teori behaviouris atau mekanis

16
Teori Behaviouris atau Mekanis Salah satu daripada bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik ialah psikologi. Mereka yang mengkaji teori behaviouris ini ialah ahli-ahli psikologi seperti Pavlov, Thorndike, Hull dan Skinner yang menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang mekanis bagi membentuk sesuatu kebiasaan. Ahli-ahli behaviouris berpendapat bahawa terdapat perhubungan antara satu rangsangan dengan gerak balas. Sesuatu gerak balas yang betul akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran. Gerak balas yang diikuti oleh peneguhan yang positif juga akan diulangi. Gerak balas yang sering diulangi akan membentuk satu kebiasaan. Skinner (1957), Braine (1963 dan 1965) telah cuba melanjutkan teori behaviouris ini untuk menghuraikan pembelajaran bahasa. Ahli-ahli behaviouris menekankan kepentingan pengaruh persekitaran dalam pembelajaran bahasa. Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dalam bentuk-bentuk bahasa atau bukan bahasa. Contohnya, seseorang kanak-kanak bertutur kerana ada orang yang bercakap dengannya ataupun kanak-kanak itu sendiri perlu bercakap untuk memenuhi keperluan- keperluan asasinya seperti hendakkan makanan atau minuman dan sebagainya lagi. Bentuk-bentuk bahasa yang betul yang dihasilkan oleh seseorang perlu diteguhkan supaya bentuk-bentuk tadi akan diulangi lagi. Dalam proses perolehan bahasa, ibu bapa dan penjaga kanak-kanak menggunakan pelbagai cara untuk mrneguhkan gerak balas bahasa yang betul. Contohnya, member! senyuman, kata pujian, menganggukkan kepala dan\ ynng sebagainya lagi. Proses ulangan memainkan peranan yang pmting dalam perolehan bahasa. Perkataan-perkataan ataupun , IxMituk-bentuk bahasa yang sering diulang akan cepat • (I i pelajari oleh kanak-kanak. ^ Walau bagaimanapun, teori behaviouris ini tidaklah pula membuat tuntutan yang khusus mengenai bagaimana bahasa dikuasai. Menurut Abdullah Hassan (1984: 256), ahli-ahli psikologi yang mengkaji teori behaviouris, hanya menganggap bahawa kemahiran bertutur itu juga merupakan satu lakuan manusia, sama seperti lakuan lain. Jadi bagaimana lakuan lain itu dipelajari, maka begitulah juga lakuan bahasa dipelajari. Kajian mereka hanya ditumpukan kepada lakuan binatang. Kesimpulan daripada kajian ini dianggap akan dapat diterima sebagai sah untuk sebarang lakuan manusia.

Upload: mat2489

Post on 10-Jun-2015

1.189 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Behaviouris Atau Mekanis

Teori Behaviouris atau Mekanis

Salah satu daripada bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik ialah psikologi. Mereka yang mengkaji teori behaviouris ini ialah ahli-ahli psikologi seperti Pavlov, Thorndike, Hull dan Skinner yang menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang mekanis bagi membentuk sesuatu kebiasaan. Ahli-ahli behaviouris berpendapat bahawa terdapat perhubungan antara satu rangsangan dengan gerak balas. Sesuatu gerak balas yang betul akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran. Gerak balas yang diikuti oleh peneguhan yang positif juga akan diulangi. Gerak balas yang sering diulangi akan membentuk satu kebiasaan.

Skinner (1957), Braine (1963 dan 1965) telah cuba melanjutkan teori behaviouris ini untuk menghuraikan pembelajaran bahasa. Ahli-ahli behaviouris menekankan kepentingan pengaruh persekitaran dalam pembelajaran bahasa. Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dalam bentuk-bentuk bahasa atau bukan bahasa. Contohnya, seseorang kanak-kanak bertutur kerana ada orang yang bercakap dengannya ataupun kanak-kanak itu sendiri perlu bercakap untuk memenuhi keperluan-keperluan asasinya seperti hendakkan makanan atau minuman dan sebagainya lagi. Bentuk-bentuk bahasa yang betul yang dihasilkan oleh seseorang perlu diteguhkan supaya bentuk-bentuk tadi akan diulangi lagi. Dalam proses perolehan bahasa, ibu bapa dan penjaga kanak-kanak menggunakan pelbagai cara untuk

mrneguhkan gerak balas bahasa yang betul. Contohnya, member! senyuman, kata pujian, menganggukkan kepala dan\ ynng sebagainya lagi. Proses ulangan memainkan peranan yang pmting dalam perolehan bahasa. Perkataan-perkataan ataupun , IxMituk-bentuk bahasa yang sering diulang akan cepat • (I i pelajari oleh kanak-kanak. ^

Walau bagaimanapun, teori behaviouris ini tidaklah pula membuat tuntutan yang khusus mengenai bagaimana bahasa dikuasai. Menurut Abdullah Hassan (1984: 256), ahli-ahli psikologi yang mengkaji teori behaviouris, hanya menganggap bahawa kemahiran bertutur itu juga merupakan satu lakuan manusia, sama seperti lakuan lain. Jadi bagaimana lakuan lain itu dipelajari, maka begitulah juga lakuan bahasa dipelajari. Kajian mereka hanya ditumpukan kepada lakuan binatang. Kesimpulan daripada kajian ini dianggap akan dapat diterima sebagai sah untuk sebarang lakuan manusia.

