institusi keluarga dan kebahagian keluarga tamil dari perspektif pepatah tamil

50
Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil BY: UMAH DEVI A/P THANDAVARAYAN [email protected] GS25228 UNIVERSITI PUTRA MALASIA

Upload: kamalesh-ji

Post on 24-Jun-2015

506 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil

Dari Perspektif Pepatah Tamil

BY:

UMAH DEVI A/P THANDAVARAYAN

[email protected]

GS25228

UNIVERSITI PUTRA MALASIA

Page 2: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Pengenalan

Institusi keluarga memainkan peranan yang penting kerana keluarga merupakan tapak

semaian insan bagi sesebuah masyarakat di mana merupakan asas kepada pembangunan insane

yang bahagia supaya dapat membentukkan sesebuah Negara yang maju, bermaruah dan

dihormati.

Rancangan dalam Imbasan 10 Tahun Kempen Gerakan Keluarga bahagia oleh Lembaga

Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)(Lembaga Penduduk dan Pembangunan

Keluarga Negara,1999) menyatakan, walaupun Malaysia mencapai tahap kemajuan dan taraf

hidup yang boleh dibanggakan. Namun kesan daripada pembangunan tersebut secara langsung

dan tidak secara langsungtelah mengugat dan mengancam kestabilan institusi keluarga di negara

ini.

Pembangunan sosio-ekonomi yang pesat mewujudkan ketidakseimbangan dengan

pembangunan rohaniah dan akhlak. Hal ini menimbulkan pelbagai implikasi negatif ke atas

keluarga. Usaha kerajaan memasukkan agenda pembangunan sosial sebagai salah satu

keutamaan dalam Rancangan Malaysia ketujuah dan Wawasan 2020 menunjukkan keperihatian

kerajaan terhadap isu yang mempengaruhi pembentukkan keluarga dan budaya.. Peningkatan

kualiti hidup telah digariskan sebagai satu daripada maklumat Wawasan 2020 dan cabaran

menyumbang kearah melahirkan keluarga yang sejahtera, serta mantap menjadi salah satu

daripada sembilan cabaran dalam Wawasan 2020 (LPPKN, 1999).

Kemajuan juga menjalankan usaha bagi memperkukuhkan institusi keluarga ialah

melancarkan Kempen Gerakan Keluarga Bahagia pada tahun 1990. Menerusi kempen ini setiap

Page 3: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

organisasi kerajaan dan swasta diarah menganjurkan Sambutan Hari Keluarga sebagai satu

agenda tahunan. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat

mengenai kepentingan ikatan keluarga, fungsi keluarga dan tanggungjawab setiap ahli keluarga.

Ketidakfungsian keluarga menyebabkan keluarga kucar kacir. Datin Paduka Zaleha

Ismail, Menteri Perpaduan dan Pembangunan Sosial Negara pernah berkata bahawa hubungan

kekeluargaan yang longgar, komunikasi yang tidak efektif, kekurangan sikap saling

menghormati dan kegagalan mengatasi krisis merupakan sebab utama yang mengancam dan

menjejaskan hubungan dalam keluarga dan seterusnya menyebabkan kegagalan keluarga untuk

menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak-anak( Rozumah Baharudin,1990). Hal ini akan

menjurus kepada pertambahan masalah sosial yang semakin meningkat dalam

masyarakat.Kelemahan fungsi keluarga yang telah mengakibatkan keutuhan nilai-nilai moral

yang kritikal merupakan tamparan hebat kepada sesebuah Negara yang sedang membangun

seperi Malaysia.Institusi keluarga dianggap sebagai tempat perlindungan daripada semua

desakan dan ketegangan dunia luar dan sumber untuk mendapatkan kasih sayang.

Jika dilihat dari aspek sosiologi, sejak permulaan sejarah tamadun manusia, kehidupan

social tertakluk kepada hidup bersama secara kumpulan. Apabila manusia hidup dalam

kumpulan, manusia pelu berkomunikasi antara satu sama lain. Komunikasi merupakan satu

media di mana menghubungkan manusia untuk menyampaikan maklumat yang perlu

disampaikan. Manusia perlu dan mesti berkomunikasi untuk memberi pendapat, idea, perasaan

dan juga buah fikirannya. Apabila manusia berkumpulan, ia membentuk satu keluarga dan

masyarakat. Pembentukan keluarga pada asasnya adalah terletak dari segi komunikasi. Menerusi

komunikasi ahli keluarga berhubung dengan ahli yang lain.Bagi membentuk satu keluarga yang

Page 4: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

bahagia komunikasi memainkan peranan yang penting. Ahli keluarga perlu berkomunikasi

untuk berhubung antara satu sama lain.

Menerusi pertuturan ahli keluarga membina satu institusi yang erat dan gembira. Dalam

institusi keluarga, setiap ahli keluarga mempunyai tanggungjawab dalam sistem keluarga.

Ibubapa merupakan ketua dalam sistem ini dan mendidik anak-anak. Maka aspek pertuturan

penting dalam mendidikan anak-anak dalam keluarga. Oleh kerana pada masa dahulu tidakada

pendidikan bersistemkan sekolah, maka nilai-nilai moral disalurkan menerusi pertuturan dalam

keluarga oleh orang-orang tua.

Semua bangsa di dunia ini menggunakan bahasa. Melalui bahasa manusia berkomunikasi

antara satu sama lain. Dalam perbualan harian pepatah merupakan salah satu cara komunikasi

yang pendek dan sungguh bermakna. Pepatah merupakan salah satu sastera lisan yang tradisi .

Hasil dari pengalaman dan pengamatan hidup yang amat mendalam maka lahirlah pepatah.

Pepatah merupakan perbendaharaan kata yang mengambarkan corak hidup masyarakat yang

peradaban. Peranan pepatah adalah amat besar kepada bangsa dan bahasa sesuatu bangsa (Archer

Taylor, 1962: 27).Menerusi pepatah, falsafah hidup dan cara-cara hidup yang aman serta damai

dapat disalurkan

Secara sinis dalam hidup seharian. Begitu juga sumbangan pepatah Tamil yang

mendalam di mana , ia mencerminkan budaya masyarakat Tamil, tradisi Tamil , corak hidup

masyarakat Tamil dari segi ekonomi, politik dan juga sosial.

Page 5: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Penyataan Masalah

Pepatah Tamil merupakan penyusunan kosa kata yang lenkap, makna yang mendalam,

struktur ayat yang ringkas dan padat, dan bahasa yang beradap. Bukan sekadar itu sahaja,

pepatah Tamil merupakan hasil pemikiran rakyat jelata dan para cendakiawan Tamil melalui

pandangan dan pengalaman hidup yang tajam dan matang. Dalamnya terkandung pula unsure-

unsur falsafah pemikiran orang tua masyarakat Tamil lama yang memancarkan budaya

masyarakat itu sendiri.

Namun, masyarakat Tamil sekarang sudah mula mengetepikan warisan bahasa yang

diwarisi ini dalam kehidupan seharian mereka mahupun dalam penggunaan lisan atau tulisan.

