aura syakira(addmate)

22
PENGHARGAAN Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengetua SMK Ubai,Datin Stella Jayamalar.Guru Mata pelajaran Matematik Tambahan ,Puan Siti Ramathan binti Mohamed , guru- guru dan rakan-rakan yang di kasihi kerana banyak membantu kami dalam menyiapkan folio Matematik Tambahan. Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa kami yang tidak jemu-jemu memberi sokongan moral dan material. Kami berharap projek statistik Matematik Tambahan ini dapat memberi lebih kefahaman kepada kami tentang kegunaannya dalam kehidupan seharian. PENGENALAN Kajian statistik boleh disusun di dalam berbagai- bagai cara. Salah satu daripada cara ialah membahagikan statistik kepada dua cabang iaitu Statistik perihalan dan statistik pentadbiran. Manusia kerapkali menggunakan perkataan statistik dengan merujuk kepada kumpulan data. Sebagai contoh, mereka mungkin berkata mereka memungut statistik dari operasi perniagaan mereka. Apa yang mereka rujukkan adalah mengukur kenyataan dan angka. Pernyataan statistik adalah digunakan sekurang- kurangnya di dalam dua cara yang penting. Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran perihalan yang dikira daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi. Penggunaan ini akan dicincangkan kemudian.Kedua,statistik merupakan taburan yang digunakan di dalam analisis data. 1

Upload: hanis-nazura

Post on 26-Jul-2015

1.636 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aura Syakira(Addmate)

PENGHARGAAN Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengetua SMK Ubai,Datin Stella Jayamalar.Guru Mata pelajaran Matematik Tambahan ,Puan Siti Ramathan binti Mohamed , guru-guru dan rakan-rakan yang di kasihi kerana banyak membantu kami dalam menyiapkan folio Matematik Tambahan.

Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa kami yang tidak jemu-jemu memberi sokongan moral dan material.

Kami berharap projek statistik Matematik Tambahan ini dapat memberi lebih kefahaman kepada kami tentang kegunaannya dalam kehidupan seharian.

PENGENALAN Kajian statistik boleh disusun di dalam berbagai-bagai cara. Salah satu daripada cara ialah membahagikan statistik kepada dua cabang iaitu Statistik perihalan dan statistik pentadbiran. Manusia kerapkali menggunakan perkataan statistik dengan merujuk kepada kumpulan data. Sebagai contoh, mereka mungkin berkata mereka memungut statistik dari operasi perniagaan mereka. Apa yang mereka rujukkan adalah mengukur kenyataan dan angka. Pernyataan statistik adalah digunakan sekurang-kurangnya di dalam dua cara yang penting. Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran perihalan yang dikira daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi. Penggunaan ini akan dicincangkan kemudian.Kedua,statistik merupakan taburan yang digunakan di dalam analisis data.

1

Page 2: Aura Syakira(Addmate)

ISI KANDUNGAN

BIL. TOPIK

MUKA SURAT

CATATAN

1. PENGHARGAAN & PENGENALAN. 1

2. ISI KANDUNGAN 2-3

3. (STATISTIK)BAHAGIAN 1: a)UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT.

4-5

4. b)CONTOH KEGUNAAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

5-6

5. BAHAGIAN 2: a)JADUAL TABURAN JISIM PELAJAR S.M.K UBAI.

7-8

6. b)NILAI JISIM MIN,MOD & MEDIAN PELAJAR BERDASARKAN DATA MENTAH DI BAHAGIAN 2(a).

8

7. BAHAGIAN 3:a)PENERANGAN PELAJAR TENTANG PENYUSUNAN DATA YANG TELAH DIKUMPULKAN DI

BAHAGIAN 2(a) KE DALAM SEBUAH JADUAL KEKERAPAN DENGAN SELANG KELAS YANG SESUAI.

9

8. b)PENERANGAN DENGAN PENJELASAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBINA SEBUAH JADUAL

KEKERAPAN.

9-10

9. c)MEMBINA DAN MELENGKAPKAN JADUAL KEKERAPAN.

10

10. d)MENENTUKAN NILAI JISIM MIN, MOD & MEDIAN PELAJAR DENGAN KAEDAH YANG SESUAI MENGGUNAKAN JADUAL KEKERAPAN DI

BAHAGIAN(c)

11-12

11. e)MENGGUNAKAN SATU KAEDAH ALTERNATIF YANG LAIN UNTUK MENDAPATKAN NILAI JISIM

MEDIAN PELAJAR.

