teori personaliti adler

77
TEORI MINAT BERMASYARAKAT ADLER PROF MADYA AZMI BIN SHAARI, AMK., AMK PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Upload: mariam-hafizan

Post on 22-Nov-2015

842 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

teori personaliti

TRANSCRIPT

  • TEORI MINAT BERMASYARAKAT ADLER

    PROF MADYA AZMI BIN SHAARI, AMK., AMKPUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN SOSIALKOLEJ SASTERA DAN SAINSUNIVERSITI UTARA MALAYSIA

  • KANDUNGANPengenalan diri dan latarbelakang Albert AdlerPandangan terhadap manusiaKonsep utama teori Personaliti AdlerPerkembangan Personaliti mengikut AdlerKonstruktur PatologiProses terapiKesimpulan

  • PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ALBERT ADLER Psikologi Individu yang dipelopori oleh Alfred Adler (1870-1937) menumpukan analisis psikologi manusia dari aspek secara keseluruhan. Fahaman pendekatan ini merangkumi kepercayaan bahawa seorang individu itu adalah kreatif, dan bersifat bertanggungjawab. Di samping itu seorang individu juga sentiasa berusaha bergerak ke arah suatu matlamat dalam lingkungan hidupnya.

  • ADLER SEMASA ZAMAN REMAJA

  • Alfred Adler dlahirkan pada tanggal 7 Februari 1970 di Vienna (Austria) dan meninggal dunia pada tanggal 28 Mei 1937 di Aberdeen (Skotlandia). Ia adalah seorang Yahudi yang lahir dari keluarga yang termasuk dalam status sosial ekonomi kelas menengah pada saat itu. Merupakan anak ketiga kepada seorang saudagar bijirin. Semasa muda, Adler mengalami masa-masa yang sangat sulit. Ketika beliau berumur 5 tahun, ia terkena penyakit pneumonia (radang paru-paru) yang menurut doktor tidak dapat disembuhkan. Bermula dari situ, beliau bertekad untuk menjadi doktor seterusnya memerangi penyakit tersebut. Akhirnya beliau berjaya meraih gelaran sarjana kedoktoran dari Universiti Of Vienna.

  • Beliau mendapat ijazah dalam bidang kedoktoran daripada universiti Vienna pada tahun 1895. Semasa berada di Universiti beliau telah menyertai satu pertubuhan Sosial pelajar yang menemukannya dengan Raissa Timofeyewna Epstein. Raissa adalah seorang yang bijak dan merupakan seorang aktivis social. Beliau datang dari Rusia untuk belajar di Vienna Mereka berkahwin pada 1897 dan dikurniakan empat orang anak. Dua daripadanya menjadi pakar sakit jiwa.

  • Adler memulakan kerjaya kedoktoran sebagai seorang ahli opthamologist, tetapi kemudiannya beliau memilih untuk menjadi doctor perubatan. (tanpa sebarang pengkhususan.) Berpusat di pejabatnya yang Lower-Class di sebuah daerah di Vienna. (Ryckman.R.M.1996). Pada tahun 1898, beliau menulis buku pertamanya yang memfokuskan kepada pendekatan kemanusiaan dan penyakit dari sudut pandangan peribadi. Pada tahun 1902, ia mendapat tawaran kerjasama dari Freud untuk bergabung dalam kelompok diskusi untuk membahas masalah psikopatologi. Adler akhirnya ikut bergabung dan kemudian menjadi pengikut setia Freud, namun hubungan ini tidak berkekalan kerana bercanggah pendapat dan selanjutnya mengemukakan teorinya sendiri.

  • . Pada tahun 1907, Adler membuat satu penulisan yang berjudul Organ Inferiority yang menjadi punca keretakan hubungan Freud dengan Adler. Walaupun Freud telah melantik Adler sebagai presiden Vienna Psycho Analytic Society dan Co-editor Newsletter, Adler tidak berhenti daripada mengkritik Teori Freud. Pada tahun 1911, Adler telah menarik diri daripada Vienna Psycho Analytic Society. (Ryckman.R.M.,1996)

  • Pada penghujung 1920 an dan awal 1930 an, beliau telah mengarang beberapa buah buku yang diantaranya ialah The Practice and Theory Of Individual Psychology (1927), Understanding Human nature (1927), The Science Of Living (1929/1969), The Education Of Children (1930), What Live should mean to you (1931), dan Sosial Interest: A Challenge To Mankind ( 1933). (Ryckman.R.M.1996). Pada tahun1934, beliau dan keluarganya telah meninggalkan Vienna. Pada 28 Mei 1937, ketika mengajar di Aberdeen Universiti beliau telah meninggal dunia akibat sakit jantung.

