teori migrasi

20
~~Teori-Teori Migrasi Masyarakt Austronesia~~ A) Pandangan Ahli Lingusitik - Secara amnya ahli linguistik berpendapat bahawa masyarakat Austronesia ini berasal daripada Taiwan namun terdapat juga beberapa ahli linguistik lain menolak teori ini. - Menurut ahli linguistik, bahasa Austronesia adalah berasal daripada Taiwan dan merupakan rumpun bahasa yang digunakan meluas sejauh 26,000km dari Madagaskar ke Kepulauan Ester. -Bahasa Austronesia ini juga dituturkan di beberapa kawasan pesisir pantai Papua New Guinea, New Britian, New Ireland dan di bawah rantai Pulau Melanesia melalui Kepulauan Solomon dan Vanuatu sejauh New Caledonia dan Fiji. - Mengapakah Bahasa Austronesia di katakan berasal daripada Taiwan? Disini terdapat tiga faktor mengapa ianya dikatakan berasal daripada Taiwan. - Pertamanya, Taiwan merupakan tempat dimana bahasa dan budaya Austronesia mula- mula dibangunkan. - keduanya Taiwan mengandungi kepelbagaian dalam Bahasa Austronesia sama ada pada masa kini dan masa lampaunya jika dilihat dari konteks sejarahnya. -ketiga pula tarikh data arkeologi mengenai kebudayaan Austronesia seperti menternak binatang, pertanian, pembuatan tembikar dan lain-lain menunjukkan penggunaannya adalah lebih awal berbanding dengan tempat lain di Asia Tenggara atau Oceania. - Namun, terdapat juga ahli linguistik berpendapat bahawa Bahasa Austronesia ini berasal daripada selatan china dan menyebarkan melalui Kepulaua Melayu/Indonesia berbeza dengan kebiasaannya bahawa Bahasa Austronesia bermula dari Taiwan dan terus ke Filipina. - Akan tetapi, teori ini kurang dipersetujui oleh sebab rekod arkeologi dan linguistiknya itu sendiri terlalu jauh jurangnya. -Seterusnya ialah mengenai analisis linguistik yang telah di buat oleh Robert Blust. Beliau menyatakan kira-kira terdapat 1200 jenis Bahasa Austronesia dan terbahagi kepada 10 kumpulan kecil, Sembilan daripadanya yang mengandungi 26 bahasa sahaja dan kumpulan kecil tersebut hanya dituturkan oleh orang asli bukan cina(non-chinese abrogines) di Taiwan. - Kumpulan kecil yang ke-10 pula merangkumi semua Bahasa Austronesia di luar Taiwan yakni dari Madagaskar ke Timur Polinesia. -Oleh itu, Blust mengandaikan bahawa terdapat hanya satu sahaja keturunan kumpulan Austronesia bermigrasi ke pulau-pulau lain, kemudian mereka bermigrasi ke tempat lain untuk mengembangkan bangsa dan bahasa mereka ke luar Taiwan. - Beralih pula kepada ahli linguistik yang menolak teori bahawa Bahasa Ausronesia berasal daripada Taiwan. H. Kern umpamanya antara ahli linguistik yang mengatakan bahawa Bahasa Austronesia ini dilakukan penduduk di daratan Asia Tenggara. - Namun, teori Kern ini hanya berdasarkan hujah linguistik dan artifak peralatan sahaja. Oleh itu, teori Hern dikatakan kurang sah dan kukuh. -Rasionalnya, teori yang mengandaikan bahawa masyarakat Austronesia berasal daripada Taiwan kerana lebih mudah untuk mereka mencapai Sulawesi Utara daripada orang yang berada di daratan Asia Tenggara dalam migrasi mereka ke Kepulauan Hawaii dan Ester. - Keseluruhannya, migrasi masyarakat Austronesia berdasarkan ahli linguistik, migrasi daripada Taiwan merupakan migrasi utama atau primer manakala migrasi masyarakat Austronesia daripada daratan Asia Tenggara adalah migrasi sekunder yang berlaku kemudiannya. B) Pandangan Ahli Arkeologi - Jika berdasarkan kepada kajian periuk, alatan dan tulang menunjukkan bahawa

Upload: mj-student

Post on 07-Dec-2014

169 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Migrasi Manusia AwalMengetengahkan Teori-Teori MigrasiFaktor-faktor Migrasi

TRANSCRIPT

Page 1: Teori migrasi

~~Teori-Teori Migrasi Masyarakt Austronesia~~

A) Pandangan Ahli Lingusitik- Secara amnya ahli linguistik berpendapat bahawa masyarakat Austronesia ini berasal daripada Taiwan namun terdapat juga beberapa ahli linguistik lain menolak teori ini.

- Menurut ahli linguistik, bahasa Austronesia adalah berasal daripada Taiwan dan merupakan rumpun bahasa yang digunakan meluas sejauh 26,000km dari Madagaskar ke Kepulauan Ester. -Bahasa Austronesia ini juga dituturkan di beberapa kawasan pesisir pantai Papua New Guinea, New Britian, New Ireland dan di bawah rantai Pulau Melanesia melalui Kepulauan Solomon dan Vanuatu sejauh New Caledonia dan Fiji.

- Mengapakah Bahasa Austronesia di katakan berasal daripada Taiwan? Disini terdapat tiga faktor mengapa ianya dikatakan berasal daripada Taiwan.

- Pertamanya, Taiwan merupakan tempat dimana bahasa dan budaya Austronesia mula-mula dibangunkan.

- keduanya Taiwan mengandungi kepelbagaian dalam Bahasa Austronesia sama ada pada masa kini dan masa lampaunya jika dilihat dari konteks sejarahnya.

-ketiga pula tarikh data arkeologi mengenai kebudayaan Austronesia seperti menternak binatang, pertanian, pembuatan tembikar dan lain-lain menunjukkan penggunaannya adalah lebih awal berbanding dengan tempat lain di Asia Tenggara atau Oceania.

- Namun, terdapat juga ahli linguistik berpendapat bahawa Bahasa Austronesia ini berasal daripada selatan china dan menyebarkan melalui Kepulaua Melayu/Indonesia berbeza dengan kebiasaannya bahawa Bahasa Austronesia bermula dari Taiwan dan terus ke Filipina.

- Akan tetapi, teori ini kurang dipersetujui oleh sebab rekod arkeologi dan linguistiknya itu sendiri terlalu jauh jurangnya. -Seterusnya ialah mengenai analisis linguistik yang telah di buat oleh Robert Blust. Beliau menyatakan kira-kira terdapat 1200 jenis Bahasa Austronesia dan terbahagi kepada 10 kumpulan kecil, Sembilan daripadanya yang mengandungi 26 bahasa sahaja dan kumpulan kecil tersebut hanya dituturkan oleh orang asli bukan cina(non-chinese abrogines) di Taiwan.

- Kumpulan kecil yang ke-10 pula merangkumi semua Bahasa Austronesia di luar Taiwan yakni dari Madagaskar ke Timur Polinesia.

-Oleh itu, Blust mengandaikan bahawa terdapat hanya satu sahaja keturunan kumpulan Austronesia bermigrasi ke pulau-pulau lain, kemudian mereka bermigrasi ke tempat lain untuk mengembangkan bangsa dan bahasa mereka ke luar Taiwan.

- Beralih pula kepada ahli linguistik yang menolak teori bahawa Bahasa Ausronesia berasal daripada Taiwan. H. Kern umpamanya antara ahli linguistik yang mengatakan bahawa Bahasa Austronesia ini dilakukan penduduk di daratan Asia Tenggara.

- Namun, teori Kern ini hanya berdasarkan hujah linguistik dan artifak peralatan sahaja. Oleh itu, teori Hern dikatakan kurang sah dan kukuh.

-Rasionalnya, teori yang mengandaikan

bahawa masyarakat Austronesia berasal daripada Taiwan kerana lebih mudah untuk mereka mencapai Sulawesi Utara daripada orang yang berada di daratan Asia Tenggara dalam migrasi mereka ke Kepulauan Hawaii dan Ester.

- Keseluruhannya, migrasi masyarakat Austronesia berdasarkan ahli linguistik, migrasi daripada Taiwan merupakan migrasi utama atau primer manakala migrasi masyarakat

Austronesia daripada daratan Asia Tenggara adalah migrasi sekunder yang berlaku kemudiannya.

B) Pandangan Ahli Arkeologi

- Jika berdasarkan kepada kajian periuk, alatan dan tulang menunjukkan bahawa semua peralatan pertanian di luar Papua New Guinea datangnya atau berpunca daripada pembukaan penempatan oleh petani Selatan China di Taiwan kira-kira 4300 SM.

- Selepas itu kumpulan tersebut terus ke Filipina, Indonesia dan sekitar Polinesia. Aliran migrasi masyarakat Austronesia terus berkembang ke kawasan Tiga Segi Polinesia sekitar tahun 1200-1000 SM. Mereka sampai di Samoa kira-kira 1200 SM, Pulau Ester dan Kepulauan Hawaii sekitar 500 SM.

- Proses migrasi ini telah membawa kemunculan dan pengembangan Kebudayaan Lapita bersama-sama mereka. Kebudayaan ini muncul sekitar tahun 2000 SM berikutan migrasi

Page 2: Teori migrasi

kedua Masyarakat Austronesia ini daripada utara Nusantara iaitu Farmosa melalui Filipina, Borneo dan Sulawesi. Dari segi tempat tinggal, mereka tinggal di kawasan pesisir pantai dengan membina rumah, mempunyai kemahiran dalam teknik pelayaran dan menjalankan sistem pertukaran barang. Dalam teknik pelayaran, Kebudayaan Lapita ini terus berkembang ke Oceania dekat(sekitar tahun 2000-1500 SM) dan Oceania jauh(sekitar tahun 1500-900 SM).[16] Kewujudan Kebudayaan Lapita dibuktikan melalui penemuan tembikar dan seramik. Oleh itu, mereka mempunyai teknologi pembuatan tembikar yang maju. Selain itu, mereka juga terlibat dengan pertanian, menangkap ikan, menternak binatang(babi).

Pendapat Ahli Arkeologi.

- Teori Wilhelm Solheim’s( Nusantao Maritime Trading and Communication)(NMTCN)

- Keseluruhannya, teori solheim ini kurang diterima secara meluas berbanding dengan teori yang dikemukan oleh Bellwood. Dari segi terminologinya, hipotesis atau andaian utama Solheim ialah berlandaskan kepada konsep ‘Nusantao’.

