kamus tasawuf l z

23
Kamus Tasawuf (L-Z) Kamus Tasawuf (L-Z) mabuk: Keadaan orang yang di dalam jazbah. Dia lupa kepada dirinya tetapi pancainderanya masih aktif. Hati nuraninya dikuasai oleh hal ketuhanan yang berbeza dengan sifat kemanusiaan. Oleh yang demikian lahirlah perbuatan dan perkataan yang menyalahi peraturan kemanusiaan. mahabbah: Cinta. majnun: Gila. majzub: Orang yang mengalami jazbah. makam: Hati hamba menjadi tempat curahan kurniaan Allah s.w.t. Dikurniakan-Nya berbagai-bagai hal kepada hati hamba-Nya. Kurniaan yang demikian adalah semata-mata kerana rahmat dan belas kasihan-Nya kepada hamba-Nya. Hamba tidak berupaya mendapatkan yang demikian dengan amal dan ilmunya. Tetapi apabila kurniaan tersebut diterima oleh hati, maka si hamba perlu mengambil langkah yang sesuai bagi menetapkan hal berkenaan pada hatinya. Apabila hal kurniaan Allah s.w.t itu menetap di dalam hati. Hal yang telah diserapkan menjadi makam akan membentuk sifat dan keperibadian khusus dan berterusan menurut hal berkenaan. makam abid: Ada sebahagian daripada hamba-Nya dikurniakan hal merasakan kehambaan yang sangat kuat terhadap Allah s.w.t. Hal yang demikian membuatkan si hamba itu mempergiatkan amal ibadatnya. Setelah keadaan yang demikian sebati dengannya akan terbentuklah sifat dan keperibadian yang teguh kehambaannya dan kuat ibadatnya. Suasana yang demikian dinamakan makam abid. makam al-buhut: Hamba yang sampai kepada penghujung jalan ilmu dan makrifat akan menemui suasana kehairan-hairanan tentang zat Ilahiat yang tidak mampu dihuraikan oleh ilmu dan tidak mampu diperkenalkan oleh makrifat. Bila suasana demikian menguasai jiwa raganya dia dikatakan memperolehi makam al-buhut. makam alif: Suasana hati yang menghadap Tuhan dengan tetap, tidak teringat kepada sesuatu yang lain. makam Amin: Orang yang lulus ujian iman dan menetap di atas jalan takwa memperoleh kesejehteraan dan ketenangan. Suasana yang demikian dinamakan makam Amin. Imannya telah teguh, tidak dapat digoncangkan oleh sesuatu. makam arifbillah: Setelah melepasi peringkat kehairan-hairanan si hamba dibawa kepada ilmu dan makrifat yang berbeza dengan yang sebelumnya. Pada tahap ini si hamba mendapat 1 / 23

Upload: zizothehiro

Post on 13-Apr-2016

275 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

3

TRANSCRIPT

Page 1: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

Kamus Tasawuf (L-Z)

mabuk: Keadaan orang yang di dalam jazbah. Dia lupa kepada dirinya tetapi pancainderanyamasih aktif. Hati nuraninya dikuasai oleh hal ketuhanan yang berbeza dengan sifatkemanusiaan. Oleh yang demikian lahirlah perbuatan dan perkataan yang menyalahi peraturankemanusiaan.

mahabbah: Cinta.

majnun: Gila.

majzub: Orang yang mengalami jazbah.

makam: Hati hamba menjadi tempat curahan kurniaan Allah s.w.t. Dikurniakan-Nyaberbagai-bagai hal kepada hati hamba-Nya. Kurniaan yang demikian adalah semata-matakerana rahmat dan belas kasihan-Nya kepada hamba-Nya. Hamba tidak berupayamendapatkan yang demikian dengan amal dan ilmunya. Tetapi apabila kurniaan tersebutditerima oleh hati, maka si hamba perlu mengambil langkah yang sesuai bagi menetapkan halberkenaan pada hatinya. Apabila hal kurniaan Allah s.w.t itu menetap di dalam hati. Hal yangtelah diserapkan menjadi makam akan membentuk sifat dan keperibadian khusus danberterusan menurut hal berkenaan.

makam abid: Ada sebahagian daripada hamba-Nya dikurniakan hal merasakan kehambaanyang sangat kuat terhadap Allah s.w.t. Hal yang demikian membuatkan si hamba itumempergiatkan amal ibadatnya. Setelah keadaan yang demikian sebati dengannya akanterbentuklah sifat dan keperibadian yang teguh kehambaannya dan kuat ibadatnya. Suasanayang demikian dinamakan makam abid.

makam al-buhut: Hamba yang sampai kepada penghujung jalan ilmu dan makrifat akanmenemui suasana kehairan-hairanan tentang zat Ilahiat yang tidak mampu dihuraikan oleh ilmudan tidak mampu diperkenalkan oleh makrifat. Bila suasana demikian menguasai jiwa raganyadia dikatakan memperolehi makam al-buhut.

makam alif: Suasana hati yang menghadap Tuhan dengan tetap, tidak teringat kepadasesuatu yang lain.

makam Amin: Orang yang lulus ujian iman dan menetap di atas jalan takwa memperolehkesejehteraan dan ketenangan. Suasana yang demikian dinamakan makam Amin. Imannyatelah teguh, tidak dapat digoncangkan oleh sesuatu.

makam arifbillah: Setelah melepasi peringkat kehairan-hairanan si hamba dibawa kepada ilmudan makrifat yang berbeza dengan yang sebelumnya. Pada tahap ini si hamba mendapat

1 / 23

Page 2: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

pengetahuan tentang Allah s.w.t secara mengetahui tetapi tidak ada pengetahuan tentang-Nyanamun, keyakinannya teguh bahawa Allah s.w.t yang diketahuinya. Dia juga memperolehimakrifat secara mengenali Allah s.w.t tetapi tiada sebarang pengenalan tentang-Nya, tetapikeyakinannya teguh bahawa Allah s.w.t yang dikenalinya. Dia dikatakan melihat Allah s.w.tsecara tanpa huruf, tanpa suara, tanpa ibarat dan tanpa sesuatu yang boleh disifatkan. Hambayang mengenali Allah s.w.t pada tahap demikian dikatakan mencapai makam arifbillah.

makam asbab: Manusia dikelilingi oleh perjalanan hukum sebab musabab dan merekamengambil bahagian dalam sistem tersebut. Mereka melihat kekuatan hukum sebab dalammenghasilkan akibat. Bila keyakinan sudah penuh terhadap keberkesanan hukum sebab-akibatitu menguasai hati maka mereka dikatakan berada dalam makam asbab.

makam baqa: Kebaqaan adalah suasana kerohanian yang muncul selepas suasana kefanaan.Dalam proses menaik, iaitu kefanaan, berlaku pelepasan benda-benda alam, makhluk dan dirisendiri daripada kesedaran hati seseorang. Kehendak diri sendiri juga terhapus. Padakemuncak kefanaan seseorang tidak ingat dan tidak menyedari tentang sesuatu melainkanAllah s.w.t. Selepas peringkat kemuncak kefanaan itu, ingatan dan kesedarannya terhadapdirinya dan makhluk lain kembali sedikit demi sedikit. Pada tahap ini walaupun dia melihat,menyedari dan mengingati dirinya dan makhluk namun, hatinya masih lagi kuat dikuasai olehhal ketuhanan yang menyebabkan dia melihat suasana kekekalan dirinya dengan Tuhan. Diamasih melihat persamaan wujudnya dengan Wujud Tuhan. Suasana yang demikian dinamakanmakam baqa. Setelah melepasi makam baqa ini baharulah hamba dapat membezakansepenuhnya wujud makhluk dengan Wujud Tuhan.

makam fana: Suasana terhapusnya kesedaran terhadap diri sendiri dan makhluk sekaliannya,yang ada hanyalah Allah s.w.t.

makam hakikat: Suasana yang ada pengalaman mengenai hal-hal ketuhanan sepertimenyaksikan suasana ilmu Tuhan atau urusan pentadbiran Tuhan. Orang yang berada padamakam hakikat hanya melihat Tuhan, dengan Tuhan dan kepada Tuhan.

makam Hakikat Muhammad: Nur Allah merupakan sumber kepada segala kewujudan. Setiapmakhluk yang Tuhan ciptakan adalah berdasarkan hakikat berkenaan yang ada pada sisi Allahs.w.t. Hakikat yang ada pada sisi Allah s.w.t itu adalah terjemahan kepada keadaan Nur Allahs.w.t. Kesemua hakikat-hakikat tersebut menceritakan sebahagian daripada keadaan Nur Allahs.w.t kecuali satu hakikat. Hakikat yang satu ini merupakan terjemahan sepenuhnya mengenaiNur Allah s.w.t. Hakikat yang mendapat penguasaan Nur Allah s.w.t secara keseluruhan ituadalah hakikat yang berdasarkan kepadanya Nabi Muhammad s.a.w diciptakan dan iadinamakan Hakikat Muhammad. Jadi, Hakikat Muhammad merupakan hakikat yangmenyeluruh sementara hakikat-hakikat yang lain adalah umpama cabang-cabangnya. Olehyang demikian terdapat ‘jambatan' di antara hakikat-hakikat yang lain dengan HakikatMuhammad. Oleh kerana susunan hakikat yang demikian, maka ada dari kalanganhamba-hamba Allah yang dapat menyeberangi jambatan tersebut untuk sampai kepada HakikatMuhammad. Keadaan ini berlaku dalam pengalaman kerohanian semata-mata, bukanperjalanan secara nyata. Hamba yang mengalami suasana demikian dikatakan mencapaimakam Hakikat Muhammad. Pada makam ini hati si hamba dikuasai oleh rasa kecintaan