  • PANDANGAN TERHADAP MANUSIAPsikologi individu yang dipelopori oleh Alferd Adler ( 1870 1937 ), menumpukan analisis psikologi manusia secara keseluruhan. Pada asalnya Adler ialah salah seorang pengikut Sigmund Frued, tetapi telah bercanggah pendapat dan selanjutnya mengemukakan teorinya sendiri. Berbanding dengan psikoanalisis, Teori Psikologi Individu berpendapat bahawa manusia itu sebenarnya kreatif dan penuh dengan sifat tanggungjawab. Fahaman yang dikemukakan oleh Adler berpendapat bahawa manusia itu sentiasa bergerak kearah keunggulan diri daripada tahap rasa rendah diri. Pergerakan ini juga sentiasa berasaskan matlamat hidup individu.( Othman Mohamed, 2000 ).

  • Psikologi Individu yang dipelopori oleh Adler, tidak menganggap personaliti individu boleh dibahagi-bahagikan seperti pandangan psikoanalisis ( Freud ) dengan id,ego dan super ego.Adler menyatakan individu perlu dianalisis secara holistik ( keseluruhan ). Konsep ini memberi erti bahawa emosi, pemikiran dan tingkah laku tidak dapat dipisahkan. Pandangan seperti ini berpegang kepada ciri serta keadaan tertentu dalam alam dalaman dan luaran seseorang insan. Ini bermakna perlakuan insan terpengaruh dengan gaya hidupnya disamping memberi penumpuan kepada minat sosial yang memang wujud dalam diri seseorang individu. Minat sosial ini tidak mementingkan diri, bahkan individu itu sentiasa bergerak untuk mendapatkan perasaan kekitaan masyarakatnya. Psikologi Individu juga penuh dengan kepercayaan bahawa seseorang insan memang boleh dan berupaya membuat pilihan dengan sendiri. ( Othman Mohamad, 2000 ).

  • Menurut Adler, manusia adalah makhluk sosial yang didorong oleh keinginan untuk bergaul dan bermesra dengan ahli-ahli masyarakat yang , bukan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan-keperluan atau dorongan-dorongan seks seperti yang ditekankan oleh Freud. Didalam ia berusaha untuk bergaul dan bermesra dengan ahl-ahli masyarakat yang lain itulah ia akan memperolehi satu gaya hidup yang tersendiri dab unik(Amir Awang,1987 ).

  • Adler juga berpendapat bahawa alam sedar atau kesedaran dan bukan alam tidak sedar yang menjadi pusat personaliti. Lantaran itu manusia mempunyai keupayaan untuk mengawal dan mengarah dirinya, menurut apa yang dihasratkannya. Ia bukanlah mangsa kepada nasibnya, dan ia akan tahu akan sebab mengapa ia bertindak dengan cara-cara tertentu. ( Amir Awang, 1987 ).

  • Sebagai seorang ahli teori yang melihat personaliti sebagai sesuatu yang menyeluruh dan seseutu yang berkembang, maka penekanannya adalah aspek-aspek dalaman yang terdapat didalam diri individu itu seperti nilainya,kepercayaannya, sikapnya matlamatnya,minatnya,persepsi subjektifnya tentang sesuatu realiti dan usahanya untuk mendidik semula individu dan membentuk semula masyarakat dan tidak untuk mengubati seseorang itu. ( Amir Awang, 1987 ).

  • KONSEP-KONSEP UTAMA TEORI PERSONALITI ADLER

  • Mengikut Adler, psikologi individual adalah sains yang cuba memahami pengalaman dan tingkahlaku manusia sebagai satu entiti yang tersusun. Beliau percaya bahawa semua tindakan manusia adalah ditentukan oleh sikap asas seseorang terhadap hidupnya.(Ryckman, 1996 ).Terdapat beberapa konsep utama yang mendasari teori personaliti Adler. Antaranya adalah :

  • Berusaha Ke Arah Superioriti Dan Kesempurnaan :

    Adler percaya bahawa manusia sentiasa berusaha untuk mencapai superioriti atau kesempurnaan kendiri dalam hidup mereka. Justeru, untuk memahami personaliti manusia, kita perlu memahami matlamat hidup mereka. Mencapai superioriti atau kesempurnaan tidak bermaksud mencapai status tertinggi dalam masyarakat seperti pemimpin dan sebagainya, tetapi menurut Adler, manusia akan berusaha untuk mencapai nirwana mereka yang tersendiri iaitu menjadikan seseorang itu lengkap atau sempurna.

  • Dalam hal ini individu yang neurosis juga berusaha mencapai superioriti mereka dengan membuat usaha yang memusnahkan seperti mengeksploitasi orang lain, memusnahkan seseorang dan sebagainya. Sementara, usaha ke arah superoriti bagi individu yang sihat adalah pergerakan ke arah kesempurnaan atau kelengkapan. Bagi Adler, setiap orang akan berusaha untuk memenuhi perkembangan masing-masing dan menjadikan diri mereka sebagai individu yang sempurna dan unik. (Ryckman, 1996).