- Solheim cuba mengaitkan Austronesia dengan perkataan ‘Nusantao’. Beliau menyatakan bahawa ‘Nusa’ bermaksud selatan manakala ‘Tao/Tau’ pula bermaksud lelaki atau orang daripada pulau-pulau selatan. Konsep ‘Nusantao’ ini muncul ekoran daripada kebebasan untuk memanggil nama dan member istilah kepada penutur bahasa Austronesia ini.

- Walaubagaimanapun istilah Nusantao dan Austronesia ini tidak boleh digunakan secara silih berganti oleh Solheim. Oleh itu, beliau telah memperbaiki teorinya dengan tidak memasukkan non-maritime austronesian speaker dan memasukkan maritime non-austronesian speaker.

- Solheim berbuat demikian adalah untuk mengukuhkan teorinya agar diterima dengan meluas seperti mana Teori OOT Bellwood yang digunakan secara meluas. Disamping itu, Solheim juga mengambil kira kritikan umum terhadap teorinya yang mendorong beliau untuk memperbaiki teorinya secara keseluruhan.

- Menurut Solheim lagi, ‘Nusantao’ ini merujuk kepada kumpulan manusia di Asia Tenggara kebudayaan dan kehidupan mereka lazimnya berorientasikan maritim. Tidak dinafikan bahawa dari segi genetik dan biologinya berbeza-beza (Nusantao-Austronesia, juga merangkumi Asia Tenggara), namun terdapat juga persamaan terutamanya dari segi kebudayaan.

- Nusantao pada awalnya telah berubah kepada NMTCN dari segi hipotesis teorinya hanyalah bertujuan untuk Solheim menjelaskan bahawa terdapat perkongsian budaya bukan hanya di Asia Tenggara sahaja malahan ke Asia secara umum dan ke pasifik. Oleh itu, bukti bahawa kebudayaan adalah dikongsi bersama Solheim mengandaikan bahawa migrasi Nusantao (Austronesia) ini tidak secara satu arah sahaja tetapi bergerak dalam pelbaga arah yang berbeza.

- Mengapa kebudayaan itu tersebar? Logiknya, ia berpunca daripada rangkaian perdagangan. Oleh sebab itulah munculnya NMTCN ini.

- Beralih kepada NMTCN, Solheim membahagikan NMTCN in kepada four lobes; (1)central, (2)northern, (3)eastern and (4)western lobes.

- Centre(kawsan utama NMTCN) ini terbahagi kepada dua iaitu Early Central Lobe and the Late Central Lobe. Early Central Lobe terletak di pantai timur Vietnam(dikatakan lebih awal daripada Bahasa Austronesia), manakala Late Central Lobe meliputi bahagian tenggara Taiwan, dari selatan China ke selatan Fujian, ke arah barat Kemboja, Teluk Thailand, Semenanjung Malaysia dan beberapa pulau di sebelah barat Indonesia.

- Northen Lobe pula merangkumi Taiwan dan Fujian termasuk Pantai China, kawasan pantai Korea dan bahagian timur Jepun; mungkin termasuk pantai barat dan hujung utara Honshu.

- Bagi kawasan Eastern Lobe pula dibahagikan kepada dua bahagian kecil iaitu Early Eastern Lobe(merangkumi Maluku di timur Indonesia dan Bismarck kepulauan di barat laut Melanesia) and a Late Eastern Lobe(merangkumi Maluku ke arah timur Wallacea, dan dari sana ke arah luar di seluruh Pasifik kecuali bahagian jauh ke dalam dan beberapa pantai New Guinea setakat Easter Island).

- Terakhir sekali Western Lobe yang merangkumi Malaysia dan barat Indonesia, sepanjang pantai Sri Lanka dan pantai India sehingga ke pantai barat Afrika dan Madagaskar.

- Keseluruhannya secara ringkas adalah dapat dikatakan bahawa Teori OOT Bellwood dan Teori Nusantao/NMTCN mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri dalam menjelaskan migrasi masyarakat Austronesia ini.

Robert Von Heine- Pengkajian mengenai prasejarah Austronesia

terutamanya mengenai teori migrasi mereka mengalami perkembangan yang cukup pesat

Page 3: Teori migrasi

setelah Von Heine memperkenalkan model migrasi berdasarkan ‘tipologi beliung bersegi’.

- Terdapat dua arus pemikiran yang mendasari model tersebut ialah teori kebetulan(accidental theory) dan teori pengambilan keputusan(decision-making theory)

- Teori kebetulan(accidental theory) mengandaikan mereka bermigrasi, membuka penempatan secara tidak sengaja. Bermaksud, mereka terpelosok ke satu dearah yang baru oleh sebab pengeksploitasi sumber laut dengan menggunakan perahu dan rakit yang akhirnya menyebabkan mereka dihanyutkan selepas sampai ke lautan yang bebas atau besar.

- Lebih jelas, teori ini menyatakan bahawa ia berlaku pada zaman glasier ketika ketinggian paras air laut menurun dan menyebabkan jarak antara pulau semakin dekat. Maka, mereka merentasi lautan dengan menjadikan pulau-pulau sebagai batu loncatan.

- Teori pengambilan keputusan(decision-making theory) menjelaskan bahawa proses migrasi masyarakat Austronesia bukanlah secara kebetulan malah secara terancang dan tersusun. Misalnya, penyebaran kebudayaan neolitik di Asia Tenggara, wilayah penyebarannya berpusat di Taiwan dan juga penyebaran kebudayaan Lapita di Melanesia barat.

- Ia dianggap Bellwood dan Spriggs sebagai express train kerana dalam tempoh 1000 tahun kebudayaan neolitik telah meliputi Samoa, Tonga, Kepulauan Polinesia Barat, dan kawasan-kawasan Oceania yang laut memperlihatkan pusat penyebarannya bermula di Taiwan.

~~PERANG TIGA SEGI~~

~Pengenalan~

- Perang tiga segi merupakan perang yang melibatkan tiga kuasa utama yang terdapat di alam Melayu iaitu Acheh, Johor dan Portugis di Melaka. Tambahan pula, penglibatan Belanda dalam membantu Johor telah menambahkan ketegangan di antara tiga buah kuasa ini.

- Peperangan tersebut telah tercetus disebabkan beberapa faktor sama ada dari aspek politik ataupun ekonomi.

Page 4: Teori migrasi

~~Faktor-Faktor Perang Tiga Segi~~

1) Perebutan Kota Melaka

Latar belakang Melaka

- Perlabuhan unggul terutamanya semasa era Kesultanan Melayu Melaka.

- Kegemilangan kota Melaka -> keluasan empayarnya yang merangkumi seluruh Tanah Melayu dan sebahagian daripada Pulau Sumatera.

- Kedudukan Melaka yang strategik iaitu berada ditengah jalan yang menghubungkan barat dan timur.

- Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan entreport yang amat gemilang di Selat Melaka.

- Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511, Kota Melaka telah menjadi rebutan antara tiga buah kuasa utama di Selat Melaka iaitu Johor, Acheh dan Portugis. Setiap kuasa ini mempunyai agenda yang tersendiri untuk memiliki Kota Melaka.

I) Kuasa Portugis- Portugis ingin mendapatkan Kota Melaka

adalah faktor ekonomi -> perdagangan di Eropah ataupun di pelabuhan Venice telah dimonopolikan oleh pedagang-pedagang Islam terutamanya perdagangan rempah ratus yang amat diperlukan di Eropah.

- Monopoli perdagangan oleh pedagang-pedagang Islam ini telah menyebabkan harga barangan dagangan yang dijual di pelabuhan Venice sangat mahal terutamanya rempah-ratus yang merupakan barangan dagangan terpenting bagi orang Eropah pada ketika itu.

- Untuk memecahkan monopoli perdagangan oleh pedagang Islam ini, orang Portugis telah berusaha untuk pergi ke Kepulauan Melayu bagi mendapatkan sendiri barang-barang dagangan tersebut. Perkembangan pelabuhan Melaka sehingga menjadi sebuah pelabuhan entreport yang terkenal dan terpenting sekali di Selat Melaka dan ini telah menarik minat orang Portugis untuk mendapatkan sendiri barangan tersebut dari pelabuhan Melaka.

- Portugis juga percaya bahawa penguasaan terhadap kota Melaka akan menghapuskan penguasaan pedagang Islam di pelabuhan Venice.

Menurut Tome Pires;

“Barang siapa yang menguasai Melaka maka ia akan dapat menguasai Venice.”

- Hal ini telah disedari oleh Alfonso de Alburquerue iaitu beliau telah menganggap Melaka penting sebagai sebuah pusat pengumpulan barangan dagangan khususnya pelbagai jenis rempah dan ubat-ubatan diperdagangkan. Penguasaan ke atas Melaka juga akan dapat memonopolikan perdagangan rempah di Barat kerana percaya barang-barang dagangan yang dibawa dari Iskandariah melalui Laut Merah dan kemudian dibawa ke pasar di Eropah oleh para pedagang Venice akan dapat dihalakan ke Lisbon sekiranya Portugis berkuasa di Melaka. Keinginan ini tercapai selepas British Berjaya kuasai Melaka.

II)Johor

- Faktor yang menyebabkan Johor ingin mengambil Kota Melaka kerana Kesultanan Melayu Johor merupakan sebuah kerajaan yang diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Alauddin Ri’ayat Syah yang merupakan putera kepada Sultan Mahmud Syah, sultan terakhir Melaka.

- Penaklukan yang dilakukan oleh Portugis terhadap Melaka merupakan satu tamparan yang besar kepada waris Kesultanan Melayu Melaka kerana pada ketika penaklukan itu berlaku Melaka merupakan sebuah empayar yang agung di Selat Melaka serta mempunyai kawasan jajahan yang luas tetapi berjaya dikalahkan oleh sebuah kuasa asing.

- Beberapa siri serangan telah dilancarkan oleh waris Melaka yang diketuai sendiri oleh Sultan Mahmud Syah ke atas Portugis di Melaka untuk mendapatkan kembali Melaka tetapi menemui kegagalan disebabkan kubu A Farmosa yang didirikan oleh Portugis amat kukuh.

- Waris Melaka percaya bahawa dengan mengambil kembali Kota Melaka akan dapat mengembalikan maruah serta kegemilangan kesultanan Melayu di rantau ini.

