teori perspektif keluarga

15
TEORI PERSPEKTIF KELUARGA

Upload: ahmad-asyraf

Post on 30-Jun-2015

1.208 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI PERSPEKTIF KELUARGA

TEORI PERSPEKTIF KELUARGA

Page 2: TEORI PERSPEKTIF KELUARGA

SANGKUTAN

1. Definisi Sangkutan

Terdapat beberapa definisi sangkutan atau perapatan berdasarkan beberapa orang ahli

teori ethologi. Kajian ethologi adalah kajian yang berhubung dengan tingkah laku

manusia dan haiwan dalam keadaan semulajadi. Berikut adalah pandangan dan definisi

sangkutan menurut tokoh-tokoh ahli ethologi.

(a) Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan

anak angsa. Beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-kanak kalau

kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka.

(b) John Bowlby telah meneruskan kajian Lorenz. Beliau menyatakan bahawa kanak-

kanak kecil membentuk sangkutan dan perapatan emosi yang intim kepada ibu bapa

atau orang dewasa yang menggantikan ibu bapa sebenar.

Bowlby mendefinisikan tingkah laku sangkutan sebagai apa jua tingkah laku yang

menolong merapatkan hubungan bayi dengan individu sangkutan tersebut. Sangkutan

juga boleh dimaksudkan sebagai hubungan rapat dan mesra yang mewujudkan kasih

sayang yang kuat dan mengikat seseorang dengan yang lain.

(c) Hubungan sangkutan yang kuat dan tinggi semasa kecil akan memberi kesan

sepanjang kehidupan individu berbanding dengan hubungan sangkutan yang lemah.

Kesannya adalah seperti berikut:

(i) Mempunyai harga diri yang tinggi

(ii) Merasa lebih diterima oleh keluarga

(iii) Merasa lebih diterima oleh rakan sebaya

(iv) Merasa lebih diterima oleh masyarakat

Page 3: TEORI PERSPEKTIF KELUARGA

Contohnya seorang anak yang terlalu rapat dengan ibunya akan mengalami kesukaran

berpisah dengan ibu terutama apabila ingin dihantar ke TADIKA.

2. KARENAH DAN SANGKUTAN

Sangkutan melibatkan hubungan anak dengan ibu bapa, ahli keluarga ,adik beradik dan

datuk nenek. Kanak-kanak yang terikat dengan sangkutan ibu bapa yang kuat

mengalami kesukaran untuk berjauhan buat beberapa ketika. Mereka yang kuat

sangkutan akan mengalami gangguan emosi tingkah laku berkerenah. Contohnya anak

yang dipelihara oleh datuk dan nenek sejak kecil kemudian diambil oleh ibu bapanya

akan mengalami tekanan emosi. Untuk mengatasi masalah ini, pertemuan yang kerap

akan mengurangkan kesunyian yang dialami oleh kedua pihak.

Peristiwa yang lain seperti masalah rumah tangga, perpisahan di kalangan ibu bapa,

kematian, tinggal berjauhan adalah gangguan yang sering terjadi dan menimbulkan

masalah dalam sangkutan. Sangkutan yang melampau menyebabkan kanak-kanak

suka merajuk, memencilkan diri atau mengheret ibunya menemaninya ke sekolah. Ini

meyebabkan sesetengah ibu bapa terpaksa berhenti kerja demi menemankan anak-

anak di sekolah.

3. CIRI-CIRI PEMBENTUKAN SANGKUTAN

Pembentukan sangkutan adalah berpunca daripada pelbagai pihak. Sangkutan

mengikut keperluan masing-masing. Sangkutan sangat penting untuk membina tingkah

laku yang diingini. Pembentukan sangkutan kanak-kanak perlu perhatian, tetapi

perhatian berlebihan akan mendatangkan kesan buruk iaitu kanak-kanak tidak dapat

berdikari dan menyusahkan orang lain.

Antara pembentukan sangkutan yang positif adalah seperti berikut:

(a) Kanak-kanak perlu diberitahu tentang peranannya sebagai anak dan apakah yang

patut dilakukan. Contohnya tentang menguruskan diri dan menjaga kebersihan. Kanak-

Page 4: TEORI PERSPEKTIF KELUARGA

kanak perlu makan sendiri kalau sudah boleh berbuat demikian. Kanak-kanak

hendaklah menepati waktu pergi sekolah dan balik ke rumah apabila selesai hari

persekolahan.

(b) Latihan modifikasi tingkah laku boleh menolong kanak-kanak mengurangkan

sangkutan yang keterlaluan agar kanak-kanak dapat menyesuaikan diri di kalangan

rakan-rakan sebaya di TADIKA atau di persekitaran

Ciri-ciri pembentukan sangkutan

(i) Ibu kepada bayi yang membentuk sangkutan yang selamat akan lebih responsif

kepada keperluan bayi semasa 3 bulan pertama. Contohnya: Ibu dengan cepat

memujuk bayi apabila bayi menangis, memberi makan kepada bayi bila menjangkakan

bayi itu lapar.

(ii) Ibu bersikap konsisten dalam bertindak balas kepada keperluan bayi.

