teori kemalangan

9
KEMALANGAN Kadar kemalangan dalam Negara kita yang dilaporkan oleh PERKESO dari tahun 2004 telah menurun daripada 92,074 kemalangan 1999 kepada 55,509 kemalangan. Walaupun kadar kemalangan di Negara kita berkurangan, kita tidak boleh mengambil mudah hal ini.. Terdapat pelbagai teori- teori penyebab kemalangan. Antaranya ialah teori Domino Heinrich, teori ‘multi-causation’( Teori factor manusia). teori kemalangan/peristiwa, Teori Sistem, Teori Epidemiologikal dan teori Bird dan Lofus. Menurut Russel de Reamer 1985, keazaman dan keinginan untuk bekerja dalam keadaan selamat boleh dicipta dalam minda semua pekerja. Kemalangan boleh didefinasikan sebagai sesuatu peristiwa yang tidak diduga/dirancang berlaku dalam satu urutan kejadian atau melalui satu kombinasi penyebab-penyebab. Ia mengakibatkan kecederaan fizikal, penyakit kepada individu, kerosakkan harta benda, kehilangan, pengelakkan (near-miss) atau mana-mana kombinasi kesan-kesan tersebut . Insiden pula boleh dikelasfikasikan sebagai semua situasi yang tidak diingini atau pengelakkan (near misses) yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kemalangan. Kecederaan adalah kecederaan kepada tubuh yang diperolehi disebabkan kemalangan cth terkoyak, melecet, lebam dan lain-lain. Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa : 1. Semua kemalangan adalah insiden 2. Semua insiden bukanlah kemalangan 3. Semua kecederaan timbulnya daripada kemalangan 4. Semua kemalangan tidak semestinya menyebabkan kecederaan TEORI- TEORI PENYEBAB KEMALANGAN Teori Domino Heinrich Teori Domino Heinrich diperkenalkan oleh H.W.Heinrich pada tahun 1959. Ia adalah berdasarkan kepada rangkaian atau urutan peristiwa. Peristiwa tersebut disusun secara kronologi hinggalah kepada kejadian kemalanan. Lima faktor/peringkat dalam rangkaian/ urutan peristiwa 1. Persekitaran 2. Kesilapan seseorang 3. Tindakan yang tidak selamat 4. Kemalangan 5. Kecederaan Urutan Peristiwa Kemalangan teori ini boleh dijelaskan seperti berikut Peristiwa (a) Peristiwa (b) Peristiwa(c) Kemalangan

Upload: ariff-mohamed

Post on 25-Jul-2015

2.253 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: teori kemalangan

KEMALANGAN

Kadar kemalangan dalam Negara kita yang dilaporkan oleh PERKESO dari tahun 2004 telah menurun daripada 92,074 kemalangan 1999 kepada 55,509 kemalangan. Walaupun kadar kemalangan di Negara kita berkurangan, kita tidak boleh mengambil mudah hal ini..

Terdapat pelbagai teori-teori penyebab kemalangan. Antaranya ialah teori Domino Heinrich, teori ‘multi-causation’(Teori factor manusia).teori kemalangan/peristiwa, Teori Sistem, Teori Epidemiologikal dan teori Bird dan Lofus. Menurut Russel de Reamer 1985, keazaman dan keinginan untuk bekerja dalam keadaan selamat boleh dicipta dalam minda semua pekerja. Kemalangan boleh didefinasikan sebagai sesuatu peristiwa yang tidak diduga/dirancang berlaku dalam satu urutan kejadian atau melalui satu kombinasi penyebab-penyebab. Ia mengakibatkan kecederaan fizikal, penyakit kepada individu, kerosakkan harta benda, kehilangan, pengelakkan (near-miss) atau mana-mana kombinasi kesan-kesan tersebut . Insiden pula boleh dikelasfikasikan sebagai semua situasi yang tidak diingini atau pengelakkan (near misses) yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kemalangan. Kecederaan adalah kecederaan kepada tubuh yang diperolehi disebabkan kemalangan cth terkoyak, melecet, lebam dan lain-lain. Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa : 1. Semua kemalangan adalah insiden 2. Semua insiden bukanlah kemalangan 3. Semua kecederaan timbulnya daripada kemalangan 4. Semua kemalangan tidak semestinya menyebabkan kecederaan

TEORI-TEORI PENYEBAB KEMALANGAN

Teori Domino Heinrich Teori Domino Heinrich diperkenalkan oleh H.W.Heinrich pada tahun 1959. Ia adalah berdasarkan kepada rangkaian atau urutan peristiwa. Peristiwa tersebut disusun secara kronologi hinggalah kepada kejadian kemalanan. Lima faktor/peringkat dalam rangkaian/ urutan peristiwa 1. Persekitaran 2. Kesilapan seseorang 3. Tindakan yang tidak selamat 4. Kemalangan 5. Kecederaan

