teori personaliti murid pemulihan sk air putih

38
KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________ 1. KONSEP DAN CIRI-CIRI PERSONALITI 1.1 Konsep Personaliti Personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Perkataan personaliti adalah diterjemah daripada perkataan Bahasa Inggeris yang berasal pula daripada perkataan Latin, iaitu persona. Perkataan persona bermaksud topeng muka, yang dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk mewakili sesuatu perwatakan orang di pentas. Pelakon-pelakon tersebut memakai topeng yang bersesuaian dengan watak yang akan dibawa oleh mereka dalam lakonan tersebut. Identiti mereka yang asal seperti sudah disembunyikan menggunakan topeng tersebut bagi menjayakan lakonan yang diarahkan. Terdapat pelbagai definisi yang dikemukakan oleh ahli- ahli psikologi personaliti. Setiap definisi mempunyai perbezaan yang tersendiri. Mishel (1968) umpamanya memberikan maksud personaliti sebagai suatu susunan pola- pola tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan. Pola-pola tersebut dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Allport (1961) pula menyatakan personaliti adalah suatu sistem psiko fizikal yang dinamik. Sistem psiko fizikal ______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08 1

Upload: deeya76

Post on 06-Jun-2015

4.421 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertas kerja ini adalah satu kajian yang dilakukan keatas murid-murid pemulihan tentang personaliti dan pendekatan pengajaran yang berkesan mengikut tahap murid tersebut.

TRANSCRIPT

Page 1: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

1. KONSEP DAN CIRI-CIRI PERSONALITI

1.1 Konsep Personaliti

Personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Perkataan

personaliti adalah diterjemah daripada perkataan Bahasa Inggeris yang berasal

pula daripada perkataan Latin, iaitu persona. Perkataan persona bermaksud

topeng muka, yang dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk

mewakili sesuatu perwatakan orang di pentas. Pelakon-pelakon tersebut

memakai topeng yang bersesuaian dengan watak yang akan dibawa oleh

mereka dalam lakonan tersebut. Identiti mereka yang asal seperti sudah

disembunyikan menggunakan topeng tersebut bagi menjayakan lakonan yang

diarahkan.

Terdapat pelbagai definisi yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi

personaliti. Setiap definisi mempunyai perbezaan yang tersendiri. Mishel (1968)

umpamanya memberikan maksud personaliti sebagai suatu susunan pola-pola

tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan. Pola-pola

tersebut dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Allport (1961) pula menyatakan personaliti adalah suatu sistem psiko

fizikal yang dinamik. Sistem psiko fizikal yang dinamik ini akan memberi garis

panduan kepada seseorang individu bagi menentukan ciri-ciri tingkah laku yang

bersesuaian dengan persekitaran kemanusiaan dan fizikal. Personaliti yang

dinamik ini akan memberi ruang kepada perubahan yang positif yang bergantung

rapat dengan keadaan fizikal seseorang.

Menurut Watson (1919) yang melihat personaliti daripada sudut teori

tingkah laku atau behaviourisme menyatakan personaliti seseorang adalah hasil

daripada apa yang sudah dimulakan dan juga segala apa yang dialami dalam

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

1

Page 2: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

hidup kita. Personaliti adalah sekumpulan tindak balas yang bertindak sebagai

keseluruhan tindak balas.

Berdasarkan tiga definisi yang dikemukakan oleh ketiga-tiga ahli psikologi

personaliti di atas, dapatlah disimpulkan personaliti seseorang adalah unik

berbanding personaliti individu lain walaupun berada dalam lingkungan

persekitaran yang sama. Pada umumnya, ciri-ciri personaliti individu tetap dalam

suatu jangka masa tertentu. Perwatakan tersebut dapat dikesan dan

diperhatikan dengan jelas pada situasi yang tertentu.

Takrifan lain pula menyatakan personaliti sebagai satu siri kombinasi

atribut, motif, nilai dan tingkah laku yang unik kepada setiap orang individu. Ia

merujuk kepada organisasi, watak, perangai, intelek, bentuk badan yang stabil,

yang menentukan penyesuaian unik individu terhadap persekitarannya.

