teksucapan pengerusi majlis

Upload: mowkder

Post on 09-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TEKS UCAPAN MC

TRANSCRIPT

Bismillahirrahmanirahim.

Assalamualaikum w.b.k.Dijemput akhi Adam Danial untuk mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran Bagi memberkati majlis ini ana mempersilakan akhi Ahmad Fawwaz untuk membacakan doa pembuka majlis.

Yang Dihormati Mudir Muhyidin bin Hamat,Yang Dihormati, Mudirah Azizah bin Mat Nor, barisan guru SARAN seterusnya pelajar-pelajar pencetus kegemilangan ummah yang dikasihi sekalian.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah Kurni-Nya dapat kita berkumpul pada hari ini dengan hasrat yang satu iaitu meraikan sambutan Edulfitri.

Buah pauh di tengah bendangJadi dagangan di tengah lamanpelajar dan guru datang bertandangsekolah SARAN Alu-alukan

1. Terlebih dahulu, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga SARAN. Saya berasa sungguh gembira kerana pada petang ini kita dapat bersama-sama meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa muhibbah di dalam suasana mesra dan terbuka.

2. Adalah menjadi harapan kita semua agar majlis pada petang ini akan memberi peluang kepada semua warga SARAN untuk merapatkan silaturrahim sambil menikmati juadah yang disediakan. Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin.

3. Walaupun semangat kekeluargaan dalam persada sekolah ini tidak setebal pertalian keluarga sendiri, ia tidak kurang pentingnya dalam menentukan keharmonian sesebuah organisasi dan seterusnya negara. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, kita seharusnya mengamalkan sikap muafakat dan berkerjasama di antara satu sama lain bagi menyumbangkan kepada pembangunan umat Islam dan seterusnya membawa kepada kebaikan bersama. Bak kata pepatah MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

5. Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini.

6. Dengan itu, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga SARAN dan juga hadirin sekalian.

Sungai disusur sehari-hariDalam gelap menagkap ikanMari menyusun sepuluh jariSalah dan silap harap maafkan

Sekian,

Kita tutup majlis ini dengan tasbih kifarah dan surah al asr.