Urutan Peristiwa Kemalangan teori ini boleh dijelaskan seperti berikut Peristiwa (a) Peristiwa (b) Peristiwa(c) Kemalangan

Kesan

Teori ‘multi-causation’(Faktor Manusia)

Menurut teori ‘multi-causation’, mungkin terdapat lebih daripada satu penyebab kepada kemalangan . Contoh yang boleh dijelaskan ialah seperti dalam gambar rajah dibawah: Penyebab a Penyebab b Penyebab c Kemalangan

Setiap penyebab ( a, b, c ) ini mempunyai persamaaan dengan peringkat ketiga teori Heinrich yang mewakili tindakan yang tidak selamat atau situasi. Sikap terhadap keselamatan (kelemahan/kesilapan seseorang) itu akan ditentukan oleh : 1. Genetik/Gender 2. Persekitaran 3. Pendidikan 4. Tekanan kumpulan 5. Ciri Am Keselamatan 6. Kesihatan 7. Umur 8. Pengalaman 9. Persepsi terhadap risiko 10. Keperluan atau sasaran kerja 11. Keperluan atau sasaran individu 12. Latihan 13. Kaum

Page 2: teori kemalangan

Teori ini juga menyatakan bahawa kemalangan ialah satu rantaian peristiwa yang berpunca daripada kesilapan manusia iaitu beban berlebihan,tindakbalas yang tidak sesuai dan aktiviti yang tidak sesuai.

Teori Bird dan Lofus Teori ini memahami sesuatu kemalangan itu berlaku dan hasil utama ialah majikan dan pekerja perlu bertanggungjawab dalam hal-hal isu keselamatan & kesihatan di tempat kerja. Teori Bird dan Lofus boleh di jelaskan seperti gambarajah berikut:

Mengikut gambarajah di atas pengurusan yang kurang kawalan keselamatan akan menyebabkan sebab-sebab asas kemalangan wujud. Sebagai contoh di sebuah pasaraya susu tin yang disusun terlalu tinggi boleh dijadikan asas akan berlakunya kemalangan. Carta alir yang berikut merujuk kepada simton-simton berlakunya kemalangan dan sebagai contoh jika terdapat pekerja atau pelanggan yang melanggar tin susu tersebut akan mendatangkan bahawa dan seterusnya mengundang kepada kemalangan. Ini akan menyebabkan berlakunya kecederaan pada pekerja atau pelanggan yang datang.

Teori Kemalangan/ peristiwa Teori ini diasaskan oleh Dan Petersen.Petersen telah memperkenalkan unsure-unsur baru seperti perangkap ergonomik dan kesilapan dalam membuat keputusan .

Dibawah adalah model Teori kemalangan.

Lebih bebanan • • •Tekanan Keletihan MotivasiDadah/alkohol

keraguan

Kegagalan sistem

Polisi Tanggungjawab Latihan•

Pembetulan

TEORI KEMALANGAN/PERISTIWA

Perangkap ergonomik

Kesilapan keputusan

Tempat kerja tidak sesuai Jangkaan yang tidak tepat

Salah nilai risiko Tidak menyedari kesilapanKeputusan berdasarkan logik

Kesilapan manusia/pekerja

kemalangan

kecederaan

Page 3: teori kemalangan

Teori Sistem Merupakan sekumpulan unsur atau elemen yang sering berinteraksi dan berkait antara satu sama lain. Teori ini menunjukkan kemungkinan berlakunya kemalangan kerana sebuah sistem terdiri daripada unsure-unsur berikut:a) Individu (‘host”)

b) Mesin (“Agensi”)c) Persekitaran Pusingan maklumbalas

Mesin Individu

Persekitaran Interaksi

Kumpul Maklumat

berat risiko

buat keputusanTugas yang perlu dilaksanakan

Model Teori Sistem

Teori Epidemiologikal

Teori epidemiological menyatakan bahawa model-model yang digunakan untuk mengkaji dan menentukan hubungan ini boleh juga digunakan untuk mengkaji hubungan sebab akibat di antara factor persekitaran dengan kemalangan atau penyakit

TEORI EPIDEMIOLOGIKAL

Ciri-ciri kecenderungan

Cirri-ciri mengikut keadaan

Pengaruh terhadap orang Tanggapan Faktor persekitaran

Penilaian risiko oleh individu Tekanan rakan sekerja Keutamaan oleh penyelia Sikap

