tema pmpt 2019: di baptis dan di utus baptised and … jan -mac bm final.pdf1 tema pmpt 2019: di...
TRANSCRIPT
1
TEMA PMPT 2019: DI BAPTIS DAN DI UTUS
BAPTISED AND SENT
Month Event Focus Sub-Theme
JAN Minggu Kesatuan
Sebagai
Paderi
Priestly
Menyatukan kita dalam Kristus
Unites Us in Christ
FEB Hari Orang
sakit Sedunia
Memanggil Kita Menjadi Kudus
Calls Us to Holiness
MAC Prapaska Perteguhkan Kita Untuk Membawa Salib
Strengthens us to bear the Cross
APR Paska
Sebagai
Nabi
Prophet
ic
Mewartakan Sukacita Paska
Proclaims the joy of Easter
MEI Kenaikan
Tuhan
Keadilan Dan Kebenaran Membebaskan
Manu Courage to be different
JUN Pentakosta Keberanian Untuk Berbeza
Justice and Truth liberates Humanity
JUL Minggu
Alkitab Sebagai
Raja
Kingly
Menjadikan Kita Hamba
Makes Us Servant Leader
GOS Perawan Maria
Diangkat Ke
Surga
Menjadikan Kita Pelayan
Makes us Stewards
SEP Minggu
Migran
Menjadikan Kita Gembala
Makes us Shepherd
OKT Misi
Di Utus
Sent
Gereja Kristus Dalam Misi Dunia
The Church of Christ on Mission in the World
NOV Hari Orang
Miskin
Sedunia
Di Utus Untuk Membina Penghubung
Sent to build Bridges
DIS Krismas Membawa Perutusan Harapan
Bringing the Message of Hope
2
DOA KEPADA ROH KUDUS.
Datanglah Roh Kudus, penuhi hati umat-Mu
dan nyalakan dalam mereka api Kasih-Mu.
Utuslah Roh Kudus-Mu, ya Tuhan, maka mereka akan dicipta
semula dan Engkau akan memperbaharui muka bumi.
Tuhan, dengan terang Roh Kudus-Mu
Engkau telah mengajar hati umat-Mu. dengan semangat yang
sama, bantulah kami agar dapat menikmati apa yang benar
dan senantiasa bersukacita dalam penghiburan-Mu.
Datanglah, Roh Kudus,
bukalah mata kami untuk melihat, telinga kami untuk
mendengar, dan hati kami untuk mengasihi.
Bukalah minda kami untuk merenung,
berilah kuasa kepada bibir kami untuk berkongsi,
dan tangan serta kaki kami untuk menghidupi
Injil di dalam penglibatan seharian kami dalam misi.
Kami mohon ini melalui Kristus Tuhan kami. Amin.
3
TEMA PMPT 2019: DIBAPTIS DAN DIUTUS SUB-TEMA JANUARI
Menyatukan kita dalam Kristus
FOKUS: Melalui Pembaptisan, kita telah dibaptis dalam
sumberkehidupan yang tak akan kehabisan, iaitu kewafatan Yesus,
tindakan cinta kasih yang teragung dalam sejarah; … tiada lagi di
bawah kuasa kejahatan, dosa dan maut, tetapi di dalam persekutuan
dengan Allah dan saudara sesama kita (Paus Francis, khayalak
umum, Rabu, 8 Jan 2014). Kita dijemput untuk mengakui identiti
pembaptisan kita dalam pertemuan secara peribadi dengan Yesus
Kristus yang hidup, yang menjemput kita untuk menjadi saksi-
saksi-Nya di dunia ini. (Fernando Cardinal Feloni, 8 April 2018)
Doa Pembukaan:
+Jemputlah salah seorang untuk berdoa atau gunakan “Doa kepada
Roh Kudus” di muka surat 1.