Sebagai kesimpulannya, antara ciri-ciri pembelajaran yang boleh disimpulkan daripada teori behaviouris atau mekanis ini adalah seperti yang berikut:-

i. Pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan antara rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respon).

ii. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan

ganjaran. in. Sesuatu gerak balas yang diikuti dengan peneguhan yang

positif juga akan lebih sering diulangi. iv. Sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan membentuk

kebiasaan.

Ivan Pavlov

Page 2: Teori Behaviouris Atau Mekanis

Ivan Pavlov dilahirkan pada tahun 1849 dan meninggal dunia pada tahun 1939. Beliau ialah pelopor kepada mazhab teori pembelajaran rangsangan gerak balas. Pavlov menjalankan penyelidikannya dengan menggunakan anjing peliharaannya sendiri. Anjing itu ditambatkan pada satu pasungan. Satu pembedahan kecil dilakukan pada pipi anjing itu untuk 88 / TeoriBahasa

menyalurkan air liurnya melalui satu saluran ke dalam satu lubang penyukat. Apabila anjing itu diberikan daging, air liurnya mengalir dengan banyak. Bagi anjing tersebut daging yang diberikan kepadanya merupakan rangsangan semula j adi dan air liur yang keluar kerana melihat daging ialah gerak balas semula jadi atau gerakan pantulan. Setelah anjing itu biasa dengan situasi itu, loceng dibunyikan beberapa saat sebelum daging dikeluarkan. Air liur anjing itu tetap keluar seperti biasa. Setelah keadaan ini diulang beberapa kali, apabila loceng dibunyikan tanpa membawa daging, air liur anjing \\,\ i tetap keluar seperti biasa. Hal ini ialah hasil pelaziman anta t, i bunyi loceng dengan daging. Bunyi loceng merupak;m rangsangan terlazim dan air liur yang keluar itu dinamakangerak balas terlazim.

Pelaziman yang dihasilkan secara yang dibuktikan olrli -

Pavlov ini dikenali dengan nama Pelaziman Klasik kern mi I

pelaziman cara inilah yang mula-mula sekali ditemui. I

Apabila loceng dibunyikan tanpa pengukuhan (daging): u r I

liur anjing itu masih juga keluar tetapi kadar banyaknytfl

berkurangan. Lama-kelamaan air liur anjing itu terus berhc i ilil

Peringkat ini dinamakan penghapusan apabila kcHitfl

kelaziman itu telah hilang. Namun demikian, gerak halfl

terlazim itu dapat dihasilkan semula selepas berehat beboruM

waktu. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan gerak ball

terlazim yang berkenaan. Walau bagaimanapun, gerak b|fl

terlazim ini akan terhapus jikalau tidak disertakan dni^l

rangsangan semula jadi. Jikalau selepas penghapusan, ('«^l

diberikan semula dan air liur anjing itu keluar sepert.i '>^H

peringkat ini dinamakan sebagai peringkat pembcl:ij^H

semula. ^1

Apabila sesuatu gerak balas terlazim terhadap <-iii^l

Page 3: Teori Behaviouris Atau Mekanis

rangsangan (Rl), rangsangan yang hampir-hampir sen 11 "lH

R3, R4 dan seterusnya) akan menghasilkan gerak balas i < 11^1

yang sama. Umpamanya, loceng yang hampir-hampn il^l

bunyinya dengan loceng yang menjadi gerak balas I'-c^H

yang mula-mula tadi akan mengeluarkan air liur jugii. 1 \ "^1*

ini dipanggil "penyeluruhan rangsangan". Dalam kclil^H*

sehari-hari, misalnya, seseoranganakyangbaharu mciu|)^l<

Teori-teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 89

atau mengenal emaknya, akan mendapati bahawa semua orang perempuan yang serupa dengan emaknya akan dipanggilnya

(>mak.

