terapi boling dan wayang

6
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Parit Jawa, Muar Kertas Kerja Program Luar Bilik Darjah A) Pendahuluan Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) merupakan satu program yang memberi peluang kepada murid khasnya murid-murid Kelas Pendidikan Khas untuk menambah pengetahuan dan pengalaman mereka tentang kehidupan dan persekitaran di sekeliling mereka. Melalui aktiviti terapi bowling dan wayang ini ianya sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada murid tentang teknik bermain bowling yang betul serta memupuk budaya seni dan menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri individu murid khas. Memandangkan murid-murid ini sangat kurang didedahkan kepada persekitaran luar, maka dengan adanya aktiviti Pendidikan Luar Bilik Darjah ini dapat meningkatkan pengetahuan, keyakinan diri dan kemahiran bergaul dengan masyarakat di sekeliling mereka. B) Rasional Permainan bowling merupakan satu permainan yang memerlukan kemahiran yang tinggi untuk dipraktikkan. Memandangkan terdapat pertandingan bagi acara bowling di peringkat daerah dan negeri bagi kelas Pendidikan Khas, maka dengan adanya aktiviti Pembelajaran Luar Bilik Darjah seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman serta meningkatkan kemahiran para pelajar tentang teknik bermain bowling dengan betul. Ini secara tidak langsung memberi peluang untuk pelajar berlatih secara intensif sebelum pertandingan bowling Pendidikan khas peringkat daerah dijalankan. Manakala, aktiviti menonton wayang pula memberi peluang kepada murid-murid pendidikan khas untuk mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah supaya mereka

Upload: muhamad-asyraf-muhamad-ludin

Post on 20-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

program luar pendidikan khas

TRANSCRIPT

Page 1: Terapi Boling Dan Wayang

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah PembelajaranSekolah Kebangsaan Parit Jawa, Muar

Kertas Kerja Program Luar Bilik Darjah

A) Pendahuluan

Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) merupakan satu program yang

memberi peluang kepada murid khasnya murid-murid Kelas Pendidikan Khas untuk

menambah pengetahuan dan pengalaman mereka tentang kehidupan dan

persekitaran di sekeliling mereka.

Melalui aktiviti terapi bowling dan wayang ini ianya sedikit sebanyak dapat

memberi pendedahan kepada murid tentang teknik bermain bowling yang betul serta

memupuk budaya seni dan menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri individu

murid khas. Memandangkan murid-murid ini sangat kurang didedahkan kepada

persekitaran luar, maka dengan adanya aktiviti Pendidikan Luar Bilik Darjah ini dapat

meningkatkan pengetahuan, keyakinan diri dan kemahiran bergaul dengan masyarakat

di sekeliling mereka.

B) Rasional

Permainan bowling merupakan satu permainan yang memerlukan kemahiran

yang tinggi untuk dipraktikkan. Memandangkan terdapat pertandingan bagi acara

bowling di peringkat daerah dan negeri bagi kelas Pendidikan Khas, maka dengan

adanya aktiviti Pembelajaran Luar Bilik Darjah seperti ini sedikit sebanyak dapat

memberi pengalaman serta meningkatkan kemahiran para pelajar tentang teknik

bermain bowling dengan betul. Ini secara tidak langsung memberi peluang untuk

pelajar berlatih secara intensif sebelum pertandingan bowling Pendidikan khas

peringkat daerah dijalankan.

Manakala, aktiviti menonton wayang pula memberi peluang kepada murid-

murid pendidikan khas untuk mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah supaya

mereka dapat turut serta dalam suatu komuniti sosial serta dapat bertukar-tukar fikiran

selain menonton wayang bersama-sama rakan-rakan yang lain dan membina budaya

seni bersama.

Page 2: Terapi Boling Dan Wayang

C) Objektif

1. Memperkasakan aspek kognitif dan pengamatan murid melalui Pembelajaran

tidak formal.

2. Melatih koordinasi motor halus, motor kasar dan konsentrasi murid.

3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang teknik permainan bowling

yang sebenar.