Disamping itu, bahasa lisan ini kurang ditikberatkan dan jarang digunakan dalam komunikasi

seharian, khususnya dalam kalangan generasi muda bahkan turut dilupakan oleh orang dewasa

dan tua. Hal ini kerana kehidupan mereka lebih dipengaruhi oleh arus kemajuan sains dan

teknologi yang semakin canggih.

Perkara ini menyebabkan mereka lebih memberikan tumpuan yang banyak dan

menggunakan gaya bahasa moden yang lebih mudah difahami semasa berkomunikasi. Jenarasi

pada masa kini lebih gemar menggunakan bahasa asing dalam pertuturan seharian

mereka.Bahasa dijadikan bahan komersial untuk meningkatkan tahap kehidupan keluarga pada

masa kini. Mereka juga lebih suka bercakap berterus terang daripada bercakap dengan

menggunakan ujaran yang mempunyai maksud tersirat dan tersurat. Ini adalah kerana

kebanyakan orang tidak memahami maksud yang tersirat disebalik pepatah. Dunia mereka telah

Page 6: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

menjadi alam kebendaan di mana sentiasa mengejar masa. Mereka juga tidak mempunyai masa

yang lebih untuk bersama ahli keluaga kerana mencari hidup yang lebih selesa, bekerja jauh dari

rumah dan merantau, mencari matlamat hidup serta mencari kehidupan dunia kebendaan. Maka

masa yang diluangkan untuk bersama orang tua seperti nenek, datuk, pakcik, makcik, ibu dan

bapa adalah terlalu sedikit jika dibandingkan pada masa dahulu.

Bukan itu sahaja. Ramai ibubapa pada masa kini bekerja sepenuh masa dan tidak

meluangkan masa yang banyak dengan anak-anak mereka. Jadi anak-anak dibesarkan oleh orang

gaji di rumah. Banyak aktiviti seperti tuisyen, belajar muzik dan menari, permainan seperti

badminton, tennis serta pelbagai aktivit luar bilik juga dilakukan oleh anak-anak mereka. Tetapi

mengetahui khazanah keturunan seperti pepatah tidak diberi keutamaan.

Namun begitu, pepatah Tamil masih dikumpul dan dikaji oleh sarjana-sarjana bahasa

walaupun bilangannya terhad. Kajian-kajian mereka adalah lebih tertumpu kepada tema, bentuk,

maksud tersirat, unsur-unsur budaya, penggunaan pepatah dalam kesusasteraan klasik Tamil

lama dan sebagainya.Kajian yang mempunyai skop berhubung dengan pelbagai bidang

kehidupan seperti institusi sosial khasnya berkaitan dengan institusi keluarga dan kebahagian

serta didikan moral amatlah kurang.

Perubahan arus masa dan zaman turut mengubah cara berfikir, bertindak, amalan hidup,

budaya dan pelbagai perkara masyarakat Tamil. Perubahan ini menyebabkan keistimewaan,

keunikan, kepentingan dan pengajaran yang disampaikan oleh pepatah turut diketepikan oleh

generasi sekarang. Seandainya keadaan ini berterusan, nasib dan masa depan pepatah akan

terancam serta pelbagai masalah akan dihadapi untuk melestarikan pepatah yang merupakan

khazanah masyarakat Tamil lama. Antara permasalahan yang ketara berlaku ialah:

Page 7: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Masyarakat Tamil juga kurang memberi perhatian terhadap kepentigan keistimewaan dan

keunikan pepatah tamil.Masyarakat Tamil kurang memahami maksud , falsafah pemikiran,

pengajaran dan nilai-nilai moral yang terkandung dalam pepatah Tamil. Masyarakat Tamil

kurang menghargai unsur-unsur dan nilai-nilai budaya yang terkandung dalam pepatah Tamil.

Oleh yang demikian, pengkaji cuba jelaskan permasalahan tersebut terutamanya yang

berkaitan dengan aspek institusi sosial sepertimana tergambarnya institusi kekeluargaan dan

kebahagiaan serta didikan moral dari perspektif pepatah Tamil. Peranan pepatah dari aspek cara

hidup dan budaya masyarakat Tamil jelas tercermin hasil dari perbincangan dari kedua-dua

aspek ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian yang berjudul ‘Institusi keluarga dan kebahagian serta nilai-nilai moral

dalam perspektif pepatah antaranya adalah untuk:

mengenalpasti konflik dalam keluarga masyarakat Tamil.

Mendedahkan keunikan dan keistimewaan pepatah dari segi tradisi dan pemikiran

masyarakat Tamil serta fungsinya yang memberiikan pengajaran.

Menjelaskan bagaimana penggunaan Pepatah Tamil dapat membantu menyelasaikan

konflik keluarga dalam masyarakat Tamil.

HYPHOTHESIS KAJIAN

Secara amnya tujuan menjalankan kajian ini adalah untuk mengkaji kebahagian dalam

tradisi Tamil: dari perspektif ‘pepatah Tamil’.

Berikut adalah hyphothesis kajian,

Page 8: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Mendedahkan konflik yang dihadapi oleh keluarga masyarakat Tamil.

Sumbangan pepatah Tamil dari pengukuhan nilai-nilai murni menerusi Teori Konflik.

Mewujudkan satu keluaga yang bahagia dan bermoral.

KEPENTIGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan sebagai langkah untuk meninjau kedudukan dan peranan pepatah Tamil

dalam masyarakat Tamil. Dalam masyarakat Tamil pada realitinya, penggunaannya kini

semakin berkurangan. Sehubungan itu, kajian ini telah memperkenalkan konsep pepatah Tamil

dan menjelaskan peranan institusi social masyarakat Tamil iaitu keluarga yang bahagia serta

didikan moral berdasarkan perspektif pepatah Tamil. Setiap aspek ini pula mendedahkan

keunikan dan keistimewaan pepatah Tamil sebagai unsur tradisi dan pemancar pemikiran

masyarakat Tamil serta fungsinya yang memberikan pengajaran moral untuk kebahagiaan.

Menerusi fungsinya yang memberikan pengajaran moral untuk memberikan kebahagiaan yang

memberikan kebahagiaan keluarga. Seterusnya peranan pepatah Tamil dalam menyelesaikan

konflik dalam keluarga.

SKOP KAJIAN

Kajian ini terutamanya memfokuskan bagaimana pepatah Tamil akan dapat digunakan di

institusi keluarga dari konsep pepatah Tamil dan institusi social dalam sesuatu keluarga.

Menerusi kajian ini pengkaji akan menerangkan apakah itu institusi keluarga dan didikan moral

dari perspektif pepatah Tamil. Pengkaji juga akan mendedahkan keunikan dan keistimewaan

pepatah Tamil dari segi tradisi dan pemikiran masyarakat Tamil serta fungsinya dalam

memberikan pengajaran moral dalam pembentukan suatu keluarga yang bahagia. Seterusnya

memberikan kepentingan penggunaan Pepatah Tamil dalam pembentukkan keluarga bahagia.

