terangkan secara ringkas perniagaan

7
Terangkan secara ringkas perniagaan-perniagaan berikut: a) Sejajar b) Francais c) Perniagaan besar-besaran d) Jenis-jenis pemborong Perniagaan sejajar Satu rangkaian kedai yang mempunyai banyak cawangan di merata tempat. Pengurusan dan pentadbiran dijalankan oleh ibu pejabat. Perniagaan ini menjual barang yang sama dari segi jenama, logo, dan harga serta mempunyai hiasan kedai yang sama. Contohnya Mcdonald’s, Pizza Hut, 7Eleven dan Bata. Perniagaan francais Francais ialah apabila pemilik perniagaan asal yang dikenal sebagai francaisor membenarkan perniagaan dijalankan oleh peniaga lain yang dikenali sebagai francaisi. Contohnya KFC, Pizza Hut, McDonald dan Burger King. Francaisi akan diberi

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 14-Nov-2014

2.563 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Terangkan secara ringkas perniagaan

Terangkan secara ringkas perniagaan-perniagaan berikut:

a) Sejajar

b) Francais

c) Perniagaan besar-besaran

d) Jenis-jenis pemborong

Perniagaan sejajar

Satu rangkaian kedai yang mempunyai banyak cawangan di merata tempat.

Pengurusan dan pentadbiran dijalankan oleh ibu pejabat. Perniagaan ini menjual

barang yang sama dari segi jenama, logo, dan harga serta mempunyai hiasan kedai

yang sama. Contohnya Mcdonald’s, Pizza Hut, 7Eleven dan Bata.

Perniagaan francais

Francais ialah apabila pemilik perniagaan asal yang dikenal sebagai

francaisor membenarkan perniagaan dijalankan oleh peniaga lain yang dikenali

sebagai francaisi. Contohnya KFC, Pizza Hut, McDonald dan Burger King. Francaisi

akan diberi latihan, bimbingan, dan nasihat dalam pengurusan perniagaan francais.

Peniaga perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjaga imej dan mutu

barang niaga francais.

Page 2: Terangkan secara ringkas perniagaan

Perniagaan besar-besaran

Perniagaan besar-besaran terbahagi kepada lima iaitu pasar raya, gedung

aneka jabatan, pasar raya besar, kedai sejaras dan kedai peruncit.

Pasar raya ialah pasar yang menjual beraneka jenis barang dalam satu

bangunan besar. Antara barang yang dijual ialah pakaian, makanan, peralatan

elektrik dan kasut. Contoh pasar raya yang terdapat di Malaysia ialah The Store dan

Batu Pahat Mall.

Gedung aneka jabatan pula ialah kedai besar bertingkat-tingkat yang

mempunyai pelbagai jabatan. Setiap jabatan ditempatkan di banguan yang sama.

Tiap-tiap jabatan menjual satu jenis barang atau sekumpulan barang yang sama

jenis. Contohnya dalam satu tingkat hanya terdapat kedai yang menjual pakaian

kanak-kanak sahaja.

Pasar raya besar pula ialah gedung besar yang ditempatkan di sebuah

bangunan setingkat yang mempunyai ruang dan kawasan yang luas. Antara barang

yang terdapat ialah barang dapur, pakaian dan peralatan elektrik. Contoh pasar raya

besar yang terdapat di Malaysia ialah Giant dan Tesco.

Seterusnya ialah kedai sejaras. Kedai sejaras mempunyai cawangan di

merata tempat di bawah pengawalan serta pentadbiran ibu pejabat. Semua

cawangan mempunyai nama, logo dan papan tanda dan peragaan yang sama.

Terdapat banyak kedai sejaras di Malaysia, antaranya ialah Bata dan Watsons.

Koperasi peruncit juga merupakan perniagaan besar-besaran. Koperasi

peruncit ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan pengguna

secara sekarela untuk menjalankan perniagaan runcit.

Page 3: Terangkan secara ringkas perniagaan

Jenis-jenis pemborong

Jenis-jenis pemborong terbahagi kepada dua iaitu pemborong saudagar dan

ejen. Pemborong saudagar pula terdapat pemborong berfungsi penuh dan

pemborong berfungsi terhad. Sementara itu ejen pula terbahagi kepada ejen

pengeluar, ejen penjual dan broker.