(iii) Ibu bapa biasanya akan menyesuaikan tingkah laku mereka dengan mengambil kira

reaksi dan kerenah bayi.

(iv) Sangkutan yang tidak selamat timbul apabila ibu gagal menyediakan keprihatinan

yang sensitif dan responsif terhadap keperluan dan harapan bayi.

Bolwlby berpendapat bahawa semua bayi telah bersedia secara biologi untuk

membentuk sangkutan yang selamat dengan ibu yang sensitif dan responsif kepada

keperluan mereka.

Page 5: TEORI PERSPEKTIF KELUARGA

Prinsip-prinsip Pembentukan Sangkutan

Teori Etologi sangkutan oleh Bowlby menggariskan prinsip-prinsip sangkutan seperti

berikut:

(i) Tingkah laku sangkutan di kalangan bayi adalah merupakan tingkah laku yang

berdasarkan kepada tingkah laku naluri dan evolusi manusia yang telah diprogramkan

secara semula jadi.

(ii) Sangkutan di kalangan manusia tidak hanya bergantung kepada keperluan bayi

untuk makan atau menyusu semata-mata.

(iii) Bayi membentuk sangkutan dengan orang-orang yang berinteraksi dengan mereka

secara kerap.

(iv) Di kalangan manusia kehidupan tahun pertama adalah masa yang paling kritikal

dalam pemebentukan sangkutan.

(v) Bayi akan lebih membentuk tingkah laku sangkutan terhadap seorang manusia iaitu

ibu, kerana ibu lebih berpengaruh.

(vi) Semasa tiga tahun pertama seorang bayi sangkutan membina hubungan dua hala

antara ibu dengan anak.

(vii) Apabila anak membentuk sangkutan dengan ibu beliau akan membentuk model

bekerja dalaman mengikut ibu mereka.

(viii) Sangkutan anak-anak dengan ibu berbeza dari segi keselamatan Bayi membentuk

sangkutan yang selamat sekiranya ibu bertindak balas kepada keperluan mereka.

(ix) Sangkutan yang selamat membentuk kesan yang positif terhadap perkembangan

hidup bayi.

Page 6: TEORI PERSPEKTIF KELUARGA

John Bowlby - Attachment Theory

What is Attachment?

Attachment is a special emotional relationship that involves an exchange of comfort,

care, and pleasure. The roots of research on attachment began with Freud's theories

about love, but another researcher is usually credited as the father of attachment

theory.

Page 7: TEORI PERSPEKTIF KELUARGA

John Bowlby devoted extensive research to the concept of attachment, describing it as

a "lasting psychological connectedness between human beings" (Bowlby, 1969, p. 194).

Bowlby shared the psychoanalytic view that early experiences in childhood have an

important influence on development and behavior later in life. Our early attachment

styles are established in childhood through the infant/caregiver relationship.

In addition to this, Bowlby believed that attachment had an evolutionary component; it

aids in survival. "The propensity to make strong emotional bonds to particular

individuals [is] a basic component of human nature" (Bowlby, 1988, 3).

Characteristics of Attachment

Bowlby believed that there are four distinguishing characteristics of attachment:

1. Proximity Maintenance - The desire to be near the people we are attached to.

2. Safe Haven - Returning to the attachment figure for comfort and safety in the

face of a fear or threat.

3. Secure Base - The attachment figure acts as a base of security from which the

child can explore the surrounding environment.

4. Separation Distress - Anxiety that occurs in the absence of the attachment

figure.

Page 8: TEORI PERSPEKTIF KELUARGA

ATTACHMENT

1. DEFINISI ATTACHMENT

Keterikatan (attachment) merupakan suatu ikatan emosional yang kuat antara

bayi dan pengasuhnya atau orang-orang yang istimewa dalam kehidupan

mereka.

Perilaku attachment pada bayi meliputi kedekatan dengan ibu seperti mengikuti

ibu,

menangis serta memanggil ibu jika ibu tiada di pandangan matanya.

- Menurut Ainsworth (dlm Belsky, 1988) hubungan kelekatan berkembang

melalui pengalaman bayi dengan pengasuh di tahun-tahun awal kehidupannya.

- Attachment juga dikatakan sebagai suatu hubungan emosional atau hubungan

yang bersifat afektif antara satu individu dengan individu yang lain.

- Hubungan juga akan bertahan lama dan memberikan rasa aman walaupun

figur lekat tidak nampak dalam pandangan anak.

Ainsworth meyakini bahawa kelekatan dapat diklasifikasikan menjadi secure

(selamat), avoidant (menghindari), dan resistent (menolak).

Emosi merupakan bahasa pertama yang memungkinkan orang tua dan bayi

berkomunikasi sebelum mereka menguasai bahasa.

Bermacam emosi muncul usia yang berbeza-beza.spt senyum (4-7minggu),

terkejut (3-4 bln), malu (6-8bln)

Keterikatan yg terjadi secara langsung antara ibu bapa dan bayi lebih dikenali

sebagai “Bounding Attachment”

Bounding adalah suatu langkah untuk mengungkapkan perasaan kasih sayang

oleh ibu kepada bayinya setelah lahir.