LAGU PEMBUKAAN: KU CIPTAAN BARU
Ku ciptaan baru, manusia baru
Yang lama t’lah lalu, dilahir baru
Kuat dari pahlawan, itulah aku
Ku ciptaan baru, manusia baru
DIALOG John adalah bapa kepada tiga orang anak yang masih bersekolah di sekolah
rendah; seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Isterinya adalah
suri rumah sepenuh masa. John telah bekerja selama 12 tahun di sebuah
Syarikat dan kerjanya sungguh mencabar kerana majikannya sangat
mendesak. Dia selalu tertekan di tempat kerja dan juga di rumah.
Keluarganya tidak gembira kerana dia selalu marahwalau pada perkara-
4
perkara remeh yang berlaku di rumah. John kadang-kadang merasa bersalah
terhadap isteri dan anak-anaknya tetapi dia tidak dapat mengawal emosi
dirinya. Dia terfikir untuk menukar pekerjaannya. Ini bermakna gaji yang
akan diterimanya akan kurang daripada yang sebelumnya.
Pada tahun 2017, sewaktu John mengalami masa kesusahan, sepupunya
menjemputnya untuk datang ke Gereja. John mendapat ketenangan dan
mulai menghadiri Misa setiap hari Ahad. Dia mahu mengetahui lebih lanjut
tentang iman Katolik dan sepupunya menggalakkan dia menghadiri sesi
Inisiasi Kristian untuk orang Dewasa (IKD). Dia memberitahu isterinya
tentang niatnya dan kedua mereka menghadiri IKD. John belajar untuk
bercakap dengan isterinya tentang kekecewaannya di tempat kerja. Kadang-
kala, dia juga meluahkan kesusahannya di tempat kerja semasa sesi-sesi IKD.
Dia merasa digalakkan apabila dia menghadiri Misa Hari Minggu. Dia tidak
lagi merasa bahawa kesusahannya terpendam.
John dan keluarganya telah dibaptis pada Paska yang lepas dan anak-anaknya
mula menghadiri kelas Pembinaan Iman pada setiap Minggu. Selepas
pembaptisan, John dan keluarganya terus bertumbuh dalam iman, mereka
semakin dikuatkan dengan Sabda Allah setiap kali mereka mengambil
bahagian dalam perjumpaan KED di kejiranan mereka. Dia merasa gembira
untuk berkongsi ‘iman barunya dalam Kristus’dan menjadi sebahagian
daripada komuniti iman yang penyayang. Dia dan isterinya membuat
keputusan untuk melayani sebagai Warden di dalam gereja.
Dia berkata, “Saya berterimakasih kepada sepupu saya atas perjalanan iman
yang membawa saya bertemu dengan Kristus. Pembaptisan kami sekeluarga
semasa Paska yang lepas, membawa kebahagian dan mengeratkan ikatan
kami sekeluarga. Saya merasa sentuhan kasih Allah terhadap saya dan
keluarga saya. Kami telah menemui kehidupan baru dalam Kristus.”
Berkongsi dalam kumpulan 3 orang Mengingati Pembaptisan anda, apakah yang paling anda syukuri?
Bagaimanakah kita dapat melayani dan menyatukan semua umat
Kristian sebagai satu Tubuh dalam Kristus?
5
PENDALAMAN
TEKS ALKITAB: Gal 3:26-29
1. DIAMKAN diri kita -- mintalah Roh Kudus membuka minda dan
hati kita terhadap Kristus dalam Sabda-Nya.
2. BACA teks dengan kuat dan DENGAR dengan minda dan hati
yang terbuka.
3. BACA teks secara peribadi secara senyap sekali lagi, sehingga
perkataan atau frasa menyentuh anda. Tuliskan perkataan atau
frasa itu.
__________________________________________________________________________
4. RENUNGKAN tentang ‘apa yang perkataan atau frasa itu katakan
kepada anda?’
______________________________________________________________________________
5. Apakah yang Roh Kudus katakan kepada saya melalui perkataan
atau frasa yang telah saya pilih? Tuliskan.
