temu ramah 2

6
Temu ramah 2 Selain menemuramah dengan pensyarah penasihat Cik Tan Wen Ooi, kumpulan kami juga telah mengadakan temu ramah dengan seorang pensyarah berbangsa Melayu yang bernama Cik Ros Adura Binti Kamaruddin pada 27 Februari 2013 yang bertempat di Jabatan Bahasa juga. Sebagai hadirin pada majlis Malam Kebudayaan Cina Tahun 2012 itu, beliau juga telah memberikan maklum balas, pandangan, komen, cadangan penambahbaikan dan harapan terhadap pengelolaan aktiviti tersebut. Guru pelatih : Selamat pagi, cik. Kami adalah dari opsyen Sains PISMP SEM 1. Terima kasih atas kesudian cik untuk meluangkan masa bagi membantu kami dalam temu ramah ini. Cik Adura : Selamat pagi. Sama-sama. Guru pelatih : Adakah cik rasa puas hati terhadap prestasi para peserta dan pengelolaan aktiviti dalam majlis tersebut? Cik Adura : Bagus. Saya rasa puas hati terhadap prestasi para peserta tersebut. Pengelolaan aktiviti tersebut juga lancar dan terancang. Guru pelatih : Jadi protokol itu tiada masalah? Cik Adura : Ya, tiada masalah. Sebab majlis telah menyediakan peluang untuk pengarah mengucap. Kalau boleh, pengurus projek juga perlu mengucapkan tentang hasil usaha yang telah dilakukan. Guru pelatih : Jadi keseluruhan majlis tersebut dikatakan berjaya? Cik Adura : Ya, berjaya. Guru pelatih : Adakah cara jemputan, undangan dan layanan pihak penganjur terhadap VIP dan hadirin bagus? Cik Adura : Bagus. 1

Upload: tiffany-teoh

Post on 12-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

temu ramah gerko 2

TRANSCRIPT

Page 1: Temu Ramah 2

Temu ramah 2

Selain menemuramah dengan pensyarah penasihat Cik Tan Wen Ooi, kumpulan kami

juga telah mengadakan temu ramah dengan seorang pensyarah berbangsa Melayu

yang bernama Cik Ros Adura Binti Kamaruddin pada 27 Februari 2013 yang bertempat

di Jabatan Bahasa juga. Sebagai hadirin pada majlis Malam Kebudayaan Cina Tahun

2012 itu, beliau juga telah memberikan maklum balas, pandangan, komen, cadangan

penambahbaikan dan harapan terhadap pengelolaan aktiviti tersebut.

Guru pelatih : Selamat pagi, cik. Kami adalah dari opsyen Sains PISMP SEM 1.

Terima kasih atas kesudian cik untuk meluangkan masa bagi

membantu kami dalam temu ramah ini.

Cik Adura : Selamat pagi. Sama-sama.

Guru pelatih : Adakah cik rasa puas hati terhadap prestasi para peserta dan

pengelolaan aktiviti dalam majlis tersebut?

Cik Adura : Bagus. Saya rasa puas hati terhadap prestasi para peserta tersebut.

Pengelolaan aktiviti tersebut juga lancar dan terancang.

Guru pelatih : Jadi protokol itu tiada masalah?

Cik Adura : Ya, tiada masalah. Sebab majlis telah menyediakan peluang untuk

pengarah mengucap. Kalau boleh, pengurus projek juga perlu

mengucapkan tentang hasil usaha yang telah dilakukan.

Guru pelatih : Jadi keseluruhan majlis tersebut dikatakan berjaya?

Cik Adura : Ya, berjaya.

Guru pelatih : Adakah cara jemputan, undangan dan layanan pihak penganjur

terhadap VIP dan hadirin bagus?

Cik Adura : Bagus.

Guru pelatih : Adakah tempat kedudukan sesuai untuk menikmati persembahan itu?

Cik Adura : Tempat duduk VIP dekat dengan pentas. Jadi, penyaksian mereka tidak

1

Page 2: Temu Ramah 2

menjadi masalah. Kalau bagi penonton-penonton yang duduk di

belakang, mereka agak terlindung sedikit untuk menyaksikan

persembahan di hadapan. Namun, disebabkan sistem PA dan bunyi

yang bagus, kita masih boleh dengar dan faham cerita tersebut.

Guru pelatih : Majlis tersebut terbuka kepada orang luar, kan? Jadi, apakah

pandangan cik tentang prosedur keselamatan tersebut?

Cik Adura : Saya rasa penyertaan orang luar digalakkan. Sebab itu adalah

persembahan tentang kebudayaan, jadi agar sukar mengawal

kedatangan hadirin tersebut. Sebenarnya, majlis yang terbuka kepada

orang luar ini adalah bagus kerana ia dapat menunjukkan hasil usaha

dan persembahan kita. Cuma dari segi penjagaan keselamatan agak

longgar. Pihak penganjur perlu menambahbaikan keketatan tersebut.

Guru pelatih : Apakah perasaan cik terhadap suasana dan perhiasan majlis tersebut?

Cik Adura : Saya suka akan perhiasan tersebut. Banyak alat-alat perhiasan yang

terletak di kawasan pintu besar dewan telah melambangkan

kebudayaan yang akan ditunjukkan dalam drama. Perhiasan majlis

tersebut juga menimbulkan perasaan dialu-alukan.

Guru pelatih : Pada pandangan cik, adakah alat-alat perhiasan tersebut berkos tinggi?

Cik Adura : Saya rasa tak.

Guru pelatih : Adakah acara dalam program tersebut beraneka jenis? Yang mana satu

cik paling suka atau berasa paling menarik?