Personaliti terdiri daripada dua aspek yang utama iaitu watak dan tret:

a. Watak adalah sebahagian daripada personaliti dan ia merangkumi

sifat-sifat seperti kejujuran, amanah, kebersihan, toleransi, dan belas

kasihan.

b. Tret pula merujuk kepada ciri-ciri personaliti yang agak kekal seperti

personaliti introvert dan personaliti ekstrovert.

Personaliti seseorang terdiri daripada sifat-sifat seperti cara berfikir,

persepsi, nilai, sikap, fobia, keupayaan, kecerdasan dan motivasi. Setiap

individu mempunyai personaliti tersendiri. Personaliti melambangkan ciri-ciri

keperibadian individu. Personaliti seseorang dipengaruhi oleh faktor-faktor

seperti saiz badan, faktor genetik, kecerdasan, temperamen serta penyakit yang

dihadapi oleh seseorang.

Dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau

secara umumnya akhlak. Akhlak juga boleh diertikan sebagai budi pekerti.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

2

Page 3: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

1.2 Klasifikasi Personaliti (Menurut Carl Jung 1875-1961)

Personaliti manusia boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu:

(a) introvert

(b) extrovert

(c) ambivert

i. introvert :

Seorang yang dikatakan introvert ialah orang yang sentiasa menyimpan

perasaan dan emosinya dalam situasi nyata. Di dalam interaksi sosial, orang ini

tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar pertuturan

orang lain sahaja. Umumnya, orang introvert ini mempunyai sikap yang serius,

sifat pendiam dan pemalu, tidak mempunyai cita-cita tinggi, jarang mengambil

inisiatif tetapi suka kepada sistem kehidupan yang teratur.

ii. ekstrovert :

Sebaliknya, seorang yang dikatakan ekstrovert lebih suka dengan dunia luar

daripada dunia dalam. Orang ekstrovert ini mempunyai semangat yang aktif dan

suka bergaul dengan orang, sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti

sosial, sering mengambil inisiatif sendiri, suka perubahan, sering cepat

membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya.

iii. ambivert :

Bagaimanapun, tiada seorang manusia yang benar-benar dikategorikan

sebagai introvert atau ekstrovert sepenuhnya. Sebenarnya setiap orang individu

mempunyai ciri-ciri introvert serta ekstrovert yang terletak pada satu titik dalam

kontinum di antara kedua-dua kategori tersebut.

Kadangkala seseorang individu menonjolkan ciri-ciri introvert dalam

sesuatu situasi tetapi dengan ciri-ciri ekstrovert dalam sesuatu situasi yang lain.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

3

Page 4: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Misalnya, seseorang individu menunjukkan sifat periang dan proaktif di rumah,

tetapi menjadi seorang pemalu dan pendiam apabila berada di sekolah. Orang

yang mempunyai kedua-dua ciri-ciri introvert dan ekstrovert adalah dikatakan

orang yang mempunyai personaliti ambivert. Orang ini biasanya aktif tetapi

sensitif, suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar

tetapi berfikir sebelum memberi pendapat.

1.3 CIRI-CIRI PERSONALITI MURID-MURID PEMULIHAN

1.3.1 Latar Belakang Murid-murid Pemulihan Khas SK Air Putih, Parit

Sulong, Batu Pahat.

Di Sekolah Kebangsaan Air Putih telah dikenal pasti terdapat murid 9

orang murid pemulihan khas. Mereka terdiri dari seorang murid tahun 4,

dua orang murid tahun 3 dan 6 orang murid tahun 2.

Sebelum mengenal pasti ciri-ciri personaliti murid-murid pemulihan SK Air

Putih, perlu juga diketahui latar belakang mereka. Ini dapat membantu

mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi ciri-ciri personaliti

mereka.

Setiap dari mereka mempunyai ciri-ciri yang berbeza, begitu juga dengan

tahap kecergasan dan IQ mereka.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

4

Page 5: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Muhammad Faris Hakimi b. Md. Esa

Muhammad Faris Hakimi bin Md.Esa adalah murid Tahun 4 dan

merupakan murid tertua di dalam kelas pemulihan khas. Tahap pembacaannya

terlalu lemah dan lambat. Mempunyai kakak yang mengalami masalah seperti

kanak-kanak pendidikan khas yang berumur 15 tahun.

