templet hbae2203 fauzi

21
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : JANUARI 2014 HBAE2203 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS ) NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH NO. MATRIKULASI : 731208125515001 NO. KAD PENGENALAN : 731208125515 NO. TELEFON : 0138927731 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU NAMA TUTOR : EN. ANUAR BIN AHMAD

Upload: zauhari-hussein

Post on 28-Jul-2015

259 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Templet hbae2203 fauzi

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : JANUARI 2014

HBAE2203 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )

DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI

BIN MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI : 731208125515001

NO. KAD PENGENALAN : 731208125515

NO. TELEFON : 0138927731

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

NAMA TUTOR : EN. ANUAR BIN AHMAD

Page 2: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1.0 PENGENALAN 2

2.0 SEJARAH BONEKA 3

3.0 JENIS-JENIS BONEKA 5

3.1 Boneka Sarung Tangan 5

3.2 Boneka Lidi 6

3.3 Boneka Wayang Kulit 6

3.4 Boneka Bertali 7

3.5 Boneka Topeng 8

3.6 Boneka Jari 8

4.0 BAHAN MEMBUAT BONEKA 9

5.0 TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BONEKA 9

5.1 Teknik Membentuk dan Membuat Boneka Jari 10

5.1.1 Alatan dan bahan yang diperlukan 10

5.1.2 Langkah proses membentuk dan membuat boneka jari 11

6.0 APLIKASI BONEKA 13

7.0 FUNGSI PERMAINAN BONEKA 14

8.0 PERSEMBAHAN HASIL SENI DAN APRESIASI BONEKA 15

9.0 KESIMPULAN 16

BIBLIOGRAFI 17

1

Page 3: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

1.0 PENGENALAN

Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana permainan ini telah menjadi

salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan sejak zaman ketamadunan Yunani,

Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis “Boneca” yang

membawa maksud hidup. Secara ringkasnya, boneka dapat didefinisikan sebagai sesuatu

objek atau benda bukan hidup yang dilakukan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau

arahan bagi menyampaikan mesej.

Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai boneka

selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan watak

boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka boleh

terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan dimanipulasikan

oleh pemain dalam persembahan mereka.

Boneka mempunyai beberapa kelebihan kerana boneka boleh menyampaikan mesej dengan

efektif. Di sebalik teknik boneka yang menggunakan kaedah penceritaan ini, pelbagai mesej

positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam persembahan tersebut. Guru perlu kreatif dalam

merangka perjalanan cerita yang bukan sahaja menarik dan menghiburkan malah

mengandungi beraneka nilai murni.

Selain itu, teknik boneka memberi pendedahan kemahiran berkomunikasi kepada kanak-

kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanak-kanak autisme

sepatutnya diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka. Mereka akan tertarik

dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara tidak langsung dapat memulihkan

masalah komunikasi mereka sedikit demi sedikit. Kanak-kanak juga dapat menambah

perbendaharaan kata mereka. Tambahan pula, teknik boneka juga dapat mencipta dan

merangsang daya imaginasi murid. Bermain sambil belajar juga merupakan salah satu aktiviti

yang terdapat dalam tunjang Kurikulum Standard Sekolah Rendah iaitu Didik Hibur.

2

Page 4: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Munurut Fauziah Md. Jaafar (2008), aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi

fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan

pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Hal ini membuktikan bahawa

kanak-kanak perlu didedahkan dengan teknik boneka supaya murid dapat belajar sesuai

dengan keperluan mereka. Hal ini membuktikan bahawa teknik boneka amat berkesan untuk

pembelajaran kanak-kanak. Oleh sebab itu, dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan

Seni Visual Sekolah Rendah, bidang membentuk dan membina binaan, memperkenalkan

boneka sebagai satu topik yang perlu dipelajari.

Berdasarkan huraian di atas, maka penulisan yang seterusnya ini akan mengupas secara lebih

lanjut tentang bidang membuat dan membina boneka baik dari aspek sejarah, jenis, alat dan

bahan, teknik pembuatan, aplikasi alat, bahan dan teknik dan persembahan hasil kerja serta

proses apresiasi.