2 / 23

Page 3: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

teramat sangat kepada Allah s.w.t dan rasa yang demikian membuat hatinya berhadapansepenuhnya dengan Allah s.w.t.

makam hamba pilihan: Hamba yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk memikul sesuatu tugas akandibawa kepada jalan yang akan memantapkan kerohaniannya sehingga dia layak memikultugas berkenaan. Dalam proses tersebut si hamba dihadapkan dengan ujian bala bencana.Tujuan bala tersebut bukanlah untuk memusnahkan si hamba itu tetapi untuk membentukdirinya. Oleh yang demikian Allah s.w.t memperkuatkan hamba-Nya itu dengan bekalankesabaran. Kesabaran dalam menghadapi ujian merupakan latihan yang sangat berkesanmembentuk kerohanian seseorang. Dalam menuju kemantapan si hamba dibekalkan puladengan kekuatan reda. Bila kerohaniannya sudah cukup mantap dicanai oleh keredaan diamenetap dalam suasana yang dipanggil makam hamba pilihan. Dalam suasana ini dia sudahbenar-benar bersedia untuk memikul beban tugas yang Allah s.w.t sediakan untuknya.

makam ihsan: Apabila hati seseorang hamba itu dapat merasakan kehadiran Allah s.w.t padasetiap masa maka ia dikatakan mencapai makam ihsan.

makam ikhlas: Ikhlas peringkat pertama adalah ikhlas yang dipaksakan samada sebelummelakukan sesuatu perbuatan ataupun sesudah melakukannya. Seseorang itu perlumengingatkan dan mengawasi hatinya agar keikhlasan tidak dirosakkan oleh ungkitan ataupunperasaan riak. Setelah keikhlasan sudah menjadi sifat dan keperibadian, seseorang itu tidakperlu memperingatkan dan mengawasi hatinya daripada anasir yang merosakkan keikhlasanitu, malah tidak terlintas pada hatinya tentang perbuatannya itu ikhlas atau tidak. Hamba yangsudah benar kedudukannya dengan Tuhannya akan memiliki keikhlasan secara spontan padasetiap amalannya tanpa dia perlu memperjelaskan niatnya. Suasana yang demikian dinamakanmakam ikhlas.

makam insan: Setelah melepasi peringkat fana dan baqa dalam perjalanan kerohanianseseorang salik itu kembali kepada kesedaran manusia biasa, iaitu dia kembali kepada makaminsan.

makam Jabarut: Dalam perjalanan menaik kerohanian salik akan sampai kepada peringkatpenguasaan sifat Tuhan terhadap hatinya. Dia dikatakan memasuki makam jabarut.

makam kalbu: Apabila salik dapat melepaskan pengaruh alam benda dan tarikan hawa nafsudaripada hatinya, dia masuk kepada kesedaran hati. Dia dikatakan mencapai makam kalbu.

makam keesaan: Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Esa. Kekuatan akal dan khayal tidakmampu menyingkap atau menghuraikan keadaan keesaan Tuhan itu. Keesaan Tuhantersingkap melalui pengalaman kerohanian. Dalam suasana keesaan itu seseorang diizinkanmerasai ketiadaan diri dan segala yang lain, yang ada hanyalah Allah s.w.t.

makam kehambaan: Keadaan orang yang menyaksikan kehambaan dirinya dan ketuhananAllah s.w.t.

3 / 23

Page 4: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

makam kehampiran: Suasana hati yang merasai kehampiran dengan Allah s.w.t.

makam ketuhanan: Hal-hal atau keadaan ketuhanan. Sebahagian orang mengalami jazbahdan merasai hal-hal atau keadaan tersebut.

makam keteguhan: Sebelum mencapai satu tahap kematangan kerohanian, hati salik beradadalam keadaan berbolak-balik. Keresahan dan dukacita masih berpeluang memasuki hatinya.Setelah dia melepasi peringkat tersebut kesabaran, penyerahan dan keredaannya kepada Allahs.w.t menjadi teguh. Dia memasuki makam ketetapan yang penuh dengan ketenangan.

makam kewalian: Hamba yang sampai kepada makam ketetapan dibawa kepada penjagaandan pemeliharaan Allah s.w.t. Tuhan memelihara hatinya dan anggotanya daripada melakukanmaksiat. Dia dipermudahkan melakukan ibadat dan kebajikan. Apa sahaja yang sampaikepadanya sudah ditapis. Dia hanya menerima yang bersih dan tiada kemudaratan sahaja.Apabila dia terbabas kepada melakukan kesalahan dia dengan segera dibawa kembali kepadajalan yang benar. Suasana demikian dinamakan makam kewalian.

makam khalifah: Kedudukan yang layak menjadikan seseorang khalifah kerohanian yangboleh membimbing orang lain.

makam Lahut: Hal Zat Allah s.w.t yang melepasi semua penyifatan.

makam mahabbah: Apabila hati hamba mempunyai pertalian dengan hakikat dirinya danterbuka hubungan dengan Hakikat Muhammad akan memancarlah nur yang membukakan rasacinta yang tidak berbelah bahagi kepada Allah s.w.t. Dia dikatakan mencapai makammahabbah.

makam makrifat: Hamba yang sudah sampai kepada peringkat mengenal Allah s.w.t secarahakiki dikatakan memperolehi makam makrifat.

makam melihat Allah s.w.t.: Hati yang akrab dengan Allah s.w.t berada dalam keadaanmenyaksikan sesuatu mengenai-Nya pada setiap masa dan setiap suasana. Dia menyaksikansesuatu mengenai Allah s.w.t pada dua perkara yang bertentangan dengan sekali pandang.Perjalanan hukum sebab musabab dan pergerakan makhluk di dalamnya tidak menutuppandangannya daripada menyaksikan rububiah. Dia dikatakan mencapai makam melihat Allahs.w.t. Melihat-Nya bukanlah dengan mata di kepala tetapi ia adalah penyaksian mata hati yanglahir daripada kecintaan dan kerinduan kepada-Nya.

makam Mukmin: Apabila kecintaan terhadap Allah s.w.t, Rasul-Nya dan berjihad padajalannya melebihi daripada segala-galanya maka layaklah seseorang muslim itu disebutsebagai berada pada makam Mukmin.

makam muqarrabin: Hati yang sudah melimpah-ruah dengan Nur Ilahi akan merasakankeakraban dengan-Nya. Tidak ada lagi hijab dan jarak yang memisahkan di antara hambadengan Tuhan. Allah s.w.t disaksikan di mana-mana, pada segala sesuatu dan pada setiapwaktu. Apa sahaja yang dipandang menjadi cermin untuk melihat sesuatu mengenai-Nya. Apa

4 / 23

Page 5: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

sahaja yang sampai kepada hati adalah umpama tutur-kata-Nya. Beginilah suasana hati yangmerasai kehampiran dan keakraban dengan Tuhan atau yang sampai kepada makammuqarrabin.

makam Muslim: Apabila seseorang Islam dapat berpegang teguh dengan peraturan Islam danmengamalkannya dengan sebaik mungkin maka layaklah dia mendapat makam Muslim.

makam musyahadah: Keakraban dan kehampiran dengan Allah s.w.t membawa hati si hambakepada hal atau suasana kerohanian yang dipanggil saling berhadapan dan berpandangandengan Tuhan. Inilah makam musyahadah.

makam muttaqin: Apabila sifat ketakwaan sudah teguh seseorang hamba itu mencapaimakam muttaqin.

makam nafsu: Sifat nafsu boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu nafsu yang keji dannafsu yang terpuji. Jika sifat nafsu yang keji menguasai hati maka hati itu berada dalam makamnafsu yang keji. Jika sifat nafsu yang terpuji menguasai hati maka hati berada dalam makamnafsu yang terpuji. Makam nafsu yang paling keji ialah nafsu ammarah. Makam nafsu yangterpuji ialah muthmainnah ke atas. Nafsu yang keji menghijab hati daripada menerima nur darialam ghaib, dengan demikian menghalang cahaya iman daripada memasuki hati.

makam penetapan: Apabila pencarian telah berakhir dan pengalaman kerohanian telahmenemukan Yang Haq maka seseorang itu mendapat kepastian mengenai ketuhanan dankehambaan yang telah mengelirukannya dahulu. Ketika mencari pandangannya masih diliputioleh keraguan dan ketidak-pastian. Dia masih ‘memandang ke atas' atau dalam keadaanmencari atau menanti yang dia sendiri tidak tahu apa yang dicari dan dinanti. Bila KebenaranHakiki dibukakan kepadanya dia mendapat keyakinan dengan pegangan atau iktikadnya danianya tidak bergoncang lagi. Dia dikatakan memperolehi makam penetapan.

makam penyaksian: Pada makam penyaksian mata hati sentiasa memandang kepada Allahs.w.t. Apa sahaja yang dilihat dan dihadapi membuka pandangan hati kepada sesuatu yangmengenai Tuhan, seperti nama-Nya, sifat-Nya, kebesaran-Nya, kemuliaan-Nya dan lain-lain.Pada makam ini Allah s.w.t dikenali melalui dua perkara yang bertentangan. Pertentangantersebut tidak menutup pandangan hati untuk melihat kehadiran Allah s.w.t pada kedua-duaperkara tersebut. Apabila kehadiran Allah s.w.t dapat disaksikan atau dirasakan pada duaperkara yang berlawanan dengan sekali pandang, maka seseorang itu dikatakan berada padamakam penyaksian.