13

12. BAHAGIAN 4:a)UKURAN SERAKAN. 14

2

Page 3: Aura Syakira(Addmate)

13. b)NILAI JULAT, JULAT ANTARA KUARTIL, VARIANS & SISIH PIAWAI.

14-16

14. (EKSPLORASI LANJUTAN)BAHAGIAN 1:a)KESAN KE ATAS MIN, MOD & MEDIAN JIKA BERAT AHLI SUMO DITAMBAHKAN KE DALAM 50 DATA DALAM JADUAL

1.

17

15. b)i) APLIKASI NILAI KECENDERUNGAN MEMUSAT BAGI KES BERIKUT:SEKIRANYA ANDA ADALAH

SEORANG PEMILIK SEBUAH KILANG KASUT.

17-18

16. ii) APLIKASI NILAI KECENDERUNGAN MEMUSAT BAGI KES BERIKUT:SEKIRANYA ANDA INGIN

MENGETAHUI SAMA ADA SESEBUAH NEGARA ITU KAYA ATAU TIDAK DENGAN MENGKAJI

PENDAPATAN KELUARGA-KELUARGA DALAM NEGARA TERSEBUT

17-18

17. BAHAGIAN 2:a)KAJIAN MENGENAI SEBUAH SYARIKAT DALAM PENJUALAN KERETANYA.

19

18. b)CONTOH MAKLUMAT STATISTIK YANG MUNGKIN MENGELIRUKAN.

20

19. BAHAGIAN 3:MODEL STATISTIK YANG DIGUNAKAN DALAM DUNIA SEBENAR.

21

20. KESIMPULAN 22

3

Page 4: Aura Syakira(Addmate)

BAHAGIAN 1

a)Ukuran Kecenderungan Memusat

Cara untuk membuat ringkasan tentang sesuatu set data ialah

dengan mengambil sesuatu nilai atau angka tertentu daripada set

data berkenaan. Oleh kerana kebanyakan set data akan menunjukkan

sesuatu kecenderungan untuk bertumpu atau berkumpul di sekitar

suatu nilai pertengahan, maka kita bolehlah menggunakan nilai ini

untuk mewakili keseluruhan set data. Dengan ini, bagi suatu set data,

kita dapat menerangkan atau memerihalkan tentang keseluruhan set

berkenaan menggunakan ukuran yang di panggil Ukuran

Kecenderungan Memusat. Beberapa kecenderungan memusat yang

digunapakai iaitu min, median dan mod.

Min

min ialah langkah menentukan ukuran yang biasa untuk kecenderungan memusat. Min bagi satu set pemerhatian ialah jumlah pemerhatian dibahagi dengan bilangan nombor pemerhatian. Dikenali sebagai purata(umum)

Mod

4

Page 5: Aura Syakira(Addmate)

Mod ialah ukuran yang mirip kepada median kerana tidak diperolehi melalui perhitungan. Mod ialah nilai yang paling kerap muncul dalam sesuatu set data.

Median

Median ialah pemerhatian yang diwakili dalam pertengahan

apabila satu set pemerhatian disusun dalam bacaan menaik atau

menurun. Untuk bilangan set pemerhatian (n), median adalah

bilangan ke- ½(n + 1) pemerhatian jika n ialah ganjil. Median

adalah purata daripada bilangan yang ke- ½ n dan ke- (½n + 1)

daripada pemerhatian jika n ialah genap.

b)Contoh kegunaan dalam kehidupan seharian

Secara umumnya, min biasanya digunakan untuk menetapkan rujukan untuk membandingkan persembahan sesuatu data. Nilai kekerapan (mod) adalah ukuran yang biasanya digunakan untuk membandingkan kecenderungan. Median sering digunakan untuk taburan sama rata.