____________________________________________________________________________
6. Apakah yang saya katakan kepada Tuhan sebagai sahutan
terhadap Sabda-Nya? Tuliskan
________________________________________________________________________
7. Berkongsilah dalam kumpulan kecil (3-4 orang) tentang # 4, # 5
dan #6
8. PERDALAMKAN (RENUNG) dalam senyap – Apakah perubahan
minda, hati dan kehidupan yang Tuhan minta dari saya?
______________________________________________________________________________
TINDAKAN a. Fasilitator mengaitkan“Tema Bulanan”, “Dialog”,
6
“Pendalaman” dan “perkongsian-perkongsian”.
b. Dalam senyap, rasailah gerakan dalam hati yang menjemput
kita untuk menjadikan kehidupan kita sebagai anugerah
kepada orang lain dalam cinta kasih.
c. Apakah TINDAKAN khusus yang Tuhan bukakan di hadapan
kita?
______________________________________________________________________
d. Kita berkongsi tugas kita dengan satu sama lain, yakin
bahawa Tuhan menggerakkan kita untuk melakukan karya-
Nya.
___________________________________________________________________
+Doa Penutup
Berdoalah secara spontan atau gunakan “DOA PERUTUSAN”
bersama Maria di muka surat 16.
Lagu Penutup : KITA SATU DALAM TUHAN
(We are one in the bond of love)
Kita satu dalam Tuhan,
kita satu dalam Tuhan
Kita disatukan, di dalam Roh Tuhan
Kita satu dalam Tuhan.
Mari kita bernyanyi, rasakan kasih Tuhan
Mari berpegang tangan, supaya dunia ta’u
Kita satu dalam Tuhan.
Kita satu dalam iman, kita satu dalam iman
Kita disatukan, di dalam iman
Kita satu dalam iman.
7
TEMA PMPT 2019: DIBAPTIS DAN DIUTUS SUB-TEMA FEBUARI
Memanggil Kita Menjadi Kudus
FOKUS: Membenarkan rahmat Pembaptisan kita berbuah ke arah
kekudusan. Biarkan semuanya terbuka kepada Allah; berpaling
kepada-Nya dalam setiap situasi. (Gaudete et Exultate,
Bergembiralah dan bersukacitalah, no. 15)
Doa Pembukaan:
+Jemputlah salah seorang untuk berdoa atau gunakan “Doa kepada
Roh Kudus” di muka surat 2.
LAGU PEMBUKAAN: Bila kupandang kesucian-Mu
(When I look into your holiness)
Bila kupandang kesucian-Mu
Bila kurenung keindahan-Mu
Bila dunia ini jadi bayang
Dalam cahaya-Mu
Bila kurasa sentuhan-Mu
Bila kau menyintai hajatku
Bila dunia ini jadi bayang
Dalam cahaya-Mu
Cho : Ku sembah-Mu …., Ku sembah-Mu ….
Ku hanya hidup, untuk sembah-Mu ….
Ku sembah-Mu …., Ku sembah-Mu ….
Ku hanya hidup, untuk sembah-Mu.
8
DIALOG
Kita semua dipanggil untuk menjadi suci dengan menjalani kehidupan
dengan cinta kasih dan memberi kesaksian dalam apa saja yang kita
lakukan dan di mana saja kita berada. (Gaudete et Exultate,
Bergembiralah dan bersukacitalah, no. 14)
Tuhan memanggil kita kepada kesucian; kesucian ini akan berkembang
melalui tindakan-tindakan kecil kita.
Sebagai contoh: seorang wanita pergi membeli-belah, dia bertemu
dengan jirannya dan mereka bercerita, dan gosip pun bermula. Tetapi
dia berkata dalam hatinya: “Tidak, saya tidak akan bercakap yang tak
baik tentang sesiapapun”. Ini ialah langkah seterusnya ke arah
kesucian.