  • Fictional Finalism :Bagi Adler, manusia digerakkan untuk bertindak lebih oleh jangkaan atau harapan masa hadapan berbanding peristiwa atau pengalaman masa lampau. Fiksyen merujuk kepada jangkaan atau idea yang diada-adakan yang wujud secara subjektif dan bukan dalam bentuk realiti (Amir Awang, 1987). Perkataan finalism membawa maksud matlamat akhir atau kedudukan yang akhir. Contohnya, Jika seseorang individu percaya kepada Tuhan dan hari akhirat serta balasan Syurga atau Neraka, maka mereka akan berusaha mencapai jangkaan akhir tersebut walaupun perkara tersebut adalah tidak wujud dalam alam realiti.

  • Penekanan Terhadap Minat Bermasyarakat (Gemeinsschaftsgefuthl):Ini merujuk kepada kecenderungan individu untuk bekerjasama dan bekerja dengan orang lain untuk kebaikan bersama. Sejauhmana kita berjaya berkongsi dengan orang lain dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain adalah ukuran kepada kesihatan mental seseorang. Sekiranya minat terhadap bermasyarakat berkembang, perasaan rendah diri dan penyisihan diri akan berkurangan. (Corey :1991)

  • Adler percaya bahawa kebahagiaan dan kejayaan individu adalah berkaitan dengan masyarakat. Manusia memerlukan tempat dalam keluarga dan masyarakat, kerana manusia perlu berasa selamat, diterima atau dihargai. Kebanyakan masalah yang kita hadapi adalah sering berkaitan dengan ketakutan tidak diterima oleh masyarakat atau kumpulan.

  • Perasaan Rendah Diri Dan Pampasan Semua manusia mengalami perasaan rendah diri sama ada yang wujud akibat daripada masalah psikologi atau sosial atau kekurangan akibat kecacatan fizikal dan sebagainya. Kekurangan ini akan menyebabkan manusia akan berusaha mencapai rasa superioriti dan kesempurnaan. Manusia akan cuba memampas kekurangan tersebut dengan berusaha menonjolkan diri dalam aspek yang lain sehingga mereka berasa selesa dan seimbang, di mana perasaan inferior tadi tidak lagi dirasai.

  • Menurut Adler, proses ini akan sentiasa berulang-ulang dan berterusan, kerana melalui proses perkembangan, perasaan inferior baru akan menjelma dan individu akan berusaha semula untuk mengatasi masalah ini. Dalam hal ini bagi Adler, rasa rendah diri atau inferior ini adalah suatu aspek yang membawa kepada perkembangan individu. (Amir Awang, 1987)

  • Gaya Hidup :Bagi Adler, tiada individu yang memepunyai gaya hidup yang sama. Ini kerana gaya hidup seseorang adalah berasaskan kepada perasaan rendah diri seseorang dan cara mereka mengatasi kelemahan tersebut. Gaya hidup adalah kesan daripada penilaian individu terhadap diri mereka sendiri. Seawal usia empat atau lima tahun, gaya hidup seseorang sudah terbentuk dan pengalaman selepas itu diintergrasikan ke dalamnya membentuk personaliti semasa dewasa. (George & Cristiani, 1990).

  • Kanak-kanak yang terabai akan berasa bermasalah dengan hidup menyebabkan mereka tidak mempercayai orang lain atau memusuhi orang lain. Justeru, gaya hidup mereka mungkin cenderung untuk membalas dendam, sakit hati dengan kejayaan orang lain atau mengambil apa sahaja yang dirasakan patut diambil oleh mereka. (Schultz & Schultz, 1997)

  • Kendiri Kreatif :Menurut Adler, kendiri kreatif menekankan bahawa setiap orang mempunyai potensi untuk berinteraksi secara kreatif dengan dunianya. Kreatif kendiri adalah sesuatu yang terdapat di antara rangsangan yang bertindak ke atas individu dan gerak balas individu terhadap rangsangan tersebut sepertimana yang boleh ditunjukkan dalam rajah di bawah : (Amir Awang, 1987)

  • Adler percaya bahawa gaya hidup seseorang adalah ditentukan oleh individu itu sendiri. Manusia tidak dibentuk oleh pengalaman semasa kanak-kanak semata-mata. Pengalaman semasa kecil tidaklah sepenting sikap yang kita sedari terhadap pengalaman tersebut. Adler turut mempersoalkan bahawa bukan keturunan atau persekitaran yang menjadi alasan utama dalam pembentukan personaliti seseorang tetapi cara seseorang menginterpretasi pengaruh-pengaruh ini yang menjadi asas dalam membina kreativiti kita terhadap hidup. (Schultz & Schultz, 1997) Bagi Adler, gaya hidup individu bukan telah ditentukan tetapi kita bebas memilih dan mencipta cara hidup kita sendiri.

  • Konsep Teleologikal :Adler melihat semua tingkahlaku manusia dalam bentuk pergerakan dan bukan statik. Pergerakan ini adalah teleologikal semulajadi sejak manusia mempunyai tujuan dan bergerak menuju kepada matlamat. Menurut Adler ( Ansbacher & Ansbacher, 1964 dalam Nystul, 1999) manusia boleh bergerak sama ada ke arah berguna atau tidak berguna dalam hidup. Manusia dikatakan akan berkelakuan kearah membaiki kedudukan mereka sama ada baik atau buruk mengikut logikal mereka. Contohnya, kanak-kanak yang salah laku akan berfikiran secara logiknya, Saya akan menjadi seseorang jika saya bergaduh dengan orang lain.

