teks ucapan yb datuk seri rina mohd … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan...

21
TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH) KE-10 DEWAN UTAMA PERDA-TECH NIBONG TEBAL, PULAU PINANG 20 MAC 2019 (RABU) / 9.30 PAGI

Upload: lyngoc

Post on 10-May-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

TEKS UCAPAN

YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

SEMPENA

MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA

(PERDA-TECH) KE-10

DEWAN UTAMA PERDA-TECH NIBONG TEBAL, PULAU PINANG 20 MAC 2019 (RABU) / 9.30 PAGI

Page 2: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

2

Terima kasih Tuan / Puan Pengacara Majlis. Bismillahirrahmanirrahim, Salam Bahagian, Dan Salam Luar Bandar Sejahtera,

(SALUTASI LENGKAP AKAN DISEDIAKAN ATAS ROSTRUM)

Page 3: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

3

KATA-KATA ALUAN

1. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah

S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama

meraikan para graduan Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-

TECH) yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan

akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini.

2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan sekalung ucapan

tahniah kepada 389 graduan di atas kejayaan mengikuti pengajian

di PERDA-TECH dengan cemerlang. Tahniah juga kepada semua

Page 4: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

4

ibu-bapa dan waris pelajar yang turut berada di dewan bagi

meraikan kejayaan anak masing-masing pada hari ini.

3. Berkat usaha semua pihak, hasil yang kita harapkan telah

menunjukkan kejayaan. Saya mengharapkan kejayaan hari ini

akan menjadi titik permulaan dan pencetus semangat kepada

semua graduan untuk meningkatkan kecemerlangan masing-

masing sama ada di dalam kerjaya ataupun meneruskan pengajian

ke peringkat yang lebih tinggi demi masa depan yang lebih

gemilang.

Page 5: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

5

Yang Berbahagia Datuk dan para hadirin sekalian,

4. Institut Kemahiran Tinggi PERDA atau PERDA-TECH, telah

memainkan peranannya dengan berkesan dalam membantu belia

lepasan sekolah terutama belia-belia di kawasan luar Bandar bagi

mendapatkan latihan kemahiran yang diiktiraf oleh badan-badan

akademik dan profesional serta juga pihak industri.

5. Saya bangga dengan pencapaian PERDA-TECH sehingga

kini apatah lagi kini LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU

Page 6: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

6

PINANG atau PERDA telah kembali ke pangkuan Kementerian

Pembangunan Luar Bandar.

6. Untuk makluman para hadirin sekalian pada tahun ini juga

merupakan Ulang Tahun ke-30 penubuhan PERDA-TECH yang

sebelum ini lebih dikenali sebagai Pusat Latihan PERDA (PLP).

Selamat Ulangtahun ke-30 PERDA-TECH dan syabas dan tahniah

saya ucapkan!

7. Sejak penubuhan PERDA-TECH dalam menyebarluaskan

pelaksanaan pendidikan kemahiran juga secara tidak langsung

Page 7: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

7

membantu memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak

mendapat tempat di mana-mana IPT di dalam Negara.

8. Peluang yang ditawarkan oleh PERDA-TECH ini secara tidak

langsung membantu pelajar-pelajar ini untuk menimba ilmu dan

seterusnya membantu mereka meningkatkan taraf sosial ekonomi

masyarakat khususnya yang berada di kawasan luar bandar.

9. Program-program pengajian yang ditawarkan oleh PERDA-

TECH ini juga mempunyai kesan langsung kepada mobility sosial,

kumpulan sasar dan sewajar diteruskan.

Page 8: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

8

10. Saya juga berpendapat sebagai salah sebuah institusi

pembangunan modal insan, PERDA-TECH berperanan membantu

kerajaan dalam pembangunan negara melalui penyediaan tenaga

mahir dan separa mahir bagi memenuhi keperluan industri.

Peranan ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk

mengarusperdanakan dan memperluaskan akses kepada

pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET).

11. Di bawah RMKe-11, sebanyak 60% daripada 1.5 juta

pekerjaan yang akan diwujudkan dijangka memerlukan kelayakan

berkaitan TVET. Bagi memenuhi keperluan ini, Malaysia perlu

Page 9: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

9

meningkatkan pengambilan pelajar setiap tahun secara

berperingkat daripada 175,000 orang pada tahun 2017 kepada

231,000 orang pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak 24.2%

yang pada akhirnya akan membantu negara untuk mengharungi

era Revolusi Industri 4.0 yang telah bermula secara global.

12. Ironinya, negara masih kekurangan dalam aspek ini di mana

80% tenaga kerja di negara ini berkelulusan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) dan hanya 25 peratus sahaja tenaga kerja di

negara ini memiliki kemahiran tinggi. Oleh itu, di bawah RMK-11

kerajaan mensasarkan peningkatan modal insan berkemahiran

tinggi kepada 35% menjelang 2020.

Page 10: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

10

13. TVET akan memberi peluang kepada pelajar untuk

meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran sehingga ke

peringkat tertinggi iaitu di peringkat universiti dan seterusnya ini

akan membantu usaha kerajaan ke arah menjadikan Malaysia

sebagai salah sebuah Negara yang berpendapatan tinggi dan maju

di dunia.

14. Dalam konteks ke arah memperkasakan pendidikan TVET,

landasan yang disediakan oleh PERDA-TECH ini adalah

bertepatan dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan TVET

Page 11: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

11

sebagai bidang keutamaan dengan menyediakan institusi-institusi

pengajian latihan TVET kepada pelajar-pelajar untuk mereka

mengikuti latihan dalam bidang vokasional dan teknikal.

