templet hbef3503 t1 a3 faudzi

9
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : SEPTEMBER 2013 HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF (T1A3) SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS ) NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH NO. MATRIKULASI : 731208125515001 NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515 NO. TELEFON : 0138927731 E-MAIL : [email protected]

Upload: zauhari-hussein

Post on 31-Jul-2015

51 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Templet hbef3503 t1 a3 faudzi

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2013

HBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIF (T1A3)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN

MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI : 731208125515001

NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515

NO. TELEFON : 0138927731

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

Page 2: Templet hbef3503 t1 a3 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1.0 PENGENALAN 3

2.0 LAPORAN PROSES SARINGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS 5

3.0 PENUTUP 7

BIBLIOGRAFI 8

2

Page 3: Templet hbef3503 t1 a3 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0 PENGENALAN

Abdul Rahim Selamat (1994) menjelaskan bahawa pendidikan inklusif dalam konteks

pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan

pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas

yang sama dan diajar oleh guru biasa. Manakala Kamariah Jalil (1995) pula berpendapat

pendidikan inklusif ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas

biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka

mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka .

Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya,

dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program

Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Menurut Zaleha Tambi Adam (1997), negara

Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi. Murid yang mempunyai masalah

penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara

mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-

murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu

daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi

pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa

kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran

Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada

corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran.

Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas, guru mata

pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada

dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan Program

Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid

berkeperluan khas. Menurut Gargiulo, R.M. (2006), adalah malang sekali jika murid-murid

normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap

3

Page 4: Templet hbef3503 t1 a3 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang

dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan

murid-murid berkeperluan khas, maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan

terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut.

Murid-murid berkeperluan khas adalah murid-murid yang mempunya masalah pembelajaran.

Keadaan ini menyebabkan mereka memerlukan satu corak pembelajaran yang berlainan

dengan murid-murid normal bagi membolehkan mereka dapat mengikuti pembelajaran

dengan lebih efektif. Terdapat pebagai definasi tentang masalah pembelajaran. Menurut

Hardman, Drew & Egan (2005), kepelbagaian ini wujud disebabkan oleh bidang ini kian

berkembang, unik dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang menarik untuk dihalusi.

Ringkasnya, kanak-kanak bermasalah pembelajaran merujuk kepada mereka yang

menghadapi masalah dalam menguasai bahasa, pertuturan, membaca, menulis, menaakul dan

mengira disebabkan oleh sistem saraf terutama otak yang tidak berfungsi.

Masalah ini tidak mempunyai kaitan dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah

kesukaran belajar akibat masalah pendengaran, masalah motor, kerencatan, masalah

penglihatan, masalah emosi, masalah persekitaran, masalah budaya mahu pun masalah

ekonomi.

Maslah utama yang dihadapi oleh guru di sekolah aliran biasa ialah untuk menentukan

kategori murid berkeperluan khas. Oleh sebab itu, proses penilaian dan proses saringan perlu

dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu penulisan

portfolio ini akan menjurus kepada laporan hasil proses saringan yang dilakukan oleh penulis

dalam menentukan kategori murid-murid berkeperluan khas.

Proses penilaian dan proses saringan ini telah dilakukan terhadap murid-murid di kelas Tahun

1 Bestari , Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, Tawau. Seramai 35 orang murid terlibat

secara langsung.

4

Page 5: Templet hbef3503 t1 a3 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

2.0 LAPORAN PROSES SARINGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

2.1 Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, Tawau.

2.2 Alamat Sekolah : Peti Surat 61134, 91021 Tawau.

2.3 No, Telefon : 089914214

2.4 Kelas : Tahun 1 Bestari

2.5 Bilangan Murid : 25 orang

2.6 Laporan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran

BIL NAMA MURIDE1 E2 E3 E4 E5

Masalah item

SKORY T Y T Y T Y T Y T

01 Ahmad bin Hamidun 3 0 0 3 12 13 0 11 0 502 Ahmad Saiful bbdullah 3 0 0 3 14 11 0 11 0 5 8,9

03 Arif Hafizuddin bin Hamid 3 0 2 1 11 14 2 9 2 34,5i,10,31i,32,41,44

04 Farez Ezany bin Idris 2 1 0 3 12 13 0 11 0 5 205 Jainuddin bin Tawie 2 1 0 3 13 12 1 10 0 5 2,9,3206 Maidin bin Mizal 3 0 0 3 12 13 0 11 0 507 Mohd Asri bin Alimuddin 3 0 0 3 13 12 0 11 0 5 908 Mohd Hafiz bin Akim 3 0 0 3 12 13 0 11 0 509 Mod Jainuddin bin Halim 3 0 0 3 12 13 0 11 0 5