  • Tingkahlaku Boleh Difahami Daripada Perpektif Interpersonal :Adler percaya bahawa manusia tidak berkelakuan atau bertindak jika berada keseorangan, tetapi manusia akan bertindak apabila berhubung dengan orang lain. Alasan ini sebenarnya boleh digunakan untuk mengenalpsti matlamat salah laku di kalangan individu. Contohnya, kanak-kanak yang meragam mungkin menunjukkan bahawa meraka memerlukan perhatian, rasa terluka boleh menunjukkan matlamat dendam, dan rasa tidak berguna boleh menunjukkan kepada matlamat tanda-tanda kekurangan. (Dinkmeyer & McKay, 1989,Dreikurs & Soltz, 1964 dalam Nystul, 1999)

  • Psychology of Use :Adler menekankan bahawa semua tingkahlaku yang ditunjukkan ataupun tidak biasanya berada di bawah sedar manusia. Emosi biasanya membantu manusia mencapai matlamatnya. Konsep ini juga boleh digunakan untuk memahami simptom-simptom yang berkaitan dengan psikopatalogi. Contohnya, seorang pekerja yang tidak sukakan kerjanya mengalami kekejangan tangan sehingga tidak boleh bergerak (conversion disorder). Secara tidak sedar, kebenciannya terhadap kerjanya menyebabkan tangannya tidak berfungsi walaupun perubatan menunjukkan tangannya normal. Tangan pekerja tersebut pulih seperti sediakala apabila matlamatnya untuk mendapat kerjaya yang diminatinya berjaya. (Nystul, 1999)

  • Psikologi Fenomenologikal : Perspektif fenomenologikal membawa kepada memahami klien daripada rujukan kerangka dalaman klien. Menurut Adler, klien biasanya bias kepada pengalaman lampaunya. Beliau merujuk fenomena ini sebagai apperception. Perspektif fenomenologikal ini adalah sangat perlu untuk memahami interpretasi klien terhadap pengalamannya. (Nystul, 1999)

  • Psikologi Holistik :Psikologi individu Adler bermaksud individu adalah satu keseluruhan, bukannya terbahagi atau berpecah-pecah. Oleh itu, psikologi holistik adalah untuk memahami keseluruhan gaya hidup seseorang sebagai satu kesepaduan. Pengamal Adlerian berminat untuk mengkaji manusia membentuk dirinya sebagai keseluruhan manusia dengan merangkumi kepercayaan, persepsi dan matlamat mereka sebagaimana konsep kesihatan holistik yang merangkumi pemikiran dan tubuh badan sebagai satu sistem yang berhubungan bukan entiti yang terpisah. (Nystul, 1999)

  • PERKEMBANGAN PERSONALITI MENGIKUT ADLER

  • Pengaruh Ibu Bapa Semasa Kanak-kanakAdler percaya bahawa kedua-dua ibu bapa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan gaya hidup anak-anak mereka. Ibu bapa bertanggungjawab untuk memberi kesedaran terhadap anak-anak tentang konsep kerja, persahabatan atau kasih sayang. Tiga perkara ini dianggap asas oleh Adler dalam hidup. Baginya, individu yang sihat ialah mereka yang berjaya mengendalikan tiga perkara tersebut. (Ryckman, 1996)

  • Kedudukan Dalam Keluarga Dan Adik Beradik :Adler sangat menekankan corak keluarga dalam pembentukan personaliti seseorang seperti kedudukan dalam adik beradik, saiz keluarga dan hubungan dalam keluarga. Adler percaya kedudukan seseorang dalam keluarga adalah unik dan memberi kesan yang penting dalam perkembangan gaya hidup seseorang. (Ryckman, 1996).

  • Anak sulung atau pertama Anak sulung dikatakan lebih cenderung untuk menjadi pemimpin, menguasai dan peramah. Ini kerana mereka biasa mengarah adik-adik melakukan sesuatu. Mereka juga dikatakan lebih konservatif kerana mereka lebih banyak berhubung dengan orang dewasa dan lebih banyak terpengaruh dengan nilai orang dewasa.

  • Anak tengah Anak tengah dikatakan lebih bercita-cita tinggi, kerana mereka cuba menandingi anak yang sulung. Mereka juga lebih cenderung untuk bersaing kerana mereka berasa mereka tidak begitu disayangi dan kurang mendapat perhatian seperti anak sulung atau bongsu. Mereka juga lebih cenderung menjadi pemerhati atau mediator terhadap apa-apa masalah yang berlaku dalam hubungan adik-beradik.