Faris mempunyai seorang adik lelaki di Tahun 1 sekolah yang sama tetapi

mempunyai tahap IQ yang tinggi dan antara pelajar terpintar di kelasnya. Kakak

sulungnya lepasan SPM merupakan pelajar sederhana pandai dan sering

menjadi pendorong kepada Faris.

Bapa mereka bekerja sebagai seorang pemandu dan ibu mereka bekerja

di kilang memproses buah kelapa sawit. Kehidupan mereka sederhana. Di

sebabkan ibu bapa mereka bekerja, Faris di jaga oleh makciknya yang tinggal

berdekatan rumahnya.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

5

Page 6: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Muhammad Idham bin Kahtiman

Mohamed Idham b. Kahtiman. Murid tahun 3 dan mempunyai pakcik di

tahun 5 yang juga bekas murid pemulihan khas. Idham mempunyai fizikal yang

kurus dan kecil. Idham seorang murid yang boleh membaca dengan lancar jika

mendapat dorongan dari keluarganya. Sifat malas yang menebal menyukarkan

proses pengajaran berjalan lancar. Idham mempunyai nam orang adik beradik

yang kesemuanya lelaki. Dia ke sekolah dengan menunggang basikal. Bapanya

seorang pemandu lori kelapa sawit dan ibunya bekerja sebagai operator

pengeluaran di sebuah kilang.Mereka juga hidup dalam keadaan yang

sederhana. Dua orang abang Idham telah bekerja.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

6

Page 7: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Muhammad Ikmal b. Abd. Samad

Muhammad Ikmal b. Abd. Samad murid tahun 3 di SK.Air Putih. Setakat ini dia

sudah boleh membaca tetapi perlu pemantapan dan latihan supaya lebih lancar

dan dapat melepasi ujian pelepasan (IPP2M) dengan cemerlang. Seorang yang

bermotivasi tinggi dan rajin membaca. Mempunyai seorang abang di tahun 4

merupakan murid yang sederhana. Mempunyai seorang adik perempuan

berumur 6 tahun dan belajar di Pra-sekolah. Ikmal mempunyai fizikal yang agak

berisi dan bulat. Seorang ketua darjah yang berkarisma.

Ayahnya bekerja sebagai pemandu dan ibunya seorang suri rumah.

Setiap pagi dia dan adiknya akan dihantar oleh ibunya ke sekolah dengan

menunggang motorsikal.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

7

Page 8: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Muhammad Daniel Hakim b. Azman

Daniel lambat dikenal pasti sebagai murid pemulihan. Hanya selepas

peperiksaan pertengahan tahun, kelemahannya dapat dikesan oleh guru bahasa

Melayunya. Daniel merupakan anak sulong dari 3 adik - beradik. Adik keduanya

bersekolah di Pra- sekolah dan mempunyai adik bongsu perempuan. Ayahnya

bekerja di kilang perabot manakala ibunya seorang surirumah sepenuh masa.

Setiap hari akan dihantar ayahnya ke sekolah dengan menaiki motorsikal.

Seorang murid yang ceria, aktif dan kadang-kadang sedikit aggresif dan tidak

mendengar arahan guru.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

8

Page 9: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Mohd. Alim b. Masrat

Mohd Alim b. Masrat. Murid tahun 2. Lambat dikenal pasti sebagai murid

pemulihan khas. Hanya selepas peperiksaan pertengahan tahun ia dikenal pasti

memerlukan bimbingan dan pemantauan yang lebih dari guru pemulihan khas.

Masih boleh dibentuk. Tidak banyak menimbulkan masalah di dalam kelas

pemulihan.

Mempunyai 5 adik beradik. Kesemuanya lelaki. Merupakan pasangan kembar.