Seterusnya, dalam proses pelaziman, seseorang itu akan dapat membezakan rangsangan. Umpamanya, seperti cksperimen terhadap anjing tadi; apabila dibunyikan loceng, daging akan diberikan kepada anjing itu tetapi kalau lampu11 i nyalakan, air minuman pula yang akan diberikan kepadanya. Hal ini bermakna seseorang kanak-kanak akan dapat membezakan bunyi langkah daripada ibunya dengan bunyi l.mgkah daripada orang lain. Jikalau kanak-kanak itu nH-ndengar bunyi langkah daripada ibunya, bunyi itu akan ""•nyenangkan kanak-kanak itu. Sebaliknya, jikalau kanakI uiak itu mendengar bunyi langkah daripada orang lain,

Inak-kanak itu akan gelisah. Rangkaian pembelajaran cara pelaziman klasik ini telah x-rluas kepada pelaziman peringkat kedua, ketiga dan U'rusnya. Umpamanya bunyi loceng terlazim dapat nUarkan kepada rangsangan yang lain. Misalnya, sebelum i-nif dibunyikan, lampu akan dinyalakan terlebih dahulu. m keadaan ini dibuat secara berulang-ulang, maka an lampu itu juga akan menghasilkan gerak balas im, iaitu berlakunya pengeluaran air liur, seperti yang i pada anjing Pavlov.

kinner

i1 i cori pembelajaran melalui teori lakuan ini, nama ahli

Iio-i yang masyhur sekali ialah B.F. Skinner. Beliau p. i k an seorang sarjana behaviouris yang mengajar di i ily Havard. Beliau telah mengkaji dan memperbaiki i" luiviouris. Mengikutnya, pembelajaran akan berlaku HI ada rangsangan dan tindak balas yang berulang-

nner membahagikan tingkah laku kepada dua i yang besar, iaitu tingkah laku pantulan yang dapat ri mengikut pelaziman klasik Pavlov dan tingkah 90 I Teori Bahasa "vV H<-^;;.i;<>,:,vn^ rw iWifV

laku 'operant', iaitu tingkah laku yang dibuat oleh seseorang itu tanpa rangsangan yang nyata. Tingkah laku inilah yang dititikberatkan oleh Skinner. Keadaan ini sama halnya dengan percubaan yang

Page 4: Teori Behaviouris Atau Mekanis

dijalankan oleh Thorndike terhadap kucingnya. Hasil kajian yang dijalankannya, didapati bahawa apa juga tingkah laku yang diikuti dengan pengukuhan, atau keadaan yang menyenangkan, maka tingkah laku itu akan menjadi lazim dan dengan itu berlakulah proses kebiasaan.

Dalam kajian percubaannya, Skinner telah menggunak; i11 tikus dan merpati. Tikus telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Pada dinding kotak itu, terdapat sebuah alat yang bo I < • 11 mengeluarkan biji-biji makanan. Biji-biji makanan itu bold) dimakan oleh tikus. Dalam percubaan awalnya, didapati tik 11 itu membuat tingkah laku rawak sahaja. Walau bagaimanapi 111 setelah beberapa lama, tikus itu dengan tidak sengaja telah tertekan pada alat yang boleh mengeluarkan biji-biji makana 11, Lalu tikus itu pun memakan biji-biji makanan yang keluar, Setelah itu, tikus itu tidak berhenti-henti menekan alntj tersebut, sehinggalah tikus itu kenyang. Dengan demikinnJ tikus itu telah belajar bagaimana untuk mendapatkuH makanan. •

Seterusnya dalam kajian yang lain, Skinner Id ill menggunakan prinsip yang sama terhadap dua ekor buninfl merpati untuk bermain ping pong. Setiap kali burung mcrpilB itu dapat melepaskan bola ping pong ke sebelah jarinj H terentang di tengah-tengah meja di antara kedua-diJ >^l burung merpati itu, sebiji kacang hijau akan diberikann^ 1^1 ini telah dilakukan secara berulang-ulang. Kacanghija . j^l diberikan itu ialah sebagai pengukuhan. ^1

Daripada kedua-dua kajian yang dijalankan oleh S > ^1 itu menunjukkan bahawa proses pembentukan telah 1) ^1 secara perlahan-lahan dan secara beransur-ansur. Dala n i i ^1 awal itu, Skinner mendapati bahawa tikus yang bei <^l dalam kotak itu tidak terus menekan alat penekan yarii <^l mengeluarkan makanan.tetapi dilakukan melalui r'"^l kebiasaan. Perbuatan tikus itu menekan alat penekan ' i^l satu pembelajaran dan makanan yang didapati i i^l ganjaran sebagai pengukuhan kepada tikus itu supaya mrnoj^l

Teori-teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 91

Intfi alat peix,ekan ^u untuk mendapatkan makanan. Begitulah i' 11 \A nalnya <^engan (jua ekor burung merpati tadi, kacang hij au

"l£ erylkan itu merupakan ganjaran pengukuhan i >adanya.

rerkar^ yang penting hasil kajian daripada pembelajaran

•. ira pelaz^man jsiasj]s; itu a(jaiah antara sesuatu tingkah laku

iigan Pen^rukunan jika sekiranya sesuatu tingkah laku itu

der^gan pengukuhan positif atau perkara yang

nyenang4san^ ma]fa tingkah laku itu pasti akan diulang-

nig. ^"^iJcnya^ sekiranya tingkah laku itu diikuti dengan

iguKunai^ ngga^i^ maka pelaziman tidak akan terbentuk

' LM gka^ laku tidak akan diulans-ulang-

Page 5: Teori Behaviouris Atau Mekanis

VLengiK^. g]jjnner) pengukuhan boleh dibahagikan kepada n )tinagi^n^ ^a^u pengukuhan positif, pengukuhan negatif "ll;lda Pengukuhan.

