program latihan industri berstruktur...diploma atau sijil kemahiran malaysia (skm) tahap 3 dan ke...

12
Program Latihan Industri Berstruktur (Structured Internship Programme/SIP)

Upload: others

Post on 17-Aug-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Latihan Industri Berstruktur...Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas 02 Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester

Program Latihan Industri Berstruktur (Structured Internship Programme/SIP)

Page 2: Program Latihan Industri Berstruktur...Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas 02 Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester

Kandungan

11

04

06

07

09

Apakah Program Latihan Industri Berstruktur?

Manfaat

Syarat-syarat Kelayakan

Soalan-soalan Lazim

Bagaimana Untuk Sertai Program Latihan Industri Berstruktur

Mengenai TalentCorp

03

Page 3: Program Latihan Industri Berstruktur...Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas 02 Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester

Program Latihan Industri Berstruktur (Structured Internship Programme/SIP) dirangka untuk menyediakan mahasiswa dan para belia Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan pengalaman kerja yang sebenar melalui latihan amali yang berkualiti.

Melalui SIP, syarikat akan memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membangunkan dan menyediakan bakat dengan kemahiran yang tepat bagi memastikan mereka menamatkan pengajian dengan kemahiran yang relevan dengan industri.

03Apakah Program Latihan Industri Berstruktur?

Apakah Program Latihan Industri Berstruktur?

Page 4: Program Latihan Industri Berstruktur...Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas 02 Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester

Menceburi industri atau syarikat pilihan sebelum memulakan kerjaya

Berpeluang menimba pengalaman dalam alam pekerjaan dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari

Memperoleh senarai kemahiran yang diperlukan oleh industri

Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran untuk dipertimbangkan sebagai calon pekerja

Bagi Pelatih

Manfaat

04 Manfaat

Page 5: Program Latihan Industri Berstruktur...Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas 02 Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester

Meningkatkan kredibiliti organisasi melalui program latihan amali

Manfaat

Bagi Syarikat

Insentif potongan cukai berganda bagi elaun bulanan pelatih serta lain-lain kos yang berkaitan

Mengukuhkan hubungan yang lebih erat bersama pihak universiti

05Manfaat

Page 6: Program Latihan Industri Berstruktur...Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas 02 Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester

Syarat-syarat Kelayakan

01Menawarkan latihan amali sekurang-kurangnya selama 10 minggu02Memastikan latihan amali adalah relevan03

Bagi syarikat

Menyediakan elaun bulanan sebanyak RM500 atau lebih

Menetapkan dengan jelas hasil pembelajaran04

Organisasi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut untuk layak menyertai program:

01Sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas

02Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester akhir mana-mana kursus Ijazah, Diploma atau Tahap 3 dan ke atas di bawah program TVET

03

Bagi Pelatih

Warganegara Malaysia

Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

06 Syarat-syarat Kelayakan

Page 7: Program Latihan Industri Berstruktur...Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas 02 Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester

Bagaimana pelajar boleh memohon latihan amali dengan syarikat yang berdaftar di bawah Program Latihan Industri Berstruktur (Structured Internship Programme/SIP)? Pelajar boleh merujuk kepada senarai syarikat yang diiktiraf SIP di www.sip.talentcorp.com.my dan memohon terus kepada bahagian sumber manusia syarikat tersebut.

Soalan-soalan Lazim

07Soalan-soalan Lazim

Bagi Pelajar

Bagi syarikat

Bila dan bagaimanakah syarikat boleh mula memohon?Syarikat boleh mula memohon bila-bila masa melalui laman sesawang kami di www.sip.talentcorp.com.my Apakah yang perlu dikemukakan oleh syarikat dalam permohonan mereka melalui portal SIP?Syarikat hendaklah mengemukakan dokumen versi pdf berikut: i. Hasil carian profil syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat

Malaysia (SSM) atau Borang 5 bagi Audit Firmaii. Huraian terperinci mengenai rangka kerja program

latihan amali yang dicadangkan oleh organisasi.

Page 8: Program Latihan Industri Berstruktur...Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas 02 Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester

*Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sip.talentcorp.com.my

Bolehkah syarikat mengambil pelajar Malaysia di luar negara? Adakah mereka masih layak untuk insentif cukai berganda?Tidak. Permohonon ini hanya sah kepada pelajar warga Malaysia yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia sahaja termasuk institusi TVET.

