tempat makan best kat johor bahru

12
Tempat makan best kat Johor Bahru: 12 Tempat Makan Yang Perlu Anda Tahu Memang tak sah kalau makan angin atau jalan-jalan cuti-cuti tak disertakan dengan tempat makan best. Nak-nak jika anda bercuti di Legoland Nusajaya pada siang harinya, di malamnya pula anda ingin bawa keluarga jalan-jalan cari makan kan? Ok di sini kami akan senaraikan tempat makan best yang terdapat di JB ya: -Restoran Damai Seafood di Kampung Danga (bersebelahan Taman Perling 8km dari Tmn Bukit Indah (Dillenia Homestay ) ), sebelah Lebuhraya Pesisir Pantai -diusahakan oleh Penghulu Danga -Restoran Din BBQ, aneka makanan laut yang di grill dan BBQ, di samping menu-menu lain spt mee dan nasi-nasi di Taman Nusa Bestari/Taman Bukit Indah (Area Kedai/Pejabat Belakang Giant depan Tesco bandar Taman Bukit Indah) -Restoran Ayam Penyet House-depan dengan Restoran Din BBQ, Tmn Nusa Bestari, Giant depan Tesco bandar Taman Bukit Indah -Malay Village Restaurant di Taman Nusa Bestari, menghala ke Sutera Mall, restoran dua tingkat berhawa dingin, dengan

Upload: adiratna-jagat

Post on 30-Nov-2015

189 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Panduan untuk mencari tempat makan yang enak di sekitar bandaraya Johor Bahru

TRANSCRIPT

Page 1: Tempat Makan Best Kat Johor Bahru

Tempat makan best kat Johor Bahru: 12 Tempat Makan Yang Perlu Anda Tahu

Memang tak sah kalau makan angin atau jalan-jalan cuti-cuti tak disertakan dengan tempat makan best.  Nak-nak jika anda bercuti di Legoland Nusajaya pada siang harinya, di malamnya pula anda ingin bawa keluarga jalan-jalan cari makan kan? Ok di sini kami akan senaraikan tempat makan best yang terdapat di JB ya:

-Restoran Damai Seafood di Kampung Danga (bersebelahan Taman Perling 8km dari Tmn Bukit Indah (Dillenia Homestay) ), sebelah Lebuhraya Pesisir Pantai -diusahakan oleh Penghulu Danga

-Restoran Din BBQ, aneka makanan laut yang di grill dan BBQ, di samping menu-menu lain spt mee dan nasi-nasi di Taman Nusa Bestari/Taman Bukit Indah (Area Kedai/Pejabat Belakang Giant depan Tesco bandar Taman Bukit Indah)

-Restoran Ayam Penyet House-depan dengan Restoran Din BBQ, Tmn Nusa Bestari, Giant depan Tesco bandar Taman Bukit Indah

-Malay Village Restaurant di Taman Nusa Bestari, menghala ke Sutera Mall, restoran dua tingkat berhawa dingin, dengan Interior ala cafe, cantik dan very comfortable dining experience

-Kangkong Steambot, di Taman Nusa Bestari (belakang Hamid Corner mamak)-diusahakan oleh Cina Muslim

-Restoran Nasi Padang – Kompleks Kedai/Pejabat di sekitar Jaya Jusco Aeon Taman Bukit Indah (belakang Public bank dan sebelahan denga Mc Donald Pusat Bandar Tmn Bukit Indah ) -harga boleh tahan

-Medan Selera Tepian Tebrau di Jalan Tengku Puteri atau nama lama jalan ni Jalan Straits View

Page 2: Tempat Makan Best Kat Johor Bahru

-Medan Selera Stulang Laut di Jalan Stulang Laut (bersebelahan jer dengan Shopping COmplex Zon Bebas Cukai)

-Medan Selera Jalan Sg Chat berdekatan dengan Dataran Bandaraya (Murtabak Singapura RM8.00 sekeping tapi tebal dan banyak daging, memang sedap dan berbaloi dengan harganya)