Kembarnya Mohd Azim belajar di kelas yang sama tetapi bukan murid

pemulihan. Ayahnya seorang pekerja kilang bata dan ibunya juga bekerja di

kilang yang sama.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

9

Page 10: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Akhmalul Hakim b. Rosnada

Murid tahun 2 di SK. Air Putih ini. Akhmalul Hakim merupakan anak bongsu dari

3 orang adik beradik. Mempunyai seorang abang, Amirul Mukmin di tahun 5

tetapi lebih maju dalam pelajarannya. Hakim juga mempunyai seorang kakak

yang sedang belajar di tingkatan 2. Ayahnya bekerja di kilang sawit dan seorang

ima yangm di kampung Air Putih ini. Ibunya tidak bekerja. Hakim menaiki basikal

untuk ke sekolah.

Seorang yang sangat perlahan di kalangan rakan-rakannya. Memerlukan

sokongan dan motivasi yang tinggi dari guru pemulihan dan sokongan keluarga.

Tahap pembacaan sangat perlahan dan sangat memerlukan bimbingan yang

intensif.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

10

Page 11: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Aslinda bt Ismail

Murid tahun 2 di sekolah ini. Anak kedua dari 3 beradik yang kesemuanya

perempuan. Kakaknya murid tahun 6 di sekolah yang sama. Seperti kakaknya

Aslinda juga sangat lemah dalam pelajaran tetapi mempunyai semangat untuk

berjaya. Rajin membaca jika diberi peluang dan dibimbing. Ibunya seorang yang

buta huruf dan ini adalah salah satu faktor mengapa keluarga ini tidak

bermotivasi untuk berjaya dalam pelajaran. Tiada siapa yang boleh memantau di

rumah. Ayahnya bekerja sebagai pemandu lori dan ibunya berniaga makanan

ringan secara kecil-kecilan di tepi pagar sekolah.

Aslinda boleh berjaya jika perhatian, motivasi dan bimbingan diberikan

sewajarnya.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

11

Page 12: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Nur syazwani bt Mohd Ali

Nur Syazwani murid tahun 2 di SK. Air Putih ini. Melihat dari perwatakannya

tiada siapa menyangka Nur Syazwani seorang murid pemulihan. Kepetahannya

bercakap kadangkala mengaburi mata guru-guru yang mengajarnya. Hakikatnya

Syazwani belum boleh membaca lancar dan kadangkala mengeja dengan laju

tanpa memastikan huruf yang dibacanya itu betul. Anak kedua dari 3 beradik.

Abangnya pelajar pintar di tahun 3 dan mempunyai seorang adik lelaki.

Ayahnya bekerja di kilang bata dan ibunya seorang surirumah sepenuh

masa. Setiap hari Syazwani akan dihantar ibu saudaranya ke sekolah menaiki

motorsikal. Boleh dibentuk untuk berjaya melepasi tahap pemulihan.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

12

Page 13: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Zairol Azreen b. Jamian

Seorang murid tahun 2. Pada mulanya terlalu sukar untuk mengeja suku kata,

tetapi setelah hampir 8 bulan memasuki kelas pemulihan, dia mula menunjukkan

perubahan yang positif. Mempunyai 4 adik-beradik dan anak bongsu dalam

keluarga. Abang dan kedua orang kakaknya sudah bekerja. Ayahnya tidak

bekerja kerana sakit dan ibunya bekerja di kilang makanan ringan.

Zairol boleh berjaya jika mendapat sokongan dan galakan yang

berterusan dari guru-guru dan ibu bapa. Sudah menunjukkan prestasi yang

memberangsangkan.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

13

Page 14: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Berdasarkan pemerhatian dan ujian personaliti yang dijalankan ke atas

murid-murid Kelas Pemulihan Khas di SK Air Putih, Parit Sulong, Batu Pahat,

pengelasan ciri-ciri personaliti mereka adalah seperti berikut :

( a)

Introvert Ekstrovert Ambivert

1. Aslinda

2. Akhmalul Hakim

3. M.Faris Hakimi

1. Nur Syazwani

2. M.Daniel Hakim

3. M. Ikmal

1. M. Alim

2. Zairol Azreen

3. M. Idham

( b )

Nama Murid Ciri-ciri personaliti Jenis Personaliti

( klasifikasi )

Muhammad

Faris Hakimi

b. Esa (Tahun

4)

i. pendiam

ii. pasif

iii. suka berkhayal dan mengelamun

iv. pemalu

v. malas berusaha

vi. tidak banyak bercakap

vii. lambat bertindak balas

viii. lebih minat melukis dari

membaca

Introvert

Aslinda bt

Ismail

( Tahun 2 )

i. Pendiam

ii. pertuturan tidak jelas dan kurang

kuat.

iii. tidak aktif

iv. pemalu

v. tidak yakin dengan diri sendiri

Introvert

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

14

Page 15: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Akhmalul

Hakim b.