  • Anak bongsu Ibu bapa biasanya akan lebih memberikan perhatian dan memanjakan anak bongsu. Mereka membesar dengan perasaan sentiasa diambil berat dan dilindungi. Apabila dewasa, mereka cenderung untuk meneruskan sifat bergantung dan sukar menyesuaikan diri. Namun terdapat juga anak bongsu yang dipengaruhi oleh kemahuan untuk mengatasi adik beradik yang lain dan mereka biasanya boleh muncul sebagai individu yang sangat berjaya dalam hidup. (Schultz & Schultz, 1997)

  • Anak tunggal Anak tunggal biasanya menjadi fokus dan perhatian dalam keluarga. Mereka lebih banyak bergaul dengan orang dewasa dan biasanya lebih cepat matang berbading rakan sebaya yang lain. Apabila ke sekolah, mereka akan kecewa apabila mereka tidak mendapat perhatian dan mereka cenderung untuk tidak berkongsi atau bersaing dengan orang lain.

  • Perbezaan GenderPada pandangan Adler, gender juga memainkan peranan dalam perkembangan personaliti seseorang. Sekiranya anak lelaki dibesarkan dalam adik beradik perempuan, mereka akan menghadapi kesukaran. Mereka akan berasa sangat berbeza dan terasing serta mungkin berkembang menjadi sangat maskulin atau menjadi lebih feminin. Begitu juga apabila seseorang kanak-kanak perempuan dibesarkan dalam adik beradik lelaki, mereka mungkin berkembang menjadi kelelakian (maskulin) atau menjadi sangat feminin. (Ryckman, 1996)

  • Perkembangan Gaya Hidup Yang MerosakkanMenurut Adler, tiga faktor utma yang boleh membawa matlamat hidup yang merosakkan seseorang individu ialah :a. Inferioriti anggota badanb. Terabai atau disisihkanc. DimanjakanIndividu yang neurotik dikatakan cuba menyembunyikan kelemahan mereka dengan meletakkan matlamat yang kadangkala tidak boleh direalisasikan bagi menunjukkan superioriti mereka terhadap orang lain. Mereka sentiasa dalam keadaan tegang dan takut dan menggunakan pelbagai strategi bagi mempertahankan diri mereka. (Ryckman, 1996)

  • Perkembangan Gaya Hidup Yang MembinaMenurut Adler, individu yang sihat dan mempunyai gaya hidup yang membina adalah anak-anak yang dilayan dengan rasa hormat dan diambil berat. Adler percaya individu yang dibesarkan dalam suasana di atas akan belajar tentang kepentingan persamaan dan kerjasama antara manusia dan membina matlamat berdasarkan kepentingan sosial.

  • Jenis Gaya Hidup Utama Mengikut Adler

  • Jenis Memerintah (The Ruling Type)Individu jenis ini kurang mempunyai minat sosial dan bersemangat. Apabila terancam mereka cuba mengurangkan perasaan bimbang dengan bertingkahlaku secara anti sosial. Mereka biasanya berusaha untuk mencapai superioriti peribadi secara ekstrim dan mungkin mengeksploitasi atau mengancam orang lain. Mereka perlu mengawal orang lain untuk berasa berkuasa dan penting. Pesalah juvana, individu yang membunuh diri, penagih dadah adalah contoh utama jenis ini. (Ryckman, 1996)

  • Jenis Mendapat (The Getting Type)Individu jenis ini biasanya pasif dan kurang berusaha bagi menyelesaikan masalah mereka. Mereka selalunya bergantung kepada orang lain untuk menjaga mereka. Kanak-kanak yang mendapat apa sahaja yang diminta seringkali tidak menyedari kemampuan diri sama ada untuk diri sendiri atau kepada orang lain serta kurang yakin. (Mosak, 1977 dalam Ryckman, 1996, hlm. 134)

  • Jenis Mengelak (The Avoiding Type)Individu jenis ini kurang yakin dalam menyelesaikan masalah. Mereka lebih suka melarikan diri daripada masalah dan mengelakkan diri daripada menghadapinya. Individu jenis ini biasanya pemendam, berkhayal dan mencipta fantasi tentang kehebatan mereka. (Adler, 1930 dalam Ryckman, 1996, hlm. 134)

  • Jenis Berguna Kepada Masyarakat (The Socially Useful Type)Individu jenis membesar dalam keluarga yang ahli saling membantu dan menyokong antara satu sama lain, saling menghormati dan bertimbangrasa. Mereka mampu menghadapi masalah mereka bagi dan mampu menyelesaikannya. Mereka dianggap sebagai sihat secara psikologikal. Mereka lebih yakin dalam menghadapi hidup, bekerjasama, menyumbang kepada kebajikan bersama dan membina komuniti yang lebih baik. Mereka juga dikatakan tidak pentingkan dan kurang agresif. (Ryckman, 1996)

  • KONSTRUK PATALOGI

  • Dalam pendekatan psikology Adler, klien tidak dianggap sebagai mempunyai masalah atau sakit mental. Sebaliknya, klien dianggap sebagai seorang yang kurang galakan dan maklumat tentang cara mendapat kesejahteraan. Dalam pergerakan daripada perasaan rendah kepada keunggulan, manusia mungkin akan berhadapan dengan kekurangan maklumat dan galakan yang menyebabkan mereka mendapat kefahaman yang salah dan bergerak secara tidak terarah daripada yang sepatutnya dituju. Justeru, klien amat memerlukan segala unsur galakan bagi menentukan agar persepsi yang silap terhadap pandangan gaya hidupnya dapat diubah supaya membawa kebaikan kepada dirinya dan masyarakat (Othman Mohamad, 2000).