Sebagai contoh bagi min adalah misalnya kita ingin mengetahui tingkat usia dari Tim Sepak Bola AC Milan tahun 2009 yang dianggap beberapa kalangan merupakan skuad yang terlalu tua. Kita memerlukan satu angka untuk menggambarkan keseluruhan usia pemain di Tim Ac Milan yang terdiri dari puluhan orang. Angka apa yang kita akan pergunakan?Angka salah satu pemain, misalnya maldini yang sudah usia 40 tahun?atau Alesandro Pato yang masih berusia 19 tahun?atau rata-rata usia seluruh pemain?atau nilai yang

5

Page 6: Aura Syakira(Addmate)

paling tengah dari seluruh usia pemain?atau usia yang paling banyak dari pemain ?atau jumlah pemain yang terbanyak memiliki usia sama?

Walau bagaimanapun, statistik telah menjadi satu bidang pengajian. Kepada orang ramai, statistik bermaksud “angka” yang direkodkan mengikut kategori tertentu”.Contohnya, statistik kemalangan jalan raya memberikan kita maklumat tentangkemalangan jalan raya, yang pecahkan kepada beberapa kategori, seperti maut, cederaparah, cedera ringan dan sebagainya. Jabatan KajiCuaca, misalnya, memberikanstatistik hujan/ ramalan hujan setiap bulan. Pihak sekolah pula memberikan statistikpencapaian pelajar, misalnya, bilangan pelajar yang mendapat gred tertentu dalampeperiksaan SPM. Kepada mereka yang menjalankan kajian pula, statistic merupakankaedah yang boleh digunakan untuk menganalisis data kajian

BAHAGIAN 26

Page 7: Aura Syakira(Addmate)

a)Berikut adalah jadual taburan jisim pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ubai.

BIL KELAS NAMA BERAT (KG)1 5U1 NORLIANA AZIA BT. MOHAMAD PAHRUDIN 652 5U1 NURFATIMAH BT. MAN 703 5U1 SAIDATUL ANISAH BT. AHMAD KAMAL 854 5U1 NUR SALWANA BT. RUSSELI 705 5U2 NURZALIKHA BT. SAADUN 856 5U2 AININ SAKINAH BT. YAZID 847 5U2 MOHD EHSAN B. SULAIMAN 808 5U2 MOHD IDZZAM SUBQI B. ABDUL RAHMAN 829 5U2 ABDUL QHADIR JAILANI B. NAZARUDDIN 45

10 5U2 SAIDI JAUHARI B. SAIDIHOOD 6011 4U1 AINI JARIAH BT. AHMAD 6512 4U1 BALKIS BT. ABD . MANAN 5013 4U1 NUR SYAKILA BT. IDRIS 6014 4U1 NURUL JANNAH BT. IDRIS 5515 4U1 MUHAMMAD NUR IKRAM B. BAKERI 5016 4U1 MOHD RAHIMI B. RAZIKIN 6017 4U2 NURUL ATIKAH BT. MUHD ZAMRI 7018 4U2 NOR IZZATI BT. MOHD SALIM 7519 4U2 MOHD NADZRIN B. MOHD HADZIRI 6520 4U2 MOHD FAIZ B. MUSTAFAR 7021 3U1 MOHD NUR ARIF B. IDRIS 4522 3U1 MOHD AMIRUL B. SULAIMAN 4223 3U1 SUHAIDA BT. OTHMAN 4524 3U1 MOHD SAIFUL AZWAN B. BAHAROM 6525 3U1 MOHD NAZRULLAH B. M. KAMARUL BADWI 5526 3U2 MOHD LOTPI B. KAMSANI 5027 2U1 MOHD YUZRI B. YAZIZ 5028 2U1 MUHAMMAD AIZAT B. OTHMAN 4529 2U1 MUHAMMAD AL HAZRI B. HAZNAN 5530 2U2 AHMAD IDHAM B. MOHAMED RAZALI 4531 2U2 NURUL FARAHANA BT. CHE AZIZ 5532 1U1 NURUL SHAHIEDA BT. SALIKIN 8133 1U1 NOR ASYIKIN BT. ISHAK 8034 1U1 MOHD ZULHUSNI B. AB SAIM 7535 1U1 YUSMAARIF B. YUSOH 8536 1U1 SAIDI IKMAL SAFWAN B. SAIDIHOOD 7037 1U1 NURUL SYAHIDA BT. ISHAK 5538 1U2 NURHANIS AFIFAH BT. MD BAKERI 7439 1U2 MOHDHAKIMI B. KHALID 5340 1U2 MUHAMMAD NUR AFIF B. MD BAKERI 4041 1U2 NURUL NABIHAH BT. SULAIMAN 7842 1U2 HADZIRUL ZAZMI B. MAHADZIR 7043 1U3 MOHD ZUL HILMI B. AB SAIM 4544 1U3 MOHD SHAHIRMAN B. SALIKIN 5045 1U3 MOHD ISAFUDIN B. ISHAK 6546 1U3 AKMAL B.KAMSANI 70