4. Memberi peluang, penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dalam

mengembangkan potensi diri, bakat, minat dan kebolehan mereka.

5. Mendedahkan murid dengan persekitaran dan menyesuaikan diri dengan

masyarakat.

6. Mewujudkan rasa yakin dan mampu berinteraksi dengan sesiapa dan di mana

sahaja.

7. Melahirkan murid yang serba boleh, bertanggungjawab, berilmu, serta mematuhi

pelbagai bentuk peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

D) Sasaran

Murid Pendidikan Khas - 23 orang

E) Tarikh dan Jangkamasa

Hari : KhamisTarikh : 14 Mei 2015Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang

F) Tempat

BP MALL Batu Pahat Johor

G) Sumber kewangan

Wang Perkapita Pendidikan Khas

Page 3: Terapi Boling Dan Wayang

H) Anggaran Kos

BIL PERKARA JUMLAH

1. Sarapan pagi 23 x RM 3

Makan tengahari 23 x RM 5

RM 69

RM 115

2. Tiket wayang 23 x RM 10

Bowling 23 x RM 4

RM 230

RM 92

JUMLAH RM 506

I) Jawatan Kuasa Induk

Penasihat : Pn. Hajah Nora bt Abdullah ( Guru Besar )Pengerusi : En. Mohamed Fairus bin Mohd Ehsan ( Penyelaras P.Khas )Penyelaras : En. Shohaimi bin Darindi (GPK Pentadbiran )

: Pn. Hanita binti Jamil ( GPK HEM ): En. Mohammad Ali bin Musiran ( GPK Ko-Kurikulum )

Setiausaha : En. Muhamad Asyraf bin Muhamad LudinBendahari : Pn. Ruhaya binti Aripin

Ahli Jawatankuasa Kecil :

1. AJK Pengangkutan a) En. Mohamed Fairus bin Mohd Ehsanb) Pn. Noriah binti Othman

2. AJK Aktiviti a) En. Muhamad Asyraf bin Muhamad Ludin b) Cik Hafiza Izzati binti Hamzah

3. AJK Dokumentasia) Cik Nooridayu bt Roslanb) Pn. Siti Nurqomariah binti Meskun

4. AJK Kawalan Murida) Pn. Ruhaya binti Aripinb) Pn. Norita binti Tahir c) En. Abd Shukor bin Abd Ghaffar

5. AJK Makanan

Page 4: Terapi Boling Dan Wayang

a) Cik Siti Rofikah binti Jamianb) Cik Kalsom binti Mohd Ishak

J) Tentatif program

MASA PERKARA

8.00-8.30 pagi Sarapan

8.30 pagi Bertolak ke Batu Pahat

9.30-11.00 pagi Terapi bowling

11.00-11.30 pagi Rehat

11.30-2.00 petang Terapi wayang

2.00-3.00 petang Makan tengahari & solat zohor

3.00 petang Bertolak pulang ke sekolah

Penutup

Sebagai kesimpulannya, program terapi ini adalah penting bagi membolehkan pelajar-

pelajar melihat dan mengalami sendiri sesuatu kemahiran dari pengalaman yang sangat

berharga ini. Adalah diharapkan segala aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat dan

pengetahuan serta pengalaman yang bermakna kepada semua pihak yang terlibat.

Diharapkan dengan adanya aktiviti sebegini akan mewujudkan kesungguhan dan

tumpuan dalam diri guru-guru bagi melaksanakan aktiviti agar dapat memberikan satu

inspirasi dan semangat kepada murid-murid bermasalah pembelajaran supaya bersemangat

dan bersikap proaktif dalam P&P. Akhir kata, kami mengharapkan program dan aktiviti yang

dijalankan ini mendapat kerjasama dari semua pihak dan menjadi inspirasi kepada Kelas

Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Parit Jawa.

Page 5: Terapi Boling Dan Wayang

Disediakan : Disemak :

................................................ ...............................................

( MUHD ASYRAF BIN MUHD LUDIN ) Setiausaha Program Luar Bilik Darjah Pendidikan Khas SK Parit Jawa

Disahkan :

......................................................