onguJ^ujian pOSitif dibahagikan pula kepada dua bahagian,

u |)engu|su].ian positif berterusan dan pengukuhan positif

ll' a< .^gukuhan positif berkala ialah pengukuhan yang

"' "-k^u1 ^a^a- Seterusnya, pengukuhan positif berkala pula

1111 »anallg^]ian jjepa^a (jua> iaitu pengukuhan positif berkala

1''(lar^P^ ngukuhan positif berkala tidak tetap. Selanjutnya,

1 ^unaK positif berkala tetap pula terbahagi kepada dua,

''n^u\uhan positif berkala tetap mengikut nisbah, iaitu

'u \ hanya diberikan setiap lima kali tingkah laku itu

Ivan. Yang kedua ia]ah pengukuhan positif berkala tetap

u [ asa, iaitu pengukuhan yang diberikan pada setiap

n^u\uhan negatif ialah rangsangan yang menyakitkan

iin d%ngan sesuatu tingkah laku. Dengan meninggalkan

1 \u itu akan menghasilkan satu keadaan yang

"'mkan atau tidak menerima kesakitan. Contohnya

"'llf'u^kuhan negatif ini telah ditunjukkan oleh Skinner

1M K Ul baannya yang menggunakan peti yang mempunyai

1 ul%. Apabila tikus itu menekan alat penekan yang

'' '"'Via dinding peti itu, tikus itu akan terkena kejutan

IJL^K . ''^giah dilakukannya berkali-kali akhirnya tikus itu

' ^B*'1 ''• '.ak daripada menekan alat penekan itu supaya tidak

'^^B'" H%kit. Menahan diri daripada menekan alat penekan

Page 6: Teori Behaviouris Atau Mekanis

:an 92 I Teori Bahasa

itu ialah akibat pengukuhan negatif (kejutan elektrik) yang diterima oleh tikus itu akibat menekan alat tadi. Dalam kehidupan harian, pengukuhan negatif ialah bentuk deraan. Umpamanya, seorang kanak-kanak melihat api (rangsangan) ia menyentuhnya (gerak balas) dan ia menghasilkan kesakitan (pengukuhan negatif). Kanak-kanak itu akan belajar untuk tidak menyentuh api itu lagi supaya ia tidak mendapat kesakitan. Dalam hal ini, pengukuhan negatif hendaklah berlaku serta-merta akibat daripada sesuatu tingkah laku. Jika sekiranya pengukuhan negatif ini ditangguhkan, kesannya akan berkurangan.

Sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak diberikan pengukuhan, waima pengukuhan negatif atau pengukuhan positif, tingkah laku itu tidak akan mendapat perhatian dan pelaziman tingkah laku itu tidak akan tercapai.

Pelaziman 'operant' ini telah digunakan oleh Skinner dan ahli-ahli psikologi yang lain untuk membentuk tingkah laku binatang dan manusia.

Berdasarkan pengkajiannya, Skinner telah dapat membezakan dua jenis pembelajaran yang berlainan kerana ada dua jenis lakuan tindak balas. Pertama ialah lakuan automatik yang tetap. Contoh lakuan automatik yang paling mudah ialah lutut akan terangkat yang ada rangsangan (ketuk) dan ada tindak balas (kaki terangkat). Lakuan seperti ini dianggap sebagai tindak balas automatik dan berlaku secara tidak sedar dan tetap. Kedua ialah lakuan 'operant'. Bagi beliau kebanyakan lakuan yang kita lakukan ialah sejenis operan. Lakuan automatik ini akan hanya berlaku sekiranya ada rangsangan tetapi lakuan operan akan berlaku dalam sesuatu lingkungan atau keadaan. Dengan kata lain, rangsangannya tidak semestinya menerbitkan tindak balas tertentu yang tetap, seperti berjalan, bercakap dan yang sebagainya. Misalnya, lakuan menyuap makanan bukan sahaja kerana rangsangan itu melibatkan makanan, tetapi juga kerana rasa lapar, lingkungan sosial dan beberapa lingkungan atau suasana yang berlainan. Proses ini perlulah diambil kira. Belajar melalui lakuan operan itu ialah yang dikatakan pembelajaran menurut syarat itu timbul daripada lingkungan yang menjadi

Teori-teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 93

rangsangan yang mendorong lakuan tersebut. Ini jelas berbeza daripada lakuan sebagai tindak balas otot secara automatik.