Model Teori Kemalangan Epidermiologikal

TEORI YANG DI GUNAKAN OLEH MAJIKAN TEMPAT KERJA

Teori yang boleh digunakan ditempat kerja ialah teori multi-causation/ Faktor manusia. Ini kerana teori multi-causation menjelaskan lima punca berlakunya kemalangan seperti berikut: 1. Latihan 2. Umur 3. Kaum 4. Ciri Am Keselamatan 5. Pendidikan Oleh yang demikian teori multi-causation boleh diguna pakai untuk mengelakan berlakunya kemalangan ditempat kerja dengan mengambil kira beberapa faktor berikut:

1. Latihan Di Tempat Kerja

Page 4: teori kemalangan

Majikan merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan latihan dan yang seumpamanya kepada para pekerja untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja. Majikan mesti menyediakan tempat kerja dengan sistem penyelenggaraan persekitaran yang bersih, selamat dan tanpa risiko. Maklumat, penerangan mengenai bahaya industri dalam program latihan keselamatan, mengadak bahan-bahan berbahaya juga perlu disediakan (Noor Hasani Hashim, 1997).

2. Umur Pekerja

Umur merupakan antara sebab utama yang menyebabkan kemalangan

(Anonymous, 1987). Pekerja yang lebih berumur lebih mudah mengalami kecederaan, misalnya semasa jatuh. Secara amnya, tahap penglihatan dan pendengaran menurun dengan pertambahan umur.

3. Kumpulan Kaum

Kepelbagaian budaya dan kepercayaan daripada pelbagai kaum di Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada kawalan asas terhadap bahaya misalnya dari segi alat perlindungan diri. Ini boleh dilihat pada kaum Sikh di mana mereka memakai turban yang mana boleh memberi kesan kepada pemakaian topi keselamatan di kawasan kerja (Kathy A. Seabrook, 1996).

Kesan daripada budaya ini mendedahkan mereka kepada

bahaya kemalangan. Oleh itu, beberapa alternatif perlu diambil kira untuk mengawal pendedahan bahagian atas kepada bahaya, termasuklah meletakkan pekerja bukan. Sikh di kawasan kerja yang terdedah kepada bahaya. Beberapa langkah terbaik untuk mengatasi masalah kemalangan daripada terus berlaku di tempat kerja dicadangkan oleh pekerja, antaranya ialah : a. sentiasa mematuhi dan mengikuti arahan yang diberikan oleh pihak pengurusan dari masa ke semasa. b. perlu berwaspada dan berhati-hati sewaktu menjalankan tugas agar

kemalangan dapat dielakkan. c. memerlukan pengawasan yang lebih daripada penyelia dan majikan dalam melaksanakan kerja. d. mengambil perhatian serta peka terhadap semua papan tanda amaran keselamatan yang diletakkan di tempat kerja. e. berdisiplin, memberi tumpuan dan mematuhi peraturan dan melakukan kerja dengan betul.

4.Ciri Am Keselamatan

Dari segi kekemasan, keadaan tempat kerja yang kemas merupakan komponen penting yang menyumbang ke arah keadaan kerja yang baik dan menghalang daripada kecederaan dan penyakit pekerjaan (Anonymous, 1987). Kekemasan merupakan ciri am keselamatan yang merupakan rutin penyelenggaraan dan tidak boleh diperolehi tanpa penglibatan semua orang di tempat kerja. Kerja-kerja penjagaan kekemasan termasuklah menjaga bangunan, tempat kerja, jentera dan peralatan sentiasa berada dalam keadaan teratur bilik air dan kebajikan yang berterusan dinding, siling dan lain-lain. dan tersusun, kemudahan serta pembersihan dan pengecatan semula

Keadaan persekitaran tempat kerja yang baik dan kemas juga termasuklah penjagaan kebersihan harian di mana ianya akan menyumbang kepada penurunan jumlah

Page 5: teori kemalangan

penyelenggaraan yang diperlukan. Ketidakkemasan keselamatan am serta persekitaran tempat kerja akan menyebabkan kemalangan seperti terjatuh disebabkan lantai licin, kebakaran yang disebabkan oleh sisa atau bahan buangan, pencahayaan yang tidak bagus disebabkan oleh ketiadaan penyelenggaraan lampu serta risiko kesihatan daripada habuk, bahan kimia dan lainlain (Anonymous, 1987).