7

Page 8: Aura Syakira(Addmate)

47 1U3 NUR ANIYAH BT. SAYUTI 5448 1U1 SITI SOLEHA BT. MOHD JALALUDDIN 4049 1U1 AMIR RAHIMI B. ABDUL RAHMAN 7050 3U2 NOOR FAIZAH BT. SAADON 75

b)Nilai jisim min, mod dan median pelajar berdasarkan data mentah

MIN = JUMLAH JISIM PELAJAR

JUMLAH PELAJAR

= 3128

50

= 62.56 KG

MOD = 70 KG (kekerapan tertinggi)

MEDIAN = SEBUTAN KE-25 +SEBUTAN KE-26

2

= 65 + 65 = 65 KG

2

BAHAGIAN 3

8

Page 9: Aura Syakira(Addmate)

a)Penerangan pendapat tentang mengapa pelajar

perlu menyusun data yang telah dikumpulkan di

bahagian 2(a) ke dalam sebuah jadual kekerapan

dengan selang kelas yang sesuai.

Data dalam sesuatu set data ini terlalu banyak dan berada dalam

keadaan rawak dan tidak tersusun. Ianya sukar untuk di fahami dan

di beri penjelasan. Bagi mengatasi masalah ini, data-data ini disusun

dari nilai yang kecil ke nilai yang yang besar. Dengan data yang

tersusun ini, ianya dapat membantu menilai sifat-sifat penting bagi

sesuatu set data. Disamping itu, adalah mudah untuk mengeluarkan

nilai-nilai yang eksterim dan juga mengetahui dengan jelas nilai-nilai

tumpuan bagi sesuatu set data.

b)Penerangan dengan jelas langkah-langkah untuk membina sebuah jadual kekerapan adalah seperti berikut:

Pada permulaannya jisim taburan data diagihkan kepada 9 selang kelas yang bersesuaian. Jisim disusun dengan bacaan yang menaik. Seterusnya mengira kekerapan jisim dengan menggunakan selang kelas yang sesuai dengan meletakkan tanda gundal untuk memudahkan perngiraan kekerapan.

Formula menentukan selang kelas9

Page 10: Aura Syakira(Addmate)

Selang kelas = Julat data yang diberi

Bilangan kelas

= 85 – 40

10

= 4.5

c) Jadual kekerapan

Jisim (KG)

Tanda Gundal

Bilangan pelajar(f)

Kekerapan longgokan

Titik tengah(x)

f(x) Sempadan atas

Sempadan bawah

40-44 /// 3 3 42 126 44.5 39.5

45-49 //// / 6 9 47 282 49.5 44.5

50-54 //// // 7 16 52 364 54.5 59.5

55-59 //// 5 21 57 285 59.5 54.5

60-64 /// 3 24 62 186 64.5 59.5

65-69 //// 5 29 67 335 69.5 64.5

70-74 //// //// 9 38 72 648 74.5 69.5

75-79 //// 4 42 77 308 79.5 74.5

80-84 //// 5 47 82 410 84.5 79.5

85-89 /// 3 50 87 261 89.5 84.5

∑ 50 ∑ 3205

d)Nilai jisim min, mod dan median pelajar berdasarkan data mentah

10

Page 11: Aura Syakira(Addmate)

Min = Jumlah ( titik tengah X kekerapan)

Jumlah kekerapan

= ∑ fx

X

= 3205

50

= 64.1

Dengan keadaan:

L=sempadan bawah kelas median

n=Jumlah kekerapan

F=kekerapan longgokan sebelum kelas median

C=lebar kelas median

Fm=Kekerapan longgokan

Median = Tn + 1

211

Page 12: Aura Syakira(Addmate)

= T 50 + 1

2

= 25.5

Median =

= 65.5

HISTOGRAM

Kelas mod=70-74

e) Salah satu kaedah alternatif yang lain untuk mendapatkan nilai jisim median pelajar adalah dengan menggunakan ogif agar dapat mencari atau

12

Page 13: Aura Syakira(Addmate)

menganggarkan median(Q2), kuartil bawah(Q1), kuartil atas(Q3) dan peratus pelajar dalam sesuatu kelas.