makam pilihan: Apabila Allah s.w.t memilih seseorang hamba-Nya bagi sesuatu tujuanmenurut kehendak-Nya, si hamba itu akan dibawa melalui berbagai-bagai proses dan latihankerohanian sehingga dia berada dalam keadaan layak dan kuat untuk menanggung bebantugas yang akan Allah s.w.t letakkan di atas bahunya. Hamba yang sudah layak memikul tugasitu dikatakan berada pada makam pilihan. Dia dipilih oleh Allah s.w.t untuk melaksanakansesuatu urusan-Nya demi kebaikan agama-Nya dan makhluk-Nya.

makam reda: Setelah hamba berjaya melepasi ujian dengan kesabaran yang teguh dia masuk

5 / 23

Page 6: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

pula kepada suasana reda dengan takdir Allah s.w.t. Bila sifat reda sudah teguh pada hatinyadia mencapai makam reda.

makam roh: Roh atau rohani pada asal kejadiannya adalah suci bersih. Percantuman denganjasad menyebabkan wujud hijab-hijab yang menutup keaslian roh itu. Setelah melalui beberapaproses dan latihan kerohanian hijab-hijab tersebut dapat disingkapkan. Keaslian roh munculsemula. Semua ini dinamakan makam roh.

makam sabar: Hati yang teguh dengan sifat kesabaran berada dalam makam sabar.

makam siddiqiyat: Makam orang yang benar, iaitu orang yang bersesuaian kehendaknya danpebuatannya dengan kehendak Allah s.w.t dan peraturan agama-Nya.

makam Sir: Bila hati kembali kepada kesucian dan kemurniaannya yang asli dan kembalimemakai sifat rohani yang sejati, ia dikatakan berada pada makam sir.

makam syuhud: Makam syuhud adalah makam penyaksian iaitu menyaksikan rububiah padasetiap waktu dan semua suasana.

makam takdir: Apabila hamba reda sepenuhnya kepada kehendak dan ketentuan  Allah s.w.tdia dikatakan mencapai makam takdir. Kesenangan dan kesusahan menjadi dua perkara yangserupa baginya, iaitu takdir Tuhan untuknya.

makam tajrid: Suasana hati yang bergantung sepenuhnya kepada Allah s.w.t, teguh dengansifat-sifat sabar, tawakal, reda dan ikhlas kepada-Nya. Karenah makhluk dan teka teki sebabmusabab tidak melemahkan pergantungan dan penyerahannya kepada Allah s.w.t.

makam tauhid sifat: Pada makam tauhid sifat hamba menyaksikan kesempurnaan dankeelokan sifat Allah s.w.t. Dia tidak melihat ada makhluk yang berkuasa mendatangkankemudaratan dan kemanfaatan kepada sesiapa pun. Penyaksian hatinya adalah Allah s.w.tjualah yang berkuasa dan Dia jualah yang hidup. Dia Berdiri Dengan Sendiri dengan segalasifat kesempurnaan-Nya.

makam tiada doa: Bila ingatan dan kesedaran terhadap diri sendiri serta kehendak diri sudahlebur di dalam hal ketuhanan tidak ada apa lagi yang mendorong si hamba berdoa kepadaTuhan. Bila dirinya dikembalikan bersama-sama kehendaknya dia kembali kepada suasanayang ada permintaan dan doa.

makrifat: Pengenalan terhadap hakikat-hakikat yang dialami oleh hati yang membawa kepadapengenalan terhadap Tuhan. makrifat diperolehi setelah terjadinya kasyaf, iaitu pembukaankepada keghaiban.

makrifatullah: Hasil daripada pengalaman mengenai hakikat-hakikat seseorang hamba itumemperolehi makrifatullah, iaitu mengenal Allah s.w.t sekadar yang Dia mahu diri-Nya dikenali.

makruf: Perbuatan baik yang sesuai dengan nilai-nilai murni kemanusiaan yang dilakukan

6 / 23

Page 7: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

kerana mentaati perintah Allah s.w.t.

malakut: Malaikat. Alam malakut adalah alam malaikat.

mansuh: Dibatalkan.

mardhiah: Nafsu mardhiah.

mata hati: Kebolehan atau bakat untuk menyaksikan perkara ghaib dan hal-hal ketuhananyang ada pada hati, juga kebolehan hati untuk mengenal hakikat sesuatu.. Mata hati dapatmelihat kejahatan syaitan sekalipun syaitan datang sebagai orang yang kelihatan alim danwarak. Lebih penting lagi mata hati mampu menyaksikan sesuatu mengenai Tuhan padasesuatu perkara dan kejadian yang disaksikannya. Walaupun digunakan istilah mata hati tetapiianya bukanlah bakat melihat seperti mata zahir di kepala. Mata hati melihat dan mendengarsekaligus. Suasana alam ghaib bukanlah seperti alam nyata. Rupa dan bahasa alam ghaibtidak sama dengan rupa dan bahasa alam nyata. Walaupun rupa dan bahasanya berbezanamun, mata hati boleh mengenal rupa tersebut dan memahami bahasa berkenaan.Keadaannya samalah seperti orang yang bermimpi menemui seseorang yang lain. Orang yangbermimpi itu mengenali orang yang ditemuinya itu walaupun orang tersebut tidakmemperkenalkan dirinya. Orang yang bermimpi itu juga mengetahui apa yang diberitahu olehorang yang berkenaan walaupun orang tersebut tidak berkata apa-apa. Demikianlah halnyamata hati, melihat dan mendengar sekaligus, mengenali dan memahami apa yang ditemuinya.

mati hisi: Dalam suasana ini apa juga yang mengisi alam ini lenyap dari alam perasaan. Tidakada lagi pemikiran, perasaan, bahasa, ruang, masa, ukuran dan rupa bentuk. Dia mengalamisuasana yang kosong, tiada isi, tiada rupa, tiada bahasa dan tidak boleh diperkatakan apa-apa.Hatinya dikuasai oleh Wujud Allah s.w.t semata-mata, tidak ada yang lain. Keadaan kerohanianpada peringkat ini adalah menyaksikan zat yang kosong dari makhluk, yang maujud hanyaAllah s.w.t.

mati maknawi: Apabila seseorang sampai kepada peringkat keasyikan terhadap sifat Allahs.w.t bakat diri zahirnya dikuasai oleh bakat diri batin atau hati nuraninya. Penglihatan matazahir dikuasai oleh penglihatan mata hati. Benda-benda alam tidak lagi menarik perhatiannya.Sifat-sifat alam benda tidak berbekas pada hatinya ketika mata hatinya memandang kepadasifat Allah s.w.t Yang Maha Sempurna dan Kekal. Kesedaran pancainderanya hilang dan diadikuasai oleh suasana sifat Allah s.w.t. Kefanaan pada peringkat ini membuat seseorangmelihat kepada keabadian. Dia tidak lagi melihat kepada jasad yang akan binasa dan tidak jugakepada dunia yang bersifat sementara. Dia dikuasai oleh suasana rohani sepenuhnya

mati surri: Pengaruh nur dari alam ghaib kepada hati menyebabkan  segala kewujudan yangsementara dan sifat kemanusiaan terhapus dari alam perasaan atau hati. Hatinya dikuasai olehsuasana alam ghaib yang bersifat nur. Dalam suasana demikian pengaruh nama Allah s.w.tsangat memberi bekas pada hatinya. Orang yang mengalami kefanaan ini sudah terputus darisifat-sifat kemanusiaan maka lahirlah perwatakan yang ganjil dan aneh, tidak secucuk dengantatasusila dan adab masyarakat. Percakapannya sukar dimengerti dan kadang-kadang

7 / 23

Page 8: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

menyinggung perasaan orang lain. Mungkin juga terkeluar dari mulutnya ucapan yang padazahirnya bersalahan dengan syariat.

mati tabii: Apabila hati seseorang mendapat keasyikan terhadap hal ketuhanan fikiran danpancainderanya menjadi tidak aktif. Pendengaran dan penglihatan zahir tidak memberi kesankepada hati dan fikiran. Pemikiran, perasaan dan keinginannya tidak memberi bekas kepadahatinya. Dia melihat kelakuan dirinya terjadi diluar kawalannya dan  dia tidak berupayamenyekat apa yang mahu terjadi itu. Dia merasakan seolah-olah kuasa ghaib mengheretnyauntuk berbuat sesuatu dan dia tidak berupaya menentang kuasa tersebut. Hubungan hatinyadengan Allah s.w.t sangat erat hinggakan setiap kali dia menyebut Allah hatinya merasakanseolah-olah Allah menjawab seruannya itu. Pada peringkat ini kesedaran diri lenyap di dalamlakuan Allah s.w.t. Hatinya menghayati bahawa Allah s.w.t jualah yang berkuasa melakukansegala sesuatu.

Mikraj: Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Baitul Makdis naik ke alam langit-langit, sampai keSidratul Muntaha dan seterusnya memasuki alam Arasy hingga ke tempat yang paling tinggi diArasy. Di sana baginda s.a.w menerima perintah sembahyang fardu.

muazzin: Juru bang.

mubah: Perkara yang pada dasarnya adalah halal tetapi dikhuatiri bercampur dengan perkarayang haram.