10 Mohd Kassim bin Ikmal 3 0 1 2 15 10 1 10 1 44,9,10,17,

37

12 Mohd Saifuddin bin Akil 3 0 2 1 14 11 2 9 1 44,5i,10,17,35i, 35iii

13 Aisyah Monica bte Rahman 3 0 0 3 12 13 0 11 0 514 Dinni Aisyah bte Aziz 3 0 0 3 12 13 0 11 0 515 Nur Ain bte Sultan 3 0 0 3 12 13 1 10 0 5 35ii16 Nur Nazirah bte Ali 3 0 0 3 13 12 0 11 0 5 1817 Nur Nazrina bte Aluddin 3 0 0 3 12 13 1 10 0 5 35ii18 Nurziatul bte Salahuddin 3 0 0 3 12 13 0 11 0 519 Siti Aisyah bte Hamidun 3 0 0 3 14 11 0 11 0 5 10,1820 Siti Munirah bte Rasyid 2 1 0 3 15 10 0 11 0 5 2,10,17,2321 Siti Nazirah bte Awal 3 0 0 3 13 12 0 11 0 5 1022 Siti Nurhaliza bte Tawil 3 0 0 3 12 13 0 11 0 5

23Syafiqah bte Zahidin

3 0 2 1 14 11 2 9 1 44,5ii,10,17

,37,3824 Syarifah bte Azamuddin 3 0 0 3 12 13 0 11 0 525 Wahyuni Bte Rashidin 3 0 0 3 12 13 0 11 0 5

5

Page 6: Templet hbef3503 t1 a3 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

2.7 Rumusan Dapatan Data Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam

Pembelajaran

Hasil proses pengesanan murid bermasalah pembelajaran menggunakan instrumen yang

disediakan mendapati;

i. Terdapat 3 orang murid yang mempunyai ciri-ciri masalah pendengaran. Ketiga-tiga

murid ini didapati menghadapi kesukaran untuk mengajuk bunti yang didengari.

Ketiga-tiga murid ini akan dirujuk kepada pegawai perubatan untuk pemeriksaan

lanjut.

ii. Terdapat 4 orang murid yang mempunyai ciri-ciri masalah penglihatan. Keempat-

empat murid ini didapati merapatkan buku ke muka ketika membaca. Manakala 2

orang murid mencatatkan bacaan mata kiri 6/9 dan seorang murid mencatatkan

bacaan mata kanan melebihi 6/9. Kempat-empat murid ini akan dirujuk kepada

pegawai perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

iii. Walaupun terdapat murid yang dikesan mempunyai masalah masalah dibeberapa

item seperti masalah tingkahlaku dan mempunyai daya tumpuan yang singkat

namun tidak seorangpun murid yang mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan khas.

iv. Hasil pengesanan juga mendapati tidak seorangpun murid yang mepunyai ciri-ciri

murid berkeperluan khas akibat masalah penguasaan mengeja, membaca dan

menulis. Walaupun begitu didapati terdapat murid yang mengalami masalah menulis

lambat, menggugurkan atau menambah perkataan ketika membaca.

v. Dapatan juga mendapati tidak seorangpun murid yang mempunyai ciri-ciri murid

berkeperluan khas akibat masalah penguasaan nombor walaupun didapati terdapat

murid yang mempunyai masalah untuk membezakan konsep banyak atau sedikit dan

juga tidak boleh menulis angka 0 hingga 9.

6

Page 7: Templet hbef3503 t1 a3 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

vi. Secara keseluruhannya tidak seorangpun murid dari kelas ini yang boleh

dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Walaupun terdapat murid yang

mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran namun hasil ujian instrumen

menunjukkan murid-murid di kelas ini boleh mengikuti pembelajaran secara biasa.

3.0 PENUTUP

Sesungguhnya hak memiliki ilmu mengikut kemampuan diri itu adalah satu hak yang perlu

ditunaikan dan diperjuangkan. Tidak semua manusia lahir ke dunia dengan lengkap, normal

dan sihat. Di Malaysia, dasar pendidikan untuk semua telah membuka ruang yang lebih besar

kepada golongan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan kanak-kanak kurang upaya

untuk mendapatkan pendidikan secara efisen dan efektif. Sungguhpun begitu, guru-guru di

sekolah harian biasa perlu mempunyai kemahiran dan ilmu untuk membezakan setiap

kategori murid di dalam kelas pengajarannya. Dengan adanya pengenalan pendidikan

inklusif, ketidakadilan terhadap golongan bermasalah pembelajaran ini dalam mendapatkan

ilmu dan kemahiran dapat diatasi dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat negara untuk

memiliki kepelbagai tenaga mahir dan berilmu dari rakyat yang berbagai landskap. Dalam

menuju negara maju yang tinggal 6 tahun lagi, keciciran pendidikan terhadap golongan yang

bermasalah dalam pembelajaran akan merobek erti kemajuan dan ketamadunan.

7

Page 8: Templet hbef3503 t1 a3 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Selamat ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi

Bahagian Pendidikan Khas ,Kementerian Pelajaran Malaysia (April 2011). Manual Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah dalam Pembelajaran

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ( April 2011). Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (LINUS Tegar)

Garguilo, R.M ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA : Thomson Wadsworth .

Hardman, Drew & Egan (2005). Human exceptionality: school, community, and family. Boston, Pearson/Allyn and Bacon.

Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,Terengganu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas.http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/11/isu-isu-pendidikan-khas.html

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Sumber Internet

http://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan%20.pdf

http://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian-instrumenkanak_kanak-

berkeperluan-khas-pend-khas-pemulihan.html

http://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos%

20murid%20OKU%20LINUS.pdf

http://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMEN-

PENGESANAN-_IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdf

8