teka teki best
TRANSCRIPT
Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih,
hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah….
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya
tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak
sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada
kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270
darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapan: Spedometer bas lah…
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi
apa?
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut
sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor
dibahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan
kepintarannya?
Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”
Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan
hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si
suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila
Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang
semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah
kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau
kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada….
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Jawapan: Buang tebiat
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang
tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko.
Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh,
Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu
ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan
Fatimah. Kenapa ?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang
tu, kan-kan?
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun
terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di
kepala?
Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula
berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua
bertongkat.
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3?
Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya
YAMAHMUD.
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam,
sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong
itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur
memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu
kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar,
dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal… ha…ha…ha..
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung
terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor
burung itu jatuh kebumi?
Jawapan 04: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak
dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.
Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani
terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!
Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...
jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala le..
Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami
kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln
terhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe..... ok x ... lawak x...
Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la niiii..... ha jwp2.... ...siput
babilaaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....
Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,
sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...
Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...
Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.
Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu
kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka?
Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah
Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat
jawab????
jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe
Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam?
- Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia.
Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?
- Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.
Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
- Waktu untuk baiki jam.
Apa beza disini dan disana?
- Huruf 'i' dan 'a'.
Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
- Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)
Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?
- Cukai jalan.
Haiwan apa yang mempunyai tali persaudaraan?
- Itik beradik.
Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?
- Burung raja udang.
Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
- Hingus.
Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?
- 4 ekor burung.
Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
- Pisang goreng.
Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?
- Tumpah la.
Sungai apa paling tajam?
- Dungai Lembing.
Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
- Orang utan.
Ikan apa yg miskin?
- Ikan kering.
Berapa kaki seekor kerbau?
- 8 (2 kiri, 2 kanan, 2 depan, 2 belakang).
Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik?
- Kedua-dua tak boleh terbang.
Binatang apa paling dibenci anjing laut?
- Kucing laut.
Adakah ayam berkokok siang-siang?
- Tidak, kerana ayam berkokok (kok kerek kok).
Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?
- Telur.
Orang apa boleh dibuat menggoreng?
- Orang minyak.
Kenapa sampai sekarang bigfoot masih tidak ditemui?
- Kerana bigfoot jalan ke depan tetapi tapak kaki menghala ke belakang.
Kenapa doktor bedah pakai topeng untuk tutup mulut dan hidung?
- Kalau dia tutup mata nanti tak nampak nak menjalankan pembedahan.
Jalan Ampang, bengkok di mana?
- Di Thailand.
Dia ada bulu, isi, dan batang, apakah ia?
- Jagung.
Bintang apa paling dekat dengan bumi?
- Bintang tiga.
Kenapa Superman tak kahwin dengan wonderwoman?
- Kerana bukan jodoh.
Tembak lantai kena hidung?
- Kentut.
Pohon apa paling banyak di hari lebaran?
- Pohon maaf zahir dan batin.
Besar, putih, bersayap, serta masin. Apakah itu?
- Kapal terbang jatuh dalam laut.
Buah apa yang tidak mempunyai otak?
- Semua buah.
Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal?
- Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.
Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari?
- Tiada, sebab burung terbang.
Ada tak betik yang bahaya kalau di makan?
- Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.
Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat?
- Letak di depan cermin.
Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih banyak bercakap?
- Perempuan, sebab mereka ada dua mulut, sedangkan lelaki ada dua kepala.
Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan
sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan?
- Kerana dia memandu waktu tengahari.
Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
- Kerani.
Ali bin Abu, lembu bin apa?
- lembu binATANG.
Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
- Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR.
Kucing apa ada tiga kaki?
- Kucing cacat.
Lembu apa ada sembilan kaki?
- Lembu kat kaki lima.
Apa persamaan antara ikan jerung dan ikan paus?
- Kedua-duanya spesies ikan.
Nama apa ada kaitan dengan penyanyi dan usahawan?
- Ramli. (Penyanyi Ramli Sarip, Usahawan Ramli burger.
Kalau gunung didaki, daki?
- Disabun la.
Makanan apa yang paling cicak takut?
- Gula-gula getah.
Kenapa orang kata alien tu wujud?
- Sebab orang yang kata tu kawan dia.
Kata ganti nama diri apa yang digunakan dalam perubatan?
- Akupuntur.
Kenapa kucing tak boleh terbang?
- Ada ke kucing boleh terbang?
Binatang apa ada kaitan dengan buah?
- Cacing kerawit (kelapa sawit).
Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
- Kerusi dan meja.
Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
- Batu akan basah.
Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
- Anak kucing.
Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
- Papan hitam.
Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
- Sama berat.
Kuih apa kita tak makan kat tengah?
- Donut.
Ada tiga orang gila, mereka tanya satu soalan, gunung apa orang tak boleh daki? Gunung apa?
- Kalau awak jawab, sah gila!
Perut bertemu perut, lepas dimasukkan keluar air. Apa dia?
- Mesin tebu.
Sebelum masuk ia keras, selepas masuk ia lembik dan melekit. Apa dia?
- Gula-gula getah.
Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih kuat?
- Perempuan. (Sebab perempuan bawa dua buah gunung, sedangkan lelaki hanya bawa dua biji
telur)
Gas apa yang tidak terapung?
- Penyedut hampagas.
Mi apa warna hitam?
- Misai.
Kalau kita kehilanganya, kita sendiri tak boleh cari?
- Hilang akal.
Negara apa yang sentiasa perlukan makanan?
- Hungary (hungry=lapar)
Masukkan jari, keluarkan balik ada lendir dan melekit. Apa itu?
- Korek hidung.
Dia berdiri, tetapi dia kata dia sedang duduk. Siapakah dia?
- Dia penipu.
Ular apa yang boleh digunakan untuk memasak?
- Ular senduk.
Binatang apa paling pemalas?
- Singa, sebab dia malas cukur janggut.
Kuda apa, kita tak nampak dia, tetapi dia nampak kita.
- Kuda menyorok.
Hari apa makan orang?
- Harimau.
Paling banyak banyak binatang kat dalam hutan belantara... . Binatangape yang pemalas ????
Answer : Singa Jantan...pasal dia malas nak cukurmisai sampai tebal satu muka....
2) Kenapa Amerika takut kat Jepon..... dan Jepon pulak takutkat Amerika?????
Answer : Pasal Jepon ade Ultraman.... Amerika pulakkan ade Superman...? !
3) Dalam banyak banyak Pokok....Pokok ape yg paling tinggi ???
Answer : Pokok atas gunung ddahhhh..... ....
4) Kalau kamu pandai....Sila jawab soalan inie dalam bahasaArab dah.
Soalan :
Seorang Tua jatuh dari tingkat 40 lalu mati.......
Siti Nurhaliza berlari keliling padang tanpa seurat
benang....
Bulan depan gaji Rahim naik $1 juta.......
Answer :
(A) Inna'lillah wa'inna'lillah hira'ji'unn. ....
(B) Astagh'firullah' hal'azimm. ......
(C) Al'hamdulillah. .........
5) Ade seorang budak , rumah tingkat 10 , tiap-tiap hari , dia
naik lif sampai tingkat 8 , terus naik tangga lagi
2 tingkat....kenapa pulak?
Answer : Sebab budak nie pendek ..tak sampai nakpicit tingkat 10....
6) Paling banyak banyak Bangsa dalam alam inie...Bangsa yg mane
satukah yang paling hebat dalam
dunia nie?????????
Answer : Tak tahu ke???..... Bangsa Melayudahh....pasal boleh makan UBI KAYU... JAMBU BATU, PUCUK PAKU....
BELIMBING BESI....IKAN SELARPAPAN...BUAH KERAS...CILI API dan lain lain lagi.....betul tak???
7) Ape bendenye .dia naik cepat tapi turun lambaaaaaaaaaaat
sangat.....?? ????
Answer : hingus lahhh.......
8) Banyak banyak surat ........ surat ape yg tak perlu di
jawab?????
Answer : Suratan takdir illahi lahh ...( siapa yg nak
surat seperti ini?)
9) Siapakah orang yang paling layak digelar " keras kepala " ?
Answer : Penunggang motosikal yang tak pakai
helmet...sebab mereka rasa "kepala mereka dah keras" tak payah
pakai helmet...maknanya kalau motomereka terbalek...terbabas ke...masok bawah lori ke... kepala mereka
takkan pecah....... .hehehehehe. .......
10) Buat Baik berpada-pada, Buat jahat .......... ????
Answer : JANGAN LAGI....bukan buat jahat jangansekali kerana kalau inilah jawapannya maka kena buat jahat
berkali kali sebab disuruh buat jahatjgn sekali..... Faham ? !?
11) Kenapa baju Superman Ketat??????? ?
Answer : Kan kat depan baju dia tuu hurup " S " ,Baju
dia size S lahhh..