OGIF

Median=65.5

BAHAGIAN 4

13

Median

Page 14: Aura Syakira(Addmate)

a)Ukuran serakan

Min, median dan mod hanya dapat menerangkan sebahagian

sahaja daripada ciri data. Untuk memahami ciri data selain daripada

itu kita perlu ukuran serakan.

Ukuran serakan membolehkan kita menentukan

kebolehpercayaan ukuran pusat data. Jika serakan adalah luas maka

ukuran pusat tidak dapat mewakili set data dengan baik. Begitu juga

set data yang luas serakannya, biasanya mempunyai masalah yang

perlu diatasi. Sebagai contoh, dalam kawalan mutu, set data yang

mempunyai serakan yang luas menunjukkan proses adalah diluar

kawalan. Ukuran serakan yang akan dibincangkan ialah julat, julat

antara kuartil, varians & sisihan piawai.

b)Nilai julat,julat antara kuartil,varians & sisih piawai

Julat

Julat bagi sesuatu set data iaitu selisih diantara nilai paling

tinggi dan nilai paling rendah yang di perolehi untuk setiap set data.

Ini adalah satu ukuran bagi luas atau sempitnya sekumpulan data itu

tersebar

Rumus julat

Julat = Nilai tertinggi – nilai terendah

14

Page 15: Aura Syakira(Addmate)

a)Julat = 85 - 40 = 45

Rumus julat bagi data terkumpul

Julat = titik tengah selang kelas tertinggi – titik tengah selang kelas terendah

b)Julat = 87 – 42 = 45

Julat antara kuartil

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mencari nilai julat antara kuartil ialah dengan mencari nilai kuartil ketiga dan nilai kuartil pertama

Rumus julat antara kuartil

julat antara kuartil = kuartil ketiga(K3) – kuartil pertama(K1)

15

74.5

Page 16: Aura Syakira(Addmate)

= 74.5 – 50 = 24.5

Varians dan Sisihan Piawai

Ukuran varians dan sisihan piawai amat penting dalam

menganalisa secara statistik. Perhitungan varians melibatkan hasil

tambah kuasa dua sisihan setiap item daripada min jisim dibahagi

jumlah item dalam jisim. Varians jisim ditandakan dengan .

Nilai sisihan piawai menerangkan bagaimana cerapan-cerapan

dalam sesuatu set data tersebar disekeliling nilai min. Apabila sisihan

daripada min dikuasaduakan, setiap nilai menjadi positif dan sisihan

yang lebih besar diberatkan membayangkan serakan yang lebih luas

disekeliling nilai min.

Rumus varians

VARIANS=

= 3128

50

=

16

= 183.05

=

Sisihan piawai, 183.05

= 13.53

=

Page 17: Aura Syakira(Addmate)

BAHAGIAN 1

a)Pelajar dikehendaki menggunakan sumber

maklumat daripada internet dan merekodkan jisim

ahli gusti sumo:

i)Kesan terhadap min:Jumlah jisim akan bertambah dan

menjadikan min tidak boleh diramal.

ii)Kesan terhadap mod:Mod seharusnya kekal dan tidak

berubah.

iii)Kesan terhadap median:Mempunyai hanya sedikit atau

tidak mempunyai kesan terhadap median.

b)Penerangan dengan jelas yang manakah antara nilai

kecenderungan memusat digunakan bagi setiap kes

berikut:

i)Pemilik kilang kasut akan merujuk kepada nilai modal saiz kasut

yang paling laris.Min tidak digunakan sebagai ukuran untuk

mengukur saiz kasut yang laris

17

Page 18: Aura Syakira(Addmate)

ii) Median akan menjadi ukuran yang lebih sesuai digunakan untuk

menghitung pendapatan keluarga yang sangat kaya yang akan

menaikkan purata sesebuah negara.Sebaliknya,banyak keluarga

miskin menurunkan purata sesebuah negara.Oleh itu median adalah

paling sesuai kerana ia akan menjelaskan sekurang-kurangnya

separuh keluarga membuat pendapatan median.