III) Acheh

- Faktor merebut Kota Melaka adalah untuk mengekalkan kuasa politik dan ekonominya sebagai kuasa perdagangan yang terunggul selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

- Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, Melaka merupakan sebuah pelabuhan entreport yang amat unggul di perairan Selat Melaka dan ini menyebabkan Acheh berusaha untuk mendapatkan Kota Melaka.

- Penjajahan Portugis di Melaka dilihat telah menghalang perkembangan pelabuhan dan perdagangan Acheh kerana kedudukan

Page 5: Teori migrasi

Acheh tidaklah strategi seperti mana kedudukan Melaka di Selat Melaka.

- Acheh juga ingin mendapatkan Kota Melaka kerana ini merupakan peranan dan tanggungjawab Acheh sebagai sebuah kuasa besar di rantau ini untuk menghalau kuasa asing dari terus bertapak di Selat Melaka.

2) Kebangkitan kesultanan Johor- Kesultanan Melayu Johor merupakan

kesinambungan daripada Kesultanan Melayu Melaka kerana pengasas Kesultanan Melayu Johor iaitu Sultan Alauddin Ri’ayat Syah merupakan anakanda Sultan Mahmud Syah yakni sultan terakhir Melaka.

- Pada awal penubuhannya, Kesultanan Melayu Johor menghadapi kesukaran untuk bertapak dan mengukuhkan kekuasaannya di Johor kerana sering kali mendapat serangan daripada Acheh dan Portugis di Melaka.

- Perkara ini dapat dibuktikan apabila pusat pemerintahan Kesultanan Melayu Johor telah berpindah beberapa kali disebabkan oleh serangan daripada Portugis dan Acheh.

- Namun Kesultanan Melayu Johor telah mengalami kebangkitan semasa era pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah III sebagai sultan Johor.

- Sultan Alauddin Riayat Syah III telah mengadakan hubungan persahabatan dengan Belanda untuk menjaga kepentingan negerinya terutamanya dari aspek keselamatan.

- Johor telah menawarkan pembukaan kubu dan penempatan kepada Kompeni Belanda di Batu Sawar manakala Belanda akan membantu Johor untuk menguatkan bidang ketenteraan bagi menghadapi serangan Acheh dan Portugis.

- Hubungan Johor-Belanda telah membuatkan Portugis risau dan telah memberi amaran kepada Johor agar membatalkan hubungan dengan Belanda.

- Namun Johor tetap untuk terus menjalinkan hubungan persahabatan dengan Belanda bagi memantapkan lagi sistem pertahanan serta kekuatan ketenteraannya.

3) Dasar Perluasan Kuasa Acheh- Acheh juga telah berkembang dengan pesat

selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Acheh telah bangkit menjadi sebuah kerajaan yang kuat kerana kemunculan beberapa orang pemimpin yang berkebolehan seperti Sultan Mughayat Syah,

Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Iskandar Muda.

- Melalui pimpinan daripada pemimpin yang berkebolehan inilah yang telah menyebabkan Acheh mampu untuk menandingi kehebatan kuasa Portugis di Melaka dan Kesultanan Melayu Johor.

- Acheh telah menjalankan dasar perluasan kuasa di sekitar kawasan perairan Selat Melaka. Dasar perluasan kuasa ini dilakukan oleh kerajaan Acheh bagi menjaga dan melindungi kepentingan perdagangan Acheh di samping mengukuhkan kekuasaan politiknya di alam Melayu.

I) Zaman Sultan Alauddin Riayat Syah (1537-1571)

- Dasar perluasan kuasa yang dilakukan oleh Sultan Ali Mughayat Syah telah diteruskan pula oleh Sultan Alauddin Riayat Syah. Beliau telah membangunkan armada dan angkatan darat yang kuat yang kemudiannya telah menjadikan kerajaan Acheh sebagai sebuah kerajaan yang kuat di perairan Selat Melaka.

- Sultan Alauddin Syah juga telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam yang lain seperti Turki, Arab dan India.

- Perhubungan yang baik dengan negara-negara Islam terutamanya dengan Turki telah memberikan banyak membawa kebaikan kepada kerajaan Acheh kerana Turki telah banyak membantu Acheh dari segi menyediakan kelengkapan ketenteraan moden seperti meriam dan senapang serta askar upahan.

- Kekuatan ketenteraan inilah yang telah menyebabkan beliau mengamalkan dasar perluasan kuasa. Hal ini dapat dibuktikan melalui penaklukan beberapa buah wilayah seperti Pedir, Samudera-Pasai, Aru dan beberapa buah wilayah di Kepulauan Sumatera dan beberapa kali siri serangan yang telah dilancarkan ke atas Johor dan Portugis di Melaka.

- Serangan yang dilancarkan oleh Acheh ini dapat dilihat melalui peristiwa tahun 1568 iaitu Acheh telah melancarkan serangan terbesar ke atas Portugis yang terdiri daripada 20 000 orang termasuk 400 askar upahan dari Turki.

- Walau bagaimanapun, serangan tersebut menemui kegagalan kerana Portugis telah mendapat bantuan daripada pihak Portugis di Goa dan hal ini telah menyebabkan angkatan tentera Acheh terpaksa berundur dari Melaka disebabkan kekuatan armada laut Portugis.

Page 6: Teori migrasi

II) Sultan Iskandar Muda (1607-1636)

- Dalam sejarah kerajaan Acheh Darulsalam, era pemerintahan Sultan Iskandar Muda merupakan zaman kemuncak kegemilanagan kerajaan Acheh.

-Sultan Iskandar Muda bukan sahaja telah menggunakan dasar perluasan kuasa yang lebih agresif untuk memperluaskan kuasa Acheh.

* Acheh telah menyerang dan menakluk negeri yang berhampiran sehinggalah ke Tanah Melayu. Kawasan empayar Acheh semasa pemerintahannya adalah meliputi sepanjang pantai barat sehingga ke Padang di sebelah selatan dan sepanjang pantai timur sehingga ke Siak di Sumatera, Kedah, Perak dan Pahang.

* Dasar perluasan yang dilakukan oleh Sultan Iskandar Muda ini telah memberi ancaman kepada kuasa Portugis di Melaka kerana Melaka ketika itu telah dikelilingi oleh musuh-musuhnya yang terdiri daripada kawasn jajahan empayar Acheh.

* Keluasan empayar Acheh ini telah menjadi bukti kepada kekuatan empayar tersebut yang mana telah berjaya mengatasi pencapaian yang dilalui oleh Melaka. Semasa berada di bawah pemerintahan beliau Acheh dikatakan telah mencapai peringkat kelima di antara negara Islam terbesar di dunia.

- Zaman kegemilangan Acheh ini juga bukan sahaja diukur berdasarkan keluasannya empayarnya tetapi melihat juga kepada aspek bagaimana Acheh pada waktu tersebut mampu menundukkan pesaingnya iaitu Johor.

- Peristiwa ini berlaku apabila Acheh telah menyerang Acheh pada tahun 1613 dan berjaya menawan Sultan Alauddin Riayat Syah termasuklah Raja Seberang serta beberapa orang pembesar Johor.

- Kekalahan Johor yang merupakan antara kuasa utama di perairan Selat Melaka ketika itu telah menandakan kekuatan ketenteraan yang dimiliki oleh empayar Acheh semasa di bawah pemerintahan beliau.

- Selain itu, semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda juga telah memperlihatkan empayar Acheh sebagai kuasa utama ekonomi di perairan Selat Melaka.

- Kekuasaan ekonomi pada zaman pemerintahan beliau dapat dilihat melalui monopoli perdagangan seperti lada hitam dan bijih timah. Hal ini dapat dibuktikan melalui perdagangan lada hitam yang hanya dijalankan di Istana Sultan Iskandar Muda sahaja.

4) Monopoli Kuasa Ekonomi

- Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka, kuasa ekonomi di alam Melayu tidak hanya dimonopolikan oleh satu kuasa sahaja seperti mana semasa Melaka masih lagi berkuasa.

- Monopoli dalam perdagangan ini telah menyebabkan berlakunya perebutan kuasa untuk menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka terdiri daripada tiga buah kuasa utama di alam Melayu iaitu Acheh, Johor, Portugis dan penyertaan kuasa Belanda pula sekitar awal abad ke-16.

- Kota Melaka yang terkenal sebagai pelabuhan entreport sebelum ini telah kehilangan fungsinya semasa Portugis memerintah Melaka. Hal ini kerana berlakunya diskriminasi oleh orang Portugis terhadap pedagang Islam dan berlakunya kegiatan rasuah dalam aktiviti perdagangan oleh pihak Portugis.

- Perkara ini telah menyebabkan pedagang-pedagang Islam mencari pelabuhan baru di perairan Selat Melaka untuk menjalankan aktiviti perdagangan mereka seperti pelabuhan Pasai. Perkembangan pelabuhan Pasai ini telah menyebabkan Portugis menyerang Pasai dan pedagang-pedagang Islam telah beralih pula untuk menjalankan perdagangan di pelabuhan Acheh.

I) Percubaan Portugis Untuk Memonopolikan Kuasa Ekonomi

-Setelah berjaya menawan Melaka, Portugis ingin menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka untuk menggantikan peranan Kesultanan Melayu Melaka sebagai kuasa utama perdagangan di rantau tersebut.

-sebab-> mengawal pasaran rempah di Eropah khususnya bagi memecahkan monopoli perdagangan rempah oleh pedagang-pedagang Islam.

-Portugis telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan dengan Kepulauan Rempah seperti Maluku dan Pulau Banda.

-Dasar ini telah menyebabkan pelabuhan Melaka tidak kekurangan bekalan rempah ratus bagi menjamin kepentingan perdagangannya. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan Portugis di Melaka mampu untuk mengawal perdagangan rempah di Eropah kerana rempah yang didagangkan di pelabuhan Venice telah dibawa dari Kepulauan Melayu.

II) Monopoli Ekonomi Oleh Kerajaan Acheh

-Acheh menjadi pusat pedagangan entreport utama di selat Melaka selepas kejatuhan

Page 7: Teori migrasi

Kesultanan Melaka khususnya menjadi tumpuan utama oleh pedagang-pedagang Islam.

-Kemajuan perdagangan ini telah membuatkan Acheh semakin berjaya menguasai selat Melaka di kawasan sebelah Barat dan menyebabkan Portugis di Melaka merasa terancam.

