tema: masyarakat penyayang

2
SEDIA MEMBANTU Waktu itu saya dan beberapa orang rakan selesai menghadiri kelas Silat di Sekolah. Kami singgah di gerai Mak Siti untuk membeli air limau masam manis dan pisang goreng yang sedap itu. Sedang leka berbual-bual dalam perjalanan pulang, tiba-tiba saya terdengar suara yang nyaring sekali. Suara itu kedengaran seperti suara kanak-kanak meraung kesakitan. Saya perhatikan tiada sesiapa pun di situ. Saya dan Jamal menuju ke arah suara tersebut. Kami terperanjat sebaik sahaja ternampak seorang kanak-kanak yang comel sedang menangis. Kakinya berdarah dan badannya calar-balar. Kami tidak menunggu lama untuk bertindak. Jamal terus berlari ke pondok telefon yang tidak jauh daru situ untuk mendapatkan bantuan ambulans dan polis. Saya memapah kanak-kanak itu ke tepi jalan. Saiz badan kanak-kanak itu agak kurus kelihatan dia sekali sekala mengerang kesakitan. Sementara menungg bantuan tiba, saya memberikan bantuan kepada kanak-kanak tersebut. Saya memujuknya sambil cuba mendapatkan maklumat tentang dirinya tetapi gagal apabila kanak-kanak itu tidak mahu bersuara. Dia nampak ketakutan. Saya membalut luka pada kakinya. Luka kanak- kanak itu kelihatan sudah kering dan kasar kerana darah yang beku. Sepuluh minit kemudia semua pun tiba. Kami turut membantu pihak polis mengangkat kanak-kanak itu ke dalam ambulans. Kami diberitahu oleh pihak polis bahawa kanak-kanak itu ditinggalkan di situ oleh penjenayah yang membawa lari

Upload: yolandac04

Post on 29-Sep-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Petikan BM THN 4:

TRANSCRIPT

SEDIA MEMBANTUWaktu itu saya dan beberapa orang rakan selesai menghadiri kelas Silat di Sekolah. Kami singgah di gerai Mak Siti untuk membeli air limau masam manis dan pisang goreng yang sedap itu. Sedang leka berbual-bual dalam perjalanan pulang, tiba-tiba saya terdengar suara yang nyaring sekali. Suara itu kedengaran seperti suara kanak-kanak meraung kesakitan. Saya perhatikan tiada sesiapa pun di situ. Saya dan Jamal menuju ke arah suara tersebut. Kami terperanjat sebaik sahaja ternampak seorang kanak-kanak yang comel sedang menangis. Kakinya berdarah dan badannya calar-balar. Kami tidak menunggu lama untuk bertindak. Jamal terus berlari ke pondok telefon yang tidak jauh daru situ untuk mendapatkan bantuan ambulans dan polis. Saya memapah kanak-kanak itu ke tepi jalan. Saiz badan kanak-kanak itu agak kurus kelihatan dia sekali sekala mengerang kesakitan. Sementara menungg bantuan tiba, saya memberikan bantuan kepada kanak-kanak tersebut. Saya memujuknya sambil cuba mendapatkan maklumat tentang dirinya tetapi gagal apabila kanak-kanak itu tidak mahu bersuara. Dia nampak ketakutan. Saya membalut luka pada kakinya. Luka kanak-kanak itu kelihatan sudah kering dan kasar kerana darah yang beku. Sepuluh minit kemudia semua pun tiba. Kami turut membantu pihak polis mengangkat kanak-kanak itu ke dalam ambulans. Kami diberitahu oleh pihak polis bahawa kanak-kanak itu ditinggalkan di situ oleh penjenayah yang membawa lari kereta ayahnya yang berwarna meraha. Selepas itu, kami pun pulang. Saya menceritakan hal tersebut kepada ibu bapa saya. Bapa memuji dan menasihati saya agar sentiasa menghulurkan bantuan terhadap sesiapa yang berada dalam kesusahan