Page 9: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Kajian ini akan dilakukan menerusi rujukan secara kualitatif dan diskritif. Pepatah-

pepatah Tamil yang digunakan dalam hidupan harian akan dikumpul dari setiap negeri di

Malaysia . Anggaran sebanyak seratus pepatah Tamil yang telah dikumpulkan akan digunakan

dalam kajian ini. Selain dari itu fungsi pepatah Tamil dalam pembentukan satu keluarga

masyarakat Tamil yang bahagia juga akan dikaji.

KONSEP PEPATAH DAN INSTITUSI KELUARGA

2.1 Konsep Pepatah

Pepatah yang terbentuk daripada tradisi lisan sebenarnya merupakan ikatan bahasa yang

dituturkan dengan ayat-ayat pendek yang terdiri daripada perkataan-perkataan yang terpilih dan

tersiratdengan erti yang mendalam. Susunan perkataannya adalah pendek,ringkas,padat,tepat dan

benar. Susunan bahasanya pula halus,manis,indah,menarik dan sopan. Di samping itu, pepatah

mempunyai unsur-unsur sastera seperti rentak,rima dan irama yang berfungsi untuk

menimbulkan keindahan struktur bahasa dan kekuatan. Kesemua ciri ini merupakan keunikan

yang ada pada pepatah.(Alias bin Sidek,1993:39 dan Aisahah Rohani Nahar, 1998:2)

Masyarakat dahulu mencipta pepatah dengan begitu unik bertujuan untuk menjadikan

sebagai panduan kepada generasi berikutnya. Lantaran itu, pepatah diwarisi dari zaman-

berzaman dan mencerminkan pancaran perasan, intelek dan pemikiran masyarakat yang

menghasilkannya daripada pengalam hidup mereka. Dikatakan bahawa kaum wanita tua yang

tidak memiliki pendidikan formal yang sebenarnya banyak menggunakan pepatah dalam bahasa

pertuturan seharian mereka.(Meiyappan.M., 1996:5)

Pandangan Sarjana Megenai Pepatah

Page 10: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Kebanyakan penutur bahasa di dunia mempunyai dan mengamalkan pepatah dalam pertuturan

serta penulisan seharianny. Ramai sarjana dan pengkaji bahasa di dunia member pelbagai

pandangan tentang pepatah megikut konsep masing-masing. Antara mereka termasukla sarjana

Barat dan sarjana tempatan. Pandangan mereka perlu diberi dalam konteks kajian ini sebelum

pandangan dan konsep sarjana-sarjana Tamil diberi tumpuan secara terperinci berhubung dengan

hal ini.

Pandangan Sarjana Barat dan Tempatan

The New Encyclopedia Britannica (1991 : Vol. 9, 749) mendefinisikan pepatah sebagai

sebahagian daripada bahasa lisan yang berhubung kait dengan sastera rakyat. Tujuan ucapan

ringkas ini secara umumnya digunakan oleh penutur adalah untuk melahirkan idea dan

kepercayaan biasa dalam kalangan masyarakatnya. Sedangkan, The Encyclopedia Americana

International Edition (1991 : Vol. 22, 704) menyatakan pepatah sebagai ayat ringkas yang

menitikberatkan nilai moral yang jitu berasaskan pemehatian dan pengalaman hidup. Hal ini

menyebabkan pepatah yang diterima umum ini dianggap berkait rapat dengan tradisi sastera

lisan. The World Book Encyclopedia pula mendefinisikan pepatah seperti berikut:

“….. is a brief saying that presents a truth or some bit of useful wisdom. It is usually

based on common sense or practical experience. True proverbs are saying that have

passed from generation to generation primary by word of mouth. They may also have

been put into written form.”

(The World Book Encyclopedia, 2001: val. 15, 839)

Page 11: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Jika dihalusi pendapat in secara ringkasnya, pepatah merupakan ungkapan pendek yang

digunakan untuk mengutarkan kebenaran dan menyumpaikan kata-kata hikmat yang berguna

kepada masyarakat. Pada amnya, pepatah terbentuk berdasrkan pengetahuan umum dan

pengalaman hidup yang praktikal. Pada asalnya pepatah diperturunkan dari generasi secara

tradisi lisan dan kemudiannya dirakamkan dalam bentuk tulisan seperti yang dilihat hari

ini.Pendapat yang sama dikemukakanoleh seorang sarjana yang bernama Wolfgane Mieder

(1993: 5). Bagibeliau pula, pepatah ialah ayat pendek yang diketahui umum dan mengandungi

cirri-ciri seperti kearifan,

nilai moral, pandangan metafora dan bentuknya mudah untuk dihafal.

“A proverb is a short, generally known sentence of the folk which contains wisdoms,

truth, morals and traditional views in a metaphorical, fixed and memorizable form and

which is handed down from generation to generation.”

(Wolgane Mielder, 1993 : 5)

Manakala, Archer Taylor (1962:1) pula berpendapat bahawa adalah sukar untuk menentukan definisi

pepatah. Namun kata beliau, pepatah yang berbentuk ringkas, jelas dan itu berasal dari lambing,

metafora dan dari cerita khayalan.

“ proverbs are invented in several ways: some are simple apothegm and platitudes

elevated to proverbial dignity, others arise from the symbolic or metaphoric use of an

Page 12: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

incident, still others imitate already existing proverbs and some owe their existence to the

condensing of a story or fable” (Archer Taylor, 1962 : 1)

Selain pandangan sarjana barat, para sarjana dan karya-karya tempatan juga ada mangemukakan

beberapa definisi tentang pepatah. Mengikut Ensiklopedia Malaysian (1995: Vol 10, 221) yang

menerangkan pepatah sebagai susunan bahasa lama yang indah, cantik dan membawa pengertian

yang bijaksana serta menjadi teladan dan pengajaran kepada orang ramai. Pepatah merupakan

salah satu cabang kesusasterawan lisan melayu yang lahir daripada rasa dan pengalaman hidup

yang ditempuh oleh masyarakat Melayu lama. Pepatah yang diwarisi ini mencerminkan

pemikiran masyarakat sejak zaman silam lagi.

Menurut Awang Sariyan(1992 : ix), peribahasa termasuklah pepatah merupakan warisan

kebudayaan masyarakat Melayu dan khazanah tradisi kesusasterawan Melayu yang menjadi

panduan dan pedoma dalam membentuk masyarakat yang berbudaya.