- Antara perdagangan utama yang dijalankan di perlabuhan Acheh adalah seperti bijih timah, lada hitam, rempah-ratus dan emas yang merupakan barangan yang sangat diperlukan oleh pedagang dari Timur dan Barat.

-Semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda, perdagangan lada hitam sangat dikawal iaitu bekalan lada hitam tersebut harus dibawa ke bandar Acheh terlebih dahulu. Perdagangan yang melibatkan lada hitam pula hanya dijalankan terus dari istana Sultan Iskandar Muda sendiri.

5) Faktor Agama- Terdapat dua kuasa utama telah menjadikan agama sebagai faktor yang telah membawa kepada Perang Tiga Segi iaitu Acheh mewakili orang Islam manakala Portugis mewakili orang Kristian Katolik.

-Semasa awal kedatangannya, Portugis masih lagi terpengaruh dengan semangat Perang Salib yang berlaku di antara orang Islam dan orang Kristian di Barat. Tambahan pula, persaingan perdagangan di Eropah terutamanya di pelabuhan Venice telah menambahkan lagi api kebencian orang Portugis terhadap pedagang Islam.

-Perkara ini telah menyebabkan berlakunya penindasan oleh orang Portugis terhadap pedagang Islam di Melaka khususnya pedagang Islam yang datang dari Tanah Arab.

-Penindasan ini telah menyebabkan pedagang-pedagang Islam mencari pelabuhan lain sebagai alternatif bagi menjalankan aktiviti perdagangan seperti di pelabuhan Pedir dan Pasai yang telah menjadi pilihan utama kerana pelabuhan tersebut berada di bawah pengaruh kerajaan Islam.

-Hal ini telah menyebabkan Portugis telah menyerang Pasai dan perkara ini telah menyebabkan pedagang-pedagang Islam ini terpaksa mencari pelabuhan lain dan Acheh telah terpilih kerana kedudukannya terletak di barat Sumatera yang jauh dari lingkungan kuasa Portugis. -Selain itu, orang Portugis juga amat mementingkan ajaran agama Kristian Katolik sebagai salah satu sebab mereka berada di Alam Melayu. Hal ini dapat dibuktikan apabila

sebuah gereja telah siap dibina pada tahun 1515 dan disusuli dengan pembinaan beberapa buah gereja lagi seperti Gereja Our Lady of the Visitation dan Gereja St. Paul.

- Kuasa Portugis di Melaka juga dilihat cuba untuk menghapuskan kerajaan Islam dan menyekat perkembangan agama tersebut dengan tujuan untuk menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tempatan. - Sebagai sebuah negara Islam, Acheh telah bertindak balas dengan serangan yang dilakukan oleh pihak Portugis terhadap kerajaan Islam yang berhampiran dengan melancarkan beberapa siri serangan dalam usaha untuk mengusir kuasa asing tersebut dari Alam Melayu.

- Di samping itu, Acheh juga berperanan untuk mempertahankan agama Islam kerana pada ketika telah berkembang sebagai sebuah kerajaan Islam yang kuat di Nusantara.

- Perkara ini dapat dibuktikan melalui peristiwa serangan yang dilakukan oleh Acheh ke atas Pedir pada tahun 1924 untuk mengusir kuasa Portugis di Pedir.Serangan ini dilakukan oleh kerajaan Acheh sebagai tindak balas kepada serangan Portugis terhadap Acheh pada tahun 1521.

~~Proses Perang Tiga Segi~~

- Kemajuan perdagangan semasa pemerintahan Sultan Alauddin Ria’ayat Syah menjadikan Acheh muncul sebagai kuasa yang kuat. Dari sudut faktor kemajuan perdagangan tersebut Acheh berjaya menguasai Selat Melaka di sebelah barat yang boleh mengugat kedudukan politik dan ekonomi bagi pihak Portugis di Melaka.

- Pada tahun 1521 Portugis menyerang Acheh tetapi tidak berjaya. Bertitik tolak dari siri peperangan tersebut bermulalah era Perang Tiga Segi antara Portugis (Melaka), Acheh dan Johor.

- 1524 Acheh berjaya mengusir Portugis dari Pedir yang merupakan pusat entrepot utama bagi perdagangan lada hitam di Sumatera.

- Dalam bulan Jun 1535, Estavao da Gama mengetuai dua buah armada perang yang besar dan beberapa armada perang kecil serta 400 askar Portugis menyerang Johor dengan membedil Kota Kara.

- Beberapa hari kemudian askar Portugis mendarat dan berjaya memusnahkan kubu pertahanan Johor tetapi serangan tersebut

Page 8: Teori migrasi

berjaya dipatahkan oleh pejuang-pejuang Melayu Johor.

- Didorong oleh kejayaan dengan pengunduran Portugis, pejuang-pejuang Melayu semakin bersemangat sehingga meninggalkan kubu pertahanan tersebut lalu menyerang balas semasa pengunduran dilakukan oleh pihak Portugis.

- Ramai pejuang-pejuang Melayu terbunuh dalam serangan balas tersebut kerana diperangkap oleh Portugis ketika melakukan serangan terbuka.

-> kubu pertahanan Johor berjaya ditawan dan dibakar oleh pihak Portugis.-> Sultan Alauddin melarikan diri ke Pekan Tua (pusat pentadbiran Johor) lalu mendirikan kubu pertahanan di hulu sungai Sayong Pinang. Kemudian, baginda kembali ke Kota Kara dan membaiki semula kubu pertahanannya di sana.

- Namun, tempat tersebut diserang Portugis dalam tahun 1536 yang diketuai oleh Estavo da Gama sekali lagi dengan jumlah 400 askar Portugis dan tentera upahan Melayu. Sultan Alauddin terpaksa memindahkan pusat pentadbirannya berdekatan dengan muara sungai Johor dan membina kubu pertahanan di Kota Batu serta mengawal ketat laluan utama sungai bagi menjaga keselamatan bandar baru tersebut.

- Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Ria’ayat Syah Al-Kahar naik taktha dalam tahun 1537, Acheh mula meluaskan cita-cita politiknya untuk mengusir dan membebaskan Selat Melaka daripada Portugis dengan menyerang Kota Melaka, tetapi serangan tersebut tidak berjaya.

- Pada tahun yang berikutnya iaitu tahun 1539 dan tahun 1547 Acheh melancarkan serangannya ke atas Portugis namun usaha tersebut menemui kegagalan.

- Pertengahan tahun 1539, Acheh menyerang negeri naungan Johor (Aru) dengan angkatan 160 kapal perang yang mempunyai 12,000 tentera Acheh, Melayu Melaka, Malabar, Gujerat dan juga askar Turki.

- Sultan Alauddin bertindak balas merampas Aru kembali dengan mendapatkan bantuan dari sekutu kuatnya iaitu Siak dan Perak lalu menyerang Aru pada tahun berikutnya.

- Selepas 1547, serangan demi serangan yang dilakukan terhadap Portugis di tahun-tahun 1568 dan 1579 tidak dapat mengalahkan kubu kuat Portugis (A Famosa) yang tidak pernah tunduk dengan serangan musuhnya.

- Portugis dapat mempertahankan kedudukannya di Melaka adalah kerana mempunyai kubu yang kukuh dan sukar untuk ditembusi oleh musuh-musuh.

- Dalam tahun 1551, Johor menyerang Melaka tetapi berjaya dikalahkan oleh Portugis.

- pada tahun 1564 Acheh menyerang Johor secara besar-besaran sehingga bandar Johor dibinasakan dan kuasanya menjadi lemah. Justeru, Johor terpaksa tunduk dibawah kekuasaan Acheh dari tahun 1564 hingga 1636 dan menyebabkan kedudukannya terdesak dan terjejas untuk menjalankan dasar merampas kembali Melaka dari Portugis. - Perang antara Acheh dan Portugis, kerajaan-kerajaan Melayu juga berusaha mengambil dan merampas Melaka dari pihak Portugis seperti Perak, Pahang dan Johor dengan mendapat sokongan daripada kerajaan Jepara pada tahun 1551 tetapi tidak berhasil.

- Antara peperangan yang terbesar ialah serangan Acheh ke atas Johor pada tahun 1613 yang dipimpin sendiri oleh Iskandar Muda Mahkota Alam. Dalam serangan ini Sultan Alauddin semua kerabat-kerabat diraja dan pembesar-pembesar Johor telah ditawan dan dibawa ke Acheh. Ini merupakan kali kedua dalam sejarah empayar Johor sultannya ditawan.

- Di samping itu, Acheh dibawah pemerintahan Iskandar Muda Mahkota Alam menyiapkan satu angkatan armada yang terbesar dan terkuat menyerang Portugis yang dianggap sebagai musuh utama orang Islam dan musuh ketat Acheh dari bumi Melaka seterusnya dari rantau Alam Melayu.

- Serangan Acheh dilakukan melalui dua penjuru. Orang Kaya Laksamana memimpin armada Acheh, menyerang angkatan laut Portugis di laut Melaka. Manakala Orang Kaya Setia Lela menyerang di darat melalui Tranqera, Kampung Jawa, Bandar Hilir dan Tebing Sungai Punggur. Serangan Acheh serentak di darat dan di laut menyebabkan tentera Portugis yang berkubu di Bukit Cina, Bukit St. John dapat dikalahkan dan Portugis berundur dan bertahan di Bukit Gereja Madra de Dios.

- Portugis dapat mempertahankan kekuatannya di Bukit Gereja Madra de Dios selama dua bulan. Acheh meningkatkan serangan terhadap kubu Portugis dan mengalahkannya serta mebunuh Panglima Perang Portugis Diago Lopes de Fonseca. Tentera Portugis yang terselamat dalam serangan tersebut mempertahankan diri ke dalam kota A Famosa dengan Panglima Perangnya yang baru Francisco de Maya.

Page 9: Teori migrasi

Ringkasnya, angkatan tentera Acheh berjaya mengepung kota St. Paul (A Famosa) selama berbulan-bulan lamanya dengan harapan Portugis akan kebuluran dan menyerah diri.

- Angakatan tentera laut Acheh diserang hebat oleh tentera sekutu Portugis yang datang dari Pahang, Johor dan Patani. Dalam masa yang sama tentera bantuan Portugis dari Goa yang dipimpin sendiri oleh Gabenor Nuno Alvares Bathalho menyerang tentera Acheh melalui Kampung Jawa. Jeneral Nuno dan tentera sekutunya dari Pahang menguasai Bukit St. Paul dan melepaskan tentera Portugis yang terkurung dalam Kota A Famosa sejak berbulan-bulan yang lalu.