Kemudian, di rumah, salah seorang daripada anak-anaknya mahu
bercakap dengannya tentang harapan dan impiannya, dan walaupun
dia penat, dia tetap duduk dan mendengar dengan sabar dan penuh
kasih. Ini ialah satu lagi pengorbanan yang membawa kepada kesucian.
Suatu masa, dia mengalami suatu kebimbangan, tetapi dia mengingati
cinta kasih Perawan Maria. Dia mengambil Rosarinya dan berdoa
dengan penuh iman. Satu lagi jalan menuju kepada kesucian.
Seterusnya, dia keluar ke jalan, menemui seorang miskin dan
meyapanya dengan baik hati. Satu lagi langkah kearah kesucian.
(Gaudete et Exultate, Bergembiralah dan bersukacitalah, no. 16)
Berkongsi dalam kumpulan 3 orang
Apakah antara tindakan anda secara peribadi dalam
panggilan menuju kesucian?
9
PENDALAMAN TEKS ALKITAB: 1 Ptr 1:14-16
1. DIAMKAN diri kita -- mintalah Roh Kudus untuk membuka minda dan hati terhadap Kristus dalam Sabda-Nya. 2. BACA teks dengan kuat dan DENGAR dengan minda dan hati
yang terbuka.
3. BACAteks secara peribadi dengan senyap sekali lagi, sehingga
suatu perkataan atau frasa menyentuh anda. Tuliskan
perkataan atau frasa itu.
______________________________________________________________________________
4. RENUNGKAN tentang ‘apa yang perkataan atau frasa itu katakan
kepada anda?’
______________________________________________________________________________
5. Apakah yang Roh Kudus katakan kepada saya melalui perkataan
atau frasa yang telah saya pilih? Tuliskan.
_____________________________________________________________________________
6. Apakah yang saya katakan kepada Tuhan sebagai sahutan
terhadap Sabda-Nya? Tuliskan.
________________________________________________________________________
7. Berkongsilah dalam kumpulan kecil (3-4 orang) tentang # 4, # 5
dan #6
8. PERDALAMKAN (RENUNG) dalam senyap – Apakah perubahan
minda, hati dan kehidupan yang Tuhan minta dari saya?
10
TINDAKAN
a. Fasilitator mengaitkan“Tema Bulanan”, “Dialog”,
“Pendalaman” dan “perkongsian-perkongsian”.
b. Dalam senyap, rasailah gerakan dalam hati yang menjemput kita
untuk menjadikan kehidupan kita sebagai anugerah kepada orang
lain dalam cinta kasih.
b. Apakah TINDAKAN khusus yang Tuhan bukakan di hadapan
kita?
______________________________________________________________________
c. Kita berkongsi tugas kita dengan satu sama lain, yakin bahawa
Tuhan menggerakkan kita untuk melakukan karya-Nya.
___________________________________________________________________
+Doa Penutup
Berdoalah secara spontan atau gunakan “DOA PERUTUSAN”
bersama Maria di muka surat 16.
Lagu Penutup: Kau telah memilihku
Kau telah memilihku, sebelum dunia dibentuk,
Betapa aku bersyukur pada-Mu, Ya Tuhan, Allahku.
Kau telah memanggilku, sebagai alat k’rajaan-Mu,
Betapa aku bersyukur pada-Mu, atas perbuatan-Mu
Cho : Jadikan aku bait suci-Mu.
yang kudus dan yang tiada bercela
Jadikan aku mezbah doa-Mu
Demi keselamatan bangsaku.
11
TEMA PMPT 2019: DIBAPTIS DAN DIUTUS
SUB-TEMA MAC
Memperteguhkan Kita Untuk Membawa Salib
FOKUS: Apa saja keletihan dan kesakitan yang kita alami dalam
menghidupkan perintah cinta kasih dan mengikuti jalan keadilan,
salib itu tetap menjadi punca perkembangan dan penyucian kita.