Muhajirin: Orang yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.

mujahadah: Perjuangan mengawal hawa nafsu dan membuang sifat-sifat yang tercela,menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.

mulhid: Orang yang berpegang kepada fahaman wahdatul wujud dan membuang syariathanya sekadar bersandar kepada ilmu tanpa melalui pengalaman kerohanian mengenaihakikat.

muqarrabin: Orang yang merasakan akan kehadiran Allah s.w.t pada setiap ketika.

muridin: Sama seperti salik.

mursyid: Guru yang arif mengenai syariat zahir dan syariat batin dan juga mengamalkankedua-duanya. Guru tersebut memiliki kedua-dua jenis ilmu iaitu ilmu fikah dan ilmu tasauf. Diamemahami selok-belok perjalanan kerohanian dan mampu menghuraikanpengalaman-pengalaman kerohanian yang ditempuhi oleh muridnya iaitu orang salik. Guruyang demikian memiliki kasyaf qulub, iaitu boleh membaca perkembangan pemikiran dan jiwamuridnya. Bakat tersebut memudahkan mursyid itu membimbing muridnya.

musyahadah: Saling berhadapan, iaitu hamba berhadapan dengan Tuhan. Apa yang berlakubukanlah berhadapan secara langsung. Ia adalah pengalaman kerohanian yang menyentuh halketuhanan. Tuhan membukakan hijab supaya hamba dapat mengenali-Nya sekadar yang Dia

8 / 23

Page 9: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

mahu diri-Nya dikenali.

muttakhaliq: Orang yang memasuki alam kerohanian dan mengalami hal ketuhanan. Sifat,keperibadian, daya-rasa dan daya-nilainya berubah. Segala sesuatu diisbatkannya kepadaTuhan. Dia samada melihat dirinya sebagai alat dan Tuhan yang menggunakan alat ataupundia melihat Tuhan mengurniakan kepadanya alat dan dia sendiri yang menggunakan alattersebut.

muttaqin: Orang yang menjalankan perintah Allah s.w.t dengan tepat danbersungguh-sungguh meninggalkan larangan-Nya, iaitu orang yang bertakwa.

muwahhid: Orang yang dikuasai oleh hal di mana kesedaran dan ingatannya terhadap dirinyadan sekalian makhluk sudah tidak ada lagi. Dia dikuasai oleh suasana ‘Allah' semata-mata. Diamelihat ‘Allah', mendengar ‘Allah' dan merasa ‘Allah' pada semua perkara dan ketika.

mazhab: Aliran kefahaman mengenai agama.

Mikraj: Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Baitul Makdis naik ke Alam Langit-langit, sampai keSidratul Muntaha dan seterusnya memasuki alam Arasy hingga ke tempat yang paling tinggi diArasy. Di sana baginda s.a.w menerima perintah sembahyang fardu.

Muhajiirin: Orang yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.

mujahadah: Perjuangan mengawal hawa nafsu dan membuang sifat-sifat yang tercela,menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.

Mujahidin: Tentera yang berjuang demi jihad pada jalan Allah s.w.t.

mujtahid: Orang yang berkelayakan untuk berijtihad.

muktabar: Kedudukan atau kebolehan yang diperakui oleh orang-orang yang mempunyai ilmudalam bidang berkenaan.

mulhamah: Nafsu mulhamah.

mumkinul wujud: Wujud makhluk.

munafik: Munafik kelas pertama muncul di Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.Mereka dipimpin oleh Abdullah bin Ubai. Mereka menolak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.Mereka tidak memperakui bahawa wahyu itu datangnya dari Tuhan. Mereka beranggapan NabiMuhammad s.a.w hanyalah seorang manusia biasa, bukanlah seorang rasul yang diutus olehTuhan. Mereka beranggapan wahyu hanyalah perkataan yang keluar daripada pemikiran NabiMuhammad s.a.w. Walaupun mereka menolak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan agamayang baginda s.a.w bawa namun, suasana di Madinah membuat mereka terpaksa menyertaiIslam. Mereka memeluk agama Islam secara zahir sahaja sedangkan hati mereka menolaknya.Mereka menjadikan Islam bukan sebagai agama Tuhan, tetapi hanyalah sebagai sebuah

9 / 23

Page 10: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

pertubuhan atau pergerakan kemanusiaan. Oleh yang demikian mereka membuang ajaran danperaturan agama pada bila-bila masa sahaja yang mereka suka. Mereka juga gemarmempersendakan kepercayaan agama yang mereka anggap lebih rendah daripada nilai-nilaikemanusiaan yang ada dengan mereka. Sifat-sifat munafik itu ‘berjalan' dari satu generasi kegenerasi yang lain, hinggalah kepada generasi sekarang. Kemunafikan yang ada bergantungkepada kekuatan sifat-sifat munafik yang menguasai hati. Jika sifat-sifat munafik itu sampaikepada tahap mampu menutup hati daripada melihat kebenaran ajaran dan peraturan Islammaka sifat-sifat kemunafikan itu bertukar menjadi kekufuran.

munkar: Perkara baik menurut nilai-nilai murni kemanusiaan yang diperakui oleh ajaran agamamenjadi perkara makruf sementara perkara buruk pula menjadi perkara munkar. Dalam agama,perbuatan makruf berhak mendapat pahala dan perbuatan munkar layak menerima dosa.

muraqabah: Kehampiran hati dengan Allah s.w.t menyebabkan hati merasai bermuraqabahatau berhadapan dengan Tuhan.

mursyid: Guru yang arif mengenai syariat zahir dan syariat batin dan juga mengamalkankedua-duanya. Guru tersebut memiliki kedua-dua jenis ilmu iaitu ilmu fikah dan ilmu tasauf. Diamemahami selok-belok perjalanan kerohanian dan mampu menghuraikanpengalaman-pengalaman kerohanian yang ditempuhi oleh muridnya iaitu orang salik. Guruyang demikian memiliki kasyaf qulub, iaitu boleh membaca perkembangan pemikiran dan jiwamuridnya. Bakat tersebut memudahkan mursyid itu membimbing muridnya.

muta'allim: Orang yang menuntut ilmu.

muthmainnah: Nafsu muthmainnah.

Mutlak: Keadaan Tuhan yang Berdiri Dengan Sendiri.

mutahaqqiq: Salik yang telah melepasi peringkat fana dan baqa dan kembali  kepadakesedaran kemanusiaan seperti biasa. Mutahaqqiq berkemampuan menguruskan kehidupan didalam dunia ini sebagaimana seorang manusia biasa, tidak lagi terbawa-bawa dengankemabukan dan latah.

muttakhaliq: Muttakhaliq adalah orang yang memasuki alam kerohanian dan mengalami halketuhanan. Sifat, keperibadian, daya-rasa dan daya-nilainya berubah. Segala sesuatudiisbatkannya kepada Tuhan. Dia samada melihat dirinya sebagai alat dan Tuhan yangmenggunakan alat ataupun dia melihat Tuhan mengurniakan kepadanya alat dan dia sendiriyang menggunakan alat tersebut.

ISTILAH N - Z

nafs: Diri manusia. Bila dipandang sebagai diri yang mempunyai keinginan ia dipanggil nafsu.Bila dipandang sebagai diri yang berakal ia dipanggil nafsu natiqah. Bila dipandang sebagaigabungan berbagai-bagai sifat ia dinamakan hati. Nafsu, nafsu natiqah dan hati adalah dirimanusia sendiri yang dipandang melalui berbagai-bagai aspek.

10 / 23

Page 11: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

nafsu ammarah: Peringkat nafsu yang paling rendah dan paling kuat dikuasai oleh syahwat,dunia dan syaitan. Hijab yang muncul melalui nafsu ini menyebabkan tertutup hubungan hatidengan Tuhan. Nafsu mengarahkan semua pancaindera dan akal kepada perkara-perkarakeduniaan semata-mata. Hati yang tidak menerima cahaya iman akan menghasilkan sifat-sifatammarah

nafsu kamaliah: Peringkat nafsu yang paling tinggi, iaitu tahap kesempurnaan nafsu. Nafsukamaliah adalah peringkat nafsu yang paling sempurna, suci bersih dan murni.

nafsu lawwamah: Sifat nafsu yang paling rendah, iaitu ammarah, adalah ego, engganmengakui kesalahan diri sendiri. Apabila sifat nafsu itu menjadi bertambah baik cahayakebenaran dapat menyelinap masuk ke dalam hati dan akal. Dalam suasana yang demikianseseorang dapat melihat dan mengakui kesalahan dirinya. Suasana diri yang boleh mengkeritikdiri sendiri itu dinamakan peringkat lawwamah.

nafsu mardhiah: Sifat nafsu yang luhur, yang diredai oleh Allah s.w.t.

nafsu mulhamah: Sifat nafsu sebelum memasuki kembali kepada suasana rohani yang asli.

nafsu muthmainnah: Nafsu yang bersih, tulen dan asli yang menjadi sifat nafsu yang asalkepunyaan rohani sebelum dipengaruhi oleh anasir jasad dan alam dunia. Apabila dicemarioleh anasir jasad dan dunia tahap kesucian nafsu menurun kepada mulhamah. Jika kekotoranbertambah lagi ia menurun kepada tahap lawwamah. Nafsu yang sudah banyak tercemar danberada pada tahap yang paling hina dikenali sebagai ammarah.

nafsu radhiah: Tingkat nafsu di antara muthmainnah dan mardhiah. Kemuncak fana berlakudalam peringkat radhiah. Orang radhiah lupa kepada dirinya dan makhluk sekaliannya.Kesedarannya hanyalah pada Allah s.w.t.

nasut: Alam benda-benda.

nisbat: Istilah yang digunakan dalam tarekat Naqsabandiyah bagi menceritakan suasana yangtidak putus ingatannya kepada Allah s.w.t.