Ainsworth dan rakan-rakannya (dalam Lefrancois, 2001) telah mengemukakan

satu prosedur iaitu The Strange Situation Procedure untuk menilai perapatan

bayi (infant attachment) dengan penjaga berdasarkan tahap tekanan dan

Page 9: TEORI PERSPEKTIF KELUARGA

kerisauan yang dialami oleh bayi dalam episod perpisahan dan pertemuan

dengan penjaga atau ibu.

2. JENIS-JENIS KETERIKATAN

i) Type A - CEMAS-MENGHINDAR /ANXIOUS-AVOIDANT

Ditemukan pada 20% sampel penelitian.

Anak menolak kehadiran ibu, menampakkan permusuhan,

Kurang memiliki resiliensi ego dan kurang mampu mengekspresikan emosi

negatif

Anak juga tampak mengacuhkan dan kurang tertarik dengan kehadiran ibu

ii ) Type B - KETERIKATAN AMAN

Ditemukan pada 70% subjek penelitian.

Ibu digunakan sebagai dasar eksplorasi.

Anak berada dekat ibu untuk beberapa saat kemudian melakukan eksplorasi,

Anak kembali pada ibu ketika ada orang asing, tapi memberikan senyuman

apabila ada ibu didekatnya

Anak merasa terganggu ketika ibu pergi dan menunjukkan kebahagiaan ketika

ibu kembali.

iii) Type C - CEMAS-MENOLAK /ANXIOUS-RESISTANT).

ditemukan pada10% subjek penelitian.

Menunjukkan keengganan untuk mengeksplorasi lingkungan.

Beberapa tampak selalu menempel pada ibu dan bersembunyi dari orang asing.

Page 10: TEORI PERSPEKTIF KELUARGA

Anak tampak sedih ketika ditinggal ibu dan sulit untuk tenang kembali meskipun

ibu telah kembali.

Mampu mengekspresikan emosi negatif namun dengan reaksi yang berlebihan.

3. KESAN ATTACHMENT PADA PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-

KANAK

Kebergantungan terhadap orang yang rapat dengannya amat tinggi.

Kanak-kanak kurang keyakinan diri.

Kurang berdikari dan mengharapkan pertolongan orang lain.

Sukar untuk memulakan hubungan sosial dan persahabatan.

Sikap tidak mudah percaya kepada orang lain yang tidak dikenali.

Tidak mudah terpengaruh dengan perkara baru sama ada negatif atau positif.

Lebih memahami perasaan orang yang dekat dalam hidupnya.

KESIMPULAN.

Perkembangan sosio-emosi pada kanak-kanak adalah penting untuk diteliti

kerana segala perbuatan yang dilakukan semasa kanak-kanak akan

membentuk perilaku tertentu dengan efek psikologi tertentu. Jadi,pengasuhan

yang baik oleh orang yang paling rapat dengan kanak-kanak akan melahirkan

emosi yang baik dan mengembangkan rasa percaya kanak-kanak yang akan

membentuk peribadi akan datang.

Page 11: TEORI PERSPEKTIF KELUARGA

REFLEKSI

AHMAD ASYRAF BIN AB.WAHAB

Bagi tugasan Kerja kursus untuk matapelajaran Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan

Prasekolah semester ini yang dilaksanakan secara berpasangan, saya ,Ahmad Asyraf Bin Ab

Wahab terlah digandingkan dengan Nur Aziah Bt. Azmi, kami dikehendaki menjelaskan teori

mengenai perspektif keluarga dan merancang satu program yang melibatkan komuniti/keluarga

serta menyediakan satu kertas kerja lengkap dan menamakan program tersebut.

Untuk permulaan, kami melaksanakan kajian dan penelitian bagi mengenalpasti

kehendak soalan serta membuat pembahagian tugasan. Kami turut membincangkan beberapa

jenis program yang sesuai bagi melaksanakan tugasan pada kali ini. Begitu juga dengan

perancangan aktiviti, kami membuat persediaan dan mencari sumber serta idea secara

bersama melalui perbincangan dan pendapat rakan-rakan.

Kami banyak menghabiskan masa melayari internet serta membuat rujukan dan

pembacaan di perpustakaan institut serta Perpustakaan Negeri bagi memperoleh maklumat

yang pelbagai. Selain itu, kami turut membuat rujukan pada nota – nota yang diberi oleh

pensyarah pembimbing.

Hal ini bagi memastikan maklumat yang diperolehi lebih tepat dan sahih. Analisis maklumat

dilakukan setelah kami berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi. Kami memilih serta

menyusun maklumat yang diperolehi mengikut kepentingan serta turutan yang betul.

Melalui tugasan kerja kursus ini, kami dapat menambah ilmu pengetahuan tentang teori-

teori perspektif keluarga seperti sangkutan dan attachment. Ia juga membantu kami untuk

menjadi seorang guru yang sentiasa berilmu pengetahuan . banyak juga teori – teori yang bolah

kami aplikasikan dalam PnP harian. Segala ilmu yang kami terima ,akan kami aplikasikan dan

gunakannya apabila menjadi seorang guru kelak.