(Gaudete et Exultate, Bergembiralah dan bersukacitalah, no. 92)
Doa Pembukaan:
+Jemputlah salah seorang untuk berdoa atau gunakan “Doa kepada
Roh Kudus” di muka surat 2.
LAGU PEMBUKAAN: YESUS KAMI DATANG PADA-MU
Yesus kami datang pada-Mu
Dengan hati kami terharu
Engkau ta’u kelemahan kami
Kami s’lalu jauh dari-Mu
Ampunilah kami ya Tuhan (2X)
Dalam hidup kami tiap hari
Kami s’lalu lupa pada-Mu
Kami keberatan godaan
Takut akan putus harapan
Kami doa semangat-Mu (2X)
Doa kami pada-Mu Tuhan
Bawa kami s’lalu dekat-Mu
Salib-Mu kemenangan kami
Kasih-Mulah harapan kami
Yesus Engkau hidup kami (2X)
12
DIALOG
Thomas telah berkahwin dengan seorang wanita Katolik selama 15
tahun dan kadang kala dia menemani isterinya ke gereja. Beberapa
tahun yang lepas, dia mula merasakan bahawa ada suatu kekurangan
dalam hidupnya dan dia mulai mempertimbangkan keputusannya
untuk dibaptis dalam iman Katolik. Persahabatan keluarganya dengan
seorang paderi dan komuniti eklesia dasar memberi inspirasi
kepadanya. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk mengikuti
program Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) pada tahun 2016.
Perjalanan iman itu suatu perjalanan yang menarik tetapi juga agak
rumit daripada yang disangkanya. Ada kalanya, keraguan timbul sama
ada perkara itu patut dia lakukan atau sebaliknya. Beberapa kali,
Thomas hampir putus asa disebabkan masalah-masalah yang
membelenggu dia dan keluarganya dan juga masalah di tempat kerja.
Thomas bersyukur dan merasa lega apabila dia telah menerima karunia
Pembaptisan semasa Paska yang lepas. Hanya selepas
Pembaptisannya, dia sedar bahawa isterinya mempunyai iman yang
kuat terhadap Yesus Kristus. Dia menyedari bahawa isterinya kerap
berpaling kepada Allah dalam segala cubaan dan kesusahan dalam
kehidupan rumahtangga mereka. Dia merasakan bahawa mungkin
berkat doa isterinya, dia dapat mengikuti kelas IKD dengan penuh
ketabahan.
Kini, dia selalu ingat akan tindakan Yesus apabila dia berhadapan
dengan kesusahan dan pergumulan hidupnya. Imannya dalam
kesengsaraan, kewafatan dan kebangkitan Yesus, meyakinkan dia
bahawa dia boleh mengharungi segala kesusahan dalam hidupnya
dengan harapan yang teguh bahawa dia pasti dapat mengatasi
segalanya kerana Kristus menyertainya.
13
Berkongsi dalam kumpulan 3 orang
Apakah antara kesedaran/tindakan Thomas yang telah
membantu dia di masa keraguan dan kesusahannya?
Apakah antara perkara yang Thomas dapat ‘LIHAT DENGAN
LEBIH JELAS’ selepas Pembaptisannya? Bagaimanakah ini boleh
berlaku?
PENDALAMAN TEKS ALKITAB: 2 Kor 12:9-10
1. DIAMKAN diri kita -- mintalah Roh Kudus untuk membuka
minda dan hati terhadap Kristus dalam Sabda-Nya
2. BACA teks dengan kuat dan DENGAR dengan minda dan hati
yang terbuka.
3. BACA teks secara peribadi dengan senyap sekali lagi, sehingga
suatu perkataan atau frasa menyentuh anda. Tuliskan
perkataan atau frasa itu.
______________________________________________________________________________
4. RENUNGKAN tentang ‘apa yang perkataan atau frasa itu katakan
kepada anda?’