nur: Unsur seni lagi latif yang termasuk dalam perkara Latifah Rabbaniah. Nur bukanlahcahaya seperti cahaya lampu, cahaya matahari, cahaya kilat dan lain-lain cahaya yang bolehdilihat. Kekuatan akal dan khayal tidak mampu menghuraikan hakikat nur. Apa sahaja yangdinisbahkan kepada Tuhan adalah dalam keadaan nur. Malaikat yang menjalankan perintahTuhan adalah nur. Roh yang menjadi urusan Tuhan adalah nur. Wahyu yang diturunkan olehTuhan adalah nur. Taufik, hidayat dan rahmat Tuhan adalah nur juga. Ilmu juga nur.Nama-nama Tuhan, sifat-sifat Tuhan dan Hadrat Tuhan yang dirasai oleh hati adalah nur juga.Nur yang termasuk di dalam golongan kewujudan yang diperintah, seperti malaikat dan rohmanusia, adalah makhluk dan menghuni ruang alam. Nur urusan Tuhan, nama-nama, sifat-sifatdan Hadrat Tuhan bukanlah makhluk dan tidak mengambil ruang. Nur yang dinisbahkan secaralangsung kepada Tuhan adalah keadaan atau hal Tuhan dan dipanggil Nur Allah. Walaupunterjadi pengalaman kerohanian mengenai Nur Allah, seperti nama-nama-Nya, sifat-sifat-Nya

11 / 23

Page 12: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

dan Hadrat-Nya, itu bukan bermakna Nur Allah masuk ke dalam hati, fikiran atau khayalanmanusia. Apa yang manusia alami hanyalah gubahan Tuhan untuk melahirkan makrifat tentangDiri-Nya. Gubahan Tuhan yang demikian membuka pengertian tentang hakikat ketuhanan yangdiselubungi oleh selimut ghaib yang kukuh. nurani: Unsur atau anasir nur. Hati yang merupakan daging segempal adalah anasir nyata dandinamakan hati sanubari. Hati seni bukan anasir nyata. Ia adalah anasir nur dan dinamakan hatinurani. Oleh kerana hati adalah daripada anasir nur maka ia mampu menerima hal ketuhananyang dari nur.

Nur Akal: Akal ada dua jenis, iaitu akal zahir dan akal batin. Akal zahir mengenderai otak. Akalbatin adalah unsur nur. Apabila akal batin sudah diterangi oleh nur baharulah perkaraketuhanan dapat difahami. Nur bagi akal batin menerangi akal yang pada otak. Baharulahmanusia dapat memikirkan tentang ketuhanan dan perkara ghaib.

Nur al-Muwaajahah: Nur al-muwaajahah berperanan membawa hamba ‘berhadapan' dan‘menyaksikan' Tuhan dalam suasana "Tidak ada sesuatu yang serupa dengan-Nya".

nurani: Unsur atau anasir nur. Hati yang merupakan daging segempal adalah anasir nyata dandinamakan hati sanubari. Hati seni bukan anasir nyata. Ia adalah anasir nur dan dinamakan hatinurani. Oleh kerana hati adalah daripada anasir nur maka ia mampu menerima hal ketuhananyang dari nur.

Nur Iman: Cahaya iman. Iman adalah hubungan hati dengan Allah s.w.t. Hati adalah bangsanur atau nurani. Apa juga yang dari Allah s.w.t adalah dalam unsur nur. Iman yang terpancar didalam hati adalah juga nur. Nur Iman yang menerangi hati nurani membuka hubungan denganNur Ilahi.

Nur Kalbu: Nur yang memancar di dalam hati. Nur kalbu menerangi akal. Akal yang diterangioleh nur berguna bagi pengajian tentang perkara ghaib dan ketuhanan. Tanpa sinaran NurKalbu akal tidak mampu bertafakur mengenai perkara ghaib dan ketuhanan.

Nur Muhammad: Urusan Tuhan yang berada pada sisi-Nya berhubung dengan penciptaanalam makhluk. Bolehlah dikatakan bahawa sekalian alam makhluk termasuklah manusia, jikadisaksikan dalam Ilmu Tuhan maka sekaliannya disaksikan sebagai Nur Muhammad. Jikadipandang sebagai hakikat maka ia adalah Hakikat Insan dan juga Hakikat Alam. NurMuhammad adalah suasana pentadbiran Tuhan bukan makhluk yang mendiami ruang alam.Bekas alam yang menerima bakat dan keupayaan Nur Muhammad itu dinamakan RohMuhammad.

Nur Sir: Nur Rahsia Allah s.w.t. Nur sir yang menerima sinaran Nur Allah dan nur sirmemancarkannya kepada nur hati, lalu hati mengalami sesuatu hal ketuhanan. Apa yang Allahs.w.t mahu sampaikan kepada hamba-Nya disampaikan-Nya kepada sir. Sir menterjemahkanutusan Tuhan itu dalam bentuk nur dan nur tersebut dihantarkan kepada hati. Hati yangmempunyai bakat makrifat memahami perutusan nur yang dihantarkan oleh sir itu.

nur tawajjuh: Hati hanya boleh menghadap dan menghampiri Tuhan kerana peranan nur. Nur

12 / 23

Page 13: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

yang berperanan demikian dinamakan nur tawajjuh.

Nurullah: Nur Allah s.w.t.

Nur Zikir: Ibadat yang dilakukan oleh seseorang hamba melahirkan nur. Wuduk melahirkannur. Sembahyang melahirkan nur. Zikir juga melahirkan nur. Syarat bagi melahirkan nur dalamibadat itu ialah ikhlas kerana Allah s.w.t semata-mata. Setiap nur yang lahir daripada ibadat itumempunyai fungsinya masing-masing dalam membantu seseorang hamba mendekati danmengabdikan diri kepada Tuhan. Nur zikir melahirkan ingatan, kasih sayang dan kerinduankepada-Nya. Zikir yang sudah melahirkan nur akan menambahkan kekuatan seseorang hambadalam pengabdiannya kepada Tuhannya dan dia memperolehi kelazatan dalam berbuatdemikian.

Nyawa Insan: Jasad hidup kerana Roh Haiwani dan Roh Haiwani pula memperolehipenghidupan daripada Roh Insan atau Nyawa Insan yang dinamakan juga Latifah Sir.

Pembimbing Hakiki: Di dalam pengajian ketuhanan tidak ada istilah kebetulan. Tidak adayang berlaku secara kebetulan, tanpa dirancang atau ditadbir. Semua yang berlaku adalah dibawah tadbir Allah s.w.t. Jika secara tiba-tiba seseorang itu mendapat sesuatu pengetahuanatau terbuka kepadanya sesuatu  jalan, ianya berlaku bukanlah secara kebetulan tetapimenurut tadbir Tuhan. Oleh kerana hal tersebut berlaku secara tiba-tiba sumber kedatangannyatidak diketahui dengan jelas tetapi diyakini bahawa al-Haq, iaitu Tuhan yang Maha Mengasihanimemberi taufik dan hidayat kepada hamba-Nya yang berkenaan. Apabila pengajaran tersebutdinisbahkan kepada al-Haq atau Tuhan, ia diistilahkan sebagai Pembimbing Hakiki. Orang yangmenerima bimbingan secara demikian dapat merasakan bahawa pengetahuan yang sampaikepadanya adalah secara terancang bukan secara kebetulan. Kehadiran Pembimbing Hakikitersebut, walaupun tidak diketahui hakikatnya, menambahkan keyakinan kepada hamba yangsedang berjalan pada jalan Tuhan itu.

Pembimbing Rohani: Sama seperti Pembimbing Hakiki.

Penglihatan Mutlak: Penglihatan Allah s.w.t yang bersifat Mutlak. Penglihatan Allah s.w.t tidakada permulaan dan tidak ada kesudahan. Jika dikatakan Allah s.w.t Melihat makhluk-Nya, makaDia Melihat makhluk-Nya itu sejak azali, sebelum makhluk diciptakan. Dia Melihat makhluk-Nyatatkala makhluk itu diciptakan. Dia Melihat makhluk-Nya sesudah makhluk diciptakan dansampailah kepada keabadian. Dia Melihat perbuatan makhluk sebelum makhluk melakukanperbuatan itu, ketika makhluk melakukannya dan sesudah makhluk melakukannya. Dia Melihatyang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin. Pada setiap perbuatan dan kejadian adaPenglihatan-Nya. Pada setiap penglihatan makhluk ada juga Penglihatan-Nya. Oleh yangdemikian makhluk tidak dapat melakukan dan melihat sesuatu tanpa Allah s.w.t Melihatnya.

Penyaksian Hakiki: Penyaksian Hakiki mata hati adalah suasana hati yang sentiasamenyaksikan sesuatu tentang Tuhan, pada setiap masa dan semua kejadian.

Perbendaharaan Yang Tersembunyi: Rahsia-rahsia ketuhanan atau hakikat-hakikat yangberada pada sisi Tuhan. Kumpulan hakikat-hakikat tersebut dinamakan Hakikat Muhammadiah.

13 / 23

Page 14: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

Perintah Batin: Hati nurani dinamakan juga Diri Batin. Nur dari alam ghaib diterima oleh hatinurani atau Diri Batin itu. Nur yang dari alam ghaib mempunyai kekuatan menguasai hatinurani. Perutusan yang disampaikan oleh nur tersebut diterima oleh hati nurani seumpamamenerima perintah, tidak berupaya mengingkarinya. Hati kemudian memaksa pancainderanyauntuk melakukan menurut perutusan yang telah diterimanya. Hal yang demikian dinamakanperintah batin. Orang yang menerima perintah batin ini sering melakukan sesuatu yang padazahirnya kelihatan tidak munasabah bagi orang ramai. Namun begitu orang berkenaan tidakragu-ragu melakukan perkara yang telah disampaikan kepada Diri Batinnya itu sekalipundipandang remeh oleh orang lain.

