Mosley, 2001 terapi merupakan satu rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi

    sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan yang bertujuan menyebabkab kefungsian badan

    baik secara normal. Dalam konteks pendidikan khas terapi merupakan satu kaedah bagi membantu

    individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif , emosi, sosial dan

    psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Aktiviti terapi ini dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu

    peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.

    Kebanyakan murid pendidikan khas mempunyai pelbagai masalah yang boleh melibatkan gangguan

    kepada emosi dan tingkah laku. Justeru itu terapi adalah merupakan elemen penting bagi membantu

    mereka melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka

    untuk mencapai potensi yang maksimum.

    2.0 DEFINISI FISIOTERAPI

    Terapi fizikal merupakan satu penjagaan kesihatan yang memberi rawatan kepada individu untuk

    menjaga dan memulihkan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.

    Termasuklah rawatan atas sebab-sebab faktor penuaan ,kecederaan, penyakit atau persekitaran.

    Individu yang terlibat dalam bidang ini dipanggil ahli fisioterapi / jurupulih anggota. Terapi fizikal

    merupakan salah satu terapi yang penting untuk murid-murid pendidikan khas. Fisioterapi dalam

    pendidikan khas ialah membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar meliputi otot-

    otot besar dan motor halus untuk pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang,

    mengangkat, melempar bola dan sebagainya. Terapi fizikal ini boleh juga didefinasikan sebagai satu

    rawatan atas ketidakupayaan kepada sesorang individu dengan egen-egen fizikal dan kaedah seperti

    mengurut, manipulasi alatan, latihan teraputik, ransangan penyejukan dan pemanasan, terapi hidro, dan

    ransangan menggunakan elektrik dan cahaya.

    3.0 SEJARAH TERAPI

    Terapi fizikal telah dipelopori oleh Hippocrates dan Hector pada tahun 460 s.m .Pada tahun 1894 empat

    orang jururawat bekerja sebagai sukarelawan di Pusat Pertubuhan Terapi.Sejak dari itu pusat terapi

    ditubuhkan secara formal di Universiti Otago di New Zealand dan Amerika Syarikat pada tahun 1913,

  • 8/12/2019 Terapi Fisio

    2/9

    Portland (1914). Ianya merupakan satu kaedah urutan dan hippo terapi . Penyelidikan terapi fizikal

    pertama telah dicetak di Amerika Syarikat pada Mac 1921 dalam The PT Review. Marry McMillan

    menubuhkan terapi fizikal-Physical Therapy Association ( kini dikenali,American Physical Therapy

    Association (APTA). Georgia Warm Springs Foundation perkenalkan terapi fizikal untuk pesakit polio.

    APTA juga yang memainkan peranan penting untuk memajukan terapi fizikal secara manual pada tahun

    1974.

    Zaman 1980an berlaku perubahan dalam sejarah terapi fizikal Freddy Kaltenborn telah

    memperkenalkan komputer ransangan elektrik dan ultrasound. Profesion ahli terapi semakin diktiraf

    bila semakin ramai belia-belia mula menceburi bidang tersebut. Pada tahun 1991 ahli terapi Freddy

    Kaltenborne dari Norway telah membantu mewujudkan Akademi Terapi Fizikal di Paris. Organisasi ini

    bertujuan sebagai pusat terapi secara manual dan manipulasi alatan.

    Menurut Auxter, Pyfer dan Hueting, (1998) masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan

    rawatan perubatan sahaja. Pakar perubatan telah telah memperkenalkan program terapi fisio yang

    dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan.

    4.0 KEPERLUAN TERAPI FIZIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS.

    Murid-murid pendidkan khas memerlukan terapi sebagai satu persediaan untuk menghadapi

    pembelajaran dari aspek mental, fizikal, emosi dan sosiolisasi. Mereka perlu mendapat ransangan untuk

    bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran yang akan diajar. Terapi fizikal ini mampu

    meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Selain daripada itu ianya

    juga mampu meransang pengaliran darah dan oksigen ke seluruh anggota badan. Terapi fizikal

    merupakan satu motivasi kepada mereka dalam membina konsep kendiri yang lebih positif.

    Ransangan-ransangan ini akan mampu membina keperluan murid-murid pendidikan khas kearahkeseimbangan yang menyeluruh bagi menyediakan mereka kepada kehidupan yang bermakna. Situasi

    ini juga memberikan peluang kepada ibu bapa berbincang dan mengemukakan pendapat bersama ahli

    terapi. Ibu bapa dapat mempelajari teknik-teknik yang betul dan cara-cara alternatif untuk

    berkomunikasi dengan anak-anak mereka.