Rosnada

( Tahun 2)

i. pendiam

ii. pasif

iii. lambat bertindak balas

iv. tidak banyak bercakap

v. jarang mengambil inisiatif

vi. sukar beri tumpuan

Introvert

Muhammad

Ikmal bin Abd.

Samad

(Tahun 3)

i. aktif

ii. suka dengan aktiviti luar

iii. suka bertanya

iv. suka bergaul

v. keras hati

vi. cepat bertindak balas

Ekstrovert

Muhammad

Daniel Hakim

b. Azman

( Tahun 2 )

i. aktif kadangkala aggresif

ii. suka dengan aktiviti luar

iii. suka bertanya

iv. suka bergaul

v. Tidak mendengar kata

vi. cepat bertindak balas

Ekstrovert

Nur Syazwani

bt Mohd Ali

( Tahun 2 )

i. Banyak bercakap

ii. suka dengan aktiviti luar

iii. suka bertanya

iv. suka bergaul

v. cepat bertindak balas

Ekstrovert

Muhammad

Idham b.

Kahtiman

( Tahun 3 )

i. aktif

ii. gemar aktiviti luar

iii. kadang-kadang sangat malas

iv. kreatif dan inovatif

vii. suka perubahan

viii.kadangkala tidak memberi

tumpuan kepada tugas yang

diberi

Ambivert

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

15

Page 16: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Mohd. Alim b.

Marsat

( Tahun 2 )

i. pasif di kelas tetapi aktif di luar

ii. lambat bertindak balas

iii. tidak kreatif

iv. keras hati

v. tidak banyak bercakap

vi. malas berusaha

vii. jarang mengambil inisiatif

viii. tidak berfikir panjang sebelum

membuat keputusan

Ambivert

M. Zairol

Azreen b.

Jamian

( Tahun 2 )

i. aktif

ii. gemar aktiviti luar

iii. sangat rajin membaca

iv. jarang mengambil inisiatif

vii. suka perubahan

viii.kadangkala tidak mendengar

arahan guru.

Ambivert

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

16

Page 17: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

1.4 Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti Murid-Murid Pemulihan Khas

Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, proses pembentukan dan

perkembangan personaliti seseorang individu, sama ada dia menyerap ciri

introvert, ekstrovert dan ambivert, adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang

utama, iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.

Baka ibu bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan, keadaan fizikal,

kecerdasan dan emosi anaknya. Di samping bentuk tubuh badan, keadaan

fizikal, khasnya penyakit seperti cacat pendengaran atau cacat penglihatan yang

diwarisi pula mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Kanak-kanak

yang cacat pendengaran atau penglihatan berkemungkinan besar mempunyai

ciri personaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu. Contohnya, Faris

Hakimi yang mempunyai kakak down syndrome dan cacat menyebabkan

pertumbuhan faris juga agak lembam dan pertuturannya kadang-kadang kurang

jelas dan tidak berkeyakinan di samping sikap malas yang menebal. Ini

menyebabkan dia bersifat pemalu dan pasif. Sering diejek dan dipersendakan

oleh rakannya akibat kelambatannya dalam kelas.

Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan

perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah,

rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya. Pembentukan dan

perkembangan personaliti seseorang bermula dalam keluarga. Keadaan rumah

yang harmonis dan perhubungan ibu bapa dengan anak-anak mereka erat dan

mesra akan menggalakkan perkembangan personaliti yang positif. Persepsi

rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan

menggalakkan pembentukan ciri personaliti yang berkeyakinan. Iklim sekolah

yang kondusif serta penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula

mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif. Contohnya ciri-ciri

personaliti yang dimiliki oleh Zairol Azreen dan Akhmalul Hakim yang merupakan

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

17

Page 18: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

anak bongsu dalam keluarga, menyebabkan mereka diberi kemanjaan yang

lebih dari keluarga menyebabkan mereka agak malas untuk berusaha

meningkatkan diri mereka.

