tema: ”wasatiah asas kesejahteraan sejagat” turun/wasatiah dalam pembentukan... · (buruk dan...
TRANSCRIPT
Tema: ”Wasatiah Asas Kesejahteraan Sejagat”
09-15 November 2015, Pusat Persidangan Antarabangsa Brunei
“WASATIAH DALAM PEMBENTUKAN
Pendahuluan
Definisi Wasatiah
Nilai-Nilai Wasatiah Dalam Pembentukan
Peribadi Muslim
Keseimbangan Antara Spiritual dan Fizikal
Dalam Wasatiah
Memelihara Wasatiah Antara Iman, Ilmu dan
Amal
Penutup
Melalui Pendekatan
MEMBENTUK
Masyarakat Adil & Negara Aman Makmur
Iman Ilmu Amal
Bahasa: Wa-sa-ta
(Kebajikan, Pertengahan, Keadilan, Kebaikan dan Perantaraan)
“I’tidal”: Tidak melampau (ketat, ekstrem), serta
tidak cuai (longgar).
Mafhumnya:“Dan demikian pula Kami telah menjadikan (umat Islam)
umat pertengahan (sebagai umat yang adil dan pilihan)
supaya kamu menjadi saksi atas manusia (tentang yang
benar dan yang salah) dan Rasulullah pula akan menjadi
saksi atas (perbuatan) kamu”.
“Ummatan Wasatan”
Umat pertengahan, terpilih, adil dan cemerlang
Pendapat para mufassirin:
Imam al-Tabari (Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran).
Ibnu Kathir (Tafsir al-Quran al-‘Azim).
Al-Razi (Al-Tafsir al-Kabir).
Al-Zamakhshari (Kashshaf ‘an Haqa’iq al-Tanzil wa
‘Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta’wil).
Terpilih, Terbaik, Paling Tinggi Darjatnya, Umat
Yang Adil dan Pertengahan
Jauh daripada dua pihak; tidak melampaui batas dan tidak
terlalu boros.
Tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bertelagah.
Pujian yang baik dan ‘adalah » العدالة»
Tidak cenderung memihak kepada satu pihak sahaja tanpa
pihak yang lain.
Adalah kriteria pertengahan yang membawa maksud apa-apa
yang berada di tepi adalah kemungkinan besar menuju
kejahatan dan kemusnahan
i.
Mafhumnya:
“Katakanlah: Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang
mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata.
Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".
Mahfumnya:
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah
(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-
benar iman)”.
•
“Ummatan Wasatan”
Umat yang terpilih dan adil.
Umat Islam mampu menjadi yang terbaik
Pertengahan atau seimbang dalam setiap perkara,
tanpa melampaui batas dan lalai. Dalam urusan
agama, mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak
mengabaikan kewajipan.
Generasi yang cemerlang, dinamik, terpilih dan segala
sifat terpuji yang menunjukkan kegemilangannya. Ia
bukan umat yang mundur, umat yang meninggalkan
urusan dunia dan hanya semata-mata memeduli
urusan akhirat tanpa mahu berusaha dan
mensyukuri hidup kurniaan Allah Subhanahu wa
Ta’ala.
Memerlukan:
Sifat keikhlasan
Melakukan amalan yang berterusan
Menepati kebenaran yang dibawa oleh
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
dan para Sahabat Radiallahu ‘Anhum.
وأ ا أطيعوا ٱلل ها ٱلذين ءامنو أي
ر م ي مأ سول وأولي ٱلأ نكمأ فإن طيعوا ٱلر
و وه إلى ٱلل ء فرد تمأ في شيأ زعأ تن منون بٱلل سول إن كنتمأ تؤأ م ٱلر يوأ وٱلأ
سن ر وأحأ لك خيأ خر ذ ويل ٱلأ )٥٩: النساء(. تأأ
Mafhumnya:
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan Ulil
Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,
maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu
benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih
utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”.
Asas Utama iaitu Kepercayaan kepada Allah
Golongan yang
mengingkari
wujudnya
Tuhan
Golongan yang
percaya
banyaknya
Tuhan
Hendaklah Yakin dengan Syahadah (penyaksiannya)bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah danNabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Keyakinan dapat mendorong: Menegakkan sunnah di samping terpelihara dari pengaruh
golongan sesat atau ahli bid’ah. Untuk beribadah dengan keyakinan wujudnya pembalasan
Allah Subhanahu wa Ta’ala serta azab siksaNya.
Mafhumnya:“Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikankepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberibalasan yang sempurna terhadap apa yang telahdikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak
dianiaya (dirugikan)”.
Mafhumnya:
“Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( هللا عنهما رضي ) beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: lslam itu
terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa
sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah,
Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan
haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan
Ramadhan”.
(HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ada
mengingatkan umatnya supaya tidak keterlaluan dalam
melakukan ibadat sehingga mengabaikan tuntutan fitrah
jasmani. Sabda Baginda yang mafhumnya:
“Kamu tadi mengatakan begini dan begitu? Demi
Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang
paling takut dan paling takwa kepada Allah di
antara kalian, tetapi aku berpuasa dan berbuka,
aku sembahyang dan aku tidur malam, aku juga
mengahwini perempuan. (Itulah sunah-sunahku)
siapa saja yang benci terhadap sunahku, maka ia
bukan termasuk golonganku.”
(HR Bukhari dan Muslim).
حمن بن صخر ر سول هللا سمعت ر : ضى هللا عنه قال عن أبي هریرة عبد الرمرتكم به فأتوا تكم عنه فاجتنبوه وما أ ما نهي : ))عليه وسلم یقول هللا صلى
واختالفهم على من قبلكم آثرة مسائلهم منه ما استطعتم، فإنم أهلك الذین .البخاري ومسلمرواه (( أنبيائهم
Mafhumnya:“Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya,
maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apayang aku perintahkan kamu melakukannya, makalakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya
umat yang terdahulu daripada kamu telah binasalantaran banyak persoalan dan banyak
perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka”. (HR. Bukhari dan Muslim).
Golongan
Mengamalkan
Hidup Bebas
Golongan Ketat
Dalam Mengamalkan
Nilai-Nilai Murni
Tidak bakhil dan tidak pula membazir; Tidak membangga diri
dan tidak pula menghina diri; Tidak penakut dan tidak berani
membuta tuli.
Mafhumnya:
“Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih)
orang-orang yang apabila menginfakkan (harta), mereka tidak
berlebihan dan tidak (pula) kedekut, di antara keduanya
secara wajar ”.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam membangunkan sahsiah
umatnya dengan komponen asas Islam iaitu:
Akidah Syariah AKHLAK
Ini menunjukkan kedudukan AKHLAK amat penting sebagai
salah satu daripada tunjang Islam itu sendiri.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam apabila ditanya
maksudnya, “Apakah al-Din itu?” Lalu Baginda menjawab yang
bermaksud, “Al-Din ialah AKHLAK yang baik”. Sabda Baginda
lagi, “Sebaik-baik iman orang mukmin itu ialah yang paling
tinggi AKHLAKnya”.
Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa dan
tanpa memerlukan sebarang pertimbangan, sifat
tersebut mendorong ke arah pelbagai perbuatan yang
baik dan yang buruk.
Akhlak paling utama EMPAT bahagian:
1. Al-Hikmah atau kebijaksanaan dalam mengendalikan
diri seseorang daripada hawa nafsu.
2. Al-Adlu atau jiwa yang dapat mencegah kemarahan
dan hawa nafsu untuk mencapai hikmah.
3. Al-Saja’ah atau keberanian, iaitu teguh hati dalam
membela dan mempertahankan kebenaran.
4. Al-’Iffah atau menjaga diri daripada perbuatan
maksiat dan menjauhi diri dari perbuatan tidak baik.
Akhlak mulia merupakan satu juzu’ utama daripada
pembentukan masyarakat Islam. Terserlah daripada
amalan mereka sifat adil, suka melakukan kebaikan,
dan bersifat belas kasihan kepada orang lain.
Penampilannya bersih dan bersikap sederhana.
Suka memaafkan orang lain, memberi nasihat, boleh
bekerjasama, membenci segala yang diharamkan
Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Berupaya menundukkan nafsu syahwat dan sifat
marah.
Serta melakukan kebaikan kepada seluruh mahluk
Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Al-Ghazali mendefinisikan aspek kerohanian: menyentuh persoalandalaman dan kejiwaan manusia yang berkait dengan unsur-unsurseperti nafsu, ruh, qalbu dan akal.
Yusof al-Qaradawi: agama atau al-din merupakan sesuatu yangdirasai oleh manusia sebagai keperluan atau desakan dalamanmelalui seruan batin yang semulajadi. sesiapa yang memenuhiseruan batinnya untuk hidup beragama; jiwa dan batinnya akanmemperolehi ketenangan.
Surah Al-Rum, ayat 30:
Mafhumnya:
“Maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) ke arah al-din yang lurus (jauh dari kesesatan);
(turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari
semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut adasebarang perubahan pada ciptaan Allah itu (iaitu janganlah
mengubah agama Allah yang berdasarkan tauhid kepadasebarang perbuatan syirik), itulah al-din yang betul dan lurus,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.
Penguasaan nilai-nilai wasatiah
memerlukan spiritual dan fizikal.
Sembahyang, puasa, zakat dan haji merupakan amalan
di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal
yang sehat dan kuat.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menekankan
pentingnya kekuatan jasmani seorang muslim.
Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang
mafhumnya:
“Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang
lemah”. (HR. Muslim).
Sudut psikologi
Kejadian manusia yang meliputi elemen-elemen spiritual dan fizikal
menyebabkan ia memerlukan keseimbangan antara aspek rohaniah
dan jasmaniah.
Oleh kerana itu, penghayatan agama berfungsi mencorakkan
kerohanian atau kejiwaan manusia dalam kehidupannya sehari-hari.