- Dengan serangan hebat dari selatan dan utara, armada angkatan Acheh dapat dikalahkan. Manakala tentera angkatan darat Acheh yang berkubu di luar Kota Melaka dapat dimusnahkan dan pahlawan Orang Kaya Raja Setia Lela terbunuh dalam serangan ini.

- Serangan Acheh ke atas Portugis kali ini adalah serangan yang terbesar dan terakhir di Melaka.

- kekalahan Acheh pada tahun 1629, Acheh tidak aktif untuk menyerang Portugis di Melaka. Beberapa tahun kemudian Johor-Pahang berbaik semula dengan Acheh disebabkan Puteri Iskandar Muda dikahwinkan dengan Iskandar Thani putera Raja Ahmad Pahang. Iskandar Thani kemudian menjadi Sultan Mahkota Alam (1637-1641).

- Rentetan kekalahan Acheh itu menyebabkannya sebagai kuasa yang kuat beransur menjadi lemah sehingga mendorong pihak Belanda aktif dengan memulakan persahabatan dengan negeri-negeri jajahan Acheh seperti Jambi dan Johor.

- Bagi Johor kekalahan Acheh yang teruk di tangan Portugis telah mengurangkan sedikit ancaman dari Acheh. Persahabatan dengan Belanda diteruskan walaupun Belanda gagal menolong Johor dalam tahun 1613.

- Dalam tahun 1640 Johor dan Belanda bergabung tenaga melanggar Melaka. Kejatuhan Melaka pada 14hb Januari 1641 merupakan satu hadiah besar kepada Johor walaupun tidak dapat memerintah empayarnya dari bandar Melaka lagi. Sehubungan itu, Portugis akhirnya dapat dihalau oleh Johor dengan bantuan sekutu Johor iaitu Belanda.

- Justeru itu, faktor penguasaan politik antara ketiga-tiga kuasa tersebut sangat dominan dan menjadi kunci atau pendorong yang

mencetuskan “penyegitigaan” dalam proses peperangan yang berlaku antara tahun 1521 sehingga 1641. Manakala faktor seperti ekonomi dan agama merupakan sebagai pendorong sampingan kepada perang tiga segi tersebut.

* Pakatan Perang Tiga Segi

- Pakatan perang tiga segi ini berlaku di antara Johor dan Belanda iaitu dalam tahun 1605. Johor bersahabat dengan Belanda dengan mengadakan perikatan untuk menetang Portugis di Melaka dan Acheh. Hubungan Johor dan Belanda telah menimbulkan kebimbangan kepada Portugis sehingga mereka menghantar untusan memberi amaran kepada kerajaan Johor supaya tidak berkerjasama dengan Belanda.

- Namun, amaran daripada Portugis tidak dihiraukan oleh kerajaan Johor sehingga menyebabkan Portugis bertindak menyerang Johor dalam tahun 1603, tetapi dikalahkan dengan bantuan Belanda.

- Pada tahun 1605, Belanda juga menyelamatkan Johor dari serangan Portugis. Pihak Belanda dan Johor mengadakan rundingan-rundingan untuk mengadakan satu perjanjian antara kedua negara.

* Perjanjian Johor-Belanda

-Persetujuan telah dicapai dan perjanjian yang pertama di antara Belanda dan Johor telah ditandatangani pada 17hb Mei 1606. Isi-isi yang dimuatkan dalam perjanjian tersebut ialah;* kedua belah pihak bersetuju untuk melanggar Melaka. Sekiranya berjaya, bandar Melaka akan diserahkan kepada Belanda, sementara kawasan-kawasan sekitarnya diserahkan kepada Johor.

- Pada tahun tersebut, Belanda dan Johor melancarkan serangan ke atas Melaka, namun gagal. Walau bagaimanapun, kegagalan ini tidak menjejaskan hubungan di antara kedua negeri. Perjanjian baru ditandatangani pada 23hb September 1606 mengesahkan semua fasal-fasal yang terkandung dalam perjanjian yang ditandatangani dalam bulan Mei kecuali fasal mengenai Melaka.

- Justeru, tiada kata sepakat mengenai bagaimana untuk mengambil Melaka dari Portugis.

- Johor akhirnya berlembut terhadap dasar Belanda yang ingin Melaka diserahkan

Page 10: Teori migrasi

kepada pihak Belanda. Hal ini telah mengeruhkan lagi hubungan dengan Acheh yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda.

~~Penutup~~- Perang Tiga Segi berlaku antara tiga kuasa

iaitu Acheh, Johor dan Portugis ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang melibatkan kepentingan masing-masing sama ada dari aspek politik atau ekonomi.

- Jika dilihat dari semua aspek, perebutan Kota Melaka boleh dikatakan sebagai faktor paling dominan yang membawa kepada Perang Tiga Segi kerana setiap kuasa yang terlibat mempunyai tujuan yang tersendiri bagi mendapatkan Kota Melaka. Namun, faktor-faktor lagi juga tidak boleh diabaikan kerana sekiranya tidak disokong oleh faktor-faktor yang lain kemungkinan Perang Tiga Segi ini tidak berlaku.

- Peperangan ini telah berlanjutan kerana setiap kuasa mempunyai sokongan yang kuat di belakang seperti Portugis mendapatkan bantuan ketenteraan dari pangkalannya di Goa, Acheh mendapat sokongan dan bantuan ketenteraan dari Kerajaan Turki manakala Johor pula telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Belanda di mana dalam hubungan tersebut, Belanda akan cuba untuk melindungi Johor daripada serangan pihak musuh serta menolong Johor semasa menyerang Portugis di Melaka.

- Hubungan Belanda-Johor -> membolehkan Belanda akhirnya mempunyai kuasa ke atas Melaka dan bawa perubahan besar ke atas Negeri-Negeri Melayu.