”…. peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai perananya yang istimewa, bukan

sekadar memperkaya khazanah bahasa, bahkan lebih penting daripada itu memancarkan

pandangan hidup, nilai, siakp, cara berfikir dan kepekaan akal budi masyarakat pengguna

bahasa itu. Dengan kata lain, pepatah merupakan salah satu bayangan falsafah dan pemikiran

bangsa,” (Awang Sariyan. 1992: ix)

Wan Abdullah Wan Ali (1957 : 5), pula memberikan pegertian yang lebih jelas tentang makna

perkataan pepatah. Menurut beliau dalam bahasa Melayu, istilah peribahasa merupakan

gabungan daripada dua perkataan iaitu peri dan bahasa. Peri bermaksud ‘roh perempuan yang

cantik’ dan bahasa bermaksud alat yang melukis fikiran, perasaan dan pengalaman yang teratur

menggunakan alat bunyi. Beliau menyimpulkan peribahasa sebagai keindahan jiwa sesuatu

Page 13: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

bahasa. Di sini dapat dirumuskan bahawa keindahan bahasa yang dimaksudkan oleh beliau

dengan perkataan ‘peri’. Dari penerangkan ini didapati bahawa, pepatah juga merupakan salah

satu capng daripada peribahasa yang berperanan sebagai unsurmengindahkan bahasa.Seorang

tokoh bahasa yang terkenal di Tanah Melayu iaitu Zaba (1965: 165) mendefinisikan pepatah

sebagai “segala susunan cakap pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak

beberapa lama kerana sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya serta dipakai

sebagai sebutan-sebutan sebagai bandingan teladan dan pengajaran”.

Manakala Ariffin Nur (1985: 43) pula berpandangan seperti berikut:

“…. Pepatah Melayu mengambil lambang-lambang alam sekeliling untuk memberi

pengertian yang sedap dan tepat, terbit daripada pengalaman, pemerhatian dan pandangan

tajam.”\

(Ariffin Nur, 1985: 43)

Pendapat beliau jelas menerangkan alam dan lambang-lambangnya turut memainkan peranan

penting dalam pembentukan pepatah Melayu. Husain Munaf (1951:i) ada menyatakan

pandnagan beliau tentang keunikan pepatah. Menurut beliau, susunan bahasa pepatah yang indah

dan menarik serta bentuknya yang ringkas serta padat yang menyebabkan pepatah sedap untuk

didengar. Keunikannya juga terletak pada kebenaran, perasaan dan fikiran yang disampaikan

olehnya. Di samping itu, pepatah juga berfungsi sebagai teladan, baningan dan pengajaran yang

bermakna kepada pendengar.

Page 14: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Apabila meniliti kesemua definisi di atas, didapati bahawa pandangan para sarjana Barat dan

tempatan mempunyai banyak persamaan dalam mendefinisikan pepatah. Kenyataan ini disokong

oleh Abdullah Hussain (1989: vii). Beliau berpendapat bahawa ada persamaan antara pepatah

sedunia dari segi asal-usul, tujuan dan fungsinya.

Hal yang sama turut ditekankan oleh Alias bin Sidek dalam kajiannya berjudul Penglibatan

Dunia Orang Melayu Dalam Peribahasa (1999: 39). Beliau menyenaraikan tiga sumber utama

yang menjadi asas bagi pembentukan pepatah bahasa Melayu. Sarjana Barat Wolfgane Mieder

(1993:i-x) juga berpendapat bahawa sumber yang sama menjadi asas bagi pembentukan pepatah

bahasa Inggeris. Sumber-sumber tersebut adalah seperti berikut:

Rakyat jelata yang mencipta pepatah melalui pengalaman hidupnya.Orang-

orang arif bijaksana yang mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil daripada

renungan mereka.Terbit daripada kitab-kitab.

Walaupun cirri-ciri dan asal usul pepatah dalam bahasa-bahasa di dunia umumnya hampir sama

tetapi dari segi kandungannya ada perbezaan. Perbezaan ini disebabkan oleh situasi dan budaya

yang berbeza. Menurut Abdullah Hussain (1991: v) pepatah bagi setiap bahasa memang berbeza

kerana setiap pepatah timbul dalam situasi alam dan budaya yang berlainan serta melalui

prosesnya yang tersendiri. Kenyataan yang sama dinyatakan oleh The New Encyclopedia

Britannica (1998: Vol.9,749),iaitu:

“comparisons of proverbs found in various parts of the world shows that the same kernel

of wisdom maybe gleaned under different cultural conditions and languages”

(The New Encyclopedia Britannica, 1998:Vol.9,749)

Page 15: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Secara keseluhurannya, antara pepatah yang wujud di dunia, terdapat persamaan dan perbezaan.

Pepatah dikatakan sama dari sudut cirri-ciri umum dan asal usulnya tetati berbeza dari segi

kandungannya. Sebaliknya, pada pendapat Neelambikai (1952: i) pula, ada sekumpulan kecil

pepatah didunia yang mempunyai makna yang sama walaupun budaya dan bahasa berbeza.

Kebanyakan tercipta daripada kejadian semula jadi atau secara kebetulan dan adakalanya unsure

pangaruh budaya turut menjadi penyebabnya..

Kajian-kajian Dahulu

Kajian tentang pepatah dalam masyarakat tamil, sememangnya mendapat perhatian ramai

sarjana Tamil di India khususnya di Tamil Nadu tetapi di Malaysia kajian tentatng tajuk ini

masih kurang. Sebahagian daripada kajian-kajian tersebut member focus kepada kajian terma

dan analisis kandungan pepatah itu sendiri. Dalam hal ini, sarjana-sarjana ini telah memberikan

sumbangan yang besar dengan mengumpul dan mengemukakan idea-idea berkaitan dengan

pepatah Tamil dari pelbagai aspek. Idea-idea mereka memberikan gambaran tentang asal usul,

bentuk,terma, maksud tersurat dan tersirat,pengajaran, nilai-niai moral dan pelbagai aspek yang

berkaitan dengan pepatah Tamil. Kesemua keistimewaan, sumbangan dan peranan pepatah Tamil

adalah amat berharga dan bernilai kepada penyelidikan semasa.

Namun, penelitian terhadap kajian-hajian mengenai pepatah Tamil yang pernah

dilakukan oleh sarjana-sarjana Tamil hanya menyentuh aspek-aspek pepatah secara terhad.

Kebanyakan karya yang telah iterbitkan hanya bertumpu kepada koleksi pepatah Tamil yang

dituturkan dalam perbualan seharian masyarakat Tamil. Ada juga karya yang mengklasifikasikan

pepatah Tamil yang dikumpul itu mengikut beberapa bidang secara terperinci. Di samping itu,

Page 16: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

terdapat beberapa sarjana dan pengaji yang menganalisis dan membincangkan pelbagai aspek

yang berkaitan dengan pepatah Tamil dalam karya-

karya mereka.

Antara tulisan penting pepatah Tamil termasuklah buku yang berjudal, Palamoli Nanuru

Mulamum Uraiyum yang ditulis oleh Irasamaanikkam Pillai, M (1948) iaitu karya yang

berbentuk ulasan bagi karya asal yang berjudul Palamoli Nanuru. Karya asal Palamoli Nanuru

merupakan satu-satunya koleksi pepatah Tamil lama yang dikumpulkan oleh

Munruraiyaraiyanaar pada tahun 1917. Beliau mengumpul dan mencatat sebanyak 400 pepatah

Tamil dalam bentuk puisi klasik lama yang menyentuh pelbagai tema dan pengajaran. Karya asal

ini tidak dipilih sebagai sumber utama dalam pemilihan sampel pepatah bagi kajian ini adalah

kerana atas dua sebab. Sebab petama adalah kerana pepatah dalam karya ini tidak dikategorikan

mengikut bidang-bidang tertentu. Sebab kedua adalah kerana sebilangan daripada pepatah dalam

koleksi ini adalah pepatah lama dan jarang digunakan dalam perbualan seharian mahupun dalam

tulisan ilmiah.