BAHAGIAN 2

18

Page 19: Aura Syakira(Addmate)

a) Kajian situasi dan persepsi komen dua orang pelajar dari sudut manipulasi statistik untuk perkara berikut:

Kenaikan peratusan tidak bererti tanpa memberi nombor asas.Peratusan sahaja boleh digunakan untuk mengelirukan.

Contohnya: Syarikat P berkemungkinan telah menjual 100 buah kereta dalam tahun 2010 berbanding 50 buah kereta dalam tahun 2009 yang mewakili kenaikan sebanyak 100%.

Bagi pihak lain syarikat M kemungkinan telah menjual 1500 kereta luar negara dalam tahun 2010 dibandingkan dengan 1000 buah kereta dalam tahun 2009 yang mewakili kenaikan sebanyak 50%.

Ini bermakna syarikat M berkemungkinan adalah syarikat yang lebih baik.Inilah yang dimaksudkan oleh Chong Meng apabila dia mengatakan bahawa syarikat P mencuba untuk mengelirukan.Peratusan hendaklah beserta dengan data mentah untuk menjadikan ia lebih bererti.

19

Page 20: Aura Syakira(Addmate)

b)Satu contoh lain dimana maklumat statistik mungkin mengelirukan adalah seperti berikut:

Sekolah Seri Pekan mengumumkan bilangan pelajarnya yang obesiti meningkat sebanyak 64.5% pada tahun 2005 sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Ubai mengumumkan bilangan pelajarnya yang obesiti meningkat sebanyak 21.5% pada tahun 2005. Poliklinik kesihatan daerah mengulaskan bahawa pelajar Sekolah Seri Pekan adalah lebih daripada separuh pelajarnya memiliki jisim yang besar berbanding jisim pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ubai tetapi Pejabat Pelajaran Daerah tidak bersetuju dan menyatakan bahawa Jisim pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ubai hampir lebih daripada separuh pelajarnya mengalami obesiti. Jadi Sekolah Seri Pekan mungkin cuba menyampaikan matlumat yang mengelirukan orang.

20

Page 21: Aura Syakira(Addmate)

BAHAGIAN 3

Perbincangan tentang model statistik(excel) yang digunakan dalam dunia sebenar adalah seperti berikut: Microsoft Excel merupakan aplikasi perisian lembar kerja yang dibuat oleh Microsoft dan merupakan sebahagian daripada pakej Aplikasi Microsoft Office.Aplikasi ini sangat memungkinkan kita untuk melakukan analisa dan organisasi terhadap data-data yang kita miliki dengan cara yang cukup pantas dan menarik.Beberapa manfaat utama dari Microsoft Excel yang sering kita gunakan adalah sifat-sifat untuk menghasilkan pengiraan serta analisa statistik dalam bentuk teks mahupun diagram grafik secara automatik dari rumus yang sudah kita masukkan sehingga ciri tersebut sangat mempermudah pekerjaan kita yang berurusan dengan lembar kerja.Pelatihan Microsoft Excel membahas penggunaan Microsoft Excel sebagai aplikasi spreadsheet dalam melakukan pengiraan, unjuran, analisa dan persembahan data dalam berbagai jadual serta grafik yang sangat diperlukan dalam penyusunan lembar kerja, data syarikat, penelitian, pembukuan, cash flow / laporan kewangan, serta analisis statistik yang melibatkan min , mod dan median.

21

Page 22: Aura Syakira(Addmate)

KESIMPULAN Kesimpulannya,statistik digunakan hampir dalam semua bidang daripada kajian pasaran, kepada bidang perundangan hinggalah kepada pertahanan negara. Seorang ahli statistik mengumpul, menyusun atur dan menganalisis data untuk membuat kesimpulan daripada data-data tersebut. Kesimpulan tersebut akan digunakan untuk membuat perancangan dan keputusan yang lebih tepat dan jelas. Pengumpulan, penyusunan dan penganalisaan data ini telah dipermudah melalui penggunaan program-program komputer. Jabatan perangkaan Malaysia,Kementerian Kesihatan Malaysia dan Institut penyelidikan penghutanan Malaysia mengendalikan jumlah data yang besar.

22