12) Kenapa KLCC berkembar 2 ??
Answer : Sukahati die la nk berkembar 2 ker 3 ker 4
ker, yg korang sibuk apsal..__________________Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu
Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…
Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!
Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!
Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!
Teka-teki: Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!
Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.
Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’
Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!
Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani
Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia
jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!
Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak
jawab!!
Nak tanya nih.... BURUNG APA YANG TAK JAGA ANAK DIA.....? Teka arrrr....... Fedup..? Burung
BELATUK la.... binatang tu mana pernah bela anak. Bela ATUK dia tau la... dah nama pun
belaTUK
2. Ini ada satu soalan apakah persamaan ikan dengan gitar ha jawablah tak kan susah kot?
jawapannya ialah kadua-duanya boleh digoreng ha...ha...ha.
3. Jawaplah teka-teki saya... kalo panjang susah dipotong, kalo double pulak memang tak
dapat dipotong tapi kalo pendek, tak leh dipotong....apa kah itu????......apa!!!! salah
beb...line jalan raya lah....hah..hah...hah
4. ADA satu barang yang kita tak akan beli untuk diri kita sendiri, tetapi kita beli untuk org
lain ataupun orang lain yg akan belikan untuk kita...... JAWAPAN: KERANDA
5. Apa benda yang tuannya tak tahu benda itu miliknya,kalau tahu tak nak pun .......
jwpn .......... keranda laie... hehe
6. Aku nak tanyer korang sume...antara kereta ngan motor yang mana lebih tua??? >>>
jawabnyer mestilah motor.. kenaper tak percaye??? korang tau sebab apa? sebab motor ade
tongkat. kereta tak der tongkat.. hahahaha... lawak tak ... ahaks tak lawak pun kan... tapi
aku sajer jer nak melawak
7. Apa akan jadi apabila batu hijau dicampakkan ke dalam Laut Merah??? jawab, jangan tak
jawab!!! Jawapannya:batu itu basahlah!!! ha!ha!ha! lawaknyer.......
8. MENGAPAKAH PBB TIDAK MENENTANG AMERIKA DALAM PERANG IRAQ.DAN APAKAH ERTI
PBB..??? JAWAPANNYA ADALAH Pakatan Bush Blair
9. Sorang Raja ingin bersiar² ngan private jet nyer.. dia pon suruh kadham bawak die jejalan
naik kapal terbang... tetibe kapal terbang terhempas... siapa ...diulangi... siapa yg mati...
siapa ye bukan! ... jawap²... titTTTt.... abis masa jwpnyer kadham la pasal raje kan
mangkat... Haha
10. Dalam banyak-banyak ikan.. ikan apa pandai sembahyang... ok masa dah habis..
jawapannya ialah ikan solat (kata orang nogori sembilan).. hehehehe jangan mare nanti
kena jual
11. Dalam banyak mata.. mata apa paling panas?... jawab jangan tak jawab.......... matahari
laaar
12. Dalam banyak2 hari. Hari apo yang mengaum. haaaaa.. jawapannya ialah..........
harimau. kah...kah...kah ...kah...kah 100 kali. lawak tak kalau tak lawak pergi LONDON
laaaa..............
13. Dalam banyak-banyak rumah.Rumah apa yang orang takut? jawapan:rumah hantu..
Habis dah lawak.... hehe
14. Ibunya tinggi, bapanya gemuk dan leper dan anaknya pula selalunya ada 3. Apa
jawapannya. jawapannya ialah kipas... Ntah lah!
15. Ianya Besar di negeri Arab, kecil di negeri china, di maggi ada, di lobak pun ada... disana
ada, di sini tiada, yang ada pun ada, yang tiada pun ada... pening betul lah... jawap
lah?????? heehe.. jawapannye huruf 'A' ler...
16. Why does the skeleton across the road? to go to 'The Body Shop'
17. Ni ada sekor lembu.Lembu tu pusing ke barat. Pastu tetibe lembu tersebut pusing ke
tenggara. Cuna teka ekor lembu tu mengarah ke mana. Jawapannya:menghala ke
bawahla....aperla korang nii....
18. Banyak2 motor.... motor ape yang tak ada handle... hahhh..ape lagi jawab laaa....
ape???!!! tak tau... ape laa.. jawapanye.. motorbot laaa......