Menggariskan usaha menghayati agama sebagai adab yang paling
bermanfaat, sebagaimana katanya:
Maksudnya;
‘Dan adab yang paling bermanfaat ialah menekuni dan
memahami agama, zuhud di dunia dan makrifat (mengenali)
Allah Subhanahu wa Ta’ala’.
Sudut psikologi Islam
Sempurnanya kejadian manusia itu kerana manusia mempunyai
roh dan jasad.
Menurut ahli psikologi Islam, manusia merupakan insan sempurna
dan mulia kerana dibekalkan rohani, jasmani, hati, dan akal.
Oleh itu, jelas bahawa penciptaan manusia meliputi aspek spiritual
dan fizikal.
Implikasinya, apabila manusia itu hendak dididik dan dibangunkan,
maka tidak dapat tidak kedua-dua elemen ini perlu diambil kira
dan diberi perhatian agar sempurna dan berjaya.
Ini kerana kejayaan dan kebahagiaan hakiki kehidupan adalah
berpunca daripada tingkah-laku moral dan akhlak yang mulia dan
sebaliknya.
Iman: Melafazkan kalimah tauhid dengan i’tikad di
dalam hati serta mengamalkannya kerana tahap
keimanan seseorang boleh bertambah dan berkurangan.
Mafhumnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah
mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah
hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya
bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya
kepada Tuhanlah mereka bertawakal”.
Imam al-Shafi’i
Iman adalah ucapan (hati dan lisan) dan amal, yang
boleh bertambah dan berkurang. Ia bertambah kerana
ketaatan dan berkurang kerana kemaksiatan.
Sesudah itu, Imam al-Shafi’i Rahimahullah membaca
surah al-Muddatstsir, ayat, 31:
…….Mafhumnya:
“…… dan supaya orang yang beriman
bertambah imannya……..”
Ilmu sebagai pembekalan kepada hati (al-qalb), dan manfaatyang akan dicapai oleh seseorang kepada rohaninya daripadabekalan ilmu itu adalah amal soleh.
Kelebihan ilmu apabila mampu membawa rasa takut(pemiliknya) kepada Allah Subhanahu waTa’ala.
Mafhumnya:
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah Ulama. Sesungguhnya Allah Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun”.
Amal ketaatan: ilmu tanpa amal soleh tidakmelayakkan pemiliknya menerima rahmat AllahTa’ala.
Keseimbangan antara Iman, Ilmu dan Amalmemerlukan kesabaran serta ketabahan agartuntutan pemeliharaan wasatiah dapat dikecapidan terjamin bagi umat Islam sejagat.
Mafhumnya:“Kerana itu Allah memberikan kepada mereka
pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat
kebaikan”.
Memelihara dan mempraktikkan iman, ilmu dan
amal dalam kehidupan seharian, mampu
mengukuhkan lagi keseimbangan dunia dan
akhirat disamping sebagai pengukuh dan tonggak
kepada teguhnya nilai-nilai wasatiah dalam jati
diri setiap muslim dan akhirnya terbentuklah
peribadi muslim yang dapat mengusai diri dengan
akidah, ibadah dan akhlak yang sempurna.
Keruntuhan dan kecelakaan di dunia dan
akhirat.
Kecuaian melahirkan generasi yang rosak dan
tidak berakhlak.
Hanya mementingkan kecemerlangan
akademik anak-anak maka akan lahirlah anak
yang bijak tetapi rosak moralnya dan runtuh
akhlaknya.
Tanda-tanda berpaling (kebencian) Allah kepada
seseorang hamba ialah:
Apabila ia sibuk mengerjakan sesuatu yang tidak ada
kena mengena atau tidak mustahak baginya, di
samping menjelaskan bahawa, “jika berlalu waktu
dari seseorang hamba dalam (keadaan ia mengerjakan
sesuatu) yang selain dari tujuan sebenar ia dijadikan
oleh Allah di dunia ini (iaitu untuk beribadah
kepadaNya), maka layaklah nanti ia ditimpa
penyesalan yang panjang; dan sesiapa yang mencecah
empat puluh tahun dalam keadaaan amal baiknya
tidak dapat mengatasi amal jahatnya maka hendaklah
ia mempersiapkan dirinya ke neraka”.
Mafhumnya:
“Sebahagian daripada keelokan seorang
mukmin ialah meninggalkan apa
yang tidak berfaedah baginya”.
(HR. al-Tarmizi).
Akhlak yang mulia sebagai cermin keperibadian
seseorang muslim.
Mafhumnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah
nama Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan
bertasbihlah kepadaNya waktu pagi dan petang”.
Mafhumnya:
“Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan
rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa
kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang
yang mendapat kemenangan”.
Mafhumnya:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan
Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan
janganlah kamu melupakan bahagianmu dari
(kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada
orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik,
kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan
di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berbuat kerosakan”.
SEKIAN
TERIMA KASIH