tentatif program - · pdf filepelajaran di kolej universiti islam antarabangsa selangor dan...

2

Upload: hoangkien

Post on 08-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TENTATIF PROGRAM - · PDF filepelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan meneruskan langkah ilmu ... dari USA dan Terapi Aura Shifa ... tip dan hikmah dalam proses
Page 2: TENTATIF PROGRAM - · PDF filepelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan meneruskan langkah ilmu ... dari USA dan Terapi Aura Shifa ... tip dan hikmah dalam proses

Cabaran di alaf baru, bukan sahaja memerlukan seseorang individu itu kreatif dan inovatif tetapi harus juga disertakan dengan imej, ketrampilan dan kekuatan minda yang baik. Ini kerana kejayaan seseorang sebenarnya sangat bergantung kepada cara mereka mencipta corak pemikiran dalam menempuhi cabaran globalisasi. Tentunya minda positif atau lebih tepat lagi minda kelas pertama dapat membentuk potensi dan karisma diri sebagai tiket untuk mencapai kejayaan.

Rajin bekerja sahaja tetapi jika tidak didengari atau dinilai oleh pihak atasan kerana kegagalan individu itu menyerlahkan personaliti serta potensi dirinya adalah sesuatu yang merugikan pekerja itu sendiri. Justeru itu, OPTIMIS’15 akan mendedahkan peserta dengan pakej luaran dan juga dalaman di mana selain peserta akan dilengkapkan dengan keperluan imej dan penampilan yang baik. Selain itu, peserta juga akan mempelajari bagaimana hanya dengan menggunakan kekuatan minda saja sudah boleh dijadikan sebagai medium menyerlahkan potensi diri yang hebat.

Program ini telah disusun agar para peserta dapat mencapai objektif-objektif berikut:

• Membuatkan diri didengari dan dinilai untuk mendapat peluang lebih baik

• Menyerlahkan potensi diri selain menyerlahkan penampilan individu

• Menguruskan imej dan juga penampilan selain menyesuaikan imej dan penampilan dengan suasana, persekitaran, majlis dan juga etika harian

• Keupayaan mengoptimum dan memanipulasikan kuasa minda

• Mengoptima dan mengharmonikan potensi luaran dan juga dalaman diri individu.

TENTATIF PROGRAM

OBJEKTIF

HARI PERTAMA

8:00 pg – 8:30 pg : Pendaftaran peserta

8:30 pg – 10:30 pg : Segmen 1 KUASA SUKSES DALAM DIRI (Oleh : Fadzli Yusof)

10:30 pg – 11:00 pg : Minum Pagi

11:00 pg – 1:00 tgh : Segmen 2 MENGENAL & MENYERLAHKAN POTENSI DIRI (Oleh : Fadzli Yusof)

1:00 tgh – 2:30 ptg : Makan Tengahari & Solat

2:30 ptg – 4:30 ptg : Segmen 3: PERSONALITI DIRI (Oleh : Raihan Abdul Rahman)

4:30 ptg – 5:00 ptg : Minum petang/bersurai

HARI KEDUA

8:30 pg – 10:30 pg : Segmen 4 : ANJAKAN PARADIGMA – TANGANI EMOSI MEMBINA INTEGRITI (Oleh : Mohd Elyas Ismail)

10:30 pg – 11:00 pg : Minum Pagi

11:00 pg – 1:00 tgh : Segmen 5: CIPTA PENGARUH DENGAN V.A.K (Oleh : Mohd Elyas Ismail)

1:00 tgh – 2:30 ptg : Makan Tengahari & Solat

2:30 ptg – 4:30 ptg : Segmen 6: JENAYAH DI TEMPAT KERJA (Oleh : Kamal Affandi Hashim)

4:30 ptg – 5:00 ptg : Penyampaian Sijil/ Minum petang

SASARAN PESERTA

Kursus ini amat sesuai bagi semua peringkat pengurusan samada kakitangan sektor awam/ swasta / badan berkanun daripada pelbagai kumpulan/ kategori.

SINOPSIS

Memulakan pengajian di Maktab Mahmud Alor Star, Kedah. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan meneruskan langkah ilmu di Universiti Al-Azhar Mesir.

Sejak 2007 beliau telah bergiat secara serius dalam bidang Latihan dan Motivasi. Kursus yang dikendalikan beliau lebih menjurus pada Motivasi Inspirasi Pembangunan

Diri dan Kumpulan (Self Improvement & Team Player). Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai Senior Trainer di syarikat Eclass Training Centre (M) Sdn Bhd. Beliau memiliki beberapa sijil latihan bertaraf antarabangsa seperti Neuro Linguistic Programming dari USA dan Terapi Aura Shifa’ dari Indonesia.

Merupakan penganalisis jenayah terkemuka negara dan juga yang pertama di Asia. Minat mendalam beliau terhadap jenayah terserlah semasa menjadi wartawan jurugambar. Bertitik tolak dari itu, beliau berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seterusnya melangkah jauh dengan menyambung pelajaran di United Kingdom di dalam bidang jenayah. Sekembalinya ke tanah air, beliau dilantik sebagai Pengerusi Public Education Committee. Beliau merupakan salah seorang exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia selain Pengerusi Youth

Outreach Committee. Kamal Affandi juga aktif sebagai penceramah dan sering dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan jenayah. Manakala antara program kemunculan beliau di kaca TV dan radio ialah Malaysia Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, 999, Remaja, Bernama Radio24 dan Hot FM.

Mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa dan kemudiannya menyambung di peringkat sarjana (Master) di universiti yang sama. Sekarang, beliau dalam proses menyambung pengajiannya ke peringkat PhD.Beliau juga telah menerima pengikitirafan sebagai Certified NLP Profesional Trainer National Federation of NLP (NFNLP) Florida, Certified Practitioner of Neuro Semantic (ISNS). Sudah menghasilkan 35 judul buku berkaitan motivasi

bina insan dan pembangunan diri dan Trainer bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Kementerian Sumber Manusia. Beliau juga adalah Timbalan Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN -2012-2014) dan bekas Setiausaha Agung TAMRIN yang pertama (2009-2011). Beliau juga sering dijemput oleh media untuk berkongsi tip dan hikmah dalam proses pembangunan insan dan bina diri.

FADZLI YUSOF

MOHD ELYAS BIN ISMAIL

FADZLI YUSOF

RAIHAN ABDUL RAHMAN

KAMAL AFFANDI HASHIM

BARISAN PENCERAMAH

Beliau merupakan seorang Perunding dan Jurulatih Imej Bertauliah serta International Certified Style & Colour Consultant daripada By Ferial Image Consulting. Beliau juga telah menerima pengiktirafan sebagai Certified NLP Practitioner National Federation of NLP (NFNLP) yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat dan menerima Mastery Learning Fasilitator di bawah Take Charge! Learning Facilitator System. Beliau adalah ahli kepada Malaysian Association Of Professional Speakers (MAPS)

dan ahli kepada Pertubuhan Perunding & Motivasi Malaysia (TAMRIN). Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.