teori z

9
APA ITU TEORI Z ?

Upload: khairul

Post on 16-Sep-2015

62 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Apa itu tentang Teori Z

TRANSCRIPT

APA ITU TEORI Z ?

APA ITUTEORI Z ?Teori Z merupakan perbandingan pengurusan Jepun dan Amerika Syarikat yang menggabungkan ciri positif kedua-dua tersebut.

Bermula pada tahun 1970-1980 banyak industri di Amerika kehilangan pasaran kerana ada kemunculan persaingan dari pengusaha Jepun. Timbul tanda tanya oleh pihak Amerika. Pertama kali dicetuskan oleh William Ouchi pada tahun 1981 yang mengatakan bahawa rasa aman atau security amat penting.

Teori Z ini lebih menekankan gaya kepimpinan dan pengurusan Jepun. Andaian teori ini adalah :Menganggap pekerjaan adalah untuk seumur hidup.

Kesetiaan kuat antara pekerja atau pengurus.

Kenaikan pangkat yang perlahan.

Pengurusan kerja yang sederhana untuk mengelakkan kebosanan.

Pekerja dianggap sebagai keluarga dalam sesebuah pengurusan.

Teori Z telah membangunkan kesetiaan pekerja kepada organisasi melalui mindset pekerjaan seumur hidupnya itu.

Di Jepun sendiri Teori Z bermula dengan sebuah kisah perusahaan yang sedang merudum, kemudian ada seorang pengurus muda menaikkan syarikat dengan merapatkan hubungan pekerja dan majikan.

PERBEZAAN PERUSAHAANJEPUN DAN AMERIKA

PERUSAHAAN JEPUN (TIMUR)

Mementingkan kesetiaan pekerja antara syarikat.

Menyediakan pekerjaan seumur hidup bagi meningkatkan kesetiaan pekerja.

Memberi tumpuan kebajikan pekerja di dalam dan luar kerja kebanyakannya di syarikat-syarikat besar di Jepun.

Susah naik pangkat, bekerja dari bawah walau mempunyai kelulusan yang tinggi.

PERUSAHAAN AMERIKA (BARAT)

Pencapaian manusia akan lebih tinggi jika wujud elemen ganjaran yang diukur dalam bentuk fizikal dan lahiriah.

Pihak pengurusan harus menyediakan prasarana yang baik dan mencukupi, menjaga keselamatan pekerja dan memberi ganjaran dalam bentuk bonus, kenaikan pangkat dan kuasa.

Tidak menekankan aspek sosio budaya dan agama. Kesannya masih ada pekerja barat masih melakukan tunjuk perasaan walaupun tuntutan dari segi fizikal dan lahiriah mereka sudah dipenuhi.

Bekerja mengikut kelulusan. Cepat naik pangkat.

KELEBIHAN DAN KEKURANGANTEORI ZKELEBIHAN

Tidak membezakan pekerja atasan dan biasa kerana pekerja mempunyai kepentingan dalam organisasi

Memberi manfaat kepada organisasi dan pekerja

KEKURANGAN

Sifat organisasi yang membangun secara sederhana memerlukan usaha lebih jika mengalami masalah.

Pekerja memerlukan jangka masa lama untuk kenaikan pangkat.