15. Institusi Pendidikan Kemahiran seperti PERDA-TECH

berperanan besar dalam membantu ke arah pembangunan, baik

kepada Negara, kepada masyarakat dan juga kepada individu.

16. Institusi kemahiran seperti ini adalah perumpamaan nukleus

yang melahirkan dan melatih tenaga mahir berpengetahuan yang

semakin diperlukan dalam ekonomi yang lebih berpaksikan ilmu

dan kemahiran tinggi.

Page 12: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

12

Yang Berbahagia Datuk dan para hadirin sekalian.

17. Pengiktirafan-pengiktirafan yang telah diperolehi daripada

Malaysian Qualification Agency (MQA), Jabatan Pembangunan

Kemahiran (JPK), CISCO Academy, COMPTIA, Suruhanjaya

Tenaga (ST), The Welding Institute (TWI) dan sebagainya telah

membuktikan PERDA-TECH telah diiktiraf sebagai salah sebuah

institut pengajian kemahiran yang boleh menjadi destinasi untuk

mendapatkan pendidikan kemahiran tinggi khususnya kepada belia

Page 13: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

13

lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) demi peluang kerjaya yang

lebih baik.

18. Dari sudut akademik dan kebolehpasaran graduan pula, saya

juga ingin menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian outcome

yang telah dihasilkan melalui kaji selidik yang telah dibuat ke atas

graduan PERDA-TECH yang bergraduat pada tahun 2017 yang

mana didapati sebanyak 88% telah mendapat pekerjaan atau

melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

19. Saya turut dimaklumkan bahawa kumpulan pertama graduan

Diploma Kejuruteraan Pembuatan Produk Design telah diiktiraf

Page 14: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

14

oleh MQA dan semua graduan telah diserap terus bekerja selepas

menjalankan sesi Latihan Industri di lapangan berkaitan.

Tahniah dan syabas saya ucapkan!

Yang Berbahagia Datuk dan para hadirin sekalian,

20. Bagi memastikan kejayaan demi kejayaan pelajar dapat

direalisasikan, aspek pembangunan dan prasarana fizikal kampus

juga perlu sentiasa di beri perhatian.

Page 15: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

15

21. Suka saya nyatakan di sini, berdasarkan Lawatan Kerja

Timbalan Perdana Menteri bersama saya ke PERDA-TECH pada

24 September 2018 yang lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk

meningkatkan lagi prasarana pembelajaran di institusi ini, dengan

membangunkan Bengkel Teknologi Automotif dan Bengkel

Kejuruteraan Pertanian yang baru untuk tahun 2019 ini.

22. Dengan pembinaan bengkel yang kondusif ini, insya-Allah

diharapkan dapat memberi keselesaan dan kemudahan

pembelajaran yang terbaik kepada pelajar dan bakal pelajar nanti.

Page 16: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

16

Hadirin dan hadirat yang saya hormati,

23. Saya percaya dan yakin, PERDA-TECH akan terus maju

dalam menyediakan latihan kemahiran yang berkualiti dengan

syarat semua warga PERDA-TECH perlu sentiasa peka dan

responsif dengan tuntutan semasa industri.

24. Bakal graduan PERDA-TECH perlu dibekalkan dengan

pendidikan dan latihan yang sentiasa relevan dengan keperluan

industri semasa di samping mengimbangi kemahiran minda dan

Page 17: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

17

sikap bagi menghadapi cabaran baru ekonomi negara pada masa

akan datang.

25. Oleh itu, seluruh warga PERDA-TECH khususnya tenaga

akademik perlu sentiasa membudayakan inovasi dan kreativiti

dalam menghasilkan kaedah dan pendekatan yang berkesan untuk

meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan.

26. Sekaligus ianya dapat membantu dalam mencapai hasrat dan

cita-cita PERDA khususnya dan negara Malaysia amnya bagi

melahirkan modal insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran

tinggi, seimbang jasmani dan rohaninya serta berwawasan.

Page 18: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

18

27. Kejayaan sesebuah institusi pengajian tinggi atau institusi

pembangunan modal insan turut juga bergantung kepada

keupayaan institusi-institusi tersebut melahirkan graduan yang

berinovasi dan kreatif untuk mencipta pekerjaan, dan bukan

semata-mata melahirkan graduan yang apabila sudah tamat

pengajian hanya berusaha untuk mencari pekerjaan.

28. Akhir kata, saya mewakili Pengurusan PERDA-TECH dengan

sukacitanya menyerahkan kembali pelajar-pelajar ini ke pangkuan

ibu bapa, penjaga, keluarga dan masyarakat setelah selesai

Page 19: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

19

membekalkan mereka dengan ilmu dan secara rasminya para

graduan pelajar ini akan didaftarkan sebagai ALUMNI PERDA-

TECH.

29. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengingatkan

para graduan agar sentiasa ingat akan jasa tenaga pengajar

PERDA-TECH yang telah membimbing dan memberi ilmu kepada

anda selama berada di sini.

30. Juga ingat akan pengorbanan kedua ibu bapa, penjaga dan

keluarga anda yang sentiasa mendoakan akan kejayaan anda.

Page 20: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

20

Jadilah graduan yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mempunyai

sahsiah diri yang tinggi.

31. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada

pengurusan PERDA dan PERDA-TECH serta ahli-ahli

jawatankuasa majlis konvokesyen pada ini yang telah bertungkus

lumus bagi memastikan majlis ini dapat dijalankan dengan lancar.

32. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini

merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Tinggi PERDA

(PERDA-TECH) Kali Ke 10 Tahun 2019.

Page 21: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini. 2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

21

Sekian, terima kasih.

WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM

WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH.

YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 20 MAC 2019