Dalam bukunya Verbal Behaviour (1959) Skinner telah membincangkan proses pembelajaran dengan mendalam, iaitu dengan menggunakan unsur rangsangan, tindak balas dan segala syarat dan pengukuhan yang terlibat dalam menghasilkan pembelajaran secara maksimum. Dengan adanya pendapat ahli psikologi ini, maka ia dapat menjelaskan kekaburan dari segi teori dalam sistem pembelajaran bahasa pada abad ke-20 itu. Jadi, teori behaviouris itu telah melengkapkan maklumat yang diperlukan oleh para pendidik. Justeru lahirlah pendapat yang mengatakan bahawa bahasa itu ialah suatu lakuan dan boleh dipelajari melalui syarat-syarat tertentu, samalah dengan binatang yang mempelajari lakuan tertentu (G.A. Kelly, 1969). Selepas Skinner membuat penyelidikan itu, ramai lagi ahli psikologi yang mengkaji bagaimana sesuatu pembelajaran itu berlaku. Ada antara mereka yang mengkaji bagaimana seseorang kanak-kanak itu dapat menguasai bahasa dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Teori Kognitif atau Mental is

Page 7: Teori Behaviouris Atau Mekanis

Antara yang mengkaji teori kognitif atau mentalis ialah Noam Chomsky, Piaget, Robert Lee, Robin Lakoff, George A. Miller, Gestalt, E.H. Lenneberg dan Kohler. Dalam bidang psikologi, antara ahli kognitif yang terkenal ialah J. Piaget. Beliau telah mengemukakan gagasan bahawa perkembangan kognitif bukan hanya hasil kematangan organisme, bukan pula pengaruh alam sekitar, tetapi ialah interaksi antara keduaduanya. Organisme aktif mengadakan hubungan dengan alam sekelilingnya. Penyesuaian terhadap objek-objek yang ada dalam lingkungannya, yang merupakan proses interaksi yang dinamis inilah yang disebut kognitif. Sebagai fungsi mental yang mempunyai hubungan dengan proses mengetahui, proses kognitif merangkumi aspek-aspek persepsi, ingatan pemikiran, simbol dan pemecahan masalah.

94 I Teori Bahasa

Teori-teori 1'emerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 95

Selain itu, J. Piaget berpendapat bahawa manusia memiliki peringkat otak (mental) dan saraf yang tinggi dan dengan otaknya manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari pelbagai perkara. Tegasnya, proses pembelajaran ialah proses mental dan bukannya proses mekanis. Proses mental melibatkan seseorang kanak-kanak menyerapkan ataupun menyesuaikan pengetahuan yang telah sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada persekitarannya. Pembelajaran sesuatu konsep akan hanya terjadi apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai taraf kematangan yang tertentu.

Selain itu, teori kognitif, terutamanya teori Gestalt, berpendapat bahawa penyingkiran kesedaran atau fikiran yang telah dilakukan oleh ahli-ahli behaviouris ialah satu kesilapan besar. Sebaliknya, mereka menganggap teori pembelajaran menjadi sangat bermakna hanya jikalau fikiran dimasukkan ke dalamnya sebagai satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan. Tegasnya, binatang sekalipun menggunakan pola fikiran, sebagaimana yang dibuktikan oleh Kohler, dalam eksperimennya terhadap seekor cimpanzi, apatah lagi bagi manusia sebagai makhluk yang jauh lebih tinggi pemikirannya.

Dalam satu eksperimennya dengan seekor cimpanzi yang bernama Sultan, Kohler telah menggantungkan sebuah keranjang berisi pisang pada sebatang pokok, manakala hujung talinya disangkutkan pada salah satu dahan sehingga terlihat oleh Sultan bahawa lingkaran tali pada dahan pokok itu dapat dilepaskannya dengan mudah. Lantas, Sultan telah memanjat pokok itu, lalu terus meragut tali dengan kuat sehingga lingkaran tali dan keranjang terlepas daripada sangkutannya. Dengan demikian, dapatlah Sultan memakan pisang yang ada di dalam keranjang itu. Daripada eksperimen ini, kita lihat bahawa, walaupun Sultan tidak melakukan sebarang yang diramalkan oleh Kohler, iaitu melepaskan lingkaran tali dari dahan pokok, tetapi jelaslah bahawa Sultan dapat mengenal hubungan antara tali dengan keranjang.

Percubaan Kohler ini bertujuan untuk menarik perhatian golongan behaviouris tentang pentingnya pola fikiran yang disebut sebagai 'insight'. Dalam percubaan yang dilakukan oleh

Kohler itu, 'insight' bagi cimpanzi ialah penglihatan terhadap batang kayu, tali dan keranjang pisang sebagai satu keseluruhan. Kesimpulannya, apa yang sebenarnya penting dalam pembelajaran dan pemecahan masalah ialah perubahan yang terjadi pada 'insight' dan perubahan itu diperoleh dengan mempelajari situasi secara keseluruhan kemudian mempelajari elemen-elemen situasi itu.

