teori seni lukis moden menurut clement greenberg

9
TEORI SENI LUKIS MODEN MENURUT CLEMENT GREENBERG PENGARUH modenisme menjangkau jauh dari apa yang ada pada seni dan kesusasteraan. Kini pengaruhnya dikatakan merebak luas dan menyeluruh sebagai suatu kebenaran dalam budaya kita. Ketamadunan Barat tercabar dan kembali menyoal tentang kedudukannya, sebagai ketamadunan yang melampaui sempadan masa. Dalam mengenalpasti modenisme dengan maksud mencari kelebihan dalam mengkritik diri dan menyemak kembali karya-karya yang lalu sebagai permulaannya hujah banyak bersandarkan falsafah Kant. Anatara sebabnya, falsafah tersebut dianggap yang pertama mengkritik kritikan-kritikan lain. Dengan menyakini falsafah Kant sebagai landasan pertama untuk meneruskan perbincangan modenisme, maka perbahasan dan rujukan yang lebih patut dilakukan. Menghidupkan intipati modenisme dalam karya-karya seni tampak boleh dilakukan melalui watak sebagai pendekatan dalam mengkritik diri. Falsafah Kant menggunakan hujah logik untuk merangsang akal sebagai pegangan. Kritikan diri dalam mengembangkan seni modenisme menempuh cara yang berbeza, contohnya kritikan oleh ‘Enlightenment’ 1 yang 1 Satu era dalam sejarah Eropah, menumpukan pada falsafah kebijaksanaan hujah individu yang pandai menguasai ilmu, logik akal dan aplikasi melalui pemerhatian. Dalam abad ke-18 di Eropah, zaman ini dianggap suatu ledakan intelektual telah berlaku. Ianya berkembang dalam bidang falsafah estetik dan cuba mendahului banyak benua sebagai pendahulu dalam kebijaksanaan falsafah ilmu yang dikatakan suatu pergerakan yang

Upload: mohamed-noor-bin-othman

Post on 20-Jun-2015

379 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Pengalaman dari seniman-seniman agung telah memberi kesan kesepaduan ke atas gambar yang dihasilkan yang apabila dilihat secara ilusi menimbulkan ruang 3D. Penglibatan ilusi ini menonjolkan kontradiksi yang membawa tekanan dialektikal dan dianggap serupa dengan kejayaan yang ditunjukkan dalam seni pictorial. Sempadan modenisme bukan sahaja menonjolkan keunikan dan pebaharuan ke atas imej-imej rataan tetapi mencipta suatu makna di sebalik imej-imej rataan tersebut. Dengan kesedaran ini ada terkandung makna lain di sebalik rataan. Kesedaran ini juga membuka ruang modenisme untuk memainkan peranannya dalam dimensi tafsiran baru ke atas karya-karya seniman agung yang perlu dilihat dan dikritik semula supaya makna tadi dapat dicari di sebalik lukisan-lukisan itu. Kejayaan modenisme adalah melalui kajayaan mengkritik diri.

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI SENI LUKIS MODEN MENURUT CLEMENT GREENBERG

TEORI SENI LUKIS MODEN MENURUT CLEMENT GREENBERG

PENGARUH modenisme menjangkau jauh dari apa yang ada pada seni dan

kesusasteraan. Kini pengaruhnya dikatakan merebak luas dan menyeluruh sebagai

suatu kebenaran dalam budaya kita. Ketamadunan Barat tercabar dan kembali

menyoal tentang kedudukannya, sebagai ketamadunan yang melampaui sempadan

masa. Dalam mengenalpasti modenisme dengan maksud mencari kelebihan dalam

mengkritik diri dan menyemak kembali karya-karya yang lalu sebagai permulaannya

hujah banyak bersandarkan falsafah Kant. Anatara sebabnya, falsafah tersebut

dianggap yang pertama mengkritik kritikan-kritikan lain. Dengan menyakini falsafah

Kant sebagai landasan pertama untuk meneruskan perbincangan modenisme, maka

perbahasan dan rujukan yang lebih patut dilakukan.

Menghidupkan intipati modenisme dalam karya-karya seni tampak boleh dilakukan

melalui watak sebagai pendekatan dalam mengkritik diri. Falsafah Kant menggunakan

hujah logik untuk merangsang akal sebagai pegangan.

