balai seni | faizal sidik visual negara 1958-2013 filekebudayaan (kpk), sejajar dengan penubuhan...

2
Objektif penubuhan Balai terbahagi kepada empat iaitu; untuk memperoleh hasil karya sebagai Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara yang mencerminkan kreativiti dan aspirasi seni budaya. Memulihara, memelihara, mendokumentasi dan menyelidik Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara dan pensejarahan seni negara. Mempromosi dan meningkatkan mutu seni visual negara dengan menganjurkan pameran, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni dalam dan luar negara. Pentadbiran Balai berdiri di atas keluasan 5.67 hektar persegi. Balai terdiri dari dua sektor iaitu Operasi dan Pengurusan. Sektor Operasi dipecahkan kepada lima iaitu Bahagian Penyelidikan dan Pameran, Bahagian Penerbitan, Bahagian Koleksi dan Konservasi, Bahagian Jaringan dan Pendidikan dan Bahagian Korporat. Bahagian Penyelidikan dan Pameran merupakan core business atau penubuhan utama Balai dengan mengadakan pameran seni visual. Setelah setengah abad, sehingga kini Balai telah menganjurkan hampir 800 buah pameran termasuk pameran solo, pameran berkumpulan, pameran koleksi, pameran usahasama, pameran bergerak dan pameran luar negara seperti BALAI SENI VISUAL NEGARA 1958-2013 | Faizal Sidik B alai Seni Lukis Negara telah ditubuhkan pada 28 Ogos 1958 melalui Akta 516, National Art Gallery Act 1959. Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara telah dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada tahun 1959. Kini agensi ini berada di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK), sejajar dengan penubuhan Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724), nama Balai Seni Lukis Negara telah dijenamakan kepada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) pada 27 Ogos 2011. LPSVN atau dikenali dengan Balai oleh khalayak seni di sini, mempunyai visi sebagai pusat terunggul pemegang amanah warisan seni negara. Misi institusi ini adalah mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi, memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua lapisan masyarakat. Pameran Henry Moore (1968) Pameran Life and Work of Van Gogh (1967) Pameran Pablo Picasso (1967) 6

Upload: dotu

Post on 09-May-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BALAI SENI | Faizal Sidik VISUAL NEGARA 1958-2013 fileKebudayaan (KPK), sejajar dengan penubuhan Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724), nama Balai Seni Lukis

Objektif penubuhan Balai terbahagi kepada empat iaitu; untuk memperoleh hasil karya sebagai Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara yang mencerminkan kreativiti dan aspirasi seni budaya. Memulihara, memelihara, mendokumentasi dan menyelidik Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara dan pensejarahan seni negara. Mempromosi dan meningkatkan mutu seni visual negara dengan menganjurkan pameran, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni dalam dan luar negara.

Pentadbiran Balai berdiri di atas keluasan 5.67 hektar persegi. Balai terdiri dari dua sektor iaitu Operasi dan Pengurusan. Sektor Operasi dipecahkan kepada lima iaitu Bahagian Penyelidikan dan Pameran, Bahagian Penerbitan, Bahagian Koleksi dan Konservasi, Bahagian Jaringan dan Pendidikan dan Bahagian Korporat. Bahagian Penyelidikan dan Pameran merupakan core business atau penubuhan utama Balai dengan mengadakan pameran seni visual. Setelah setengah abad, sehingga kini Balai telah menganjurkan hampir 800 buah pameran termasuk pameran solo, pameran berkumpulan, pameran koleksi, pameran usahasama, pameran bergerak dan pameran luar negara seperti

BALAI SENI VISUAL NEGARA 1 9 5 8 - 2 0 1 3

| Faizal Sidik

Balai Seni Lukis Negara telah ditubuhkan pada 28 Ogos 1958 melalui Akta 516, National Art

Gallery Act 1959. Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara telah dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada tahun 1959. Kini agensi ini berada di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK), sejajar dengan penubuhan Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724), nama Balai Seni Lukis Negara telah dijenamakan kepada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) pada 27 Ogos 2011. LPSVN atau dikenali dengan Balai oleh khalayak seni di sini, mempunyai visi sebagai pusat terunggul pemegang amanah warisan seni negara. Misi institusi ini adalah mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi, memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua lapisan masyarakat.

Pameran Henry Moore (1968)

Pameran Life and Work of Van Gogh (1967)

Pameran Pablo Picasso (1967)

6

Page 2: BALAI SENI | Faizal Sidik VISUAL NEGARA 1958-2013 fileKebudayaan (KPK), sejajar dengan penubuhan Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724), nama Balai Seni Lukis