Manakala bagi Aslinda pula, faktor persekitaran di rumah di mana mempunyai

ibu yang buta huruf dan kakak yang lemah dalam pelajaran menjadi faktor

pemangkin kemalasan untuk mempertingkatkan tahap pembelajaran.

Kemungkinan kurangnya galakan dan motivasi menjadikan Aslinda tidak

bersungguh-sungguh dalam belajar walaupun sebenarnya dia berpotensi.

Daniel dan syazwani di lihat paling menonjol rajin untuk berusaha tetapi

tidak mahu mengikut landasan guru. Kadangkala berlagak pandai dan tidak

mendengar arahan. Mungkin sudah terbiasa dengan situasi persekitaran di

rumah yang diberi sepenuh kebebasan untuk bertindak dan mengikut kemahuan

sendiri.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

18

Page 19: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

2.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sekolah diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan

yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Guru yang bersifat penyayang

dan membimbing murid- murid dengan penuh dedikasi akan menjadi role model

untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Persepsi rakan sebaya dan

individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan pembentukan

ciri personaliti yang berkeyakinan. Iklim sekolah yang kondusif serta penglibatan

secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan

personaliti yang positif. Oleh itu, guru perlu menggunakan strategi pengajaran

dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid-murid tersebut.

Seorang guru yang sensitif dan peka akan mengenal pasti personaliti

seseorang murid melalui pemerhatian dan interaksi dengan murid-muridnya.

Guru akan mengetahui mengenai personaliti murid-muridnya dengan memerhati

gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku serta interaksi dan komunikasi

murid di antara satu sama lain dalam bilik darjah. Oleh itu, satu peranan guru

yang sangat penting ialah menolong membentuk personaliti baik dalam diri

setiap orang murid.

Bagi mengajar murid-murid yang berpersonaliti introvert, guru perlu

sentiasa memberi motivasi dan galakan supaya murid sentiasa melibatkan diri

dalam aktiviti pembelajaran. Mereka perlu sentiasa diberi peneguhan positif dan

pujian agar timbul rasa keyakinan dalam diri. Contohnya apabila murid berjaya

mengeja satu perkataan yang disoal dengan betul ucapkan; Tahniah Hakim,

kamu berjaya mengeja dengan tepat! Namun, sekiranya mereka tidak dapat

menjawab dengan betul katakan; Cuba lagi, kamu pasti boleh mengeja! Guru

jangan sekali-kali merendahkan kemampuan murid dan mematahkan semangat

dan minat murid untuk belajar lagi. Selain itu, guru juga perlu memastikan murid-

murid introvert ini sentiasa terlibat dalam aktiviti kumpulan.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

19

Page 20: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Murid-murid yang mempunyai ciri ekstrovert perlu digalakkan untuk

mengemukakan soalan supaya mereka dapat terus berfikir. Guru boleh

melantik mereka membimbing murid sekelas atau sekumpulan yang

mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan. Sekiranya mereka telah

mengatasi kemahiran murid yang lain, guru boleh memberi aktiviti

pengayaan agar tidak mengganggu murid lain. Guru juga boleh

menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Merujuk kepada pengajaran murid pemulihan yang mempunyai ciri-ciri

introvert, ekstrovert dan ambivert, guru boleh menggunakan salah satu

daripada teknik-teknik berikut:

a. Pengajaran kumpulan kecil: Guru membentuk kumpulan kecil yang

ahlinya terdiri daripada murid-murid yang menghadapi masalah yang

sama walaupun memiliki personaliti yang berbeza. Guru menjalankan

pengajaran dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan.

Contohnya, dalam kelas pemulihan SK Air Putih, Faris, Ikmal dan

Idham belajar dalam satu kumpulan yang sama kerana memiliki

kemahiran yang hampir sama walaupun ciri-ciri personaliti mereka

berbeza.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

20

Page 21: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Pengajaran kumpulan kecil ( tahun 3 dan tahun 4 )

Begitu juga untuk murid tahun 2 di SK Air Putih, murid-murid pemulihan

dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut tahap kemahiran mereka

dalam pelajaran.