Kritikan diri dalam mengembangkan seni modenisme menempuh cara yang

berbeza, contohnya kritikan oleh ‘Enlightenment’1 yang mengkritik dari luar. Cara

kritikannya lebih pada kesan andaian. Kritikan-kritikan yang akan kita bincangkan dari

sudut modenisme yang menyentuh aspek dalaman, menerusi tatacara kritikan ke atas

kritikan yang ada. Ianya kelihatan biasa sebagai suatu kemunculan baru untuk

menjelmakan falsafah di dalamnya. Dengan kritikan itu dimulakan secara definisi,

namun dalam abad ke-19 cara yang digunakan telah gagal dan tewas dalam banyak

bidang. Justifikasi yang lebih rasional telah bermula dengan setiap langkah secara

1 Satu era dalam sejarah Eropah, menumpukan pada falsafah kebijaksanaan hujah individu yang pandai menguasai ilmu, logik akal dan aplikasi melalui pemerhatian. Dalam abad ke-18 di Eropah, zaman ini dianggap suatu ledakan intelektual telah berlaku. Ianya berkembang dalam bidang falsafah estetik dan cuba mendahului banyak benua sebagai pendahulu dalam kebijaksanaan falsafah ilmu yang dikatakan suatu pergerakan yang berjaya keluar dari ‘zaman kegelapan’. Rangka pengaruhnya juga dikaitkan dalam Revolusi Perancis dan di Amerika dalam ‘Declaration of Independence’. Pengaruh yang menangguk keuntungan dari kebangkitan ini ialah golongan kapitalisme yang dikuasai oleh borguis yang ketika itu berkuasa dalam memartabatkan seni.

Page 2: TEORI SENI LUKIS MODEN MENURUT CLEMENT GREENBERG

formal dan perlu dilakukan dalam kritikan diri sehingga boleh digelar berupaya

menemukan suatu interpretasi yang sempadannya jauh daripada falsafah sebenar.

Setengah anggapan meletakkan aktiviti keagamaan tidak mampu mengkritik dan

membuat justifikasi pada diri sendiri. Anggapan ini patut ditolak jika kita yakin

pendekatan agama juga serba mampu mengkritik diri sebagai muhasabah ke arah

kebaikan. Pada awalnya seni itu dilihat serupa sebagai suatu situasi dalam agama.

Dengan tanggapan-tanggapan yang dibuat oleh ‘Englightenment’ sehingga segala

yang disentuh itu ditanggapi secara serius. Mereka berfikir ia dapat diasimilasikan

dalam suatu penonjolan tulen dan mudah dapat diandaikan seperti asimilasi yang

berlaku dalam agama.

Dengan ini seni dapat menyelamat pedokong seni dari tergelincir oleh demonstrasi

yang menjadikan pengalaman ini telah dinilai kembali dalam kebenaran. Sesetengah

seni itu terkeluar dan membawa kesan ke atas dirinya sendiri. Inilah kesan eksklusif

yang pernah terjadi. Perubahan yang cepat, melalui keunikan dan ruang yang ada seni

dikembalikan ke sifat asalnya yang asli menerusi medium yang ada. Sentuhan melalui

kritikan diri telah meletakkan kesan ke atas bidang seni yang lain dan setiap kesan

boleh dipinjamkan terus melalui medium-medium seni yang lain. Ini membolehkan nilai

seni itu diletakkan dalam ketulenan dan sifat tulen ini menjamin satu tahap kualiti.

Ketulenan yang membawa maksud sifat diri dan ditafsir oleh kritikan diri menjadikan

seni itu lebih bernilai.

Dalam seni ilusi yang diolah dan disusun menerusi suatu realiti telah mengangkat

nilai seni. Melalui medium seni yang menonjolkan permukaan rata dan menjadi satu

pinjaman rujukan dari seniman-seniman agung telah berjaya merealitikan suatu

gambaran dalam nostalgia sejarah. Seni lukis moden dikatakan cuba mengikut lorong

yang sama dan meletakkan faktor-faktor positif sebagai perkongsian pengalaman dan

pengetahuan secara terbuka. Lukisan-lukisan Manet misalannya telah muncul sebagai

suatu hasil seni moden melalui pengalaman dijadikan suatu pembaharuan.

Pembaharuan yang dinyatakan sebagai gaya Impresionisme, menghidupkan suasana

Page 3: TEORI SENI LUKIS MODEN MENURUT CLEMENT GREENBERG

melihat dengan mata melalui penggunaan warna-warna terus melalui tiub yang

menampakkan kehidupan sebenar. Cezanne pula dikatakan berkorban untuk

menonjolkan bentuk-bentuk pecahan (kubisme) yang dimainkan di atas kanvas.

