template penulisan 1.0 pendahuluan

5
1 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Konteks Kajian Saya Masni Binti Alem merupakan seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Landeh Padawan.Saya mendapat latihan Perguruan Asas selama 2 tahun 6 bulan di Maktab Perguruan Sains Bintulu, Sarawak. Setelah menamatkan Kursus Perguruan Ambilan Julai 1994/96 saya telah ditempatkan di SK Sungai Penipah Mukah dengan Sijil Perguruan Sekolah Rendah Sains ,saya telah diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Sains Rendah dan Matematik namun begitu tempoh perkhidmatan saya di SK Sungai Penipah sangat singkat iaitu hanya selama 6 bulan sahaja.Saya telah ditempatkan semula di SK Sungai Buloh Mukah . Saya telah mengajar di SK Sungai Buloh selama 4 tahun 6 bulan sebelum berpindah ke Kuching dan ditempatkan di SK Landeh.Selama berada di SK Sungai Buloh dan SK Landeh saya telah diberikan tugas untuk mengajar matematik walaupun matematik adalah matapelajaran adalah elektif saya semasa di maktab perguruan. Bermula detik itu saya telah mengajar matematik walaupun opsyen sebenar saya ialah PSR

Upload: fywardaben

Post on 11-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

contoh penulisan pendahuluan kajian

TRANSCRIPT

Page 1: Template Penulisan 1.0 Pendahuluan

1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Konteks Kajian

Saya Masni Binti Alem merupakan seorang guru yang mengajar di Sekolah

Kebangsaan Landeh Padawan.Saya mendapat latihan Perguruan Asas selama 2

tahun 6 bulan di Maktab Perguruan Sains Bintulu, Sarawak. Setelah menamatkan

Kursus Perguruan Ambilan Julai 1994/96 saya telah ditempatkan di SK Sungai

Penipah Mukah dengan Sijil Perguruan Sekolah Rendah Sains ,saya telah

diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Sains Rendah dan Matematik namun

begitu tempoh perkhidmatan saya di SK Sungai Penipah sangat singkat iaitu hanya

selama 6 bulan sahaja.Saya telah ditempatkan semula di SK Sungai Buloh Mukah .

Saya telah mengajar di SK Sungai Buloh selama 4 tahun 6 bulan sebelum berpindah

ke Kuching dan ditempatkan di SK Landeh.Selama berada di SK Sungai Buloh dan

SK Landeh saya telah diberikan tugas untuk mengajar matematik walaupun

matematik adalah matapelajaran adalah elektif saya semasa di maktab perguruan.

Bermula detik itu saya telah mengajar matematik walaupun opsyen sebenar saya

ialah PSR sains.Kadang kala saya berasa terkilan kerana tidak berpeluang mengajar

matapelajaran Sains tetapi saya yakin setiap sesuatu perkara itu pasti ada hikmah di

sebaliknya. Pada Jun 2011 saya telah diterima masuk ke IPG Kampus Tun Abdul

Razak setelah memohon Program Pensiswazahan Guru yang ditawarkan Bahagian

Pendidikan Guru,Kementerian Pendidikan Malaysia.Peluang belajar di Kampus ini

merupakan satu anugerah paling bermakna buat saya.

Saya mula berkhidmat di SK Landeh pada Disember 2001 setelah

memohon berpindah dari SK Sungai Buloh, Mukah.Semenjak mula mengajar di SK

Landeh ,saya telah diberi kepercayaan untuk mengajar matapelajaran

Page 2: Template Penulisan 1.0 Pendahuluan

2

Matematik.Kebetulan sekolah ini kekurangan guru Matematik.Saya pernah juga

mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris semasa perubahan dasar PPSMI pada

2003 hingga 2012. Pelbagai cabaran dan pahit maung sepanjang tempoh itu kerana

saya kurang mahir dalam berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu,saya

tabahkan hati dengan menguatkan semangat untuk menjadi guru Matematik yang

serba boleh SK Landeh terletak di kawasan luar bandar sekitar 10 km dari Batu

10.Sekolah ini mempunyai seramai 19 orang guru dan 4 orang staff bukan guru.

Enrolmen murid sekolah ini seramai 223 orang iaitu dari Prasekolah hingga ke

Tahun6 yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Bidayuh, Iban dan

Cina. Pada tahun ini (2015) saya mengajar Matematik tahun 1 dan Tahun 4. Saya

telah memilih murid Tahun 4 seramai 35 orang untuk melaksanakan kajian tindakan

saya. Pencapaian murid Tahun 4 dalam Penilaian Semester pertama yang lalu adalah

sederhana baik iaitu 63 % .

1.2 Refleksi Pengalaman yang Lalu / Refleksi Sorotan Literatur

Menurut Noriati A Rashd et al 2009, pengajaran bolehlah dihuraikan sebagai suatu

cara untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan

untuk berfungsi dengan baik.Di samping itu, pengajaran merupakan satu proses

untuk menyampaikan idea dan pengetahuan serta dapat membantu murid

meningkatkan potensi mereka secara optimum. Manakala pembelajaran

didefinisikan sebagai proses belajar seperti yang dinyatakan di dalam kamus Dewan

Edisi Keempat, 2007.Selain itu pembelajaran juga adalah proses interaksi murid

dengan pendidik dan sumber pembelajaran dalam satu-satu sesi.

Page 3: Template Penulisan 1.0 Pendahuluan

3

Saya telah melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran untuk mata pelajaran

Matematik tahun 4 pada 2 Mac 2015 yang melibatkan tajuk darab.Standard

pembelajaran yang diajar ialah mendarab sebarang nombor hingga empat digit

dengan satu digit dengan mengumpul semula.Saya melangkah masuk dengan yakin

untuk mengajar tajuk baharu iaitu darab setelah yakin dengan pencapaian murid

untuk kemahiran tolak yang lalu.

Seramai 30 orang daripada 35 orang murid dapat menguasai kemahiran

mendarab sebarang nombor hingga empat digit dengan satu digit dengan

mengumpul semula.

Refleksi RPH 3 Mac 2015

Setelah meneliti lembaran kerja yang dihantar saya dapati murid ini tidak dapat

menjawab soalan yang dikemukakan kerana tidak menguasai sifir darab dengan baik

serta tidak tahu untuk menentukan nilai tempat apabila terdapat jawapan dengan

mengumpul semula.

Seterusnya, ceritakan perasaan anda berkaitan hasil P&P yang dibincangkan di atas.

Jelaskan andaian anda tentang punca berlakunya masalah P&P tersebut serta

cadangan tindakan (secara umum) untuk mengatasi masalah tersebut. Jelaskan juga

sebab yang anda rasakan cadangan tersebut mungkin dapat mengatasi masalah yang

anda hadapi. Sekali lagi, anda boleh menggunakan tinjauan literatur (seperti

tindakan yang pernah diguna dalam kajian-kajian lepas atau teori-teori pembelajaran

yang berkaitan dengan tindakan anda) untuk menyokong pandangan anda.