19. Bukan lawak tapi teka teki campoq gurau senda,kalau anta boleh jawab?apa dia,kalau
kita tidur dia bangun,kalau kita bangun dia tidur.....ha jawab la,itu pon tak tahu ka!nak tahu
jawapanya,nenek aku cakap jawapanya ialah tapak kaki kita daa.....aku pon tak hatu laa,
apa tak caya ,nanti cuba la o k... hehe
20. APA DIA PEMANDU RAMAI,PENUMPANG SEORANG.JAWAB DALAM MASA LIMA SAAT,. . . . .
MASA DAH HABIS. JAWABNYA MAYATLA ITU PUN TAK TAHU KE.KIH KIH KIH. TAK LAWAK
PUN... Tak baik tau.... Hehe
21. Pada suatu hari ada dua ekor gajah menaiki beca untuk bersiar-siar di sebuah kota.
Sewaktu hendak melewati raund about tiba tiba beca tadi terbalik.soalannya, apakah yang
pertama sekali nampak? Jawapan: nampak tipunya. betul tak!?..
22. ADA LAUTAN PENUH SUSU,TNGH2 ADA TAIK LEMBU APA DIA? BIJI MATALAH JAWABNYA
23. DALAM BANYAK-BANYAK KUIH,KUIH APAKAH YANG TAKDE BADAN,TANGAN DAN
KAKI.JAWAPANNYA IALAH KUIH SRI MUKA.................ITU PUN TAK TAHU KE..........................
24. Sila isikan tempat kosong, kumbang bukan seekor,............. bukan sekuntum. apa dia?
bunga? salah!!! orkidlah......... kenapa? tak percaya eh.....
25. Banyak2 ikan,ikan apa yg paling sedap di makan? jawab skrg!anda di beri masa 3 saat.
tettt!masa tamat. Jwpnye: ikan yg di masakla.... hehe
26. Apa jawapannya kalau lalu sensorang tak takut. tapi kalau lalu ramai ramai takut.hah
jawab jangan tak jawab..... kalau dapat bagi adiah ..ha ha ha ha... jawabnyer jambatan ndak
robohler.. he he he.....
27. Saya ada teka-teki iaitu semalam hujan nya lebat,kalau anda yang pandai kira matik
berapa titik nya?Ha jangan tak jawab! jawab ok?.........!tak dapat ke,sonang jo jang oii,kalau
nak tahu jawaban tunggu selepas saya melepas..............!OK jawaban nya yalah,"TIGA"
sebab "NYA"dalam huruf jawi laa jangan mare ta ta ti ti tu tu... (Dah lupa sapa bagi aku
soalan ni..) hehe
28. Lagi kalau ditebalikkan jadi gila ,susu kalau ditebalikkan jadi apa ???? jawab jangan tak
jawab . mesti korang jawab usus . jawapannya salah .yang sebenarnya susu kalau
ditebalikkan tumpahlah .haaa hha......lawak tak!!!
29. Ape jadi kalau baju hijau,biru,ungu,kuning,jingga,indigo,hitam dan putih diletakkan dlm
satu baldi air???jadi warna pelangi?salah tu...jawapannya basah la..muahahaha
30. PADA SUATU HARI ADA SEEKOR BURUNG TERBANG ATAS KAPAL LALU BURUNG TU
BERAK ATAS KAPAL TIBA 2 KAPAL TU TENGGELAM NAMPAK APE??? JAWAB JAWAB JANGAN
TAK JAWAB SAMPAI BEKILAT .JAWAPANNYA IALAH NAMPAK SANGATLAH AKU TIPU KORANG
HA..HA..HA HASAREHE BETULLAHHHHH...
31. Haa... aku nak tanyerr cikit.korang makan kat mane....?jawab!jangan tak jawab!alaaa...
kat mulut lerr.... hik..hik..hik...
32. Dalam banyak -banyak negara,negara ape yang jakon... Senang jer la..ITALI
la...sebab..I......Tali... tak pernah tengok tali kot..
33. Haaa... aku nak tanye.. ok..kalau kereta,ditolak...panggil ape... jawab!
jawab!..jawapannyerr kereta tolak lerr...hik..hik..hik..
34. Dalam banyak-banyak biawak yang engkau orang tau.. biawak apa yang paling
menyakitkan orang????? "Simpul Biawak" ler... Sakit oooo.... kalau kena takleh gerak wooo
35. Bila kita berjalan benda tu pun berjalan. Bila kita berlari benda tu pun berlari. Bila kita
makan dan minum benda tu pun ikut sama. Mesti korang tak tau punya benda apa yang ikut
kita selalu. Bendanya ialah bayang-bayang kita sendiri. Lawak tak....