    5.0 AKTIVITIAKTIVTI DALAM TERAPI FIZIKAL.

    A) Aktiviti yang berpusatkan psikomotor halus ialah:

    i. Meramas

    ii. Merenyuk

    iii. Menguli

    iv. Mengoyak

    v. Menggentel

  • 8/12/2019 Terapi Fisio

    3/9

    vi. Menggunting

    vii. Memotong

    viii. Mencabut

    ix. Menggaru

    x. Memicit

    B) Aktiviti yang berpusatkan psikomotor kasar ialah:

    i. melambung

    ii. membaling

    iii. menyambut

    iv. menolak

    v. menarik

    vi. melompat

    vii. menendang

    viii. memukul

    ix. berlari

    x. berjalan.

    C) Aktiviti latihan imbangan ialah:

    i. berdiri di atas kerusi / bongkah kecil

    ii. berjalan di atas tali yang diletakkan atas lantai.

    iii. Membawa buku di atas kepala

    iv. Membawa bola ping pong dengan menggunakan sudu.

    v. Berdiri dengan sebelah kaki.

    D) Latihan koordinasi:

    i. melambung dan menyambut bola pelbagai saiz.

    ii. Memasukkan jarum ke dalam lubang manik.

  • 8/12/2019 Terapi Fisio

    4/9

  • 8/12/2019 Terapi Fisio

    5/9

    memberikan kesedaran dalam diri bahawa mereka juga mampu bersaing dengan rakan sebaya yang lain.

    Aktiviti-aktiviti yang dilakukan menjadi pendorong atau motivasi kepada sesuatu yang lebih baik.

    Keazaman yang tinggi menjalani proses terapi membantu mereka membentuk kehidupan berdikari

    yang lebih baik.

    Mereka juga dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan sebaya. Keyakinandiri dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alatan dan rakan semasa menjalankan aktiviti

    terapi. Komunikasi yang baik mampu menggalakan mereka meluahkan perasaan dan bertukar-tukar

    pendapat . Mereka mampu bercerita mengenai aktiviti yang mereka jalani dan berkongsi keseronokan

    tersebut. Secara tidak langsung mereka dapat belajar dalam kumpulan dan mengamalkan nilai-nilai baik

    dalam kehidupan. Contohnya berkongsi alatan, bersifat sabar dan bekerjasama. Penerapan nilai-nilai

    baik ini akan menjadi panduan dalam kehidupan mereka. Rantaian nilai-nilai murni diharapkan dapat

    membentuk insan yang seimbang dan kepatuhan kepada peraturan serta mampu menjadi insan yang

    patuh kepada perintah Allah. Secara tidak langsung ianya akan meransang kepada pertuturan murid-

    murid pendidikan khas.

    Aktiviti terapi juga mampu mengubah tingkah laku muridmurid pendidikan khas. Contohnya sikap

    pendiam , tidak berminat untuk belajar, suka bersendirian, tidak fokus suka mengganggu dan

    sebagainya. Terutama sekali bagi murid Hyperaktif dan ADHD. Kemampuan memberikan ganjaran dan

    pujian semasa aktiviti yang dijalankan boleh meransang mereka mengubah tingkah laku. Bandura dan

    Walters mendapati bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh,

    teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah laku ini hendak dipelajari malalui Teori Pelaziman

    Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi

    menguasai semua tingkah laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai

    himpunan tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir Awang, 1989). Oleh yang demikian

    melalui aktiviti-aktiviti terapi murid akan terikat dengan jadual dan peraturan yang perlu dipatuhi.Pelaziman ini akan memberikan kesan kepada mereka sekiranya aktivti- aktiviti yang dilakukan mampu

    memberikan ransangan kepada mereka mengamalkan tingkah laku yang baik.

    Aktiviti terapi fizikal ini juga turut membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan mereka. Terutama

    sekali yang melibatkan otot-otot motor kasar. Contohnya dapat berjalan dan melompat dengan betul

    bila keseimbangan badan dapat dibentuk dengan baik. Kelembutan dan kelenturan otot-otot semasa

    melakukan aktiviti berkuda akan membantu menguatkan tubuh badan dan bahagian sendi-sendi. Ramai

    dalam kalangan murid pendidikan khas ini tidak mempunyai kesempurnaan dalam perkembangan fizikal.

    Oleh yang demikian latihan yang berterusan akan mampu membentuk tubuh badan yang sihat dan

    tegap.