Walau bagaimanapun, teori Gestalt tidak menganggap bahawa semua pemecahan masalah dengan 'insight'. Menurut Mangantar Simanjuntak, pengalaman juga ada peranannya dalam pembelajaran.

Page 8: Teori Behaviouris Atau Mekanis

Teori tersebut juga mengaku bahawa adanya pembelajaran melalui 'trial dan error', tetapi hal itu dilakukan dengan kesedaran. Dalam pengajaran bahasa, teori ini merupakan satu proses mental dan bukannya mekanikal sahaja.

Dalam pembelajaran bahasa, Chomsky berpendapat bahawa teori behaviouris tidak dapat menghuraikan proses perolehan aspek-aspek bahasa yang kompleks. Tegasnya, pembelajaran bahasa bukanlah proses mekanis tetapi merupakan proses mental. Chomsky berpendapat bahawa seorang kanak-kanak telah dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk menguasai bahasa apabila sampai peringkat kematangannya yang tertentu. Pada tiap-tiap peringkat kematangan kanak-kanak tersebut akan membentuk hipotesis-hipotesis terhadap peraturan-peraturan ahli masyarakatnya. Segala pembetulan kesalahan yang dibuat oleh ahli masyarakatnya akan memperkukuh lagi rumusrumus bahasa yang tersimpan di dalam otaknya.

Selain itu, Chomsky dan rakan-rakan yang sealiran dengannya telah banyak menumpukan perhatian terhadap unsur yang tidak ternyata pada manusia dan bukannya terhadap sesuatu lakuan yang dapat dilihat semata-mata. Mereka mendapati bahawa manusia sejak lahirnya sudah memiliki kemampuan untuk memperoleh sistem komunikasi, iaitu bahasa. Tegasnya, bahawa kemampuan itu ialah Jentera Penguasaan Bahasa (Chomsky 1965). Selanjutnya ditegaskannya bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada sesuatu bahasa itu memiliki keupayaan yang semula jadi untuk 96 I Teori Bahasa

merumus dan membentuk hukum bahasa. Hal itu bermakna, jikalau kanak-kanak itu tidak diberi sebarang pendedahan, maka penguasaan bahasa juga tidak akan berlaku. Misalnya, ada cerita seperti yang diberitakan di India yang mengisahkan bagaimana seorang kanak-kanak telah dipelihara oleh binatang. Apabila dijumpai, kanak-kanak itu tidak dapat bercakap. Hal ini bermakna bahawa seseorang itu tidak akan memperoleh bahasa seandainya dia diasingkan daripada manusia lain sejak kecil kerana Jentera Penguasaan Bahasa itu tidak mendapat sebarang bahan untuk diproses. Di samping itu, mereka juga telah mendapati bahawa ada satu batas waktu yang subur untuk bahasa berkembang dan seandainya waktu itu terlepas, maka pemerolehan bahasa juga akan terganggu.

Seperkara lagi tentang teori penguasaan bahasa oleh Chomsky ini ialah penekanannya terhadap analisis dan pembelajaran melalui proses deduktif. Teori penguasaan bahasa yang dikemukakannya itu mempunyai hubungan yang rapat dengan teori psikologi kognitif pembelajaran dan berasaskan konsep Gestalt, iaitu keseluruhan struktur dianggap sebagai satu unit, dan tidak wajar dipecah-pecahkan bahagiannya. Sebagai contohnya, dalam bidang bahasa dilihat satu pertalian antara pengajaran fonetik/fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, hatta pragmatik ataupun digabungjalinkan pengajaran mendengar, menutur, membaca dan menulis.

Salah satu daripada teori E.H. Lenneberg (1967) tentang pemerolehan bahasa ialah bahawa semua kanak-kanak yang sihat dan normal mulai bercakap dan bertutur pada peringkat umur yang agak sama. Hal ini bermakna bahawa perkembangan dan kebolehan untuk berbahasa itu terjadual secara biologis. Oleh itu, apabila sudah sampai masanya, maka seseorang kanak-kanak itu akan dengan serta-merta menjadi tertarik terhadap segala bunyi yang didengarnya dan dia dapat menajamkan pancainderanya. Dengan itu, dia berupaya untuk memahami dan memilih bunyi yang penting dan mengetepikan segala yang lain, seperti yang diperhatikan oleh Lenneberg.

Kajian Lenneberg telah mengatakan bahawa pemerolehan bahasa itu bergantung kepada suatu jadual biologi dan bukan terbit daripada rangsangan yang datang daripada lingkungan.