pameran 'Life and Work of Van Gogh' (1967), pameran 'Henry Moore' (1968), pameran 'Rauschenberg 0verseas Culture Interchange - ROCI' (1990) dan lain-lain. Sempena menyambut 55 tahun penubuhannya pada tahun ini 2013, satu pameran khas bagi Sambutan 50 tahun Penubuhan Malaysia diadakan secara usahasama dengan Map Publika dengan tema ‘Selamat Hari Jadi Malaysia’ atau ‘M50’. Projek yang telah dirancang sejak awal lagi ini diadakan pada 27 Ogos hingga 17 September dengan penglibatan lebih daripada 40 galeri swasta. Selepas kejayaan pameran ‘Retrospektif 60 Tahun Latif Mohidin’ tahun lepas, kecemerlangan penganjuran Balai akan diteruskan dengan pameran solo ‘Pancawarna Karya Pilihan 1990-2012’ oleh Sharifah Fatimah Zubir pada awal Julai 2013 dan pertandingan dan pameran Bakat Muda Sezaman (BMS) bagi edisi ke 24 akan terus dijalankan pada hujung tahun.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) adalah infrastruktur seni utama negara kita yang menyimpan dan memulihara hasil seni lukis tanahair sejak penubuhannya pada tahun 1958 lagi. Bahagian Koleksi dan Konservasi adalah jantung kepada institusi ini. Sehingga tahun 2012 Balai telah mengumpul 4012 karya daripada pelbagai genre seperti, catan, arca lukisan, cetakan, fotografi, video, instalasi dan lain-lain. Sebagai payung kepada program pembangunan seni lukis di Malaysia sudah tentu ia berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang lebih 50 tahun penubuhannya. Salah satu cabaran yang dilaluinya adalah untuk menjadikan ia sebagai pusat rujukan penting seni lukis moden dan kontemporari Malaysia. Sebagai tempat yang menjadi tumpuan penyelidik dalam mengkaji dan menambahkan lagi teks seni lukis negara, sudah tentu koleksi karya Balai yang dihimpun selama ini menjadi bahan rujukan dalam melengkapkan dokumentasi penyelidikan. Sehingga kini Balai bukan sahaja menerima pelanggan ilmu atau pengkaji yang

Sophia Vari (2004)

Lukisan Dasar Laut Kanak-Kanak Terpanjang, Pulau Mabul, Sabah (2008)

datangnya dari pusat pendidikan seni lukis tempatan malah juga dari universiti-universiti luar negara yang datang untuk menatap, memikir dan menyelongkar khazanah seni lukis negara dalam menyiapkan kertas-kertas kerja atau tesis-tesis peringkat sarjana ataupun doktor falsafah.

Dalam visi Balai untuk menjadi pusat pembangunan dan pengkoleksian seni visual negara, sebagai salah satu daripada warisan kebangsaan. Dengan lebih daripada 4000 koleksi yang dinamakan dengan Inventori Himpunan Tetap Seni Visual Negara, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Perolehan Himpunan Tetap, terdiri daripada ahli lembaga BSVN sendiri dalam merangka

Cadangan Perolehan Tahunan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan. Terdapat tiga pendekatan dasar pengkoleksian oleh Balai iaitu melalui pembelian, hadiah dan sumbangan dan juga karya komisen. Untuk itu Strategi Cadangan Perolehan dirangka dalam membuat perolehan melalui sama ada lawatan ke studio dan lawatan ke pameran yang diadakan. Ada beberapa krIteria yang diberikan penekanan dari segi pemilihan untuk perolehan seperti sesuatu karya itu mempunyai maklumat visual dan nilai sejarah yang penting kepada negara dan karya yang amat signifikan dalam sejarah seni di Malaysia.

Bahagian Penerbitan merupakan aset penting yang menggerakkan program pameran dan pengkoleksian dengan lebih rancak. Bahagian ini mempunyai unit dokumentasi dan rekabentuk yang sangat aktif menerbitkan buku, katalog, majalah, brosur dan bahan pameran. Sehingga kini Jun 2013 Balai telah menerbit 561 judul, boleh dikatakan 50 peratus daripada penerbitan buku seni visual tempatan datangnya daripada Penerbit LPSVN. Segala perancangan program Balai sama ada pameran dan pengkoleksian sudah tentu mensasarkan kepada khalayak untuk mencapai atau acess terhadap produk pameran yang dibina dan diperbincangkan. Oleh itu, Bahagian Pendidikan dan Jaringan berperanan merancang, mendidik, memberi pendedahan dan membantu mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran terhadap kepelbagaian bidang seni visual dengan berkesan menerusi aktiviti sokongan dan perkhidmatan pendidikan. Balai telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti dan program khusus untuk mempromosikan kepelbagaian seni visual seperti yang dilakukan oleh Bahagian Korporat. LPSVN beroperasi bukan sahaja sebagai sebuah ruang berpameran sahaja, tetapi juga sebagai pemangkin kepada pembangunan seni visual tanahair. Di sepanjang 2012 sahaja Balai telah menerima sebanyak 300,000 pengunjung, sebanyak 156 liputan media cetak dan 3650 liputan media elektronik telah berjaya diperolehi.

Balai akan terus bergerak ke hadapan dengan matlamat dan peranannya. Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) strategi jangka pendek dan jangka panjang dalam tempoh lima tahun telah dirangka. Balai telah merangka program yang lebih menyeluruh dalam membangunkan dan mengembangkan seni visual di Malaysia. Antaranya bagi menjana industri pelancongan, pesta seni lukis kontemporari dwi-tahunan atau ‘Biennale’ telah dirancangkan untuk diadakan pada tahun 2014/2015. Manakala dengan akta baru yang telah diwartakan, Balai dalam proses melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan di zon seperti di utara, timur, selatan dengan mengadakan perkongsian pintar dengan muzium seni di Sabah dan Sarawak. Bagi merancakkan lagi kegiatan seni agar tidak sahaja bertumpu di Lembah Klang, kini Balai sedang bekerjasama dengan pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi membuka cawangannya di Langkawi.

7

Pameran Rauschenberg Overseas Culture Interchange - ROCI (1990)

Laman Seni Kuala Lumpur (2003)

Pameran 45@45 (2003)