Petunjuk Ilmu: Hati nurani adalah unsur nur dan ilmu juga unsur nur. Nur ilmu memancarkepada nur hati. Pancaran nur ilmu mengwujudkan sesuatu suasana di dalam hati. Hatimemahami perutusan yang dibawa oleh nur ilmu itu. Hal yang demikian dinamakan petunjukilmu.

Petunjuk Laduni: Apabila nur dari alam ghaib dinisbahkan kepada pekerjaan atau urusanTuhan ia dinamakan Petunjuk Laduni. Ia adalah bimbingan yang Allah s.w.t sampaikan kepadahamba-Nya yang dikehendaki-Nya.

Qadak : Urusan atau suasana Pentadbiran Tuhan mengenai sesuatu perkara. Ia boleh jugadikatakan sebagai hakikat bagi kejadian Tuhan ataupun suasana ilmu Tuhan yang mengenaimakhluk-Nya. Apa juga yang Tuhan berkehendak menciptakan sudah ada pada sisi-Nya, dalamIlmu-Nya sebagai Pentadbiran-Nya dan dipanggil hakikat-hakikat yang menguasai segalakejadian.

Qadar: Apa yang terzahir atau berlaku menurut Qadak yang pada sisi Tuhan atau menurutkehendak yang ada pada Ilmu-Nya atau menurut hakikat-hakikat yang menguasai. Qadakberada pada sisi Tuhan dan Qadar adalah yang ‘keluar' menurut Qadak tersebut. Qadak adalahilmu Tuhan dan Qadar adalah perbuatan-Nya menurut Ilmu-Nya. Boleh juga jika maksud yangdijelaskan mengenai Qadak digunakan untuk Qadar dan maksud untuk Qadar digunakan untukQadak. Sebahagian ulama mentafsirkan Qadar sebagai suasana ilmu Tuhan dan Qadak pulasuasana perbuatan Tuhan. Kedua-dua bentuk pentafsiran tersebut boleh diguna-pakai.

Qurbi Faraidh: Suasana kerohanian di mana seseorang itu berubah kesedaran dan sifatnya.Dalam suasana yang demikian seseorang itu melihat ketidak-upayaan dirinya dan dia hanyamenumpang daya dan upaya yang dari Allah s.w.t. Dia melihat apa sahaja yang keluardaripadanya adalah di bawah kekuasaan dan perbuatan Tuhan secara langsung tanpa dia ikutcampur sedikitpun.

Qurbi Nawafil: Suasana kerohanian di mana seseorang melihat dirinya sebagai bekas yangTuhan letakkan bakat-bakat dan keupayaan serta dia diizinkan menggunakan bakat-bakat sertakeupayaan tersebut. Orang yang demikian melihat dirinya sebagai pengurus yang diberi kuasauntuk mentadbir apa yang dibekalkan kepadanya.

14 / 23

Page 15: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

Qutubul Aqtab: Ketua Agung sekalian wali-wali.

radhiah: Nafsu radhiah.

raghib: Orang yang dilalaikan oleh dunia, syaitan dan dorongan hawa nafsu yang rendah.Akalnya tidak terbuka untuk memikirkan tentang kebesaran dan kemurahan Tuhan  Hatinyahanya dipenuhi oleh tuntutan hawa nafsu, tidak ada selira untuk mengingati Tuhan atauberibadat kepada Tuhan.

Rahsia: Rahsia atau Sir adalah ‘perantara' yang kerananya penciptaan makhluk menjadimungkin. Ia menjadi pemangkin atau hijab kepada kewujudan makhluk. Rahsia atau Sir inilahyang memungkinkan ada hubungan makhluk dengan Tuhan. Hakikatnya hanya Allah s.w.tsahaja yang mengetahuinya.

Rahsia Allah s.w.t: Sama seperti Rahsia.

Roh Allah s.w.t: Hakikat Roh. Urusan Tuhan yang berhubung dengan roh-roh. Ia dinamakanRoh Allah, iaitu hakikat yang berada pada sisi Allah s.w.t yang menguasai semua roh-roh.

Roh Insan: Latifah Sir.

Roh Muhammad: Roh yang paling latif yang menjadi penjana kepada sekalian kehidupan.

Roh Mutlak: Roh Allah s.w.t.

Roh Tuhan: Roh Allah s.w.t.

Rububiah: Suasana Pentadbiran Tuhan mengenai makhluk.

salat daim: Sembahyang yang berkekalan. Ada beberapa pengertian mengenai salat daim.Pertama, ia bermaksud sembahyang yang dilakukan secara berkekalan, iaitu tidakmeninggalkan sebarang sembahyang fardu. Kedua, ia bermaksud hati sentiasa terikat dengansembahyang, samada sedang melakukan sembahyang atau sedang menunggu untukmengerjakan sembahyang sebelum masuk waktu sembahyang. Ke tiga, ia bermaksud suasanaLatifah pada tahap kesedaran sir. Dalam kesedaran tersebut muka hati sentiasa menghadapkepada Allah s.w.t, tanpa diganggu oleh kesibukan pekerjaan atau kehadiran makhluk yangperlu dilayani. Keadaannya samalah seperti keadaan orang yang sedang berpuasa. Kesibukandalam urusan harian tidak menghilangkan suasana berpuasa pada hati orang berkenaan. Padatahap kesedaran sir setiap perbuatan dan perkataan menjadi ibadat.

salihin: Orang salih, iaitu orang beriman yang berjalan sesuai dengan peraturan syariat.

salik: Orang yang memasuki bidang latihan kerohanian.

salikin: Sama seperti salik.

15 / 23

Page 16: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

sama'ah: Menceritakan kebaikan yang dilakukan bagi tujuan mendapatkan puji-pujian.

Samad: Salah satu daripada nama-nama Allah s.w.t yang menceritakan tentang hal-Nya.As-Samad membawa maksud bahawa Allah s.w.t jualah tempat makhluk berhajat danbergantung. Makhluk tidak mungkin bebas daripada pergantungan kepada-Nya. As-Samad jugamembawa maksud bahawa Allah s.w.t sahajalah yang berkuasa menerima permohonan hambadan memperkenankannya. Selain itu as-Samad juga membawa maksud bahawa Allah s.w.tadalah penghujung segala sesuatu. Segala doa, hajat, harapan, cita-cita, khayalan dansebagainya, walaupun dituju kepada sesiapa sahaja namun, kesudahannya sampai kepada Diajuga. Tidak ada perkataan, perbuatan, niat dan lain-lain yang terlepas daripada Allahas-Samad.

siddik: Salah satu daripada sifat-sifat yang wajib bagi Rasulullah s.a.w. Siddik bererti benar,iaitu Rasulullah s.a.w adalah benar dalam penyampaian baginda s.a.w. Baginda s.a.w hanyamenyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Baginda s.a.w tidak mengada-adakancerita dan tidak pula menyembunyikan sebarang perkhabaran yang disampaikan oleh Allahs.w.t.

Sifat Hakiki: Sifat Allah s.w.t yang melampaui penyifatan dan ibarat.

Sir: Rahsia, iaitu Rahsia Allah s.w.t yang menghubungkan makhluk dengan-Nya. Hakikathubungan tersebut tidak diketahui oleh makhluk.

Suara Hakiki: Perintah batin, petunjuk ilmu, petunjuk laduni atau nur dari alam ghaib diterimaoleh hati nurani. Nur yang demikian sampai kepada hati dengan membawa sesuatu perutusandan pengertiannya ditanamkan kepada hati seumpama menanam sebiji benih. Hati adalahumpama bumi yang menumbuhkan benih tersebut. Setelah benih itu tumbuh maka pokoknyamenjadi nyata. Sehubungan dengan itu hati berperanan menterjemahkan perutusan segumpalyang diterimanya. Dalam berbuat demikian hati seolah-olah menerima pengajaran dantutur-kata yang menghuraikan perutusan nur yang diterimanya. ‘Tutur-kata' yang didengar ataudifahami oleh hati itu dinamakan Suara Hakiki. Ia adalah suara hati bukan suara manusiaberkata-kata secara nyata.

suhuf: Catatan wahyu yang diturunkan kepada nabi-nabi yang sedikit bilangannya dinamakansuhuf sementara yang lebih banyak dinamakan kitab.

syariat: Hukum dan peraturan Tuhan mengenai sesuatu perkara yang wajib dipatuhi olehmanusia. Syariat diturunkan kepada nabi-nabi dan mereka menyampaikannya kepada umatmanusia.

syariat batin: Peraturan syariat yang berhubung dengan amalan hati seperti niat, iman,tawakal dan sebagainya.

syariat zahir: Peraturan syariat yang berhubung dengan amalan zahir seperti cara-caramengerjakan sembahyang, haji dan lain-lain.

