tema n persoalan

3
Terdapat satu tema dan beberapa persoalan yang boleh didapati daripada cerpen ini. Cerpen ini adalah bertemakan kasih sayang. Di mana ia mengisarkan tentang pengorbanan seorang ibu membesarkan dua anak kembarnya berseorangan setelah beliau kematian suami tercinta. Manakala bagi persoalan pertama adalah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Perkara ini dapat dilihat di dalam cerpen ini apabila Mak Tijah bertungkus-lumus bekerja pagi dan petang bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga setelah kematian suaminya. Dia juga sanggup berlapar demi memberi anaknya makanan yang mencukupi. Persoalan kedua adalah perbuatan jahat akan menerima balasan yang setimpal. Contoh yang sesuai bagi persoalan ini adalah apabila Jidin telah ditangkap oleh pihak polis akibat perbuatan buruknya iaitu mencederakan ibunya sendiri serta bermain judi. Seterusnya, persoalan ketiga adalah anak yang mengenang jasa kedua ibu bapanya. Ini dapat dibuktikan melalui sikap Jidan sebagai seorang anak yang membesar dengan baik hasil didikan ibunya. Jidan senantiasa mendengar kata dan rajin menolong ibunya kerana beliau ingin mengenang jasa arwah bapa dan ibunya yang telah bersusah payah melahir dan membesarkan beliau. Persoalan keempat adalah seorang anak yang menjaga amanah ibunya. Contohnya di dalam cerpen ini, Jidan dan Jidin telah bersama-sama mengurus dan mengerjakan sawah padi tinggalan

Upload: afiah-zuhudi

Post on 18-Aug-2015

226 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Terdapat satutemadanbeberapapersoalanyangbolehdidapati daripadacerpenini. Cerpen ini adalahbertemakankasih sayang.Di mana ia mengisarkantentang pengorbanan seorang ibu membesarkan dua anak kembarnyaberseorangan setelah beliau kematian suami tercinta.Manakala bagi persoalan pertama adalah kasih sayang seorang ibu kepadaanaknya. Perkara ini dapat dilihat di dalam cerpen ini apabila MakTijah bertungkus-lumusbekerjapagi danpetangbagi menampungkehidupanmerekasekeluargasetelahkematiansuaminya. Diajugasanggupberlapar demi memberi anaknyamakanan yang mencukupi.Persoalan kedua adalah perbuatan jahat akan menerima balasan yangsetimpal. Contoh yang sesuai bagi persoalan ini adalah apabila Jidin telah ditangkapoleh pihak polis akibat perbuatan buruknya iaitu mencederakan ibunya sendiri sertabermain judi.Seterusnya, persoalan ketiga adalah anak yang mengenang jasa kedua ibubapanya. ni dapat dibuktikan melalui sikap Jidan sebagai seoranganak yangmembesar dengan baik hasil didikan ibunya. Jidan senantiasa mendengar kata danrajin menolong ibunya kerana beliau ingin mengenang jasa ar!ah bapa dan ibunyayang telah bersusah payah melahir dan membesarkan beliau. Persoalankeempat adalahseoranganakyangmenjagaamanahibunya.Contohnya di dalam cerpen ini, Jidan dan Jidin telah bersama-sama mengurus danmengerjakan sa!ah paditinggalan ar!ah bapa mereka setelah diamanatkan olehar!ah ibunya sebelum beliau meninggal dunia. Persoalan terakhir adalah si"at keibuan yang sanggup memaa"kan kesalahananak-anaknya. Sebagai contoh, meskipuntelahdilayandenganburukMakTijahtetap sayang akan anaknya Jidin. Dia juga rela memaa"kan Jidin yang telahmenderhaka apabila sanggup menolak ibunya sendiri sehingga jatuh dan tercedera.Terdapat #nilai murni yangbolehdidapati di dalamcerpenini. $ilai yangpertamaadalahnilai hormat-menghormati. Sebagai seoranganak, kitahendaklahhormat kepada kedua ibu bapa kita mahupun orang yang lebih tua. Sebagai contoh,di dalamcerpen ini Jdan hormat akan ibunya dan sentiasa menolong danmendengar kata ibunya.$ilaiyang kedua adalah kasih sayang. %asih sayang seorang ibu terhadapanak-anaknyaadalahsangat besar sehinggakankadangkalaakanmelebihi dirisendiri. Sebagai contoh, setelah kematian suami Mak Tijah membesarkan anaknyaberseorangan. &eliau bekerja keras mencari !ang bagi menyara keluarganya. Selain itu, terdapat juga nilai keinsa"an. Sebagai seorang manusia, kitahendaklahmerasasesal akanperbuatanjahat yangtelahkitalakukandaninsa"serta bermuhasabah diri. Melaluicerpen ini, nilaiinitelah ditonjolkan apabila Jidinyang telah ditangkap dan dipenjarakan atas perbuatan jahatnya merasa insa". &eliautelah menyesal dan berkelakuan baik sehingga beliau mampu dikeluarkan a!al daripenjara.$ilai yangkeempat adalahnilai berdikari. %itahendaklahbolehberdikarisendiri tanpa mengharapkan orang lain supaya hidup menjadi lebih mudah. Sebagaicontoh, di dalam cerpen ini, !alaupun Mak Tijah kematian suami beliau tetap tabahmembesarkan dua orang anaknya sendirian. Status balu tidak menghalang beliauberusaha keras membesarkan kedua anak kembarnya secara bersendirian. 'khir sekali adalah nilai kerajinan. Sebagai seorang manusia kita hendaklahmenanam si"at rajin di dalam diri kita supaya kita boleh berjaya. Di dalam cerpen ini,Mak Tijahsangat rajinbekerjasiangdanmalamuntukmencari pendapatanbagimenampungkehidupanmerekasekeluarga. &ahkan, beliauterlalusibukbekerjasehingga tiada masa untuk dirinya sendiri.