Bolehkah syarikat memohon insentif jika ia tidak mempunyai program latihan amali? Tidak. Syarikat mesti mempunyai program latihan amali yang disahkan oleh TalentCorp untuk layak menerima insentif cukai.

Bagaimana syarikat boleh menuntut potongan cukai berganda?Tuntutan potongan cukai berganda perlu diserahkan oleh Bahagian Kewangan Syarikat dan difailkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). TalentCorp hanya menyelaras proses pengesahan untuk majikan.

08 Soalan-soalan Lazim

Page 9: Program Latihan Industri Berstruktur...Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas 02 Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester

Bagaimana Untuk Menyertai SIP

Semak senarai SIP yang diiktiraf melalui www.sip.talentcorp.com.my

Memohon terus kepada bahagian sumber manusia syarikat yang dipilih

Sekiranya pelajar menerima penempatan untuk latihan amali dengan syarikat yang tidak mengambil bahagian dalam SIP tetapi menawarkan elaun minimum sebanyak RM500 sebulan dan tempoh latihan minimum selama 10 minggu, pelajar boleh meminta syarikat tersebut berdaftar dengan TalentCorp bagi menikmati manfaat yang ditawarkan.

Tunggu jawapan daripada bahagian sumber manusia syarikat

Pelatih perlu:

09Bagaimana Untuk Menyertai SIP

Page 10: Program Latihan Industri Berstruktur...Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas 02 Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester

Bagaimana untuk menyertai SIP

Mendaftar akaun melalui www.sip.talentcorp.com.my

Semak kelulusan pendaftaran akaun baharu dalam tempoh 14 hari bekerja

Semak kelulusan permohonan dalam masa 14 hari bekerja

Setelah menerima kelulusan, muat naiklaporan SSM syarikat/Borang 5 bersama-sama rangka kerja latihan amali dan kemukakan permohonan anda melalui portal SIP

Syarikat perlu:

10 Bagaimana untuk menyertai SIP

TalentCorp akan menyediakan Surat Pengesahan (LOE) setelah menerima dokumen sokongan

Maklumkan kepada TalentCorp bilangan pelatih yang diambil dan kemukakan dokumen sokongan sebelum bulan Disember

Apabila permohonan anda telah diluluskan, anda boleh mengambil pelatih

Page 11: Program Latihan Industri Berstruktur...Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas 02 Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester

11Mengenai TalentCorp

Mengenai TalentCorp

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang memacu strategi modal insan Malaysia ke arah menjadi hab modal insan yang dinamik.

Untuk mencapai matlamat ini, kami secara aktif berusaha untuk melaksanakan inisiatif untuk menarik, memupuk dan mengekalkan kepakaran yang tepat sebagaimana diperlukan bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga kerja pada hari ini dan masa akan datang.

Program kami yang dipacu oleh pasaran (market-driven) bertumpu kepada penyediaan bekalan modal insan Malaysia, memudahcara mobiliti dan menghubungkan bakat dengan peluang kerjaya, serta intervensi dasar-dasar di tempat kerja melalui kepelbagaian kumpulan modal insan Malaysia.

Page 12: Program Latihan Industri Berstruktur...Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas 02 Menamatkan program latihan amali yang diluluskan sebelum menamatkan semester

Hubungi Kami

Adakah syarikat anda mempunyai program latihan industri? Hubungi kami hari ini dan ketahui bagaimana anda boleh meraih manfaat daripada Program Latihan Industri Berstruktur (Structured Internship Programme/SIP).

Talent Corporation Malaysia Berhad (919577-H)

Level 6, Surian Tower1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara47810 Petaling JayaSelangor, MalaysiaT +603 7839 7000 F +603 7839 7001E [email protected] W talentcorp.com.my

TalentCorpMsia

TalentCorpMsia Talent Corporation Malaysia Berhad

TalentCorpMsia

©2019 Talent Corporation Malaysia Berhad (“TalentCorp”). Hak milik terpelihara. Maklumat yang terkandung dalam buku kecil ini merupakan ringkasan sahaja dan mungkin tidak lengkap kerana ia hanya bertujuan untuk maklumat umum sahaja. Oleh itu, sebarang kebergantungan terhadap maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri. TalentCorp, atau mana-mana kakitangannya, tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerosakan khas, langsung, tidak langsung, berbangkit, atau sampingan yang timbul atau berkaitan dengan penggunaan maklumat dan kandungan buku kecil ini.