5. Tahap PendidikanPekerja

Pendidikan adalah satu keperluan yang bukan sahaja terhad kepada pekerja, malahan pihak pengurusan supaya sesuatu pekerjaan dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan efisyen. Dalam bidang keselamatan dan kesihatan pula, tahap pendidikan pekerja akan dapat memberi fae dah tambahan seperti penggunaan jentera yang lebih mudah difahami dan memberi kepuasan kepada pekerja dari segi menjadi kompeten dalam satu-satu bidang dan ini akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan. Pendidikan, latihan dan penyeliaan dapat memupuk pekerja supaya menjalankan kerja dengan cara yang lebih selamat dari segi pemahaman berdasarkan pendidikan yang diterima dan kelulusan sedia ada yang dimiliki oleh pekerja. Ini semua akan dapat memberi faedah kepada majikan dari segi mengurangkan risiko kemalangan dan kos yang terlibat daripadanya (Noor Hasani Hashim, 1997).

RUJUKAN

1.Anonymous (1987), Safety-Health and Working Condition

Training Manual, Malaysian Society for Occupational Safety and Health, Malaysia. 10 & 28. 2. Kathy A. Seabrook, 1996 Safety Management : Strategy and

Practice, Butterworth – Heinemann, U.K. 3. Noor Hasani Hashim (1997), Bahaya Kimia Industri, Buletin Umum Pusat Racun Negara, USM Pulau Pinang. 4. USA. 5. Buku Teks Pengenalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Russel de Reamer 1985 Accident Prevention Manual For Bussiness

And Industry, Engineering and Technology, National Safety Council, Illin

Teori Domino Heinrich

Friday, August 14, 2009 Azman

Page 6: teori kemalangan

Salam sejahtera untuk semua pengamal OSH...

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang Teori Penyebab Kemalangan. Terdapat banyak teori berkaitan kemalangan tetapi antara yang popular atau digunapakai salah satunya adalah Teori Domino yang diperkenalkan oleh Herbert W. Heinrich pada sekitar tahun 1930an.

Sebelum teori Heinrich ini diperkenalkan, banyak kemalangan masa lalu disifatkan sebagai kehendak Tuhan atau kata lain sebagai Takdir Tuhan dan tiada apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkannya. Sehinggalah Heinrich mengambil keputusan untuk menyelidik rekod-rekod kemalangan dan menemui fakta bahawa hampir 90% daripada kemalangan yang berlaku adalah berpunca dari kelakuan kerja yang tidak selamat (unsafe act).

Ini mendorong Heinrich untuk mengkaji dan memperkenalkan "Teori Domino Heinrich" yang menganjurkan kawalan keatas kelakuan para pekerja. Kita tinggalkan dulu sejarah ini dan kembali pada teori yang diperkenalkan Heinrich.

Menurut teori ini, kecederaan daripada kemalangan adalah hasil daripada beberapa rentetan peristiwa yang berhubungkait antara satu sama lain. Berdasarkan kepada 5 faktor (domino) kemalangan merupakan salah satu daripada rentetan tersebut.

jom kita tengok apa yang dimaksudkan oleh Heinrich dalam teori beliau.. ( rujuk pada domino diatas ). Heinrich mengatakan kecederaan adalah disebabkan oleh kemalangan ( rujuk pada domino pertama sebelah kanan), dan kemalangan pula disebabkan oleh perlakuan dan keadaan yang tidak selamat. Manakala perlakuan dan keadaan tidak selamat adalah berpunca daripada kelemahan manusia yang disebabkan oleh latarbelakang manusia itu sendiri seperti sikap atau personaliti seperti panas baran, jahil, degil yang berpunca dari persekitaran sosial atau keturunan pekerja yang mengalami kecederaan tersebut.

Oleh kerana beliau berpendapat bahawa hampir 90% dari semua kemalangan berpunca dari

Page 7: teori kemalangan

perlakuan tidak selamat pekerja seperti tidak berhati-hati, menghidupkan mesin tanpa amaran, menanggalkan pengadang mesin dsb, Henrich memberikan pendapat beliau dengan mengatakan di dalam pencegahan kemalangan, sasarannya adalah domino yang ditengah iaitu perlakuan tidak selamat individu atau hazard mekanikal @ fizikal.

Dengan membuang peringkat ketiga tersebut ( perlakuan dan keadaan tidak selamat), kawalan keatas gelagat pekerja boleh menyelesaikan masalah keselamatan.

tetapi teori ini tidak mendapat sambutan kerana ianya hanya mengecualikan pihak pengurusan daripada sebarang kesalahan dan meletakkan beban sepenuhkan kepada mangsa, bukannya pada kelemahan sistem pengurusan.

Teori DominoFrank Bird Jr.Teori Domino D.Aveavr