2.0 SEJARAH BONEKA

Perkataan puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin iaitu pupa. Ahli sejarah

berpendapat bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh

orang-orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan untuk membuat boneka pada zaman itu

adalah kayu, tanah liat dan tulang binatang. Boneka yang lebih indah pula diperbuat daripada

lilin dan gading gajah. Boneka yang dibuat pada masa itu dibuat bukan untuk mainan kanak-

kanak tetapi digunakan untuk tujuan ritual keagamaan atau upacara adat yang rasmi. Rupa

bentuk boneka yang dihasilkan ketika itu tidak menarik dan amat menyeramkan. Keadaan ini

menyebabkan kanak-kanak tidak tertarik untuk menjadikan boneka sebagai barang mainan.

Boneka dengan lengan dan kaki yang dapat digerakkan mula dihasilkan pada tahun 600

sebelum Masihi. Sungguhpun begitu, kegunaan boneka masih seperti di awal penciptaannya.

Dikatakan pada abad ke 5 hingga awal abad ke 15, boneka masih tetap digunakan untuk

upacara ritual dan keagamaan. Fungsi boneka sebagai alat permainan kanak-kanak mula

3

Page 5: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

berlaku di kota Nuremberg, Ausburg dan Sonnerberg, Jerman. Boneka ini telah diperbuat

daripada tanah liat, kayu, dan lilin. Manakala tubuh boneka dihiasi dengan pakaian yang

menggambarkan wanita Jerman pada masa itu. Pada masa yang sama, para pembuat boneka

di Englang, Perancis, Itali, dan Belanda turut menghasilkan boneka yang dihiasi dengan

pakaian tradisi masing-masing.

Pada abad ke 16, Belanda telah mencipta mata boneka dari kaca. Yang menariknya, mata

boneka dapat digerakkan sehingga boneka kelihatan hidup. Pada tahun 1675, rupabentuk

boneka telah diperkemaskan lagi dengan rambut sehingga bentuknya sama dengan boneka

pada masa kini. Pada tahun 1710, sebuah kilang pembuat boneka telah berjaya membuat

boneka yang dapat menangis disusuli dengan boneka yang dapat berjalan pada tahun 1735.

Di akhir Perang Dunia Pertama, Amerika telah mencatat satu sejarah sebagai negara

penghasil boneka terbesar di dunia. Di antara tahun 1925 dan Perang Dunia Kedua, kilang

membuat boneka telah berjaya menghasilkan boneka yang lebih menarik dan hampir

menyerupai bentuk yang ditirunya. Boneka ini telah dilengkapi dengan mata yang boleh

mengedip dan dilengkapi dengan bulu mata. Selain dari itu, ia juga dapat membuka mulut

sehingga terlihat deretan giginya yang rapi. Boneka-boneka ini telah dijual dengan harga

yang mahal.

4

Page 6: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

3.0 JENIS-JENIS BONEKA

Boneka terdiri dari pelbagai jenis dan bentuk mengikut tujuan boneka direka. Terdapat

boneka dihasilkan untuk tujuan permainan, penceritaan, penyembahan dan hiasan. Antara

contoh boneka ialah;-

3.1 Boneka Sarung Tangan

Boneka sarung tangan boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk samada berbentuk manusia,

haiwan, tumbuhan dan lain-lain untuk diperkenalkan kepada kanak-kanak Boneka ini

diperbuat dari bahan yang lembut dan dapat dicuci. Fungsi boneka ini selalunya adalah untuk

menghiburkan kanak-kanak.

Namun begitu, pemain boneka ini selalunya adalah mereka yang dewasa. Penggunaan boneka

ini akan mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping dapat melatih diri pemain untuk

berekspresi, berinteraks dan membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan lebih cepat.

5

Page 7: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan

gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

3.2 Boneka lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan

pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa

menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan

untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

3.3 Boneka Wayang Kulit

6

Page 8: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar.

Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa

memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu

dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-

goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit

ialah dengan menggunakan ‘over head projector’ (OHP) sebagai sumber cahaya dan imej

boneka akan terpapar di atas skrin.

3.4 Boneka Bertali

7

Page 9: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Boneka bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache,

plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka

yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-

anggota boneka tersebut bergerak.

3.5 Boneka Topeng

8

Page 10: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng

amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran bahasa atau

Pendidikan Moral.