16 / 23

Page 17: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

syurgawi: Nikmat, kesejahteraan dan keselamatan yang ada di syurga.

syuhud: Penyaksian dengan mata hati. Walaupun perkataan  penyaksian digunakan namun,syuhud bukanlah melihat semata-mata. Syuhud menggabungkan penyaksian, pendengarandan perasaan hati. Dalam syuhud apa yang disaksikan itu jugalah yang didengar dandirasakan. Gabungan bakat-bakat yang ada pada hati itulah dinamakan syuhud.

syirik: Melanggar sempadan yang memisahkan ketuhanan daripada kehambaan. Syirik terjadiapabila taraf ketuhanan diturunkan sehingga menyamai taraf kehambaan dan juga apabila tarafkehambaan dinaikkan sehingga menyamai taraf ketuhanan. Syirik bukan sahaja terjadi dalamperkara penyembahan malah perkara-perkara lain juga boleh menyebabkan syirik, sepertipemujian, penyayangan, ketaatan dan sebagainya. Jika berlaku pemujian, penyayangan danketaatan kepada makhluk sehingga membelakangi hak ketuhanan Allah s.w.t, maka terdapatlahsyirik padanya.

syuhada: Orang yang mati syahid, iaitu orang yang mati dalam peperangan pada jalan Allahs.w.t.

syuhudi: Penyaksian dengan mata hati. Walaupun perkataan  penyaksian digunakan namun,syuhud bukanlah melihat semata-mata. Syuhud menggabungkan penyaksian, pendengarandan perasaan hati. Dalam syuhud apa yang disaksikan itu jugalah yang didengar dandirasakan. Gabungan bakat-bakat yang ada pada hati itulah dinamakan syuhud.

syurgawi: Sifat-sifat yang ada dalam syurga seperti keselamatan dan kelazatan.

tabligh: Salah satu daripada sifat-sifat yang wajib bagi Rasulullah s.a.w. Tabligh bermaksudmenyampaikan, iaitu Rasulllah s.a.w menyampaikan sebagaimana yang diperintahkan olehAllah s.w.t, tanpa menyembunyikan atau meminda sesuatu.

tafakur: Proses pengambilan ilmu oleh akal zahir daripada akal yang bersuluhkan nur. Prosesini berlaku sebagai perbincangan dengan diri sendiri. Diri sendiri yang menjadi penanya danpenjawab. Bantuan nur membuka kefahaman terhadap perkara-perkara yang tidak difahamisebelumnya. Aspek diri yang bertanya mendapat jawapan yang memuaskan daripada aspekdiri yang menjawab.

tajalli: Hal ketuhanan yang Allah s.w.t gubahkan bagi memperkenalkan Diri-Nya dan gubahantersebut dihantarkan-Nya kepada hati hamba-Nya.

tajalliyat: Tajalli.

tajalli ilmu: Pembukaan terhadap pengetahuan mengenai pengalaman kerohanian yang telahdilalui dan hasilnya tercapailah makrifat.

tajalli Rahmani: Pembukaan mengenai hal-hal ketuhanan yang dipengaruhi oleh Tarikanketuhanan secara langsung. Dalam tajalli Rahmani salik mencapai fana dan ikut hancur adalahego dirinya. Apabila salik kembali kepada kesedaran semula dia kembali dengan tawaduk,

17 / 23

Page 18: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

tanpa ego diri, sombong atau takbur.

tajalli roh: Pembukaan mengenai perkara ghaib berlandaskan kekuatan Roh Haiwani yangdihijabkan oleh sifat-sifat nafsu yang rendah. Tajalli roh mendorong kepada penyaksianterhadap ketuhanan roh. Orang yang menerima tajalli roh menjadi semakin ego, merasakanketuhanan diri dan membuang syariat.

tajalli rohani: Sama seperti tajalli roh.

tajrid: Suasana hati yang melihat sesuatu perkara dari sumbernya, iaitu Tuhan. Kepantasanmata hati memandang kepada Tuhan menyebabkan hukum sebab musabab tidakmempengaruhinya. Hati yang demikian kuat berserah dan bergantung kepada Tuhan, bukankepada makhluk. Walaupun tindakan menurut hukum sebab musabab diambil namun,keberkesanan diletakkan kepada Tuhan dan ketentuan-Nya, bukan pada sebab musababtersebut.

takwa: Sempadan hukum dan peraturan Tuhan yang perlu dijaga oleh seseorang hamba.Hamba yang bertakwa memelihara dirinya agar tidak terdorong untuk keluar dari sempadantersebut. Dalam berbuat demikian hati dikuasai oleh rasa taat, merendah diri, takut, harap dansebagainya kepada Tuhan. Gabungan sifat-sifat kehambaan tersebut merupakan sifat takwa.

tanzih: Keadaan Tuhan yang melampaui penyifatan.

taqarrub: Mendekati Allah s.w.t.

tarekat: Jalan, cara atau sistem yang digunakan bagi tujuan mendekatkan diri kepada Tuhan.

tarekat Islam: Peraturan syariat zahir dan syariat batin.

tarekat kehidupan harian: Menyesuaikan kehidupan yang dijalani harian dengan peraturansyariat zahir dan syariat batin.

tarekat sufi: Jalan kesufian.

tarekat tasauf: Pendekatan diri kepada Tuhan melalui cara tasauf menurut kaedah yangdibentuk oleh guru-guru tasauf yang telah mencuba sendiri sesuatu kaedah itu.

tarekat ujian bala: Ujian bala seperti penyakit, kesusahan mencari rezeki, kemalangan danlain-lain adalah merupakan proses latihan kepada jiwa agar ia kembali kepada Tuhan.

tasauf: Satu aliran ilmu dan kefahaman agama yang menitik-beratkan soal hati, penyuciannyadan hubungannya dengan Tuhan.

tasybih: Keadaan Tuhan yang boleh disifatkan.

taubat

18 / 23

Page 19: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

nasuha: Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat jenis ini adalah seumpama mencabut rumputdengan akarnya sekali agar rumput tersebut tidak berpeluang tumbuh kembali. Orang yangmelakukan taubat nasuha bukan sahaja berhenti melakukan kesalahan malah faktor-faktoryang boleh membuka pintu kepada kesalahan tersebut juga dihapuskan.

taufik: Pertolongan Tuhan.

tauhid syuhudi: Penyaksian satu wujud oleh mata hati, dinamakan wahdatul syuhud.

tauhid wujudi: Keyakinan atau kepercayaan tentang satu wujud, dinamakan wahdatul wujud.

tawaduk: Merendah diri, terutamanya dengan Allah s.w.t.

tawajjuh: Salah satu suasana kerohanian di mana berlaku ‘lonjakan' kesedaran daripadakesedaran kebendaan kepada kesedaran hakikat yang membawa hati merasakan kehampiranAllah s.w.t.

tawakal: Meletakkan harapan, pergantungan dan penyerahan hanya kepada Allah s.w.t.Tawakal beserta setiap amalan, di sepanjang amalan itu, bukan hanya datang sesudah amalandibuat. Tawakal yang menemani setiap langkah pekerjaan membuat hati sentiasa memandangkepada Allah s.w.t, melihat Kudrat dan Iradat-Nya, Haula dan Kuwwata-Nya serta Qadak danQadar-Nya. Hamba tidak terlepas daripada berhajat dan bergantung kepada Allah s.w.t walausatu detik pun. Allah s.w.t memiliki sifat iftiqar yang mewajibkan hamba memerlukan-Nya. Diatas kefaqiran terhadap Allah s.w.t itulah hamba tidak putus bertawakal kepada-Nya.

tawasul: Mengadakan perantaraan bagi menyampaikan seseorang kepada Allah s.w.t. Adamurid yang bertawasul kepada gurunya bagi mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Ada orangyang bertawasul kepada amalan baiknya bagi menyampaikan hajatnya kepada Tuhan. Adajuga orang yang bertawasul kepada arwah orang yang sudah meninggal dunia bagi sesuatumaksud.

ubudiah: Suasana kehambaan, iaitu wujud yang diperintah dan tertakluk kepada hukumketentuan Tuhan.

ukhrawi: Perkara atau suasana akhirat.

Uluhiyah: Suasana ketuhanan, iaitu Wujud yang memerintah dan mentadbir. Sekalian makhlukberhajat dan bergantung kepada-Nya.

uns: Hati yang telah merasai jalinan hubungan dengan Allah s.w.t dan lahir rasa kasihterhadap-Nya.

uzlah: Pengasingan diri di tempat yang sunyi bagi tujuan menyucikan hati, membuangsifat-sifat yang tercela, menambahkan ibadat kepada Tuhan dan seterusnya mendekati-Nya.

Wahadiyyah: Suasana ketuhanan yang dinamakan nama-nama Tuhan. Nama-nama Tuhan

19 / 23

Page 20: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

yang banyak memperincikan keadaan Tuhan Yang Satu. Secara hakikat suasana yangdemikian dinamakan Hakikat Insan.