~~Portugis Di Kota Melaka~~

~~~Pengenalan~~~

- Keagungan dan kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang termahsyur telah menarik perhatian Portugis untuk datang ke Melaka. Portugis telah mengetahui mengenai kemahsyuran Melaka sebagai sebuah pelabuhan enterpot yang terkemuka di Asia Tenggara dan telah menjadi laluan perdagangan yang paling strategik.

- Terdapat juga khabar angin yang telah mengatakan bahawa terdapat armada Sepanyol yang pergi ke Melaka melalui arah yang berbeza. Disebabkan hal itu, Raja Emanuel, raja Portugal tidak mahu peluang untuk membina kubu di Melaka terlepas ke tangan Sepanyol lebih-lebih lagi Melaka merupakan kawasan pelabuhan entrepot yang paling maju di Asia.

- Keinginan Portugis ke atas Melaka mengundang pada peperangan yg akhirnya Melaka terpaksa akur dengan Portugis. Portugis telah bertapak di Kota Melaka.

~~Faktor-Faktor Portugis Menguasai Melaka~~

1) Menyebarkan Agama Kristian

Kedatangan Portugis ke Asia adalah berlandaskan tiga dasar utama iaitu “Gold, Gospel dan Glory”. -> sebagai faktor utama kepada pelayaran masyarakat Portugis ke kawasan Asia yang masih belum pernah diterokai oleh mana-mana kuasa Barat yang lain.

- Dalam dasar Gospel, pelayaran Portugis ke kawasan Asia adalah untuk menyebarkan agama Kristian dan secara tidak langsung Portugis mahu menghapuskan pusat penyebaran agama Islam di Nusantara. Pada ketika itu, Melaka merupakan sebuah kerajaan Islam yang kuat dan telah menjadi pusat penyebaran agama Islam yang utama. Keadaan turut dibuktikan oleh Colin Jack-Hinton dalam tulisannya yang bertajuk Malacca and Goa and The Question Of Race Relations In The Portuguese Overseas Provinces, beliau telah mengakui bahawa ketika Portugis menakluki Melaka, Melaka telahpun menjadi sebuah kerajaan yang

Page 11: Teori migrasi

bertamadun dan menjadi pusat penyebaran agama Islam.

- kekalahan dalam Perang Salib dan sifat anti-Islam yang kuat dalam diri penjajah Portugis tersebut telah mendorong mereka untuk bermati-matian menakluki Melaka. Mereka percaya bahawa tempat ini merupakan tempat yang terbaik untuk menghalang pedagang Islam di Kaherah, Mekkah, dan Jeddah daripada meneruskan kegiatan mereka.

2) Menguasai Perdagangan Rempah

- Portugis juga ingin menguasai perdagangan rempah di Asia kerana -> Melaka merupakan kerajaan yang terkenal dan menjadi pusat persinggahan kepada pedagang-pedagang dari India, China dan Asia Tenggara.

->mereka boleh mendapatkan sumber segala rempah dan ubat-ubatan daripada kapal-kapal Islam yang melalui Selat Melaka di samping dapat mengalahkan pelabuhan Venice kerana ketiadaan rempah yang akan sampai di sana kecuali orang Venice pergi ke Portugal untuk membelinya.

- Keadaan ini sesuai dengan motif utama Raja Portugal mengerahkan Albuquerque ke Asia iaitu untuk menguasai perdagangan rempah dan juga untuk mencari kepulauan rempah yang terkenal iaitu Maluku.

-> pelabuhan Melaka penting - pusat kawalan aktiviti perdagangan Portugis dengan kawasan-kawasan Hindia Timur. Portugis ingin berhubung terus dengan para pedagang daripada negara-negara yang mengeluarkan hasil rempah di Kepulauan Melayu seperti Maluku, Sulawesi, dan pulau-pulau Sunda Kecil kerana sebelum ini Portugis telah mendaptkan rempah ratus daripada orang tengah yang berdagang ke Melaka seperti pedagang-pedagang Arab dan India.

- satu angkatan di bawah pimpinan Lopes de Sequeira telah dihantar untuk tujuan tersebut pada tahun 1508. Sequeira telah mempersembahkan surat daripada Portugal kepada Sultan Melaka untuk mendapat kebenaran dalam aktiviti perniagaan di Melaka. (gagal (diserang Oleh Kerajaan Melaka n bertindak balas) bawa pada Kejayaan Portugis di Melaka. Melaka dikuasai.)

3) Matlamat untuk mencari kekayaan(Material)

“ Setelah menakluki Goa, Portugis mendapati punca kekayaan mereka bukan berada di India tetapi di Asia Tenggara. Mereka mengumpulkan maklumat dari

semua anak kapal yang datang ke Goa dan akhirnya menyedari ‘sesiapa bertuankan Melaka berkuasa mencekik leher Venice’.

Menurut Tome Pires;“Barang siapa yang menguasai Melaka maka

ia akan dapat menguasai Venice.”- Dalam beberapa pendapat lain juga

mengatakan kekayaan ekonomi adalah matlamat Portugis.

- Seperti yang dikatakan oleh Prof. Dr. Khoo Kay Kim:“ Negara-negara Barat telah berjaya mencari

jalan baharu ke dunia Timur menjelang kurun ke 16. Salah satu daripada akibatnya ialah

peluasan kuasa politik Eropah. Negara-negara Portugis dan Sepanyol mempelopori gerakan ini ke arah Timur. Tujuan utama ialah untuk

mencari kekayaan material”.

~~Dasar Portugis di Melaka dari aspek Politik, ekonomi dan sosial~~

A) Sudut Politik1) Menjalinkan dasar dengan Negara

Luar- Selepas merampas Melaka dari Sultan

Melaka, Portugis menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang Peru, Jawa, Hindu, China, Siam dan orang-orang di Sumatera.

- Tujuan Portugis sebenarnya adalah untuk memulihkan perdagangan antara negara-negara tersebut.

- Sekitar tahun 1511 selepas memulakan pentadbiran di Melaka, Portugis telah menghantar Antonio d'Abreu serta Francisco Serrao ke Pulau Banda dan Maluku untuk menjalinkan hubungan persahabatan.

- Melalui kunjungan tersebut satu Surat Persetiaan ditandatangani oleh Sultan Ternate untuk bersahabat dengan Portugis.

- Pada tahun 1550 pula satu persetiaan telah ditandatangani diantara Portugis dan negara Canton.

- Persetiaan tersebut membenarkan Portugis menjalinkan hubungan perdagangan terhadap China dan Jepun.Hal ini telah membawa kepada penubuhan petempatan di Macau oleh Portugis pada tahun 1554. Portugis juga telah berusaha mewujudkan hubungan perdagangan dengan pelabuhan-pelabuhan penting di Sumatera, terutama sekali Pasai dan Pedir.

2) Sis pentadbiran Portugis-Melaka

Page 12: Teori migrasi

- Sistem pentadbiran Portugis adalah berbentuk militer ataupun ketenteraan. Pentadbirannya diketuai Gabenor Selatan yang dimana gabenor tersebut telah dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas selama tiga hingga empat tahun. Gabenor Selatan tersebut dipilih daripada kalangan golongan Fidalgo, iaitu golongan bangsawan Portugal. Selain itu, Kapten Angkatan Laut merupakan orang yang mengetuai organisasi laut iaitu ketua tentera laut dan dilantik sebagai timbalan kepada Gabenor Selatan. Manakala, Golongan tentera pula diketuai oleh Kapten Jeneral yang berkhidmat setiap tiga tahun dan dibantu oleh golongan Feitor. Dari segi sistem keadilan diletakkan dibawah pengawasan Ketua Hakim.

- terdapat juga orang-orang tempatan yang berasal dari Melaka ditugaskan oleh Portugis untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran yang berkaitan dengan orang tempatan. Pentadbiran Orang Tempatan ini diterajui oleh tiga orang pegawai yang menggunakan gelaran Bendahara, Temenggung, dan Syahandar. Bagimanapun kuasa mereka tidaklah sebesar dan juga sepenting peranan jawatan mereka ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Semasa pemerintahannya, Portugis melaksanakan beberapa sistem pentadbiran perdagangan seperti, kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai enam hingga sepuluh peratus daripada hasil perdagangan mereka, setiap pedagang juga perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang terlebih dahulu.

- Daripada segi pentadbiran awam, Kapten kota dibantu oleh satu Majlis penasihat yang dibawah tiga kawalan utama. Yang pertama ialah Ouvidor atau ketua hakim yang dilantik oleh Vizurai. Beliau mengendalikan keadilan sivil dan mendapat nasihat kapten Kota apabila ada kaitan dengan kes jenayah. Tetapi semua kes yang penting diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Pengadilan di Goa yang merupakan mahkamah terakhir.

- satu golongan tujuh orang tua-tua yang dilantik dari warga terkemuka di Melaka dan mereka pula mengangkat seorang daripada mereka sebagai ketua. Pilihan ini membolehkan ketua ini menjadi Datuk Bandar (Viador) Melaka kelak. Sebagai majistret, mereka membantu Ouvidor dalam pentadbiran dan pengadilan sivil dan jenayah. Mereka turut membantu mengurus kewangan, kerja-kerja awam dan kebersihan bandar tersebut. Yang membantu mereka dan tugas-tugas pembandaran ialah golongan ketiga yang terdiri daripada Biskop Melaka dan tiga orang pegawai yang mewakili agama masyarakat-masyarakat di Melaka.

- Pentadbiran penduduk tempatan dikendalikan oleh tiga orang pegawai yang menggunakan gelaran Bendahara, Temenggung dan Syahbandar iaitu tiga gelaran yang pernah wujud pada zaman Kesultanan Melayu dahulu, tetapi sudah tidak mempunyai kuasa seperti penyandang jawatan-jawatan lama itu. Bendahara, merupakan jawatan seumur hidup, dan dilantik oleh Raja Portugal untuk mentadbir penduduk berbangsa Asia. Beliau berkuasa dalam pengendalian keadilan sivil dan jenayah dan dibantu oleh Temenggung yang bertangungjawab mentadbir kawasan-kawasan pedalaman seperti Naning dan Linggi. Syahbandar pula bertugas menerima utusan asing dan mentadbir kastam dan kapal-kapal Portugis yang masuk ke pelabuhan

3) A-Famosa- setelah penaklukan Melaka, Vizurai Alfonso

D’Albuquerque duduk di situ selama tiga tahun untuk menyusun pentadbiran dan mengembalikaan kedudukan perdagangan seperti sediakala. Ia sedar bahawa Sultan Mahmud akan mencuba mengambil balik ibu kotanya. Lalu Alfonso telah membina sebuah kota yang besar lagi teguh, A Famosa (yang mashyur) berbentuk segi lima dengan tembok setebal 8 kaki.

- Sebuah menara segi empat telah dibina hampir dengan jambatan. Di atas bukit, tempat dulunya berdiri istana Raja Melaka, telah didirikan gereja st.Paul. Kota ini menjadi tempat kediaman masyarakat portugis, bangunan-bangunan pentadbiran, hospital dan penjara, manakala di luarnya tinggal orang Melayu dan kaum-kaum bangsa asia yang lain.

- Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluertede Santiago.

- mengukuhkan lagi pertahanan Portugis di Melaka. Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

B) Sudut Sosial1) Sis Pendidikan dan penubuhan

Gereja

Page 13: Teori migrasi

- Semasa pentadbiran Portugis di Melaka, mereka telah memperkenalkan sistem pendidikannya terhadap penduduk Melaka -> Menyebarkan dan kukuhkan agama Kristian di Melaka melalui Pendidikan. Utamanya, terhadap penduduk islam di Melaka.

- Orang Portugis telah menubuhkan gereja Katolik di Melaka. Asas pendidikan dalam pentadbirannya -> misi Orang Portugis menjadikan Kristian sebagai sebuah agama yang semakin meluas di Melaka semakin tercapai apabila Orang Portugis telah berkahwin dengan penduduk tempatan.

- Pendidikan Portugis adalah tidak formal dan formal. Pendidikan tidak formal melibatkan anak-anak Portugis yang diasuh semasa kecil agar taat dan setia kepada agamanya (bermula di Rumah) dan kemudian dihantar ke sekolah-sekolah Katolik supaya pelajaran yang didapati di rumah diperdalami lagi yang disebut sebagai pendidikan secara formal.

- Sebuah sekolah telah dibuka bagi menerapkan dan menyebarkan agama Kristian di Melaka -> ditubuhkan oleh St. Francis Xavier kerana para misionari kristian beranggapan bahawa melalui penubuhan sekolah tersebut dapat mendedahkan lagi agama Kristian kepada penduduk tempatan

- Beberapa sekolah-sekolah katolik telah dibina yang berfungsi untuk memperdalamkan lagi agama Kristian katolik dalam diri anak-anak orang Portugis; Sacred Heart Convent dan St. Francis Institution -> diajar pelajaran Catechism dan Moral dalam sekolah tersebut dan digalakkan bersembahyang di Chapel sekolah dan gereja-gereja pada hari Ahad.

- Tiap-tiap rumah telah didirikan altar iaitu tempat letaknya patung Our Lady. Hal ini menunjukkan identiti penghuni rumah tersebut sebagai salah satu daripada penganut agama Kristian Katolik.

- Dua orang mubaligh Kristian telah dihantar ke Melaka oleh Francis Xavier bertujuan sebagai panduan kepada agama Kristian Katolik dan menyebarkan pengaruhnya di Melaka iaitFather Peru ez dan Brother Oliveira dan telah berjaya menubuhkan sekolah di Melaka. Pada mulanya, sebuah gereja kecil yang terdapat di atas bukit di Melaka telah ditubuhkan oleh mereka dan gereja tersebut menjalankan pendidikannya selepas dibina. Seramai 180 pelajar terlibat dalam pendidikan yang dijalankan oleh mereka tetapi jumlah tersebut semakin bertambah dan tidak dapat menampung.

- Tertubuhnya sebuah Kolej Jesuit. Kolej ini lebih besar dan boleh menampung jumlah

pelajar yang banyak. Walau bagaimanapun, fungsi kolej tersebut adalah lebih meluas iaitu memberikan pendidikan yang lebih sistematik dan efektif.

C) Sudut Ekonomi Portugis di Melaka

1) Pengenalan Dasar Monopoli

- Portugis telah memperkenalkan suatu peraturan terhadap para pedagang di sekitarnya dengan memperkenalkan penggunaan pas pelayaran ataupun cartazes->menyebabkan kapal-kapal yang belayar melintasi Selat Melaka wajib singgah di Melaka;

- memastikan Melaka kekal sebagai sebuah pelabuhan tempat persinggahan para pedagang.

- mengawal kegiatan lanun tempatan. Dilaksanakan dengan melalui kekuatan tentera laut Portugis bagi memastikan kegiatan perdagangan di pelabuhan berjalan dengan lancar dan segala peraturan yang ditetapkan dapat dituruti oleh semua pedagang-pedagang yang datang berdagang ataupun melalui perairan selat Melaka.

- menggunakan kekuatan tenteranya dengan menyerang kapal yang tidak mempunyai surat kebenaran daripada kapitan kota. Tujuan Portugis -> adalah untuk mengekalkan kuasa monopoli mereka di selat Melaka. -> pelabuhan Gujerat dan Koromandel, Portugis mengawal perdagangan seperti mengeksport belacu dan kain kapas.->Portugis bertindak memonopoli perdagangan rempah ratus di pelabuhan Melaka.

- undang-undang baru telah di perkenalkan oleh Portugis semasa pemerintahannya berkaitan dengan perdagangan di pelabuhan Melaka. Sebuah organisasi dibentuk iaitu terdiri daripada orang-orang Portugis sendiri yang ditugaskan untuk mengawal dan memantau kelancaran perdagangan di pelabuhan. Organisasi ini Menggantikan Undang-Undang Laut Melaka serta Hukum Kanun Melaka yang telah di tubuhkan semasa pemerintahan Sultan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Pegawai-pegawai Portugis telah dibawa dari Portugal untuk memantau perdagangan dipelabuhan tersebut->kuasa yang berpengaruh dipelabuhan dan boleh memonopoli perdagangan.->pembesar-pembesar melayu masih boleh mengendalikan hal-hal berkaitan dengan penduduk melayu dan pedagang-pedagang yang berasal dari Asia.

Page 14: Teori migrasi

2) Pengenalan sistem jual beli

- memperkenalkan sistem jual beli semasa pentadbirannya di Melaka iaitu kapal-kapal yang datang dari negeri bawah angin seperti Semenanjung Asia Tenggara, Timur Serta Indonesia tidak dikenakan sebarang duti sebaliknya mereka harus patuh pada sistem yang diperkenalkan oleh Portugis iaitu sistem belian. -> kapal-kapal pedagang yang tidak dikenakan duti harus menjual dagangan mereka kepada Portugis iaitu 25% daripada isi kapal yang dibawa dan potongan sebanyak 20% pada harga pasaran.->Portugis membayar dalam bentuk barang dagangan eksport yang dinilai pada harga barang pasaran dan dicampur 20%.->sistem belian lebih kepada suatu bentuk cukai dengan sebanyak 5% dikenakan jika melihat kepada peratus yang dikenakan oleh Portugis terhadap Kapal-kapal pedagang. Pentadbiran Portugis pada 1541 di pelabuhan semakin pesat. Hasil keuntungan Portugis terhadap duti telah mencecah sebanyak 40 000 hingga 50 000 Cruzado setahun- > Kaya.

3) Pengenalan Sistem cukai

- Pengenalan cukai kastam. Cukai ini dikenakan terhadap kapal-kapal pedagang yang melalui perairan Selat Melaka. Cukai-cukai yang dikenakan oleh Portugis adalah tidak sama terhadap semua kapal-kapal pedagang.

- Portugis mengenakan cukai-- 10% terhadap barang-barang dagangan yang

datang dari China.- 8% barang-barang yang datang dari

Benggala.

- Mengenakan tol kepada kapal-kapal pedagang yang melalui Selat Melaka. Kapal-kapal pedagang ini harus mengambil cartazes iaitu pas laut di pelabuhan Melaka sebelum belayar ke Timur atau pun Barat. cara paksaan untuk pastikan kapal-kapal pedagang singgah berdagang di pelabuhan Melaka -> suatu kuasa yang berpengaruh dan mengusai perairan Selat Melaka dengan menjadikannya sebagai lebuh raya persendirian. bahan makanan yang dibawa masuk ke Melaka tidak dikenakan sebarang cukai oleh Portugis.