Modenisme itu dikatakan wujud dari berbagai sokongan yang membuktikan adanya

penemuan dan penonjolan baru. Pembaharuan yang dimaksudkan ialah suatu proses

memecahkan kebiasaan yang berlaku dalam seni pictorial (seni bergambar, berbingkai

yang berbentuk lanskap(melintang) atau potret (menegak). Apabila kritikan-kritikan ini

timbul, ia membawa perbahasan dan mengangkat sesuatu karya itu menjadi baharu

dan dianggap pembaharuan itu suatu kemodenan.

Melalui karya-karya ini, lahir sesuatu yang dapat dikatakan unik dan eksklusif

terhadap perkembangan seni. Keunikan ini dikongsi ke dalam seni seperti warna yang

maknanya dapat dikongsi dalam seni arca. Dengan penemuan baru permukaan 2D

seolah dilihat seni itu dalam 3D menerusi mainan persepsi ilusi telah turut mengubah

bidang-bidang seni yang lain.

Pengalaman dari seniman-seniman agung telah memberi kesan kesepaduan ke

atas gambar yang dihasilkan yang apabila dilihat secara ilusi menimbulkan ruang 3D.

Penglibatan ilusi ini menonjolkan kontradiksi yang membawa tekanan dialektikal 2 dan

dianggap serupa dengan kejayaan yang ditunjukkan dalam seni pictorial. Sempadan

modenisme bukan sahaja menonjolkan keunikan dan pebaharuan ke atas imej-imej

rataan tetapi mencipta suatu makna di sebalik imej-imej rataan tersebut. Dengan

kesedaran ini ada terkandung makna lain di sebalik rataan. Kesedaran ini juga

membuka ruang modenisme untuk memainkan peranannya dalam dimensi tafsiran

baru ke atas karya-karya seniman agung yang perlu dilihat dan dikritik semula supaya

makna tadi dapat dicari di sebalik lukisan-lukisan itu. Kejayaan modenisme adalah

melalui kajayaan mengkritik diri.

2 Suatu perbahasan yang mencabar penyertaan sedia ada (anti tesis) hasil dari sintesis. Ianya boleh dihujah dan difahami untuk mencari erti dan hubungannya dengan disiplin ilimu lain secara hubungkait atau kontradiksi yang dirumus menjadi kesimpulan ilmu. (Antaranya seperti Socratic dialectic, Hegelian dialectic, Marxist dialectic dan sebagainya)

Page 4: TEORI SENI LUKIS MODEN MENURUT CLEMENT GREENBERG

Prinsip yang diletakkan dalam seni lukis moden ialah makna di sebalik representasi

seni. Ada ruang-ruang untuk dikenalpasti sebagai nilai makna bersama nilai seni.

Anataranya dalam seni abstrak atau non figuratif, nilai representasi itu disemak

kembali. Seperti Kandinsky dan Mondrian, cuba menyusun makna representasi

bersama ilusi untuk melahirkan suatu seni yang unik dalam menggubah gaya seni

pictorial. Suatu sudut pandangan diletakkan antara seniman agung dengan lukisan-

lukisan moden melampaui makna sebenar dalam karya tersebut. Sebelum melihat

karya terlebih dahulu dilihat apakah yang ada dalam diri seniman agung. Apabila

sempadan moden mula lahir, lukisan moden diberi keutamaan seperti melihat dan

mengambil tahu terlebih dahulu gambar atau karya sebelum mengetahui siapa

pembuatnya. Ini bermaksud karya mendahului seniman dan makna dicari dan ditafsir

tanpa mengetahui makna yang ada diminda seniman.

Dalam waktu yang sama, seni lukis moden menunjukkan penolakan ke atas arca

yang masih berpegang pada nilai dan tema tradisi. Dengan keyakinan ini membawa

lebih kesedaran melalui penolakan nilai lama. Sebagai buktinya Manet memberi

tumpuan pada Impresionisme yang menimbulkan perubahan reaksi yang mana

perubahan yang sama berlaku apabila Cezanne pula menonjolkan Kubisme yang

meletakkan penolakan ke atas Impresionisme. Maka Kubisme dianggap berhadapan

dengan nilai revolusi yang meletakkan norma-norma dalam seni catan berlalunya

dengan digantikan melalui penerokaan dan inkuiri yang berlanjutan. Dengan ini telah

melonggarkan pegangan ke atas penggantungan pada rupa bentuk perbingkaian.

Perubahan dan pencarian ini mewujudkan citarasa kepada generasi pelukis-pelukis

modenisme untuk menemukan ramuan baru yang selama ini mereka cari dan nanti-

nantikan, sehingga ada karya hanya menitik beratkan tekstura (jalinan) semata-mata.