Sebuah lagi buku berjudul,Tamil Palamolikal yang ditulis oleh Jeganthnathan,K.V.(1998)

juga merupakan satu-satunya kamus pepatah Tamil yang mengumpulkan sebanyak 21,000

pepatah. Beliau telah mengambil masa selama empat puluh tahun untuk mengumpul pepatah-

pepatah tersebut. Pepatah-pepatah yang terkandung di dalam karya ini menyentuh pelbagai aspek

dan tema seperti agama, sastera, tatabahasa, pekerjaan, kehidupan di darat dan di laut, dewa-

dewi, bandar raya, pertanian, kemajuan sains, alam, Tuhan dan sebagainya.

Sebuah lagi karya yang mengandungi maklumat tentang pepatah Tamil berjudul, Tamil

Palamolikalil Ariviyal yang dikarang oleh Meiyappan, M. (1996). Kajian beliau pula berkaitan

Page 17: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

dengan unsur-unsur sains yang terdapat dalam pepatah Tamil. Beliau menyentuh aspek-aspek

yang berkaitan dengan alam, pertanian, psikologi dan perkara yang berkaitan dengan kehidupan

yang sihat. Karya ini juga memberikan maklumat yang penting tentang subtajuk kajian ini iaitu

perkahwinan dan keluarga. Di samping itu, Sokkalingam,S (2002) dalam karya beliau yang

berjudul Nalvaalvuk KadduraikalSebuah lagi kamus pepatah Tamil yang berjudul,Vaalviyal

Palamolikal yang disusun oleh Letchumanan,K.S(1967) merupakan karya yang mengandungi

sebanyak 2340 peptah Tamil. Dalam penyusunan ini hanya pepatah-pepatah yang berkaitan

dengan kehidupan sosial yang dikumpul.

Pada masa yang sama, beliau mengkategorikan dan mengagihkan pepatah-pepatah yang

dikumpul itu kepada beberapa tajuk utama yang menyentuh aspek-aspek seperti kehidupan, sanak

saudara, kebendaan dan nilai- nilai moral. Di samping itu, beliau membahagikan setiap tajuk kepada

beberapa subtajuk yang lain seperti perkahwinan, keluarga, pendidikan, agama, Tuhan, alam, perubatan,

pekerjaan dan sebagainya.

Keistimewaan ini yang menyebabkan karya ini dijadikan sebagai sumber ketika memilih sampel-

sampel pepatah bagi kajian ini.Selain itu, buku yang berjudul, Puthiya Nookkil Palamoli yang ditulis oleh

Murugan,P.(1992) juga merupakan sebuah karya penting yang banyak menyampaikan maklumat

berhubung dengan tajuk kajian ini. Dalam karya ini, penulis mengkaji dan menganalisis peranan pepatah

Tamil kepada masyarakat berdasarkan enam belas aspek. Antaranya berkaitan dengan asal usul pepatah

dan peranan pepatah dalam bidang kesusateraan Tamil, pertanian, psikologi, pendidikan, keluarga,

ekonomi, astrologi, agama, alam, persekitaran, kuasa Tuhan, duniawi, seni, bandar dan perbandaran serta

budaya. Di samping memberi penjelasan yang jitu berkaitan dengan pepatah, beliau juga tidak lupa untuk

memberikan contoh-contoh yang jelas untuk mengukuhkan hujahnya.

Seorang lagi pengkaji pepatah Tamil yang bernama Sauntarapaandiayan,S.(1998) dalam karyanya

berjudul, Tamil Palamoli Illakkiyam pula membincangkan sejarah kewujudan pepatah Tamil, aspek-aspek

Page 18: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

tatabahasa yang terdapat dalam pepatah Tamil dan juga berkaitan dengan pepatah-pepatah yang terdapat

dalam karya klasik sastera Tamil. Suatu analisis tentang pepatah Tamil secara am dan perubahan-

perubahan yang berlaku kepada maksud pepatah Tamil sejak 2000 tahun dahulu serta kajian tentang

pepatah yang digunakan sejak abad ke 5 S.M. hingga ke abad 19 juga dilakukan oleh beliau dalam karya

tersebut. Pendek kata, buku ini memberi satu gambaran yang menyeluruh tentang pepatah Tamil.

Buku yang berjudul Palamolikalil Penmai pula merupakan sebuah buku yang mengkaji dan

membincangkan kedudukan wanita dalam kalangan masyarakat Tamil dari perspektif pepatah Tamil.

Sebenarnya, penulis karya ini ialah seorang wanita yang bernama Sarala Irasagopalan (1992). Dalam

kajiannya,beliau menyentuh aspek-aspek seperti pandangan umum terhadap pepatah Tamil,keistimewaan

wanita, nilai-nilai moral yang terdapat dalam pepatah Tamil, penghinaan dan penganiayaan yang

dilakukan oleh masyarakatnya terhadap terhadap wanita dan juga beberapa aspek yang berkaitan dengan

kaum wanita. Kajian beliau juga banyak membantu pengkaji untuk mengumpul dan menganalisis

pepatah-pepatah dalam kajian ini.

Sebuah lagi karya yang mengandungi maklumat tentang pepatah Tamil berjudul, Tamil

Palamolikalil Ariviyal yang dikarang oleh Meiyappan, M. (1996). Kajian beliau pula berkaitan dengan

unsur-unsur sains yang terdapat dalam pepatah Tamil. Beliau menyentuh aspek-aspek yang

berkaitandengan alam, pertanian, psikologi dan perkara yang berkaitan dengan kehidupan yang sihat.

Karya ini juga memberikan maklumat yang penting tentang subtajuk kajian ini iaitu perkahwinan dan

keluarga. Di samping itu, Sokkalingam,S (2002) dalam karya beliau yang berjudul Nalvaalvuk

Kadduraikal Maanpum Maadchiyum pula membuat kajian dan analisis berkaitan dengan amalan hidup

masyarakat Tamil seperti peranan seseorang bapa, nilai persahabatan, kepentingan ilmu pendidikan dan

sebagainya.

Selain itu, terdapat pula dua buah koleksi kertas kerja yang berjudul Aaivukkoovai 1 dan

Aaivukkoovai 2. Kedua-kedua koleksi kertas kerja ini mengandungi kertas-kertas kerja yang dibentangkan

Page 19: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

oleh sarjana-sarjana pendidikan dalam Persidangan Pertama dan Kedua Guru-guru Tamil dari Universiti

India yang berlangsung pada tahun 1969 dan 1970. Di dalam kedua-dua koleksi ini, terdapat beberapa

kertas kerja yang berkaitan dengan prkembangan pepatah Tamil. Antaranya, dalam persidangan

pertama(1969) kertas kerja yang bertajuk ‘Bentuk dan sejarah awal pepatah Tamil (Palamolikalin

Thootramum Amaippum)’dibentangkan oleh Loorthu,T. Sedangkan Perumaal,V. dalam kertas kerjanya

yang bertajuk

Tamil Proverbs memberi fokus kepada seni ukur, perubatan, keluarga, psikologi, etika danagama.