Zairol, Daniel dan Alim berada di kumpulan 1 (tahun 2 )

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

21

Page 22: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Pengajaran kumpulan kecil ( tahun 2 – kumpulan 2 )

b. Pengajaran rakan sebaya:

(i) Guru boleh menetapkan seorang murid cepat untuk membimbing

seorang atau lebih rakannya yang bermasalah dengan menggunakan

bahan yang disediakan dan melakukan aktiviti yang guru tetapkan.

Contohnya, dalam kelas pemulihan, Ikmal yang sudah boleh membaca

agak lancar membimbing dan membantu Faris yang masih belum

lancar membaca.

Pengajaran rakan sebaya

Pengajaran rakan sebaya individu dan individu

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

22

Page 23: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

(ii) Guru juga boleh memilih seorang murid yang terbaik di kalangan murid

pemulihan untuk menggantikan guru mengajar rakan-rakan yang lain. Ini akan

menambahkan keyakinan murid dan meningkatkan motivasi bagi murid yang

diajar oleh murid terbaik tadi.

Pengajaran rakan sebaya dan ramai

Gambar di atas menunjukkan sekumpulan murid tahun 2 yang belajar dalam

satu kumpulan. Kadang-kadang mereka perlu belajar dalam kumpulan yang

besar untuk mendapatkan suasana pembelajaran di kelas dan melihat potensi

setiap individu dalam kumpulan.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

23

Page 24: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

Gaya pengajaran berkumpulan

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

24

Page 25: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

c. Pengajaran individu: Guru menumpukan perhatian kepada seorang

murid tertentu dan membimbingnya untuk mengatasi masalah yang

dihadapi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan.

Contohnya, Idham perlu diajar secara individu kerana ciri-ciri

personaliti yang dimilikinya. Idham suka diberi perhatian lebih dari

rakannya sebagai dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh.

Pengajaran individu

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

25

Page 26: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

3.0 KESIMPULAN

Untuk memperoleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang

optimum, guru harus mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya dan

menggunakan strategi yang sesuai seperti mengikut ciri-ciri personaliti

murid tersebut.

Bagi murid pemulihan khas, guru harus sedar bahawa setiap orang

murid mempunyai tahap kemahiran yang tidak sama. Ini menuntut

berbagai-bagai jenis cara pembelajaran untuk mencapai keputusan

yang maksimum. Oleh itu, satu kaedah sahaja tidak sempurna untuk

mengajar murid-murid pemulihan khas ini walaupun mereka berada

pada darjah,umur dan kelas yang sama.

Strategi pengajaran yang utama ialah strategi berpusatkan murid

dan bahan. Walaubagaimanapun, strategi yang paling sesuai dan

berkesan digunakan untuk mengatasi masalah pelbagai perbezaan

gaya pembelajaran murid pemulihan khas ini ialah pembelajaran

masteri yang menitikberatkan penguasaan pembelajaran melalui

secara induvidu atau perseorangan, berpasangan, kumpulan atau

keseluruhan kelas.

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

26

Page 27: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

BIBLIOGRAFI

1. Azizi Hj Yahaya, Fawziah Yahya, Zurihanmi Zakariya, Noordin Hj Yahaya,

2005. Pembangunan Kendiri. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

2. Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh, 2007. Panduan Ulangkaji Ilmu

Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah

Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

3. Mok Soon Sang, 2007. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah :

Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4. Robiah Kulop Hamzah, 1992. Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan Masalah

– Satu Kajian. Kuala Lumpur: Dewan Bahas dan Pustaka.

5. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, 2002. Teori Personaliti Dari

Perspektif Islam, Timur & Barat. Pahang: PTS Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

6. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan, 2003. Psikologi

Pendidikan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

7. http://www.teachersrock.net/

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

27

Page 28: Teori personaliti Murid Pemulihan SK Air Putih

KPLI-KDC-PEM K2 __________________________________________________

LAMPIRAN

______________________________________________Ilmu Pendidikan/IPTHO/08

28