3.6 Boneka Jari

Boneka jari atau dikenali juga dengan nama finger puppets merupakan boneka yang

dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Boneka jari dilakukan dengan memasukkan jari

ke dalam boneka yang bersaiz jari. Jari digerakkan semasa watak dimainkan. Boneka ini

boleh dibuat dari kertas yang dilukis wataknya. Saiz boneka adalah mengikut saiz jari kanak-

kanak. Boneka ini diwarnakan dan digam pada kelilin gbentuk watak tersebut kecuali pada

bahagian untuk dimasukkan jari. Boneka jari amat seronok digunakan kerana pelbagai watak

boleh dimainkan serentak.

4.0 BAHAN MEMBUAT BONEKA

Bahan dan peralatan membuat boneka adalah berbeza mengikut jenis boneka tersebut. Antara

bahan asas untuk membuat boneka ialah sarung tangan atau sarung kaki untuk membuat

boneka sarung tangan, kertas tebal dan plastik keras untuk membuat boneka wayang kulit

dan lidi, beg kertas atau beg mabuk udara untuk membuat boneka beg kertas, sudu kayu atau

9

Page 11: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

senduk untuk membuat boneka sudu, perca kain untuk membuat boneka sarung kepala dan

sarung tangan, pinggan kertas untuk membuat boneka pinggan kertas, kayu untuk membuat

boneka tongkat dan lidi untuk membuat boneka lidi. Boneka dicipta mengikut kreativiti

individu yang menghasilkannya. Ini bererti seseorang itu tidak perlu menghabiskan banyak

duit untuk menghasilkan boneka kerana mereka juga boleh menghasilkan boneka daripada

bahan-bahan terbuang.

5.0 TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BONEKA

Boneka boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti sarung tangan, sarung kaki,

kertas, bag mabuk udara dan banyak lagi bergantung kepada kegunaan dan fungsinya.

Boneka sarung tangan misalnya boleh diperbuat daripada kain, kertas, kad manila dan surat

khabar atau majalah.

Proses membentuk dan membuat boneka bergantung kepada jenis dan ciri-ciri boneka yang

hendak dihasilkan. Selain itu juga, ia turut bergantung kepada jenis cerita dan mesej yang

hendak disampaikan. Sebagai contohnya, pemain hendak menyampaikan mesej

kekeluargaan dalam ceritanya dan memilih untuk menggunakan boneka lidi sebagai alat

persembahan maka teknik penghasilan seharusnya menjurus kepada elemen kekeluargaan

seperti penggunaan imej manusia dan penggunaan warna yang ceria agar mesej dapat dapat

disampaikan dengan efektif dan berkesan. Berikut merupakan contoh teknik pembuatan

boneka jari yang boleh dijadikan panduan

5.1 Teknik Membentuk dan Membuat Boneka Jari

Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat, ia mempunyai bahagian kepala,

pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan

boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas dimana pemain boneka dapat melindungi

10

Page 12: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditonton pada bahagian badan

dan kepala sahaja.

5.1.1 Alatan dan bahan yang diperlukan

Proses membentuk dan membuat boneka jari memerlukan bahan-bahan seperti kad manila, gunting, gam, pensel dan warna.

5.1.2 Langkah proses membentuk dan membuat boneka jari

Langkah 1 Lipat 2 kad untuk mendapatkan imej yang sama saiz.

11

Page 13: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Langkah 2Lukis 3 bentuk seperti jari yang berlainan saiz seperti gambar di atas

Langkah 3

Hasilkan;- i. Lakaran 1 untuk membentuk muka

ii. Lakaran 2 membentuk telingaiii.Lakaran 3 membentuk hidung

Langkah 4Gunting mengikut bentuk yang dilukis. Anda akan dapat setiap satu bentuk secara

berpasangan

12

Page 14: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Langkah 5Gamkan keratan 2 pada keratan 1 bagimembentuk telinga.

Langkah 6Setelah siap melekatkan telinga, lekatkan kepingan 1 di atasnya dengan menyapu gam di

sekeliling kepingan kecuali di bahagian bawah.  Pastikan anda menyapu gam dengan teliti supaya kedua-dua kepingan 1 tidak melekat

Langkah 7Lekatkan mata dan lukiskan hidung serta mulut boneka anda ... hiaskan dengan kreativiti

tersendiri. Selesai6.0 APLIKASI BONEKA

13

Page 15: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Boneka sesuai digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk

menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Pendengar iaitu kanak-kanak

akan dapat menghayati dan memahami sesebuah penyampaian dengan khusyuk di samping

melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Melalui permainan

boneka juga kanak-kanak akan merasa seronok kerana mereka dapat meluahkan apa yang

terpendam dalam diri mereka dan ini akan menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif.