______________________________________________________________________________
5. Apakah yang Roh Kudus katakan kepada saya melalui perkataan
atau frasa yang telah saya pilih? Tuliskan.
_____________________________________________________________________________
6. Apakah yang saya katakan kepada Tuhan sebagai sahutan
terhadap Sabda-Nya? Tuliskan.
________________________________________________________________________
14
7. Berkongsilah dalam kumpulan kecil (3-4 orang) tentang # 4, # 5
dan #6
8. PERDALAMKAN (NILAIKAN) dalam senyap – Apakah
perubahan minda, hati dan kehidupan yang Tuhan minta dari
saya?____________________________________________________________________
TINDAKAN
a. Fasilitator mengaitkan“Tema Bulanan”, “Dialog”,
“Pendalaman” dan “perkongsian-perkongsian”.
b. Dalam senyap, rasailah gerakan dalam hati yang menjemput
kita untuk menjadikan kehidupan kita sebagai anugerah kepada
orang lain dalam cinta kasih.
c. Apakah TINDAKAN khusus yang Tuhan bukakan di hadapan
kita?________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
d. Kita berkongsi tugas kita dengan satu sama lain, yakin bahawa
Tuhan kita menggerakan kita untuk melakukan karya-Nya.
___________________________________________________________________
+Doa Penutup
Berdoalah secara spontan atau gunakan “DOA PERUTUSAN”
bersama Maria di muka surat 16.
15
Lagu Penutup: ATAS BUKIT YANG JAUH (Old rugged cross)
Atas bukit yang jauh, ada salib yang b’lah
Tandalah noda dosa kita
Tapi salib itu, jadi p’rang mulia
K’rana Yesus menanti sana
Ref : Ku peluk kayu salib Tuhan
Sampai Tuhan bawaku pulang
Kalau Yesus Tuhanku datang
Kayu salib diganti senang
Salib Tuhan itu, herankan berkuasa
Walaupun dihina dunia
Kerna Tuhan mati, walau tak bersalah
Untuk s’lamatkan manusia
Di bukit Golgota, tertebuslah dosa
Oleh kuasa Darah Tuhanku
Tuhan Anak Allah, yang tidak bersalah
Sudah mati ganti dosaku.
16
+ (Doa Misi): Bersama Maria, kita berdoa
Maria, Perawan dan Bonda, engkau, tergerak oleh Roh Kudus,
Menyambut Sabda Kehidupan di dalam imanmu dengan
kerendahan hati:
Didalam memberikan dirimu sepenuhnya kepada Yang Kekal,
kepada panggilan yang penting itu,
Yang mendesak, untuk mewartakan berita baik Yesus.
Dapatkan untuk kami kini, keghairahan hasil daripada kebangkitan,
Agar kami boleh membawa kepada semua orang, Injil kehidupan
Yang mengalahkan maut.
Berilah kami keberanian kudus untuk mencari jalan-jalan baru,
agar kurnia keindahan yang tidak akan lenyap itu, boleh sampai
kepada setiap lelaki dan wanita.
Perawan yang mendengar dan merenungkan,
Ibu cinta kasih, Pengantin perjamuan kahwin yang kekal,
Berdoalah untuk Gereja, yang engkaulah ikonnya,
Semoga dia tidak akan tertutup dirinya
Atau kehilangan keghairahan untuk mendirikan kerajaan Allah.
Bintang penginjilan baru,bantulah kami untuk memberi kesaksian
terang kepada persekutuan,pelayanan, iman yang bersemangat dan
bermurah hati,keadilan dan kasih terhadap yang miskin,
agar sukacita Injil boleh sampai sehingga ke hujung dunia,
menyinari bahkan dunia-dunia kami yang terpencil.
Ibu kepada Injil yang hidup,
punca kebahagiaan kepada anak-anak Allah,
Doakanlah kami. Amin. Alleuia! (cf Evangelii Gaudium, Sukacta Injil, no. 288)