~~~Cabaran Portugis Di Melaka~~~

1) Penentangan Sultan Mahmud

- Setelah Melaka jatuh ke tangan orang Portugis, maka Sultan Ahmad yang pada ketika itu memerintah Melaka telah berundur ke Bentayan manakala Sultan Mahmud ke Kota Kampar- Penentangan telah dilakukan.Selagi Raja masih Hidup, sepulu negeri pun dapat didirikan.

Siri-siri penentangan:

Julai 1512 – Diketuai Laksamana Hang Nadim, orang Melayu menyerang Portugis di Melaka tetapi orang Portugis dapat mempertahankan Melaka.

1510-1528 – Orang Melayu di bawah kepimpinan Sultan Mahmud telah menyerang Melaka beberapa kali yang diketuai oleh Laksamana Hang Nadim

1519 – Orang Melayu telah menyekat makanan supaya tidak sampai ke Melaka dan memaksa Portugis mendapatkan bantuan dari Burma.

Dari tahun 1512-1528 - Sultan Mahmud (Bentan) menyerang secara terbuka hinggalah mangkat; Sultan -> menyekat bekalan tersebut dan menghalang perjalanan kapal membawa beras ke bandar Melaka. Penduduk melaka telah hampir kebuluran –

- terselamat dengan ketibaan bantuan dan kekuatan dari Goa dan dari negeri China serta pegu dan Siak.

1520– Dibawah Paduka Tuan dan Sultan Abdul Jalil (Raja Kampar) orang Melayu telah menyerang Portugis di Melaka.

- Menurut surat daripada Alfonso de Albuquerque dalam Malacca Historical Eveents: “ ancaman sultan Mahmud juga melalui pakatan secara sulit / rahsia dengan seorang hamba yang setia dan dipercayai iaitu Mengeliz. Mengeliz secara rahsia berpura menderhakai kepada sultan Mahmud dan mencuri harta baginda dan kemudiannya berlindung di kota Melaka di bawah Portugis dengan matlamat membunuh kapten Portugis dan menawan kota tersebut. Walapun beliau sempat membunuh bebarapa orang di dalamnya tetapi gagal dalam percubaan tersebut.”

Tindakbalas Portugis:

Ogos 1512 ->Portugis menyerang Pagoh yang diketuai Fernao Peres De Andrade.

1519 -> Portugis menyerang Pagoh diketuai Duarte De Millo.

1520 ->Portugis menyerang Pagoh diketuai Garcia De Sa

Page 15: Teori migrasi

1520 –1521 -> 18 kapal dan 600 orang askar diketuai Jeorge De Albuquerque menyerang Bentan.

1523, 1524, dan 1526 -> Portugis Menyerang Bentan.

- Portugis masih bertahan:kekuatan kota yg xdpt dicerobohi;Kota yang dimaksudkan ialah kota A’ Famosa. Pembinaan Kota A Famosa menunjukkan bahawa Portugis melihat ancaman daripada pihak luar termasuk dari Sultan Mahmud sebagai ancaman yang besar.

2) Kemunculan, Kebangkitan dan Serangan Acheh Terhadap Portugis di

Melaka

Siri serangan Acheh Terhadap Portugis;

menyerang Portugis di Sumatera. Portugis datang ke sumatera; kepentingan ekonomi dan perdagangannya, undangan keluarga pemerintah Pasai sendiri untuk menjamin takhtanya->Dengan kesempatan inilah maka Portugis dapat bertapak di Pasai, Daya dan Pidi, lantaran raja-rajanya juga menghulurkan salam persahabatannya dengan Portugis -> Perkembangan-perkembangan seperti inilah yang mendorong kebangkitan Acheh, yang merasa terpanggil buat menegakkan ketuanan Islam di Alam Melayu.

Zaman Sultan Ali Mughayat Shah (1511-1530). -> 1521 Portugis dihalau dari Daya dan Pidi dan kota pertahanan portugis di pasai hancur.

Sultan Alauddin Riayat Shah (1537-1571) serangan hanya berlaku terhadap Portugis di sumatera, dan dengan pembinaan angkatan darat dan laut Acheh, beliau telah menyerang kubu Portugis di Melaka sendiri. Sebab itulah beliau digelar “al-Qahhar” iaitu yang gagah perkasa.

Serangan ke atas portugis di Melaka; 1537 dan 1547 dengan angkatan laut yang besar, menyerang Melaka. 1564 dengan bantuan Empayar Turki Uthmaniah menyerang Kota Melaka. Serangan ini hampir-hampir melemahkan Portugis, kalau tidak kerana adanya kerjasama dan persahabatan Johor dengan Portugis, yang mengakibatkan Acheh merasa semacam ditikam dari belakang.

Kenaikan Sultan Ali Riayat Shah (1571-1579); dasar permusuhan terhadap Portugis itu diteruskan -> Tahun-tahun

1573, 1575, dan 1577 Kota Melaka telah diserangnya. Bagaimanapun kerana kekuatan Kota itu sendiri, serangan-serangan itu tidak mendatangkan kejayaan. Ketika zaman beliau, kerajaan Acheh menghadapi masalah perebutan kuasa, sehingga melemahkan kestabilan pentadbiran kerajaannya sendiri.

Kebangkitan Sultan Iskandar Muda (1607-1636); bagi Portugis tercabar; atas dasar Sultan Iskandar Muda -> Pedagang Islam lebih cenderung untuk berdagang di pelabuhan Islam seperti Acheh, Pasai dan Johor. Acheh menjadi pusat enterport utama di selat Melaka Kemajuan perdagangan membuatkan Acheh lebih berjaya menguasai Selat Melaka di kawasan sebelah Barat dan menyebabkan Portugis di Melaka merasa terancam. Misalnya perdagangan rempah; biji timah, lada hitam dan emas yang sangat diperlukan oleh pedagang dari Timur dan Barat telah dikawal oleh Sultan -> menggugat kuasa hegemoni Portugis di Melaka.

Zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda dianggap sebagai zaman keemasan Acheh. Dalam hubungannya dengan dasar luar negeri, memang ternyata beliau banyak melakukan penaklukan terhadap kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera dan juga semenanjung Tanah Melayu.

1615 dan juga 1638/39 ->Acheh hampir berjaya menjatuhkan Portugis, tetapi akhirnya bantuan Pahang terhadap Portugis telah membawa kekalahan bagi Acheh.

3) Ancaman Daripada Negeri-Negeri Di Tanah Melayu (Pahang dan Perak)

- Pahang yang diperintah oleh Raja Muhammad iaitu anak Sultan Mansur Syah mewujudkan pentadbiran yang sama dengan Melaka. Setelah Melaka ditawan portugis, Pahang menganggap orang portugis sebagai musuh. Hubungan Pahang dengan Kesultanan Johor adalah baik dan kedua-dua kerajaan itu berpakat menentang portugis.