Mereka juga tidak akan berasa segan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang

disediakan oleh guru. Penggunaan boneka memberikan kesan yang cukup baik ke arah

pendedahan kanak-kanak untuk berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan

sebenar serta merangsang daya imaginasi.

Selain itu, boneka juga dapat memberi pengalaman kepada kanak-kanak belajar secara

berkumpulan, bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Eve-Marie Arce (2000)’menyatakan

bahawa, boneka adalah sesuatu yang unik. Ia boleh digunakan oleh guru untuk menyalurkan

emosi kanak-kanak, kreativiti dan juga menyelesaikan masalah atau kebimbangan mereka.

Kanak-kanak mampu menghasilkan boneka mereka sendiri dengan bantuan daripada guru.

Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan boneka sama ada bahan-bahan terpakai,

bahan semulajadi dan juga bahan-bahan yang ada kaitan dengan sesuatu pembelajaran.

Bahan-bahan terpakai adalah seperti penutup botol minuman, batang aiskrim, bekas dadih,

pnggan kertas, stokin lama dan pelbagai lagi. Bahan semulajadi pula seperti daun, batu kecil,

ranting, akar pokok, kulit pokokdan bunga manakala bahan-bahan yang berkaitan dengan

pembelajaran pula seperti bulu burung yang dikaitkan dengan sains dan lain-lain yang sesuai.

Kebiasaannya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang tetapi juga

berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita-cerita tertentu.

Ketika boneka digerakkan, muzik latar, suara atau pun bunyi-bunyian dimainkan bagi

mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri atau

sekumpulan kanak-kanak.

7.0 FUNGSI PERMAINAN BONEKA

14

Page 16: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Permainan boneka mempunyai banyak fungsi yang positif untuk memperkembangkan bakat,

emosi, intelek dan spiritual. Antara fungsi tersebut adalah seperti ekspresi, informasi,

eksplorasi, persuasi dan melayan.

Fungsi ekspresi merujuk kepada pernyataan suka, benci, kagum, marah, bosan,dan sedih.

Dengan mendongeng/cerita boneka, baik pencerita mahu pun pendengar akan dapat

mengungkapkan pernyataan senang, benci, kagum dan sebagainya. Pencerita boleh

melontarkan soalan agar kanak-kanak dapat memperkembangkan ideanya. Selain itu,

pencerita juga boleh menimbulkan persoalan agar kanak-kanak berkeinginan untuk bertanya.

Dengan cara bergini, kanak-kanak akan dapat mengekspresi diri untuk melahirkan rasa

kagum, senang, benci dan sedih.

Fungsi informasi pula merujuk kepada keupayaan untuk menyampaikan mesej atau maklumat

kepada orang lain. Dalam kelas penceritaan, baik pencerita ataupun si pendengar akan dapat

menyampaikan mesejnya kepada orang lain. Mesej tersebut pula merupakan perkara-perkara

yang biasanya mereka sudah pernah mendengarnya. Akan tetapi pada saat itu, mesej tersebut

muncul kembali kerana adanya simulasi.

Fungsi ekplorasi pula merujuki kepada keupayaan untuk menjelaskan sesuatu hal, perkara

dan keadaan. Kanak-kanak yang kreatif mempunyai kebolehan untuk menjelaskan sesuatu.

Ketika ia mengetahui sesuatu maka melalui stimulasi, mereka akan berusaha untuk

menjelaskan idenya.

Fungsi Persuasi puala merujuk kepada fungsi bahasa yang bersifat mempengaruhi atau

mengajak orang lain untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu secara baik. Pada tahap

selanjutnya kanak-kanak akan berusaha mengajak atau mendominasi temannya dengan

kemahuan atau keinginannya. Bahkan sering kali tejadi pertengkaran di antara mereka untuk

mempertahankan pendapat masing-masing.

15

Page 17: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Manakala fungsi melayan pula merujuk kepada keupayaan untuk menghibur. Komunikasi

yang wujud setiap hari antara pendengar dan pembicara pastinya mengandung elemen

kelucuan bahasa atau ekspresi dan gerak tubuh. Maka dalam penceritaan fungsi menghibur

adalah unsur yang mutlak. Seorang pencerita harus dapat menjalankan fungsi itu dengan baik.