Page 9: Teori Behaviouris Atau Mekanis

Teori-teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa I 97

Misalnya, seorang anak yang lahir daripada kedua-dua orang i bu dan bapa yang pekak dan bisu tentu sekali tidak mempunyai lingkungan bahasa, tetapi mereka juga akan mula belajar bertutur pada peringkat umur yang sama dengan kanak-kanak lain dan perkembangannya dapat dijangka, yang seolah-olah telah terjadual. Jadi benarkah bahawa bahasa itu suatu f enomena biologi? Persoalan ini membawa dua implikasi. Yang pertama ialah bahawa kanak-kanak itu tidaklah bergantung kepada ibu bapanya untuk menguasai atau mengajarnya sesuatu bahasa. Kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk merumus sendiri. Kita tidak akan dapat mengajarnya, walaupun kita mahu berbuat begitu. Implikasi yang kedua ialah perkembangan bahasa ini hanya terbatas kepada manusia. Manusia melahirkan bayi yang sejak dilahirkan memerlukan perhatian dijaga dan disusui, yakni pada peringkat awalnya bayi itu tidak mempunyai keupayaan sebagaimana anak binatang yang boleh terus makan sendiri dan berlari setelah beberapa saat sahaja dilahirkan. Selain itu, otak manusia memakan masa yang panjang untuk pertumbuhan dan perkembangan bahasa. Mungkin itulah sebabnya bahasa boleh berkembang. Sebaliknya anak binatang tidak memiliki kebolehan sebagaimana manusia. Cuma anak binatang hanya membesar dari segi fizikal.

Seperkara lagi ialah Lenneberg telah membezakan antara kemahiran memahami sesuatu dan bertutur. Dia mengatakan bahawa seseorang itu akan menguasai kebolehan memahami sesuatu terlebih dahulu sebelum dikuasainya kebolehan bertutur kerana kebolehan memahami sesuatu itu lebih dasar dan mudah. Tegasnya, bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak dapat mengenali dan terus membezakan pola-pola pertuturan yang berlainan. Misalnya kebolehan kognitif di kalangan kanak-kanak pekak, yang tentunya tidak terdedah kepada bunyi-bunyi bahasa pendengaran tetapi memperoleh keupayaan memahami sesuatu yang sama pantas dengan kanak-kanak biasa. Hal ini menunjukkan kebolehan memahami sesuatu pada seseorang itu telah pun wujud. Kehilangan salah satu daripada pancaindera, tidaklah akan mencacatkan kebolehan asas untuk berbahasa. Bahkan, kanak-kanak mula memberi nama kepada V

98 I Teori Bahasa

barang-barang pada sesuatu peringkat yang tertentu dalam perkembangan bahasa. Walau bagaimanapun, dapat kita perhatikan bahawa ada arah tertentu dalam hal ini, iaitu kanak-kanak sentiasa menamakan barang-barang daripada yang umum kepada yang khusus atau yang tertentu. Misalnya kanak-kanak di peringkat awal pertuturan, mungkin mulamula memanggil dan menamakan segala makanan dengan panggilan 'mamam'. Kemudiannya, penamaan atau panggilan itu menjadi lebih khusus serta dapat membezakannya kepada sebutan 'susu', 'nasi', 'roti' dan sebagainya. Mereka mempelajari sesuatu benda sebagai satu keseluruhan atau satu golongan dahulu, dan kemudian baharulah dia mengetahui anggotaanggota atau bahagian golongan itu.

Sebagai kesimpulannya, yang berikut ialah ciri-ciri pembelajaran yang boleh disimpulkan daripada teori Kognitif atau Mentalis:

i. Pembelajaran ialah satu proses mental.

ii. Semua kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai perkara

kerana mereka dilahirkan dengan kebolehan semula jadi

Page 10: Teori Behaviouris Atau Mekanis

untuk berbuat demikian. in. Dalam keadaan yang normal, kadar perkembangan mental

bagi kanak-kanak pada satu peringkat umur adalah sama. iv. Kanak-kanak mempelajari benda-benda sebagai satu

golongan dahulu dan kemudian baharu dia mengetahui

anggota-anggota atau bahagian golongan itu.

Teori Interaksional

Teori pemerolehan bahasa ini baru berkembang dalam bidang psikolinguistik terutama, pada tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Ahli-ahli 'interactionalisme', seperti Bloom (1970), Bowennan (1973, 1976), Cromer (1976) dan yang lain lagi, sependapat bahawa kebolehan kognitif sahaj a tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna, tetapi pentafsiran ini tidak boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak yang berkenaan perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-bentuk bahasa yang tepat.

Hasil-hasil kajian Snown (1972,1977), Ringler (1978) dan y. i ng lain lagi telah menunjukkan bahawa pemerolehan bahasa K;mak-kanak ialah hasil daripada interaksi penjaga-penjaga ulau ahli-ahli masyarakat dengan kanak-kanak. Kajian yang111 buat oleh mereka itu telah memperkukuh lagi pendapat ahli,• 1111 i inter aksional.