Pemborong berfungsi penuh ialah pemborong am, pemborong khusus dan

pemborong satu barisan. Pemborong am menjual pelbagai jenis barangan yang tidak

mempunyai kaitan antara satu sama lain. Contohnya pakaian, makanan, kosmetik

dan perkakas elektrik. Pemborong khusus pula mengkhususkan dalam satu jenis

barang tetentu sahaja. Contohnya pemborong kain, pemborong alat sukan,

pemborong beras dan pemborong kopi. Seterusnya ialah pemborong satu barisan.

Jenis ini menjual sekumpulan barang yang sama jenis atau homogen. Antara barang

yang dijual ialah hasil pertanian dan alat ganti kereta.

Pemborong saudagar yang lain ialah pemborong berfungsi terhad.

Pemborong ini tidak menjalankan semua pemborong tetapi menjalankan fungsi

tertentu sahaja. Pemborong berfungsi terhad ialah pemborong pesanan mel,

pemborong pesanan berwakil, pemborong perkhidmatan pengangkutan, pemborong

bayar bawa dan pemborong jober para. Pemborong pesanan mel melakukan jualan

melalui pos. Pesanan, bayaran dan penghantaran barang melalui pos. Barang yang

di pos ialah barang yang kecil dan tahan lama. Contohnya ialah buku, majalah, beg

dan sebagainya.

Page 4: Terangkan secara ringkas perniagaan

Pemborong pesanan berwakil pula mengumpul dan menyampaikan pesanan

barang daripada pelanggan kepada pengeluar serta mengatur barang itu diserahkan

kepada pelanggan pada masa dan tempat yang dikehendaki. Contohnya ialah bahan

pembinaan seperti besi dan simen. Seterusnya ialah pemborong perkhidmatan

pengangkutan yang menyediakan pengangkutan seperti lori dan kontena.

Perkhidmatan ini selalunya terdapat di tapak pembiaan dan Pelabuhan. Sementara

itu, pemborong bayar dan bawa ialah menjual barang secara tunai pada harga

murah tanpa menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Yang terakhir ialah

pemborong jober para. Pemborong ini membekalkan barang kepada peruncit dan

mengawasi pergerakan stok barang itu. Contoh barang yang terdapat ialah aiskrim

dan roti.

Page 5: Terangkan secara ringkas perniagaan

Ejen

Ejen ialah orang tengah yang dilantik untuk menjual bagi pihak pengeluar tersebut

sebagai principal. Ejen tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang doperniagakan. Dia

menjual bagi pihak prisipal pada harga yang ditetapkan. Ejen dibayar komisen berdasarkan

jumlah jualan yang diperolehinya. Terdapat tiga jenis ejen iaitu ejen penjual, ejen pngeluar

dan broker.

Ejen pengeluar memasarkan barang bagipihak pengeluar, khususnya pengeluar

kecil-kecilan yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran. Ejen ini

melancarkan program promosi, mencari pasaran, menjalankan penyelidikan pasaran,

mengurus dan merancang strategi jualan. Contohnya penjual cat ICT, ejen penjual barang

alat ganti, minyak jentera dan teksil. Ejen dibayar komisen berdasrkan jumlah jualan.

Ejen pengeluar dilantik oleh pengeluar tempatan atau pengeluar luar negeri untuk

menjual barang keluaran mereka menurut harga dan syarat yang ditetapkan. Atas tugas

yang dilaksanakan ejen dibayar komisen. Sebagai contoh, Tan Chong Motors merupakan

ejen pengeluar untuk kereta Datsun, UMW merupakan ejen pengeluar kereta Toyota

manakala Eon merupakan ejen pengeluar bagi kereta Proton.

Broker merupakan orang tengah yang berfungsi untuk menemukan penjual dengan

pembeli. Beliau tidak mempunyai hak milik terhadap barang dan tidak boleh menjual barang

atas namanya. Broker dibayar komisen jika urus niaga berjaya dikuatkuasakan antara

penjual dengan pembeli. Contohnya broker menemukan penjual yang ingin menjual sebuah

bangunan di negeri Perak dengan seorang pembeli di Kedah supaya urusan jual beli dapat

dijalankan. Broker tidak membuat kontrak atas namanya dan tidak mewakili mana-mana

penjual atau pembali secara tetap. Khidmat broker tamat apabila urus niaga dilaksanakan.