- Kerajaan Perak yang pertama ialah Sultan Muzaffar Syah iaitu putera sultan Mahmud di Melaka. Perak juga dikaitkan dengan Acheh seperti negeri-negeri lain iaitu kedah, Pahang dan Johor lama. Hubungan yang erat ini membantu mengukuhkan kedudukan Acheh di Alam Melayu terutamanya dalam menentang kuasa Portugis di Melaka.

4) Penentangan semasa Kesultanan Johor

Page 16: Teori migrasi

- Pada tahun 1533 Sang Naya seorang rakyat Johor dan cuba menyerang Portugis dari dalam Melaka semasa Portugis pergi ke gereja. Tetapi rancangannya diketahui lalu ia di bunuh dengan cara menjatuhkannya dari menara bangunan. Perbuatan ini menyebabkan Sultan Johor pada masa itu marah. Oleh itu, Estavo Da Gama (anak Vasco Da Gama) telah menghantar wakil ke Johor untuk menjelaskan pembunuhan Sang Naya tetapi wakil itu telah ditangkap lalu disuruh memanjat pokok yang tinggi dan ditolak ke bawah lalu mati. Oleh itu, pada Jun 1533, Portugis dengan dua buah kapal dan 400 askar diketuai Estavo telah menyerang Johor dan memaksa Sultan berundur ke Sayung. Serangan ini menyebabkan orang Melayu marah dan menyerang kapal Portugis yang lalu di perairan Johor. 1536 Portugis menyerang Sayung dan telah menang dan ini memaksa Sultan untuk berdamai. Pada Januari 1511, dengan bantuan Perak dan Pahang, Johor telah menyerang Portugis dengan angkatan 200 perahu dan 5000 askar.

- mereka telah mengepung Melaka selama tiga bulan tetapi gagal setelah Portugis merancang menyerang Perak dan Pahang serta Johor dan ini mendesak ketiga-tiga negeri untuk berundur dan mempertahankan negeri mereka. Sejak itu, Johor tidak lagi menghantar misi semasa Sultan Alauddin Riayat Shah II.

- Pada tahun 1564, Sultan Alauddin Riayat Shah al-Qahhar iaitu Sultan Acheh, telah menyerang Johor dan menawan Sultan Alauddin serta keluarganya dan mereka telah dihukum bunuh. Pada tahun 1570/71 Sultan Umar yang berasal dari negeri Pahang ( Putera Raja Ahmad dengan Puteri Puspa Dewi) dilantik menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Ali Jalla Abdul Riayat Shah II dan baginda melantik Tun Seri Lanang menjadi Bendahara Johor. Sultan Ali mendirikan kerajaan Johor Lama.

Semasa pemerintahan Sultan Ali, terdapat beberapa siri serangan orang Johor ke atas Melaka iaitu :

Tahun 1577 – Johor membantu Acheh menyerang Portugis, pada masa ini hubungan Johor dengan Acheh adalah baik.

Tahun 1587 – Sultan Ali menyerang Portugis di Melaka tetapi gagal.

Disebabkan siri serangan Johor ini maka Portugis juga telah melancarkan serangannya ke atas Johor iaitu;

Tahun 1576 – Portugis menyerang Johor Lama tetapi gagal.

Tahun 1578 – Portugis sekali lagi menyerang Johor Lama sekali lagi gagal kerana pada masa ini Johor dan Acheh bersahabat baik dan Johor dibantu oleh Acheh mempertahankan Johor.

Julai 1587 – Portugis menyerang Johor dan pertempuran di sungai Johor dan pada masa ini Johor kalah tetapi oleh sebab orang Portugis ghairah untuk menyerang orang Johor maka pasukannya terpecah dua lalu diserang balik oleh orang Johor dan akhirnya Portugis kembali ke Melaka.

15 Ogos 1587 – Portugis di bawah Poula De Lima menyerang Johor Lama dan Kota Batu dengan kekuatan 600 askar dan masa ini Johor dengan kekuatan 8000 askar. Pada masa ini Johor kalah dan Portugis telah merampas 800 meriam gangsa, emas, perak dan 1200 perahu.

Tahun 1589 – Angkatan Portugis dibawah Francisco Da Sauza Perira menyerang Batu Sawar dan mengalahkan Johor dengan 20 meriam. Setelah beberapa kali diserang dan menyerang maka Sultan Ali telah menjalankan beberapa cara untuk mempertahankan negerinya.

pada 1582 Sultan Ali telah bersahabat dengan Portugis untuk mempertahankan Johor dari serangan Sultan Alauddin Mansur Shah yang pada masa itu menjadi Sultan Acheh (1577 – 1585).-> Sultan Alauddin Mansur mahu Johor dibawah pemerintahan Acheh pada tahun 1587.

5) Penentangan Orang Melayu Naning

- Apabila portugis bermusuh dengan Johor pada tahun 1586 orang Melayu Naning tidak lagi menghantar dagangannya terutama makanan ke Melaka dan ini menyebabkan Portugis risau kerana tidak mendapat bekalan ini.

- Ini menyebabkan pada Nov 1586, Diego De Azambuja telah pergi ke Naning dengan membawa 500 askar dan menyerang tabuh Naning.

- Kekuatan tentera Naning pada masa itu ialah sebanyak 2 000 orang sahaja. Orang Naning menggunakan senapang pemuras dan sumpitan tetapi akhirnya Naning tewas ke tangan Portugis dan Naning terpaksa akur kekuasaan Portugis di Melaka.

6) Kebangkitan Penentangan Johor dan Belanda

- Sultan Abdullah yang dikenali juga sebagai Raja Seberang atau Raja Bungsu telah memerintah Johor menggantikan Alauddin Riayat Shah III al-Mansur yang merupakan

Page 17: Teori migrasi

sultan dari tahun 1507 – 1615 tidak menjalankan pemerintahan dalam negara dengan cekap.

- Johor mengadakan hubungan dengan Belanda dan ini diikuti dengan lawatan Belanda ke Johor iaitu, Jacob Van Heemsberk pada tahun 1602, Jacob Pietersz Van Enkhuijen pada tahun 1603 dan lawatan Laksamana Wijb An Wijck pada Mei 1604.

- pada 17 mei 1606 Sultan Abdullah telah membuat perjanjian dengan Belanda, antara lainnya ialah Johor hendak bekerjasama dengan belanda untuk menyerang Portugis dan dengan itu Sultan Abdullah telah menghantar bantuan 50 buah perahu dan 3 000 askar dan askar Belanda pula ialah sebanyak 11 buah kapal laut.

- Pada 18 Mei 1606, Belanda dan Johor mengepung Portugis di Melaka sehingga Ogos 1606. Portugis telah mendapat bantuan sebanyak 14 buah kapal perang dan berjaya menahan angkatan Johor-Belanda.

- Pertempuran berlaku pada 17 Ogos 1606 dan pada 24 Ogos 1606, Cornelis Matelief iaitu angkatan Belanda cuba mendapatkan pengesahan perjanjian 17 Mei dengan Sultan Alauddin III. Pada 20 Mei 1640, Jeneral Antonio Van Diemen pergi ke Melaka dengan 4 buah kapal dan 332 askar dan pada Julai 1640, Sultan Abdul Jalil yang menjadi Sultan Johor-Pahang atas bantuan Belanda pada 1638 telah menghantar bantuan sebanyak 40 perahu dan 1 500 askar yang diketuai Laksamana Abdul Jamil. Angkatan ini telah berpecah kepada 3 iaitu angkatan Jacob Cooper, William Caertekoe dan angkatan Laksamana Tun Abdul Jamil Paduka Raja.

- Ogos 1640 -> mengepung kota Melaka dan pada Januari 1641 mereka telah dapat menembusi kota Melaka dan Gabenor Melaka pada masa itu Manuel De Souze Cautinhi telah menyerah kalah pada 14 Jan 1641 maka berakhirlah pemerintahan Portugis di Melaka.

7) Cabaran Faktor Dalaman Portugis di Melaka

- Serangan Sultan Mahmud mengurangkan perdagangan Melaka sehingga memburukkan keadaan kewangan portugis itu sendiri.

- pelabuhan Melaka mengalami kemerosotan dengan perkembangan pelabuhan Acheh dan pembukaan pelabuhan Singapura oleh Belanda. Pembinaan Kota A Famosa sahaja sudah menelan perbelanjaan yang banyak. Ini dibuktikan menerusi pernyataan Macgregor iaitu:

“kesukaran pentadbiran portugis di Melaka hendak membayar gaji dengan tetap kepada

pekerja mereka, jadi menjelang 1527 gaji

dibayar mengikut bayaran tunggakan. Tenteranya pun biasanya terpaksa membeli alat perang serta pakaian mereka sendiri.”

- Perhubungan portugis dengan negeri-negeri melayu tidak pernah secara terbuka (jajahan Melaka) Portugis hanya di Melaka.

- Portugis sudah berjaya menguasai Melaka namun cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Portugis bukanlah sedikit kerana terpaksa berhadapan dengan penentangan dari Sultan Mahmud, kemunculan Acheh sebagai suatu kuasa perdagangan yang baru disamping kebangkitan kerajaan Kesultanan Johor-Riau yang dibantu oleh Belanda amat menekan Portugis di Melaka. Masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Portugis ini secara langsung telah menyebabkan pendudukan Portugis di Melaka menjadi lemah. Walaupun banyak inisiatif yang telah dilakukan namun itu tidak cukup untuk menghalang cabaran dari luar. Akhirnya, British menyerah kalah pada bulan januari 1641 dan Belanda berjaya menguasai Melaka.

~~Penutup~~

- meskipun Portugis mampu bertahan dalam masa yang sangat lama iaitu selama 130 tahun, mereka tidak putus-putus menerima tentangan terutama dari kepulauan sekitarnya. Portugis hakikatnya hanya dapat menguasai kota Melaka sahaja tetapi tidak di bahagian sekitarnya. Tekanan dari dalam dan luaran yang terpaksa dihadapi Portugis dari Melaka merunsingkan lagi keadaan. Walaupun begitu, jika dikira dari segi masa, pengusiran Portugis ini secara logiknya adalah lebih dominan jika dikatakan bahawa mereka sudah kenyang dan kaya dengan hasil yang diperoleh hasil pendudukannya di Melaka.