  • Terdapat empat jenis kefahaman yang salah iaitu:Kehendak mendapatkan perhatianKehendak mendapatkan kuasaKehendak menjelmakan dendamPerasaan serba kekurangan.(Othman Mohamad, 2000)

  • Kehendak Mendapatkan PerhatianKehendak mendapat perhatian boleh diandaikan sebagai ciri semulajadi manusia. Kehendak ini juga boleh dipelajari hasil daripada cerapan individu daripada amalan yang lain. (Othman Mohamad,2000) Kehendak mendapatkan perhatian kadang kala boleh mendatangkan perlakuan yang tidak sesuai dan mungkin tidak boleh diterima oleh ahli masyarakat atau kumpulan. Contohnya pelajar yang mengganggu kelas kerana memerlukan perhatian daripada gurunya. Matlamatnya mungkin tercapai tetapi cara yang dibuatnya adalah silap.

  • Kehendak Mendapatkan Kuasa.Mendapatkan kuasa adalah satu kehendak suradiri individu. Walaupun kuasa boleh memberikan pelbagai faedah, namun jika tidak dikawal, kuasa boleh mendatangkan kerosakan kepada pemiliknya. Nikmat daripada penggunaan kuasa yang betul dianggap mencapai matlamat klien tetapi nikmat yang mendatangkan kepuasan sendiri tanpa mementingkan orang lain adalah matlamat yang silap dalam psikologi Adler. (Othman Mohamad, 2000)

  • Kehendak Penjelmaan DendamDalam usaha untuk mencapai matlamat, individu mungkin terjerumus dalam masa penjelmaan dendam secara tidak disedari. Matlamat yang menggalakkan penjelmaan dendam adalah satu kehendak matlamat yang salah tujuannya. Ada kemungkinan klien akan membuat pengalihan perasaan yang terpendam kepada orang lain dan kadang kadang boleh mendatangkan perlakuan yang ganas dalam diri individu. Contohnya, anak yang ditegur atau dimarahi oleh ibubapa seringkali melepaskan dendamnya terhadap adik-adiknya. Penjelmaan dendam akan mendatangkan kekusutan dan pemikiran dengan galakan emosi yang tidak sihat. (Othman Mohamad, 2000).

  • Perasaan Serba KekuranganIndividu yang gagal menunjukkan dorongan ke arah kemajuan diri boleh mempamerkan pelbagai matlamat yang silap seperti rasa serba kekurangan. Matlamat rasa serba kekurangan boleh menimbulkan perlakuan yang memasukkan dirinya dan mendatangkan keresahan kepada orang sekelilingnya. Individu ini mungkin berputus asa akibat tidak diberi penghargaan dan menyebabkan lahir perasaan pendaman seolah-olah diasingkan daripada khalayak ramai. Mreka biasanya sering menampilkan pelbagai ciri matlamat seperti menggunakan kuasa, mendapatkan perhatian dan melahirkan ciri penjelmaan dendam. (Othman Mohamad, 2000)

  • PROSES TERAPI

  • (Dreikurs, 1967 dalam Corey. G, 1991)Kaunseling Adlerian berdasarkan kepada pemaufakatan yang tersusun dan kolaborasi antara kaunselor dan klien. Secara umumnya persetujuan ini bertujuan untuk mengenal pasti matlamat yang tersilap dan andaian yang silap diikuti dengan mengajar semula klien kearah matlamat yang membina. Matalamat asas adalah untuk membina minat sosial klien yang dapat dicapai dengan meningkatkan kesedaran kendiri klien dan mencabar serta mengubahsuai premis-premis asas , matlamat hidup dan konsep asas.

  • (Othman Mohamad, 2005) Proses yang menggerakkan terapi memberi perhatian kepada aspek yang berikut: 1) perhubungan-mewujudkan perhubungan yang mesra antara kaunselor dengan klien; 2) analisis-mengenal pasti sejauh mana klien dipengaruhi oleh gaya hidup serta madamat hidupnya; 3) wawasan-mentafsir perkara yang diluahkan bagi mewujudkan wawasan; dan 4) orientasi-mengalihkan kefahaman yang tercapai kepada tindakan yang bernas untuk klien

  • TEKNIK

  • Perhubungan(Amir Awang, 1987) Kaunselor mewujudkan perhubungan melalui empati dengan klien iaitu kaunselor menitikberatkan aspek hormat-menghormati dan saling percaya pada peringkat awal proses kaunseling, dengan menyamakan taraf kaunselor dengan klien supaya apa saja matlamat yang ditujui, difikirkan bersama. Kaunselor menekankan kelebihan-kelebihan dan kekuatan-kekuatan yang ada pada kliennya, dan memberi keyakinan bahawa ia mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk mengatasi masalahnya itu.