Dalam persidangan kedua(1970) Perumaal,V.pula membentangkan kertas kerja yang bertajuk

Perbandingan Di Antara Pepatah Tamil Dengan Pepatah Inggeris. Tajuk ini menyampaikan maklumat

yang berkaitan dengan beberapa persamaan dan perbezaan ciri yang terdapat antara pepatah dalam kedua-

dua bahasa ini. Selain itu, dalam koleksi kertas kerja yang berjudul Aaivu Maalai 1 pula mengandungi

semua kertas kerja yang dibentangkan dalam persidangan Perkembangan Bahasa Tamil Sedunia yang

berlangsung pada 2003 di Tanjavuur, India. Dalam koleksi ini terdapat lima artikel yang menyentuh

tentang pepatah Tamil. Antaranya, kertas kerja yang bertajuk ‘ Unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam

pepatah Tamil seperti nada, irama, unsur bunyi iaitu aliterasi, asonansi dan sebagainya dibentangkan oleh

Kandimathiletchumi..

Manakala, Chandrakala, pula memberi fokus kepada bidang pertanian. Madavi,N. pula

membincangkan sebuah karya klasik Tamil yang berjudul Tandalaiyaar Saathakam yang merupakan

koleksi pepatah klasik Tamil. Sedangkan Alagar, C. dalam kertasnya membincangkan kedudukan kuasa

kaum lelaki yang tercermin melalui pepatah Tamil. Anbalakan, R. pula membuat suatu kajian tentang

penyelidikan yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Tamil di semua Universiti Tamil Nadu yang berkaitan

dengan pepatah Tamil.

Penelitian terhadap kajian-kajian terdahulu mendedahkan bahawa memang terdapat pelbagai

kajian yang telah dilakukan terdap pepatah Tamil. Kesemua kajian di atas membantu denagan menjadi

Page 20: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

panduan dan sumber rujukan utama kepada pengkaji bagi memenuhi objektif kajian ini dengan jayanya.

Namun sedemikian, tidak terdapat sebarang usaha dibuat untuk menjelaskan aspek institusi social dari

perspektif pepatah Tamil dalam kajian-kajiantersebut. Dengan itu, kajian ini diharapkan dapat mengisi

ruang yangdisebutkan di atas itu.

Konsep

Theori Sistem Keluarga

Theori sistem keluarga diperkenalkan oleh Dr. Murray Bowen

dimana setiap individu tidak dapat berpisah atau mempencilkan diri dari

satu ahli keluarga dengan ahli keluarganya. Unit keluarga merupakan

satu kumpulan yang berkait dengan penuh perasaan. Keluarga

merupakan sistem di mana setiap individu dalam keluarga bergantung

antara satu sama lain dalam sistem keluarga tersebut. Setiap individu

dalam keluarga tersebut tidak boleh tersing antara satu sama lain.

Menurut Bowen, sistem keluarga merupakan sistem di mana setiap ahli

mempunyai tugas yang tertentu dan peraturan yang perlu dituruti. Setiap

ahli keluarga perlu respon ddalam cara-cara yang tertentu mengikut

watak mereka di mana bergantung pada tali persaudaraan mereka.

Page 21: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Mengikut sistem perikatan ini, setiap ahli keluarga membentukkan

tingkahlaku yang tertentu yang dirancangkan.

Terdapat lapan kunci konsep dalam sistem Dr. Bowen's theori.:

Segitiga: Sistem perhubungan dalam jadual yang kecil.Segitiga ini biasanya mempunyai

konflik dari satu belah dan kedua belah yang lain pula akan membentukkan masalah klinikal.

Perbezaan dalam diri: Individu yang berlainan di mana bergantung pada yang lain untuk

diterima oleh orang lain.

Sistem keluarga neukliar: Terdapat empat cara perhubungan di mana di mana masalah

akan meningkat:

-konflik perkahwinan

-masalah pasangan

-bilangan anak yang kurang atau terlalu ramai

-jarak antara emosi.

Perancangan proses family: Pemindahan masalah emosi dari

ibubapa kepada anak.

Page 22: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Proses transformasi pelbagai generasi: Perbezaan transmisi dalam

tahap dalam perbezaan antara anak mereka.

Penamatan emosi: Dalam langkah mengurangkan emosi keluarga

dalam isu yang tidak dapat diselamatkan.

Situasi saudara: Implikasi dalam situasi

Research DesignPenyelidikan ini bertujuan membuat pengamatan

terhadap pepatah-pepatah Tamil. Kajian ini dilakukan berdasarkan

sumber-sumber bertulis yang pernah diterbitkan. Oleh itu, kajian ini

berbentuk penyelidikan kualitatif yang lebih menjurus kepada

penyelidikan perpustakaan. Pendekatan yang digunakan dalam

penyelidikan ini terdiri daripada lima method iaitunpengkhususan,

dokumentasi, pembahagian, analisis dan sinthesis.

Method Kajian (Reasearch Desigan)

Penyelidikan ini bertujuan membuat pengamatan terhadap pepatah-pepatah

Tamil. Kajian ini dilakukan berdasarkan sumber-sumber bertulis yang pernah

diterbitkan. Oleh itu, kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif yang lebih

Page 23: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

menjurus kepada penyelidikan perpustakaan. Pendekatan yang digunakan dalam

penyelidikan ini terdiri daripada lima method iaitu

pengkhususan, dokumentasi, pembahagian, analisis dan sinthesis

telah digunakan untuk mengkaji secara terperinci pepatah-pepatah Tamil yang

dikaji. Dalam metod ini, tumpuan secara mendalam terhadap unsur-unsur yang

mempengaruhi pepatah Tamil yang telah diberikan. Oleh itu, pengkaji

menggunakan method ganda iaitu ‘instrinsik’ yang memberi tumpuan kepada

unsur-unsur dalaman dan ‘ekstrinsik’ yang memberi tumpuan kepada unsur-unsur

luaran. Metod ganda ini membantu dalam membangunkan keutuhan pepatah-

pepatah Tamil.

Seterusnya pendekatan dokumentasi digunakan untuk mendapatkan

dokumen-dokumen, bahan-bahan rujukan yang relevan dan autoritatif yang

dihasilkan oleh para sarjana yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Bahan-

bahan tersebut adalah seperti tesis, kertas-kerja seminar, buku-buku rujukan ,

jurnal, majalah, dan bahan-bahan lain digunakan secara meluas sebagai sumber

rujukan utama bagi tujuan untuk mengumpul data-data yang berkaitan dengan

tajuk kajian ini. Kemudian diikuti dengan kaedah ketiga iaitu

pembahagian(compartmentalization). Dalam kaedah ini data-data yang dikumpul

itu dibahagi-bahagikan mengikut kehendak bab.