Ada pula karya yang menegaskan nilai warna secara kontra.

Risiko terpaksa diambil ke atas citarasa-citarasa ini, bukan sekadar suatu

keseronokan mengekspreskan hal-hal yang baharu, tetapi dalam arahtuju untuk

melahirkan norma-norma baru yang lebih jelas. Penonjolan melalui pameran

menjadikan suatu keyakinan yang tinggi ditunjukkan dalam citarasa yang tersendiri.

Page 5: TEORI SENI LUKIS MODEN MENURUT CLEMENT GREENBERG

Citarasa dan percubaan-percubaan ini tidak bermakna ianya sudah sampai ke

penghujung malah menjadi suatu arah baru untuk mencari dan meneroka sehingga

yang bersederhana kepada yang beradikal dan perkembangan ini melahirkan seni

abstrak.

Sama ada yang sederhana ataupun yang sukar telah diterima sebagai lesen. Hal

yang kontranya ialah lebih dekat sesuatu itu kepada intipati nilai yang ada maka lebih

dekat ke arah kebebasan. Ini ada kaitan dengan avant-garde (dalam sebutan

Perancis yang bersifar baru dan progresif) dan seni modenisme yang mana intipatinya

telah diterima sebagai konvensi dalam lukisan dan telah longgar serta tidak diterima

sebagai syarat lagi. Arahtuju modenisme cuba melihat konvensi-konvensi yang

menjadi batasan itu cuba ditolak. Contoh yang dilakukan oleh Mondrian melalui

garisan-garisan dan mainan warna dalam petak-petak persegi sudah cukup untuk

menonjolkan imej gambar. Dengan perlakuan ini, boleh dibuat perbandingan bahawa

karya-karya seniman agung membawa kita pada ilusi dalam ruang yang

menggerakkan imaginasi kita. Manakala ciptaan ilusi oleh modenisme juga

menggerakkan imaginasi namun ia lebih kepada hal di sebalik apa yang dilihat itu ada

membawa penggembaraan atau hanya pada mata tidak pada minda.

Apabila kesedaran Neo-Impresionisme mula mengorak langkah mengabungkan

seni dengan sains, didapati ekspresi yang sempurna dilihat lebih tertumpu pada

penemuan sains berbanding falsafah seni. Apabila kritikan diri diaplikasikan akhirnya

situasi ini mendekatkan kaedah seni disaintifikkan dan ini menjadikan seni tampak

didapati lebih eksklusif dalam pernyataan tampak yang tidak merujuk pada sebarang

pengalaman.

Secara kesimpulannya pendekatan kritikan diri yang diaplikasikan dalam seni

moden telah membawa kefahaman yang jelas tentang kenyataan Clement Greenberg

tentang teori catan moden. Beliau cuba meletakkan makna ‘mendatarkan seni lukis

untuk memperlihatkan ketulenannya’. Apabila kemodenan dikaitkan dengan penemuan

dan penerokaan baru maka suasana mencipta dalam berkarya melahirkan citarasa

Page 6: TEORI SENI LUKIS MODEN MENURUT CLEMENT GREENBERG

baru. Ada dua penemuan baru yang dicuba iaitu sama ada seni catan dalam teori

Clement itu menjurus kepada kesederhanaan atau ekstrim. Apa yang ditemui di

sebalik kesederhanaan atau ekstrim ialah intipati dalam karya-karya yang tulen boleh

merangsang minda berfikir iaitu makna di sebalik bentuk dan isi di sebalik makna.

Teori Clement Greenberg sesuai diperbahaskan dalam konteks pemahaman moden,

khususnya seni Abstrak Ekspresionisme yang sudah melampaui sesuatu secara

sederhana kepada sesuatu yang ekstrim. Untuk itu makna-makna yang tersirat di

sebalik elemen visual dalam sesebuah karya walaupun secara mendatar (2D) diakui

sarat dengan makna dan isi yang memperlihatkan ketulenan.

Bibliografi:

Alex Neill & Aaron Ridley, The Philosophy of Art (Reading Ancient and Modern).

New York: Mc Graw-Hill, Inc.,1995 (hlm: 111 – 116)

Gay, Peter, The Enlightenment: An Interpreration. New York: W.W.Norton &

Company, 1996.

John W. Bende, H. Gene B. Penyunting. Contemporary Philosophy of Art

(Readings in Analytic Aesthetic). New Jersey: Prentice Hall, Englewood Cliffs,

1993.

John Adkin Richardson, Modern Art and Scientific Thought. Chicago: University of

Illinois Press, 1971.