  • Analisis Gaya HidupTeknik memahami gaya hidup klien adalah penting dalam teknik rawatan. Kaunselor biasanya akan mengambil perhatian tentang perasaan, motif serta matlamat yang dikemukakan oleh klien. Perkara ini diterokai dengan mendalam bertujuan untuk mendapatkan suatu penilaian kefahaman tentang kehendak klien. (Othman Mohamed, 2005)

  • Konstelasi Keluarga Sebagai satu matlamat untuk memahami klien serta gaya hidupnya, kaunselor juga mementingkan analisis gabungan dalam keluarga klien. Kedudukan kelahiran antara adikberadik juga digunakan sebagai analisis dan penilaian umuk memahami gaya hidup yang sedang dialami oleh klien. Aspek kedudukan psikologikal ditumpukan apabila analisis kedudukan kelahiran diguna sebagai pentafsiran. Soalan yang ditanya siapakah antara adikberadik yang disayangi oleh ibu bapa? Apakah hubungan yang dapat diperhatikan antara bapa dengan ibu; bapa dengan anak-anak; ibu dengan anak-anak? Siapa di antara adikberadik yang menyerupai klien? Menyerupai bapa atau ibu? Perkara ini peming bagi kaunselor, bertujuan untuk menyelami persepsi dan pengalaman yang mempengaruhi pertumbuhan hidup klien. (Othman Mohamad, 2005)

  • Ingatan Awal Adlerian menghargai ingatan awal sebagai petunjuk yang penting untuk memahami gaya hidup individu. Daripada ingatan-ingatan awal, kaunselor dapat menyelami matlamat klien serta perkara-perkara dan nilai yang merangsangkan klien(Adler, 1958 dalam Corey.G, 1991 hlmn 149)

  • Menggalakkan Wawasan Psikologikal Cara ini menumpukan keupayaan kaunseloruntuk berusaha menggalakkan wawasan klien tentang tingkah laku yang baru selepas memahami gaya hidup klien, Dengan menggunakan teknik yang konfrontif, klien akan dicabar umuk menyelami dan sedar matlamat hidupnya yang merosakkan dirinya. Teknik mencabar, konfron digunakan sealiran dengan teknik galakan. Biasanya pentafsiran-pentafsiran yang bernas perlu untuk mencetuskan wawasan psikologi baru diri klien. Pentafsiran yang digunakan sesuai dengan kefahaman kaunselor tentang gaya klien.

  • Orientasi Kefahaman Pada peringkat ini penting bagi kaunselor membantu klien mewajarkan segala wawasan psikologikal yang telah tercapai itu menjadi satu tindakan yang sebenar. Psikologi Individu menggalakkan klien agar berani membuat tindakan dan juga berani mengambil risiko ke atas tindakan mengubah dirinya. Dalam interaksi kaunseling yang dijalankan, segala perbincangan antara kaunselor-klien akan fokus kepada satu matlamat supaya klien dapat melihat dirinya dan mengambil inisiatif agar tidak mengulangi perlakuan lama yang merosakkan gaya hidup dan minat sosial yang lebih sempurna. Klien digalakkan supaya dapat meletakkan dirinya dengan satu harapan yang baru. Klien juga disemaikan dengan satu iltizam untuk menukar wawasan tersebut menjadi satu tindakan yang sebenar dalam hidupnya. Beberapa teknik diajukan bagi menyerlahkan harapan ini.

  • Kesegeraan Teknik ini melibatkan kaunselor dan klien berusan dengan dengan apa yang berlaku pada masa sekarang ia itu pada masa proses kaunseling berjalan. Ia dapat membantu klien melihat bahawa apa yang berlaku dalam proses kaunseling menjadi contoh kepada kehidupan sebenar (Corey.G,1991).

  • Teknik Memberi Galakan Memberi galakan adalah perkara yang paling menonjol dalam prosedur Adlerian. Oleh itu adalah penting bahawa penilaian dan interpretasi menyeluruh yang dibuat merangkumi kuaiti-kualiti klien yang positif, bukan hanya membuat kesimpulan tentang kekurangan dan kesilapan klien sahaja. (Corey. G, 1991

  • Teknik Bertindak "seolah-olah" Teknik ini menyempai cara main peranan. Kaunselor akan memberi galakan kepada klien supaya dapat melahirkan kehendak untuk belajar melakukan suatu tindakan dengan yakin. Contohnya, klien yang merasa kurang yakin untuk mengadap ketua jabatannya kerana menggangap ketua jabatan tersebut begitu garang dan tegas dalam interaksinya.Dalam hal ini, kaunselor akan meminta klien memainkan peranan seolah-olah klien iru seorang pekerja yang tegas dan mempunyai fakta yang bernas dalam perbincangannya dengan kerua jabatan tersebut. Klien digalakkan agar mempunyai keyakinan diri yang ia mempunyai kelebihan yang disukai oleh ketua jabatan tersebut seperti tekun dan sifat kejituan melaksanakan rugas. Apa yang berlaku kaunselor telah mengajukan satu cabaran kepada klien mengambil risiko dalam usaha mengubah perlakuannya. Latihan ini dilakukan berulang sehingga klien senang melaksanakan peranannya yang baru.