Page 24: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Pendekatan keempat iaitu kaedah analisis digunakan dalam kajian ini bagi

menganalisis pepatah dan kandungan bacaan. Kaedah analisis dilakukan semasa

membuat pemilihan pepatah bagi kajian ini dengan tujuan untuk mengkaji tema

yang terkandung dalam pepatah tersebut, terutamanya tema yang berkaitan dengan

institusi social khususnya berkaitan dengan institusi keluarga, kebahagiaan

keluarga dan nilai-nilai moral. Analisis kandungan pepatah Tamil pula dilakukan

untuk mengkaji kandungan teks daripada bahan bacaan untuk mematuhi objektif

dan bersistematik dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang

berkaitan dengan tema pepatah-pepatah yang dipilih.

Dengan itu, pengkaji membuat pembacaan secara meluas ke atas sumber-

sumber yang berkaitan dengan bidang kajian. Pembacaan ini membantu kea rah

menginterprestasi contoh pepatah yang terpilih supaya memberikan gambaran

tentang institusi sosial yang terdiri daripada institusi keluarga, kebahagiaan

keluarga dan nilai-nilai moral. Akhirnya kaedah sintesis digunakan bersama

kaedah deduktif dalam mencapai kesimpulan-kesimpulan yang rasional lagi

munasabah dalam usaha mencapai objektif kajian.

Pengkaji akan merancang mengenai kajian ini dibincangkan dalam bahagian ini. Agenda kajian

ini dibincangkan seperti berikutnya:

Teknik sampeling digunakan

Teknik kualitatif digunakan dan teknik yang pelbagai digunakan untuk mengumpul data.

Page 25: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Teeknik Sampeling

Teknik sampeling digunakan untuk memastikan kajian sempadan bagi memastikan

tentang kajian yang dilakukan. Kaedah sampeling akan mengkaji secara am tingkahlaku manusia

dalam mengendahkan pengalaman mereka dalam kajian ini. Mengenali sample sangat penting

dalam kajian ini. Keseluruhan kajian ini akan menjadi salah jika teknik sampeling gagal

menyuarkan apa yang hendak dikaji.

Dalam mengkaji thesis ini, pengkaji akan memilih murid-murid yang belajar di Sekolah

Rendah Tamil di mana sesuai memberi informasi yang tepat. Sebagai pengkaji yang memang

terlibat dalam situasi konflik anak muridnya, untuk memperolehi maklumat tepat yang akan

diberikan oleh murid-murid tahun 5 dan 6. Murid-murid ini akan menyuarakan masalah keluarga

mereka menerusi proses yang akan dilakukan oleh pengkaji. Kriteria yang digunakan bagi

mendapatkan maklumat adalah:

a) Jantina: murid lelaki dan perempuan

b) Umur: Semua participan adalah dalam lingkungan umur 11-12 tahun

c)Pengalaman: Participan telah mengalami konflik dalam keluarga secara terus menerus di mana

sedang mengalaminya.

d) Perhubungan: Paticipan adalah terlibat seterusnya dengan ahli keluarga sendiri iaitu keluarga

neuklier.

Page 26: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

REFERENCES

Abdul Halin Hamid. 2003. Mengenali Institusi Sosial.

Serdang: Universiti Putra Malaya

Abdullah Hussain. 1991. Kamus Istimewah Peribahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adamson Hoebel. E. 1996. Anthropology: The Study Of Man.

United States Of America: Mc Graw Hill

Aishah Rohani Nahar. 1998. Perlambangan Dalam Peribahasa Melayu Sarawak.

Latihan Ilmiah Sarjana Pengajian Moden. Fakulti Bahasa dan Linguistik.

Kuala Lumpur: University Malaya.

Alagar. 2003. Palamolikalil Anatikkam. Dalam: Mutthaiya, Ulakath Tamiliyal Aaivu Valarchik

Karuttarangku Aivu Malai 1, Tanjavor: Tamil Uyaraivu Maiyam.

Alex Inkeles. 1985. Apa itu Sosiologi.

Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 27: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Alias Sidek bin Sidek. 1999. Penglibatan Dunia Orang Melayu Dalam Peribahasa .

Latihan Ilmiah Sarjana Pengajian Moden. Fakulti Bahasa dan Linguistik.

Kuala Lumpur: University Malaya.

Allan G. Johnson.2000. The Blackwell Dictionary of Sociology.

London: Blackwell Publishers

Anbalagan. 2003.Palamolikalil Aivu Valarcchi, Or Kannoddam. Dalam:Mutthaiya,Ulakath Tamiliyal

Aivu Valarchchik Karuttarangku Aivu Malai 2, Tanjavor: Tamil Uyaraivu Maiyam.

Andiyappan. T. 1978. Kural Kanda Nadum Vidum. Chennai: Vanathi Pathippagam.

Arasu Manimegalai. 1986. Periyaar Sintanaiyal Penkal. Kulim: Malaysia Dravidar Kalagam.

Aravaanan. K. P.1987. Tamilar Meel Nigalntha Panpaddup Padaiyeduppu.

Sitambaram: Sabanayakam Kanippori Accu.

Arccunan Narayanan. 1995. Samuthaya Malarkal

Kajang: Selangor

Archer Taylor. 1962. The Proverb And An Index To The Proverb.

Hotboro,Pennsylvania:Folklore Associates.

Ariffin Nur. 1985. Sastera Melayu Klasik Kelantan.

Kuala Lumpur: Pustaka Aman Press.

Page 28: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Arumuga Mutaliyaar. 2000.Tamilkkovai 2000 STPM Kertas 1& 2.

Kuala Lumpur: Tirumagal Printers Sdn. Bhd.

Azhar Hj.Mad.Aros.Azharudin Mohd. Dali,Suffian Mansor dan Zukkarnian Abd. Rahman, 2001.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) Kertas 2.

Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Azizi Deraman. 1975. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia.

Kementerian Belia dan Sukan.

Aya Durai. L. 2002. Pendidikan Dalam Peradaban India Pada Zaman Klasik.

Latihan Ilmiah Sarjana Sastera. Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Kuala Lumpur: University Malaya.

Baktavatchala Barathy. C,1990. Panpaddu Manidaviyal. Chennai: Manivasakar Nulagam.

____________________,1997. Panpaddil Palamaiyum Putumaiyum. Dalam: Kaliaperumal,

Ulagathamilar Panpaaduk Kalanchiyam. Kuala Lumpur: Vallalaar Anbu Nilayam.

Balasubramaniam. P. 1995. Tamil A Foundation Course.

Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Balasuppiramanian.M.P.1999.Ilakkiyap Putayal. Chennai:Pumpukar Patthipakkam.

Page 29: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Bratannica Thagaval Kalanjiam (Encyclopedia Britannica India). 2007.

Chennai: Private Limited.