Sebagai kesimpulannya, yang berikut ialah ciri-ciri pembelajaran yang dapat disimpulkan daripada teori interaksional.

i. Pembelajaran bahasa ialah proses mental dan linguistik.

ii. Dalam sesuatu interaksi bahasa, penyampaian makna boleh diutamakan daripada struktur bahasa.

in. Struktur bahasa dapat dikuasai dengan cara yang lebih berkesan jika pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yangbermakna.

iv. Pembelajaran ialah satu proses yang aktif. Sesuatu pengetahuan tidak akan diterima secara terus tetapi akan diproseskan dahulu. Pengetahuan baru haruslah dapat disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada agar dapat diterima dengan berkesan.

v. Proses pembelajaran berlaku dalam beberapa cara mengikut keadaan dan masa tertentu, misalnya sesuatu hal itu mungkin mudah diterima, sekiranya ada kaitannya dengan perkara yang menggembirakan.

vi. Pembelajaran berlaku sekiranya sesuatu yang disampaikan itu mempunyai makna, dan hubungan dengan pengalaman sedia ada.

vii. Antara pengaj aran dan pembelaj aran tidak ada hubungan secara langsung. Pembelajaran tidak boleh disamakan dengan pengajaran. Sesuatu yang diajar tidak semestinya dapat dipelajari. Itulah

Page 11: Teori Behaviouris Atau Mekanis

sebabnya guru harus memahami strategi pembelajaran murid untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang berkesan

viii. Pembelajaran melibatkan perasaan, dan berkait rapat dengan emosi seseorang. Peranan pelajar haruslah dijaga agar timbul rasa yakin terhadap diri sendiri.

ix. Pembelajaran juga melibatkan pemikiran. Pengetahuan, kecerdasan dan kebolehan dalam bahasa saling berkait.

x. Pembelajaran berlaku sedikit demi sedikit, iaitu dari sudut kuantiti dan masa. Ada antaranya dapat dipelajari dengan banyak dalam masa yang pendek atau sebaliknya. Oleh itu, guru tidak harus membuat kesimpulan bahawa tiaptiap yang diajar dapat dipelajari terus dalam masa yang ditetapkan.

Teori-teori Pembelajaran Bahasa

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa ada sekurang-kurangnya lapan teori pembelajaran bahasa (Robert Lado, 1980: 47). Istilahnya, isinya dan kadang-kadang definisi pembelajarannya berbeza-beza. Teori-teori ini didasarkan kepada eksperimen-eksperimen yang dijalankan terhadap binatang, dapat menerangkan sebahagian daripada proses pembelajaran dalam dunia binatang.

Sebagai contohnya, E.L. Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran sebagai aktiviti mencuba-cuba dan yang betul itu diperkukuh oleh hasil yang memuaskan. Apabila dia mencuba untuk menghubungkannya dengan aktiviti otak dan saraf, dia berjaya dalam mencari fokus yang boleh digunakan terhadap binatang tetapi tidak berguna sangat pada manusia. Manakala W. Kohler dan K. Koffka pula menerangkannya melalui teori Gestalt, bahawa seseorang akan mengambil sesuatu itu secara keseluruhan dan tidak akan mengambilnya bahagian demi bahagian. Walau bagaimanapun, mereka juga hanya menyentuh sebahagian daripada proses pembelajaran. Pembelajaran bahasa tidak boleh difahami secara mencubacuba, asosiasi, gestalt atau hanya lakuan. Pembelajaran memerlukan penerangan yang lebih menyeluruh sebab pembelajaran melibatkan aktiviti manusia yang luas.

Konsep-konsep utama yang akan dibincangkan dalam bab ini hanyalah istilah-istilah seperti 'pendekatan', 'kaedah', 'teknik', 'prinsip', 'pengajaran', 'pengajaran bahasa' dan 'pembelajaran'. Beberapa pendapat daripada sarjana tempatan tentang konsep-konsep itu akan diketengahkan dahulu dan kemudiannya akan dibuat kesimpulan.

Pendekatan

Salleh Mohd Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mohmood (1977:99) telah mendefinisikan 'pendekatan' membawa maksud 'cara penyampaian'.

Menurut Othman Zakariah (1985: 1), pendekatan ialah satu peraturan pengajaran dan pembelajaran yang diyakini berkesan jika dilaksanakan mengikut falsafah dan andaian yang tertentu. Dari segi pengajaran bahasa, pendekatan itu boleh mengandungi banyak kaedah.

Page 12: Teori Behaviouris Atau Mekanis

Khatijah Ab. Hamid (1985: 1), berpendapat bahawa 'pendekatan' ialah teori pendidikan yang biasanya melahirkan pernyataan mengenai strategi pembelajaran kanak-kanak dan pelajar.

Namun, Mangantar Simanjuntak (1985: 7) mengatakan bahawa 'pendekatan' ialah teori bahasa yang menghasilkan teori membaca yang kita anut. Walau bagaimanapun, ditegaskannya bahawa yang dimaksudkan dengan 'penekatan' dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan asumsi (andaian) yang saling berkaitan dengan hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa, dan hakikat pembelajaran bahasa (1982: 70). Jadi setiap 'pendekatan' itu baru mencerminkan satu.