    Selain dairpada apa yang dibincangkan diatas, aktiviti terapi juga akan dapat membantu murid

    meluahkan dan melahirkan perasaan. Pakar- pakar psikologi berpendapat melalui aktiviti motor kasar

    dan motor halus yang dijalankan dalam kumpulan atau individu akan membantu mereka melepaskan

    segala kesusahan dan perasaan yang terpendam dalam hati mereka. Contoh seperti memukul boxing,

    menyepak bola dan sebagainya. Aktiviti ini dapat meredakan perasaan mereka terutama sekali bagi

  • 8/12/2019 Terapi Fisio

    6/9

    murid hyperaktif dan ADHD. Selepas aktiviti ini dijalankan kebanyakan murid akan lebih bertenang dan

    dapat memerikan tumpuan kepada aktiviti seterusnya.

    6.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI FIZIKAL.

    6.1 Aktivti Motor Kasar.

    6.2 Aktivti Motor halus.

    6.3 Latihan Imbangan.

    6.4 Aktiviti Koordinasi

    7.0 MASALAH DALAM PERLAKSANAAN TERAPI FIZIKAL.

    Masalahmasalah yang dihadapi dalam melaksanakan aktivti terapi fizikal terdiri daripada pihak guru,

    murid dan ibubapa. Majoriti guru-guru pendidikan khas menghadapi dilema dalam menjalankan aktiviti

    terapi kerana kurang kepakaran. Persepsi pihak sekolah dan ibu bapa dengan melihat secaranegatif menguasai kebimbingan dan ketakutan yang anak mereka akan cedera kerana menjalankan

    aktiviti terapi. Bagi satu pihak lain kegiatan aktiviti ini dianggap seperti bermain-main dan guru dianggap

    tidak menjalankan proses pengajaran dengan betul. Selain daripada itu guru juga tidak mempunyai masa

    yang cukup untuk menjalankan sesi terapi. Aktiviti ini memerlukan masa yang panjang mengikut tahap

    keupayaan murid. Murid tidak boleh dipaksa menghabiskan aktiviti pada waktu yang ditetapkan atau

    dipaksa melakukan aktivti yang tidak boleh mereka lakukan. Kebanyakan ibu bapa tidak memberikan

    kerjasama yang secukupnya dan tidak komited dalam usaha-usaha memulihkan anak mereka. Guru

    sukar memberikan tumpuan kepada murid dan aktiviti terapi kerana murid selalu tidak hadir ke sekolah.

    Keberkesanan aktiviti terapi tidak dapat dilihat dan dinilai dengan baik kerana murid itu sendiri kadang-

    kadang tidak memberikan kerjasama kepada guru. Masalah yang paling kritikal bagi guru ialah tiadatempat yang sesuai dan kekurangan keperluan alatan. Kebanyakan pihak pentadbir kurang memberikan

    kerjasama dalam memenuhi keperluan murid pendidikan khas.

    Masalah juga dapat dilihat pada diri murid itu sendiri terutama yang mengalami gangguan emosi dan

    tingkah laku. Adakalanya murid terlalu sukar dikawal dan terlalu aktif apabila melibatkan beberapa

    peralatan. Latihan yang berterusan mendatangkan rasa jemu dan bosan dalam diri murid-murid

    penddikan khas. Mereka tidak nampak atau tahu tujuan mereka menjalankan aktiviti terapi. Oleh yang

    demikian sikap tidak memberikan kerjasama dan perhatian kepada guru merupakan antara kekangan

    yang sukar guru atasi. Dalam masa yang sama ada juga murid yang mengalami masalah kesihatan dan

    dibimbangkan aktivti yang dijalankan memberi kesan yang tidak baik kepada mereka. Oleh itu guru perlumerujuk kepada laporan perubatan mereka terlebih dahulu dan mengenalpasti masalah yang akan

    timbul jika menjalankan aktiviti terapi. Kerencatan mental yang dialami oleh murid menyebabkan murid

    sukar memahami arahan dan maksud guru atau ahli terapi sampaikan. Masalah perkembangan bahasa

    yang mereka alami lebih menyukarkan kerana kebanyakan mereka tidak boleh memberikan tindak balas

    yang betul.

  • 8/12/2019 Terapi Fisio

    7/9

    Sikap ibu bapa juga dilihat memberikan sedikit sebanyak kekangan kepada program terapi ini.