Candrakala. 2003. Palamolikalil Valanmai. Dalam: Mutthaiya,Ulakath Tamiliyal Aivu Valarcchik

Karutharangku Aivu Malai 1,Tanjavor: Tamil Uyaraivu Maiyam.

Carol R.Ember.Melvin Ember,1998. Culture Anthropology. NewJersey: Prentice Hall.

Cengkani. 2000. Tamil Naddup Palamolikal. Chennai: Tamilman Pathippagam.

David W. Mccurdy. James P. Spradley,1987. Issues in Cultural Anthripology.

U.S.A: Waveland Press Inc.

Devaneyap Pavanar. 2000. Pandaith Tamil Naakargamum Panpaadum. Chennai: Tamilman Pathippagam.

Dhashanamurthy.A.1999.Tamilar Nakarigamum Panpadum. Chennai: Ainthinai Pathippagam.

Jakir Hussen. 2003. Panpadu. Dalam: Mutthaiya, Ulakath Tamiliyal Aaivu Valarcchik Karuththarangku

Aivu Malai , Tanjavor: TamilUyaraaivu Maiyam.

Jegannaathan. K.V,1988. Tamilp Palamolikal. Chennai: Kaanthamalai.

Jesudasan.C.1961. A history Of Tamil Literature.Calcutta: Y.M.C.A.Publishing House.

Jeyaraman. 1978.Paaddum Panpadum. Chennai:Malalai Mandram.

Page 30: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

John J Macionis.1987.Sociology. New Jersey: Prentice Hall International.

John W.Bennett.1991.Culture In.The Encyclopedia Americana International Edition Vol

8.Danbury:Grolier Incorporated.

Joseph.M.2001. World of Sociology.Farmington Hills,U.S.A: The Gale Group.

Joseph M. Palmisano. 2001. Sociology. Farmington,U.S.A: The Gale Group.

Joseph S Roucek dan Roland L. Warren.1979.Sosiologi Suatu Pengenalan.

Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kabilan.1970.Palamoli Illakiyam. Chennai: Arunothayam.

Kaiyeedu (Erandavathu Ulaga Tamil Karurangku Manadu). 1968.

Chennai: Eligan Publisher.

Kalaikkalanjiam.1960. Tokuthi 3,4,6 & 7. Pathippasiriyar: Tamil Vallarcchik Kalaka Pathippu.

Chennai: Shanthi Press.

Kalakap Palamoli Akara Varisai.1952.Chennai:Thenninthiya Saivasitthantha Nurpathippuk Kalakam.

Kaliaperumal.1997.Ulagathtamilar Panpadduk Kalanchiyam.

Kuala Lumpur: Vallalar Anbu Nilayam.

Page 31: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Duncan Mitchell.G.1979.Sosiologi Pengkajian Sistem Sosial.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_____________________.1979.A New Dictionary of Sociology

London: University of Exeter.

Duraikkannu Mudalaiyar.P.1962.Kalaik Kalvi.

Chennai: Amutha Nilayam Private Limited.

Ensiklopedia Malaysiana. 1995. Kuala Lumpur: Jilid 6 &10. Anzagain Sdn.Bhd.

Eraiyarasan.1993.Tamilar Nagarika Varalaru.

Chennai:Pumpukar Pathipakkam.

Frank N.Magill.1955.International Encyclopedia of Sociology.

Chicago: Fitzroy Dearborn Publishers.

Gandhi.K.2003.Tamilar Palakka Valakkangkalum Nampikkaikalum.

Chennai:Ulaga Tamilaraichi Niruvanam.

George A.Theodorson and Achilles G. 1970. A Modern Dictionary of Sociology.

London:Methuen & Co.Ltd.

George Peter Murdock. 1965. Social Structure.

Page 32: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

New York: The Free Press. Govindan.

K.1999.Tamilar Panpaadu . Chennai: Thenninthiya Saivasiththantha Nuurpathippuk Kalakam.

Gurusamy.2002. Naaladiyar:Muulamum Eliya Uraiyum

Chennai: Suria Book Ltd.

Husain Munaf .1951.Kupasan Pepatah Indonesia.

Jakarta: FASCO

Iramalingam.V.1955.Thaayar Kodutta Thanam.

Chennai:Aiyam Companiyar.

Irasamaanikkanaar . 1962. Tamil Amutham.

Chennai: Valluvar Pannai.

Irasamaanikam Pillai.1948.Palamoli Naanuru Mulamum Uraium.

Chennai: Thirunelveli Thenninthiya Saivasiththantha Nuurpathippuk Kalakam

Kalyanaanasuntharan .V.1954.Tamil Colai Allathu Kaddurai Thiraddu.

Chennai: Saathu Accukkuddam.

Kamachi Sinivasan.1975.Kural Kurum Samuthyam.

Madurai: Madurai Palkalak Kalagam.

Page 33: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Kamala Kanthasamy. 1996. Nadduburap Palamoli Tokuppu.

Chennai: Narmata Patippakam.

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz.1997.Pengajian Melayu Tiga: Komunikasi Bahasa.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Kamus Dewan (Edisi Ketiga).1986.

Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kandimathiletchumi. 2003.Palamolikalil Molinayam. Dalam.Mutthaiya,Ulakath Tamiliyal Aivu

Valarcchik Karuththarangku Aaivu Malai 1, Tanjavor: Tamil Uyaraivu Maiyam.

Kannadasan .1973. Kannadasanin Arthamulla Hindumatham.

Chennai: Vaanathi Pathippagam

Kandaiya.N.C.2003.Penkalum Sanmugamum Andrum Indrum.

Chennai: Amiltham Pathippagam.

Krishnakumari.Sanga Ilakkiyathil Penkalvi. Dalam. Mutthaiya, Ulakath Tamiliyal Aivu

Valarcchik Karuththarangku Aaivu Malai 1, Tanjavor: Tamil Uyaraivu Maiyam.

Krishnamurthi.1992. Vangkalap Palamolikal.

Chennai: Vaanathi Pathippakam

Kulantaisamy.V.1996.Vaalum Valluvam

Page 34: Institusi Keluarga Dan Kebahagian Keluarga Tamil Dari Perspektif Pepatah Tamil

Chennai: Barathi Pathippakam

Kuppusamy Kanimoli.V.1994.Vanoliyil Valam Vanth Anbu Kaditangkal.

Ipoh:Perak Maanila Ma.E.Ka.Thodarpukkulu.

Lena Tamilvaanan.1990.Sirika Sinthikka Palamoli Kataikal.

Chennai: Manimegalai Pirasuram.

____________________.1995.Valluvar Kanda Illaram.

Chennai: Manimegalai Pirasuram.

Letchumi Narayanan.1994.Ulaga Palamolikal.

Chennai:Ganggai Puthaga Nilayam.

Letchumanan.K.S.1967.Valviyal Palamolikal

Chennai:Selvi Pathippakam

Letchumanan .V. 2002.Patthup Porutthangkal.

Chennai: Grafdec Printers.

Linda L.Lindsey and Stephen Beach.2000.Sociology-Social Life And Social Issues.

Upper Saddle River:Prentice Hall.