Wahdat: Suasana ketuhanan yang dipanggil sifat-sifat Tuhan. Suasana sifat menceritakankeadaan nama-nama yang terkumpul, tidak diperincikan. Semuanya berada dalam satukesatuan. Satu nama Tuhan menceritakan satu keadaan Tuhan tetapi nama Allahmenceritakan keseluruhan aspek Tuhan. Wahadiyyah menceritakan aspek Tuhan secarasatu-satu. Wahdat pula menceritakan aspek Tuhan Yang Satu iaitu Allah s.w.t, tetapi iabukanlah Allah s.w.t. Wahadiyyah dan Wahdat hanyalah keadaan atau perihal Allah s.w.t tetapibukanlah Dia. Suasana Wahdat ini dinamakan Hakikat Muhammadiah, yang menerimamaklumat yang lengkap daripada Allah s.w.t. Maklumat Hakikat Muhammadiah itukemudiannya disalurkan kepada cabang-cabang hakikat.

wahdatul ma'abud: Fahaman dan kepercayaan kepada satu Tuhan yang wajib disembah,ditaati dan segala pengabdian hanyalah untuk-Nya. Syariat mengajarkan wahdatul ma'abud,tidak ada Tuhan melainkan Allah s.w.t.

wahdatul syuhud: Menyaksikan satu wujud. Penyaksian tersebut berlaku dalam pengalamankerohanian.

wahdatul wujud: Doktrin yang membawa fahaman dan kepercayaan bahawa hanya satuwujud sahaja yang ada iaitu wujud Tuhan. Wujud makhluk dan wujud Tuhan adalah wujud yangsama. Wujud hamba dan wujud Tuhan bersatu pada satu wujud.

wahyu: Petunjuk dan ajaran yang Allah s.w.t turunkan kepada nabi-nabi melalui beberapacara, cara yang paling terkenal adalah wahyu yang dibawa oleh Jibrail. Wahyu tahap pertamaditerima oleh Alam Hijab dalam peringkat Alam Arasy. Tidak ada makhluk mengetahui keadaannur wahyu yang pada Alam Hijab itu. Nur Arasy menghalang makhluk alam bawah daripadamenghampirinya. Sebagaimana Jibrail tidak dapat menghampiri Nur Arasy begitu jugalah Jibrailtidak mampu bertahan menerima nur wahyu yang pada Alam Hijab. Allah s.w.t membaluti nurwahyu itu dengan rahmat-Nya dan ia dibawa turun kepada Jibrail yang menanti di luar AlamHijab. Rahmat Allah s.w.t menyelamatkan Jibrail daripada hancur apabila menanggung nurwahyu. Rahmat Allah s.w.t sentiasa menemani nur wahyu itu melalui setiap peringkat alamsehingga ia sampai kepada nabi yang ditakdirkan menerima wahyu tersebut. Tidak diketahuibagaimanakah hakikat nur wahyu yang sebenarnya, tetapi rahmat Allah s.w.tmempermudahkannya sehingga wahyu yang sampai kepada nabi itu menjadi boleh diterima,ditanggung, dibaca dan difahami oleh manusia. Walaupun begitu di dalam bungkusan rahmatAllah s.w.t itu tetap ada nur wahyu yang asli yang mampu meleburkan Jibrail. Apabila Allahs.w.t berkehendak memperkenalkan Kalam-Nya Yang Hakiki, disingkap-Nya sedikit tabir yangmenutupi nur wahyu itu. Tatkala itu hati yang berhadapan dengannya menjadi hancur, fana.Setelah sedar semula hamba itu mendapat makrifat tentang Kalam Tuhan. Bagaimana mungkinkewujudan alam ini bertahan menanggung hal-hal ketuhanan yang menguasainya? Semuanyaadalah kerana rahmat Allah s.w.t.

Wajibul Wujud: Wujud Yang Wajib iaitu Wujud Tuhan.

20 / 23

Page 21: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

wali: Hamba yang kembali kepada taraf amr Tuhan dan diletakkan-Nya di bawah payungpemeliharaan serta penjagaan-Nya. Seseorang wali melakukan sesuatu perkara bukan dengankehendak dirinya sendiri tetapi dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. Walaupun demikianseseorang wali masih juga mungkin melakukan kesalahan-kesalahan tetapi pemeliharaan Allahs.w.t cepat menariknya kembali kepada jalan yang benar.

wali kecil: Tahap seseorang hamba dipelihara, dijaga dan ditadbir secara sepenuhnya olehAllah s.w.t, seumpama seorang bayi di tangan ibunya. Semua perkara dilakukan oleh si ibu,bayi hanya menanti. Si bayi tidak mampu menguruskan dirinya sendiri. Begitulah keadaan walikecil yang diuruskan sepenuhnya oleh Allah s.w.t. Apabila dia meningkat lagi Allah s.w.tkembalikan bakat-bakat dan keupayaan mengurus kepada dirinya sehingga dia menjadikhalifah yang mampu menguruskan kehidupan di dalam dunia ini.

Wali Qutub: Wali peringkat tinggi.

warak: Sifat orang yang beriman, iaitu cermat di dalam segala pekerjaan. Orang yang berimanmenjaga batas hukum. Perkara yang halal adalah jelas dan perkara yang haram juga jelas. Diantara yang halal dengan yang haram itu ada daerah yang samar-samar, yang dikatakanmungkin halal dan mungkin haram. Orang beriman yang warak meninggalkan perkara yangsamar-samar dan meragukan itu. Semakin jauh daerah yang meragukan itu ditinggalkansemakin selamatlah iman seseorang.

warid: Kurniaan Allah s.w.t kepada hati iaitu sinaran Nur-Nya yang dengan itu hati merasaiatau mengalami sesuatu hal mengenai ketuhanan.

waridah: Warid.

wirid: Amal ibadat seperti sembahyang, puasa dan zikir yang dilakukan secara teratur danberterusan mengikut satu pola tertentu.

wisal: Penyerapan yang berkekalan terhadap sesuatu hal ketuhanan. Hal tersebut menguasaihati secara terus menerus dan terbentuklah sesuatu keperibadian dan sifat khusus pada orangberkenaan yang dipakainya sehingga ke akhir hayatnya.

Wujud Hakiki: Wujud Tuhan, iaitu Wujud mutlak.

Wujud Mutlak: Wujud Tuhan. Wujud Mutlak adalah wujud yang tidak boleh disifatkan. Istilahwujud itu sendiri tidak menepati maksud Wujud Mutlak. Bila dikatakan wujud maka adalawannya iaitu tidak wujud. Tidak ada sekutu atau lawan bagi Allah s.w.t. Dia melepasi wujudatau tidak wujud. Dia tidak ada perkaitan dengan Wajibul Wujud atau mumkinul wujud. Jikaperkataan wujud mahu digunakan maka Wujud-Nya adalah Mutlak, iaitu melampaui wujud. Sifatyang boleh dikatakan tentang Allah s.w.t adalah "Laisa kamithlihi syaiun - tidak ada sesuatusebanding dengan-Nya".

wusul: Biasanya hamba mengingati Allah s.w.t melalui nama-nama-Nya.. Jika tidak adasebutan nama-Nya atau tidak ada ingatan hati kepada nama-Nya, maka hati berpaling atau

21 / 23

Page 22: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

terlepas daripada mengingati-Nya. Dalam perjalanan makrifat ada tahap di mana ingatankepada Allah s.w.t bukan lagi melalui nama. Ia adalah dalam keadaan hati ‘memandang'kepada-Nya tanpa mengingati nama-Nya. Hamba menyaksikan bahawa nama tidakmempunyai kekuatan apa-apa, malah nama itu juga bergantung kepada-Nya. Hamba yangsampai kepada makrifat tahap ini merasakan kehadiran Allah s.w.t tanpa dihijab oleh sebarangnama. Ingatannya kepada Allah s.w.t adalah rasa jelira, mesra dan lazat berhadapandengan-Nya. Suasana yang demikian dinamakan wusul atau sampai, iaitu sampai kepada-Nya.Suasana tersebut adalah pengalaman kerohanian bukan sampai secara nyata.

wisal: Penyerapan yang berkekalan terhadap sesuatu hal ketuhanan. Hal tersebut menguasaihati secara terus menerus dan terbentuklah sesuatu keperibadian dan sifat khusus pada orangberkenaan yang dipakainya sehingga ke akhir hayatnya.

zauk: Pengalaman rasa yang dialami oleh hati yang berhubung dengan Tuhan. Melaluipengalaman tersebut hati mengenali Tuhan.

zauk hakikat: Pengalaman rasa mengenai sesuatu perkara atau suasana pada sisi Allah s.w.tyang menjadi sumber kepada kewujudan sesuatu perkara dan suasana tersebut.

zikir: Hubungan fikiran dan perasaan dengan Allah s.w.t. Zikir meliputi ucapan, perbuatan danperasaan. Ucapan nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t adalah zikir. Melakukan sesuatuamalan kerana mentaati perintah Allah s.w.t adalah zikir. Merenung dan memikirkan tentangkebesaran dan kebijaksanaan Allah s.w.t yang ternyata pada kerapian ciptaan alam maya iniadalah juga zikir. Merasai keagungan dan keindahan Allah s.w.t adalah juga zikir. Apa jugayang beserta ‘kerana Allah Ta'ala' adalah zikir.

zikir daim: Zikir yang berkekalan. Apabila suasana ‘kerana Allah Ta'ala' tidak putus, seseoranghamba itu sentiasa berada di dalam zikir, samada zikir ucapan atau zikir perbuatan atau zikirperasaan ataupun gabungan kesemuanya. Keadaan ini diperolehi setelah mencapai tahappenyaksian hakiki mata hati, iaitu mata hati menyaksikan Allah s.w.t pada setiap masa, semuakeadaan dan segala kejadian. Allah s.w.t disaksikan pada dua perkara yang berlawanandengan sekali pandang. Kerenah makhluk dan simpang siur perjalanan sistem sebab musababtidak menyambar pandangan mata hati daripada menyaksikan sesuatu tentang Tuhan yangHadrat-Nya meliputi segala sesuatu.

zindik: Kumpulan yang tidak mempercayai agama tetapi berpura-pura menganut fahamankeagamaan. Kumpulan ini muncul di Makkah, seperti kumpulan munafik muncul di Madinah.Puak munafik berpura-pura menyertai Islam kerana pada ketika itu agama Islam mempunyaikekuatan di Madinah. Puak zindik berpura-pura menganut fahaman agama berhala keranapada ketika itu agama berhala mendapat tempat di kalangan orang Makkah.

zuhud: Suasana hati yang tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh dunia, walaupun kemewahandan kesenangan keduniaan dimilikinya.

22 / 23

Page 23: Kamus Tasawuf l z

Kamus Tasawuf (L-Z)

23 / 23