Cik Adura : Ya, beraneka jenis. Saya paling suka tarian kipas kerana pakaian dan

kesan sistem sinar menyebabkan tarian tersebut nampak lebih menarik.

Persembahan wushu juga mengkagumkan dan nampaknya gagah.

Guru pelatih : Pada pandangan cik, bagaimanakah program tersebut dapat menyahut

seruan 1Malaysia?

2

Page 3: Temu Ramah 2

Cik Adura : Program tersebut menepati seruan 1Malaysia. Walaupun majoriti

persembahannya berkaitan dengan kebudayaan masyarakat cina,

tetapi hadirin-hadirin pada malam tersebut terdiri daripada berbilang

bangsa, seperti bangsa Melayu, India dan lain-lain. Persembahan yang

menarik itu dapat menjalin integrasi nasional dan mengeratkan

hubungan antara setiap kaum.

Guru pelatih : Adakah alternatif lain selain daripada aktiviti yang sebegini?

Cik Adura : Saya bercadang untuk mengadakan aktiviti luar seperti majlis keraian

dan makan-makan bersama. Namun, anjuran Malam Kebudayaan

sebegini adalah sesuai juga kerana ia dapat mendalamkan pengalaman

dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kita terhadap budaya

bangsa lain. Bagi saya yang jarang terdedah kepada tradisi budaya

masyarakat cina, persembahan sebegini bagai benda yang baharu

untuk saya meneroka dan mengeksplotasi.

Guru pelatih : Adakah cik rasa puas hati terhadap bilangan hadirin yang berada dalam

majlis tersebut?

Cik Adura : Bilangan hadirin adalah ramai sehingga memenuhi seluruh dewan. Ini

mewujudkan sedikit kekurangan selesa sebab ruang Dewan Wawasan

bukan besar sangat. Penonton yang banyak menyebabkan tempat

kedudukan itu agak sempit.

Guru pelatih : Apakah reaksi dan komen daripada hadirin melalui pemerhatian cik?

Cik Adura : Kawan-kawan saya rasa teruja kerana bagi mereka, persembahan itu

bagai suatu benda baharu. Ia memang menarik perhatian penonton-

penonton. Kawan-kawan saya juga berkata bahawa mereka ingin

menghadiri majlis sebegini lain kali.

Guru pelatih : Adakah kekurangan atau kelemahan tentang pengelolaan akitiviti majlis

tersebut?

Cik Adura : Saya rasa tak ada.

3

Page 4: Temu Ramah 2

Guru pelatih : Adakah cadangan atau penambahbaikan yang dapat diberikan?

Cik Adura : Saya bercadang untuk menukar tempat persembahan tersebut mungkin

ke dewan yang lebih besar di luar IPG kerana persembahan sebegini

mengambil masa yang agak panjang, jadi keselesaan hadirin perlu

dipertimbangkan. Selain itu, saya juga berharap hadiah cabutan

bertuah itu boleh jadi lagi hebat.

Guru pelatih : Adakah pengelolaan aktiviti ini selaras dengan usaha dan hala tuju IPG

untuk membina guru yang kompeten?

Cik Adura : Ya. Melalui aktiviti tersebut, usaha para guru pelatih untuk menjayakan

sesuatu program dapat dipertingkatkan.

Guru pelatih : Apakah harapan cik terhadap aktiviti ini pada masa akan datang?

Cik Adura : Saya berharap aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar seperti dengan

tahun yang lepas dan persembahan-persembahan yang ditunjukkan

lebih berfokus kepada kebudayaan.

Guru pelatih : Berapa peratusan markah yang cik boleh berikan terhadap majlis

tersebut?

Cik Adura : 90%. Yang tinggal 10% itu adalah peluang untuk memajukan dan

memartabatkan prestasi mereka lagi. Bagi persembahan yang

mengambil masa yang lebih panjang, ia perlu diringkaskan dan

dipendekkan.

Guru pelatih : Apakah motivasi, galakan atau rangsangan yang dapat diberikan

kepada setiap peserta dalam persembahan itu?

Cik Adura : Teruskan usaha anda untuk mempersembahkan acara kebudayaan ini

supaya ia lebih menarik.

Guru pelatih : Adakah cik rasa puas hati terhadap harga tiket itu?

Cik Adura : Ya, sangat puas hati.

Guru pelatih : Jadi, secara keseluruhannya, aktiviti tersebut boleh dikatakan berjaya?

4

Page 5: Temu Ramah 2

Cik Adura : Ya, sangat berjaya.

Guru pelatih : Itula sahaja daripada kami. Sekian, terima kasih.

Cik Adura : Sama-sama.

Kesimpulannya, Cik Adura berpendapat bahawa majlis tersebut amat berjaya

dan memuaskan. Namun, beliau bercadang untuk melancarkan majlis sebegini di dewan

yang lebih besar pada masa yang akan datang demi keselesaan para penonton. Beliau

juga berpendapat bahawa disebabkan majlis ini terbuka kepada orang awam, pihak

penganjur perlu mengetatkan penjagaan keselamatan di sekeliling lokasi majlis dengan

mengadakan kerjasama dengan pihak pengawal IPGKKB untuk mengelakkan

pencerobohan atau gangguan segelintir pihak atau individu yang tidak

bertanggungjawab di kawasan IPGKKB. Beliau berharap usaha ini dapat diteruskan oleh

pihak penganjur untuk menambahbaikan persembahan itu agar ia lebih menarik lagi.

5

Selepas temu ramah, kami mengambil gambar dengan Cik Adura sebagai kenangan.