    Majoritinya tidak mempunyai pengetahuan dan tidak mendapat pendedahan keperluan terapi bagi

    anak-anak mereka. Kebanyakkan mereka tidak berminat dan tidak mahu mengikuti perkembangan anak

    mereka . Persepsi melingkari kehidupan mereka bahawa anak-anak berkeperluan khas ini tidak akan

    berubah sampai bila-bila. Ketidaksanggupan ibu bapa meluangkan masa bersama semasa sesi terapi

    juga mempengaruhi sikap anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa tidak menjalankan sesi terapi di

    rumah hanya mengharapkan semata-mata di hospital sahaja dan bergantung kepada guru sahaja. Ibu

    bapa tidak membarikan kerjasama dan tidak berusaha sebaik mungkin untuk mengubah kehidupan anak

    mereka. Keengganan mempelajari teknik-teknik terapi dengan betul menyebabkan anak-anak mereka

    terus terbiar. Pengetahuan yang rendah dalam kalangan ibu bapa sendiri menyebabkan ahli-ahli terapi

    sukar untuk berinteraksi dengan baik. Ini ditambah lagi dengan masalah kewangan dan pendapat yang

    rendah menjadi halangan kepada mereka meneruskan aktiviti terapi mengikut jadual yang telah

    ditetapkan.

    Antara yang menjadi halangan dalam menjayakan aktiviti terapi ialah keperluan kawasan yang sesuai

    dan kondusif. Masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera kerana kebanyakan disekolah semua kelasdigunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian guru perlu mencari alternatif

    lain bagaimana hendak menjalankan sesi terapi yang sesuai dengan keperluan sedia ada. Tambahan pula

    kesukaran mendapatkan alatan yang sesuai terutama sekali yang berkaitan dengan terapi snoezolen.

    Ada sebahagian alatan yang diperlu diimport dari luar negara dan ianya juga memerlukan perbelanjaan

    yang sangat besar.

    8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

    Merujuk kepada permasalahan yang dihadapi ada beberapa cadangan yang dikemukan agar segala

    kekurangan yang ada dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Antaranya ialah mengadakan lawatan ke

    pusat-pusat terapi supaya guru dan ibu bapa mendapat pengetahuan dan kemahiran mengenai terapi.

    Melalui sesi ini ibu bapa dan guru dapat berkolaborasi bersama ahli-ahli terapi. Mereka dapat

    berbincang dan mengemukakan permasalahan yang tentunya boleh diselesaikan secara terus.

    Pengetahuan dan kemahiran inilah akan memberi impak kepada pihak sekolah apabila ibu bapa

    menyumbang tenaga dan kewangan atas sebarang usaha yang boleh memulihkan dan merawat anak

    mereka. Kerjasama kedua-dua pihak sangat penting untuk mencari dana dan kewangan bagi

    menampung segala kos perbelanjaan terapi di sekolah. Meskipun kesukaran mendapat bilik yang sesuai

    dan kondusif . Dengan dana yang ada kesemua pihak mampu merancang dan menjalankan aktiviti-

    aktiviti yang lebih mencabar dan kreatif.

    Komitmen guru memerlukan sokongan dan pengorbanan dari ibu bapa dalam kesepakatan dan

    bekerjasama membina satu komuniti yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat menyediakan

    ruang-ruang yang membolehkan aktiviti ini dijalankan berpersatuan. Sekurang-kurangnya dapat

    menyakinkan ibu bapa dan percaya bahawa terapi merupakan satu aktiviti penting dalam hidup mereka.

    Secara tidak langsung ibu bapa tidak akan berputus asa. Mereka sentiasa positif menghantar anak-anak

    mereka ke sekolah dengan yakin dan melalui aktiviti yang dikelola oleh guru dan pihak sekolah anak

    mereka akan ada penambaikan. Guru pula perlu menceburi bidang ini dengan lebih mendalam kerana

  • 8/12/2019 Terapi Fisio

    8/9

    pengetahuan dalam terapi sangat penting. Seminar atau kursus boleh dijalankan bagi meningkatkan lagi

    profesionalisma guru .

    Ibu dan guru perlu memikirkan satu kaedah bagi mengekalkan minat murid untuk datang ke sekolah dan

    berminat menjalankan sesi terapi di sekolah atau di pusat-pusat terapi. Aktiviti yang dirancang perlu

    lebih menarik dan meransang mereka untuk menjalani aktiviti terapi secara sukarela.

    Semua pihak perlu berkerjasama dengan baik dan menyusun jadual-jadual yang sesuai dengan

    keperluan semua orang dan memastikan jadual tersebut dapat dipatuhi dengan sebaiknya. Terapi

    sangat memerlukan disiplin yang tinggi kerana akiviti ini bukan sahaja perlu dijalankan sekali dua sahaja

    bahkan secara berterusan.

  • 8/12/2019 Terapi Fisio

    9/9