  • Teknik menekan butangTeknik ini memerlukan klien menggambarkan pengalaman pahit dan manis secara berganti-ganti dan memberi tumpuan terhadap perasaan yang mengiringi gambaran-gambaran itu. Tujuan teknik ini adalah untuk mengajar klien bahawa mereka boleh mencipta apa sahaja perasaan yang mereka ingini dengan membuat keputusan dalam minda mereka (Mozak,1989 dalam Corey G. 1991 hlmn 157).

  • Teknik Pencemaran dan Pecah Tembelang Teknik ini mendekati cara kiasan bagi melahirkan rasa tercemar serta pecah tembelang tentang perlakuan klien. Sebagai contoh, seorang suri rumah tangga sentiasa menyatakan kepada anak-anak dan suaminya dengan membuat kerja rumah memasak dan sebagainya, keluarga itu dapat mengecapi kebahagian dan keindahan kekeluargaan. Dalam proses kaunseling, kemungkinan kaunselor akan melakukan konfrontasi klien bahawa ia sebenarnya mahu disanjungi oleh anak-anak dan suami. Dalam keadaan demikian, klien tidak dapat membuat helah kerana itulah yang sememangnya diinginkan. Bagi kaunselor, klien boleh meneruskan interaksi dengan keluarganya seperti biasa. Namun kehendak yang tersirat dalam diri klien sekarang sudah diketahui oleh kaunselor. Biasanya teknik ini diguna bagi mewajarkan keadaan kebuntuan dalam proses kaunseling, apabila klien liat untuk meluahkan perkara yang tersirat dalam hatinya.

  • Penentuan Tugas Kaunseling melibatkan perubahan perlakuan. Kaunselor dalam interaksi Psikologi Individu akan memastikan kliennya dapat menepati tugas menyediakan aliran aktiviti yang memudahkan perubahan perlakuan yang diidamkan. Kaunselor dengan cara memberi galakan yang tegas akan memastikan klien mempunyai satu usaha yang penuh dorongan iltizam. Keiltizaman ini penting bagi menggerakkan klien merekakan satu perancangan yang realistik untuk melaksanakan tugas yang spesifik bertujuan mengubah perlakuannya. Biasanya perancangan yang diolah dibincang bersama antara kaunselor dengan klien. Matlamat tentang tugas dipersetujui bersama dan selanjutnya klien boleh menggerakkan dirinya kearah perubahan yang dikehendaki (Otman Mohamad, 2005).

  • KesimpulanAdler adalah seorang yang mendahului zamannya. Pemahamannya tentang psikologi menekankan kepada kepentingan kejadian, menyeluruh minat sosial. Konsep ini banyak digunakan dalam teori kaunseling kontemporari. Psikologi Adler lebih dikenali sebagai konsep untuk memahami perbezaan individu seperti gaya hidup, dinamika keluarga, urutan kelahiran dan pertentangan dikalangan adik beradik.

  • Bibliografi1. Amir Awang. (1987). Teori Dan Amalan Psikoterapi. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.2. Corey, Gerald.(1991). Theory And Practice of Counseling Psychotherapy. (4th Edition) USA: Brooks/ Cole Publishing. Company.3. George, R.L & Cristiani, Therese S. (1990). Counseling: Theory And Practice. (3rd Edition). USA: Allyn and Bacon.4. Hackney,H. & Cormier, S. ( 2005 ). The Profesional Counselor. A Process Guide To Helping. ( 5th Edition ).USA : Peason Education.Inc.5. Hough, Margaret. (1994). A Practical Approach to Counselling. London: Pitman Publishing.6. James, R,K. & Gilliland B,E. ( 2003 ). Theories And Strategies In Counseling Psychotherapy. ( 5 th Edition ). USA : Peason Education. Inc.7. Nystul, Michael. S. (1999). Introduction To Counseling: An Art and Science Perspective. USA: Allyn and Bacon.8. Othman Mohamad. (2000). Prinsip Psikoterapi Dan Pengurusan Dalam Kaunseling. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.9. Ryckman, Richard M.(1996). Theories Of Personality. USA: Thomson Brooks / Cole.10. Schultz, Duane & Schultz, Sydney Ellen. (1997). Theories Of Personality. ( 6th Edition). Pacific Grove: Brooks/ Cole Publishing Company. 11. Stewart, William. (1992 ). An A-Z of Counselling Theory And Practice. London: Chapman & Hall.