8.0 PERSEMBAHAN HASIL SENI DAN APRESIASI BONEKA

Persembahan hasil seni berkait rapat dengan proses apresiasi seni kerana hasil seni yang telah

dihasilkan perlu dipamerkan untuk dinilai oleh guru dan rakan-rakan. Persembahan hasil

karya akan membolehkan nilai estetika dan sikap menghargai nilai dikembangkan. Di

samping itu juga, melalui peringkat perbandingan elemen-elemen pemupukan sikap untuk

menghargai hasil seni yang dihasilkan akan terhasil. Rice (1997) berkata:

“The goal of the teaching of art appreciation as a part of general education in the college

curriculum has been to introduce students to art, hoping to convey an understanding of the

value and role of art in our culture. But appreciating art is a much more complicated and

personal enterprise that may require more than an introduction…. It is the attitudes and

actions within those definitions that create the dynamics of discovery for the individual who

appreciates. Teaching and learning about art are processes of discovery, and the “findings”

will impact the individual is future interactions with art. Clearly, coming to value and

understand or appreciate art is a complex undertaking”.

Manakala Derlan (1987) pula berpendapat, bahawa apresiasi seni pada hakikatnya adalah

untuk mendapatkan apa yang disebut dengan “pengalaman estetik”. Penikmatan seni yang

terarah, sedar dan bertujuan akan menghasilkan pengalaman tersebut. Sehubungan dengan

itu, dalam kegiatan membentuk dan membuat boneka, persembahan hasil karya boleh

dilakukan dengan cara penceritaan, simulasi, lakonan, puisi dan syair. Dengan menggunakan

boneka yang dihasilkan sebagai alat untuk kegiatan di atas, perasaan menghargai hasil seni,

nilai seni, daya usaha, keyakinan diri akan terbentuk dengan sendirinya. Selain itu juga,

16

Page 18: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

perasaan menghargai tokoh-tokoh terdahulu yang menghasilkan boneka akan tersemat di

dalam pemikiran dan hati kerana bermula dari tokoh-tokoh inilah kefungsian boneka sebagai

alat pembelajaran bermula.

Menurut Tabrani (1998), tingkatan apresiasi sebagai kejutan (surprise) yang terjadi ketika

kita berhadapan dengan sesuatu karya pada pandangan pertama sehingga jatuh cinta akibat

ciri-ciri kreasi karya yang iseng dan novel. Dalam apresiasi seni terjadi pula proses empati,

iaitu penilai atau pemerhati turut serta merasakan ungkapan, curahan hati seniman

perkaryanya. Turut serta merasakan suka duka, pikiran, perasaan, pandangan hidup dan

watak yang tercermin dalam karya seni tersebut.

9.0 KESIMPULAN

Boneka pada asalnya merupakan satu alat yang digunakan manusia terdahulu untuk

menyampaikan hubungannya dengan tuhan, alam jin dan alam roh tetapi kini fungi dan

kegunaan boneka telah berubah. Boneka bukan sahaja digunakan sebagai alat permainan

kianak-kanak tetapi juga alat untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran.

Membentuk dan membuat boneka pula merupakan satu bidang yang mengutamakan

penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam

perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa

yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-

ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan.

Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-

watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

2577 patah perkataan

BIBLIOGRAFI

17

Page 19: Templet hbae2203 fauzi

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT REKAAN

Derlan (1987). Konsep Pembelajaran Apresiasi Seni. Dilayari daripada : http://file.upi.edu/Direktori/FPBS/JUR._PEND._SENI_RUPA/197206131999031-BANDI_SOBANDI/Model_Pembelajaran_Apresiasi.pdf Pada Febuari 27, 2014.

Eve-Marie Arce (2000). Curriculum for young children : an introduction. Albany, N.Y. : Delmar.

Fauziah Jaafar & Mariani Md Nor (2008). Main Dalam Perkembangan dan Pembelajaran Kanak-Kanak. OUM Sdn. Bhd.

Rice, R. W. (1997). Art Appreciation. (Online). In Art 360 Foundation of Art Education. Dilayari daripada: http://www.uncg.edu/art/courses/rwrice/360/AAprec.htm pada Febuari 27, 2014.

Tabrani, Primadi (1998). Proses Kreasi Apresiasi Belajar. Bandung;ITB.

18