Senibong Sea Food – lokasinya sebenar jauh sedikit dari pusat bandar JB dan perlu melalui Lebuhraya EDL 6 lorong (Lebuhraya bertingkat spt MRR2 ) dan masuk melalui exit Permas/Permas Jaya. Seterusnya pandu hingga sampai ke Persimpangan Traffic Light di hadapan Jaya Jusco Permas , di sini ambil belokan ke kanan.Di sini terdapat 3-4 buah restoran makanan laut di atas pinggir laut antaranya ialah Restoran 6 Corner, Gerai Permata Senibong dan lain-lain lagi

-Food Court di Plaza Sentral, Larkin bersebelahan dengan Terminal Bas Larkin

-Kapten Steamboat di Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6) berhampiran Jabatan Pelajaran Johor. Ada yang tulis sebagai Captain Steambot atau capten stimbot atau kapten stimbot atau kaptain stimbot tapi yang pentingnya ia merujuk pada tempat yang satu kat Johor Bahru ni.

-Restoran Singgah Selalu di Jalan Kolam Air (berdepan dengan Danga Bay tetapi di seberang jalan-juga berhampiran jalan masuk ke Istana Bukit Serene, agak ‘happening’ dibuka 24jam, sesuai untuk lepak-lepak , juga terdapat ‘shisha’ di sini)

-Food Court The Galleria, di Plaza Kotaraya, Johor Bahru.

-Medan Selera Lotun Van di Dataran Bandaraya (Van-van lotun yang menyediakan meja dan kerusi unutk pelanggan di kawasan tempat letak kereta)

-Medan Selera Plaza Angsana, Johor Bahru (Aras Ground)

-Medan Selera Arena, Jaya Jusco,di pusat bandar Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

-Medan Selera Tesco, di pusat bandar Taman Bukit Indah

-Medan Selera di Taman Bukit Indah, Johor Bahru (Di Jalan Indah 5/3, sebelah Petronas Jalan Indah 5/3) -masakan Thai dll

-Restoran Seafood di muara Sungai Pendas : Restoran Tanjung Nelayan dan Restoran Terapung Pendas yang terletak di muara Sungai Pendas (di Kg Pendas). Pemandangan di sini juga menarik kerana berada di muara Sg Pendas, berserta latar belakang pokok-pokok bakau. Juga muara ni berhadapan dengan Selat Johor yang di seberangnya ialah negara Singapura. Jarak ialah 25km daripada Legoland Nusajaya.

Restoran LC Catering - menyediakan resipi ayam penyet dan lain-lain menu tempatan, betul-betul tepi Lebuhraya Tebrau menuju ke Johor Jaya.

Page 3: Tempat Makan Best Kat Johor Bahru

Mee Bandung Kuah Kacang ‘Odeon’ Batu Pahat (Famous Sejak 1960an)

Kini di Taman Universiti, Skudai

Stall Elias @ Restoran Lubuk Selera105 Jln Pulai 7(Sebelah Pintu Gerbang Nak Ke Giant UMall Taman Universiti, Skudai)

Biasa RM5 makan/bungkusSpecial RM6 makan/bungkus – Letak Sotong Kembang

Pilihan citarasa – Ori atau Pedas

Waktu operasi – Khamis hingga Selasa. 7.30mlm hingga 10.30mlm. Cuti Rabu

Sebarang pertanyaan Talipon/sms 012 7474039 (Elias)

Page 8: Tempat Makan Best Kat Johor Bahru

Restoran Din BBQ, Taman Nusa Bestari, Depan TescoBandar Taman Bukit Indah

Restoran Ayam Penyet House, Taman Nusa Bestari, Depan TescoBandar Taman Bukit Indah

Page 10: Tempat Makan Best Kat Johor Bahru

Restoran Seafood di muara Sg Pendas :Tanjung Nelayan

Page 11: Tempat Makan Best Kat Johor Bahru

Restoran Seafood di muara Sg Pendas :Tanjung Nelayan

Restoran Seafood di muara Sg Pendas :Restoran Terapung Pendas